You are on page 1of 17

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Unit 6
Guru Sebagai Pembimbing
Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:
1.
2.
3.

6.1

memahami peranan dan tugas guru sebagai pembimbing


menyenaraikan tugas guru pembimbing dan kaunselor
sekolah
mengetahui perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling

Pendahuluan

Aktiviti bimbingan mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam sistem pendidikan


di negara ini. Kemasukannya pada awal 1960an telah memberi banyak impak dan
kesan kepada kemajuan pelajar dan rakyat Malaysia. Dengan perkembangan era
globalisasi, masyarakat Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai keupayaan untuk
hidup dan berjaya di negara sendiri, tetapi perlu melahirkan individu yang bertaraf
dunia iaitu mereka juga boleh hidup di mana sahaja melalui8 bantuan amalan
bimbingan termasuk kaunseling disekolah-sekolah Malaysia. Masyarakat Malaysia
perlu berpengetahuan setanding dengan mereka di negara maju, berkebolehan dan
berkemahiran, juga mempunyai daya juang yang tinggi bagi membolehkan mereka
bertanding di peringkat antarabangsa. Keadaan ini membawa implikasi kepada sistem
pendidikan di Negara ini. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dilihat sebagai
khidmat yang menyokong terlaksananya dasar pendidikan di negara kita pada hari ini.

6.2

Peranan Guru dan Harapan Sekolah

Semua pihak tahu bahawa tugas dan peranan seorang guru adalah untuk membantu
pelajarnya berjaya dalam aspek akademik di sekolah. Secara umum tugas guru adalah
mempastikan proses pembelajaran pelajar boleh berjalan dengan baik; proses
pengajaran guru boleh dilakukan dengan lancer dan berkesan; dan proses penilaian
pendidikan boleh diadakan dengan adil serta mencapai objektif pengajaranpembelajaran.
Selain daripada tugas asas di atas, guru juga diharapkan dapat memainkan peranan
sebagai in-loco parentis kepada anak-anak didiknya. Sebagai ibubapa kedua pelajar
di sekolah, guru dipertanggungjawabkan memberi pelindungan dan menyediakan
ruangan perkembangan sahsiah dan peribadi yang sesuai kepada pelajar-pelajarnya.
Guru juga diharapkan dapat menyediakan peluang kepada pelajar memenuhi
keperluan-keperluan tertentu termasuk keperluan mental, emosi, fizikal, spiritual dan
sebagainya.
63

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Bagaimana pula tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh seorang guru sebagai
pembimbing, kaunselor atau personalia pelajar secara berkesan di sekolah.
Sememangnya banyak peranan yang boleh mereka mainkan. Guru boleh memberi
bantuan bimbingan secara terbuka kepada para pelajarnya samada dalam aspek
akademik, minat dan motivasi belajar, cara menangani masalah harian atau kaedah
memilih kerjaya yang sesuai. Guru yang mempunyai kemahiran asas kaunseling juga
boleh memainkan peranan dengan lebih besar melalui pemberian bantuan
menggunakan pendekatan dan strategi kaunseling.
Namun, dalam meninjau dan mengenalpasti disamping memahami apakah peranan
dan tugas yang boleh dimainkan oleh guru di sekolah melalui amalan membimbing,
kauinseling atau kepengurusan pelajar, adalah lebih baik kita meninjau dengan
mendalam tugas dan peranan sebenar seorang kaunselor di sekolah di Malaysia hari
ini.

