You are on page 1of 1

(b) Selain daripada mengurus bilik darjah, guru juga terlibat dalam mengurus dan mentadbir ujian.

Bincangkan lima cara bagaimana guru dapat mentadbir ujian dengan berkesan.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru untuk mentadbir ujian dengan berkesan. Salah satu daripadanya ialah guru perlu membenarkan murid-murid untuk masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing. Murid-murid seharusnya bersedia sekurang-kurangnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula. Tambahan pula, guru perlu mengingatkan murid-murid supaya datang awal pada hari peperiksaan sehari sebelum peperiksaan berlangsung bagi mengelakkan mereka terlupa. Datang lewat pada hari peperiksaan boleh menjejaskan fokus murid-murid untuk menjawab soalan. Pada hari peperiksaan , guru juga mesti menulis mata pelajaran, tempoh waktu peperiksaan dengan jelas pada papan putih. Selain itu, guru perlu menyediakan jam dinding dan meletakkannya pada kedudukan yang betul agar murid boleh melihatnya pada waktu peperiksaan dijalankan. Hal ini akan memberikan peluang kepada murid untuk memastikan kadar mereka menjawab soalan sesuai dengan tempoh masa yang telah ditetapkan.

You might also like