You are on page 1of 12

PENILAIAN BUKU TEKS FIZIK TINGKATAN 4 SECARA KUANTITATIF

Muhamad Mubarrak Mohd Yusof & Siti Fairuz Dalim


Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
mubarrak@salam.uitm.edu.my

Muhamad Firdaus Ramli


Fakulti SeniLukis & SeniReka
Universiti Teknologi MARA
azwhyec@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini adalah mengenai Buku Teks Tingkatan 4 yang dinilai secara kuantitatif. Buku yang di nilai
adalah buku teks Fizik tingkatan 4 yang mempunyai 178 muka surat. Buku ini dinilai kerana tidak
terdapat banyak kajian tentang keberkesanan dan nilai sesebuah buku teks itu mahupun kajian buku
teks lain di Malaysia. Kaedah penilaian merupakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan nilai
indeks bagi menggambarkan nilai sesebuah buku secara keseluruhan. Kajian mendapati buku ini
mempunyai indeks keseluruhan setinggi 0.88. Ini bermaksud buku ini merupakan sebuah buku yang
hampir kepada ideal kerana menghampiri indeks 1 (buku ideal). Indeks ini dicapai dengan mencari
purata nilai indeks ayat, indeks gamba rajah, indeks latihan, indeks kesimpulan, indeks aktiviti, dan
indeks objektif. Kertas juga membincangkan tentang setiap dapatan indeks di dalam buku yang
dipilih dan penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat untuk menambah keberkesanan buku yang
dipilih.
Field of Research:

Buku teks, Fizik, penilaian buku teks.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan
Setiap Buku mempunyai kriteria-kriteria tertentu yang membuatkan sesuatu buku itu menarik.
Antara cara yang paling mudah bagi menentukan jika sesuatu buku itu menarik atau tidak adalah
jumlah jualan sesuatu buku itu. Jika satu buku itu merupakan satu buku yang laris, maka,
kemungkinan besar buku itu adalah buku yang menarik. Walau bagaimanapun, situasi ini agak
berlainan untuk buku teks, nilai sesuatu buku teks itu tidak terletak hanya kepada kelarisannya di
pasaran, akan tetapi juga terletak pada keberkesanannya untuk membantu murid memahami
sesuatu topik (Kulm et al., 1999). Di Malaysia buku teks merupakan sumber ketiga paling utama
kepada guru-guru selain daripada huraian kurikulum dan sukatan pelajaran, namun begitu, guruguru tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam pemilihan sesebuah buku teks itu kerana buku teks
adalah selaras bagi seluruh Malaysia. Mengikut Roseman et al. (1999), buku teks yang laris tidak
semestinya merupakan buku yang efektif, malah kebanyakan buku teks sekolah menegah di Amerika
yang merupakan buku yang laris tetapi tidak mempunyai kriteria - kriteria yang buku yang efektif.
Oleh sebab itu, buku teks yang di sediakan tidak semestinya bagus maka buku teks perlu dikaji
keberkesanannya.
Sesebuah buku teks dikaji dengan kriteria-kriteria tertentu untuk mengkaji keberkesanan sesebuah
buku teks itu. Terdapat beberapa cara untuk menilai sesebuah buku secara formal, antaranya, secara
kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif diperkenalkan oleh Shaharom Noordin (1994) dan
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
937