6.3

Senarai Tugas Kaunselor

Sebagai seorang kaunselor, mereka diberi tanggunjawab yang sangat besar oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah dan peringkat sekolah oleh pengetua. Secara umum, seorang kaunselor di
sekolah menerima arahan secata terus daripada kesemua pihak tersebut tadi. Ini
secara umum memberi gambaran bahawa tugas dan peranan seorang kaunselor adalah
sentiasa terdedah kepada pelbagai arahan dan keperluan pihak atasan.
Sejak kewujudan peranan kaunselor di sekolah sekitar awal 1980an, fungsi mereka
telah menjadi semakin berkembang dan diperlukan (Mohamed Fadzil Che Din, 2002).
Perana dan tugas kaunselor menjadi semakin meluas dan hingga ke awal 1990an,
kaunselor diperhatikan sebagai satu jawatan atau personalia yang banyak memberi
sumbangan dan sokongan positif kepada perkembangan pelajar samada dalam
kurikulum atau ko-kurikulum.
Pada tahun 1996, jawatan kaunselor mula diperhatikan sebagai perlu di semua sekolah
menengah. Bahagian Teknik dan Vokasional merupakan antara unit atau bahagian
yang paling awal dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang mula menempatkan
kaunselor sepenuh masa di beberapa buah sekolah teknik dan vokasional ketika itu.
Langkah penempatan kaunselor sepenuh masa telah mula diikuti oleh Bahagian
Sekolah Berasrama Penuh pada tahun yang sama dan kemudiannya diikuti oleh
Bahagian Sekolah-Sekolah pada tahun berikutnya. Pada peringkat awal penempatan
kaunselor di sekolah harian bermula dengan menempatkan kaunselor pelajar sepenuh
masa di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Kejayaan penempatan ini telah
mewujudkan penempatan seramai 1671 kaunselor sepenuhnya pada tahun 1998
hingga 2000. Pada hari ini dengan syarat yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang mengarahkan penempatan seorang kaunselor pelajar bagi
setiap 500 pelajar mulai 2002 di beberapa buah negeri, maka jumlah kaunselor pelajar
sepenuh masa dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa.
Pada hari ini, kaunselor telah diberi peranan yang khusus dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk mengendali, mengurus dan memantau unit
64

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing. Antara tugas kaunselor yang


perlu dimainkan mereka ialah:
1.
2.

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.

Menyediakan rancangan tahunan


program dan aktiviti perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan
perbincangan
dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas
pelajar.
Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang meransang perkembangan pelajar secara optimum.
Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu
secara professional dan beretika.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti
pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM
dan STPM.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah, inhalen, rokok dan alcohol.
Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling
kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
Merncang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan
dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan
pelajar.
Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrument, pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling.
Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan
dan kaunseling.
Menjadi pengerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan
kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
Memberi khidmat kepada pelajar, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang
memerlukannya.
Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar
yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum
sekolah.
menjadi ahli jawatankuasa dan Majlis Perancang Sekolah.
Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

65

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

22.

Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti


Kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya .

6.4

Senarai Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling Atau


Kaunselor Pelajar

Terdapat 22 jenis khidmat yang disenaraikan dalam tugas seorang guru bimbingan
dan kaunseling atau kaunselor pelajar. Walaubagaimanapun, kunselor pelajar sekolah
ini telah menyenaraikan 10 jenis khidmat utama program bimbingan dan kaunseling .
Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan pelajar, sekolah dan
komuniti di sini. Berikut adalah senarai tugas mengikut kelompok atau jenis serta
perinciannya.

6.4.1 `Inventori Individu Dan Rekod


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap pelajar.


Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait
dengan penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
Mengawas
Mengawas angkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.
Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar ber,masalah untuk tujuan pemulihan.

6.4.2 Perkhidmatan Pengumpulan Dan Mmberi Maklumat


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional,


latihan dan pelajaran kepada pelajar, misalnya melalui risalah-risalah, bukubuku, poster, hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah.
Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
pelajaran, sosial dan peribadi.
Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi
borang permohonan dengan tepat.
Mengelola lawatan terancang kerjaya dan lain-lain pertolongan
yang diperlukan oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
merokok dan inhalen ( seperti menghidu gam).

6.4.3 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


1.

2.

Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok


dan tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan
konsep kendiri, vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan
moral-agama pelajar.
Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan
kaunseling tunjuk ajar mengenai sesuatu topic yang sesuai dengan sesuatu
kelompok tertentu, misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah

66

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

3.
4.

sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari
masa ke semasa.
Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan SPM,
SPMV dan STPM.
Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan
menyelia aktiviti mereka.

6.4.4 Perkhidmatan Kaunseling


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kaunseling dengan pelajar secara indiviu atau kelompok mengenai


Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan
menggunakan dadah dan bahn-bahan inhalen.
Kaunseling keluarga. Ini boleh diadakan jika perlu dan jika guru kaunseling
boleh mengendalikannya.
Kaunseling tunjuk ajar- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kel;as
untuk mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan
nilai kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam penggunaan dadah,
minum arak, merokok, dan lain-lain.

6.4.5 Perkhidmatan Penempatan


1.
2.
3.
4.

