You are on page 1of 1

TEORI MEMERHATI

Memerhati adalah salah suatu kemahiran saintifik dalam proses


sains. Memerhati ialah suatu proses untuk menyatakan atau menerangkan
sesuatu objek atau fenomena yang berlaku. Dalam proses ini kita perlu
menggunakan pancaindera untuk mengenal pasti ciri, persamaan, atau
perbezaan sesuatu objek. Dalam proses ini kta akan mengumpul maklumat
tentang objek atau fenomena dengan menggunakan lima deria. Instrumen
atau alat boleh digunakan dalam membantu deria.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pemerhatian kualitatif,
pemerhatian kuantitatif dan pemerhatian perubahan.
i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian ini
direkodkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan.
Pemerhatian berdasarkan ke atas ciri-ciri dan sifat-sifat objek atau
fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu atau suhu.
ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang
lebih tepat dengan menggunakan instrumen untuk mengukur atau
menyukat.
iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku
khasnya berkaitan dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal
atau kimia. Perubahan ini boleh diperhatikan secara kualitatif dan
kuantitatif.

You might also like