You are on page 1of 169

© PERMATA UMMAH

CATATAN INI DARI HATI


Oleh:
Pustaka Permata Ummah &
Penulis Akademi Bonda Nor

Keluaran E-buku, 2020


UNIT EDITORIAL
©Hak cipta terpelihara
@ Pustaka Permata Ummah, 2020 PENAUNG
Ustaz Muhammad Khalil
ISBN 978-967-18366-2-0 Tuan Haji Syahir Sulaiman
Tuan Haji Mohd Adram Musa

PENASIHAT
Abdul Malik Ab Razak

PENGURUS PENERBITAN
Muhammad Afiq Awang Bakar

KETUA EDITOR
Muhammad Ikram Ab Rahman

EDITOR
Tasneem Zainol
Maziah Hasan
Ahmad Muhaimin

ATUR HURUF
Siti Nurul Afiqah Sazali

REKA KULIT & KONSEP


Nurul Afiqah Yusri
Syahirah Mohd Zaki

Diterbitkan & Diedarkan Oleh:


JUALAN & PEMASARAN
Pustaka Permata Ummah
No. 9108, Jalan Kerdas 1, Gombak, Muhammad Saifullah Mahbob
53100 Kuala Lumpur Nurul Husna Mohd Husni
011-20907008 Alfian Choiri Akma
PERHATIAN!

E-buku ini merupakan terbitan Pustaka


Permata Ummah.

E-buku ini hanya dibenarkan untuk bacaan


sendiri sahaja dan TIDAK BOLEH diedarkan
secara percuma kepada pihak lain. Anda
juga DILARANG menjual e-buku ini atau isi/
sebahagian daripada e-buku ini.

Sebarang tindakan melanggar kenyataan


tersebut adalah sebuah pencerobohan hak
dan sebahagian daripada aktiviti mencuri
yang diharamkan dalam Islam.

Terima kasih.
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 1
TRAVELOG BONDA NOR

TRAVELOG AKU DAN DIA 2

SEMBANG SANTAI AKADEMI BONDA NOR 13


BERSAMA-SAMA TG DATO’ SERI HAJI
ABDUL HADI AWANG.

BAHAGIAN 2 21
CATATAN KEINDAHAN SEBUAH PERTEMUAN

DUA UCAPAN TUAN GURU YANG SAYA AMATI 24

AL-QURAN DI DADA DAN DI TANGAN 29

PENA SANG PEJUANG 33

TERLEWAT MENGENALIMU 37

REZEKI LUAR JANGKA 41

ANTARA KOBAR DAN GEMENTAR 45

ALLAH MASIH PEDULI 49

CINTA MENGUBAH SEGALANYA 53

KEMBAR ARWAH ABAH 57

INSPIRASI PERMATA UMMAH 60


DEMI UMMAH 64

DAKWAH SEORANG MUSLIMAH 68

PERSEPSI BAHARU 72

MANISNYA PERTEMUAN INI 76

PERTEMUAN BERHIKMAH 80

TERTUNAI SUDAH 85

CERITA SEORANG AYAH 88

SEBUAH TEKAD 92

DEKLAMATOR HATI 97

ISLAM DAN KEBANGSAAN 101

BAHAGIAN 3 103
UCAPAN AYAH CHIK: SEMBANG SANTAI
PPU & AKADEMI BONDA NOR

BAHAGIAN 4 126
SOAL JAWAB AYAH CHIK: SEMBANG
SANTAI PPU
Bagi Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang, ujian paling
besar bukanlah yang
melibatkan hentaman peribadi
ke atas beliau, tapi yang
melibatkan keselamatan dan
kebajikan orang Islam di
Malaysia, tanah air kita
yang tercinta!

-Bonda Nor-
Bahagian 1
TRAVELOG
AKU DAN DIA
Oleh: Bonda Nor
Pengasas Akademi Bonda Nor
TRAVELOG
AKU DAN DIA

CINTA BERPUTIK DI MASJID RUSILA

S
aya membesar di Melaka, dalam suasana hidup
bersyariat yang jauh daripada sempurna. Politik
sering dilihat menjengkelkan. Tak perlu pergi jauh,
dalam keluarga sendiri pun memang timbul perbezaan.

Abah ketua kampung, boleh dijangka sokong


parti yang mana dan saya memahami pendiriannya.
Pusat bandar Melaka dikuasai bukan Islam. Tentu saja
abah memilih untuk menjadi penyokong kerajaan
yang dianggap lebih memelihara hak Melayu ketika
itu. Mak pula rajin dengar ceramah agama, boleh
dijangka sokong parti yang mana.

Syukur, abah seorang yang berfikiran terbuka


dan tidak pernah memaksa mak mengikut ideologi
politiknya. Bahkan, abah tetap hantar mak jika mak
kata nak dengar ceramah di mana-mana. Jarang
saya dengar mereka berbalah, tetapi jujurnya… sudah
tentu pernah!

Saya? Ah, seorang remaja yang tidak menjaga


solat dan tidak menutup aurat dengan baik, apalah
yang boleh diharapkan daripada saya untuk menjadi
seorang pembela agama? Saya tak peduli pun apa-
apa tentang politik. PAS atau UMNO, lantaklah. Janji
ada duit poket dalam tangan untuk saya merempit
dan bergembira dengan kawan-kawan!

2
Travelog
Aku Dan Dia
Namun segalanya berubah apabila saya
menemui jodoh dengan lelaki Terengganu. Ribut
kenakalan mula berdamai perlahan-lahan. Minggu
pertama berada di sana sudah mula menjentik minda
saya. Allahu Akbar. Sukanya tengok suasana yang
terhidang di depan mata!

Saya pencinta pantai. Hampir setiap hari, seawal


Subuh sudah merengek meminta suami bawa ke
pantai. Dalam perjalanan, sering kagum melihat
berbondong-bondong orang ke masjid dan surau.
Jumlah yang besar!

Paling menarik hati, apabila suami


bawa saya ke Pantai Rusila untuk
kuliah Dhuha setiap Jumaat. Di sini,
saya lihat satu budaya yang tidak
pernah saya lihat. Allahu Akbar,
ramainya umat Muhammad!
Ada yang memandu terus ke parkir, melangkah
masuk ke dalam masjid. Ada yang sekadar berhenti di
tepi jalan, sudah cukup berpuas hati dapat mendengar
kuliah dari dalam kereta. Ada pula yang bentang tikar
tepi pantai, dengar kuliah sambil bersarapan dengan
keluarga.

Dan kerana di sepanjang tepi jalan Masjid


Rusila sering sesak dengan kereta, ada yang pilih untuk
cari port sendiri untuk tujuan privasi dan bersunyi-
sunyi. Di tepi baruh, di tengah-tengah semak samun di
dalam kampung, tak kisah! Yang penting, dapat

3
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
dengar kerana speaker masjid memang dibuka kuat
sepanjang kuliah. Hebat semangat mereka,
subhanallah!

“Sukanya tengok orang Terengganu, ramai


yang suka majlis ilmu. Tak nampak muka penceramah
pun tak apa. Duduk dengar dalam kereta saja pun tak
apa,” luah saya pada suami.

“Ayang tahu tak, kalau Allah nak beri hidayah,


dari suara orang yang beri kuliah pun boleh dapat
hidayah,” balasnya.

Suami saya mula bercerita kisah daripada


sebuah buku yang pernah dibacanya. Kisah berjudul
Taubat di Masjid Rusila. “Buku ni ditulis oleh seorang
wanita. Dia kata, mereka sekeluarga berpindah ke
Terengganu sebab dia ditukarkan tempat kerja.”
Saya mendengar cerita suami dengan penuh minat.
Tertarik pula dengan kisah penghijrahan wanita itu.
Corak kehidupan keluarganya begitu sosial. Katanya,
dia terbuka hati untuk berubah hanya dengan asbab
suara yang didengar menerusi sebuah kuliah.

“Wanita tu lalu di Masjid Rusila dan hairan


kenapa begitu banyak kereta berjujuk di tepi jalan.
Oleh sebab speaker masjid dipasang kuat sewaktu
kuliah, dia dapat tumpang dengar sama. Hatinya
tersentuh! Minggu berikutnya, dia datang lagi. Tapi,
samalah macam sebelumnya, dia cuma dengar
‘suara’ tu dari dalam kereta.”

Suami saya terus rancak bercerita dan saya


kian teruja apabila mendengar kisah seterusnya.
Subhanallah. Rupa-rupanya, bukan wanita itu sahaja

4
Travelog
Aku Dan Dia
yang mendapat hidayah dari suara itu. Suami dan
anak-anaknya juga begitu!

Yang lebih menarik, masing-masing mendiamkan


diri tentang apa yang dirasai. Setiap pagi Jumaat,
mereka ‘curi-curi’ pergi ke Masjid Rusila. Wanita itu
pergi sendiri. Suaminya pergi sendiri. Anaknya pula
pergi dengan kawan-kawan. Masing-masing keluar
berasingan. Masing-masing tidak tahu bahawa mereka
menuju ke tempat yang sama. Kuliah Jumaat di
Masjid Rusila! Allahu Akbar.

Akhirnya, terbongkar rahsia. Ternyata asbab dari


suara yang didengar dari Masjid Rusila, mereka
sekeluarga bertaubat dari segala dosa kehidupan
sosial mereka dan berhijrah kepada kehidupan yang
diredhai Allah. Masya-Allah. Tabarakallah.

Saya mendengar kisah penghijrahan ini dengan


satu perasaan luar biasa. Semangat untuk menadah
hidayah seperti itu juga. Semangat untuk terus
menyebarkan dakwah. Untuk diri sendiri. Untuk orang
lain.

Gagal menahan rasa suka yang bersangatan,


akhirnya suka bertukar menjadi cinta. Cinta pada
suasana hidup beragama. Berulang kali harung
perjalanan dari Melaka ke Terengganu kerana balik ke
rumah mentua, akhirnya saya suarakan satu hasrat
pada suami.

“Abang, jom kita pindah


Terengganu!”

5
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Suami terkejut dengan permintaan saya. Agak
aneh apabila saya memilih untuk berjauhan dengan
keluarga sendiri untuk tinggal bersama keluarga
mentua. Apatah lagi dalam keadaan bisnes kami
semakin berkembang di Melaka. Nak hidup di
Terengganu bermakna kami terpaksa bermula semula!

“Ayang ni biar betul nak pindah Terengganu?”

Saya angguk dan senyum. Tekad sudah kuat


terpasak di jiwa. Cinta yang sudah mula berputik tidak
akan saya biarkan layu begitu saja! Ketika itu langsung
saya tidak menyangka bahawa di sebalik tekad yang
sebegitu kuat, rupa-rupanya Allah sedang persiapkan
sesuatu yang bakal terpikul di bahu. Berat. Cukup
berat!

REVIEW BUKU PALING MENCABAR

Longlai rasa jiwa! Air mata tiba-tiba mengalir


deras. Rasa berdebar, rasa malu, rasa tak layak, tapi
dalam keadaan masih bertelekung dan berteleku di
atas sejadah, spontan saya sujud syukur. Terharu!

13 tahun terlibat dalam dunia penulisan, sudah


lebih 40 buah karya saya diterbitkan, sudah beratus-
ratus penulis saya bimbing dan lahirkan, tapi entah
kenapa permintaan untuk review pula yang buat saya
cukup berdebar. Tentunya kerana penulis yang satu
ini bukan sembarangan orangnya. Ulama’ besar
yang diiktiraf dunia!

Ya, petang itu, saya terima mesej panjang lebar


daripada penerbit rasmi buku-buku Tuan Guru Dato’
Seri Haji Abdul Hadi Awang.

6
Travelog
Aku Dan Dia
“Isteri dan rakan-rakan saya yang sudah lama
mengikuti Bonda Nor sebagai penulis berpengaruh,
selalu menceritakan tentang tulisan-tulisan Bonda Nor
yang mengesankan jiwa.”

“Saya dengan rendah diri ingin menjemput


Bonda Nor untuk membuat ulasan berkenaan buku
terbitan kami.”

“Sekiranya pihak Bonda Nor bersetuju, kami akan


hantarkan pada Bonda Nor buku-buku tersebut secara
percuma untuk dibaca dan dibuat penilaian.”

“Sekiranya terdapat kritikan atau cadangan


membina untuk kami khususnya pada teknikal buku
tersebut, kami amat alu-alukan sekali. Ini bagi
memastikan kualiti penerbitan dapat diperbaiki,
apatah lagi Bonda Nor sudah lama dan sangat arif
dalam bidang ini.”

Allahu Akbar. Bagi seorang


pendosa yang masa remajanya
dulu habis di panggung wayang
dan merempit di jalanan, saya fikir
menerima jemputan berceramah
di Masjid Negara sudah cukup
besar untuk buat saya berdebar.
Tapi rupa-rupanya permintaan
yang datang kali ini buat jiwa saya
jauh lebih menggeletar!

7
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Nak ulas buku-buku ulama besar ini? Tahu tak itu
siapa? Mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama
Islam Sedunia. Nak kritik gaya penulisan Tuan Guru
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi?

Tahu tak apa jawatannya? Duta Khas Perdana


Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri! Berani?
Subhanallah. Bonda Nor hanya seorang penulis kecil
yang sangat jahil!

“Niat dakwah. Kalau itu boleh bantu


sebar luaskan dakwah, buatlah.”
Jawapan spontan suami buat saya menarik
nafas panjang. Spontan kembali terbayang wajah
guru kesayangan kami ini. 17 tahun saya menetap di
Terengganu, menghadiri Kuliah Jumaatnya di Masjid
Rusila menjadi rutin keluarga kami. Bait-bait bicaranya
tentang kupasan hadis, tentang sirah dan tafsir
al-Quran sangat banyak menyumbang pada
penghijrahan saya.

Mungkinkah ini cara untuk saya berbakti kepada


Tuan Guru yang mulia, yang pernah begitu humble
menatang sedulang air untuk dihidangkan pada kami
sekeluarga? Allah Ya Allah. Sebenarnya, jauh di sudut
hati, saya anggap ini panggilan Allah untuk saya
semakin mendalami ilmu agama dan mendekati-Nya!
Lahaulawalaquwataillabillah.

8
Travelog
Aku Dan Dia
MENJEJAK SEMANGAT ULAMA’

Menyandang gelaran penulis bestseller saya


anggap satu amanah yang cukup besar. Ia bukan
untuk saya nikmati sendiri-sendiri, sebaliknya adalah
pentas untuk saya berkongsi. Mengingati mati dan
menginsafi hakikat bahawa usaha dakwah ini boleh
terhenti pada bila-bila masa, saya pantas menyusun
langkah untuk melahirkan sebanyak-banyaknya
penulis baharu dalam genre yang sama – dakwah
santai.

Maka tertubuhlah Akademi Bonda Nor.


Sekitar 50 orang penulis baharu dilatih hingga
berupaya menulis buku, kemudian mereka
dilatih pula untuk menjadi jurulatih penulisan.
Ilmu berkembang biak, landasan semakin melebar.
Beratus-ratus penulis baharu lagi lahir. Semakin banyak
buku-buku dakwah terjual. Bahkan ada projek-projek
buku yang royaltinya 100% diinfaqkan untuk membantu
urusan dakwah! Allahu Akbar.

Alhamdulillah, hari itu kami berkumpul lagi. Saya


kongsikan pada mereka tentang teras perjuangan
saya. Tentang daripada mana saya mendapat
kekuatan untuk terus menulis dan melatih para penulis.
Saya pecahkan rahsia kekuatan saya yang
sebenarnya bukanlah satu rahsia pun selama ini. Ah,
ramai pun tahu, saya selalu meminjam semangat para
ulama’ yang terus gigih berdakwah tanpa henti. Ya,
saya sering bercerita tentang para ilmuan ini di
media sosial!

9
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
“Jangan kaitkan dengan politik! Maaf, saya tak
berminat dengan politik! Apa yang saya nak tunjukkan
di sini ialah bagaimana usaha saya yang dari dulu
selalu ingin mendekati ulama’.”

Saya tunjukkan satu persatu bukti pertemuan


saya dengan ulama’-ulama’ yang saya hormati. Masa
anak saya masih seorang, kemudian dua, tiga, lima...
akhirnya tujuh!

“Dari dulu! Dari sejak saya belum menutup aurat


dan menjaga solat dengan sempurna pun, hati saya
sudah terikat dengan ulama’. Terpikat dengan adab
dan kerendahan hati mereka. Bukan setakat dengar
daripada orang lain. Lebih penting lagi, saya tengok
dengan mata kepala saya sendiri!”

Sungguh, selalu dengar kisah mereka. Terinspirasi.


Saya azam nak jumpa mereka sendiri, dan Allah
mudahkan. Subhanallah.

“Masa Almarhum TG Nik Aziz masih menjadi


Menteri Besar Kelantan, Allah beri saya dan suami
kesempatan jumpa sendiri almarhum di rumahnya.
1 jam menadah nasihat secara terus. Tiada orang lain.
Hanya saya, suami dan anak-anak. Allahu Akbar!”

“Saya juga pernah ajak suami ketuk pintu rumah


TG Haji Hadi. Masa tu beliau masih Menteri Besar
Terengganu. Saya main redah saja datang nak jumpa
‘orang besar’ walaupun saya bukan sesiapa pun masa
tu. Allah mudahkan!”

10
Travelog
Aku Dan Dia

“Tuan Guru sendiri yang buka pintu.


Layan kami berbual sampai 1 jam.
Jawab segala persoalan remeh
temeh kami. Hanya saya, suami
dan anak sulung kami. Benar-
benar pertemuan eksklusif! Allahu
Akbar!”
Ya, Allah mudahkan. Sebab Allah tahu, memang
hati saya dari dulu lagi sudah terikat sungguh dengan
para ulama’ ini. Saya beli dan baca buku-buku mereka.
Saya usahakan datang kuliah mereka. Ada yang
secara mingguan. Ada yang bersifat tahunan. Saya
usahakan!

“Maka, boleh tak bayangkan bagaimana


perasaan saya apabila Pustaka Permata Ummah,
satu-satunya penerbit rasmi buku-buku Tuan Guru
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang beri saya buku-buku
tokoh besar ini secara percuma, minta saya buat
review, komen dan sebarkan ilmunya? Allahu Akbar!
Saya terima mesej tersebut masa atas sejadah dan
terus sujud syukur!”

Penghormatan. Amanah dan ujian. Demikianlah.


Allah beri peluang jumpa para ulama’ bertaraf dunia
ini secara personal. Allah beri pula saya review buku-
buku yang sarat dengan ilmu. Baiknya Allah pada saya!

Kemudian, saya sampaikan satu lagi berita


gembira kepada pasukan penulis Akademi Bonda Nor.

11
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
“Tuan puan, masa dijemput ke Pustaka Permata
Ummah, masa sedang berbual dengan Pengurusnya,
Ustaz Afiq dan Setiausaha Tuan Guru, Ustaz Malik, Allah
tiba-tiba ilhamkan pada saya untuk mohon aturkan
pertemuan kita dan tuan guru. Secara eksklusif.”