Membantu pelajar memilih aktiviti ko- kurikulum


berdasarkan
kebolehan , minat kerjaya pilihan dan kemampuan.
Penempatan Pekerjaan
Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikut program pengalaman
bekerja (jika program seumpama ini ada dijalankan)
Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan
system memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan
mengenai pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional.

6.4.6 Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah Dan Inhalen


1.
2.
3.

Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau


kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan nilai
membenci dadah dan inhalen.
Memberi bantuan atau pertolongan kkepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan dan rawatan.
Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada
Kementerian atau Jabatan Pendidkan Negeri tentang program pencegahan
dadah di peringkat sekolah.

6.4.7 Perkhidmatan Konsultasi Dan Rujukan

67

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Membantu bekas pelajar sekolah dalam hal berkaitan dengan soal peribadi,
kerjaya, pelajaran dan lain-lain apabila diminta.
Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan
mendalam mengenai program bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan
pelajar.
Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan
sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.
Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti
penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar
kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.

6.4.8 Perkhidmatan Penyelarasan Resos


1.
2.
3.
4.

Penyelaras Bagi Aktiviti-Aktiviti Berhubung Dengan Kebajikan Pelajar Di


Antara Sekolah Dan Agensi Lain.
Menjadi Punca Rujukan Dalam Aktiviti-Aktiviti Ko-Kurikulum.
Penyelaras Bagi Penglibatan Majikan, Agensi Kebajikan Dan Orang-Orang
Kenamaan Tempatan Dalam Program Bimbingan Di Sekolah.
Merancang Dan Menjadi Penyelaras Dalam Usaha Untuk Memperkenalkan
Lagi Aktiviti-Aktiviti Bimbingan Kepada Agensi-Agensi Dan Komuniti
Setempat.

6.4.9 Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa


1.
2.
3.
4.
5.

Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi


kemajuan pelajar terutama dalam pelajaran.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak
memuaskan.
Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di
kalangan pelajar.
Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati pasti bahawa masalah yang
dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga.

6.4.10 Perkhidmatan Penilaian


1.
2.

Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk


membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kem Jaya Diri, Skim
Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat
sekolah.

68

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

6.4.11 Sistem Fail, Rekod Dan Dokumentasi


Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling,
seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja
pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan
rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian
bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh
Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, PPD, PPB, JPN, atau Kementerian
Pendidikan.

6.5

Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Kaunselor

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar
adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar
yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usahausaha unukk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi
kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan secara seimbang dalam
semua bidang seperti berikut:
Bil.

Bidang

Input

Kaedah

1.

AKADEMIK

1.Pemilihan matapelajaran
elektif

Bimbingan
kelompok
Bimbingan
Individu
Kaunseling
kelompok
Kaunseling
Individu
Biblio Kaunseling

2. Kemahiran Belajar
i. Membaca
ii.Mencatat/mengambil nota
iii.Pengurusan Masa
iv.Pengurusan Diri
v.Mendengar
vi.Mengingat
vii.Mengulangkaji
viii.Menjawab soalan peperiksaan
ix.Menghadapi peperiksaan

69

Kursus
Bengkel
Seminar
Kem/Perkhemaha
n
Tayangan Video
Taklimat
Kolokium
Tutor Sebaya
Mentor Mentee
Pembimbin
Rakan Sebaya
(PRS)

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

3. Pengumpulan maklumat pelajaran


atau peluang melanjutkan
pelajarn di Institut Pengajian
Tinggi

2.

KERJAYA

1.Inventori minat
2. Inventori Personaliti
3. Inventori nilai
4. Pemilihan Matapelajaran elektif
5. Pengumpulan maklumat kerjaya
6. Pendedahan Kerjaya ,peluang
latihan kerjaya
7. Penyebaran maklumat

3.

PSIKOSOSIAL & 1. Ujian Personaliti


KESEJAHTERAA 2. Senarai semak masalah
N
3. Merujuk kad maklumat Diri
MENTAL
(jika perlu)
4. Kemahiran Komunikasi
5. Kemahiran Asertif/Tegas diri
6. Penyaringan maklumat
7. Pengurusan Tekanan
8. Kemahiran Rohani
9. Kemahiran membuat keputusan