kaedah kualitatif yang diperkenalkan oleh Persatuan Amerika untuk Kemajuan Ilmu dikenali sebagai
Projek 2061, semenjak 1985 (Roseman et al.,1999).
Mengikuti Kulm et al. (1999), sebuah buku yang efektif harus berorientasikan kepada pelajar. Sebuah
buku teks itu harus berpusat pada murid kerana murid akan menjadikan ia sebagai sumber rujukan
utama apabila ketiadaan guru untuk membimbing. Oleh itu sesebuah buku itu harus
mempromosikan pembelajaran Kendiri. Buku yang efektif juga membolehkan pelajar untuk belajar
sendiri sesuai dengan kemampuan mereka dengan masa mereka sendiri. Selain itu,buku yang bagus
juga memiliki aktiviti dan latihan yang membolehkan para pelajar untuk meningkatkan penguasaan
terhadap sesuatu topik. Selain itu mengikut Roseman et al. (1999) setiap buku harus mempunyai dan
menerangkan objektiviti-objektiviti setiap topik ataupun bab bagi membolehkan pelajar
menentukan apa yang sepatutnya mereka faham di akhir setiap bab.
Cara menilai sesebuah buku itu efektif ataupun tidak dapat di analisis secara kuantitatif (Shaharom
Noordin, 1994). Dengan menggunakan analisis secara kuantitatif (Shaharom Noordin, 1994), indeks
(I) digunakan sebagai kayu ukur bagi kriteria di dalam buku teks. Terdapat enam kriteria semuanya.
Ianya terbahagi kepada Indeks ayat (It), Indeks gamba rajah (Id), Indeks latihan (Ie), indeks kesimpulan
(Is), indeks aktiviti (Ia) dan indeks objektiviti (Io). Indeks yang tinggi menunjukkan sesuatu buku itu
menggalakkan pelajar berfikir ataupun lebih berorientasikan pelajar. Akan tetapi, apabila indeks
sesuatu buku itu sangat tinggi, ianya menunjukkan bahawa buku itu tidak mempunyai banyak isi
kandungan dan informasi untuk membantu pelajar memahami sesuatu. Antara contoh buku yang
mempunyai indeks yang sangat tinggi ialah Buku Latihan. Ini kerana buku latihan mempunyai banyak
latihan tetapi kurang isi kandungan.

2. Sorotan Literatur
Buku teks yang di pilih untuk di nilai ialah buku teks Fizik tingkatan 4. Buku ini dikarang oleh Badariah
binti Hamzah, Cham You, Chang See Leong, Koay Kheng Chuan dan Yew Kok Leh dan disunting oleh
Ling Hui Sing. Terdapat 2 versi untuk buku ini, buku di dalam Bahasa Inggeris dan buku di dalam
Bahasa Melayu. Kertas ini menilai buku cetakan pertama (2005) di dalam Bahasa Inggeris. Buku ini di
karang berpandukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Buku ini merupakan hasil
usaha sama Universiti Putra Malaysia, SMK Dato Abd. Rahman Yassin, The Malaysia Book Of Record,
China Press dan Jabatan Penerangan Malaysia. Buku ini di cetak oleh Dasar Catak (M) Sdn. Bhd
menggunakan tulis jenis Times New Roman di dalam Saiz 11.
Buku ini mempunyai 178 muka surat semuanya termasuk muka depan dan belakang. Kebanyakan
halaman adalah dalam hitam putih kecuali, halaman yang mempunyai gamba rajah dan permulaan
kepada setiap bab adalah halaman berwarna. Buku ini mempunyai 5 bab. Bab pertama adalah
Pengenalan Kepada Fizik kemudian Daya dan Gerakan, Sifat Jirim, Haba dan Cahaya.
Bab Pertama adalah Pengenalan Kepada Fizik, ia adalah tajuk bertujuan untuk memberi kefahaman
tentang bidang kajian Fizik. Tumpuan juga diberi terhadap kemahiran menjalankan penyiasatan
saintifik. Kandungan tajuk ini adalah seperti Konsep fizik, Kuantiti fizik, Pengukuran, dan Kaedah
penyiasatan.
Tajuk kedua adalah Daya dan Gerakan, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan
prinsip yang berkaitan dengan kinematik dan dinamik serta kegunaannya dalam kehidupan
Kandungan tajuk ini adalah seperti Gerakan linear, Jisim dan Inersia, Momentum dan Keabadian
Momentum, Kesan Daya dan Impuls, Daya graviti, Keseimbangan daya, Kerja, Kuasa, Tenaga
Keupayaan, Tenaga Kinetik dan Keabadian Tenaga.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
938

Tajuk ketiga adalah Sifat Jirim, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip
yang berkaitan dengan sifat jirim serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini adalah
seperti, Teori kinetik jirim, Ketumpatan bahan, Kekenyalan bahan, Kekuatan dan ketegaran bahan,
Tegangan Permukaan, Tekanan, Tekanan dalam cecair, Tekanan atmosfera, Prinsip Archimedes,
Prinsip Pascal, dan Prinsip Bernoulli.
Tajuk keempat adalah Haba, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip
yang berkaitan dengan tenaga haba serta kegunaannya dalam kehidupan. Kandungan tajuk ini
adalah seperti, Sifat termometri, Konsep muatan haba, Konsep Haba Pendam, Penyejatan dan
Pendidihan dan Hukum gas.
Tajuk terakhir adalah Cahaya, tajuk ini bertujuan memberi kefahaman tentang konsep dan prinsip
yang berkaitan dengan optik Geometri dan kegunaannya dalam hidupan. Kandungan tajuk ini adalah
seperti Pantulan cahaya, Pembiasaan cahaya, Pantulan dalam penuh, Kanta Nipis dan Kanta dalam
alat penglihatan.

