You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-3

SMK TNJAR, BARAM


2014/2015
Tarikh : 28 Februari 2015
Tempat : Dewan Serbaguna, SMK Tinjar
Masa : 8.30 pagi
Kehadiran : Rujuk Lampiran 1
AGENDA:
1. Ucapan alu-aluan oleh Penasihat PIBG (En. Mohd Lim Bin Abdullah @ Lim Hang Meng)
1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, TYDP PIBG dan ibu bapa yang
dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ke-3 terutamanya kepada
ibu bapa yang datang dari jauh. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada PIBG yang selama ini memberi sokongan dan bantuan dalam melancarkan
pengurusan sekolah termasuklah akademik, ko-kurikulum dan pembinaan sahsiah pelajar.
1.2 Selain itu, beliau juga menjelaskan peperiksaan untuk pelajar Tingkatan 3 yang dahulunya
Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah digantikan dengan Penilaian Tingkatan 3 (PT3)
yang mempunyai standard dan format yang berbeza serta soalan-soalan lebih berasaskan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Beliau mengingatkan ibu bapa bahawa keputusan
SPM akan diumumkan pada 3 Mac 2015.
1.3 Seterusnya, beliau menyenaraikan aktiviti ko-kurikulum sekolah yang sudah dan akan
berlangsung sejak dari awal tahun 2015 seperti merentas desa, perlawanan bola baling,
perlawanan bola sepak, public speaking dan kejohanan olahraga MSSM. Sehubungan itu,
beliau mengharapkan sumbangan dan sokongan dari PIBG terutamanya dalam kokurikulum akan lebih banyak lagi pada masa akan datang.
1.4 Beliau juga turut berjanji akan berusaha untuk menambahbaik dan menaiktaraf prasarana
dan kemudahan sekolah. Pada masa yang sama, beberapa projek sudah dijalankan seperti
pembaikan bilik kelas, asrama dan tandas. Beliau mengharapkan supaya ibu bapa bersabar
dan melalui sokongan dan bantuan PIBG akan menjadikan keadaan sekolah lebih kondusif
dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar.
2. Ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG (En. Joben Ak Sigai)
2.1 Beliau memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana diketemukan semula dalam Mesyuarat
Agung PIBG ke-3. Beliau juga merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada pihak
sekolah dan guru-guru yang sentiasa berusaha mencurahkan ilmu kepada anak-anak
mereka.
2.2 Seterusnya beliau berharap ibu bapa dapat bersama-sama membantu meningkatkan
pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum pelajar dengan turut serta menyumbangkan idea
melalui perjumpaan, perbincangan dan pecambahan idea khususnya melalui PIBG. Akhir
sekali, beliau mengharapkan ibu bapa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan
komuniti setempat bagi memaksimumkan pencapaian pelajar-pelajar SMK Tinjar.
3. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Ke-2 oleh Setiausaha (Cik Triyanti Bt Martoyo)
3.1 Minit dicadangkan oleh Encik Bawie Ak Mamat dan disokong oleh Puan Haryati Bt Ismail.

3.2 Pembentangan minit mesyuarat:


3.2.1 Agenda No. 4
Pemilihan AJK ibu bapa dicadangkan wakil dari 4 kawasan iaitu;
1. Dari SMK Tinjar ke Sg Seputi
2. Dari SMK Tinjar ke Long Lama
3. Dari SMK Tinjar ke Long Teran
4. Dari SMK Tinjar ke Long Merigam
3.2.2 Agenda 5.1
Belum ada guru yang memberi senarai buku yang perlu dibeli oleh pelajar dan
sekiranya ada, ibu bapa akan dimaklumkan melalui surat dari pihak sekolah.
Semua aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan kutipan duit wajib ada surat
daripada pihak sekolah.
3.2.3 Agenda 5.3
Guru juga dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 sekiranya tidak dapat
hadir dalam setiap aktiviti anjuran PIBG. Bayaran denda dikekalkan iaitu
RM10.00 untuk meringankan beban ibu bapa dan guru serta bagi tujuan
menambah dana PIBG.
3.2.4 Agenda 5.6
Pelajar asrama dibenarkan balik kampung satu kali dalam tempoh dua
minggu. Namun, sekiranya ibu bapa minta pelajar tinggal di asrama lebih
dari tempoh tersebut perlu mendapat kebenaran warden.
Rasionalnya ialah untuk keselamatan pelajar dan supaya pelajar lebih
menumpukan perhatian dalam pelajaran di sekolah serta mengambil kira
kos (tambang balik) yang ditanggung ibu bapa.
3.3 Pembentangan laporan tahunan oleh Setiausaha (Cik Triyanti Bt Martoyo)
3.3.1 Antara program anjuran PIBG sepanjang tahun 2014:
Bil
1

