You are on page 1of 10

PERKAKASAN KOMPUTER

MONITOR

Perkataan “Monitor” telah mula digunakan oleh syarikat IBM yang


bermakna sebuah unit paparan (display devices). Dalam bahasa latin
pula perkataan “Monitor” ini bermakna “untuk panas”(to Warm).
Perkataan monitor ini kekal digunakan hingga sekarang. Pada asasnya
monitor adalah sama seperti TV tetapi TV mempunyai beberapa litar
tambahan yang tidak terdapat pada monitor.

BEKAS(CASING)

Bekas (Casing) merupakan kulit komputer bagi Unit Pemprossan Pusat.


Di dalam bekas ini mempunyai Papan Utama, Kad Paparan, Memori
Secara Rawak, Pemacu-pemacu dalaman, Bekalan Kuasa dan aksesori
komputer.

1 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)

Dalam penggunaan komputer, langkah pertama sebelum dapat


menggunakan ianya perlukan dimasukkan data ke dalamnya. Pelbagai
cara untuk memasukkan data ke dalam komputer contohnya cakera
liut, modem, tetikus , pengimbas ataupun daripada komputer utama
daripada network, tetapi cara yang paling banyak digunakan adalah
dengan memasukkan data melalui papan kekunci. Di Malaysia papan
kekunci (Keyboard) mempunyai 3 jenis iaitu papan kekunci P/S2 ,
papan kekunci Normal dan papan kekunci USB

TETIKUS (MOUSE)

Tetikus ialah satu alat yang digunakan dengan menggunakan tangan


untuk menggerakkan penanda (kursur) keseluruh bahagian 'skrin
monitor'. Rekabentuk tetikus ini terdiri daripada satu bola berat yang
diperbuat daripada getah yang akan berpusing bila tetikus digerakkan.
Tetikus mempunyai 2 hujung penyambungan diantaranya adalah jenis
'serial port' dan 'PS/2'. Jenis tetikus terbahagi kepada 3 : iaitu serial
mouse , optical mouse dan wireless mouse .

2 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PENCETAK (PRINTER)

Pencetak moden merupakan alat canggih. Perkakasan elektronik yang


terdapat dalam sebuah pencetak sama dengan perkakasan elektronik
yang terdapat dalam komputer itu sendiri. Pencetak mempunyai 6
jenis iaitu jenis Dot-Matrik, jenis Daisy Wheel, jenis Ink-Jet / jenis
Bubble Jet, jenis Chain, jenis Drum dan jenis Laser.

PENGIMBAS (SCANNER)

Alat Pengimbas ini boleh dianggap sebagai terbalik fungsi Pencetak


(Printer). Pencetak menjalankan tugas menukarkan data/maklumat
digital kepada keluaran pada kertas, manakala Pengimbas pula
menukarkan keluaran kekal pada kertas kepada data/maklumat digital
untuk digunakan oleh komputer.

Ia boleh digunakan untuk menyalin gambar kepada isyarat digital


untuk dimasukkan ke dalam komputer. Ia juga mempunyai 2 jenis yang
ketara iaitu jenis tangan dan jenis mendatar.

3 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMBESAR SUARA

Pembesar suara (Speaker) merupakan alat untuk mengeluarkan bunyi


dari komputer. Ia juga hanya untuk mengeluarkan bunyi semata-mata.
Pembesar suara mempunyai banyak jenama dan jenisnya.

KAD JARINGAN (NETWORK CARD)

Kad Jaringan (Network Card) merupakan alat untuk digunakan sebagai


perantaraan antara komputer dalam sesebuah kawasan. Ianya
digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer dalam sesuatu
kawasan setempat.

KAD TV (TV CARD)

Kad TV (TV Card) merupakan alat yang menerima gelombang


televisyen daripada stesyen teleyisyen. Secara tidak langsung
menjadikan komputer itu sebagai TV.

4 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

KAD BUNYI (SOUND CARD)

Kad Bunyi (Sound Card) adalah alat yang telah dicipta untuk kegunaan
komputer bagi mengeluarkan bunyi. Secara tidak langsung menjadikan
sesebuah komputer dapat dijadikan hiburan bagi pengguna.

