You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD.

YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DAN PRESIDEN SURUHANJAYA KEBANGSAAN UNESCO MALAYSIA DI MAJLIS PERASMIAN HARI UNESCO MALAYSIA 2011 PADA 18 NOVEMBER 2011 (3.00 PETANG) BERTEMPAT DI INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) KUALA LUMPUR

(Salutasi) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera and a very good afternoon. It gives me great pleasure to welcome you to the launching of Malaysias inaugural celebration of Hari UNESCO Malaysia 2011 in commemoration of the Malaysian National Commission for UNESCOs contribution and achievements.

Your

Excellencies

Ambassadors

and

High

Commissioners

and

Distinguished Guests, with all your indulgence, allow me to deliver the rest of my address in Bahasa Malaysia.

1.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam satu majlis yang penuh bermakna dan bersejarah pada petang ini, bagi meraikan sambutan Hari UNESCO Malaysia 2011. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, khususnya kepada Suruhanjaya

Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta semua ahli Jawatankuasa Tetap SKUM yang terdiri daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Luar Negeri, yang telah bersama-sama menganjurkan majlis pada hari ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin yang dihormati,

2.

Usaha bagi mengadakan sambutan Hari UNESCO Malaysia buat

pertama kalinya pada tahun ini memberikan gambaran jelas mengenai komitmen yang tidak berbelah bahagi serta hubungan erat yang telah terjalin sekian lama di antara Malaysia dan UNESCO. Saya percaya, setiap langkah yang diambil ke arah mencapai matlamat UNESCO merupakan langkah-langkah yang bermakna dalam usaha menyediakan dunia yang lebih baik untuk kita semua. Dalam tempoh 53 tahun menjadi anggota UNESCO, iaitu mulai 16 Jun 1958, Malaysia sentiasa bergerak bersamasama badan tersebut dalam menjayakan matlamat murni serta prinsipprinsip yang digariskan.

3.

Sebagai anggota UNESCO, Malaysia telah mengambil bahagian aktif

dalam semua program dan aktiviti UNESCO yang mempunyai kepentingan secara langsung kepada negara. Sejak tahun 1978, Malaysia telah enam kali menganggotai Lembaga Eksekutif UNESCO, iaitu badan kedua tertinggi yang bertanggungjawab menggubal dasar-dasar UNESCO. Selain itu, Malaysia juga pernah menganggotai beberapa sub organ utama UNESCO. Paling terbaharu ialah kejayaan Malaysia menduduki kerusi World Heritage Committee (WHC) buat kali pertama, selain berjaya menganggotai semula kerusi Council of the UNESCO International Bureau of Education (IBE) dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC) dalam pemilihan yang diadakan sempena Persidangan Agung UNESCO di Paris baru-baru ini.

4.

Pengiktirafan UNESCO ke atas peranan Malaysia menjadi lebih

menyerlah dengan penubuhan dua institut di bawah Pusat Kategori II UNESCO di Kuala Lumpur iaitu Regional Humid Tropics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTC) pada tahun 1999 dan International Science, Technology and Innovation Centre for South-South Cooperation (ISTIC) pada tahun 2008. Malaysia juga turut berbangga dengan kejayaan Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi Kategori Semulajadi; serta Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang bagi Kategori Kebudayaan. UNESCO juga turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO, manakala Langkawi dikitiraf sebagai geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

5.

Perasmian sambutan Hari UNESCO Malaysia pada hari ini

mengingatkan kita bahawa UNESCO sebagai simbol kepada satu bentuk budaya keamanan yang telah dibina hasil daripada runtuhan dan kemusnahan Perang Dunia Kedua. Pada hari ini, 65 tahun semenjak ia ditubuhkan pada 16 November 1946, UNESCO masih lagi meneruskan misinya tanpa jemu dalam mempromosi dan membina budaya keamanan dalam kalangan masyarakat dunia melalui pelbagai program dan aktiviti berdasarkan bidang-bidang utamanya iaitu pendidikan, sains, kebudayaan, sains sosial dan komunikasi. Bagi Malaysia khususnya, inilah masa yang sesuai untuk kita menilai semula prestasi kita dan meneroka peluangpeluang baru untuk terus memperjuangkan misi UNESCO, terutamanya dalam mempromosikan pendidikan untuk semua atau Education for All (EFA), membasmi kemiskinan, meningkatkan toleransi, memperjuangkan keamanan, menjamin hak kesamarataan jantina, memulihara warisan dunia serta menjamin kebebasan media. Sambutan ini juga menjadi forum terbaik untuk kita berkongsi aspirasi dan cabaran-cabaran UNESCO, terutamanya dengan generasi muda. Di samping itu, ianya merupakan hari untuk kita mempamerkan segala kejayaan kita di dalam UNESCO.

Tuan-tuan dan puan-puan,

7.