Lawatan
Ceramah
Pameran
Bank Maklumat
manual
Bank maklumat
berkomputer
Bimbingan
kelompok
Bimbingan
Individu
Lawatan
Ceramah
Forum
Seminar
Tayangan Video
Pertandinganpertandingan
- Esei
- Buku skrap
kerjaya
- Poster
Bimbingan
Kerjaya merentas
Kurikulum
dan
kokurikulum
PRS
Bimbingan
kelompok
Bimbingan
Individu
Kaunseling
kelompok
Kaunseling
Individu
Biblio Kaunseling
Forum
Kursus

10.Kemahiran pengawalan diri


11.Kemahiran aplikasi
12.Kemahiran sintesis
13.Kemahiran analisis kritikal
14.Pengekalan penghargaan kendiri
15.Perkembangan keremajaan
16.Konsep kendiri
Bengkel
17.Pengendalian kendiri
Seminar
18.Program Orientasi
Kem Bina Insan /
Diri
Kolokium
Rehlah
Lawatan
70

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Tayangan Video
Latihan
dalam
kumpoulan
Aktiviti simulasi
kumpulan
Perkhemahan
ibadah

4.

KEIBU-BAPAAN

1. Komunikasi
2. Perkembangan Individu
3.Isu-isu kekeluargaan
3.1 Kepimpinan
3.2 Perkembangan remaja masa
kini dan akan dating
3.3 Kerukunan dan kesejahteraan
keluarga

Ceramah
Seminar
Forum
Bengkel
Perkhemahan
keluarga
Hari keluarga
Lawatan
ke
rumah (Home
Visit)
Kaunseling
keluarga
Khidmat
Konsultasi
Kursus
Kemahiran
Keibubapaan
Buletin keluarga
Pameran

MASALAH
PELAJAR

1. Kemahiran Komunikasi
2. Kemahiran Penyelesaian masalah
3. Kepimpinan
4. Kemahiran tegas diri
5. Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)
6. Kemahiran Sosial
7. Kemahiran Pemilihan aktiviti
keutamaan

Kaunseling
Individu
Kaunseling
Kelompok
Latihan
dalam
kumpulan
Lawatan
ke
rumah
Ceramah
Bengkel
Praktikum PRS

71

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Sehubungan itu, Rancangan Tahunan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di


sekolah ini telah disusun atur merangkumi kelima-lima aspek bidang tugas dan
tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor pelajar.
CONTOH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING RANCANGAN
TAHUNAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SM
TEKNIK KAJANG, SELANGOR 2002
Bulan/
Tarikh
Januari

Februari

Mac

Bulan/
Tarikh
April

Aktiviti/Program

Sasaran

1. Pengurusan dan pentadbiran


2. Membuat rancangan aktiviti
tahunan
3. Pengisian boring masuk ke SMT
4. Bimbingan kelompok dan individu
Pelajar
5. Kaunseling kelompok dan individu Tingkatan 5
6. Latihan Pembimbing Rakan
Sebaya(PRS)
7. Perjumpaan Kelab Kaunseling &
Kerjaya
8. Seminar Motivasi 1 untuk
Tingkatan 5
9. Inventori Minat dan Kerjaya
1. Pengurusan dan Pentadbiran
2. Ceramah motivasi dan kerjaya
3. Perjumpaan PRS dan latihan
4. Perjumpaan Kelab Kaunseling & Pelajar
Kerjaya
Tingkatan 5
5. Seminar kaedah belajar Tingkatan
5
6. Kaunseling individu dan kelompok
1. Pengurusan dan Pentadbiran
2.
Program
suaikenal
pelajar
Tingkatan 4
3. Soal selidik tentang masalah pelajar Pelajar
4. Ceramah kesihatan
Tingkatan 4
5. Ujian personality, Minat, Kerjaya
6. Perjumpaan PRS dan latihan
7. Seminar kaedah belajar untuk
Tingkatan 4

Personalia

Kaunselor
Guru-guru
lain

Kaunselor

Kaunselor
Guru-guru
Pegawai
Perubatan

Aktiviti/Program

Sasaran

Personalia

1. Pengurusan dan pentadbiran


2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Ceramah kerjaya dan motivasi
4. Seminar kaedah belajar

T.4 dan T.5


T.5
T.4

Kaunselor
Guru-guru
Penceramah

72

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

5. Aktiviti bimbingan:
T.5 (terpilih)
- pengurusan diri
- pengurusan stress
- pengurusan masa
6. Ujian personality IPS, IPW
T.4 dan T 5
7. Latihan dan perjumpaan PRS
8. Perjumpaan Kelab Kaunseling &
Kerjaya
T.4 dan T.5
9. Kemahiran membuat keputusan dan
kemahiran asertif
Mei

