You are on page 1of 10

Institut Kemahiran MARA

Jasin, Melaka

INFORMATION SHEET
PROGRAMME :

A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION :

SEMESTER :

CODE/COURSE :

TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE


ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO :

A14/M03/IS05

LECTURER :

MD HAFIZI BIN MOHAMAD

WEEK :

TOPIC :

M03 CIRCUIT AND TERMINALS

SUB-TOPIC :

03.01 WIRE HARNESS


03.02 COLOR CODING
03.03 TERMINALS AND SOCKET
03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS
03.05 EARTH
03.06 POWER WINDOW

Pelajar-pelajar mesti boleh:


LEARNING
OUTCOME :

1.
2.
3.
4.
5.

Nyatakan lokasi relay.


Terangkan binaan relay
Terangkan jenis-jenis relay.
Jelaskan operasi relay
Terangkan operasi relay 5 kaki

TAJUK : RELAY
TUJUAN
Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponenkomponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara yang boleh
digunakan untuk membuat penyambungan dalam pendawaian elektrik kenderaan. Setiap
sambungan mestilah sempurna dan berkesan. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud
tersebut.
PENERANGAN
RELAYS
1

Binaan di dalam relay terdiri dari struktur mekanikal seperti satu suis. Untuk menggerakkan suis
tersebut, satu gegelung yang bertindak sebagai magnet (elektromagnet) menggerakkan struktur
suis di dalamnya. Jadi, apabila terdapat daya magnet yang dihasilkan dari pengaliran arus
seterusnya menghasilkan daya elektromagnet, ia kemudian menarik plat suis di dalam relay
tersebut. Tindakan tersebut menyebabkan plat yang ditarik menyentuh kepada terminal yang lain.
Proses tersebut boleh disamakan dengan satu suis slide dua hala. Kenderaan biasa mempunyai
20 relays atau lebih

Gambarajah 5.1 Relay boleh ditempatkan dimana-mana pada kenderaan.

Gambarfoto 5.1 Relay


KEDUDUKAN RELAYS
Relays terdapat diserata tempat dalam badan kenderaan. Relay blocks, kedua-duanya besar dan
kecil biasanya terletak dalam bahagian enjin ,di belakang kanan atau kiri kick panels atau di bawah
dashboard. Relay biasanya diletakkan bersama atau bersama-sama dengan komponen-komponen
yang lain seperti fius atau diletakkan bersendirian.

Gambarfoto 5.2 Kedudukan relay

Mengenal Pasti Kedudukan Relay


Penutup Relay/ Fuse biasanya terdapat label dan kedudukan dan posisi setiap fius, relay atau
elemen-elemen fius yang lain serta kegunaannya.

Gambarfoto 5.3 Lokasi relay mengikut kegunaannya


BINAAN RELAY
Aliran biasa melalui litar pengawal di mana wayar pengalir membaluti mengelilingi batang besi.
Batang besi akan menguatkan medan magnet. Medan magnet menarik titik sesentuh dibahagian
atas dan menariknya ke bawah dan menyentuh titik sesentuh. Sentuhan titik sesentuh ini
membenarkan kuasa dari punca kuasa.
1. Control Coil
2. Switch Contact points
3. Iron Core

4. Terminal

Gambarajah 5.2 Binaan sesebuah relay

JENIS-JENIS RELAY
a. Normally Open Relay (NO)
b. Normally Closed Relay (NC)

a. NORMALLY OPEN RELAY (NO)


Relay ini mempunyai suis atau sesentuh yang sentiasa terbuka sehingga diaktifkan di mana
terdapatnya pengaliran arus melalui litar utama relay.

Gambarajah 5.3 Normally open relay


b. NORMALLY CLOSED RELAY (NC)
Operasi relay ini adalah sama sahaja seperti normally open relay (NO) tetapi pergerakkannya
terbalik. Apabila litar utama tidak dialirkan arus elektrik, titik sesentuh relay akan sentiasa tertutup.
Apabila terdapat pengaliran arus titik sesentuh tersebut akan terpisah.

Gambarajah 5.4 Normally closed relay

OPERASI RELAY
Relays ialah alat kawalan suis elektrik yang dikawal oleh suis yang lain seperti horn switch atau
komputer seperti dalam modul kawalan kuasa. Relays membolehkan pengaliran litar kecil untuk
mengawal litar besar. Sesetengah rekabentuk relays biasa digunakan 3-pin, 4-pin, 5-pin dan 6-pin,
suis single atau suis berkembar.

Gambarajah 5.5 Contoh litar yang menggunakan relay

Semua relays beroperasi menggunakan prinsip asas yang sama. Contoh dibawah menunjukkan
relay 4-pin digunakan. Relays mempunyai 2 litar iaitu litar kawalan(merah) dan juga litar load
(hijau). Litar kawalan mempunyai dawai penebat yang kecil manakala litar load mempunyai suis.
Dawai penebat mengawal operasi suis.