Betul. Spontan saja keluar idea tersebut dan ia


disambut baik. Setiausaha Akhbar beliau minta saya
buat surat rasmi. Saya hantar surat tersebut pagi, dan
tengah hari itu juga terus dapat mesej menyatakan
persetujuan Tuan Guru. ALLAHU AKBAR! Sungguh,
Allah mudahkan!

Majlis tertutup secara eksklusif. Pertemuan


Akademi Bonda Nor dan Tuan Guru Haji Hadi, Duta
Timur Tengah bertaraf menteri! Subhanallah.

“Siapa nak ikut?” soal saya.

Seisi dewan angkat tangan. Ya, berderai-derai


air mata kami hari ini berkongsi peluang yang cukup
luar biasa ini!

Sebelum bersurai hari itu, saya sebut berkali-kali


pada mereka, “Menulis bukan cuma kerja pen dan
kertas. Tapi kerja hati!”

Ya, menulis bukan saja perlukan minat


dan bakat, bahkan kejelasan niat dan
matlamat. Menulis untuk apa? Tanya
selalu hati kita. Jernihkan niat kita, dan
Insya-Allah, Allah akan hantarkan
sebanyak-banyaknya ruang dan
peluang untuk kita.

12
SEMBANG SANTAI AKADEMI
BONDA NOR BERSAMA TG DATO’
SERI HAJI ABDUL HADI AWANG
6 September 2020

A
llahu Akbar. Debarannya buat saya sampai
termimpi-mimpi! Mimpi datang rumah Ayah
Chik. Sembang dengan Ayah Chik. Bangun
tidur, terus rasa berdebar. Rasa nak nangis. Rasa
bersalah. Rasa malu nak jumpa sebab banyak dosa.
Rasa teruja tapi rasa takut dalam masa yang sama.
Subhanallah.

Pertama kali bertemu beliau secara in person


ialah pada 17 tahun lalu. Bersama-sama keluarga. Kali
ini sekali lagi bakal bertemu membawa misi dan
legasi. Bersama-sama para penulis Akademi Bonda
Nor!

AYAH CHIK INGAT TAK?

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu itu tiba. 40


orang penulis Akademi Bonda Nor siap sedia. Datang
dari seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia. Utara,
Selatan, Timur dan Tengah. Yang naik kapal terbang,
keretapi, bas ekspres dan kereta… ya semua teruja!

Dan majlis pun bermula. Seusai ucapan aluan


pengacara majlis dan wakil Pustaka Permata Ummah,
sampailah giliran saya pula untuk berucap. Oh, saya
sudah siap sedia untuk menayangkan dua keping
gambar lama yang penuh makna bagi saya di layar
putih!

13
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
“Tuan puan, dua hari lepas ulangtahun
perkahwinan saya dan suami yang ke 21 tahun. Anak
sulung saya, hujung bulan ini berusia 20 tahun. Dan
masa umurnya 2 tahun, saya pernah datang rumah
Ayah Chik. Ayah Chik ingat tak?”

Saya tunjukkan gambar pertama. Moment yang


masih segar dalam ingatan saya. Gambar saya dan
suami duduk meriba anak sulung kami, manakala
Ayah Chik pula meriba anaknya yang masih bayi dan
seorang lagi anak perempuan beliau sedang berdiri
di sisinya. Moment yang cukup mesra macam sebuah
keluarga. Macam seorang ayah menerima kunjungan
anak menantu dan cucunya!

“Masa tu, Ayah Chik ialah Menteri Besar


Terengganu. Kami bukan sesiapa pun, tapi
beranikan diri datang ketuk pintu. Ayah Chik jemput
masuk, layan kami sembang hampir 1 jam. Padahal

14
Travelog
Aku Dan Dia
kami cuma adukan beberapa masalah peribadi,
termasuk masalah anak yang hiperaktif. Ayah Chik
layan dan jawab semua pertanyaan kami. Ayah Chik
ingat tak?”

TG Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang senyum.


Saya tidak hairan kalau beliau sudah lupa kerana
moment itu sudah terlalu lama. Mana mungkin nak
ingat hal sekecil itu di saat begitu banyak lagi tetamu
dan perkara besar yang berlaku sesudah itu!

Tapi saya sebut detik secebis itu sebagai


satu detik di mana layanan baiknya itu
jadi asbab Allah buka hati saya untuk
gembira menadah ilmu daripadanya di
Masjid Rusila. Rutin pagi Jumaat kami
sekeluarga.
Kemudian saya tunjukkan pula gambar yang
kedua sambil meneruskan bicara.

“Anak-anak saya ada 7 orang. Kalau saya


masuk masjid, memang masing-masing tak tahu duduk
diam. Takut menggangu orang nak dengar kuliah Ayah
Chik. Saya pernah bentang tikar tepi laut, sambil
dengar kuliah Ayah Chik tapi susah nak fokus sebab
asyik nak awasi anak-anak jangan main air.”

Akhirnya, di mana saya menadah ilmu daripada


kuliah Ayah Chik? Jawapannya ada pada gambar
yang kedua.

15
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali

“Ayah Chik kenal tak tempat ni? Tepi semak.


Jauh dari masjid, tapi speaker masjid jelas di sini. Ya,
anak-anak saya bawa semua dalam kereta. Ada
yang dengar kuliah, ada yang tidur. Tapi saya tekun
dengar. Dan ini gambar yang anak saya candid.
Masa ni, saya sedang bersandar tepi kereta catat isi
penting daripada kuliah Ayah Chik.”

Bukti bergambar. Bukti kecintaan saya pada


ilmu. Dan pada akhlak seorang ulama’ yang pernah
terpamer di depan mata saya. Dan hari itu, saya bawa
pasukan penulis di bawah bimbingan saya untuk turut
merasai kebahagiaannya serta meresapi semangat
tuan guru yang dihormati ini.

Benarlah. Kita dituntut untuk tidak


memperkecilkan apa-apa kebaikan sekalipun kerana
kita tidak tahu yang mana satu Allah redha hingga
menjadi asbab kebaikan yang lebih besar. Masa Ayah
Chik melayan kami sekeluarga, tentu saja Ayah Chik
tak terfikir sebesar ini impak daripada baik budinya
ketika itu. Tapi inilah yang berlaku. Tetamu yang
pernah hadir ke rumahnya satu ketika dulu telah Allah

16
Travelog
Aku Dan Dia
lorongkan menjadi seorang penulis dakwah yang
sangat mencintai ulama’. Cinta yang terus subur
hingga ke hari ini.

Menariknya, ramai penulis akademi ini


yang beritahu saya, betapa jauh tersasar
pandangan mereka tentang Ayah Chik setelah
akhirnya bertemu muka. Dan mereka juga
sudah mula jatuh cinta. Allahu Akbar! Perjuangan
kami sebagai penulis kecil, cuba meneruskan
perjuangan besarnya. Insya-Allah, sedaya upaya!

WAKTU PALING ‘DOWN’

Ujian di jalan dakwah memang wajib ada. Bak


kata Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Bukan
jalan dakwah namanya kalau hidupmu sentiasa
tenang dan tidak dikacau orang.”

Ya, saya sentiasa mengingatkan diri sendiri


tentang hakikat tersebut. Namun Subuh itu, saat
menghabisi bacaan Yaasin, hati dilanda sebak
bersangatan. Pandangan jadi berbalam tanda ada
air mata bakal bercurahan. Pembacaan bahkan jadi
sukar apabila pandangan semakin tidak jelas
diganggu air yang kian memenuhi tubir mata. Akhirnya,
teresak sendiri. Subhanallah.

Sebak sebenarnya mengenangkan pertemuan


pasukan penulis Akademi Bonda Nor dengan Ayah
Chik. Masih belum boleh move on!

Sesi soal jawab seusai ceramah ternyata


memberi ruang pada kami untuk lebih menyelami
jiwa dan mengenali hati budinya. Ramai penulis

17
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
bertanyakan soalan dan Ayah Chik tampak tenang
menjawabnya. Paling memberikan inspirasi pada
saya ialah jawapan Ayah Chik terhadap persoalan ini.

“Sepanjang berada di jalan dakwah, apakah


saat paling down Ayah Chik pernah rasa?”

Tuan Guru tampak tenang sewaktu mula


menjawabnya. Beliau mula bercerita beberapa siri
perjuangan yang telah beliau lalui sejak tahun 1979.
Di luar negara, misalnya dalam usaha mendamaikan
para mujahidin di Afghanistan. Dalam negara pula,
antaranya terlibat dalam rundingan krisis Kelantan,
ISA dan Memali.

Kesemua itu memberikan cabaran tersendiri.


Dan oh... saya masih ingat kes fitnah kafir mengkafir
yang sangat popular satu ketika dulu. Amanat Haji
Hadi. Saya fikir, tentu Ayah Chik sekeluarga stres
menerima pelbagai kecaman setelah isu tersebut
diputarbelitkan. Namun, tidak.

Bagi ulama’ besar ini, ujian paling besar


bukanlah yang melibatkan hentaman peribadi ke
atasnya, tapi yang melibatkan keselamatan dan
kebajikan orang Islam di Malaysia, tanah air kita yang
tercinta!

“Paling getir, baru-baru ini. Sewaktu


melihat politik negara kita sudah mula
dikuasai oleh orang bukan Islam. Itu saat
paling mencemaskan bagi saya!”
Saya lihat Ayah Chik mula menahan sebak
sewaktu menuturkan kata-kata tersebut. Bicaranya

18
Travelog
Aku Dan Dia
yang tadinya lancar, mula terhenti-henti. Mengawal
sebak barangkali. Allahu Akbar. Saya mengerti
kerisauannya. Memang saya pun masih ingat betapa
beberapa ketika sebelum wabak COVID-19 menular,
ada satu lagi ‘virus’ yang menyerang Malaysia. ‘Virus
rampasan kuasa!’

Orang bukan Islam terlalu lantang bersuara dan


cekap mengambil alih kuasa pentadbiran negara
hinggakan banyak urusan agama Islam pun mereka
mula campur tangan dan mahu buat keputusan.
Subhanallah!

“Masa tu, saya menjalani rawatan di IJN,


sedang sakit. Tapi saya tak senang duduk. Terpaksa
atur pertemuan dengan pelbagai pucuk pimpinan lain
agar bersatu mematahkan kemaraan DAP...”

Sebak! Membayangkan Ayah Chik terpaksa


meninggalkan rawatannya, mempertaruhkan nyawa
dan kesihatan sendiri demi melalui pelbagai
rundingan dengan beberapa pihak yang memusuhi
beliau, saya teresak.

Tentu tidak mudah! Tapi asbab ketulusan dan


kesungguhan, Alhamdulillah, Allah bantu usahanya itu.
Apa berlaku? Parlimen negara bergolak seketika, dan
berakhir dengan kemenangan pemimpin yang punya
fikrah mahu menyelamatkan Malaysia.

“Majoriti kecil saja, tapi itu sudah cukup untuk


kembali pulihkan pentadbiran negara,” kata Ayah
Chik.

19
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali

Allahu Akbar. Tentu kita masih


ingat betapa leganya apabila
Perdana Menteri bertukar kepada
pemimpin yang lebih baik. Allah
rezekikan Malaysia dengan
seorang ‘abah’ yang cukup
menjaga kebajikan negara.
Paling ketara sewaktu dunia dilanda COVID-19.
Ekonomi dunia hampir lumpuh, rakyat kehilangan kerja,
semua cemas, namun kita masih mampu bernafas
dengan pelbagai bantuan disalurkan! Ya, Malaysia
diselamatkan pada masa yang tepat, dan di sebalik
tabir semua ini, ada seorang lelaki tua yang begitu
tulus memperjuangkannya. Ayah Chik.

“Pendakwah sejati sanggup mengenepikan


kepentingan sendiri, mempertaruhkan nyawanya,
asalkan masyarakat aman dan kebajikan terpelihara.”

Allahu Akbar! Semoga kita mampu menyerap


semangat Ayah Chik. Cuba mengenepikan segala
macam masalah peribadi demi memfokus pada
bakti dan terus menabur bakti. Terus berharap, mudah-
mudahan semangat tersebut menjadi ikatan yang
menyatukan kita dengan para Nabi dan ulama’ di
akhirat nanti. Kuatkan kami, Ya Allah.
Lahaulawalaquwataillabillah.

SATU LEGASI

Namanya pun sembang santai. Maka, bukan


Ayah Chik saja berucap. Bahkan kami juga turut
berpeluang menyampuk dan menanyakan pelbagai

20
Travelog
Aku Dan Dia
soalan. Rezeki kami, ketika itu Ayah Chik tak berkejar
ke tempat lain. Jadi, program yang sepatutnya
bermula jam 2 hingga 5 petang itu, tamat pada jam 6!

Tak nampak langsung wajah Ayah Chik resah


apabila menerima soalan bertalu-talu. Bahkan tekun
menulis setiap persoalan tersebut satu persatu.
Subhanallah.

Macam-macam soalan. Tentang cara menjaga


hati. Tentang penulisan. Tentang keluarga. Tentang
anak-anak. Tentang negara. Dan Ayah Chik terus
tenang menjawab. Allahu Akbar. Satu pertemuan yang
membuka minda dan buat kami semakin jatuh kasih!

Kenangan yang cukup indah! Sewaktu terima


permintaan daripada Pustaka Permata Ummah untuk
review buku-buku tulisan TG Dato’ Seri Haji Abdul
Hadi Awang, saya sudah cukup teruja. Siapa sangka,
akan direzekikan pula membawa pasukan penulis di
bawah Akademi Bonda Nor untuk bertemu dan
beramah mesra dengan tokoh ulama’ dunia ini.

Subhanallah. Saya percaya setiap satu moment


ini ada jiwa yang menghubungkan rantaiannya.
Seawal jatuh cinta kali pertama saat mendengar
suara tegasnya berkumandang dari mimbar Masjid
Rusila 21 tahun lalu hinggalah kepada pertemuan
eksklusif ini, saya percaya bukan saja-saja Allah
mengaturkannya!
Sebelum pulang, saya meminta satu nasihat
secara khusus daripada Ayah Chik. Dan secara
spontan Ayah Chik pantas menjawab.

“Tulislah seolah-olah kita akan mati esok hari.”

21
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Kemudian saya meminta Ayah Chik mendoakan
perjuangan kami dalam bidang penulisan dakwah
santai ini. Laju Ayah Chik sebut pula, “Insya-Allah
akademi ini diberkati.”

Sebak! Pertemuan ini memang ‘sesuatu’ sangat!


Apakah yang membuka hati ulama’ sehebat ini untuk
sudi meluangkan masa berharganya meraikan kami
pejuang yang kecil ini? Allahu a’lam. Allah sajalah yang
Maha Mengetahui. Yang pasti, jalan makin terbentang.
Usaha kecil ini semakin dipandang. Dan hajat doa
semua, moga Allah terus anugerahi kami keikhlasan
dalam berjuang. Allahu mustaan.

22
PEWARIS
Engkaulah si tua yang terus
muda dalam perjuangan,
Engkaulah sang pemimpin
yang tak pernah tewas
dengan tohmahan,
Engkau yang digelar ulama’ gila kuasa,
Engkau yang difitnah pengumpul harta,
Bahkan dituduh menunggang agama!

Namun,
Hanya yang dekat mampu
mengenal baik budi si
pemilik jasad.
Hanya yang ikhlas mencari
kebenaran tahu
mengenal kaca dan berlian,
Lalu aku meratibkan harapan,
Semoga nanti aku menjadi
saksi di depan Allah,
Betapa hidupmu sesederhana itulah,
Yang kudengar mereka memuji,
Yang kulihat di depan mataku sendiri.
Pada tulus pesananmu yang penuh budi,
Pada doa yang engkau panjatkan buat
kami,

Sungguhlah,
Hanya yang kenal akan mengerti,
Hati budi ulama’ - pewaris anbiya’!
Bahagian 2
CATATAN KEINDAHAN
SEBUAH PERTEMUAN
Oleh: Penasihat, Mentor dan
Perantis Akademi Bonda Nor
DUA UCAPAN TUAN GURU
YANG SAYA AMATI
Oleh: Prof Dr Siti Rugayah Tibek
Penasihat Akademi Bonda Nor

S
aya sering mengikuti ucapan dan juga ceramah
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
melalui YouTube dan dahulunya melalui pita
rakaman. Seingat saya, hanya dua kali sahaja
mengikutinya secara berhadapan.

Pertama kali ketika beliau menyampaikan ucap


utama di program Multaqa Serantau Alumni al-Azhar
pada tahun 2015. Ucapannya sangat menarik
perhatian malah menyentuh perasaan. Sesuai dengan
keadaan perpecahan yang mula timbul, beliau
melahirkan harapannya;

“Semoga umat Islam di negara


ini tidak menjadi seperti Timur
Tengah yang kini berperang
sesama sendiri kerana
perbezaan ideologi.”
Peringatan ini amat bermakna kerana pada
masa tersebut, beliau sedang berucap di hadapan
mereka yang berpendidikan Islam. Perbalahan kerana
perbezaan pandangan dan mazhab yang diikuti
tidak seharusnya ditimbulkan. Malah mereka yang
mendalami bidang hukum sepatutnya tahu adab
perbezaan pandangan.

25
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Lebih menarik lagi, Tuan Guru menyarankan
agar kepakaran mereka yang mendalami agama
digembeleng untuk turut serta dalam memimpin
negara. Cadangan ini memang tampak sangat luhur
daripada seorang ulama’ yang mahu melihat Islam
menjadi landasan pemerintahan negara.

Sayangnya, ucapan beliau ini tidaklah menjadi


hebahan utama media sebaliknya yang menjadi
hebahan ialah tentang Perdana Menteri ketika itu
Dato’ Seri Najib Razak sepentas dengan Dato’ Seri
Tuan Guru, tentunya isu politik mendominasi berita.
Sepatutnya inti ucapan inilah yang sangat perlu diberi
penekanan. Subhanallah, betapa terkilannya saya
ketika itu dengan permainan media arus perdana.

Allah anugerahkan seorang ulama yang


menceburkan diri dalam politik tetapi tidak tenggelam
dengan arus politik yang sukar membezakan yang
baik dan yang buruk. Tuan Guru lebih banyak
menggunakan politik untuk meletakkan Islam lebih
tinggi. Bertepatan benar dengan Hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Ibn
Abbas yang bermaksud:

Islam itu tinggi dan tidak ada yang


mengatasinya.

Begitulah. Harapan dan cita-cita Tuan Guru ini


dalam menjunjung maksud hadis ini seringkali terselit
dalam setiap ucapannya. Masya-Allah, Tabarakallah.

Pada hari Ahad, 6 September 2020, Alhamdulillah


sekali lagi saya diizinkan Allah untuk menikmati
hidangan ilmu daripada Tuan Guru menerusi
pertemuan yang diaturkan oleh Pustaka Permata
Ummah dan Akademi Bonda Nor.

26
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Saya mendengar dengan penuh minat. Ternyata
Tuan Guru masih tetap orang yang sama, yang terus
menjunjung Islam di atas kepala. Daripada awal
tausiahnya lagi beliau menceritakan nikmat agama
Islam kepada mereka yang beriman. Disentuhnya
sejarah awal Islam bermula daripada Nabi Ibrahim
hingga kini. Cerita diadun untuk membangkit
semangat cinta kepada Islam.