2.1 Rasional Pemilihan Buku Teks


Mengikut Sukatan Mata pelajaran Fizik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), Fizik merupakan
satu program yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima. Ia
dirancang untuk membolehkan murid memahami konsep dan prinsip fizik dengan lebih mendalam
serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas
pendidikan fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik dan bidang yang berkaitan dengan
fizik di peringkat yang lebih tinggi. Manakala Mengikuti Kulm et al. (1999) buku teks sebaik-baiknya
boleh menggantikan kedudukan guru. Ini juga bermaksud buku teks juga perlu selaras dengan
matlamat dan objektif mata pelajaran Fizik di dalam Sukatan Mata pelajaran Fizik (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002). Semenjak Kerajaan Malaysia memperkenalkan skim buku teks percuma
untuk semua pelajar sekolah kerajaan. Pelajar tidak mempunyai pilihan untuk memilih buku teks
yang hendak digunakan. Jikalau buku teks yang digunakan tidak dinilai dan dikenal pasti tidak efektif
maka akan berlaku pembaziran yang melampau. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) di
dalam Kad Laporan Pembangunan Pendidikan (2006-2010), kerajaan Malaysia telah menghabiskan
sejumlah 300 juta ringgit Malaysia untuk buku teks sahaja. Buku teks Fizik yang di nilai ini adalah
terbitan pertama pada tahun 2005 tetapi tetap digunakan sehingga kini, dan kemungkinan besar
akan terus digunakan sehingga KBSM di tukar sepenuhnya kepada KSSM.
Roseman et al. (1999) menjelaskan bahawa buku teks yang laris tidak semestinya merupakan buku
yang efektif. Malah kebanyakan buku teks sekolah menegah di Amerika yang merupakan buku yang
laris tetapi tidak mempunyai kriteria-kriteria yang buku yang efektif. Oleh sebab itu, sebagai guru,
kajian penilaian buku teks perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana kita mengesyorkan bukubuku teks yang bagus untuk rujukan pelajar? Antara rasional pemilihan sesebuah buku teks adalah
untuk menentukan adakah buku teks itu cukup baik untuk menyokong pembelajaran murid,
menyokong pengajaran guru, sejajarkan dengan sukatan pelajaran.
3. Pengkaedahah Kajian
Kertas ini akan membincangkan nilai buku teks fizik tingkatan 4 secara kuantitatif diperkenalkan oleh
Shaharom Noordin (1994). Terdapat enam kriteria untuk sesuatu buku, dengan mencari purata
antara semua indeks, indeks keseluruhan sesuatu buku akan dapat diketahui.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
939

3.1 Indeks Ayat


Indeks ayat boleh dikaji memilih secara rawak minimum 10 halaman dari sebuah buku atau sekitar
10% - 15% dari sesebuah buku. Kemudian baca 25 ayat pertama dan untuk setiap laman, setiap 25
ayat akan dikategorikan kepada beberapa kriteria. Apabila 1 halaman mempunyai kurang dari 25
ayat untuk di kategorikan, ayat seterusnya diperoleh daripada halaman berikutnya. Ayat-ayat ini
tidak termasuk, tajuk, keterangan gamba rajah atau permulaan muka surat. Dengan menambah
semua jenis ayat yang berorientasikan pelajar berfikir, dibahagi kepada ayat yang menerangkan
sesuatu indeks ayat akan diketahui. Ianya juga bole diwakili oleh formula di bawah. Setiap simbol
mewakili ayat yang berikut ditunjuk di jadual 1.
It = [e + f + g + h] / [a + b + c + d]
JADUAL 1: MENUNJUKKAN SETIAP SIMBOL MEWAKILI AYAT YANG BERIKUT.
a

Ayat fakta ataupun ayat ringkas di karang oleh penulis.