3.3.2

3.3.3

Program
Gotong-royong Perdana

Pelaksanaan
Pertama- Sudah
Kedua- Belum
2
Pesta PIBG
Belum
(ditunda pada 28-29 Mac 2015)
3
Hari Permuafakatan
Belum
4
Majlis Restu Ilmu & Aku janji SPM
Sudah
5
Hari Bersama JPN
Belum
Antara aktiviti-aktiviti sekolah yang melibatkan PIBG:
Sukan tahunan sekolah
Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPC)
Majlis Makan Malam Tahunan SMK Tinjar
Sumbangan dana PIBG kepada sekolah:
Penambahan bilik kediaman guru sebanyak 12 buah
Bengkel teknik menjawab SPM
Pembaikpulihan Bilik PT3
Jamuan Jalinan Mesra

3.3.4

Pembinaan tangga di hadapan asrama lelaki


Pembelian kerusi plastik sebanyak 300 buah
Program sarana
Borang soal selidik sarana PIBG dan sekolah perlu diisi sebanyak dua kali
setahun.
Tujuannya ialah untuk ibu bapa menilai diri sendiri terhadap pendidikan anak
mereka dan menilai pencapaian sekolah.
Menyeru kerjasama ibu bapa untuk mengisi borang soal selidik sarana.

4. Pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari (En. Garry Ak Mudin)


4.1 Laporan kewangan disahkan oleh En. Jaman dan disokong oleh En. Jarau.
4.2 Rujuk Lampiran 2.
5. Penstrukturan semula AJK PIBG sesi 2014/2015
5.1 En. Paking Idoi memohon untuk meletakkan jawatan namun ditangguhkan sehingga tahun
hadapan.
5.2 Berikut merupakan struktur organisasi PIBG bagi sesi 2014/2015 yang terkini:
Ex-officio
YDP
NYDP
Setiausaha
Bendahari
AJK guru

: Cikgu Lim Hang Meng @ Mohd Lim bin Abdullah


: En Joben anak Sigai
: En David Along
: Cikgu Triyanti binti Martoyo
: Cikgu Garry anak Mudin
: Cikgu Christina Lahai Ajang
: Cikgu Che Nor Azlinawati binti Che Ali
: Cikgu Dennis Alap anak Jantai
: Cikgu Awang Sami bin Awang Matdeli
AJK ibu bapa : Pn Lucy Bilong
: Pn Rosemilly
: En Paking Idoi
: En Wen Magelit
: En Micheal Kudat
: En Sulutan Ak Anai
Audit dalaman : Cikgu Liew Siew Ching
: Puan Medgline Baun Ajeng

6. Hal-hal lain
6.1 En. Peter mencadangkan pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti luar diberikan borang
kebenaran ibu bapa.
En. Peliman: Pelajar yang terlibat dalam aktiviti dalam dan luar sekolah memang diberikan
dua surat iaitu surat deklarasi dan surat kebenaran ibu bapa. Pelajar yang mengikuti