Tuan Guru mengingatkan yang hadir bahawa


semua makhluk Allah itu Islam termasuk, awan, air,
pokok dan segalanya. Kemuliaan makhluk adalah
berdasarkan ketaqwaan kepada Allah. Manusia yang
beriman dan bertaqwa boleh menjadi lebih mulia
daripada malaikat.

Biarpun ucapan penuh dengan fakta dan


cerita sejarah, tapi sebenarnya Tuan Guru berhasrat
membangkitkan semangat dan motivasi kepada yang
hadir untuk terus menulis sebagai alat penyebaran
ilmu. Ini terlihat jelas apabila Tuan Guru menyatakan;

“Hasil tulisan akan kekal walaupun penulisnya


telah mati. Ilmu terus tersebar, tidak kira apa sahaja
bentuk ilmu sama ada untuk akhirat atau kebaikan
dunia.”

Kata-kata ini tentunya menjadi azimat kepada


semua penulis tanpa mengira bidang apa pun yang
ditulis, yang penting memberi impak kebaikan.
Allahuakbar!

Alangkah beruntungnya para penulis Akademi


Bonda Nor kerana mendapat suntikan hikmah secara
langsung daripada Tuan Guru yang bukan sahaja

27
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
hanya setakat bicara tetapi juga itulah yang
diamalkannya. Beliau seorang ulama yang juga
merupakan seorang penulis yang prolifik. Tulisannya
berasakan pembacaan yang cukup luas.

Menariknya, beliau turut ceritakan bagaimana


sebenarnya beliau seorang yang sangat suka
membaca. Contohnya semasa kecil lagi, beliau sering
membaca akhbar yang telah dijadikan pembalut
kitab bapanya.

“Daripada akhbar itulah saya faham politik


dalam dan luar negara,” kata beliau.

Allahu Akbar. Cerita ini


mengundang rasa malu dalam
diri. Ya Allah, sampai begitu
sekali ulama ini berusaha
mencari bahan bacaan pada
ketika bahan bacaan sukar
diperolehi!
Sekarang ini kesemuanya boleh dicapai dengan
hujung jari, tapi sebanyak manakah buku yang telah
dibaca, dikaji dan dihayati? Masa untuk muhasabah
diri!

Menghadiri majlis ilmu Tuan Guru memberi


keinsafan dalam diri, terutamanya bagi yang berada
di hujung usia seperti saya. Di manakah saya sebagai
seorang hamba Allah?

28
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Melihat beliau terus berjihad dengan fikrahnya
melalui penulisan, ucapan sama ada di arena politik
atau di luar politik memang mencetuskan inspirasi.
Beliau tetap orang yang sama. Wataknya tetap
seorang ulama yang sentiasa mengabdikan diri
kepada Allah.

Masya-Allah Tabarakallah. Moga Allah


memberikan kesihatan kepada Tuan Guru untuk terus
berbakti demi Islam. Amin Ya Allah.

29
AL-QURAN DI DADA
DAN DI TANGAN
Oleh: Ammar Kamilin
Ketua Unit Media dan ICT,
Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)

S
ebaik saja dimaklumkan oleh Bonda Nor bahawa
kami diberikan ruang untuk bertemu secara santai
dan tertutup dengan Dato’ Seri Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang, Duta Khas Perdana Menteri ke
Timur Tengah bertaraf menteri, beberapa wajah yang
asalnya ceria mula menitiskan air mata. Betapa
peluang bertemu dengan ulama’ yang pernah
menjawat jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama’
Islam Sedunia dan berpengalaman luas dalam politik
tanah air ini sangat mengharukan.

Perasaan saya sendiri berbolak balik antara


teruja mahu bertemu mata dengan tuan guru dan
rasa tidak layak untuk bersalaman dengan beliau.
Namun, perasaan
Terkenang galau itu hilang sebaik saja
betapa dengan dapat menyambut huluran
tangan dan mencium tangan
dosa-dosa yang tuan guru. Wajahnya yang
sekian banyak, tersenyum memandang
tepat pada mata seperti
layakkah untuk mencabut perasaan rendah
berdamping diri dan diganti dengan kasih
sayang seorang ulama yang
dengan sosok terus menyerap ke dalam hati.
ulama’ penuh Terus timbul rasa kasih yang
teramat kepada ulama besar
amal dan ilmu. ini.

30
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Alhamdulillah, semasa sesi santai bersama Dato’
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atau lebih mesra
dipanggil Ayah Chik di pejabat Pustaka Permata
Ummah, Gombak, saya dapat mencuri kesempatan
untuk mengajukan satu soalan.

“Anak saya sedang memulakan perjalanan


menghafaz al-Quran. Tapi dia selalu mengadu susah.
Berkali-kali dia sebut tak boleh teruskan dan hampir
berputus asa. Masuk sekolah dua hari, cuti tiga hari.
Hampir setiap minggu dia mengadu tidak sihat. Entah
benar, entah alasan. Sebab setiap kali di rumah,
kelihatan dia sihat-sihat saja. Saya dalam dilema.
Adakah saya perlu terus bersabar dan pastikan dia
teruskan hafazan? Atau, saya dengar suara hati dia
dan benarkan dia berhenti?”

“Saya bimbang Ayah Chik, jika terus dipaksa, dia


akan menganggap al-Quran menyusahkan. Akhirnya
terus tinggalkan ilmu al-Quran. Sedangkan ada
banyak lagi ilmu yang boleh dipelajari daripada
al-Quran, bukan setakat menghafaz.”

Dengan tenang Ayah Chik menjawab,

“Menghafaz al-Quran tu memang payah. Nak


kena sabar. Ada orang dalam masa sekejap boleh
hafaz. Ada orang ambil masa lama untuk hafaz. Ada
orang dia rasa payah, tapi dia rajin, akhirnya berjaya.
Ada orang, memang tak boleh! Ini memang kita tak
boleh paksa. “

“Yang pentingnya kefahaman. Ada orang yang


hafaz Quran, tapi tak faham Quran. Tiada kefahaman
tentang Islam. Baru-baru ini ada seorang ulama di

31
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Arab Saudi yang berani tegakkan hukum agama. Dia
dipenjarakan kerana menasihat kerajaan dan mati di
dalam penjara. Dia seorang penyair. Dia menulis satu
syair.”

(Ayah Chik bacakan versi bahasa Arab dan


kemudian menterjemahkan semula.)

“Hafaz al-Quran sehafaz-hafaznya, bencana


orang yang menafsirkannya. Mengaji dengan idgham
dan idzhar (bertajwid), bencana bagi orang yang
menzahirkan hukum-Nya.”

“Oleh kerana ulama ini berani menzahirkan


hukum Allah, maka jadi bencana buat dia, akhirnya
mati dalam penjara.”

“Kita tak mahu, tahfiz Quran, tetapi tak berani


menegakkan hukum-Nya. Tak tegakkan syariat-Nya.
Duduk baca tajwid sahaja, tetapi hukum-hukum Islam
yang ada dalam Quran tidak diamal. Sedangkan ini
sangat penting. Jadi, masalah anak ini, memanglah
seboleh-bolehnya kalau dia menghafaz al-Quran
lebih baik, kerana biasanya orang yang hafaz
al-Quran ilmu-ilmu lain akan lebih mudah bagi dia.
Kerana ilmu yang lain itu juga berasas kepada
al-Quran. Wallahu A’lam.”

Kesimpulan Ayah Chik, menghafaz, memahami


dan mengamalkan kandungan al-Quran perlu seiring.
Tetapi jika sukar untuk menghafaz, memahami dan
mengamalkan isi kandungan al-Quran itu lebih utama
dan penting.

32
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Moga urusan anakanda menghafaz al-Quran
dipermudahkan. Mahu terus beri dia ruang untuk
mencuba dan berusaha. Sekiranya memang tiada
kemampuan, insya-Allah saya sudah tahu apa langkah
seterusnya.

Benar pesan seorang sahabat,


menghafaz al-Quran itu susah,
tetapi mengekalkan hafazan
lebih susah lagi.
Allahu Akbar. Ternyata peluang menyertai
rombongan Akademi Bonda Nor menyuluh ruang
gelap dilema kepada cahaya yang lebih
menenangkan. Tentang al-Quran, tentang susunan
keutamaan, di dada dan di tangan. Alhamdulillah,
akhirnya terungkai persoalan yang tak habis-habis
pernah difikirkan. Hilang kekusutan kerana barakah
sebuah pertemuan.

33
PENA SANG
PEJUANG
Oleh: ZamanLuk
Editor Bebas / Jurulatih Penulisan

“Membaca mestilah dengan ikhlas. Pilih buku


orang yang beramal dengan ilmu dan berjuang
dengan ilmunya,” bicara Tuan Guru Dato’ Seri Abdul
Hadi Awang tempoh hari. Santun dan lembut
bersahaja.

“Imam al-Bukhari, Imam al-Ghazali, al-Syahid


Hassan al-Banna, Syed Qutb dan al-Maududi ada
dalam kalangan mereka dipenjara kerana
perjuangkan ilmunya … ,” sambung beliau.

A
h, para ulama juga diuji dengan ilmunya. Itulah
perjuangan. Tiada kebenaran tanpa ada
penentangan. Resmi dalam dakwah, begitulah.
Ujian ada di mana-mana. Pendakwah memang kena
utuh dan kental jiwanya.

Alhamdulillah. Syukur.

Saya berkesempatan bersama dengan teman-


teman menyertai kunjungan hormat Akademi Bonda
Nor ke Pustaka Permata Ummah. Penerbit yang
menerbitkan buku-buku Ayah Chik. Peluang yang
jarang-jarang diberikan harus segera dipegang.
Entah bila lagi mahu berlaku sesi sebegini. Terima
kasih Bonda Nor atas inisiatif ini.

Kagum. Itulah ungkapan awal yang boleh


saya gambarkan. Jelas kelihatan, wibawa seorang
pemimpin sebuah parti Islam tertua di tanah air yang
masih kekal hingga hari ini. Raut wajah tuanya tidak

34
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
menunjukkan tanda-tanda keletihan melayani
gerombolan kami seramai 45 orang.

Soalan yang bertalu-talu pelbagai isu dan


perkara, Ayah Chik jawab dengan tuntas. Panjang dan
jelas. Mencakupi semua perkara dan menepati soalan
sang penyoal. Saya fikir, hanya orang yang sangat
berilmu di bidangnya mampu menjawab soalan
dikemukakan. Mana mungkin orang yang cetek ilmu
mampu menjawab sedemikian rupa.

Siap diberikan petikan ayat al-Quran, dan hadis


nabawi. Ditambah pula syair Arab yang dihafalnya.
Pun menjadi hujah balas sesi petang itu. Masya-Allah.
Bagi ulama sehebat beliau, ternyata ilmu di dada,
bukan di lembaran kertas!

Di antara yang terngiang-ngiang di corong


telinga saya ialah, “Penulis kena kuat membaca.”
Lamunan saya terus tersentak tika itu. Kerana saya akui
bahawa saya tidak banyak membaca. Sangat kurang
membaca bahan-bahan berat. Banyak membaca
cerita-cerita di medsos semata. Huh, memang kenalah
kali ini!

Diceritakan, ayah beliau ada banyak buku dan


kitab. Kebanyakannya akan dibalut dengan surat
khabar era tahun 20-an dan 30-an.

Yalah, zaman itu. Itulah bahan mudah untuk


menjaga keaslian buku. Supaya tidak mudah rosak.

Ayah Chik sangat suka membaca. Bukan sahaja


buku dan kitab ayah, beliau baca. Bahkan, surat-
surat khabar lama yang menjadi pembungkus buku
turut dibacanya. Dari situ, beliau dapat ilmu politik.

35
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Surat khabar banyak cerita tentang dunia luar dan
politik tanah air. Ya, membaca dengan minat!
Subhanallah, sangat gigih benar. Bermaksud sedari
awal, minat membaca sudah dipupuk. Untuk menelan
apa sahaja ilmu yang ada. Baik ukhrawi mahupun
duniawi.

Alhamdulillah, sepanjang
program berlangsung, kami
lihat Ayah Chik dari sisi yang
berbeza. Mesra dan bergurau
senda. Santai dan bersahaja.
Jauh dari sisi seorang ahli
politik yang sedang kuat
merencana perjalanan
parti dan politik negara.
Teringat saya akan firman Allah SWT:

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang


yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya
orang yang berakallah yang dapat
menerima pelajaran.” (Surah al-Zumar: 9)

Tuan-puan, penulis adalah pejuang pena. Tulisan


menjadi mata pena tajam yang mampu menggugah
dunia. Dengan menulis, ada orang berubah fikiran.
Dengan menulis, ada orang kembali kepada aqidah

36
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
fitrah. Inilah juga jihad. Jihad dengan tulisan. Sama ada
ia fardhu ain atau fardhu kifayah, ia tetap farhdu. Kita
wajib tulis perkara bermanfaat untuk menjadi pahala
yang berpanjangan.

Moga saya, tuan-puan dan semua terus


genggam erat kalimah tauhid dan sebarkan
kebenaran dengan penulisan.

Jika bukan kita, siapa lagi?


Jika bukan hari ini, bila lagi?
Jika bukan di bidang ini, di mana lagi?
Siiru ‘ala barakatillah.

37
TERLEWAT
MENGENALIMU
Oleh: Khadijah Mohamad Nor
Mantan Wartawan Kosmo!
Suri Rumah Profesional

S
aat membaca pengumuman guru penulisan
yang dikasihi kerana Allah, Bonda Nor mengenai
pertemuan eksklusif bersama Tuan Guru Dato’ Seri
Haji Abdul Hadi Awang di group Telegram Akademi
Bonda Nor (ABN), saya antara orang terawal
memberikan nama.

Bukan kerana saya peminat


tegar TG, tetapi kerana saya
mahu mengenal dengan lebih
dekat sosok tubuh yang
menerajui kepimpinan Parti
Islam Se-Malaysia ini.
Maklumlah, membesar dalam keluarga yang
boleh dikatakan penyokong kuat UMNO, saya jarang
didedahkan dengan figura nan satu ini.

Malah, sepanjang kerjaya sebagai wartawan


selama hampir 14 tahun di akhbar arus perdana,
tidak pernah sekali pun saya berpeluang bertemu
atau menemuramah beliau. Sebaliknya, hanya
membaca sedikit kisah pembabitan TG dalam bidang
politik di dada-dada akhbar tanpa sebarang
perasaan.

38
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Namun, sebaik mengikuti Program Santai Tuan
Guru Bersama Akademi Bonda Nor pada 6 September
lalu di Pustaka Permata Ummah, saya mula
mengkagumi keperibadian mantan Naib
Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini.
Butir katanya penuh hikmah. Paling saya terkesan
sewaktu sesi soal jawab sejurus TG memberikan
tausiyahnya kepada kumpulan penulis ABN.

Apabila mendengar hampir kesemua soalan


berkisar kepada masalah yang dialami setiap mentor
dan perantis ABN, saya mula tergerak untuk
bertanyakan sesuatu yang lebih bersifat peribadi.

“Assalamualaikum Ayah Chik. Saya Khadijah


Mohamad Nor ingin bertanya, sepanjang berada di
jalan dakwah, apakah saat paling down yang pernah
Ayah Chik rasa dan apa yang dilakukan untuk
mengatasinya?”

Kesemua soalan yang diajukan dikumpul terlebih


dahulu sebelum TG menjawabnya satu persatu. Allah
Ya Allah. Saya terkesima melihat keupayaannya
mengingati satu demi satu soalan dan menjawabnya
mengikut turutan yang bertanya.

Apabila sampai pada soalan yang saya


kemukakan, saya mendengar dengan penuh teliti
setiap jawapan yang terluah dari bibir ulama ini. Beliau
bercerita tentang beberapa siri perjuangan yang
telah dilalui sejak tahun 1979.

“Saya bukan sahaja pernah melalui peristiwa


kampung tetapi juga peristiwa antarabangsa. Saya
terlibat dalam usaha damai di Afghanistan melibatkan

39
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
kumpulan mujahidin yang berperang bersama
kepimpinan gerakan Islam. Kita tak berjaya, itu cerita
lain.”

“Saya juga pernah berusaha untuk


mendamaikan Aceh dan Jakarta. Dalam kalangan
PAS, saya terlibat dalam rundingan krisis politik di
Kelantan, isu kafir mengkafir, tahanan ISA dan peristiwa
Memali. Kesemua ini memang saat yang getir dan
berat.”

“Tetapi ia tidak segetir sewaktu


melihat landskap politik negara kita
sudah mula dikuasai dominasi bukan
Islam. Itu saat paling mencemaskan
bagi saya.”
“Pelbagai usaha dilakukan untuk bertemu para
pemimpin politik bagi menyelamatkan keadaan. Saya
berjumpa Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya berjumpa
Presiden UMNO dan berusaha mengumpulkan ahli-ahli
parlimen daripada kalangan orang Islam selain orang
bukan Islam yang tidak rasis dengan jumlah yang cukup
sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan
(PH) dan tertegaknya kerajaan Perikatan Nasional,”
jelas beliau.

Apa yang lebih berbekas di hati apabila semua


tindakan itu dilakukan TG ketika masih menjalani
rawatan di Institut Jantung Negara. Hingga beliau
terpaksa membelakangkan arahan doktor agar
berehat di hospital kerana baru selesai menjalani
pembedahan mengenangkan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan demi kepentingan ummah.

40
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Lebih ironik apabila TG sanggup melalui
pelbagai rundingan dengan pihak-pihak yang
sebelum itu bertindak memusuhinya. Allahu Rabbi.
Ketika itu, air mata saya sudah mengalir membasahi
pipi. Soalan yang dikemukakan seperti tertampar di
muka sendiri lantaran baru mengenali sisi perjuangan
seorang pemimpin bernama Abdul Hadi.

Sungguh, tanggapan saya terhadap TG


selama ini cetek sekali. Tetapi apabila mengetahui
kesungguhannya mengajar kelas Tafsir Al-Quran
selama lebih 40 tahun dengan kejayaan khatam
sebanyak dua kali, ia menimbulkan cinta di hati
terhadap ulama ini.

Semoga Allah merahmati TG, seluruh keluarga


dan pengikutnya serta dikurniakan Syurga tertinggi di
akhirat nanti. Buat Bonda Nor, terima kasih setulus jiwa
kerana membuka kesempatan pada kami berbicara
dari hati ke hati bersama TG yang dikasihi.

41
REZEKI LUAR JANGKA

Oleh: Lily Khaleeda


Speaker Membaca Kaedah Ekspres-i

“Insya Allah, pihak Pustaka Permata Ummah


akan menjemput kita ke PPU pada 6 September 2020
ini. Siapa nak pergi?”

Subhanallah.

M
endengar sahaja tentang perkhabaran oleh
Bonda Nor, tangan aku laju kuangkat ke atas.
Tanpa berfikir panjang. Tanpa rasa ragu-ragu.
‘Ya Allah. Peluang keemasan ini bukan datang selalu.
Izinkan aku hadir ke pertemuan itu, Ya Rahman. Aku
nak sangat.’