Gambarajah 5.6 Litar di dalam relay

Relay Energized (On)


Pengaliran biasa melalui litar kawalan (pin 1 dan 3) menghasilkan medan magnet yang kecil di
mana akan mengakibatkan suis tertutup antara pin 2 dan 4. Suis adalah sebahagian daripada litar
load digunakan untuk mengawal litar elektrik yang mungkin disambungkan dengannya. Aliran
biasa yang berlaku melalui pin 2 dan 4 apabila relay diaktifkan

Gambarajah 5.7 Relay yang telah diaktifkan


Relay De-Energized (OFF)
Apabila arus berhenti mengalir melalui litar kawalan pada pin 1 dan pin 3, relay menjadi tidak aktif.
Tanpa kehadiran medan magnet, sius atau titik sesentuh akan terbuka dan menghalang arus
melalui pin 2 dan pin 4.

Gambarajah 5.8 Relay yang tidak diaktifkan

RELAY 5 KAKI
Relay terdapat 5 kaki. Dua kaki untuk disambungkan ke terminal voltan bagi menggerakkannya.
Tiga kaki lagi untuk keluaran, sebagai suis. Tiga kaki yang bertindak sebagai suis mempunyai tiga
nama yang biasa digunakan pada mana-mana relay. Antara nama tersebut adalah NO (normally
open), NC (normally close) dan C (center). Ketiga-tiga nama ini sebenarnya terdiri dari dari asas
satu suis dua hala. Simbol C adalah tengah, iaitu terminal tengah yang mesti disambung dan perlu
digunakan untuk penyambungan dengan litar lain. NC adalah kedudukan suis pada keadaan
sediakala adalah bersentuhan dengan C. Jika diukur keterusan antara C dan NC dengan
multimeter pada julat OHM, terdapat bacaan atau meter akan naik. Bermakna, C dan NC terdapat
sambungan. NO adalah terminal yang pada keadaan asalnya tiada sentuhan dengan mana-mana
terminal. Jika diukur dengan multimeter pada julat Ohm antara NO dengan C, tiada bacaan
ditunjukkan. Bermakna NO tidak bersentuh dengan C.

Gambarajah 5.9 Operasi relay 5 kaki


Apa akan jadi jika voltan dikenakan pada dua terminal masukan voltan? Jika voltan masuk
dikenakan, plat sesentuh yang pada asalnya berada pada C dan NC, akan bergerak kepada NO.
Jadi, pada keadaan voltan dikenakan, ia menjadi C dan NO bersentuhan dan manakala C dan NC
tidak bersentuhan lagi.
Jika ingin membuat penyambungan dengan litar lain seperti litar kipas atau lampu, bahagian
terminal mana yang mesti disambungkan. Jawapannya adalah terminal C dan NO. Apabila voltan
masukan dikenakan, C dan NO akan bersentuhan dan seterusnya mengaktifkan litar kipas atau
lampu. Bagaimana pula caranya untuk mematikan litar lain seperti lampu atau kipas. Jawapannya
dalah dengan penyambungan antara C dan NC. Pada keadaan sedia, tiada voltan masuk
dikenakan, litar lampu atau kipas akan aktif atau ON. Apabila voltan masukan relay dikenakan, suis
dalam relay akan bergerak dan mematikan lampu atau kipas tersebut.

Seperti gambarajah di atas ini menunjukkan pada keadaan pertama iaitu keadaan sedia tanpa
kemasukan voltan, NC dan C bersentuhan. Pada gambarajah kedua apabila voltan kemasukan
dikenakan, plat sesentuh akan bergerak dan C dan NO pula bersentuhan.
Fungsi diod yang dipasang adalah sebagai melindungi relay. Jika tiada diod dipasang, relay masih
boleh berfungsi. Hanya apa yang perlu adalah perlindungan sahaja.
Apa yang ditunjukkan di atas tadi merupakan asas binaan dan kendalian relay yang sebenar.
Terdapat juga relay yang mempunyai lebih dari lima kaki seperti lapan kaki. Walau banyak mana
pun kaki yang ada, asasnya tetap sama cuma bilangan NO,NC dan C mungkin bertambah.

KESIMPULAN
Relay merupakan satu komponen yang bertindak sebagai suis untuk menghubungkan arus elektrik
dari sumber kuasa iaitu bateri ke unit tenaga. Ia berkerja hasil daripada medan magnet yang
terhasil apabila arus elektrik mengalir melalui satu teras besi yang dililitkan dengan wayar pengalir.

EXERCISE

1. Berikan jenis-jenis relay yang anda ketahui.

2. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan N.O relay dan lakarkan secara ringkas rajah relay
tersebut?

3. Jelaskan bagaimana relay berfungsi?

REFERENCE
1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc.

10

You might also like