You are on page 1of 1

Aku Sebuah Kereta

Saya bernama Proton Myvi. Saya dilahirkan di sebuah kilang


yang terletak di Shah Alam. Tubuh saya diperbuat daripada besi.
Tubuhku berwarna biru.
Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan telah dihantar kepada
agen-egen menjual kereta di Johor Bahru dengan sebuah lori. Apabila tiba
di kedai itu, kami dipamerkan di kedai menjual kereta itu.
Saya berharga RM50,000.00. Saya adalah model yang tercantik di
antara kawan-kawan saya yang lain di kedai itu.
Dua minggu kemudian, datang seorang wanita ke kedai menjual
kereta itu. Dia ingin membeli sebuah kereta. Setelah melihat-lihat kami,
akhirnya saya telah dipilihnya kerana kecantikanku.
Tuan saya bernama Siti. Dia ialah seorang doktor. Setiap hari, dia
menggunakan saya untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Kadangkadang, dia juga menggunakan saya untuk membawa keluarganya pergi
bersiar-siar.
Tuan saya sangat menyayangi saya. Dia sentiasa mencuci dan
membersihkan badan saya. Saya berasa sangat gembira kerana
mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap dapat
berkhidmat untuk tuan saya sehingga akhir hayat.

You might also like