Doa itu yang sering aku ratibkan setiap waktu.


Pelik. Aku bukan seorang penggemar atau peminat
Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Hidup
aku, sudah sering dipasakkan dengan perkara yang
buruk tentangnya. Telinga aku sudah lali disogok
dengan berita yang tidak baik tetang beliau. Selalu
sahaja aku memperlekehkan beliau. Astaghfirullah
hal’azim. Jahatnya aku!

Justeru, setelah menerima berita tentang


jemputan daripada pihak PPU, entah kenapa hatiku
dipagut pilu. Aku sedih. Aku malu. Aku tak tahu, adakah
Allah akan izinkan aku untuk bertemu mata dengan
ulama’ hebat pernah kupandang sinis ini? Allah...

Sejak hari Jumaat, aku sudah bersemangat


untuk hadir ke program bersama Tuan Guru. Walhal
program itu pada hari Ahad. Aku merancang dengan

42
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
teliti perjalananku ke Kuala Lumpur agar tiada yang
ketinggalan. Aku mahu persiapkan diriku sebaiknya
untuk mendengar amanat dan nasihat daripada
ulama hebat ini.

Ya. Niatku hanya satu Aku mahu


berdepan dengannya. Aku mahu
melihat sendiri, apakah segala
yang kudengar selama ini benar?
Apakah segala cerita yang aku
hadam sejak aku boleh mengundi
itu benar?
Sungguh. Saat aku melihat sosok tua itu
menjejakkan kaki ke PPU, entah kenapa aku menangis.
Air mata ini laju menuruni pipiku. Aku langsung tak
malu. Dan aku tak mahu menyeka air mata itu
daripada terus mengalir. Biar! Biar air mata itu
menyucikan kembali wajahku yang penuh dosa ini.

Subhanallah. Aku yakin kini. Apa yang aku


dengar, apa yang aku faham, tidak bermakna aku
sudah kenal hati budinya. Aku salah. Jauh benar
berita mengenainya tersasar!

Melihat seorang Ulama’ dunia berdiri di depan


mata, dengan hanya berpakaian jubah dan kopiah,
tanpa sebarang protokol yang menjengkelkan, aku
jadi kagum. Aku sangat mengagumi beliau. Isterinya
yang mesra dipanggil Che Ngah juga, sangat
bersederhana. Ramah dan mesra. Hati serta merta
menjadi dekat dengan mereka.

43
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Aku masih ingat lagi, satu ungkapan Tuan Guru
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, atau lebih mesra
dengan panggilan Ayah Chik;

“Ilmu itu adalah seperti binatang buruan,


tulisan adalah tali yang mengikat ilmu itu
daripada terlepas.”

Subhanallah. Indah sungguh bait kata-kata ini.


Ayah Chik mengingatkan kami agar terus menulis.
Menulis yang baik-baik, menulis untuk memandaikan
ummah.

Maka kini, percayalah


aku Ulama’ hebat ini, Sebagaimana di
sungguh mulia hati dalam ucapannya tempoh
budinya. Sungguh hari, perkara yang amat
merisaukan hatinya adalah
beliau tidak
bila Malaysia dikuasai oleh
menghiraukan dunia orang bukan Islam. Jiwanya
ini. Bukan dunia takut dan bimbang.
matlamatnya.

Beliau tak senang duduk memikirkan cara untuk


menyelamatkan Malaysia daripada terus ditakluki
oleh orang yang tidak sepatutnya. Beliau berjuang
sehingga kini, walaupun tidak segagah dulu,
namun semangatnya, Subhanallah. Sungguh kuat
semangatnya!

Syukur Alhamdulillah. Allah izinkan aku untuk turut


serta dalam pertemuan ini. Aku rasa sangat bahagia.
Aku percaya, pertemuan ini bukan saja-saja. Bukan
sekadarnya, tapi Allah sedang menunjukkan aku
sesuatu.

44
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Walau apa pun, berpeganglah dengan tali
Allah. Utamakan agama. Kita kejar akhirat, percayalah
dunia akan kejar kita, dan berada di telapak kaki kita
sahaja. Ya Allah, terima kasih atas pertemuan yang
telah berjaya mengubah persepsi dan hati ini!

45
ANTARA KOBAR
DAN GEMENTAR
Oleh: Muhammad Syarafi
Peguam Hipster Patuh Syariah

“Siapa yang nak ikut jumpa Tuan Guru Hj. Abdul Hadi?”

B
onda Nor offer kepada peserta-peserta
perkampungan ilmu ABN pada 29 Ogos 2020
dan hampir seluruh isi dewan mengangkat
tangan. Saya sahaja yang tidak mengangkat tangan
ketika itu.

Bukan sebab tidak mahu ikut serta, tetapi di


dalam minda sedang berfikir jujukan kerja yang
sedang menunggu. Hati saya bermonolog, ‘Jumpa
Tuan Guru ni, layak ke aku nak ikut? Hari Isnin ada
kes untuk dibicara.’

Bermacam-macam perkara yang difikirkan


sebab memikirkan perbicaraan mahkamah, kemudian
ada perjumpaan dengan client lagi, dan masih ada
amanah anak guam yang perlu diselesaikan. Jadual
bulan September ini sebenarnya tersangatlah padat
tapi hati masih kuat untuk turut serta dalam
perjumpaan eksklusif bersama Tuan Guru. Dalam
dilema antara mahu dan mampu, saya tetap tahu
bukan mudah untuk mendapat peluang ini.

Balik dari program, saya terus beritahu isteri


tentang perkara ini. Jawapan isteri saya mudah
sahaja, “Eh pergilah! Bukan senang untuk mendapat
peluang berjumpa dengan orang alim ni, go go go!”

Allahu Akbar. Isteri pula memberi semangat


untuk menyertai perjumpaan ini. Bak kata Bonda Nor,

46
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
“Bila datang peluang, cuba jadi seorang yang
opportunist dalam tindakan dan jangan lepaskan
peluang.” Kata-kata semangat ini menambahkan
keterujaan saya untuk hadir.

Oh, rupanya group Telegram sudah meriah


dengan senarai nama para perantis yang mahu ikut
serta. Senarai nama itu akan dihantar kepada pihak
penganjur program. Saya terus tulis nama Rafi Hipster.
Selang beberapa hari pengumuman dibuat di group
Telegram, “Berikut nama-nama untuk perjumpaan
bersama Tuan Guru. Tahniah diucapkan.”

Saya terus membaca senarai nama yang


diberi. Wah, nama sendiri ada! Peluang yang datang
mungkin sekali seumur hidup ini mesti digunakan sebaik
mungkin! Dulu semasa kecil, umi bercerita bahawa
beliau pernah membawa saya berjumpa dengan
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan. Tetapi
ketika itu saya lupa apa yang berlaku kerana masih
kecil. Tetapi kali ini berbeza, peluang berjumpa Tuan
Guru Abdul Hadi Awang akan dimanfaatkan
sebaiknya!

Beberapa hari sebelum perjumpaan yang


dijadualkan berlangsung, satu pengumuman di group
Telegram rasmi Akademi Bonda Nor yang disampaikan
sendiri oleh Bonda Nor kepada semua perantisnya,

“Tuan-Puan kalau ada yang nak bagi buku


semasa sesi bergambar nanti, bagi cepat-cepat
kemudian minta sesiapa tolong snapkan gambar tu.
Jangan paksa Ayah Chik ambil gambar dengan kita
ya! Ingat, kita datang nak ambil ilmu bukan nak
tumpang promo buku kita.”

47
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Subhanallah. Begitu sekali pesan Bonda
Nor kepada kami sebelum berjumpa ulama’
besar ini. Pesanan tentang menjaga adab.
Pesanan untuk menjaga fokus ilmu. Saya
memang ingat sungguh pesanan ini, tapi biasalah bila
kita sedang teruja berjumpa dengan ulama’ dunia
yang diiktiraf, mahu tidak mahu tetap juga saya
menyimpan hasrat untuk mengajak beliau bergambar
dengan buku yang saya tulis.

‘Ada ruang nanti, aku mahu berikan buku


penulisan pertama yang dibuat bersama rakan penulis
lain untuk kenangan Ayah Chik.’

Alhamdulillah! Memang Allah mudahkan urusan


ketika saya mahu serahkan sesalinan buku Chaiyok!
kepada Ayah Chik. Tetapi, ketika mahu meminta
tandatangan buku terbaharu Ayah Chik, tiba-tiba baru
saya perasankan sesuatu. ‘Alamak plastik pembalut
buku belum buka!’ Tiba-tiba kaki terasa menggeletar
seperti mahu menghadap Panel Mahkamah Rayuan
gayanya tu!

“Peguam Hipster sangat!” seloroh Bonda spontan


reflect dari tingkah laku saya yang gelabah apabila
Ayah Chik sudah bersedia untuk turunkan tandatangan
pada buku terbaharu beliau. Akhirnya, perantis lain
datang menghulurkan buku lain untuk Ayah Chik
tandatangani kerana kasihan melihat saya masih
terkial-kial mahu membuka sarung plastik buku yang
saya bawa. Ya Allah, memang ketawa sendiri apabila
saya terkenangkan peristiwa lucu itu!

48
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan

Terima kasih Akademi Bonda Nor dan Bonda Nor


serta rakan-rakan penulis lain yang berikan sikit ruang
pada saya untuk turut serta dalam majlis ilmu santai
bersama Ayah Chik. Moga-moga dengan perkongsian
yang diberikan Ayah Chik memberi semangat kepada
rakan-rakan penulis lain untuk terus menulis dan
meninggalkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh
orang lain. Terima kasih juga pada isteri saya yang setia
menyokong suaminya. Terima kasih sudi baca.

49
ALLAH
MASIH PEDULI
Oleh: Ezatul Marini bt Mohd Ghazali
Pensyarah (Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak)

P
ada tahun 1997, saya ke Darul Syifa. Tujuannya
membawa arwah ibu dan arwah suami untuk
ikhtiar mendapatkan penawar untuk sakit
mereka. Allah itu Maha Baik, kami dapat nombor giliran
pertama. Usaha sampai ke Bangi sebelum Subuh
membuahkan hasil.

Menjelang jam 7.30 pagi, kami diberitakan


Allahyarham Dato’ Haron Din akan memulakan proses
rawatan. Sebaik berdiri, kami nampak Allahyarham
berdiri di pintu masuk. Tak semena-mena air mata saya
mengalir. Saya kerling ke sebelah. Eh, arwah suami
juga menangis!

***
Kejadian hampir serupa berlaku pada tahun
2003, apabila saya ditugaskan mengiringi pelajar ke
satu program di Stadium Melawati Shah Alam. Sebaik
perasmi program memasuki pintu masuk stadium,
saya menangis sebak diiringi takbir oleh sekalian
pengunjung yang membanjiri ruang stadium.

Manalah tidak menitis air mata, yang berdiri di


hadapan saya bukan calang-calang figura.
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Siapa yang
tidak kenal beliau. Allahuakbar. Betapa Allah sayang
saya yang banyak dosa ini. Saya diberi peluang berdiri
dalam satu ruangan dengan tokoh hebat ini.

***

50
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
“Kak Ngah, nanti lepas jumpa Tuan Guru Haji
Abdul Hadi, beritahu kami ya, awak nangis ke tidak?”

Eh, mengapa persoalan saya menangis atau


tidak jadi fokusnya? Barangkali kerana dua kali
pertemuan dengan tokoh Ulama’ sebelum ini
membuatkan saya menangis. Saya seolah punya satu
persepsi, bahawa kehebatan aura dan karisma tokoh-
tokoh yang telah saya temui mengundang sayu dan
sebak serta insaf dengan kehebatan Allah.

Makanya, sebaik sahaja sosok Tuan Guru Haji


Abdul Hadi Awang (Ayah Chik) melangkah masuk ke
ruang Pustaka Permata Ummah semasa perjumpaan
santai Akademi Bonda Nor bersama beliau pada 6
September 2020 yang lalu, lutut saya tiba-tiba seolah
tidak mampu menampung berat badan.

Subhanallah! Entah rahsia apa, tidak tahu atas


asbab apa, Allah masih peduli menghadiahkan saya
kurniaan istimewa ini. Peluang berjumpa empat mata
dengan Ulama’ hebat ini bukan semua orang dapat
merasa. Saya duduk di barisan hadapan. Terlalu
dekat! Allahuakbar!

Hati saya teruja apabila peluang dibuka untuk


kami bertanya soalan kepada Ayah Chik. Saya hantar
mesej peribadi kepada Bonda Nor, saya tuliskan
soalan yang hendak saya tanyakan dan mohon
pandangan Bonda Nor. Bolehkah soalan itu saya
tanyakan? Layakkah soalan itu saya utarakan kepada
Ayah Chik? Ah, sebegitu sekali saya cuba berhati-hati.

Alhamdulillah, Allah gerakkan tangan saya


untuk capai mikrofon dan lontarkan pertanyaan,
“Assalamualaikum Ayah Chik, saya ada satu soalan.

51
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Saya dan barangkali ada kawan-kawan lain yang
teruji. Saya cuba usahakan redha dalam menghadapi
ujian maka saya selalu tetap nampak seronok. Saya
sebenarnya seronok, eh bukanlah seronok sangat
dengan ujian...”

Hadirin pula tolong sambut sambil gelak ketawa.

“… ya, ya ... ha, saya bersyukur.”

Aduhai! Dek kerana teruja dan menggelabah,


entah soalan apa yang saya tanyakan. Alhamdulillah,
soalan saya tentang bagaimana didik hati agar tidak
over confident diperjelaskan dengan terperinci oleh
Ayah Chik. Menerima pesanan dan kata mutiara dari
seorang tokoh agama yang hebat tidak akan saya
padamkan dari ingatan.

Sebelum pulang. Saya sempat meminta Ayah


Chik doakan saya. Anggukan kepala dan jawapan
“Allahuakbar, Insya-Allah” daripada beliau sudah
cukup menghilangkan segala resah.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

Maka nikmat mana lagi yang hendak saya


dustakan? Asbab berada dalam Akademi Bonda Nor,
saya direzekikan peluang ini. Jazakallahu khairan
Bonda Nor, pihak Pustaka Permata Ummah serta Ayah
Chik.

52
Sungguh, saya menganggapnya
sebagai jambatan kasih sayang
Allah pada saya. Ketika teruji,
ternyata Allah masih sentiasa
peduli, lalu dihantarkannya
peluang sebesar ini. Bertemu
ulama’ pewaris para Nabi. Allahu
Akbar. Semoga Allah terus
memelihara dan merahmati Ayah
Chik, Tuan Guru Dato’ Seri Haji
Abdul Hadi Awang.
CINTA MENGUBAH
SEGALANYA
Oleh: Faizah Ahmad (Cik Pae)
Jurutera di Syarikat Multinasional Jepun di Damansara

Subhanallah. Tabarakallah.

T
arikh 6 September adalah tarikh keramat yang
sangat bermakna dalam sejarah hidup saya. Hari
yang dinantikan telah pun tiba. Pertemuan
Eksklusif Akademi Bonda Nor Bersama Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang telah menjadi kenyataan.

Saya teruja bukan kerana saya adalah peminat


tegar Tuan Guru. Bahkan saya tidak pernah langsung
mengambil peduli mengenai beliau sebelum ini.
Malahan banyak pula prasangka yang tidak baik
tertanam dalam otak hanya kerana mempercayai
bacaan arus perdana yang tidak benar terhadap
beliau.

Namun kuasa Allah telah mengatasi segalanya.


Kebesaran Allah SWT mampu mengubah segala
prasangka buruk yang bersarang dalam minda saya
selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Kekuatan
Allah telah menolak segala hal yang tidak benar tetapi
menaikkan kebaikan dengan cara yang sangat indah.

Segalanya berubah dengan sekelip mata sebulan


sebelum itu. Belum pernah sekalipun saya melihat
sendiri sosok badan ulama terkenal ini. Bahkan saya
juga tidak pernah membaca sepatah kata pun tulisan
beliau sebelum ini. Tak kira daripada buku ataupun
mana-mana tulisan beliau.

54
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Namun saat mata saya tertancap pada foto-
foto yang tergantung di sepanjang dinding sebelum
menaiki tingkat satu Pustaka Ummah, anehnya hati
saya bergetar hebat. Ketika itu saya menemani guru
saya, Bonda Nor untuk sesi perbincangan bersama
ahli jawatankuasa mengenai karya Tuan Guru serta
hal-hal lain yang berkaitan.

Lebih mencengkam jiwa adalah ketika saat


saya membelek beberapa helaian tulisan beliau
dalam buku yang bertajuk Celupan Jarum Kecil Di
Lautan Ilmu Al-Quran. Saya kagum kerana ketika
membaca beberapa helaian buku itu, hati saya tertarik
dengan ketinggian ilmu beliau. Ketika itu ada
diceritakan tentang sejarah kerajaan Rom dalam
buku tersebut.

Saya berasa malu dengan diri sendiri apabila


mengetahui bahawa buku tersebut ditulis ketika
beliau menjalani rawatan injap jantung di Institut
Jantung Negara (IJN) pada tahun 2017. Betapa
bersungguhnya beliau berusaha untuk menulis
sekalipun dalam keadaan yang sakit. Berbeza sungguh
dengan saya yang kadangkala terlalu mengikut
perasaan untuk tidak menulis hanya kerana sedikit
ujian kecil yang hadir.

Hati saya tidak kagum terhadap beliau daripada


sudut politik kerana saya memang jahil mengenainya.
Namun, apabila mendengar beliau berbicara di
hadapan kami, saya kagum dengan kupasan yang
mendalam tentang soalan-soalan ditanya kepada
beliau.

Bukan satu dua soalan, tetapi hampir 12 soalan


yang diutarakan kepada beliau. Jawapannya bukan

55
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
sekadar melepas batuk di tangga. Jawapan beliau
bukan daripada satu sisi sahaja, tetapi kupasannya
menyeluruh dan membuatkan pendengar sangat jelas
akan kekeliruan dan masalah yang melanda.

Salah satu nasihat beliau yang sangat terkesan


di hati saya adalah mengenai kupasan beliau
terhadap soalan apakah amalan khusus sebelum kita
menulis? Masih terngiang-ngiang jelas di telinga saya
kata-kata beliau yang berbunyi begini,

“Kita nak menulis kena banyak


membaca. Kaedah membaca
adalah dengan mencari ilmu yang
ikhlas. Kita perlu mencari buku
orang yang ahli dalam ilmunya.
Orang yang beramal dan
memperjuangkan ilmu yang
ditulis.”
Ketika itu saya benar-benar terasa bagaikan ini
adalah peringatan Allah kepada diri sendiri melalui
Tuan Guru. Sebelum ini tidak pernah saya pasakkan
niat yang mendalam sebegitu rupa sebelum menulis.
Lontaran nasihat itu seolah-olah pesanan seorang
ayah kepada anak-anaknya. Auranya terasa merasa
meresap terus ke dalam hati.

