You are on page 1of 1

SULIT 1 7403/1-Produksi Multimedia

BAHAGIAN C
Jawab semua soalan

1. Sebuah syarikat stesen televisyen telah meminta anda untuk menghasilkan montaj satu
rancangan pendidikan.
Sebagai seorang pembangun multimedia, dengan menggunakan kreativiti anda, cadangkan
rekabentuk elemen yang akan anda hasilkan untuk montaj rancangan tersebut.
[10 skor]

2. Kementerian Keselamatan Jalan Raya telah bercadang untuk menyiarkan kempen Keselamatan
Jalan Raya dalam bentuk animasi yang akan disiarkan di televisyen.
Anda sebagai perekabentuk animasi, cadangkan konsep persembahan anda untuk menyampaikan
mesej tersebut.
[10 skor]

3. Anda mengusahakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membina laman web
dan seorang pelanggan anda telah meminta anda membangunkan sebuah laman web bagi
mempromosikan barangan keluarannya.
Sebagai pengurus projek, anda dikehendaki merangka proses kerja dan kos perbelanjaan yang
terlibat dalam proses pembinaan laman web tersebut.
[10 skor]

4. Anda bekerja disebuah syarikat pembekal perkhidmatan multimedia. Kementerian Kesihatan


Malaysia telah memberi geran pembiayaan kepada syarikat anda untuk menghasilkan iklan
kempen Gaya Hidup Sihat.
Sebagai pengurus projek, anda diminta untuk menyediakan proses kerja dan kos perbelanjaan
untuk pembinaan iklan tersebut.
[10 skor]

7403/1-Produksi Multimedia SULIT


[Lihat Sebelah

[Lihat sebelah

You might also like