You are on page 1of 3

ANALISIS BENTUK KATA DALAM LIRIK LAGU

Oleh:
JeromeJonathan Liman
jeromejonathanliman@live.com
Jacqueline John
Jaclyn.jacqueline@yahoo.com.my
Mc Guy Milon
mac@musician.org
Moorer Andrew Bernard

EASTERN COLLEGE
Pengenalan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis Bentuk
Kata yang terdapat didalam lirik lagu yang dipilih. Memahami dan
mengkelaskan setiap perkataan yang terdapat didalam lirik. Lirik
lagu yang kami pilih bertajuk Aku Cinta Padamu dari Lokman Aslam.
Isi
Didalam kajian ini, kami mendapati bahawa terdapat dua jenis
bentuk kata yang digunakan iaitu Bentuk Kata Tunggal dan Bentuk
Kata Terbitan. Bentuk kata tunggal yang terdapat didalam lirik lagu
tersebut ialah jenis satu suku kata iaitu Kau , Di, Tak, Ku, dan Yang.
Jenis dua suku kata pula seperti, Sepi, Sini, Aku, Hanya, Ada, Kata,
Lain, Setia, Semua, Bagai, Warna, Hingga, Akhir, Mampu, Ungkap,
Bintang, Malam, dan Hari. Manakala jenis tiga suku kata pula ialah,
Selama, Berdiam, Untukmu, Merindukanmu, Berubah, Pelangi,
Pastinya, Jiwaku, Diriku, Hayatku, Getaran, Hatiku, Rasakan,
Dapatkah, dan Bersamamu.
Manakala Bentuk Kata Terbitan pula hanya terdapat dua jenis iaitu
Imbuhan Kata Kerja dan Imbuhan Kata Adjektif. Imbuhan Kata Kerja
yang terdapat didalam lirik lagu Aku Cinta Padamu ialah seperti,
Rasakan, Getaran, Berdiam, Merindukanmu, dan Penuhi. Bagi
Imbuhan Kata Adjektif atau Kata Sifat pula hanya terdapat satu
perkataan iaitu Selama.
Bentuk kata majmuk dan kata berganda pula tidak terdapat didalam
lirik lagu Aku Cinta Padamu.
Dan Bentuk Kata yang sering
digunakan ialah Bentuk Kata Tunggal jenis dua suku kata dan tiga
suku kata dan lebih iaitu masing-masing berjumlah 18 dan 16
perkataan. Manakala perkataan yang hanya sekali digunaakan ialah

Bentuk Kata Terbitan jenis imbuhan kata adjektif iaitu perkataan


Selama.
Definisi
Bentuk Kata
Berdasarkan proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata
terbahagi kepada 4 bentuk iaitu Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata
Majmuk, dan Kata Ganda.
Kata Tunggal
Kata tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan yang mengandungi satu suku kata
atau lebih. Contoh daripada lirik lagu yang dipiih ialah Kau, yang
diambil dari perkataan Engkau. Manakala contoh bagi suku kata
yang lebih daripada satu suku kata ialah seperti perkataan Pelangi.
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan,
iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan itu
pula terdiri daripada imbuhan kata nama, kata kerja, dan lain-lain.
Antara contoh kata terbitan yang terdapat dari lirik lagu Aku Cinta
Padamu ialah seperti, rasakan, getaran, dan berdiam. Masingmasing perkataan ini terdiri daripada kata dasar rasa,getar dan
diam.
Kata Majmuk
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan membawa makna tertentu. Kata majmuk
bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkan dieja terpisah. Contoh
kata ganda ialah gambar rajah, kaki bangku, lemah lembut pilih
kasih, pita suara, dan tunjuk ajar. Namun begitu, tidak terdapat
contoh perkataan daripada lirik lagu yang dipilh.
Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata
dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata
dasar, sebahagian kata dasar, atau digandakan secara berima.
Pengulangan seluruh kata dasar disebut Penggandaan Penuh,
pengulangan sebahagian kata dasar disebut Penggadaan Separa,
manakala pengulangan kata dasar yang berima disebut
Penggandaan Berentak. Contoh penggunaan kata penggandaan
penuh ialah seperti elok-elok, orang-orang, sama-sama,tiba-tiba,

dan sebagainya. Contoh bagi kata penggandaan separa pula ialah,


jejari,sesungut,lelayang, bergilir-gilir, tembak menembak, dan
sebagainya. Manakala, kata ganda penggandaan berentak pula
ialah dolak-dalik, hiruk-pikuk, kayu-kayan, tunggang-langgang dan
sebagainya. Namun begitu, contoh bagi penggunaan kata ganda
tidak terdapat didalam lirik lagu yang kami pilih.
Kesimpulan
Dalan lirik lagu ini Aku Cinta Padamu, ia mempunyai satu
perkataan yang melanggar peraturan kata sendi iaitu disini.
Perkataan ini seharusnya di jarakkan.
Walaubagaimanapun, dalam lirik lagu ini, bentuk kata tunggal dua
suku kata merupakan yang paling dominan iaitu berjumlah 18,
manakala bentuk kata majmuk dan kata ganda berjumlah 0.

You might also like