You are on page 1of 30

SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS

Nama Calon: Nur Syafiqah Binti Othman Tingkatan:

201 950406-13-5108

Nombor Kad Pengenalan:

Angka Giliran: Nama dan Alamat Sekolah: SMK Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Tajuk Kerja Kursus: SMK Taman Ria Jaya Nama Guru: Pn. Naleni A/P Muthiah SKOR:-

Elemen Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah Elemen 2 Merekod fakta sejarah Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme Jumlah Markah Kod Tahap Pencapaian

Markah

.. (Tandatangan Guru)

Mengumpul Fakta Sejarah

Elemen 1

Senarai Semak
Bil. i ii iii iv v vi vii viii ix x xi Sumber Buku Ilmiah Jurnal Akhbar Majalah Orang Sumber Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain / (Buku Peraturan) / / / Tandakan ( / )

Markah

Majalah ..........

Akhbar ..........

Sumber Lain

(Buku Peraturan Sekolah)

..........

Eleme n2

Merekod Fakta Sejarah

Tajuk:

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RIA JAYA

SENARAI KANDUNGAN
ASPEK MUKA SURAT TAJUK KAJIAN 1

SENARAI KANDUNGAN 2 PENGHARGAAN 3 OBJEKTIF KAJIAN 4 KAEDAH KAJIAN 5 HASIL KAJIAN 6-15 RUMUSAN 16 LAMPIRAN 17-19 RUJUKAN 20

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya Nur Syafiqah Binti Othman dari tingkatan 201 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini.

Pertamanya, saya ingin menggucapkan terima kasih kepada abah iaitu En. Othman Bin Ibrahim dan umi Pn. Rabunah Binti Othman kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini.

Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Pn Naleni A/P Muthiah yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan saya iaitu Intan kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang

Saya dapat mangenali nama, lambang, logo, lagu, visi, misi, dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah

Selain itu, saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat mengenai sekolah.

Melalui kajian ini, dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah. Akhir sekali, melalui kajian ini dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.

KAEDAH KAJIAN
MENGUMPUL FAKTA DARI INTERNET

Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang SMK Taman Ria Jaya PEMERHATIAN SEKELILING SEKOLAH Saya telah membuat pemerhatian di sekitar kawasan sekolah dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan sekolah .

PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DOKUMEN Saya telah membuat rujukan daripada majalah rasmi sekolah (BITARA) dan bahan- bahan bercetak yang lain yang penah diterbitkan oleh pihak sekolah.

HASIL KAJIAN
Latar Belakang Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya telah ditubuhkan pada 20 Januari 2000. bilangan pelajar pada ketika itu hanya 728 orang sahaja manakala guru pula seramai 36 orang.

Semua kelas peralihan dan sebahagian daripada tingkatan satu dan dua(125 orang) telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man pada 1 Februari 2000.

Pengetua pertama SMK Taman Ria Jaya ialah Tuan Haji Mohd. Nor Bin saleh(mulai 01.01.2000 hingga 31.5.2002). Beliau telah digantikan oleh Tuan Haji Sudin Bin Said dari SMK Pengkalan Lebai Man(mulai 01.06.2002 hingga 05.12.2006). Kemudian, Tuan Haji Sudin Bin Said telah digantikan oleh Puan Rosnah Binti Ismail mulai 16.12.2006 sehingga akhir tahun 2008 dan kini beliau digantikan oleh Tuan Haji Saad Bin Mat Isa.

SMK Taman Ria Jaya terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, daerah Kuala Muda. Keluasan kawasannya ialah 10.9 ekar. Kod sekolah KEA 3114.

Pada masa kini(2009), jumlah pelajarnya mencecah 2100 orang (pagi dan petang) manakala jumlah guru ialah 110 orang. Bilangan kelas adalah sebanyak kira-kira 59 kelas(32 sesi pagi dan 27 sesi petang). Terdapat sebelas orang kakitangan sokongan dan 7 orang pekerja am.

Tingkatan peralihan, tingkatan satu, dan tingkatan dua menjalani sesi persekolahan di sebelah petang. Motto SMK Taman Ria Jaya ialah Berilmu, Beriman, Berbakti. Visinya ialah berusaha menjadi JUARA dalam kurikulum dan kokurikulum.

Logo SMK Tmn Ria Jaya

Lencana SMK Taman Ria Jaya

i.

Warna dan Takrif

Terdapat tiga warna utama di dalam logo/ bendera, iaitu biru, hijau, dan putih yang ditakrifkan sebagai warna-warna masa kini. Ketiga-tiga warna ini melambangkan tiga kumpulan yang saling berpadu dan berganding teguh ke arah kecemerlangan sekolah, iaitu antara para pentadbir termasuk guru serta staf sokongan ,para pelajar dan waris.