Kejohanan Olahraga MSSM sudah diberikan surat deklarasi dan surat kebenaran ibu bapa
sebelum cuti Tahun Baru Cina lagi.
Pengetua: Bagi aktiviti ko-kurikulum di luar sekolah, sekolah akan menanggung makan,
minum dan tempat tinggal malah peserta akan diberikan wang saku.
( Tindakan: PK Ko-Kurikulum )
6.2 Larangan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar barang terutamanya
kawasan asrama. Anak-anak mereka terutamanya di Tingkatan Satu terpaksa mengangkut
barang seperti kotak air minuman yang berat ke asrama.
Pengetua: Sekolah terpaksa membuat peraturan iaitu ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke
kawasan asrama kerana mendapati segelintir ibu bapa tidak memberi kerjasama dengan
meletakkan kereta di hadapan asrama sehingga menghalang kenderaan lain. Beliau juga
mengharapkan ibu bapa memahami situasi tersebut dan memberi kerjasama untuk
mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
En. Joben: Peraturan tersebut sebenarnya bertujuan melatih anak-anak untuk berdikari.
En. Juren: Sekolah melarang ibu bapa masuk ke asrama pada hari pendaftaran sekolah
kerana keadaan asrama yang tidak memuaskan mungkin akan menyebabkan perbalahan ibu
bapa berebut kemudahan seperti katil dan almari untuk anak mereka. Selain itu, ianya juga
bertujuan melatih pelajar untuk berdikari.
( Tindakan: PK HEM )
6.3 En. Juren mengemukakan beberapa perkara iaitu;
6.3.1 jumlah pelajar SMK Tinjar sehingga bulan Februari ialah 774 orang iaitu seramai
662 orang pelajar asrama dan 112 orang pelajar harian manakala jumlah guru ialah
seramai 56 orang dan jumlah staf seramai 9 orang.
6.3.2 peratusan kehadiran pelajar pada bulan Januari sebanyak 94% dan beliau
mengharapkan peratusan kehadiran pada bulan seterusnya akan meningkat selari
dengan ketetapan peratusan kehadiran oleh KPM iaitu 95%. Pelajar yang tidak
hadir ke sekolah akan diberikan surat amaran 1, 2 dan 3. Nama-nama pelajar yang
dibuang sekolah akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan sekiranya
ibu bapa ingin merayu boleh memohon melalui YDP PIBG.
6.3.3 pelajar yang diberikan wang bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 dan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) iaitu RM300 digalakkan
membuka akaun dalam BSN untuk mengelakkan kejadian kecurian dan salah guna
wang. Beliau juga menjelaskan kebaikan menyimpan wang dalam BSN iaitu
mengalakkan pelajar menabung dan menyertai Kelab Penabung Muda (KPM).
Buku akaun bank disimpan oleh beliau sendiri dan ibu bapa boleh melihat bukti
dengan berjumpa dengan beliau.
6.3.4 maklumkan ibu bapa yang mempunyai urusan dengan pelajar pada waktu
persekolahan hendaklah berurusan di Bilik Disiplin.
6.3.5 maklumkan sekiranya dokumen pelajar yang diminta pada awal persekolahan
masih belum lengkap, guru kelas harus melengkapkannya selepas cuti pertengahan
semester satu kelak.

6.3.6

maklumkan laporan disiplin dengan menangkap 4 kumpulan pelajar merokok


dalam kawasan sekolah. Beliau meminta kerjasama ibu bapa menangani masalah
disiplin di sekolah.
( Tindakan: PK HEM )

6.4 Guru-guru dari SK Long Jegan dan SK Long Teran memohon pihak sekolah
mempertimbangkan untuk meletak kereta di dalam sekolah.
YDP: Permohonan tersebut akan dipertimbangkan. Guru-guru dari SK Long Jegan dan SK
Long Teran boleh meletakkan kenderaan di kawasan letak kereta tidak berbumbung kerana
kawasan letak kereta berbumbung khas untuk kenderaan guru-guru SMK Tinjar.
( Tindakan: Pengetua )

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.25 pagi.

Minit dicatat oleh,

Minit disahkan oleh,

(Cik Triyanti Bt Martoyo)


Setiausaha PIBG,
SMK Tinjar, Baram.

(En. Joben Ak Sigai)


YDP PIBG,
SMK Tinjar, Baram.

You might also like