You are on page 1of 2

LAPORAN PENCAPAIAN KONTINGEN LAHAD DATU DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM (SABAH) BAHAGIAN TENGGARA 2009 PENCAPAIAN

: Berpasukan: Kontingen Daerah Lahad Datu mencapai tempat ketiga secara keseluruhan dan mendapat tempat pertama dalam kategori Perempuan 18 Tahun Ke Bawah Individu: Berikut adalah pencapaian Kontingen Daerah Lahad Datu secara individu : KATEGORI PEREMPUAN 18TKB PEREMPUAN 18TKB PEREMPUAN 18TKB PEREMPUAN 18TKB PEREMPUAN 18TKB LELAKI 15TKB LELAKI 15TKB PEREMPUAN 15TKB NAMA PESERTA NORAIDA ABD RASHID JUSTINA JINCHE THOMAS NORAZILAHWATI HASSANUDDIN JESSICA CHIDU SITI JUMATIAH PARIAL IWAN SHAZNIZAL SATI FRANCIS LOU MUKSING SURAYA BT ABD AMIT KEDUDUKAN 1 4 5 8 10 8 9 10

Kesemua peserta yang mendapat tempat seperti di atas telah terpilih untuk mewakili Bahagian Tenggara untuk bertanding di Kejohanan Merentas Desa MSSM Sabah Peringkat Negeri di Keningau pada 12-15 Februari 2009 nanti. Ini bermaksud bahawa Daerah Lahad Datu telah menyumbang sebanyak 8 wakil. KEKUATAN : Kekuatan Daerah Lahad Datu adalah nyata dalam kategori perempuan 18 tahun ke bawah dan secara individu. Selain daripada itu terdapat kerjasama dan perhubungan yang erat antara semua pegawai-pegawai dan peserta-peserta. KELEMAHAN : Kelemahan pula adalah tiada latihan pusat yang sempat diadakan sebelum pertandingan. Selain itu akibat masalah banjir, komunikasi dan dokumen peserta hanya 26 orang daripada 32 orang peserta mewakili kontingen dan ini telah menjejaskan peluang Daerah Lahad Datu untuk meraih kemenangan dalam kategori berpasukan dan keseluruhan. CADANGAN : Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya Daerah Lahad Datu dapat meningkatkan pencapaian dan prestasi dalam kejohanan merentas desa ini 1) Mengadakan latihan atau pengumpulan berpusat sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan 2) Menyediakan pakaian running vest untuk atlit-atlit untuk membina semangat berpasukan. Disediakan oleh ----------------------------------KHOO JEE HAN Pengurus Pasukan Merentas Desa Daerah Lahad Datu

You might also like