You are on page 1of 10

SINTAKSIS

Setiap bahasa mempunyai tatabahasanya.


Tatabahasa ialah teori tentang peraturan
yang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Ayat mengandungi
unsur klausa, manakala klausa terbentuk
daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri
daripada bentuk-bentuk perkataan.

TATATINGKAT TATABAHASA
AYAT

Anak orang itu sedang tidur.

KLAUSA

anak orang itu sedang tidur

FRASA

anak orang itu / sedang tidur

PERKATAAN

anak / orang / itu / sedang /


tidur

PERKATAAN
Perkataan boleh ditakrifkan sebagai bentuk
bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri
dan binaannya tidak boleh dibahagi atau
dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang
lebih kecil lagi.
Contoh: baju, orang, negeri, mana, dia
orang, ramai, bunga, api, jalan.

FRASA
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa, kerana
binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa
boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun
konstituen frasa itu sendiri.

CONTOH FRASA
Burung merpati terbang melayang.
Anak kecil itu sedang tidur.
Ali mengahwini anak Pak Haji Osman.
Polis memburu penjenayah di hutan
rimba itu.
Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

KLAUSA
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan
yang mengandungi subjek dan predikat, yang
menjadi konstituen kepada ayat.
Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat,
klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa
bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri
sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap
apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat


berdiri sendiri.
Contohnya:
1. Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
2. Saya akan hadir kalau waktu
mengizinkan.
3. Mereka mogok kerana mereka membantah
sikap majikan.
4. Janganlah ganggu orang itu kerana dia
sedang bekerja.
5. Katakan kepada ibu bahawa kami sudah
makan.

AYAT
Ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang
lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang
sempurna.

AYAT DASAR
Ayat dasar ialah ayat yang
menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa

POLA AYAT DASAR


Pola

Subjek

Predikat

Pola 1

Frasa Nama
Encik Ahmad

Frasa Nama
guru sekolah

Pola 2

Frasa Nama
Bapa mereka

Frasa Kerja
sedang berehat

Pola 3

Frasa Nama
Anak itu

Frasa Adjektif
sihat sungguh

Pola 4

Frasa Nama
Pejabat saya

Frasa Sendi Nama


di Kuala Lumpur

You might also like