You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar yang berlaku dan menyebabkan berlakunya proses asimilasi daripada perkahwinan campur dengan masyarakat tempatan sehingga melahirkan beberapa kaum peranakan yang sehingga kini menetap di Malaysia serta melahirkan pelbagai bentuk adat resam dan kebudayaan yang boleh diterima pakai oleh masyarakat asal. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu dan berkahwin perempuan tempatan menunjukkan

bermulanya proses pembentukan masyarakat pelbagai kaum seperti peranakan masyarakat Baba dan Nyoya dan Cina Muslim. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial masyarakat Melayu. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Kemasukkan Migran India ke Tanah Melayu yang berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras menghasilkan peranakan Jawi Peranakan dan kelompok Chitty yang berketurunan India yang begitu terkenal di Pulau Pinang. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain. Pelbagai bentuk kebudayaan yang turut sama dibawa dari Negara asal seperti Peranakan Siam (Samsam). Tidak kecuali dari aspek makanan, pakaian serta adat perkahwinan yang disesuaikan dengan masyarakat tempatan.

2.0 JENIS-JENIS PERANAKAN.

Peranakan Siam (Samsam).

Menurut Dr. Sohaimi Abdul Aziz dan Omar Yusoff (2010) yang mengatakan bahawa Peranakan Siam atau dikenali sebagai masyarakat Samsam adalah hasil daripada perkahwinan campur di antara masyarakat Siam dengan Melayu, Siam dengan Cina dan Siam dengan India. Masyarakat Samsam terbahagi kepada dua iaitu Samsam Islam dan Samsam Buddha dimana kaum Samsam Islam ialah mereka yang beragama Islam, manakala kaum Samsam Buddha pula beragama Buddha. Kaum Peranakan Samsam Melayu-Islam ialah kaum Peranakan minoriti Melayu-Islam yang berketurunan Siam atau sekarang ialah Thailand yang telah di sini semenjak abad ke-18 lagi . Penghijrahan mereka ke Kedah mereka disebabkan oleh masalah tekanan ekonomi dan juga faktor pemerintahan. Pada tahun 1831 berlaku krisis ekonomi di Songkla yang menyebabkan terjadi penghijrahan penduduk Siam ke kawasan-kawasan subur di sempadan Kedah dan Siam. Masyarakat Samsam ini dipandang serong oleh masyarakat setempat kerana keislaman mereka diragui dan dipercayai mengamalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun pada umumnya, identiti mereka ini telah berubah apabila terjadi asimilasi dengan masyarakat tempatan semenjak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ciri-ciri utama masyarakat Samsam ini adalah kaum peranakan Samsam Islam di utara Kedah boleh berbahasa Siam seperti bahasa Mong Thai (dialek Thai Selatan) atau bahasa Thai tinggi dan beragama Islam. terdapat dua kaum di utara Kedah yang boleh bertutur di dalam bahasa Siam. mereka yang beragama Islam atau Melayu-Islam. mereka yang beragama Buddha yang dikenali sebagai masyarakat Siam (Siamese)1. Kita boleh mengenali kaum Samsam melalui dua perkara penting yang boleh menunjukkan identiti kaum peranakan Samsam Islam iaitu, berbahasa Siam dan beragama Islam. Kemampuan berbahasa Siam ini bukan bermaksud mana-

Keiko Kuroda (2008) .The Siamese in Kedah under nation-state making.

mana orang Melayu yang boleh berbahasa Siam diterima sebagai kaum peranakan Samsam Islam. Kaum Melayu tempatan menganggap kaum peranakan Samsam Islam ini kurang keislamannya atau kurang pengetahuan dan amalan agama Islam kerana mereka masih dipengaruhi dengan adat resam Siam yang berbaur dengan agama Buddha yang bertentangan dengan Islam. Mereka dianggap sebagai kaum peranakan Samsam Islam mempunyai imej yang negatif kerana sungguhpun mereka Islam, mereka mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan adat resam kaum Melayu-Islam. Kaum peranakan Samsam Islam cuba untuk mengasimilasi ke dalam kaum Melayu-Islam dengan membuang ciri-ciri negatif yang terpalik semenjak dahulu seperti meninggalkan amalan-amalan atau adat resam yang bertentangan dengan Islam dan Perkahwinan dengan kaum Melayu juga satu pilihan untuk kaum peranakan Samsam Islam mengasimilasikan diri mereka ke dalam kaum Melayu-Islam tempatan2. Cara terbaik yang mereka lakukan adalah melalui Penguasaan bahasa Melayu yang merupakan strategi penting untuk tujuan kaum peranakan Samsam Islam mengasimilasikan diri mereka ke dalam kaum Melayu-Islam. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu yang cuba dikuasai belum benar-benar berjaya kerana pengaruh Bahasa Siam masih menebal khususnya aspek sebutannya. Dengan ini Menyedari hakikat ini maka kaum peranakan Samsam Islam cuba untuk mengikis identiti negatif mereka ini bagi menjadi muslim yang sejati supaya diterima ke dalam kaum Melayu-Islam tempatan. kaum Cina Peranakan. Manakala masyarakat kaum Cina Peranakan ialah komuniti Cina peranakan atau Baba dan Nyonya boleh didefinisikan melalui etnik, budaya, geografi dan sejarah. Peranakan bermaksud keturunan.Baba merujuk kepada lelaki dan Nyonya merujuk kepada perempuan.Peranakan, Baba Nyonya dan Straits Chinese digunakan untuk keturunan imigran China yang terawal di Nusantara yang telah mengamalkan budaya Melayu seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Menurut Ishak Saat (2009), Baba dan Nyonya adalah satu golongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat dan Tanah Melayu khususnya di negeri Melaka.Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau

Kuroda, Keiko. 2008. The Siamese in Kedah under nation-state making.

Peranakan kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba. Dari segi anutan agama, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian. Setelah bermastautin di Tanah Melayu dan menjiwai kebudayaan Melayu akhirnya mereka ini menjadi sebahagian daripada kelompok masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu. Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabot unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas. Peranakan India Kaum (Chetti). Peranakan yang seterusnya ialah Kaum India peranakan. Definisi kaum India peranakan atau Kaum Chetti ialah komuniti ini terbentuk hasil perkahwinan campur antara pedagang India Selatan dengan wanita tempatan di Melaka pada abad ke-16. Dalam hal ini, pedagang dari India Selatan, khususnya pedagang Tamil beragama Hindu yang datang ke Asia Tenggara pada sekitar abad ke-16 itu telah berkahwin atau tinggal bersama-sama perempuan tempatan, seperti Melayu, Jawa, Batak atau Cina3. Menurut Noriah Mohamed (2009), bagi masyarakat umum, Chetti bermakna orang India Selatan daripada kasta Chettiar yang menetap di Kampung Keling, Melaka yang menjalankan kegiatan meminjam wang. Namun dari sudut yang lain, terdapat masyarakat Chetti yang tiada kaitan dengan golongan peminjam wang. Mereka ini ialah golongan Peranakan Hindu Melaka yang juga disebut Hindu Peranakan atau Indian Babas. Masyarakat Chetti telah wujud di Melaka sejak tahun 1500 lagi, iaitu ketika zaman kesulatanan Melayu Melaka. Dari segi amalan kehidupan, masyarakat ini boleh disamakan masyarakat Baba Melaka, lantaran terlalu kuat mengamalkan budaya tempatan dan hanya menggunakan istilah bahasa Tamil untuk kegunaan khusus membabitkan soal agama.Masyarakat ini mengamalkan ajaran Siva Hindu yang agak ortodoks. Seperti kaum Baba Nyonya, ia tidak jauh berbeza kerana

Noriah Mohamed . (2009). Bahasa Melayu Kreol Chetti Melaka.

wanitanya memakai kebaya labuh atau pendek dengan kerongsang dan bersanggul, manakala lelakinya berkain pelikat, berbaju cekak musang, sehelai selempang di bahu kiri dan memakai talpa (sapu tangan). Bagaimanapun, cara berpakaian ini sudah semakin sukar dilihat kecuali dalam kalangan warga tua, itupun bukan menjadi pakaian harian, mungkin pengaruh dunia moden yang bukan sekadar merubah cara hidup masyarakat Chetti Melaka, malah membabitkan pelbagai kaum dan bangsa di dunia ini. Peranakan Jawi . Kaum Peranakan yang seterusnya adalah kaum Definisi Jawi Peranakan oleh Pada hakikatnya, istilah ini adalah lebih eksklusif di Pulau Pinang. Ia dikatakan hanya digunakan sebagai rujukan kepada sebuah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara wanita Melayu tempatan dengan lelaki Arab, India-Muslim, Bengali, Punjabi, Gujerat dan Afghani. Ada juga pihak yang menyatakan istilah ini hanya digunakan sebagai rujukan kepada wanita Melayu tempatan yang berkahwin campur dengan lelaki yang datang daripada Benua India sahaja4. Menurut Jawi Peranakan juga dikenali dengan pelbagai gelaran iaitu Jawi Pekan, Jawi Pukan dan Jawi Bukan. Jawi membawa maksud Melayu dan istilah yang digunakan sebelum ini adalah untuk memberi gambaran masyarakat itu bukan Melayu dan bukan Keling5. Meskipun kewujudan masyarakat Jawi Peranakan turut dikaitkan dengan perkahwinan campur antara wanita Melayu dengan lelaki Arab, Benggali, Punjabi dan Acheh, namun di PulauPinang, ia lebih sinonim dengan masyarakat India Muslim akibat penghijrahan rakyat dari India ke negeri selat itu sejak awal 1700. Lantaran mewarisi aktiviti perniagaan yang dimulakan nenek moyang mereka ketika berhijrah ke Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, kebanyakan masyarakat Jawi Peranakan terkenal dengan kekayaan dan hidup mewah sekali gus menjadi antara sebab mereka pernah dikenali sebagai Jawi Pekan, iaitu Melayu yang hidup di pekan6. Bahasa pertuturan seharian masyarakat Jawi Peranakan di Pulau Pinang ialah dialek Melayu Pulau Pinang (DMPP). Dialek ini bukan sahaja digunakan oleh mereka di khalayak ramai malah dalam institusi kekeluargaan. DMPP yang dituturkan oleh masyarakat ini tidak begitu berbeza jika dibandingkan dengan dialek Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu lain yang menetap
4
5
6