Salah satu cabaran besar yang dihadapi UNESCO kini adalah

hakikat bahawa sasaran Pendidikan Untuk Semua (Education For All EFA) yang selari dengan Matlamat Pembangunan Milenium (Millenium Development Goals MDG) mungkin tidak dapat dicapai menjelang 2015.
4

Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah kewangan global, inflasi dan ketidakstabilan sesetengah negara anggota berikutan krisis peperangan, kemiskinan dan bencana alam. Justeru, Malaysia menyokong penuh usaha-usaha terkini UNESCO untuk merangka strategi bagi melihat semula pelaksanaan EFA melangkaui 2015 (EFA beyond 2015).

8.

Sebagai negara anggota UNESCO, Malaysia sentiasa memberikan

komitmen tinggi serta meletakkan pembangunan pendidikan di landasan yang betul bagi memastikan matlamat EFA dapat dicapai menjelang 2015. Berdasarkan laporan EFA Global Monitoring Report (GMR) yang dikeluarkan oleh UNESCO pada tahun 2011, Malaysia menduduki tangga ke-65 daripada 127 negara dengan pencapaian 0.945% EFA Development Index (EDI) dan diletakkan di bawah kategori Middle Category Group, berbanding dengan GMR 2010 dengan pencapaian 0.941% di tangga 69 daripada 128 negara.

9.

Sebagai usaha berterusan, Malaysia telah dan sedang mengambil

langkah-langkah serius serta mengadakan program-program komprehensif bagi tujuan memperbaiki dan meningkatkan pencapaian pendidikan (educational outcomes) terutama pencapaian pelajar, dengan

menyediakan peluang-peluang pendidikan yang berkualiti sebagai elemen utama dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia juga sedang melalui satu fasa semakan semula bagi tujuan memantapkan lagi pelbagai aspek pendidikan termasuk sistem penyampaian dan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia turut melibatkan usaha Kerajaan untuk melaksanakan transformasi pendidikan teknikal dan vokasional, ke arah melahirkan lebih banyak tenaga kerja
5

mahir dan inovatif bagi mencapai sasaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara. Dalam hal ini, Malaysia amat menghargai bantuan kepakaran yang akan disumbangkan oleh UNESCO melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman Kajian Semula Dasar Pendidikan Malaysia yang telah ditandatangani di antara Malaysia dan UNESCO pada pagi tadi.

10.

Pada masa yang sama, Malaysia juga turut bekerjasama dengan

UNESCO untuk membantu negara-negara kurang membangun termasuk negara-negara kepulauan kecil dan negara-negara Afrika bagi mencapai sasaran EFA. Hasrat ini akan menjadi realiti setelah Memorandum Persefahaman Malaysia-UNESCO Cooperation Programme (MUCP)

ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan UNESCO pada 15 November 2011 baru-baru ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

11.

Cabaran utama lain yang dihadapi oleh UNESCO dan negara-negara

anggotanya adalah pembangunan lestari (sustainable development). Dalam hal ini, saya amat menghargai usaha UNESCO dalam melaksana dan mengintegrasikan program-program pembangunan lestari melalui bidang pendidikan. Ia bukan sahaja melibatkan aspek persekitaran, malah turut merangkumi aspek pembangunan insan dan budaya. Justeru, kelestarian masa hadapan (sustainable future) amat bergantung kepada keupayaan negara menyediakan masyarakat serta generasi muda yang mempunyai nilai dan pemikiran baharu, termasuk perubahan cara sesuatu masyarakat itu berfungsi. Ia juga melibatkan usaha melengkapkan
6

generasi

muda

dengan

ilmu

pengetahuan

dan

kemahiran

bagi

mempersiapkan mereka untuk menempuh alam pekerjaan. Amat penting bagi kita untuk turut menerapkan budaya keamanan di minda generasi muda sejak di bangku sekolah lagi bagi menjamin kelestarian masa hadapan.

12.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin merakamkan

ribuan terima kasih kepada SKUM, semua ahli Jawatankuasa Tetap SKUM, serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi menjayakan sambutan Hari UNESCO Malaysia 2011. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada individu-individu yang diraikan pada hari ini, yang telah berjaya mengharumkan nama negara melalui penerimaan pelbagai anugerah prize, awards dan fellowship daripada UNESCO sejak beberapa tahun yang lalu.

13.

Akhir kata, saya ingin tegaskan di sini bahawa usaha mewujudkan

satu dunia yang aman untuk semua bukan hanya terletak di bahu satu pihak tertentu sahaja. Ianya merupakan tanggungjawab secara kolektif semua pihak di dalam usaha kita mencorak generasi yang akan datang. Jadikan Hari UNESCO Malaysia sebagai hari untuk memperbaharui komitmen kita semua dalam usaha mempromosikan keamanan, keadilan dan pendidikan untuk semua.

Dengan

lafaz

Bismillahirrahmanirrahim,

saya

dengan

sukacitanya

merasmikan Hari UNESCO Malaysia 2011.n Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like