Beliau menyambung lagi, “Ada penulis yang


meninggal kerana berjuang dengan ilmunya seperti
Imam Al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Ghazali dan
imam empat kita. Mereka sanggup diseksa ketika
berjuang menegakkan hukum.”

56
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Nasihat beliau banyak membuka minda saya
untuk lebih banyak membaca. Bahkan saya sendiri
berazam untuk menjadi seperti beliau yang luas ilmu
pengetahuannya mencakupi pelbagai bidang yang
bukan hanya tertumpu mengenai agama dan politik
sahaja.

Terasa bagaikan tidak mahu menamatkan sesi


pertemuan bersama beliau. Terasa bagaikan mahu
terus duduk berteleku di situ mendengar lagi lontaran
ilmu daripada beliau. Ketika itu saya berasa indahnya
Islam. Terasa bersemangat untuk terus menulis tentang
hal-hal kebaikan. Terasa mahu mengikut langkah
beliau yang pantas menulis dan tidak pernah
bertangguh untuk menulis kebaikan.

Hati saya terasa sebak. Hari itu saya melihat


sendiri seseorang yang dulu saya pandang dengan
pandangan skeptikal dan buruk sangka tanpa
sebarang sebab yang kukuh. Kini Allah telah
membolakkan hati saya dengan melihat sendiri
siapakah Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi
daripada sisi ulama yang hebat ilmunya.

Inilah rezeki yang paling mahal


dalam hidup saya yang telah Allah
kurniakan. Mudah-mudahan panduan
yang diberikan oleh beliau dapat
mengubah saya untuk menjadi penulis
yang berkualiti, berilmu dan beriman.
Takbir!

57
KEMBAR
ARWAH ABAH
Oleh: Azian Mohamed Isa
Suri Rumah Profesional

T
epat jam 2.30 petang, kereta yang saya naiki
mula meninggalkan perkarangan Masjid
Al-Syakirin, Gombak. Berpandukan Aplikasi
Waze, kami melewati beberapa taman perumahan
rumah teres sebelum memasuki sebuah kawasan
perumahan lot banglo.

Jalan Kerdas 1, Lot 9108. Di situlah letaknya


Pustaka Permata Ummah, penerbit dan pengedar
rasmi bagi buku-buku karya Tuan Guru Dato’ Seri
Haji Abdul Hadi Awang. Dan di sinilah juga saya dan
sahabat-sahabat Akademi Bonda Nor akan bertemu
dengan tokoh ulama ini dalam satu pertemuan yang
sangat eksklusif, dalam acara Sembang Santai Tuan
Guru Bersama Akademi Bonda Nor.

Masya-Allah, Tabarakallah. Ia satu pengalaman


yang amat manis dan dalam masa yang sama
mengundang sebak di hati saya. Saat Tuan Guru
melangkah masuk ke ruang utama, air mata saya
tumpah, tak dapat ditahan-tahan. Saya teringat akan
arwah abah yang telah pun pulang ke rahmatullah
tiga tahun yang lalu. Wajah arwah abah saling tak
tumpah macam Tuan Guru. Berkopiah dan berkaca
mata, memang serupa! Dan abah juga penyokong
setia PAS selama dua dekad. Allahu.

Cepat-cepat saya seka air mata. Tak mahu


berlama-lama dengan kesedihan di dada. Saya mahu
bersimpuh menadah ilmu, meneliti dan menghadam
bait-bait kata Tuan Guru, seorang ulama’ pewaris Nabi.

58
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Ia peluang yang sangat berharga. Jika dulu, wacana
dan pemikiran Tuan Guru saya hanya baca dalam
akhbar Harakah, di mana abah salah seorang
pelanggan setianya. Tapi hari ini saya berpeluang
mendengar secara terus, tanpa sebarang medium
dan platform. Upclose and personal!

Tuan Guru memulakan mukadimah ucapannya


dengan firman Allah SWT:

‫ﭼﭽﭾﭿﮀ ﮁﮂﮃﮄﮅ‬
‫ﮆ ﮇﮈﮉ‬
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah
dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-
bulat kepada Allah.”

Surah Al-Fussilat: 33

“Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana


memuliakan kita dengan nikmat Islam, nikmat yang
tidak dapat dibanding dengan segala nikmat kerana
membawa kita kebaikan di dunia dan akhirat yang
kekal abadi. Kerana perjalanan hidup manusia itu
panjang, bukan seperti yang digambarkan dalam
filem-filem, apabila hero mati, kena tembak, cerita
tamat.”

59
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
“Islam mengajar kita selepas mati, ada lagi alam
barzakh dan alam selepas itu, iaitu hari kebangkitan
semula, hari yang selama-lamanya. Kedudukan kita
di alam dunia adalah membuat persediaan dengan
kadar yang sedikit yang diberi oleh Allah. Terlalu sedikit
kadar alam di dunia ini.”

Begitulah sebahagian ucapan mukadimah yang


sempat saya catatkan. Tadahan ilmu seterusnya
semakin terisi menerusi sesi soal jawab sesudahnya.
Subhanallah. Sarat dengan tausiyah!

Pertemuan indah ini sebenarnya bermula


dengan hasrat murni yang bersifat sangat peribadi
buat diri pengasas Akademi Bonda Nor. Asbab beliau
mahu berhijrah, bersungguh-sungguh mahu jadi lebih
baik dan salah satu caranya adalah dengan
mendekati para ulama’. Justeru, tanggal 6 September
2020, kami anak-anak didiknya, para perantis Akademi
Bonda Nor menumpang tuah Bonda Nor, berpeluang
bertemu dengan tokoh ulama’ ini.

Dan bagi saya, moment ini


mengembalikan ingatan yang
bukan sedikit terhadap arwah
abah. Melihat Tuan Guru bagai
melihat sosok arwah abah.
Iras yang sama dengan
perjuangan yang sama.
Allahu Akbar!

60
INSPIRASI
PERMATA UMMAH
Oleh: Liza Suhana Ramli
Pensyarah

M
emandang wajahnya, damainya jiwa. Saat
beliau melangkah masuk, tiba-tiba sebak
bertandang. Air mata cuba diempang. Inilah
sosok yang sering kedengaran perihalnya di media.
Terasa seperti mustahil dapat bersua muka dengan
ulama’ bertaraf dunia ini.

Namun hari itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi


Awang atau lebih mesra dipanggil Ayah Chik ini
berada di depan mata. Tidak disangka-sangka hari itu
saya dan para sahabat Akademi Bonda Nor
berpeluang duduk menadah ilmu daripada tokoh
agamawan dan politik yang disegani kawan dan
lawan ini. Sejak kecil, namanya sudah sebati dalam
diri dan di usia 41 tahun ini, Allah hadiahkan
pengalaman yang amat berharga.

“Hari ini, saya ingin mengumumkan satu berita


baik. Pihak Pustaka Permata Ummah bersetuju untuk
menjemput kita ke majlis ekslusif bersama Tuan Guru
Haji Abdul Hadi.”

Allahuakbar! Sebaik mendengar pengumuman


guru kami Bonda Nor, hati gembira bukan kepalang.
Serentak itu juga air mata mengalir tanpa dapat
ditahan-tahan lagi. Ya, ramai yang menangis terharu.

‘Ya Allah, jika ini pertemuan terbaik yang Engkau


aturkan untukku, permudahkanlah. Jadikanlah ia
asbab untuk aku lebih dekat dengan-Mu dan
bertambah amalku,’ begitulah hati berbisik.

61
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Terdetik juga di dalam hati, alangkah bagusnya
kalau suami dapat turut serta. Dia sangat suka bertemu
ulama’. Dulu, dia pernah ke Kelantan bertemu dengan
Tuan Guru Nik Aziz ketika hayatnya. Teringat yang dia
pernah berkata, “Kita kena selalu berdamping dengan
para ulama’ dan orang soleh. Merekalah pewaris
nabi.”

Ketika Bengkel Penulisan Masteri Bonda Nor,


terdengar nama suami dipanggil naik ke pentas.
“Encik Mokhtar pernah jumpa Tuan Guru?” Suami
menggeleng.

“Nak jumpa dengan Tuan Guru?” Dia terdiam.


Saya dapat melihat suami tertunduk. Berubah air
mukanya, menahan sebak barangkali.

“Saya nak hadiahkan tiket untuk Encik Mokhtar


bertemu Tuan Guru bersama-sama dengan team
Akademi Bonda Nor.”

Masya-Allah! Hasrat hati saya Allah makbulkan!


Air mata ini laju mengalir. Ya, itulah yang berlaku.
Walaupun suami saya bukanlah penulis Akademi
Bonda Nor, namun Allah rezekikan kami bersama-sama
mengharung perjalanan dari utara ke Kuala Lumpur
untuk hadir ke pertemuan bersejarah ini.

Majlis bermula. Semua kelihatan khusyuk


mendengar bait kalam Ayah Chik. Bermula dengan
mengenal Allah, asal penciptaan alam dan kejadian
manusia, al-Quran sebagai mukjizat ilmu, para nabi
dan rasul sebagai utusan-Nya, sirah perjuangan
Rasulullah SAW, para ilmuwan Islam sehinggalah
kepada kepentingan membaca dan menulis untuk
manfaat ummah. Semuanya cantik tersusun seperti

62
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
sebuah buku yang pengakhiran ceritanya membawa
pembaca berfikir dan bermuhasabah.

“Barangsiapa yang membuat


perkara baik, akan dapat
manfaat sesudah mati.”

“Membaca sangat penting.


Manfaatkan ia kepada manusia
melalui penulisan.”
Saya kagum sekali dengan jawapan Ayah Chik
terhadap persoalan demi persoalan yang dilontarkan
kepadanya. Beliau menjawab dengan tenang dan
penuh hikmah. Semua jawapan beliau pasti
dikaitkan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Sirah Nabi
sentiasa meniti di bibirnya sebagai panduan dalam
penyelesaian apa jua isu kehidupan.

“Jihad pertahankan Islam menjadi wajib pada


semua orang.”

“Kata ulama’, ilmu umpama binatang buruan.


Tulisan adalah ikatannya.”

Inilah antara jawapan Ayah Chik yang berbekas


di dalam hati. Ya, matlamat saya kini sudah jelas.
Saya sudah berada di landasan yang tepat. Bidang
penulisan ini menjadi medan jihad untuk saya terus
bermujahadah membetulkan diri dan menegakkan
kebenaran serta mencegah kemungkaran.

63
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali

Sungguh, dunia penulisan amat


memerlukan golongan penulis
yang punyai fikrah yang sama.
Setiap tutur kata Ayah Chik bak butir-butir mutiara
mahal yang harus disimpan untuk dijadikan hiasan diri
sepanjang hayat. Kalam nasihatnya menjadi inspirasi
buat kami untuk terus menyebarkan sebanyak-
banyak manfaat selagi masih dipinjamkan nafas.
Wajah seorang permata ummah yang sentiasa
tersenyum itu pasti dikenang seumur hidup.

Ya Allah, bangkitkan kami bersama-sama Ayah


Chik dan para ulama’ pada hari akhirat nanti.
Amin Ya Mujib.

64
DEMI
UMMAH
Oleh: Nadhirah Arib
Kaunselor Berdaftar (KBPA)

“Tak apa, boleh tanya banyak soalan, Ayah


Chik akan jawab,” beritahu pengerusi majlis semasa
sesi soal jawab.

M
ataku melilau melihat tangan sahabat ABN
yang mengangkat tangan. ‘Eh banyaknya
soalan. Tak apa ke drag masa ni?’ Aku hanya
bermonolog dalam hati. Bimbang juga mengambil
masa Tuan Guru. Tetapi Tuan Guru di hadapan sana
sedang tekun mencatit soalan-soalan yang diajukan
daripada pihak kami seolah-olah tidak peduli dengan
dilema yang aku rasai.

‘Eh siap catit, mesti beliau ambil serius soalan


kami!’ Aku terus bercakap sendirian. Sesekali kelihatan
beliau melemparkan senyuman mendengar soalan
dan turut ketawa bersama. Tapi ada satu soalan yang
menyebabkan aku teruja nak tahu jawapannya.
Soalan dari Puan Khadijah yang berbunyi, “Apakah
peristiwa yang menyebabkan Tuan Guru merasa down
dalam hidup.”

Fikirku ketika itu mesti Tuan Guru akan ceritakan


perihal kehidupan keluarga dan peribadi. Tapi
jangkaanku meleset sama sekali! Ah, terasa tertampar
mendengar ceritanya. Bukan kesedihan biasa-biasa
yang menyebabkan Tuan Guru down tapi tentang
perjuangan untuk ummah. Satu persatu kisah
perjuangan diceritakan, ada nama-nama sahabatnya
yang telah meninggal dunia disebutnya. Namun,
katanya itu belum betul-betul down lagi.

65
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
‘Eh, sehebat itu belum down, berdakwah sehingga
ke pelusuk dunia dan menyelamatkan orang Islam di
pelbagai negara dengan pelbagai cabaran tapi
belum terasa down. Apakah yang ada dalam jiwa
seorang pejuang ummah ini?’ Aku terus membuat
perkiraan sendiri.

Rupa-rupanya, tatkala negara sedang


dipegang oleh mereka yang bukan Islam, itulah saat
yang paling down dalam hidup beliau. Tuan Guru juga
menceritakan bagaimana beliau bersusah payah
mengatur strategi agar kepimpinan negara dipegang
oleh orang Islam kembali. Bertambah sayu ketika
itu Tuan Guru sedang diuji dengan sakit jantung tapi
beliau tetap menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Demi Islam!

Ya, cerita itu membuatkan aku


merenung diri. Orang seperti aku, ujian
peribadi sahaja cukup membuatkan diri
merasa lemah tapi mereka yang hidupnya
memperjuangankan ummah kesedihannya
lebih dari itu. Kehidupannya banyak
memandang ke hadapan. Berfikir tentang
maslahat umat jauh lebih utama dari
diri sendiri.
“Jangan takut sekiranya dakwah kita ditolak
keluarga. Lemah akidah lagi teruk daripada lemas air.
Lemas air mati syahid. Lemas akidah masuk neraka.
Maka bersungguhlah menyelamatkan keluarga kita
daripada api neraka!”

66
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Subhanallah, aku suka dengan analogi lemas
yang dibawakan oleh Tuan Guru. Bahkan aku terus
menulisnya di status Whatsapp dan ada teman yang
memohon untuk disebarkan lagi. Itu antara jawapan
Tuan Guru apabila ditanya tentang dakwah kepada
ahli keluarga. Jelas prinsip beliau, tidak mahu orang
lain lemas akidah dan aku kira itulah yang
menyebabkan beliau tegar untuk berjuang dalam
dakwah. Walaupun pernah dikecam dan dihina, tapi
itu semua tidak melemahkan semangat.

Pesannya lagi, “Selagi jantung berdenyut


teruskan dakwah. Kejayaan kita menyelamatkan
orang lain, besar nilainya di sisi Allah.”

Allahuakbar, aku pasti inilah kekuatan


Tuan Guru. Kerana beliau nampak balasan
di sisi Allah lebih besar berbanding keindahan
dunia yang sementara. Hati terusik dengan kalimah
menyelamatkan. Ini bermakna dakwah itu juga kerana
kita ingin menyelamatkan. Kesimpulannya, dakwah
itu tentang menyelamatkan orang lain dari kelemasan
akidah, bahkan juga ilmu yang salah dan juga akhlak
yang buruk.

Subhanallah, tabarakallah semakin besar aku


nampak makna dakwah apabila seorang ulama
berbicara. Namun, kerja-kerja dakwah ini juga perlukan
kekuatan. Maka Tuan Guru menasihati agar menjaga
niat. Katanya, “Kita jaga nawaitu Allah akan bagi
kekuatan.”

67
Perjalanan dakwah seorang
Tuan Guru yang sudah lama,
pastinya penuh onak dan duri
tapi melalui nasihat itu aku
percaya yang menjadikan beliau
kuat dan disegani kawan serta
lawan adalah kerana prinsip
perjuangannya yang jelas hasil
dari niat yang tuntas.

Aku memandang beliau pada


dua sisi, sisi seorang ahli politik
dan seorang ulama’. Bahkan, aku
tidak menyangka dapat bertemu
beliau asbab terlibat dengan
dakwah melalui penulisan dan
sebak kerana pertemuan ini
adalah jemputan dari beliau
sendiri. Allahu Akbar.
DAKWAH SEORANG
MUSLIMAH
Oleh: Rohamiah Muda
Pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan

K
etika pengumuman dibuat oleh Bonda Nor
bahawa akan diadakan perjumpaan esklusif
antara Perantis Akademi Bonda Nor dengan
Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, hati saya
terus teruja dan bahagia. Masya-Allah, berita yang
tidak disangka-sangka diterima di akhir pertemuan
para perantis ketika Perkampungan Perantis Akademi
Bonda Nor.

Namun entah kenapa, tiba-tiba berita ini turut


menjadi satu beban kepada saya. Adakah suami saya
akan membenarkan saya bermusafir lagi? Kerana
pertemuan dengan Tuan Guru adalah pada minggu
berikutnya saja. Saya baru saja bermusafir dan perlu
bermusafir lagi?

Allahu … saya bimbang peristiwa lama berulang


kembali. Ketika itu, saya bermusafir dalam keadaan
suami bermasam muka. Walaupun saya tahu dia
memberi keizinan tetapi tidak sepenuhnya dengan
keredhaan. Saya mula rasa sebak.

‘Aku ada Allah!’ bisik hati kecil saya di sudut yang


paling dalam. Saya perlukan jawapan segera daripada
suami untuk memberi nama kepada Bonda Nor.
Perjumpaan hanya dihadkan kepada beberapa orang
peserta sahaja.

Malamnya, saya bermunajat dan berdoa


dengan penuh khusyuk. Memohon jawapan yang
terbaik daripada Allah. Meminta agar Dia dan suami

69
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
redha. Saya memohon sambil mengalir air mata.

“Abang, Bonda Nor menjemput para perantis


bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Boleh sayang ikut sekali?” saya bertanya suami
dengan nada yang lembut dan santun.

“Pergilah!” jawab suami ringkas.

Masya-Allah … sepatah perkataan itu sudah


cukup! Saya sebak dengan jawapan suami. Keizinan
yang amat saya perlukan!

Pada hari pertemuan itu, sekali lagi Allah


memberi jawapan kepada persoalan saya. Ketika
sesi soal jawab bersama Tuan Guru, ada satu soalan
yang dikemukakan sangat menarik perhatian saya.
Saya menunggu jawapan itu daripada Tuan Guru.

Salah seorang peserta bertanya


soalan tentang dakwah seorang
isteri. Bagaimanakah kedudukan
seorang isteri untuk keluar
berdakwah? Sedangkan kita
perlukan redha seorang suami.
Allahu. Soalan yang benar-benar
terkena dengan situasi saya
ketika itu.
“Seorang isteri tugasnya adalah melayan suami
dan anak-anak dengan baik. Sebenarnya Allah
memberi masa kepada semua manusia adalah sama,

70
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
iaitu 24 jam. Tidak lebih dan tidak kurang. Melayan
suami pula bukannya sepanjang masa selama 24 jam.
Ada masa kita melayan suami, ada masa kita
selesaikan urusan diri sendiri.” Saya mengangguk
mendengar jawapan bernas daripada Tuan Guru.