AD RADIO (RADIO CARD)

Kad Radio (Radio Card) merupakan alat yang dicipta untuk menerima
gelombang radio FM/AM dan menjadikan sesebuah komputer dapat
menerima gelombang radio.

5 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU BACA / TULIS / BACA-TULIS

Pemacu Baca/Tulis/Baca-Tulis (CD-RW) merupakan alat yang dapat


digunakan sebagai penyimpan maklumat dan dapat menggantikan
Pemacu Cakera Liut kerana ianya dapat menyimpan kedalam cakera
padat dengan saiz yang besar dan sehingga 680MB bagi setiap cakera
padat tetapi ianya bergantung kepada jenis cakera padat yang
digunakan.

PEMACU DVD

Pemacu DVD (Digital Versatile Disc, ) sepertimana yang diketahui ia


merupakan Pemacu Video Cakera Digital . Ianya mula diperkenal pada
tahun 1996 dan kegunaannya lebih kepada wayang gambar (Movie)
dan penyimpanan data. Pemacu DVD ini akan mengantikan Cakera
Padat, Cakera Laser and VHS dalam semua aplikasinya.

6 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

PEMACU CAKERA PADAT (CD-ROM)

Pemacu ini merupakan salah satu daripada alat untuk memasukkan


data ke dalam komputer. Pemacu ini hanya dapat membaca memori
sahaja dan tidak boleh menyimpan memori ke dalam cakera keras.

Pemacu cakera padat baca sahaja ini lebih dikenali sebagai "CD-ROM
(Compact Disk Read Only Memory)"

PEMACU CAKERA KERAS

Pemacu Cakera Keras merupakan alat untuk menyimpan dan


mengeluarkan. Pemacu Cakera Keras juga digunakan sebagai tempat
untuk dimasukkan perisian untuk menjalankan sesebuah komputer
pada masa sekarang. Pemacu ini ada banyak jenama dan jenis.

PEMACU CAKERA LIUT

Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive) merupakan alat yang


digunakan sebagai tempat menulis dan membaca daripada cakera liut

7 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

(Floppy Disk) tetapi Cakera Liut terhad untuk menyimpan data kerana
saiznya hanya 1.44MB.

PAPAN INDUK

Papan induk (Mainboard) merupakan jantung bagi setiap komputer.


Papan induk ialah papan litar yang besar yang terletak dibahgian
bawah casis unit system (system unit). Papan system diperbuat
daripada kepingan “fiberglass” yang berwarna hijau/kuning dan di
atasnya dipenuhi dengan litar bersepadu, perintang, kapasitor dan litar
elektronik (electronic

KAD PAPARAN

Kad Paparan (VGA Card) merupakan salah satu alat yang penting
dalam sesebuah komputer. Kad Paparan adalah alat yang
menghubungkan antara Papan Utama (Mainboard) dengan Unit
Paparan (Monitor). Kad Paparan mempunyai banyak jenis diantaranya
jenis AGP, jenis PCI dan lain-lain lagi. Jenis bagi Kad Paparan
bergantung kepada jenis slot pada Papan Utama. Kelajuan Kad Paparan
ini pula bergantung kepada memori kad tersebut.

8 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

RAM (Ingatan Secara Rawak)

RAM merupakan ingatan yang boleh baca dan tulis. RAM terdiri
daripada litar bersepadu (IC) yang boleh ditulis di dalamnya, dan juga
ianya mengandungi program atau data yang boleh dibaca
daripadanya. Ingatan RAM ini boleh dianggap sebagai kertas atau
papan hitam bagi komputer. Ingatan RAM ini akan hilang sekiranya
bekalan kuasa komputer terputus atau dipadamkan.

UNIT PEMPROSESSAN

Unit Pemprosessan Pusat (Mikroproses) boleh dianggap sebagai "Pusat


Saraf" bagi sistem komputer. Ia merupakan bahagian yang paling rumit
dan berkuasa dalam mikrokomputer / Komputer Peribadi.
Mikropemproses ini terdapat dalam bentuk Litar Bersepadu yang
berjumlah berjuta-juta litar di dalamnya.

9 Unit ICT SKDWK


PERKAKASAN KOMPUTER

Unit Pemprosessan Pusat ini mempunyai pelbagai jenama antaranya


Intel Pentium, AMD, Cyric, dan lain-lain lagi.

10 Unit ICT SKDWK

You might also like