Ayat yang menjerumuskan kepada kesimpulan ringkas dan pendapat penulis

Ayat yang menjerumuskan kepada definisi istilah

Ayat yang menjerumuskan kepada soalan yang boleh dijawab dengan cepat

Ayat yang menjerumuskan kepada soalan yang meminta pelajar untuk menganalisis beberapa data

Ayat yang menjerumuskan kepada kenyataan yang memerlukan pelajar untuk membuat kesimpulan sendiri

g
h

Ayat yang menjerumuskan kepada kenyataan yang memerlukan pelajar untuk menyelesaikan masalah hatau melakukan suatu
kegiatan
Ayat yang menjerumuskan kepada soalan-soalan untuk menarik minat pelajar dan tidak ada jawapan segera terhadap soalansoalan

(Kategori a, b, c dan d menjerumuskan kepada pembelajaran pasif dan kategori e, f, g dan h


menjerumuskan kepada pembelajaran aktif.)

3.2 Indeks Gamba rajah


Indeks seterusnya adalah indeks gamba rajah. Mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk
menilai bahagian gamba rajah sesebuah buku ialah dengan memilih secara rawak minimum 10
gamba rajah atau lebih dalam buku teks. Setiap gamba rajah boleh dikategorikan kepada:
a. Untuk tujuan ilustrasi
b. Untuk kegiatan atau analisis data
Kemudian di aplikasikan kepada formula di bawah:
Id = b / a
Untuk Kajian ini, 16 muka surat dipilih secara rawak bagi menentukan indeks gamba rajah (Id),
kerana penilai berhasrat mengambil 1 muka surat bagi mewakili setiap 10 muka surat.
3.3 Indeks Latihan
Seterusnya adalah indeks latihan. Mengikut Shaharom Noordin (1994) untuk bahagian Indeks
Latihan. Pilih 10 bab secara rawak untuk dikaji, selepas itu pilih 10 soalan pertama dan kategorikan ia
kepada:

a. Latihan yang di mana jawapannya boleh diperoleh secara langsung dari teks.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
940

b. Latihan yang meminta definisi


c. Latihan Aplikasi
d. Latihan meminta untuk menyelesaikan masalah

Selepas itu bole di implikasi kepada formula bi bawah:


Ie = [c + d] / [a + b]
Oleh sebab buku ini mempunyai kurang dari 10 bab, Semua bab telah dipilih untuk kajian indeks
latihan, dan memilih semua soalan objektif untuk dikaji nilainya.

3.4 Indeks Kesimpulan


Seterusnya adalah indeks Kesimpulan, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji
indeks kesimpulan pilih ringkasan dari sekurang-kurangnya tiga bab selepas itu pilih dua perenggan
daripada ringkasan dan kategorikan ia kepada:
a. Kesimpulan yang hanya untuk meringkaskan idea-idea yang sama dari teks sebelumnya.
b. Kesimpulan yang mengandung persoalan di mana jawapan tidak dijumpai dalam teks.
Kemudian kesimpulan-kesimpulan yang dikategorikan diaplikasikan kepada formula di bawah:
Is=ba

Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih semua 5 bab di dalam buku ini ada semua ayat di dalam
kesimpulan telah dikaji.

3.5 Indeks Aktiviti


Manakala untuk indeks Aktiviti, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji indeks
Aktiviti adalah dengan memilih secara rawak minimum 10 halaman dari sebuah buku atau sekitar
10% - 15% dari buku tersebut, di mana yang lebih, Ia di kategori kepada:

b - jumlah halaman yang dipilih.


a -bilangan halaman dengan aktiviti dari jumlah halaman yang dipilih
Kemudian aktiviti - aktiviti di aplikasi di dalam formula di bawah.
Ia = a / b
Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih 13 halaman untuk di kaji indeks aktivitinya kerana
mengambil 10% bagi keseluruhan buku kecuali halaman muka depan, latihan dan sebagainya.
3.6 Indeks Objektiviti
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
941

Indeks terakhir adalah indeks Objektiviti, mengikut Shaharom Noordin (1994) cara untuk mengkaji
indeks Objektiviti adalah dengan memilih semua bab dan melabel b sebagai jumlah bab dan label a
sebagai jumlah bab dengan objektif pembelajaran. Kemudian aplikasikan kepada Formula:
Io = a / b
Untuk kajian ini, pengkaji telah memilih semua bab untuk dikaji indeks objektivitinya.