Tuan Guru terus sambung lagi, “Perjuangan Islam


ini ada kalanya fardhu kifayah dan ada kalanya
menjadi fardhu ain. Ketika Islam dalam keadaan baik
dan selamat, dakwah ini menjadi fardhu kifayah.
Tetapi, apabila umat Islam dalam keadaan bahaya
dan terancam, Ulama’ Feqah memberi hukum
bahawa dakwah menjadi fardhu ‘ain sama ada ke
atas lelaki atau perempuan.”

“Zaman sekarang serangan daripada musuh


Islam bukan dari segi serangan senjata, tetapi
serangan dari segi pemikiran dan ideologi. Serangan
ini masuk ke dalam rumah-rumah umat Islam. Maka,
di zaman ini, jihad dan dakwah sudah menjadi fardhu
ain kepada setiap umat Islam lelaki atau perempuan.”

“Jadi, tanggungjawab ini mesti digalas oleh


semua. Sebagai seorang isteri, boleh bahagikan masa
untuk menunaikan tanggungjawab kepada suami,
dan ada masa untuk tunaikan juga tanggungjawab
kepada ummah.”

Allahu. Inilah jawapan yang saya tunggu-tunggu.


Jawapan yang cukup padu daripada Tuan Guru. Laju
air mata saya menitis mendengar butir bicara daripada
Tuan Guru. Masya-Allah. Tabarakallah. Hati saya sangat
tenang ketika menerima jawapan itu.

71
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali

Saya yakin pertemuan pada hari tu tidak sia-sia,


bahkan satu pertemuan yang sangat diberkati oleh
Allah. Bersama seorang ulama’ bukan saja jadi asbab
kebaikan dan rahmat bahkan sangat penting untuk
meneguhkan semangat. Semoga pertemuan ini
menjadi asbab kami semua ke jannah,
Insya-Allah.

72
PERSEPSI
BAHARU
Oleh: Saadiah Kamiso
Mantan Pengetua Sekolah

A
pabila Bonda Nor menyatakan bahawa
pasukan Akademi Bonda Nor dijemput untuk
menghadiri sesi sembang santai bersama Tuan
Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, ada satu rasa
janggal mulanya. Maklumlah semasa berkhidmat
sebagai penjawat awam saya memang mengelak
untuk dicap sebagai penyokong pembangkang.

Saya memang tidak pernah menghadiri


sebarang perjumpaan atau majlis yang mempunyai
kaitan dengan pihak yang bukan penyokong
kerajaan. Apatah lagi sebagai pengetua di sebuah
sekolah menengah kerajaan, memang saya pun
diminta mengingatkan semua guru dan staf di sekolah
saya berkaitan pembabitan mereka dengan politik.

Mengapa saya perlu berasa janggal? Baru saya


sedar, saya sudah bersara. Tiada apa yang menjadi
kekangan lagi. Mengapa harus melepaskan peluang
bertemu dengan ulama’? Kalau dahulu saya bimbang
mendapat surat tunjuk sebab daripada ketua jabatan,
kini tiada lagi.

Teruja sungguh untuk hadir buat pertama kali


menadah ilmu secara berdepan dengan Ayah Chik.
Memandang sosok tubuh Ayah Chik saya terimbau
cerita-cerita arwah emak berkaitan arwah bapa saya.
Cerita-cerita itu terus hidup bersama saya sehingga
besar dan menjadikan arwah bapa lelaki idola saya.

73
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali

Mendengar Ayah Chik berbicara, saya


rasa terpaku. Dahulu, apa yang saya
dengar Ayah Chik ni seorang yang
serius dan tegas, kata-katanya menjadi
pegangan pengikutnya sehingga
menimbulkan kontroversi. Bahkan saya
juga berasa pelik apabila YDP PIBG
sekolah saya yang dahulu adalah
penyokong kuat parti Tok Guru
sedangkan beliau adalah non-Muslim.
Selalu saya berkata kepada diri sendiri, beliau
yang bukan Islam secara terang-terangan menyokong
Tok Guru, kenapa saya tidak? Beliau selalu berkongsi
cerita menghadiri muktamar bersama Tok Guru sambil
menunjukkan gambar bersama Tok Guru. Saya juga
menyokong perjuangan Islam dan pasti mahukan
ulama’ sebagai pemimpin saya. Hanya saja sokongan
itu tidak secara terang-terangan. Ah, terasa malu pula
kerana semangat saya tidak sekuatnya!

Sungguhlah kata Tok Guru, Allah memuliakan


kita dengan nikmat Islam. Perjalanan hidup manusia
sangat panjang. Selepas kematian ada alam barzakh
yang menunggu, panjangnya mungkin lebih lama
daripada usia kita di dunia. Banyak sungguh kelebihan
kepada manusia yang mengikut syariat Islam. Saya
tahu kita dibangkitkan nanti bersama pemimpin kita.
Ragu-ragu lagi? Astaghfirullah.

74
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Syukurlah Allah masih melorongkan rezeki
mendekati ulama’ menerusi saluran Akademi Bonda
Nor. Sungguh, saya bersyukur apabila Bonda Nor
membawa kami ke majlis pertemuan eksklusif ini. Ia
bagai menebus kesilapan saya dan mengubah
persepsi saya tentang perjuangan itu sendiri.

Kata Tok Guru, “Penulis bukan sekadar menulis.


Tetapi lebih jauh lagi menulis dari hati supaya sampai
ke hati. Tok Guru menggariskan beberapa amalan
khusus yang perlu dilakukan sebelum menulis.
Pertamanya penulis wajib membaca. Penulis juga
wajib beramal dengan ilmunya. Yang terakhir penulis
wajib berjuang dengan ilmunya. Pesan Tok Guru lagi,
ilmu yang berkat adalah ilmu yang ditulis.”

Benar sekali, kita mungkin ingat apa yang


disampaikan pada hari ilmu itu diterima. Tetapi
sebagai manusia yang tidak sempurna, mungkin kita
akan lupa apa yang telah diterima. Maka mencatat
isi penting daripada apa yang kita baca dan dengar
sangat membantu untuk kita mengamalkan ilmu
yang dipelajari.

Sungguh saya terpesona mendengar hobi


membaca Tok Guru semenjak beliau kecil. Perkara
itulah yang membantu ketajaman minda dan
keelokan bahasa Tok Guru. Benarlah seperti kata-kata
Setiausaha Politik Tok Guru bahawa Tok Guru dapat
menyiapkan kertas kerja dalam bahasa Arab dalam
tempoh yang singkat. Tidak terlawan mereka dengan
kepantasan Tok Guru.

75
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Selepas saya membaca hantaran catatan
Bonda Nor di FB berkaitan Tok Guru saya sangat sebak.
Tidak menyangka figura yang saya rasakan serius dan
tegas itu boleh bermain teka-teki dengan cucu-
cucunya. Beliau penyayang sebagai ketua keluarga,
ayah dan datuk kepada seluruh keluarganya.

Dalam keadaan mendapat rawatan sakit di


hospital, Tok Guru sempat menyiapkan buku. Benarlah
Tok Guru ini berjuang dengan ilmunya. Apa yang
diketahui seboleh mungkin akan disampaikan kepada
orang lain supaya dapat diamalkan bersama-sama.
Sesuailah dengan apa yang selalu dipesan oleh
Bonda Nor. Tulislah, bina bekalan untuk kau tinggalkan.

Sesungguhnya apa yang saya lihat dan dengar


sepanjang sembang santai ini telah mengubah
persepsi saya tentang lelaki yang bergelar Tok Guru,
Ayah Chik dan Dato’ Seri ini. Pertemuan yang
membuahkan keberkatan berguru dengan ulama’!

76
MANISNYA
PERTEMUAN INI
Oleh: Haryati Hamim
Guru Pemulihan

T
anggal 6 September 2020 menjadi satu titik
sejarah bagi diri saya kerana telah diaturkan
pertemuan dengan ulama tersohor dan tidak
asing lagi iaitu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi
bin Awang bersama Bonda Nor dan adik-beradik
Akademi Bonda Nor.

Sejak dimaklumkan oleh pengetua Akademi


Bonda Nor iaitu Bonda Nor sendiri pada 29 Ogos 2020,
akan diadakan pertemuan istimewa ini, hati saya
melonjak kegembiraan, air mata deras mengalir dan
mulut tidak henti berzikir supaya Allah makbulkan
permintaan saya.

Sungguh banyak cabaran dan ujian untuk saya


sebelum diizinkan oleh Allah nama saya tersenarai di
kalangan mereka yang akan hadir.

Keizinan suami adalah perkara pertama yang


harus saya ambil berat. Saya mengambil masa yang
lama untuk membuat keputusan dapat hadir kerana
sesi memujuk si dia berlaku hanya dengan panggilan
telefon. Suami bertugas di negeri lain. Pada awalnya
saya tidak dibenarkan menyertai kerana minggu
sebelumnya saya sudah meninggalkan anak-anak
selama tiga hari.

Alhamdulillah dengan izin Allah jua, suami saya


lembut hatinya dan mengizinkan saya pergi dengan
syarat saya bermusafir bersama sahabat Akademi

77
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Bonda Nor. Syukur kepada Allah, sesungguhnya doa
saya telah dimakbulkan. Tibalah ke tarikh yang
dijanjikan, saya menumpang kereta sahabat saya
Rozilawati untuk bermusafir bersamanya disertai
dengan Hayati Abu Hassan.

Allah mempermudahkan perjalanan kami. Kami


sampai ke tempat berkumpul di Masjid Al-Syakirin
Gombak tepat pada masanya. Selesai solat jamak
takdim Zohor dan Asar di masjid tersebut, kami dan
beberapa kereta yang lain beramai-ramai menuju ke
Pustaka Permata Ummah (PPU).

Nampak sahaja bangunan tersebut hati saya


bertambah riang. Ini bermakna saya akan dapat
melihat Ayah Chik dengan lebih dekat lagi.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, melangkah
sahaja ke dalam PPU, tiba-tiba air mata saya
bergenang. Saya mengambil tempat duduk dan
jantung saya berdegup laju kerana saya tidak sabar
melihat Ayah Chik daripada jarak dekat.

Tidak lama kemudian, Ayah Chik dan beberapa


orang setiausahanya melangkah masuk ke dalam PPU.
Pada saat itu air mata dan air hidung sama-sama
keluar kerana saya tidak menyangka saya dapat
menyaksikan dengan mata saya sendiri ulama yang
sangat saya hormati dan kasihi.

Sebelum majlis bermula, Ayah Chik naik ke


tingkat atas untuk beberapa urusan bersama
beberapa orang pentingnya termasuk pengetua kami,
Bonda Nor. Setengah jam kemudian, tibalah saat
Ayah Chik dan tetamu VIP turun ke bawah menemui
kami yang sudah bersedia dengan kamera masing-

78
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
masing, nota dan pen untuk mencatat nota penting
sepanjang majlis ilmu Sembang Santai bersama
Ayah Chik.

Sesi dimulakan dengan ucapan pengetua yang


kami sayangi iaitu Bonda Nor bertanyakan soalan
kepada Ayah Chik, “Apakah cara-cara atau adakah
kami masih ada harapan untuk mendapat masuk
Syurga tanpa hisab dan tanpa azab?”

Ayah Chik menjawab, “Pada suatu hari Nabi


SAW bersabda, 70000 umat baginda masuk Syurga
tiada hisab ialah mereka yang bertawakkal
sepenuhnya kepada Allah, tidak percaya kepada
jampi, kita mesti berikhtiar dan bertawakkal kepada
Allah. Orang yang tawakal sepenuhnya kepada Allah
dan menyerahkan semua urusannya kepada Allah
boleh masuk Syurga tanpa hisab dan tanpa azab.”

Ayah Chik terus bercerita. Katanya, ada kisah


seorang Badwi datang ke masjid dengan seekor unta,
unta dibiarkan dan tidak ditambat di luar masjid,
apabila orang Badwi keluar daripada masjid,
didapati untanya telah hilang walaupun dia telah
menyerahkannya kepada Allah,

Nabi berkata kepada pemuda Badwi tersebut,


tawakkal ni apabila tambat dulu unta tu baru tawakal
kepada Allah bukan membiarkan unta tanpa diikat.
Ayah Chik bercerita pernah ada seorang hamba yang
jahil tapi dalam hati ada iman, ada kalimah Lailahaillah
di dalam hatinya dan apabila ditimbang amalnya
berat dan dia dimasukkan ke Syurga.

Ayah Chik juga mengingatkan kita percaya


kepada hari akhirat. Beliau kongsikan juga amalan

79
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
khusus sebelum menulis, iaitu membaca. Cari buku
orang yang ahli dengan ilmunya. Beramal dan
berjuang dengan ilmu.

Ayah Chik menyebut ulama terdahulu


contohnya Imam Bukhari, Imam Ghazali, al-Syahid Imam
Hassa al-Banna, Syed Qutb al-Mahdudi, dikurniakan
ilmu yang barakah. Contohnya Imam Bukhari sebelum
tulis hadis, beliau berwuduk dan solat istikharah dahulu.

Subhanallah, seronoknya dengar kisah Ayah Chik


membaca buku catatan ayahnya iaitu al-Marhum
Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang pernah
bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid
Rusila. Al-Marhum mencatatkan segala isi penting ilmu
yang dipelajari. Patutlah Ayah Chik kemudiannya juga
menjadi seorang penulis yang hebat kerana sudah
pun terbiasa dengan budaya mencatat sejak kecil.

Kesimpulannya, segala apa yang diajar oleh


Ayah Chik pada petang yang berkat itu sangat
memberi impak kepada kami semua. Kita orang
Islam yang bergelar penulis, wajib
menyampaikan ilmu dengan adab dan akhlak
Islamiah. Barulah timbulnya keberkatan dalam
menyampaikan ilmu dalam bidang masing-
masing.

Rasa bertuah sungguh apabila butir bicara tuan


guru dapat saya dengari dan Insya-Allah saya akan
terus praktikkan. Semoga Allah terus kekalkan hidayah
kepada kita semua untuk terus berjuang di dalam
bidang penulisan.

80
PERTEMUAN
BERHIKMAH
Oleh: Ana Rohani
Jururawat

“Alhamdulillah, permohonan saya untuk


mengadakan satu pertemuan tertutup antara
pasukan Akademi Bonda Nor bersama tok guru
diluluskan. Ini merupakan peluang keemasan untuk
kita semua manfaatkan sebaiknya bagi mendapatkan
nasihat dan tausiyah ilmu daripada ulama’. Sesiapa
mahu turut serta, sila berikan nama, ya.”

Subhanallah. Saat Bonda Nor menyampaikan


perkhabaran bahawa akan ada peluang untuk
bertemu dengannya, entahlah apa sebenarnya
perasaan yang menyerbu hati ini. Gembira, entah.
Teruja, tak pasti. Bahkan mungkin, ianya adalah
perasaan kosong semata yang hadir asbab tidak
mengenali sosok tersebut. Ya, saya tidak mengenal
dirinya.

Hampir setiap sahabat dalam akademi


bercerita dan menyuarakan keterujaan mahu bertemu
seorang ulama’ pewaris kepada legasi dakwah para
nabi. Tapi, saya? Jeda.

Sejujurnya, malu sungguh untuk mengakui


bahawa saya langsung tidak mengenalnya. Yang
saya ketahui, beliau adalah tokoh politik semata-
mata. Ada sahabat terharu berkongsi keterujaan
apabila Allah seakan memakbulkan salah satu doanya
sebelum ini iaitu mahu bertemu dengan Tok Guru.
Mahu meminjam aura positif dan kebaikan. Mahu
meminta nasihat – ujarnya.

81
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Saya hanya terpinga-pinga, masih tidak jelas
dengan perasaan sendiri. Sehinggalah apabila Bonda
Nor sendiri bercerita kebaikan, pengalaman bersua
dan memandangnya bukan sebagai ahli politik, tapi
seorang ulama’, hati saya mula tersentuh hiba.

Mengapa saya tidak melahirkan apa-apa rasa


untuknya? Barangkali, saya bukan siapa-siapa. Bukan
dalam kalangan terpilih yang cukup bertuah untuk
wujud rasa cinta kepada ulama’. Peluang telah ada
di hadapan mata, tapi hati masih berkira-kira.

Benar, saya sebenarnya turut berada dalam


dilema perasaan takut akan disalah erti niat saya untuk
menyertai rombongan ini. Saya bimbang ada suara
yang berbaur fitnah. Allahu. Namun, diam-diam jauh
di sudut hati, telah saya pasakkan dalam hati bahawa
takkan saya persiakan kesempatan ini.

Meski mungkin, saya tidak layak dan niat saya


untuk datang terlalu jauh daripada murninya niat
orang lain, saya tetap mahu mengenalinya. Mengenal
insan yang jadi sebutan orang baik-baik di sekeliling
saya. Saya mahu terus percaya, ini adalah bahagian
aturan Allah untuk menjadikan diri saya lebih baik
sebagai hamba dengan cara membuka peluang
berkumpul dengan orang-orang yang sentiasa dalam
perjuangan mentaati dan menegakkan syariat-Nya.

Dahulu, saat rakan serumah mengaji hingga


mengalir air mata, saya tertanya-tanya mengapa
sampai perlu begitu. Saat ada orang yang terlalu mahu
dan rindu untuk menjejaki tanah haram, saya keliru
mengapa diri saya tak terfikirkan hal itu. Apa pekat
sangat hati saya dengan kejahilan dan dosa hinggakan
tak pernah langsung alami perasaan-perasaan begitu?

82
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Saya merenung diri. Dan kini, kekeliruan itu berlaku lagi.
Peluang yang dinanti oleh ramai manusia di luar sana
gagal membuahkan rasa teruja saya.

Pantas saya muhasabah diri. Peluang untuk


bertemu dengan insan yang baik, pemimpin ummah
yang banyak berjasa iaitu Tuan Guru Dato’ Seri Haji
Abdul Hadi Awang. Wajarkah saya sia-siakan? Saya
tidak mengenalnya, tapi saya tahu peluang ini bukan
sebarangan.

Saya yakin ini kasih sayang Allah


dan mudah-mudahan inilah suara
sisa takwa yang bernaung di hati –
yang sedang giat berdiplomasi
dengan segala rasa-rasa lain serta
tiadanya campur tangan syaitan
dalam cubaan memanipulasi.
Saya menjernihkan niat dan terus berikan nama
untuk sertai rombongan akademi bagi menghadiri
pertemuan tertutup ini. Insya-Allah dengan semangat
dan nawaitu yang satu – nak redha Allah!

Tibalah hari kejadian, sungguh ... perasaan yang


saya alami nyata berbeza. Bukan tak pernah bertemu
para asatizah yang hebat keilmuaannya di luar sana.
Pernah saja. Tapi keterujaan kali ini memang berlainan.
Tatkala melihat kelibat tok guru diiringi zaujahnya, hati
saya terusik.

