You are on page 1of 6

SEPAK TAKRAW

BOLA TAKRAW 4.1 Bola takraw yang dulunya diperbuat daripada rotan hendaklah berbentuk bulat, ianya diperbuat daripada satu lapis fiber sintetik. 4.2 Bola takraw mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:4.2.1 Mempunyai 12 lubang. 4.2.2 Mempunyai 20 pertemuan silang. 4.2.3 Ukuran garis lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan 0.42 m hingga 0.44 m untuk pemain wanita. 4.2.4 Berat bola sebelum dimainkan di antara 170 g hingga 180 g untuk pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g untuk pemain wanita. 4.3 Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna yang terang tetapi tidak mempunyai warna yang boleh mengganggu prestasi pemain. 4.4 Bola takraw juga boleh diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama (durable material ) bagi membaluti permukaan bola dan ianya tidak akan boleh mencederakan pemain. Pengeluar bola takraw ini hendaklah mendapat kelulusan daripada ISTAF sebelum dimainkan di mana mana kejohanan antarabangsa. 4.5 Kejohanan antarabangsa yang mendapat restu ISTAF termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA hendaklah menggunakan bola takraw yang telah diluluskan oleh pihak ISTAF sahaja.

1. GELANGGANG 1.1 Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan ) 1.2 Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan. 1.3 Garisan Tengah Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. 1.4 Garisan Suku Bulatan Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu. 1.5 Bulatan Sepak Mula Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

2. TIANG 2.1 Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m. 2.2 Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.

3. JARING 3.1 Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran 0.06 m hingga 0.08 m. 3.2 Lebar jaring adalah 0.7 m dan panjang jaring tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang. 3.3 Di kedua-dua hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagai sempadan dari atas ke bawah dan kedudukan sebaris menegak dengan garisan tepi. 3.4 Di bahagian atas dan bawah jaring hendaklah di lapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau nylon. Pita berfungsi sebagai pengampu tali regangan di atas paras tiang. 3.5 Ketinggian jaring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m ( 1.45 m untuk wanita ), manakala di bahagian tengah jaring 1.52 m ( 1.42 m untuk wanita ) dari permukaan gelanggang.

You might also like