3.7 Indeks Keseluruhannya


Akhirnya, untuk menilai jumlah indeks buku teks tambah semua indeks dan membaginya dengan
enam bahagian seperti formula di bawah:
I = It + Id + Ie + Is + Ia + Io

Shaharom Noordin (1994) menyatakan apabila indeks keseluruhan bersamaan dengan sifar
bermaksud buku ini tiada penglibatan daripada pelajar. Apabila indeks kurang daripada 0.4
bermaksud bahawa buku ini lebih kepada autoritatif,tidak mencabar, lebih kepada menghafal dan
istilah-istilah tertentu. Apabila indeks ini bersama dengan 1, buku ini adalah seimbang dari segi
penerokaan dan isi-isi nya. Apabila indeks ini lebih daripada 1.5 menunjukkan bahawa buku ini tidak
mempunyai banyak isi kandungan dan istilah, hanya mempunyai latihan dan aktiviti seperti buku
latihan, tidak banyak kandungan untuk pelajar rujuk. Akhir sekali apabila indeks keseluruhan ini
menghampiri infiniti, ini menunjukkan buku ini tidak mempunyai isi-isi kandungan dan hanya
menyuruh pelajar membuat analisis. Ianya boleh dirumuskan kepada jadual 2.
JADUAL 2: MENUNJUKKAN CIRI-CIRI KESELURUHAN INDEKS
0
Tiada penglibatan daripada pelajar
< 0.4

Autoritatif, tidak mencabar, lebih kepada hafalan dan istilah-istilah

Seimbang dan ideal

>1.5

Tidak banyak isi kandungan dan tidak banyak informasi untuk pelajar

Infiniti

Tiada isi isi kandungan dan hanya menyuruh pelajar membuat analisi

4. Analisis Data
Untuk mengetahui indeks buku fizik tingkatan 4, 6 indeks berlainan telah di nilai melalui kaedah
kuantitatif Shaharom Noordin (1994), 13 halaman telah dipilih secara rawak sehingga mencukupi 25
ayat. 13 halaman dipilih melalui 10 peratus daripada jumlah keseluruhan buku di tolak dengan muka
surat depan,belakang, pendahuluan,latihan-latihan, dan sebagainya.

JADUAL 3: MENUNJUKKAN HALAMAN-HALAMAN YANG DIPILIH SECARA RAWAK UNTUK INDEKS AYAT.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
942

Muka surat/ Jenis Ayat

c
2

2
5

6-8

15

15-16

31-32

12

48-50

10

62-64

79-81

84-86

10

96-98

112-114

10

124-125

10

138-140

144-145

154-155

10

Jumlah

96

67

49

26

Jumlah

25

25

25

25
25

25

4
7

25

25

25

23

45

25
1

25

25

25

12

325

Jumlah indeks ayat yang didapati adalah 0.37


Mengikut Shaharom Noordin (1994) lagi indeks gamba rajah diperlukan untuk menilai sesebuah
buku. Kajian ini 16 halaman yang mempunyai gamba rajah telah dipilih secara rawak untuk
mengetahui indeks gamba rajah. Halaman yang dipilih di catat melalui jadual 4.
JADUAL 4: MENUNJUKKAN HALAMAN YANG DIPILIH UNTUK INDEKS GAMBA RAJAH.
Muka surat / Gambar rajah

14

26

35

48

58

66
80

86

93
109

1
1

117

123

133

143

153
jumlah

1
8

Indeks gambar rajah bagi buku teks tingkatan 4 adalah 0.88.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
943

Mengikut Shaharom Noordin (1994) indek latihan diperlukan untuk menilai sesebuah buku. Kajian ini
telah menilai semua bab untuk dinilai indeks latihan, indeks latihan untuk kajian buku ini telah
diwakili oleh jadual 5.
JADUAL 5: MENUNJUKKAN BAB DAN JENIS LATIHANNYA UNTUK BUKU TEKS INI.
Bab/Jenis latihan

jumlah Soalan

12

12

10

10

Jumlah markah

10

18

16

52

Indeks latihan untuk buku teks ini adalah 1.9.