83
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Nampak sangat ringkas dan bersederhana saja
mereka. Bila mana tok guru mulai bersuara,
terasa bagai dinasihati orang tua yang cukup
mengenali anak-anaknya. Sangat matang dan
sarat pengalamannya. Subhanallah. Awalnya,
agak mencabar juga untuk memastikan diri
sepenuhnya fokus. Sebelum ini, saya banyak
mendengar ceramah yang bersifat santai dengan
iringan gurauan para penceramah. Tapi bila perginya
kepada tok guru, terasa aura perlu berserius
sepanjang masa.

Saya beristighfar. Kembali mengingatkan diri


tentang tujuan saya ke sini. Majlis ilmu adalah taman-
taman syurga. Alangkah rugi dan tak bermaknalah
saya di sini jika tak dapat mengutip apa-apa.

Syukur, perlahan-lahan saya mulai mampu


menurut rentak syarah tok guru. Hinggakan kerana
terlalu ralit mendengar, tangan tak semena hilang
kepantasan untuk mencatat segala perkataan yang
keluar dari mulutnya. Saya rasakan segala apa yang
diungkapkan semuanya penting dan bermakna
belaka! Dalam saya bertarung fokus antara
mendengar dan mencatat – kalam tok guru kembali
menggetarkan hati.

“Para ulama ada mengatakan ... bahawa ilmu


ini laksana binatang buruan. Dan tulisan adalah
ikatannya agar tak terlepas. Jadilah penulis yang
dicintai Tuhan. Penulis yang beriman, beramal dan
perjuangkan ilmunya!”

84
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Masya-Allah, tabarakallah. Sungguh, ini memang
nasihat tepat pada masa! Waktu yang diluangkan
mendengar tausiyah ilmu daripadanya terasa begitu
pantas berlalu. Kini tahulah saya, mengapa selalu
disebutkan oleh Bonda Nor tentang indahnya akhlak
tok guru yang sederhana hingga membuatkannya
jatuh cinta.

Terlalu banyak yang dikongsikan tok guru yang


sedikit sebanyak meninggalkan kesan mendalam
dalam diri saya. Nasihat perihal hakikat kehidupan,
peringatan berkait keikhlasan dan seumpamanya.
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang ini!

85
TERTUNAI
SUDAH
Oleh: Ummu Nurin
Pengusaha Produk Bidara Life
Pengurus Cawangan Fadlim Travel & Tours

K
etika melihat sosok tubuh insan yang amat saya
kagumi ini melangkah masuk ke ruang tamu
Pustaka Permata Ummah, hati saya dibaluti rasa
sebak. Perasaan yang sukar untuk digambarkan itu,
benar-benar telah terpahat indah di dalam sanubari
ini.

Memang antara hajat saya yang masih belum


tertunai lagi adalah untuk menziarahi Tok Guru yang
mulia ini. Terlalu banyak yang hendak saya tanyakan
dan entah kenapa setiap kali melihat wajahnya di
media elektronik dan media cetak, hati saya berasa
tenang seolah-olah sedang melihat bapa saya sendiri.

Pertemuan yang telah berlangsung pada 6


September 2020 (Ahad) yang lalu menjadi tarikh
terindah dan tidak mungkin dapat saya lupakan
seumur hidup ini. Tatkala saya sedang berada dalam
situasi yang kurang tenang, Guru saya, Bonda Nor
telah berkongsi satu berita gembira iaitu pertemuaan
tertutup di antara Dato’ Seri Tok Guru Haji Abdul Hadi
bin Awang dan tim Akademi Bonda Nor.

Allahu ya Allah … . Saya benar-benar teruja dan


merasakan ini adalah suatu peluang keemasan yang
tidak sepatutnya saya lepaskan begitu sahaja, Sujud
syukur saya sebagai tanda terima kasih kepada Allah
kerana telah memakbulkan impian dan doa serta
mengizinkan saya untuk bertemu dengan Tok Guru atau
lebih mesra dipanggil dengan panggilan Ayah Chik.

86
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Kesempatan masa yang diberi ketika sesi soal
jawab. Dalam keadaan teragak-agak tetapi keinginan
untuk bertanyakan soalan itu amat membuak-buak.
Saya teruskan juga pertanyaan itu agar tidak ada
perasaan kesal apabila pulang nanti.

Saya luahkan segala kegusaran di hati.


Dengan nada suara yang tersekat-sekat dan air
mata yang sudah mula lencun membasahi pipi,
saya rendahkan hati mengakui kesilapan diri.

Saya bimbang tujuan saya


menulis bukan hanya semata-
mata kerana Allah tetapi
mempunyai niat sampingan
yang tersembunyi.
Astagfirullahala’zim … .

Saya tanyakan juga, bagaimana saya seorang


yang berniqab ini harus membataskan diri agar segala
tingkah laku saya tidak menjadi fitnah kepada
pemakai-pemakai niqab lain yang ikhlas memakainya
kerana Allah. Saat pertanyaan itu saya ajukan, terasa
mengeletar seluruh tubuh badan ini. Entah kenapa
saya merasakan sesuatu yang amat berat sedang
saya tanggung dan begitu kerdilnya diri saya pada
ketika itu.

Saya melihat Ayah Chik tekun mendengar dan


mencatat setiap butir pertanyaan saya. Allahu, rasa
itu sukar untuk saya terjemahkan dengan kata-kata.
Jika sebelum ini, saya hanya mendengar tentang

87
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
ketinggian akhlak beliau. Tetapi hari ini, saya
menyaksikan sendiri bagaimana tawaduk dan rendah
hatinya beliau yang dengan tenang menjawab setiap
pertanyaan demi pertanyaan daripada kami semua.

Sentiasa saya ingat dan masih terngiang-ngiang


di telinga saya jawaban yang diberikan oleh Ayah
Chik. Jaga niat. Setiap perkara yang kita lakukan
fokus kepada niat. Apabila niat kerana Allah
menjadi pegangan, setiap apa yang kita lakukan
sentiasa dalam redha dan bimbingan Allah.
Insya-Allah.

Setiap perkara yang kita lakukan itu, janganlah


berlebih-lebihan. Jagalah batasan sebagai seorang
muslimah kerana wanita itu adalah fitnah. Setiap
perlakuan dan tindakan perlulah berlandaskan syariat.

Pesan Ayah Chik lagi, teruslah berkongsi yang


baik-baik. Kerana itulah bekalan yang akan kita bawa
apabila kita pulang ke alam abadi nanti. Jangan
cepat berputus asa untuk menulis yang baik-baik
kerana setiap perkara baik yang kita lakukan itu pasti
ada ujiannya.

Benar, pertemuan ini telah membuka mata dan


hati saya. Jazakumullahu khairan jazak kepada guru
saya yang mulia Bonda Nor dan tim Pustaka Permata
Ummah kerana menjadi asbab pertemuan terindah.

Allahu Akbar!

88
CERITA
SEORANG AYAH
Oleh: Aishah Abdul Rahman
Pegawai Sistem Maklumat - Perbankan

S
ejak berhingus saya mengenali sosok tubuh yang
waktu itu dipanggil sebagai Haji Hadi melalui
cerita-cerita ayah. Semakin membesar saya
banyak membaca tentang ketokohan kepimpinan
beliau di dada akhbar. Setakat mengagumi kehebatan
beliau, langsung tidak pernah terlintas untuk bertemu
secara bersemuka. Sehinggalah, apabila Bonda Nor
membuka peluang istimewa kepada para perantis
Akademi Bonda Nor untuk sembang santai bersama
Ayah Chik. Subhanallah.

Pertemuan dengan Dato’ Seri Tuan Guru Haji


Abdul Hadi Awang pada tanggal 6 September 2020,
di Gombak akan terus kekal dalam ingatan sebagai
satu detik yang istimewa. “Ini satu pertemuan yang
membuka ruang dakwah yang sangat besar bersama
sosok hebat tokoh politik negara juga tokoh ulama’
dunia yang sepenuh hidup beliau bergelumang
dengan ilmu dan kitab,” kata setiausaha politik beliau.
Allahuakbar!

Saat Tuan Guru melangkah masuk ke premis


dua tingkat yang menjadi pusat gerakan dan pejabat
Pustaka Permata Ummah, tiba-tiba suasana yang
awalnya hingar-bingar jadi senyap-sunyi. Semua mata
tertumpu ke arah beliau. Ketika melihat beliau
bersalaman dengan para perantis lelaki, saya masih
menganggap ‘macam mimpi’.

89
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Sebaik Tuan Guru memulakan bicara, dada jadi
sebak. Air mata yang bergenang tidak dapat ditahan
lagi. Menderu-deru keluar mengalir ke pipi. Berhelai-
helai tisu basah. Saya menjeling Puan Azian di sebelah.
Dia pun sama. Saya hulurkan tisu kepadanya.

Allahu. Perasan aneh itu timbul kerana tak


sangka saya diizinkan Allah berada di dalam ‘taman
syurga’ mendengar kalam ulama tersohor di mata
dunia ini. Peluang bertemu para Nabi mustahil terjadi,
lalu ruang bertemu pewaris Nabi ini sangat disyukuri.

Banyak ilmu yang dikongsi dengan kami.


Suasananya umpama seorang ayah sedang bercerita
dengan anak-anak cucunya di ruang tamu rumah.
Kami bersila beramai-ramai, manakala Tuan
Guru berada di atas kerusi di hadapan kami. Sangat
santai dan tentunya penuh barakah. Insya-Allah.

Saya petik satu perkongsian Tuan Guru yang


benar-benar menjentik hati ini agar terus istiqamah
menulis hal-hal yang bermanfaat - Ilmu yang baik yang
kita sampaikan adalah kebajikan yang berpanjangan.
Orang guna, kita dapat pahala.

Majlis diakhiri dengan pelancaran buku Islam


dan Kebangsaan karya terbaharu Tuan Guru. Usai sesi
bergambar bersama Tuan Guru saya keluar menuju
kaunter jualan buku.

“Adik, buku tajuk cicipan … cicipan” tergagap-


gagap saya cuba mengingatkan tajuk sebenar, “ada
tak?”

“Bukan cicipan kak! Celupan Jarum Kecil di


Lautan Ilmu al-Quran.”

90
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Saya teringat pesanan ini, semasa Tuan Guru
menjawab soalan tentang apakah amalan khusus
sebelum menulis? “Pilih dan baca buku orang yang
beramal dengan ilmu dan berjuang dengan ilmunya.”

Tok Guru menyebut beberapa tokoh ilmuan yang


penulisan mereka terus dirujuk hingga kini. Bagi saya,
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
juga adalah termasuk dalam kalangan
penulis yang beramal dan berjuang dengan
ilmunya.
Lalu saya tidak melepaskan peluang
mendapatkan beberapa naskhah karya beliau. Antara
yang menjadi pilihan ialah Celupan Jarum Kecil di
Lautan Ilmu al-Quran, Meneladani Kepimpinan
Anbiya’, Bicara Ini Demi Perpaduan, Budaya Politik
Matang dan Sejahtera Suatu Penyelesaian, Islam Satu-
Satunya Penyelesaian dan Mukhtasar Mazhab Akidah
dan Firqah Umat Islam.

Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu


al-Quran – tajuk ini lebih catchy
berbanding tajuk lain yang nampak
sangat ilmiah. Meskipun begitu
intipati naskhah ini sarat dengan
informasi tentang kehebatan
mukjizat Rasululullah SAW iaitu
al-Quran.

91
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Al-Quran adalah ibu segala ilmu. Al-Quran
menjadi sumber hidayah dan petunjuk kepada
manusia. Ketamadunan manusia terbina berdasarkan
al-Quran serta ia menjadi satu sistem cara hidup
manusia. Hal inilah yang diulas panjang lebar oleh Tuan
Guru di dalam naskhah ini.

Mengingat kembali kata-kata setiausaha politik


Tuan Guru semasa permulaan majlis tempoh hari.
“Sebagai penulis, tiada yang dapat menandingi
ketokohan dan keilmuan Tuan Guru.”

Sungguh. Tok Guru dapat menyiapkan Celupan


Jarum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran semasa berada di
Insititut Jantung Negara. Subhanallah. Ketika diuji sakit
beliau masih mampu mengilhamkan sebuah naskhah
yang hebat buat manfaat masyarakat. Betapa
bertuahnya saya kerana Allah rezekikan bertemu
dengan ulama’ yang juga merupakan penulis hebat
ini!

92
SEBUAH
TEKAD
Oleh: Dr Nur Hanisah
Doktor Perubatan

D
ulu, saya pernah menyesal sebab tak
berkesempatan bertentang mata dengan
ulama’ terkenal dunia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat. Bukan tak pernah terfikir. Setiap kali pulang
ke Malaysia (waktu itu belajar di India), pasti akan ada
niat untuk ziarah beliau di Pulau Melaka. Satu negeri
saja pun! Tapi asyik menangguh, sehinggalah beliau
meninggal dunia, angan-angan itu terkubur begitu
sahaja.

‘Hanisah! Ruginya tak dapat jumpa ulama’!’

Kemudian, saya nekad, ‘Aku mesti jumpa Tuan


Guru Haji Hadi!’

Ulama’ besar yang masih ada lagi. Ikon yang


saya harapkan, akan berkumpul bersama beliau di
Padang Mahsyar nanti. Amin! Setiap kali ke negeri
Terengganu, hati akan hiba memikirkan soal ini. ‘Bilalah
agaknya dapat jumpa Tuan Guru ni?’

Masih belum dapat buat perancangan rapi


untuk menunaikan hajat yang satu ini. Setiap kali ke
Terengganu, hati risau andai itu peluang terakhir untuk
berjumpa sebelum beliau pergi meninggalkan dunia
ini. Tak nak nanti menyesal lagi!

Perancangan Allah Maha Baik. Dalam


Perkampungan Penulisan Akademi Bonda Nor,
diumumkan satu berita gembira ini. Perjumpaan
tertutup dengan beliau yang disegani. Ini betul-betul

93
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
tawaran yang tak disangka-sangkakan! Pertemuan
ekslusif? Kenapa dah macam VVIP ni? Allahu Allah!
Begitulah. Apabila kita mula berangan, Allah akan
lorongkan jalan.

Di saat Bonda Nor tanya, “Siapa nak pergi?”

Cepat-cepat saya angkat tangan dengan


sepenuh hati. Tawakkal saja sebenarnya. Sebab jadual
bertugas bulan September belum keluar lagi masa tu.
Yang pasti, saya dah tak boleh mohon cuti dah.
Namun dalam hati, tetap mengharap dengan
keyakinan yang tinggi.

“Ya Allah, terima kasih sebab sediakan peluang


aku untuk jumpa Tuan Guru Haji Hadi. Kau berilah jalan
untuk aku dapat ikut sekali.”

Kemudian, sebaik saja jadual dikeluarkan,


terus saya cari satu tarikh saja. 6 September. Post night
shift. Esoknya kerja pagi. Alhamdulillah! Sempatlah
saya berlumba lari! Hati merafaq syukur tidak terperi.
Terima kasih Allah atas anugerah terindah ini. Teruja!

Saya melihat kembali posting saya di Telegram


pada 20 Ogos 2020. Posting yang menyatakan hasrat
saya mahu bertemu dengan ulama’ besar ini. Siapa
sangka 9 hari selepas posting tersebut Bonda Nor
umumkan pertemuan eksklusif kami dengan Tuan
Guru? Subhanallah. Allah Maha Mendengar hasrat
seorang hamba. Berkobar-kobar jadinya. Tak sabar
nak dengar kalam taujihat tentang penulisan dakwah
santai daripada Tuan Guru yang saya hormati.

94
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Hari yang dinanti telah tiba. Saya mendengar,
bahkan mencatat dengan penuh minat setiap butiran
kata-kata yang keluar daripada beliau.

“Ini rahsia kehidupan yang penting. Nawaitu


saya masa belajar dahulu, nak beri manfaat pada
orang. Bukan sebab nak kejar kerjaya. Itu nombor dua.
Kerja boleh dicari,” kata Tuan Guru.

Tentang keberkatan ilmu. Kata Tuan Guru,


barangsiapa yang beri ilmu yang membuahkan
manfaat, dia beroleh pahala. Pahala agama dan
pahala dunia. Bila ikhlas nak sebarkan ilmu pada
orang, orang akan terima. Orang akan mudah hadam.
Sebab apa? Sebab keberkatan itu ada. Sebab ada
ikhlas dalam hati si pemberi.

Siapa yang ikhlas dalam ilmu,


beramal dengan ilmu yang dia
tahu, Tuhan akan tambahkan
lagi ilmu. Ilmu datang secara
spontan. Bahkan kebolehan dia
akan bertambah. Begitu juga,
kalau amal dengan ilmu untuk
kebaikan manusia, Tuhan akan
tambah kebaikan buatnya.
Sebagai seorang penulis, rasa bertuah apabila
kalam-kalam taujihat Tuan Guru turut mencetuskan
inspirasi saya dalam bidang ini. Betapa pentingnya

95
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
penulisan dalam memelihara ilmu yang ada. Ia
dianggap dakwah yang berterusan. Barangsiapa
yang menyeru kepada kebaikan dan orang ikut dia,
maka dia dapat pahala walaupun dah mati. Namun
menjadi penulis juga perlu berhati-hati dalam
melahirkan karya. Karya yang baik, pahala
ganjarannya. Karya tak baik, dosa pula mengalir
tanpa henti.

Saya teruja apabila Tuan Guru menyentuh


tentang intipati Surah Asy-Syu’ara (Penyair-penyair).
Kata Tuan Guru, antara kebanggaan orang Arab
ialah syair dan sajak secara spontan. Allah turunkan
Quran dengan seni bahasa yang indah. Dan Allah turut
nyatakan bahawa setiap penyair hanyalah mengikut
hawa nafsu dalam melontarkan kata-kata, kecuali
yang beriman. Orang beriman, buat syair dapat
pahala. Maksudnya, apa-apa sahaja benda manfaat
yang kita sebarkan, Tuhan berikan kebaikan kepada
kita.

Lebih menarik, Tuan Guru juga turut sebut


tentang keberkatan dalam penulisan. Kalau kita ada
rasa syok sendiri (bangga) terhadap penulisan, orang
tak sambut buku kita. Percayalah. Buku tak laku, orang
tak minat, walaupun hasilnya cantik macam mana
sekalipun. Tapi kalau ada keberkatan, tulisan itu bukan
saja orang minat, bahkan mengubah pemikiran orang
juga. Sebab apa? Sebab keikhlasan penulisnya!

Allahu Akbar. Ini hanya sekitar taujihat tentang


ilmu penulisan yang sempat saya catatkan.
Hakikatnya, ada banyak lagi cabang ilmu yang Tuan
Guru sentuh. Tentang keluarga, rumahtangga, anak-

96
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
anak, masalah negara dan dunia. Tak cukup tangan
mahu mencatat semuanya! Teruja berkongsi
mengenainya di media sosial saya.

Namun, melihat keterujaan saya berkongsi


setiap ilmu yang dipesankan oleh Tuan Guru, seorang
sahabat menitip nasihat.

“Hanisah, awak kena hati-hati tulis pasal ni.


Ramai orang tak suka Tuan Guru Haji Hadi. Bukan
semua orang suka.”