Jun

Julai

Ogos

1. Pengurusan dan pentadbiran


2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Ceramah kerjaya dan motivasi
4. Perkhidmatan bimbingan kelompok
dan individu
5. Latihan dan perjumpaan PRS
6. Perjumpaan Kelab Kaunseling &
Kerjaya
7. Ujian personality Ujian minat, dsb
8. Ceramah Anti Dadah/AIDS
9. Kem Waja Diri /Bina insane
10.Pengurusan diri, masa
1. Pengurusan dan pentadbiran
2.Kaunseling individu dan kelompok
3. Ceramah kerjaya dan motivasi
4. Bengkel Matematik Moden
5. Latihan dan perjumpaan PRS
6. Perjumpaan Kelab Kaunseling &
Kerjaya
7. Seminar kaedah belajar
8. Kursus kepimpinan pengawas
9. Pertandingan melukis poster Anti
Dadah
10.Kursus motivasi
1. Pengurusan dan pentadbiran
2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Ceramah Kerjaya dan motivasi
4. Ceramah kemahiran berfikir
5. Pendidikan perkembangan seksual
gadis remaja
6. Perjumpaan PRS
7. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan
Kerjaya
1. Pengurusan dan pentadbiran
2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Perjumpaan PRS
73

T.4 dan T.5


T.5

luar
Kaunselor

Penceramah
luar
Kaunselor
IPTA/IPTS

T.4 dan T.5


T.4

T.4 dan T.5


T.5
T.5

Peg.Perubata
n
Kaunselor

Kaunselor
IPTA/IPTS
L&G
Twintech

T.4
T.4 dan T.5
T.5

SLAD
Kaunselor/G
uru

T.4 dan T.5


T.5

Kaunselor
IPTA/IPTS

T.4 dan T.5


Pelajar
perempuan

Doktor/Nurse

T.4 dan T.5

Kaunselor

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

4. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan


Kerjaya
T.5
5. Ceramah kerjaya dan motivasi
T.4 dan T.5
6. Minggu patriotic:
- deklamsi sajak
- pertandingan melukis poster
- kuiz, dan lain-lain
PRS
7. Lawatan sambil belajar ke BDA
September 1. Ceramah kerjaya
2. Strategi menghadapi peperiksaan
Oktober

November

T.5
T.5

1. Pengurusan dan pentadbiran


T.4 dan T.5
2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Perjumpaan PRS
4. Perjumpaan Kelab Kaunseling dan
Kerjaya
T.5
5. Motivasi Akhir kelas peperiksaan
1. Pengurusan dan pentadbiran
T.4 dan T. 5
2. Kaunseling individu dan kelompok
3. Laporan Tahunan B&K
4. Laporan Tahunan PRS
5. Laporan
Tahunan Kelab
Kauneseling dan kerjaya
6. Kemaskini inventori dan rekod

IPTA/IPTS
Kaunselor/G
uru
Sains social
Kaunselor
IPTA/IPTS
Penceramah
luar
Kaunselor

Penceramah
luar

Kaunselor

CUTI AKHIR TAHUN 2002


(08.011.2002 hingga 05.01.2003)

6.6

Tugas Pemantauan Oleh Guru/Kaunselor Terhadap


Program Yang Dijalankan
Pemantauan dibuat:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Dengan menggunakan senarai semak


Berdasarkan carta Gunn
Merujuk kepada rancangan tahunan
Berdasarkan Takwim Sekolah
Membuat Laporan Harian
Menggunakan Buku Log
Membuat laporan secara berkala sepenggal sekali

74

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

6.7

6.8

Tugas Penilaian
Sekolah
i.

Dibuat sebulan sekali dengan menggunakan Borang Soal Selidik yang


Diedar kepada pelajar (20 orang pelajar yang telah berjumpa kaunselor
pada bulan itu dan 20 yang belum berjumpa dengan kaunselor).

ii.

Melalui temuduga dengan pelajar yang dipanggil secara rawak Tanya


Mereka mengenai pandangan mereka terhadap program B&K setakat
itu.

iii.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa pengurusan sekolah yang dijalankan


seminggu sekali dan dihadiri oleh kaunselor.

iv.

