You are on page 1of 4

KARANGAN - AUTOBIOGRAFI - AKU SEBUAH KERETA

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Kereta”.

AKU SEBUAH KERETA PROTON

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang proton di Shah Alam. Tubuh
badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap diproses
menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran kereta.

Sempena pelancaran kereta baru ini, akudan rakan-rakan telah mendapat sambutan hangat
daripada para pengungjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengungjung yang
datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.

Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh para
pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi
perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.

Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk aku.
Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke pejabat
di Putrajaya.

Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku menjadi seperti
baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.

Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia
memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan
ngeri dengan sebuh lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih
akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.
KARANGAN - SYARAHAN - BELAJAR BERKUMPULAN LEBIH BAIK
DARIPADA BELAJAR SENDIRI
Anda menyertai satu pertandingan syarahan di peringkat daerah. Anda telah memilih tajuk
‘Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada Belajar Bersendiri’. Sediakan teks syarahan
anda selengkapnya.

BELAJAR BERKUMPULAN LEBIH BAIK DARIPADA BELAJAR SENDIRI

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha ,Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, Barisan Hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan seterusnya rakan-
rakan yang dikasihi.Tajuk yang akan saya ketengahkan dalam syarahan saya kali ini adalah
‘Belajar Berkumpulan Lebih Baik Daripada Belajar Bersendirian.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, belajar bererti menuntut ilmu dan menimba ilmu pengatahuan.
Manakala berkumpulan pula membawa maksud, beberapa orang individu berbincang sesama
sendiri untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan. Secara kesimpulannya, dapatlah
dikatakan bahawa berlajar berkumpulan adalah sekumpulan individu menuntut ilmu bersama-
sama.
Belajar secara berkumpulan pula lebih baik kerana banyak idea dan buah fikiran dapat
dikongsikankan pada satu-satu masa. Idea atau pendapatan yang diketengahkan itu dapat
digabungjalinkan menjadi satu pendapat yang sangat bernas. Berbeza dengan belajar
bersendirian, idea atau pendapat hanya tetumpu pada seseorang individu sahaja.
Selain itu, belajar berkumpulan dapat membentuk satu pasukan yang mantap. Ia
mengajar kita sifat bekerjasama, bantu-membantu dan saling tolong-menolong. Nilai-nilai ini
hanya dapat apabila kita belajar secara berkumpulan. Hubungan sesama ahli kumpulan
menjadi akrab dan mesra.
Sesuatu tugasan atau kerja kursus yang diberi akan dapat dilaksanakan dengan baik
dan mudah. Ini kerana kerja berkumpulan diistilahkan sebagai berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Segala susah dan senang dalam kumpulan akan dihadapi bersama-sama.
Hadirin hadirat yang dihormati,
Di sini ingin saya tegaskan bahawa belajar berkumpulan adalah lebih baik daripada
belajar bersendirian. Saya akhiri syarahan saya ini dengan serangkap pantun.

Guru mengajar penuh bergaya,


Murid belajar dengan cemerlang,
Belajar berkumpulan itulah cara,
Kejayaan kita pasti gemilang.

KARANGAN JENIS BERITA

Tuliskan berita tentang kejadian tanah runtuh.

IPOH,15 November – Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) berhampiran Gua Tempurung petang semalam. Kejadian tanah runtuh ini
terjadi setelah hujan lebat berlarutan sejak tiga hari yang lalu.
Lima buah kenderaan yang terdiri daripada tiga buah kereta dan dua buah lori tela rosak
teruk akibat kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami
kecederaan parah. Hanya luka-luka kecil dan kecederaan ringan dialami oleh mangsa-mangsa.
Menurut salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Encik Halim, kejadian berlaku
apabila beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah. Setibanya di tempat kejadian
keretanya telah dibawa arus deras. Mujurlah ada batang di tepi jalan yang menyelamatkan
beliau daripada terhumban ke dalam gaung. Beliau sempat keluar daripada keretanya dan
menyelamatkan diri.
Kejadian tanah runtuh ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas
sepanjang lima kilometer. Pasukan keselamatan dan penyelamat telah bergegas ke
tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa-mangsa dan mengawal keadaan lalu lintas.
Pihak polis dengan bantuan kakitangan PLUS bertungkus lumus memindahkan batu-
batan yang bertaburan di jalan raya. Pihak polis terpaksa menutup lebuh raya tersebut untuk
menjalankan siasatan lanjut.
Kenderaan yang menuju ke utrara dan selatan tanah air akan dilencongkan ke jalan
biasa. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melalui lebuh raya tersebut. Pandu
cermat jiwa selamat.
“Aku Sepasang Kasut”
Nama saya ialah puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya
diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan
perindustrian Seberang Perai.
Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar.
Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam.
Saya selalu digilap sehingga berkilat.
Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia
berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke
rumah.
Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika
memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat
yang dibeli khas untuk saya.
Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri
saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.
Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya
berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya
dalam kegelapan dan kesepian.

You might also like