You are on page 1of 1

4.

a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang mengandungi


unsur suspens dan kejutan di dalam novel ini.
(7m)
Contoh Jawapan JMJ :
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Jendela Menghadap Jalan
hasil karya Ruhaini Matdarin terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur
suspens dan kejutan di dalam novel ini.
Peristiwa yang mengandungi unsur suspens ialah peristiwa kecurian kubah
surau. Buktinya, pembaca tertanya-tanya siapakah yang mencuri kubah surau di
kampung datuk Lili. Penduduk kampung menuduh Rafiq dan Haziq yang melakukan
perbuatan tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur kejutan ialah misteri kehilangan kubah
surau terbongkar. Pembaca tidak menyangka bahawa suami Che Jah iaitu Seman
yang mencuri kubah surau apabila Che Jah sendiri yang membuat pengakuan
kepada penduduk kampung.
Contoh Jawapan SBE :
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Songket Berbenang Emas
hasil karya Khairuddin Ayip terdapat beberapa peristiwa yang mengandungi unsur
suspens dan kejutan di dalam novel ini.
Peristiwa yang mengandungi unsur suspens ialah peristiwa kehilangan
kambing peliharaan bapa watak utama. Buktinya, pembaca tertanya-tanya
siapakah yang mencuri kambing peliharaan Embong tersebut.
Peristiwa yang mengandungi unsur kejutan ialah misteri kehilangan kambing
tersebut terbongkar. Pembaca tidak menyangka bahawa anak lelaki Embong sendiri
iaitu Abu Bakar telah membuat pengakuan bahawa beliau yang mencuri kambing
bapanya sendiri. Abu Bakar membuat pengakuan setelah beliau insaf dan
menyedari kesilapannya yang lalu.

You might also like