Omar Yusof. (2005). Kaum Jawi Peranakan: isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat di Malaysia. Keling merujuk kepada kaum India yang datang dari India Selatan. Brown, H. M. (1977). The South Indian Muslim community and the evolution of the Jawi Peranakan in Penang up to 1948.

di Pulau Pinang. Bentuk keluarga dalam kalangan generasi lama Jawi Peranakan ialah keluarga luas. Apabila anak lelaki sudah berumah tangga, biasanya mereka akan tinggal dengan ibu bapa. Bagi generasi sekarang, bentuk keluarga seperti ini tidak lagi dipertahankan. Keluarga asas merupakan bentuk keluarga mereka kini dan apabila anak lelaki mereka sudah berkahwin biasanya mereka akan memulakan hidup cara sendiri dan tidak lagi tinggal bersama ibu bapa. Agama yang dianuti oleh Jawi Peranakan bagi generasi lama dan sekarang ialah Islam. Agama ini merupakan agama yang dianuti oleh orang India Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Walaupun rata-rata orang India Islam menganut agama Islam tetapi fahaman mazhab mereka tidak sama dengan orang Melayu di Pulau Pinang dan Jawi Peranakan. Bagi India Islam, mereka berfahaman mazhab Hanafi. Jawi Peranakan dan orang Melayu di Pulau Pinang pula, rata-rata berfahaman mazhab Hambali7. Antara kepercayaan keagamaan yang tidak lagi dipertahankan oleh generasi sekarang ialah pesta mandi Safar, berkunjung ke tempat keramat, seperti keramat Nagor, Tok Koya dan Mak Amma dengan tujuan untuk memohon sesuatu, ahli keluarga yang meninggal dunia pada hari Selasa dipercayai membawa petanda yang tidak baik, membakar kemenyan pada malam Jumaat dengan tujuan agar Malaikat membawa rezeki kepada keluarga mereka dan kepercayaan lain. Justeru, perayaan keagamaan yang disambut oleh masyarakat ini sama dengan orang Melayu di Pulau Pinang, seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Awal Muharam dan perayaan lain.

Omar Yusoff. 2005. Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-isu budaya dalam konteks pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

3.0 KESIMPULAN Walaupun secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa kewujudan kepelbagaian masyarakat yang terdiri dari kalangan masyarakat peranakan yang telah menjadi sebahagian daripda masyarakat Malaysia pada masa kini, permuafakatan yang erat seisi anggota masyarakat di negara ini memakan masa yang agak lama, namun begitu peranan yang telah dimainkan oleh pelbagai pihak amat penting untuk memastikan konsep perpaduan dan permuafakatan dapat terus diamalkan di negara kita walaupun berbeza agama dan cara hidup. Hakikatnya permasalahan, krisis serta pengorbanan yang bermula dari detik inilah yang menjadi titik permulaan ke arah keharmonian serta perpaduan yang kita nikmati di tanah air sekarang ini. Jika kita tinjau kembali sejarah perkembangan masyarakat di Malaysia terutamanya merupakan antara negara yang mengamalkan konsep hidup permuafakatan dalam setiap aspek kehidupan. Sikap memahami antara masyarakat adalah penting bagi mengelakkan masalah yang melibatkan masalah yang melibatkan masyarakat termasuklah masyarakat peranakan itu sendiri. Kejayaan atau kegagalan dalam setiap perancangan dan prinsip yang dicadangkan harus diambil sebagai pengajaran untuk menempuh liku-liku perjuangan hidup permuafakatan yang lebih matang. Hakikatnya inilah yang perlu kita imbas kembali pengajaran daripada peristiwa 13 Mei yang berpunca dari ketidakfahaman kaum. Oleh itu, wujud masyarakat peranakan dan masyarakat yang berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Sejarah kewujudan masyarakat yang mempunyai kelainan yang boleh menjadi satu tarikan pelancong ke Malaysia selain dapat meningkatkan ekonomi negara di bidang pelancongan.

You might also like