You are on page 1of 4

*****************************************************************************************

KERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF SURAU AL-IRSYAD SK PASANGAN, KAMPONG KUANTAN, JALAN RAWANG 45600 BESTARI JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

*****************************************************************************************

DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASANGAN KAMPONG KUANTAN , SELANGOR.

KERTAS KERJA CADANGAN MENAIK TARAF SURAU AL-IRSYAD SK PASANGAN KAMPONG KUANTAN JALAN RAWANG 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARUL EHSAN JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PASANGAN KAMPONG KUANTAN , SELANGOR.

1.

OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan mengenai penggunaan dan fungsi untuk surau Al-Irsyad SK Pasangan Kampong Kuantan. Surau ini digunakan tujuan sebagai tempat solat berjemaah, sesi pengajaran dan

pembelajaran al-Quran dan fardhu ain, majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat, Program Kem Bestari Solat, Pertandingan Hafazan dan Tilawah Quran dan sebagainya. Kertas kerja ini akan menjelaskan betapa pentingnya menambah kemudahan seperti kolah wuduk, karpet, sistem audio dan penghawa dingin. 2. LATARBELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid/surau memainkan peranan penting sebagai pusat ibadat, pembangunan dan perkembangan ilmu, pembinaan keperibadian, sahsiah dan peradaban Islam secara menyeluruh dan holistik. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini adalah disusun atur berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran, pusat-pusat perniagaan dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya supaya ia dapat menjadi focal point atau arah tuju. Objektif pembinaan Surau al-Irsyad di Sekolah Kebangsaan Pasangan adalah sebagai satu kemudahan terutama bagi murid beragama Islam secara purata seramai 220 yang setiap tahun. Setakat ini ia digunakan bagi setiap majlis mahupun aktiviti-aktiviti yang mana bertujuan untuk membina sahsiah murid sesuai dengan Falsafah Pendidikan Islam.

Dengan keperluan semasa yang mendesak surau al-Irsyad SK Pasangan ini memerlukan beberapa kemudahan bagi melancarkan perjalanan setiap majlis dan kemudahan terutama kepada murid-murid ketika akitviti-aktivit di sekolah dan ketika aktiviti atau majlis yang melibatkan ibu-bapa. 3. FAEDAH PEMBINAAN KOLAH SERTA KEMUDAHAN KARPET, SISTEM AUDIO DAN PENGHAWA DINGIN 3.1 Pembinaan Kolah Berbumbung. Pembinaan kolah wuduk dijalankan di surau ini. berbumbung surau al-Irsyad SK Pasangan amat diperlukan memandangkan aktiviti-aktiviti yang Buat masa ini murid murid lelaki perlu mengambil wuduk di mengambil wuduk di hadapan tandas guru yang berada 100 meter daripada surau. Murid perempuan surau yang mempunyai 8 pili air. Pengasingan perlu dilakukan bagi menjaga aurat murid perempuan terutama ketika mengambil wuduk. Bagi program yang melibatkan ibu-bapa seperti solat hajat perdana kekurangan tempat mengambil wuduk menyebabkan aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar dan keselesaan terutama dalam menjaga aurat . Oleh itu dua kolah yang berbumbung khas untuk lelaki dan perempuan perlu untuk tujuan ini. 3.2 Kemudahan Karpet Buat masa ini, bahagian dalam surau al-Irsyad mengandungi lantai bersimen dan bertikar getah. Adalah diharapkan agar sumbangan karpet dapat memberi keselesaan kepada murid ketika aktiviti keagamaan dan motivasi dijalankan. 3.3 Sistem Audio Buat masa ini, kemudahan sistem audio belum ada di surau alIrsyad ini. Dengan adanya sistem audio ini maka akan dapat

membantu ketika aktiviti bacaan yasin, solat jemaah, solat hajat perdana , Kem Bestari Solat, pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. 3.4 Penghawa Dingin Dengan keluasan bangunan surau al-Irsyad yang agak kecil (30 x 30 kaki ), menyebakan keadaan surau akan menjadi tidak selesa ketika solat jemaah diadakan. Ini lebih member kesan ketika majlis bacaan al-Quran ketika bulan puasa. Buat masa ini surau al-Irsyad mempunyai 1 unit penghawa dingin 1.5 kuasa kuda hasil sumbangan individu . Penambahan penghawa dingin amat diperlukan 4 PENUTUP Berdasarkan kepada maklumat di atas serta aktiviti-aktiviti yang bagi menampung keluasan suaru al-Irsyad ini.

dijalankan setiap tahun dapat dirumuskan bahawa fungsi surau al-Irshad ini sangat luas dan sebagai nadi dalam melahirkan murid beragama Islam yang dapat mengamalkan ilmunya sebagai seorang yang beragama Islam. Dengan kemudahan-kemudahan yang dapat ditambah maka adalah menjadi harapan yang besar kepada kami ibu bapa dan guru , agar kegiatan keagamaan termasuk pendidikan anak-anak akan dapat berfungsi dengan lebih teratur dan lebih berkesan. Hasil daripada usaha murni ini, adalah diyakini manfaatnya akan dapat dikecapi oleh semua pihak, samada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat, Insya Allah. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, Disahkan oleh,

................................................... ( FIRDAOS BIN MOHD RAWI ) Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa & Guru, SK Pasangan.

........................................................ ( MOHD YUSOP BIN MOHD DIAH ) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru, SK Pasangan.

You might also like