You are on page 1of 3

PERANAN SISC DAN SIPartner+

PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER PLUS (SIPARTNER+) /


RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH
PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACH PLUS (SISC+)/
PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH

3.0

PENDAHULUAN

Pegawai SIPartner+ dan SISC+ ialah satu jawatan baharu yang diwujudkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) bagi menjayakan Program
Transformasi Daerah(DTP). Pegawai SIPartner+ dan SISC+ merupakan jawatan
hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD). Tugas Pegawai SISC+ membantu dan
membimbing guru-guru dalam melaksanakan pedagogi yang menarik, kreatif
dan inovatif untuk memberikan impak yang lebih berkesan terhadap
pembelajaran murid. Mereka berperanan sebagai rakan yang bersama-sama
membantu menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar kementerian dan
memperkasakan standard guru ke arah pedagogi abad ke-21. Pegawai
SIPartner+ pula berperanan sebagai pembimbing kepada pengetua dan guru
besar(PGB) dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan
kompetensi pemimpin sekolah daripada aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan
amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.

3.1

RASIONAL

Pewujudan Buku Pengurusan Pegawai SIPartner+ dan SISC+ adalah untuk


dijadikan panduan dan tindak ikut yang seragam khususnya oleh para pegawai
SIPartner+ dan SISC+ dan amnya warga pendidikan yang terlibat dengan DTP
dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing di seluruh
negara.

3.2

MATLAMAT

Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dan prestasi guru daripada aspek


ilmu, nilai, persepsi,sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke21.

3.3

OBJEKTIF

3.3.1 Mengupayakan kualiti kepemimpinan dan kualiti pedagogi guru untuk


mencapai KPI yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
melalui intervensi yang berterusan.
3.3.2 Meningkatkan kompetensi PGB dan guru yang dibimbing (GDB) serta
pencapaian sekolah bersesuaian dengan keperluan sekolah.

3.4
3.4.1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


Peranan Pegawai SISC+:

3.4.1.1
Mengadakan lawatan bimbingan guru di sekolah melalui
pemerhatian di dalam bilik darjah dan bimbingan GDB (secara individu atau
berkumpulan).
3.4.1.2
Membantu melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat
sebagai fasilitator (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS).
3.4.1.3
Membuat pelaporan kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
(KPPD), mengambil tindakan susulan dan melakukan intervensi untuk
peningkatan pedagogi GDB dan guru-guru.
3.4.2

Tanggungjawab Pegawai SISC+:

3.4.2.1
Bimbingan dan maklum balas secara dua hala dengan
menggalakkan perkongsian ilmu kandungan dan ilmu pedagogi antara pegawai
SISC+ dengan GDB. Dengan wujudnya persefahaman, pegawai SISC+ dapat
membimbing GDB dengan lebih berkesan.
3.4.2.2
Pegawai SISC+ melakukan pemerhatian serta memberi sokongan
kepada GDB dan tidak bersifat penilaian prestasi agar proses pembelajaran dan
pengajaran(p&p) GDB lebih efektif di dalam kelas. Pegawai SISC+ berperanan
sebagai pembimbing manakala guru yang dipilih adalah sebagai guru yang
dibimbing(GDB).
3.4.2.3
Pegawai SISC+ membuat pelaporan kepada KPPD. Tindakan
susulan dan intervensi dilakukan terhadap GDB dan guru-guru, contohnya
melalui Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC).
3.4.3 Peranan Pegawai
SIPartner+
3.4.3.1
Mengadakan lawatan bimbingan PGB di sekolah untuk
pemerhatian dan bimbingan terhadap pengurusan sekolah.
3.4.3.2
Membimbing PGB melaksanakan program yang diluluskan oleh
pusat (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS).
3.4.3.3
Membimbing PGB dalam menyelesaikan masalah dan
melaksanakan intervensi serta membuat pelaporan kepada KPPD untuk tindakan
susulan dan intervensi.
3.4.4
3.4.4.1

Tanggungjawab Pegawai SIPartner+.


Melaksanakan bimbingan PGB.

3.4.4.2
Membimbing PGB mengenal pasti isu-isu pengurusan dan
kepemimpinan serta merangka program intervensi yang bersesuaian.

3.4.4.3

Membimbing PGB dalam pembangunan profesionalisme diri.

You might also like