You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

TAMAN EHSAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
52100 KEPONG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-62762618 / 03-62722962
Ruj. Tuan
Ruj. Kami
Tarikh

:
: SMKTE.100-2/4/2 ( )
: 4 FEBRUARI 2015

Kepada,
Ibu bapa / penjaga,
Murid PPKI,
SMK Taman Ehsan.
Tuan, Puan
PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA PPKI 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) SMK Taman Ehsan akan mengadakan
satu Program Perkhemahan Perdana yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :Tarikh
: 12-13 Mac 2015 (Khamis & Jumaat)
Masa : 2 Hari 1 Malam
Tempat : Kem Bayu Rimba, Bukit Lagong, Selangor Darul Ehsan.
Bayaran : RM 50.00
3.
Objektif utama program perkhemahan perdana ini dianjurkan adalah untuk
memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid PPKI SMKTE yang berpotensi
untuk berdikari dan menguruskan diri mereka mengikuti Program Pendidikan Khas
Integrasi di sekolah. Aktiviti perkhemahan ini melibatkan 71 orang murid PPKI SMK
Taman Ehsan sahaja.
4.
Bagi memastikan kelancaran program ini, pihak sekolah telah menetapkan
beberapa syarat yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa / penjaga ( LIHAT
LAMPIRAN):5.
Segala kerjasama dan keprihatinan ibu bapa / penjaga mengenai perkara di
atas didahului dengan ucapan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
INSAN ISTIMEWA TANGGUNG JAWAB BERSAMA
Sekian, Terima kasih
.
Normala Bt Abdullah
Pen. Kanan PPKI
SMK Taman Ehsan.

LAMPIRAN
Syarat- syarat penyertaan.
i.

Murid yang yang telah dikenalpasti oleh guru tidak mempunyai masalah
emosi dan tingkah laku. Bagi murid yang bermasalah emosi dan tingkah
laku ibu bapa perlu bersama sepanjang pogram berlangsung.

ii.

Murid yang mengalami masalah kesihatan diminta untuk memaklumkan


maklumat kesihatan mereka lebih awal kepada guru bagi mengelakkan
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

iii.

Sumbangan murid merangkumi segala pembelanjaan makan dan minum


sepanjang program tersebut.

iv.

Ibu bapa perlu memberi maklum balas selewat-lewatnya 23 Februari 2015.


Kelewatan memberi maklum balas akan menyebabkan murid tidak dibenarkan
menyertai perkhemahan dan segala bentuk rayuan tidak akan dilayan sama
sekali.

v.

Segala kelengkapan pelajar perlu disediakan oleh ibu bapa/ Penjaga.


( SIla pastikan murid membawa alatan yang diperlukan sahaja. Lihat
lampiran)

Nama dan alamat Ibu bapa/Penjaga


.........................................................,
.........................................................,
.........................................................
Tarikh:.................................
Kepada,
Pengetua,
SMK Taman Ehsan,
Jalan E , 52100 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN
PERDANA PPKI 2015.
Saya
............................................................
kepada ................................................

ibu

bapa/penjaga

Kelas PPKI ................................ membenarkan/tidak membenarkan* anak jagaan saya


menyertai kegiatan
PERKHEMAHAN PERDANA pada 12 FEBRUARI 2015 hingga 13 FEBRUARI 2015.

2.
Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberi penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sewajarnya.
Meskipun begitu pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya
perkara yang tidak diingini berlaku dan saya tidak akan membuat pendakwaan
jika berlaku sebarang kemalangan semasa kegiatan dijalankan.
3.
Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya atau
penganjur memberikan apa-apa rawatan kecemasan ke atas anak saya jika
didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..........................................................
Ibu bapa/penjaga:.....................................................
No. Kad Pengenalan:...............................................
No. Telefon: Rumah .................................... H/P:...........................................
* Sila potong yang mana berkenaan

Nama dan alamat Ibu bapa/Penjaga


.........................................................,
.........................................................,
.........................................................
Tarikh:.................................
Kepada,
Pengetua,
SMK Taman Ehsan,
Jalan E , 52100 Kepong,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA MENYERTAI PROGRAM PERKHEMAHAN
PERDANA PPKI 2015.
Saya
............................................................
kepada ................................................

ibu

bapa/penjaga

Kelas PPKI ................................ membenarkan/tidak membenarkan* anak jagaan saya


menyertai kegiatan
PERKHEMAHAN PERDANA pada 12 FEBRUARI 2015 hingga 13 FEBRUARI 2015
dan saya juga akan turut bersama menyertai program ini bagi mengelak masalah
tingkah laku dan emosi anak jagaan saya.

2.
Saya faham bahawa pihak sekolah telah memberi penerangan dan akan
mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sewajarnya.
Meskipun begitu pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab sekiranya
perkara yang tidak diingini berlaku dan saya tidak akan membuat pendakwaan
jika berlaku sebarang kemalangan semasa kegiatan dijalankan.
3.
Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya atau
penganjur memberikan apa-apa rawatan kecemasan ke atas anak saya jika
didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..........................................................
Ibu bapa/penjaga:.....................................................

No. Kad Pengenalan:...............................................


No. Telefon: Rumah .................................... H/P:...........................................
* Sila potong yang mana berkenaan

You might also like