Mengikut Shaharom Noordin (1994) indeks kesimpulan diperlukan untuk menilai sesebuah buku.
Kajian ini telah menilai semua bab untuk dinilai indeks kesimpulannya, indeks kesimpulan untuk
kajian buku ini telah diwakili oleh jadual 6.
JADUAL 6: MENUNJUKKAN BAB DAN JENIS KESIMPULANNYA.
Bab/Jenis kesimpulan

18

12

10

15

Jumlah markah

64

Indeks kesimpulan untuk buku teks ini adalah 0.


Melalui kaedah kuantitatif Shaharom Noordin (1994), aktiviti dinilai dengan mencari nilai indeks
aktiviti. Kajian ini telah memilih secara rawak 13 halaman, ini adalah 10 peratus dikecualikan dengan
muka surat hadapan, belakang, pendahuluan, latihan-latihan, dan sebagainya. 13 halaman berikut di
bentangkan melalui jadual 7.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
944

JADUAL 7: MENUNJUKKAN MUKA SURAT DAN JENIS AKTIVITINYA.


Muka surat/Aktiviti

14

26

39

46

89

94

101

114

10

137

11

141

12

149

13

Jumlah markah

13

11

Jumlah indeks aktiviti ini adalah 1.18.


Mengikut Shaharom Noordin (1994) indeks objektiviti diperlukan untuk menilai sesebuah buku.
Kajian ini telah menilai semua bab untuk mengkaji indeks objektifnya, setiap bab didapati
mempunyai objektif tersedia. Oleh sebab itu indeks objektivitinya adalah 1.
Shaharom Noordin (1994) menyatakan purata setiap indeks merupakan indeks keseluruhan buku
ini. Apabila 0.37+0.88+1.89+0+1.18+1 bersamaan dengan 5.32 dan puratanya adalah 0.88.
Kesimpulannya indeks keseluruhan buku adalah 0.88.

5. Kesimpulan
Setiap buku mempunyai kriteria - kriteria yang tertentu untuk membuatkan ia berkesan.
Berdasarkan kaedah penilaian secara kuantitatif mengikut Shaharom Noordin (1994) buku teks ini
mempunyai purata kriteria - kriteria yang agak bagus, ini dapat dilihat apabila kajian ini mendapat
indeks keseluruhan sebanyak 0.88. Walaupun begitu, Buku teks haruslah mempunyai keistimewaan
yang tertentu agak ia dapat di letakkan di standard yang berlainan dari buku rujukan-rujukan lain.
Perbincangan dan penambah baikkan telah di nyatakan namun begitu tidak semuanya merupakan
satu tindakan yang praktikal. Kajian yang lebih mendalam perlu di jalankan oleh pihak yang berkuasa
agak kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.

5.1 Perbincangan
Indeks keseluruhan buku ini adalah 0.88.Ini bermaksud buku ini hampir kepada seimbang secara
kuantitatif kerana menghampiri 1. Mengikut Shaharom Noordin (1994) apabila satu buku itu
menghampiri indeks keseluruhannya menghampiri , ianya hampir kepada ideal. Namun begitu
terdapat banyak lagi penambah baikkan yang boleh dibuat untuk menjadikan buku ini lebih efektif.
Namun begitu, sebelum mencadangkan beberapa perkara untuk diubah, terdapat beberapa kriteria kriteria buku ini yang perlu dibincangkan.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
945