Biru melambangkan harmoni, permuafakatan, dan kesepaduan. Hijau melambangkan kefahaman dan kepatuhan kepada tuhan serta kecerian. Manakala putih membawa maksud bersih, jiwa yang murni dan semangat yang jitu.

ii.
Bentuk

Sturktur, Komposisi, dan Takrif

Asas tiga segi piramid. Lambang keteguhan, mantap, dan stabil. Membina kerjasama yang erat dan teguh antara sekolah, masyarakat, dan jabatan. Bucu menghala ke atas melambangkan hala tuju sekolah pada kejayaan dan kecemerlangan. Komposi dan Takrif

Buku: Melambangkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan. Roda: Lambang teknologi dan sekolah menuju kepada era kemajuan Perindustrian. Oktagon: Lambang nat. Kerja-kerja perbengkelan yang dijalankan di sekolah kemahiran dalam kejurteraan.

Atom: Pemupukan dalam bidang sains dan teknologi.

iii.

Moto:

Berilmu, Beriman, Berbakti

Visi dan Misi

MISI SMK Taman Ria Jaya akan berusaha dengan penuh iltizam untuk: Mewujudkan kepimpinan yang profesional dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Memastikan pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Melahirkan pelajar yang berdaya saing menuju kejuaraan dalam bidang kokurikulum. Membentuk generasi pelajar yang berketerampilan dan memiliki sahsiah terpuji. Menyediakan prasarana sekolah yang kondusif dan mesra pengguna (warga sekolah). Mengukuhkan interaksi berkesan antara pihak sekolah dan komuniti.

VISI SMK Taman Ria Jaya akan menjadi Antara 5 Sekolah menengah harian terbaik Di Daerah Kuala Muda / Yan menjelang Tahun 2010

Ikrar Pelajar Bahawasanya kami, pelajar-pelajar SMK Taman Ria Jaya, berikrar dan berjanji, akan menghormati ibu bapa kami dan guru-guru kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita kami dan mengharumkan nama baik sekolah kami.

Kami juga sanggup mencurahkan bakti kami demi kejayaan agama, bangsa, dan negara yang tercinta.

Lagu Sekolah Tajuk: Berilmu Beriman Berbakti Kami warga SMK Taman Ria Jaya Berdiri megah gagah berhati waja Misi sekolah, menjadi juara Akademik, sukan, dan semua

Kasih sayang ibu bapa diberikan Bimbingan guru kami nanti-nantikan Kejayaan kami impikan Imej sekolah kami perjuangkan

Sekolah nan indah tetap ceria Warganya berhemah berbilang bangsa Harapan ibu ayah serta semua Guru berjasa kami tak lupa Bimbinglah kami dengan rela

Doakanlah sekolahku maju jaya Cita murni kekal terpahat dihati Tekadkan azam, terus berusaha Berilmu beriman berbakti Tekad azam, terus berusaha Berilmu beriman berbakti

Infrastruktur di Sekolah

Perkembangan Fizikal Dan Infrastruktur Terdapat beberapa perkembangan fizikal dan infrastruktur di SMK Taman Ria Jaya seperti surau, meja, kerusi, kipas, lampu, kelas, tandas, dewan, bilik guru, bilik mesyuarat, pejabat, perpustakaan, bilik media, SPBT, bilik pengawas, koperasi, bilik rawatan, bilik , bilik kaunseling, makmal kimia, makmal fizik, makmal biologi, bilik kejuruteraan teknologi, bilik pendidikan seni visual, bilik akses, bilik komputer, lukisan teknik, bilik bahasa, bilik ERT, bilik pengurusan diri, bilik jahitan, bilik sukan, bilik KHB-kayu, bilik KHB-paip, kafeteria, dan bengkel pertanian.

Prestasi Dan Kejayaan Pelajar Dalam Kurikulum

Pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR 2007 (8A) 1. Nurul Atieqaq Bt Ahmad Kassim (301) 2. Eilliya Hazeera (305)

Pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM 2007 (6A) 1. Nur Hanis Nadia Bt Che Isa 2. Choo Gim Hua 3. Saidatul Emira Bt Yusoff

Hadiah panitia terbaik (mengekalkan 100%) panitia 1. Kemahiran Hidup 2. Pendidikan Seni Visual 3. Bahasa Tamil

Peningkatan prestasi dalam peperiksaan PMR panitia 1. Bahasa Inggeris 2. Matematik 3. Kemahiran hidup (pilihan 1) 4. Kemahiran hidup (pilihan 2) 5. Kemahiran hidup (pilihan 3) 6. Pendidikan Islam