Melalui peti cadangan yang disediakan untuk pelajar dan guru.

Tugas Pelaporan Program Motivasi


i.
ii.

6.9

Program Oleh Guru/Kaunselor

Gunakan Borang Soal Selidik


Buat analsis tentang respons diberi oleh respondens atau peserta
program.
- menulis hasil soal selidik dalam bentuk pernyataan bertulis
- diserahkan kepada pengetua
- memasukkan keberkesanan dan kelemahan yang dialami atau
diperolehi
- mengemukakan resolusi untuk memperbaikinya
- membuat refleksi tentang perlaksanaan program berdasarkan
aspek-aspek berikut:
a. Pengelolaan
b. Keberkesanan penceramah
c. Kesesuaian tajuk atau input
d. Kesesuaian masa , tempat dan sebagainya.

Peranan Guru Dan Kaunselor Dalam Membantu


Pelajar Mengenalpasti Masalah Dan Menanganinya

Masalah umum yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah-sekolah hari ini
dapat dikategorikan kepada aspek seperti berikut:
o
o
o
o
o

Akademik
Kerjaya
Psikologi dan kesihatan mental
Emosi
Keluarga dan perhubungan antara keluarga

75

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

Huraian kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar


A.

Masalah Akademik: diantaranya


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

B.

pemilihan mata pelajaran elektif dan teras


pemilihan mata pelajaran mengikut minat kerjaya
kelemahan mencatat dan mengambil nota
tidak mahir mendengar
tidak mahir mengingat
tidak tahu cara atau teknik ulangkaji
tidak tahu teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan
masalah pengurusan diri pengurusan masa
tidak tahu strtegi menghadapi peperiksaan
masalah penempatan selepas SPM

Masalah Kerjaya diantaranya:


i.
ii.
iii.
iv.
v.

C.

tidak pasti minat kerjaya atau kerjaya yang sesuai dengan diri
tidak mengenali personality diri dengan mendalam
kurang pasti nilai yang ada pada diri sendiri
kurang jelas tentang peluang pendidikan dan latihan
masalah menentukan pemilihan kursus yang menjurus kepada
kerjaya tertentu

Masalah psikologi dan kesihatan mental: diantranya -:


i.
ii.
iii.

konsep kendiri rendah (low self-esteem)


tidak mengenali diri dengan mendalam
tidak majhir berkomunikasi timbul masalah dengan rakan
sebaya
mudah tertekan
putus asa cepat menyerah kalah
masalah cinta
tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
lemah penampilan diri cepat cemas, risau, takut, mempunyai
fear of the unknown
masalah emosi perasaan tidak tenteram
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran

iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

6.10 Cara-Cara Kaunselor Dan Guru Mengatasi MasalahMasalah Pelajar


A.

Cara cara mengatasi masalah akademik


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Bimbingan kelompok
Kaunseling kelompok
Bimbingan individu
Kaunseling individu
Ceramah motivasi

76

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

vi.

B.

Kursus dan seminar cara belajar


a. kemahiran membaca pantas
b. kemahiran mencatat dan mengambil nota
c. kemahiran mendengar
d. kemahiran berfikir
e. kemahiran mengingat
f. kemahiran mengulangkaji
g. dan lain-lain yang relevan seperti:
-kemahiran pengurusan diri
- kemahiran pengurusan masa
- kemahiran menghadapi peperiksaan

Cara-cara menyelesaikan masalah kerjaya


i. Kaunseling kerjaya secara individu dan kelompok
ii. Ceramah kerjaya
iii. Gunakan ujian-ujian minat kerjaya dan ujian minat seperti:
a. SDS
b. IPS
c. INPS
d. VPI
vi.
Lawatan sambil belajar
vii.
Bimbingan kelompok kerjaya
viii. Membuat buku skrap kerjaya
ix.
Melukis poster kerjaya

C.

Cara-cara mengatasi masalah psikologi dan kesihatan mental: diantaranya


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Kaunseling individu dan kelompok


Kem Jati Diri bagi pelajar yang mempunyai masalah disiplin
Kursus motivasi
Ajar kemahiran-kemahiran : Asertif, penampilan diri, cara
membuat keputusan, pengawalan diri, pengurusan stress,
komunikasi yang berkesan
Tubuhkan PRS- Pembimbingan Rakan Sebaya, Kelab
Kaunseling dan Kerjaya dan SLAD
Beri Ujian Personaliti seperti:
- IPW Inventori Personaliti warna
- TSCS Tennesse Self-Concept Scale
- JEPI
- IPS, dan sebagainya.