Mengikut Shaharom Noordin (1994) setelah di nilai secara kuantitatif, didapati buku ini mempunyai
indeks ayat serendah 0.37.Ini menunjukkan bahawa ayat-ayat di dalam buku ini lebih
berorientasikan kepada ayat penerangan ataupun ayat fakta mahupun penjelasan.
Dari segi indeks gamba rajah pula, kajian mendapati buku ini mempunyai nilai 0.88, ini menunjukkan
bahawa kebanyakan gamba rajah di dalam buku ini bukan sahaja bertujuan ilustrasi tetapi juga
bertujuan untuk di analisis. Jika gamba rajah bertujuan untuk analisis kemungkinan besar gamba
rajah dapat membantu pelajar untuk membentuk pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Gamba rajah
juga sepatut berfungsi sebagai penarik perhatian ataupun stimulus kepada pelajar agar tidak tertidur
apabila membaca buku ini. Namun begitu indeks ini boleh dianggap bagus kerana ia lebih
menghampiri kepada beza paras 1dari paras bawah 0.4. Kajian juga telah menggunakan lebih
halaman untuk nilaian yang lebih tepat.
Latihan sepatutnya membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik ataupun konsep. Mengikut
Shaharom Noordin (1994) indeks latihan terbahagi kepada 4, 2 bahagian atas membantu pemikiran
pelajar (seperti aplikasi dan penyelesaian masalah) dan 2 bahagian bawah mewakili latihan
membantu pelajar menghafal definisi dan konsep tertentu. Mengikut Pusat Pembangunan
Kurikulum, Pembelajaran secara kontekstual latihan yang berbentuk cuba-cuba (trail and error)
membantu memori pelajar manakala latihan berbentuk aplikasi dan penyelesaian membantu pelajar
membentuk kefahaman yang lebih mendalam. Kajian ini mendapati kebanyakan latihan di dalam
buku ini lebih membentuk pemahaman kepada pelajar, ini kerana indeks latihan buku ini adalah
1.89. Walaupun kemungkinan indeks latihan yang di jalankan di kajian lain untuk buku yang sama
berlainan, namun indeks latihan dijangka tetap tinggi kerana kajian ini telah menggunakan setiap
topik dan setiap soalan objektif sebagai kayu ukur bagi indeks latihan.
Kajian juga mendapati nilai kesimpulan di dalam buku ini berada di paras sifar. Ini juga menunjukkan
bahawa setiap ayat di dalam bahagian kesimpulan terjerumus kepada kesimpulan daripada isi
kandungan yang lepas, tiada satu ayat pun yang menjurus kepada soalan-soalan yang tidak dapat di
dapati dalam isi kandungkan sebelum ini. Bagi kajian ini, setiap ayat kesimpulan telah dinilai secara
kuantitatif. Walau bagaimanapun, buku ini mempunyai indeks kesimpulan yang sifar, buku ini boleh
dianggap bagus kerana masih lagi mempunyai kesimpulan, kebanyakan buku sains mempunyai
kesimpulan kepada isi-isi kandungan yang lepas, setiap kesimpulan juga disertakan dengan carta
konsep.
Buku ini juga mempunyai banyak aktiviti-aktiviti untuk dilakukan oleh murid-murid. Hampir setiap
halaman yang dipilih secara rawak mempunyai aktiviti untuk di aplikasi ataupun diterokai pelajar.
Antara aktiviti- aktiviti ini boleh di buat ataupun dijalankan di dalam kelas mahupun di luar kelas.
Bagi aktiviti yang boleh di jalankan di dalam kelas seperti aktiviti pada muka surat 26, 46, 94,
memberikan guru-guru peluang ataupun pilihan sama ada untuk meneroka aktiviti ini ataupun untuk
membuat latihan, mana sahaja pun bergantung guru kelas.
Buku ini mempunyai indeks objektiviti bersamaan 1. Ini bermaksud setiap topik ataupun topik
mempunyai objektif pembelajaran yang tersendiri, bukan itu sahaja malah setiap sub-topik juga
mempunyai objektif sendiri. Mengikuti Kulm et al. (1999) buku yang efektif mempunyai objektif
pembelajaran ataupun hasil pembelajaran yang jelas. Ini kerana apabila ketiadaan guru, pelajar
dapat memahami apa yang sepatutnya mereka pelajari ataupun faham di akhir topik ataupun bab
ini.
Kesimpulannya buku ini adalah bagus akan tetapi bagi setiap kriteria - kriteria ini boleh di lakukan
sedikit perubahan untuk mendapat indeks yang lebih ideal.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
946

