You are on page 1of 3

PERUTUSAN BULAN APRIL SEMPENA HARI KESIHATAN

SEDUNIA 2016
OLEH
YBRS. DR. MANIMARAN A/L KRISHNAN
CEO MYSIHAT

1.0

PENGENALAN

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada

April setiap tahun


bagi memperingati penubuhan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada tahun 1948. Saban tahun, tema yang
berbeza dipilih mengikut masalah dan isu kesihatan global
semasa secara khusus dalam memastikan masyarakat dunia
mendapat kesedaran dan melakukan tindakan untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

2.0

HARI KESIHATAN SEDUNIA 2016

WHO telah memilih tema 'Diabetes' bagi Sambutan Hari


Kesihatan Sedunia tahun 2016. Di negara kita, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) pula telah memperincikan tema
Diabetes oleh WHO iaitu "TUMPASKAN DIABETES:
TINGKATKAN PENCEGAHAN, KUKUHKAN RAWATAN
DAN MANTAPKAN SARINGAN". Negeri Selangor telah
dipilih sebagai tuan rumah dengan sambutan peringkat
kebangsaan diselaraskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri
Selangor bersama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
sebagai urus setia program yang akan berlangsung di Dewan
Serbaguna Taman Seri Keramat AU2 yang akan dirasmikan

oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri


Kesihatan Malaysia.

Secara umumnya, Diabetes adalah penyakit kronik yang


berlaku apabila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin
yang cukup atau apabila badan tidak boleh menggunakan
insulin dengan berkesan. lnsulin adalah hormon yang
mengawal gula dalam darah yang memberikan tenaga yang
diperlukan untuk kehidupan. Namun, sekiranya insulin tidak

berupaya menyerap masuk ke dalam sel-sel untuk diibakar


sebagai tenaga, gula berkenaan akan terkumpul sehingga ke
tahap berbahaya di dalam darah.
r

Trend penyakit Diabetes semakin membimbangkan di negara


kita. Saban tahun, jumlah pesakit Diabetes tidak
menunjukkan kadar pengurangan iaitu hasil Tinjauan
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan
17.5% bersamaan 3.5 juta orang dewasa berumur 18 tahun
dan ke atas mempunyai Diabetes Mellitus.

Daripada angka ini, 8.3% diketahui mempunyai penyakit ini


manakala 9.2 % lagi tidak dikesan sebelum ini mempunyai
Diabetes. Penghidap Diabetes dalam kalangan wanita lebih
tinggi iaitu 18.3% berbanding lelaki iaitu 16.7%.

3.0 MESEJ MYSIHAT KEPADA

RAKAN

- RAKAN NGO

Saya menyeru supaya semua rakan NGO

agar
berganding bahu bersama-sama KKM dan MySihat dalam

menjayakan sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 7


April 2016 ini.

MySihat sentiasa kemited dalam memaju

dan
membangunkan keupayaan pertubuhan terutamanya NGO

untuk berada di barisan hadapan dalam mengekang


penularan penyakit-penyakit tidak berjangkit dengan
menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Sesungguhnya

beban akibat penyakit NCD tidak akan berkurangan sekiranya


usaha yang serius dan bersepadu tidak dilaksanakan secara
sinergi antara sektor awam, swasta, NGO dan komuniti.

Kesan negatif bukan hanya diukur dari aspek kewangan dan


ekonomi atau kehilangan produktiviti, tetapi kesan jangka
panjang kepada pesakit dan keluarga yang akan menderita
dalam mengharungi kepayahan dalam mengawal Diabetes.

Oleh yang demikian, sempena tarikh keramat pada 7 Apiil


2016, saya menyeru seluruh NGO agar mengadakan aktiviti

khas

di lokasi masing-masing. Pelbagai acara seperti

ceramah, seminar, forum awam, saringan kesihatan malah


aktiviti senaman atau kebudayaan juga boleh diselitkan
mengenai Diabetes dan bahaya NCD.
Sesungguhnya NCD termasuk Diabetes boleh dicegah dan
dikawal melalui amalan gaya hidup sihat dengan mengawal
berat badan kea rah berat badan unggul, melakukan aktiviti
lizikal 5 kali seminggu serta amalan pemakanan atau diet
yang sihat.

Marilah kita bergerak bersama dalam mencegah dan


mengawal Diabetes sebagai satu langkah ke arah
menyokong Sustainable Development Goal (SDG) yang telah
digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
iaitu matlamat ke-3 - mengurangkan 113 kematian pramatang
akibat NCD. Seperti yang telah saya nyatakan matlamat ini
tidak mustahil untuk dicapai jika kita semua - sektor awam,
swasta, majikan, pekerja, pendidik, media dan setiap seorang
anggota masyarakat memainkan peranan secara proaktif
menangani masalah NCD.

Akhir kata, marilah kita menyambut Hari Kesihatan Sedunia


'tahun2016 dengan tekad dan keazaman untuk menjadikan
tahun akan datang menihnjikan harapan yang lebih baik
untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2016

,,TIJMPASKAN DIABETES: TINGKATKAN PENCEGAHAN,


KUKUHKAN RAWATAN DAN MANTAPKAN SARINGAN"
Sekian.

\/Je

Dr. Manimaran A/L Krishnan


Ketua Pegawai Eksekutif
MySihat

You might also like