You are on page 1of 2

CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau ‘ Construction Industry


Development Board’ (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam
Parlimen Negara pada tahun 1994 secara rasminya. Walaubagaimanapun
perlaksanaannya telah bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang
pesat menjelang tahun 2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan
mengawal isu dan kesan yang berlaku di dalam industri pembinaan.

2.1 Objektif

Badan ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan industri pembinaan


negara menjadi sektor ekonomi bertaraf antarabangsa yang mempunyai kualiti produk
dan perlaksanaan kerja pembinaan yang berkualiti tinggi dan nilai untuk sumber
kewangan selaras dengan kehendak negara.
2.2 Fungsi

Antara fungsi-fungsi CIDB adalah seperti yang berikut :

 Memajukan dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan


industri pembinaan.
 Memajukan, menggalakkan dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa
perkara yang berhubung dengan industri pembinaan.
 Memajukan, menggalakan dan membantu eksport perkhidmatan berhubung
dengan industri pembinaan.
 Mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri
pembinaan.
 Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan.
 Menentukan piawai dan kualiti pembinaan dan bahan.
 Sebagai perunding dan pembimbing di dalam memberi khidmat di dalam
industri pembinaan.
 Memberi kredit dan kontraktor berdaftar dan membatalkan penyertaan serta
sebarang pendaftaran kontraktor baru.

You might also like