5.2 Cadangan
Penilaian menunjukkan indeks ayat agak rendah tetapi ini tidak bermaksud ianya tidak boleh
digunakan, antara cara dan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah bagi setiap ayat yang
menjurus kepada istilah ataupun konsep, kaedah mnemonik boleh di sediakan untuk murid bagi
membantu ingatan para pelajar. Contohnya kuantiti asas dan unitnya agak banyak untuk di ingat,
mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) di dalam Belajar Cara Belajar kaedah mnemonik
dapat membantu pelajar menghafal sesuatu. Jika sesebuah buku itu menyediakan kaedah-kaedah
mnemonik, maka kuranglah tugas guru untuk memikirkan cara untuk pelajar mengingat seterusnya
menjadikan buku lebih berkesan.
Indeks gamba rajah bagi buku ini agak ideal, akan tetapi tetap boleh di lakukan beberapa penambah
baikkan. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) di dalam Kemahiran berfikir dalam
Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan gamba rajah boleh di kategorikan kepada gamba rajah
menjurus kepada kritikal, kreatif, dan menjerumuskan kepada penaakulan. Indeks boleh di
tingkatkan dengan menyediakan gamba rajah yang membandingkan dan membezakan, menganalisis
sesuatu topik dan dapat menjanakan idea. Selain itu untuk gamba rajah berbentuk ilustrasi boleh di
tukar kepada gamba rajah yang bersesuaian dengan pengetahuan murid (prior knowledge) yang
sebelum ini. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) di dalam Pengajaran Secara
Kontekstual mengatakan keselarasan asimilasi antara pengetahuan pelajar sebelum ini dengan
pengetahuan yang baru dapat membantu pembelajaran.
Terdapat carta konsep pada setiap akhir bab-bab di dalam buku ini, antara perubahan yang boleh
dibuat ialah dengan meletakkan carta konsep ini di bahagian hadapan dan di akhir bab dan topik,
kesimpulan juga boleh disediakan dengan peta minda yang berwarna. Mengikut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2002), Kemahiran berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran peta
minda dapat membantu para pelajar mengingat selain daripada merumuskan sesuatu bab itu.
Terdapat latihan pada setiap penghujung bab, malah indeks latihan bagi buku teks ini juga tinggi.
Antara penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan carta latihan mana yang
selalu keluar di dalam SPM. Ini kerana Kupasan Mutu Jawapan SPM pada 2003, 2004 dan 2007
menunjukkan terdapat beberapa topik yang selalu keluar di kertas 2 ataupun kertas 3 soalan SPM
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003; 2004; 2007). Jawapan kepada latihan-latihan ini juga boleh
disediakan di dalam cetakan buku teks untuk guru-guru. Ini kerana, kebanyakan buku rujukan dan
latihan mempunyai versi guru dan versi murid-murid. Akan tetapi buku teks tidak mempunyai versi
guru. Versi guru juga boleh di jual dengan harga yang lebih tinggi jika menampilkan beberapa
perkara yang lebih bagus, seperti cd-rom bagi membantu pembelajaran di dalam kelas. Selain itu,
ayat-ayat yang menggalakkan konsep-konsep yang salah (misconception) boleh disediakan oleh
penerbit buku. Apabila guru tahu bahagian mana yang pelajaran membina kesilapan konsep-konsep,
maka guru dapat memperingatkan pelajar dapat berhati-hati agak tidak membentuk konsep yang
salah. Selain itu, mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Kemahiran berfikir dalam
Pengajaran dan Pembelajaran analogi-analogi dan berbezaan dan persamaan dapat membentuk
pemahaman yang lebih mendalam, akan tetapi buku ini kurang menyediakan analogi-analogi
tersebut. Contohnya analogi berat dan jisim, analogi-analogi ini juga dapat membendung
pembentukan konsep-konsep yang salah (misconception).

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
947

References
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Kad Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Fizik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kulm, G. Roseman, J. E. & Treistman, M. (1999).A Benchmarks-based approach to textbook
evaluation.Science Books & Films, 35 (4).
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2003). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2003. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2004. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2007). Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) SPM 2007. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Pekembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Kontektual. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Pekembangan Kurikulum (2002). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Roseman, J. E., Kesidou, S., Stern, L., & Caldwell, A. (1999). Heavy books light on learning: AAAS
Project 2061 Evaluates middle grades science textbooks. Science Books & Films, 35 (6).
Schmidt, W. H., McKnight, C. C. & Raizen, S. A. (1997). A splintered vision: An investigation of US
science and mathematics education. Boston: Kluwer Academic Press.
Shaharom Noordin (1994). Penghasilan dan Penilaian Keberkesanan Modul Pengajran Kendiri Fizik Di
Kalangan Pelajar Berbeza Kebolehan dan Jantina Pada Peringkat Tingkatan Empat. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah.
Stern, L. & Ahlgren, A. (2002). Analysis of students assessment in middle school curriculum
materials: Aiming precisely at benchmarks and standards. Journal of Research in Science Teaching,
39 (9), 889-910.

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013,
Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
948

You might also like