Semua ujian tersebut adalah untuk membantu kaunselor mengetahui dengan lebih
dekat lagi keadaan pelajar atau klien tersebut sebelum memberi khidmat kaunseling
yang wajar.
Bagi pelajar , ia membantu diri mereka untuk mengenali dri dengan lebih dekat agar
dapat menerima diri yang sebenarnya dan dapat berfungsi secara holistik untuk
kesejahteraan diri.

77

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

6.11 Kesimpulan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk pelajar adalah amat penting bagi
membantu pelajar supaya dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan
bermakna. Sesungguhnya peranan yang perlu dimainkan oleh seorang kaunselor
seperti menjalankan aktiviti bimbingan, kaunseling dan personalia boleh dilakukan
oleh mana-mana guru yang berminat untuk membantu para pelajarnya. Cuma sebagai
seorang guru, sekiranya mereka berhasrat untuk membantu anak didik masing-masing
menggunakan pendekatan bimbingan dan kaunseling, maka mereka terlebih dahulu
perlu mempunyai beberapa pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan dengannya.
Selain daripada itu, sedikit pengalaman dalam memberi bantuan menggunakan
strategi dan pendekatan di atas juga boleh membantu mempertingkatkan
keberkesanan tugas dan peranan mereka di sekolah.

6.12 Aktiviti
1.

Bincangkan peranan guru dalam membantu pelajar.

2.

Bincangkan kategori permasalahan pelajar.

3.

Bincangkan cara kaunselor mengatasi permasalahan pelajar.

4.

Huraikan cara guru memantau perjalanan program bimbingan dan kaunseling

78

ideal -

Unit 6 Guru Sebagai Pembimbing


UPM

LAMPIRAN DAN CONTOH


CONTOH PROGRAM BIMBINGAN GURU KEPADA PELAJAR
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR : PENGURUSAN MASA
1.

Apakah kebaikan ada jadual waktu belajar ?


*
Jimat masa dan usaha/tenaga untuk belajar. (pasti masa belajar dan apa
yang perlu dipelajari)
*
Boleh menggunakan masa dengan baik dan semaksimumnya. (elak
pelajar melakukan kerja-kerja lain ikut mood sebelum dan semasa
belajar)
*
Membolehkan pelajar merancang masa untuk tidur secukup-cukupnya
dan bersenam demi kesihatan pelajar.
*
Hidup berdisplin dan berancangan.

2.

Panduan untuk menyediakan jadual waktu belajar sendiri.


*
Perhatiankan dengan teliti jadual waktu harian persekolahan anda, bagi
menyediakan jadual belajar sendiri.
*

Sediakan jadual waktu belajar khusus pada waktu cuti sekolah atau
hujung minggu.

Terdapat 3 kategori ulangkaji perlu difikirkan dalam jadual waktu:


*
mengulangkaji tajuk yang telah diajar di sekolah pada hari
tersebut untuk mendapatkan lebih kefahaman.
Contonya,
pelajar belajar sejarah pada hari tersebut, selepas sekolah,
pelajar mengulangkaji tajuk yang diajar.
*
mempelajar tajuk baru yang akan diajar pada keesokan hari
agar mudah memahami pengajaran dan pembelajaran guru.
*
kombinasi-ulangkaji dan belajar tajuk baru.

Menyediakan analisis kekerapan sesuatu subjek diulangkaji dalam


seminggu dan masa yang digunakan.
(Rujuk Borang Analisis
kekerapan subjek/kertas yang dipelajari dalam seminggu)

Disiplin diri yang tinggi.


*
cari pasangan belajar diri (2 orang dalam sekumpulan) supaya
saling ingat-meningati dan dorong-mendorongi.
*
Letak jadual di tempat yang strategic yang boleh dilihat.
*
Belajar adalah tanggungjawab penting seorang pelajar,
tunaikanlah tanggungjawab anda melalui berdisplin diri.

Sekiranya anda menghadapi rintangan dalam merancang dan menjalankan jadual belajar
anda, sila berjumpa dengan guru kaunselor anda atau guru-guru yang dapat menolong
anda.
Selamat Belajar dan Berjaya

79

You might also like