Peningkatan prestasi dalam peperiksaan SPM panitia

1. Sains (Fizik, kimia, biologi) 2. Bahasa Cina 3. Sejarah 4. Lukisan Kejuruteraan 5. Ekonomi Asas 6. Perdagangan 7. Bahasa Melayu 8. Teknologi Kejuruteraan 9. Pendidikan Islam 10. English in Science & technology

Prestasi Dan Kejayaan Pelajar Dalam Kokurikulum

Sukan dan permainan bagi peringkat daerah olahraga pemberian insetif kemenangan kerana menyumbangkan pingat emas di kejohanan olahraga MSSD Daerah Kuala Muda/Yan seperti Ahmad Fitry B Abd Ghafar, Sivasankaran A/L Nagarajan, Mohamad Azuan B Mohamad Azam, Nur Farhana BT Mat Said, Tamilarasan A/L Sivanathan, Pavithran A/L Renganathan, Mohamad Syafiq Mohamad Mastar, Muniandy A/L Jeyaraman, Muhd Syazwan B Idrus, Mohd Farhan B Shaki, Nur fazeera BT Fauzi, Ku Nazzatul Nazirah BT Ku Salim, Suzianti BT Mohd Noor, Ravi A/L Raman, dan Mohd Mazwan B Mustafa.

Bagi peringkat negeri (boling) Najwa Amani BT Abu Osman dan Mardhiah BT Hussain. Mohd Syukur B Ishak telah bermain di peringkat negeri (Softball). Bagi Olahraga pula, Ahmad Fitry B Abd Ghafar, Sivasankaran A/L Nagarajan, Mohamad Azuan B Mohamad Azam, Nur Farhana BT Mat Said, dan Suzianti BT Mohd Noor.

Akhir sekali, bagi peringkat kebangsaan (Ragbi) Muhamad Syafiq Naim B Rahim dan Ahmad Fitry B Abd Ghafar dalam merentas desa.

RUMUSAN

Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana bersekolah di Sekolah Menengah Kebansaan Taman Ria Jaya kerana:

Mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah, ini dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua, warga sekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.

LAMPIRAN
Gambar Sekolah

Peta

Peta negeri Kedah

RUJUKAN

Majalah

Bitara, Edisi 5 tahun 2008

Akhbar

Metro, tarikh 17 jun 2006, halaman 5

Buku Peraturan Sekolah

SMKTRJ, halaman 6 20

Melawat Tempat Kajian

Sek. Keb. Taman Ria Jaya

ELEMEN 3

Tajuk:

Penerapan Nilai Patriotisme

Soalan: Nyatakan bagaimanakah perpaduan dapat dicapai melalui sukan?

Pelajar di sekolah haruslah mewujudkan perpaduan semasa berada di sekolah mahupun di rumah. Perpaduan bermaksud ikatan kukuh yang termenterai dengan rasa kemanusiaan dan corak kehidupan yang dituntut oleh agama dan dijalinkan oleh perasaan muhibah. Melalui sukan seperti kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Semangat perpaduan amat penting dalam mewujukan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contoh, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. Secara tidak langsung hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan.

Selain itu, perpaduan juga dapat dicapai melalui sukan apabila sebilangan pelajar bekerjasama untuk mengangkat bekas minuman yang di penuhi air untuk diminum bersama-sama ketika bersukan di padang. Dengan aktiviti ini sebilangan pelajar yang mengangkat bekas minuman yang di penuhi air akan wujud sikap bekerjasama dan tolong-menolong.

Seterusnya, semangat kekitaan dapat diwujudkan apabila pelajar berkongsi menggunakan peralatan sukan milik sekolah. Bertolak-ansur dan bertoleransi menggunakan peralatan sekolah mungkin dapat diwujudkan dalam diri seseorang pelajar. Sebagai contoh, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menkehendaki pelajarnya bermain bola jaring. Akhir sekali, pelajar yang bermain permainan seperti bola jaring, bola tampar, dan bola baling yang dimainkan dalam jumlah yang ramai akan wujud di dalam diri mereka perasaan berdisiplin untuk bermain di dalam permainan seperti ini untuk menggumpul mata untuk pasukan mereka supaya mereka berjaya.

Kesimpulannya, pelajar di sesebuah sekolah haruslah menjalin semangat perpaduan. Hal ini kerana, perpaduan meningkatkan taraf hidup, memajukan negara, dan melahirkan pelajar atau masyarakat yang setia, prihatin, dan peka terhadap pembaharuan.

You might also like