Saya hanya mampu tersenyum


mendengar nasihat tersebut.
Sebagai seorang yang dikatakan
influencer, itu salah satu
tanggungjawab saya. Mengajak
manusia untuk mencintai ulama’,
Warasatul anbiya’! Pewaris para Nabi!
Dan saya faham, apabila kita sebagai manusia
yang ingin mengajak kepada kebaikan, maka menjadi
lumrah untuk ditinggalkan. Yang tak setuju, mungkin
akan lari. Tapi saya tak peduli. Kerana saya percaya
nanti, Allah ganti dengan pengikut yang lebih baik
lagi. Pasti!

97
DEKLAMATOR
HATI
Oleh: Rafiuddin Rohani
Pensyarah Jabatan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan

“Saya boleh deklamasikan puisi!” pantas aku


tawarkan diri.

Y
a, Bonda Nor sedang mencari seorang
deklamator untuk puisi ‘Islam dan Kebangsaan’
karyanya. Puisi ini adalah gimik pelancaran buku
baharu YB Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi bin
Awang, seorang ulama dunia.

Teruja dengan sesi pertemuan ini, aku bersama


tiga lagi sahabat bertolak dari Pasir Gudang. Aku
telah membuat rakaman awal deklamasi itu. Ketika
memandu, makan, menunggu ketibaan, adalah waktu
latihan yang tidak disia-siakan.

Ralit, hinggakan setelah berada di lokasi


pertemuan tersebut pun aku masih fokus berlatih.
Namun kemudian, baru aku tersedar sesuatu. Ya Allah,
aku terlupa membawa bersama hadiah buku untuk
Tuan Guru! Pantas aku keluar ke kereta mengambilnya.
Sambil itu, aku lihat kereta Tuan Guru melintasiku.

“Ya Allah, Tuan Guru sudah sampai!” luahku.

Pantas aku berlari kembali ke lokasi pertemuan.


Allahuakbar, beliau sudah melangkah masuk. Ketika
itu, aku hanya berada di belakang beliau. Hendak
memintas guru adalah tidak beradab sama sekali!

Dapat aku lihat Tuan Guru bersalaman dengan


sahabat Akademi Bonda Nor. Seorang demi seorang.

98
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
Sebak datang bertandang. “Ya Allah, adakah aku
tidak terpilih untuk mencium tangan ilmuan ini?” butir
air mata mula jatuh ke pipi.

Subhanallah .... .
Astaghfirullah .... .
‘Bantu aku, ya Allah!’ getusku.

Kami duduk berjemaah menanti bicara keramat


Tuan Guru. Sebelum itu, Bonda Nor telah mewakili
kami membuat ucapan penghargaan atas kesudian
bertemu. Saat Tuan Guru menyusun kalam, hembusan
dingin memenuhi ruang tamu pertemuan itu.
Subhanallah. Pernah aku merasai pengalaman yang
sama ketika berada di Mina. Tiba-tiba sahaja ada
suasana dingin menyelubungi ruang khemah.

“Sahaja aku menghadiri majlis ilmu,


kerana Allah Taala,” lafazku.
Tidak mampu aku memandang wajah Tuan
Guru ketika itu. Malu dengan diri sendiri yang penuh
dengan dosa dan kesilapan lalu. Namun, suasana
majlis ini seakan dihadiri oleh para malaikat yang
memenuhi celah-celah ruang tempat duduk kami. Aku
menangis teresak-esak.

“Ya Allah ... astaghfirullah ... .” Air mata ini


seakan tidak boleh berhenti mengalir laju!

Tunduk. Aku terus cuba menyembunyikan rasa


ini. Selagi mana dingin ini masih terasa, selagi itu aku
malu menatap wajah Tuan Guru yang mulia. Apa
yang mampu adalah titipan doa yang tulus dari lubuk
hati. Allahuakbar.

99
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Tidak boleh tidak, aku perlu pandang tepat ke
arah Tuan Guru. Subhanallah, apa yang dilafaz oleh
Tuan Guru, bukannya kosong. Aku dapat rasakan
ilham Allah yang terus menerus bertandang ke fikiran
beliau. Masya-Allah … .

Inilah kelebihan ulama, ilham yang hadir ketika


itu sebenarnya terus daripada Allah. Apabila Tuan
Guru memperkenalkan buku yang ditulisnya di Institut
Jantung Negara (IJN), dingin itu kembali lagi.
Allahuakbar! Sungguh, kupasan tajuk “Celupan Jarum
Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran” amat menusuk kalbu.
Semakin mendalam huraian itu, semakin meresap
dingin ke tulang.

Bila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan


kepada Tuan Guru, aku sekadar berdiam diri.
Hakikatnya, aku ingin bertanyakan berkaitan ilham
Tuhan dan bisikan syaitan. Namun, tidak terluah
dengan kata-kata sehingga sesi berakhir.

Akhirnya, tibalah juga detik yang dinanti. Giliran


aku mendeklamasi puisi. Diiringi muzik perlahan, puisi
Islam dan Kebangsaan lantang berkumandang.
Allahu Akbar. Bahagianya rasa dapat menyampaikan
sebuah puisi tulisan seorang guru buat Tuan Guru.
Mendeklamasikannya bagaikan menyuarakan
rasa cinta. Ya, aku cuba buat sehabis baik. Dan
Alhamdulillah, acara berjalan lancar seperti yang
dirancang.

100
Catatan Keindahan
Sebuah Pertemuan
“Baik, kita akan ada sesi fotografi berkumpulan.”
Hah, saat yang ditunggu! Kali ini, aku tidak berlengah
lagi. Inilah masanya untuk tampil bersalaman dan
mencium tangan ilmuan dunia ini. Subhanallah,
berjaya juga aku mengucup tangan beliau. Sebaknya
dada menahan kegembiraan ini. Sungguh!

Kami pulang dengan perasaan


yang bercampur baur. Tiada
yang lebih indah, melainkan
nikmat berada dalam majlis
ilmu dengan ulama pewaris
Nabi. Semoga dapat sama-
sama dibangkitkan menuju
syurga di akhirat nanti.

101
ISLAM DAN KEBANGSAAN
Oleh: Bonda Nor
(Puisi ini telah dideklamasikan oleh Haji Rafiuddin Rohani
di Majlis Pelancaran buku Islam Dan Kebangsaan)

Apa sudah jadi?


Kadang kulihat negaraku macam bola di kaki,
Jadi rebutan sana sini,
Dikejar, ditendang, digelecek, ditanduk,
dan dikejar lagi,
Lagi dan lagi!

Kawan dan lawan sama-sama cuba bertahan,


Melawan dan keras mempertahankan
bagaikan tiada kesudahan!

Aku kadang bingung sendiri,


Kita punya sirah,
Kita punya tokoh-tokoh khalifah,
Di zaman itu, semuanya akur pada acuan
indah ketokohan Rasulullah,
Lalu di zaman ini, bukankah menyalin
menjadi pilihan paling mudah?
Akur saja sudahlah!
Mengapa disanggah?
Mengapa segala hak harus dibedah-bedah
hingga berbalah tak sudah-sudah?

Islam itu cara hidup kita,


Serba sempurna,
Dari seremeh kaifiat menyucikan
diri usai buang air hingga kepada
nikmat kuasa mentadbir tanah air,
Subhanallah, sempurna!
Tiada yang tercicir!
Justeru apa yang mahu diributkan kalau
segala-galanya sudah disebutkan?
Akur saja!
Jangan dilayankan segala bisikan tamak,
hasad, prasangka yang mencemar iman.
Jangan!

Namun...
Ah, ternyata yang sulit itu bukan pada
membina teguh tapi pada meruntuh ego!
Mungkin ego sang pemimpin,
Mungkin pula ego kita yang sentiasa
mahu mengatasi yang lain.

Kemari!
Siapa pun engkau saudaraku yang
mendengar laungan ini, kemari!
Engkau Muslim atau bukan,
Engkau Melayu, Cina, India
atau Kadazan, kemari!
Dengarlah kata-kataku ini,
Hidup ini terlalu singkat untuk
kita bazirkan dengan
bertelagah sesama sendiri.

Kita punya hak, ambillah.


Kita juga berhak, berbahagialah!
Kita mahu aman, tenang
tanpa peperangan,
Dan Islam menawarkan
titik temu kebangsaan,
Kemari,
Ayuh kita saling bahagia membahagiakan.
Bahagian 3
UCAPAN
AYAH CHIK
UCAPAN AYAH CHIK
SEMBANG SANTAI PPU &
AKADEMI BONDA NOR
Firman Allah SWT:

‫ﭼﭽﭾﭿﮀ ﮁﮂﮃﮄﮅ‬
‫ﮆ ﮇﮈﮉ‬
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada
(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah,
serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah
daripada orang-orang Islam (yang berserah
bulat-bulat kepada Allah)!”

Surah Fussilat: 33

A
llah SWT telah mengurniakan satu ni’mat yang
tidak dapat dibandingkan dengan segala-
galanya iaitu ni’mat Islam. Ni’mat inilah yang
membawa kebaikan kepada kita di dunia sehingga
akhirat yang kekal abadi. Hal ini kerana, perjalanan
hidup manusia itu panjang, bukan seperti yang
digambarkan oleh filem-filem. Diceritakan, apabila
hero mati seperti hero ditembak, maka tamatlah
cerita. Akan tetapi, Islam mengajar kita walaupun kita
mati, masih ada alam yang lain selepas itu, iaitu alam
barzakh dan kebangkitan semula pada hari yang kekal
selama-lamanya.

105
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Kedudukan kita di alam dunia ini adalah untuk
membuat persediaan Hari Akhirat dengan kadar masa
yang sangat sekejap. Terdapat mereka yang telah
berada di alam barzakh selama beribu-ribu tahun,
manakala umur di atas dunia tidak sampai ribuan
tahun. Perkara ini menandakan alam kubur lebih
lama daripada alam dunia. Bahkan, alam akhirat
lebih lama daripada itu lagi. Tambahan pula, Allah
SWT memberikan kelebihan kepada makhluk manusia
sekiranya mereka mengikut petunjuk Allah yang
dinamakan Islam sepertimana makhluk lain yang juga
sebenarnya Islam (tunduk menyerah diri).

SEMUA MAKHLUK TUNDUK PADA ALLAH

Firman Allah SWT:

‫ﯩﯪﯫﯬﯭﯮﯯﯰﯱ‬
‫ﯲﯳﯴﯵﯶﯷ‬
“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima
perjanjian) itu, mereka mencari lain daripada
agama Allah? Padahal, kepada-Nyalah
tunduk taat sekalian makhluk yang ada di
langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela
ataupun terpaksa, dan kepada-Nyalah
mereka dikembalikan.”

Surah Ali ‘Imran: 83

Makhluk langit, makhluk bumi, makhluk yang


nyata, makhluk yang ghaib yang bergerak; semuanya
menyerah diri kepada Allah SWT yang dinamakan
Islam, termasuklah awan yang berada di antara langit

106
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
dengan bumi. Betapa banyaknya air yang dikandungi
awan. Sehinggakan, apabila turunnya hujan boleh
banjir sesebuah negeri namun awan itu tidak pernah
jatuh. Allah SWT menjadikannya terapung di antara
langit dengan bumi.

Walau bagaimanapun, apabila Allah SWT


mengarahkan awan tersebut untuk menurunkan
hujannya di sesebuah negeri, Allah telah menetapkan
kadarnya dengan rahmat. Air hujan tidak akan turun
sebesar lori treler. Kalau air itu diturunkan satu treler,
ianya boleh menghancurkan sebuah rumah. Air hujan
akan turun sedikit demi sedikit. Begitulah kejadiannya.
Awan, bukit bukau, dan gunung-ganang termasuklah
manusia, semuanya Islam (berserah diri kepada-Nya).

Adapun manusia dikurniakan kelebihan


yang berbeza dengan makhluk yang lain. Mereka
dianugerahkan fitrah, naluri, sifat semula jadi, jasad,
nyawa, rohani, akal, boleh bergerak ke sana ke mari,
dan hidup bermasyarakat. Sifat-sifat tersebut tidak ada
pada malaikat, jin, pokok, binatang, dan lain-lain.

Manusia diberikan peranan oleh Allah SWT


dengan petunjuk Islam yang khusus. Sekiranya mereka
melaksanakan petunjuk itu, mereka mempunyai
kelebihan mengatasi malaikat di langit. Kalau mereka
tidak ikut, boleh lebih hina daripada binatang yang
tidak mempunyai akal. Islam itu dibawa oleh para nabi
dan Rasul-Rasul AS. Mereka dilantik oleh Allah SWT,
bukannya dilantik oleh manusia seperti raja, presiden,
menteri, wakil rakyat, atau penghulu.

107
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
MUKJIZAT ILMU

Rasul-Rasul dilantik oleh Allah SWT untuk


membawa petunjuk-Nya dengan wahyu. Wahyu
adalah ilmu yang dibawa oleh malaikat dan diberikan
mukjizat. Mukjizat merupakan perkara yang luar biasa
mengikut zaman masing-masing dan tidak mungkin
dicabar oleh sesiapa pun. Contohnya, zaman ilmu sihir,
Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat melawan sihir.
Zaman ilmu perubatan, Nabi ‘Isa AS boleh
menghidupkan orang yang mati.

Adapun untuk Nabi akhir zaman, Nabi


Muhammad SAW dikurniakan mukjizat ilmu al-Quran
al-Karim. Baginda tidak hanya diutuskan untuk bangsa
Arab, akan tetapi untuk seluruh alam. Mukjizat ilmu
telah membezakan Baginda dengan Rasul-Rasul
sebelumnya yang diutuskan untuk kaum dan
zamannya sahaja.

Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh


manusia sebelum berlakunya Kiamat. Pada waktu itu,
masih belum ada internet serta kemajuan sains dan
teknologi. Begitu juga jaringan hubungan yang pantas
masih belum dicipta. Walau bagaimanapun, Allah
SWT Maha Mengetahui, maka diutuskan seorang rasul
sahaja.

Baginda dikurniakan mukjizat ilmu iaitu al-Quran


yang tidak boleh dicabar dalam segala ilmu. Al-Quran
bukan sahaja ilmu wahyu dan agama, tetapi juga
termasuk ilmu dunia, perubatan, pertanian, politik, dan
ekonomi. Bahkan, dalam al-Quran terdapat ilmu yang
diharamkan iaitu ilmu sihir.

108
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
MAKKAH TEMPAT DIUTUSKAN RASUL TERAKHIR

Rasul akhir zaman ini dilahirkan di Makkah, negeri


yang paling kering-kontang di dalam dunia dan tiada
hasil bumi. Makkah merupakan satu lembah yang
tidak ada sebarang tanaman dan air. Akan tetapi,
Nabi Ibrahim AS diperintahkan untuk meninggalkan
puteranya Nabi Ismail AS ke sana.

Hikmah perintah tersebut adalah sebagai tanda


kelahiran Rasul akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
Berita kelahirannya disebut dalam kitab-kitab agama
zaman dahulu sama ada Samawi seperti Yahudi dan
Kristian atau agama yang tidak Samawi seperti Buddha
dan Hindu. Kelahiran Nabi Muhammad SAW bahkan
diketahui ahli-ahli nujum dan ahli falak yang dapat
mengetahui rahsia langit sebelum kelahiran Baginda.
Oleh yang demikian, mereka sudah mengetahui
tanda-tanda kelahiran Nabi akhir zaman ini.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di bumi


Makkah. Bumi yang jauh dari tamadun dunia, termasuk
China, India, Parsi, Rom, dan Mesir. Makkah merupakan
tempat yang sangat jauh di tengah-tengah padang
pasir. Masyarakat yang dihidupkan di situ dalam
keadaan yang istimewa, maka diperintahkan
untuk dibawa Nabi Ismail AS ditemani ibunya, lalu
dipancarkan air zamzam. Apabila bumi Makkah
telah mempunyai sumber air, qabilah Arab mula
berpindah dan menumpang di situ. Akhirnya, Allah SWT
memerintahkan supaya didirikan Kaabah.

Dilahirkan Muhammad SAW dalam keadaan


buta huruf di tempat yang tidak ada sekolah dan
jauh dari tamadun. Allah SWT telah mengaturnya, lalu
diberikan mukjizat ilmu secara langsung daripada-Nya.

109
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Firman Allah SWT:

‫ﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅ‬
‫ﮆﮇ ﮈﮉﮊﮋﮌ ﮍ‬
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk). (1); Dia menciptakan manusia
daripada sebuku darah beku. (2); Bacalah,
dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. (3); Yang
mengajar manusia melalui pena dan
tulisan. (4).”

Surah al-‘Alaq: 1-4

“Bacalah dengan nama Tuhan untuk mendapat ilmu.”

Bagi orang lain, ilmu didapati dengan membaca


dan menulis. Akan tetapi, bagi Nabi Muhammad SAW
hanya dikhususkan membaca. Baginda diwahyukan
dengan al-Quran. Apabila malaikat menyuruh Baginda
membaca, Baginda akan terus mengingat dan tidak
lupa. Hal ini menandakan wahyu itu daripada Allah
SWT, bukan daripada dirinya. Walaupun Baginda hanya
mengingat melalui pembacaan, namun terdapat di
kalangan para sahabat yang dilantik menjadi penulis
wahyu.

AL-QURAN BERCERITA TENTANG EKONOMI

Al-Quran merupakan mukjizat ilmu yang


menceritakan bahawa Makkah dihidupkan dari segi
ekonomi. Firman Allah SWT:

110
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang

‫ﭔﭕﭖﭗ ﭘ‬
“(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan
mereka (menjalankan perniagaan) pada
musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada
musim panas (ke negeri Syam).”

Surah Quraisy: 2

Makkah adalah negeri yang kering kontang


dan tidak mempunyai hasil bumi. Namun, Allah SWT
menjadikan penduduknya sayang untuk meninggalkan
Makkah yang dicintai.

Penduduk Makkah akan keluar pada dua musim:

1. Musim sejuk (‫ )الشتاء‬untuk pergi ke Yaman.

2. Musim panas (‫ )الصيف‬untuk pergi ke Syam.

Pada masa itu, Terusan Suez yang menjadi


pelabuhan kepada negeri-negeri Timur masih belum
dibina. China, India dan Parsi, hanya dapat sampai
di Yaman sahaja. Manakala, Syam pula merupakan
pelabuhan bagi negeri-negeri Barat seperti Eropah dan
Asia Tengah. Oleh sebab itu, penduduk Makkah keluar
ke Yaman untuk mendapatkan barangan dari Yaman,
Timur India, China, dan lain-lain. Apabila pulang ke
Makkah, sebahagiannya disimpan.

Apabila tiba musim panas pula, mereka akan


ke Syam untuk menukar dengan barangan dari Barat,
lalu dibawa balik ke Makkah. Oleh sebab itu, Makkah
menjadi bandar yang menghubungkan di antara Timur

111
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
dan Barat. Semuanya telah diatur oleh Allah SWT. Surah
Quraisy ini merupakan bukti salah satu mukjizat dalam
al-Quran.

PERJALANAN DAKWAH RASULULLAH SAW

Al-Quran juga membentuk diri manusia dengan


ilmu yang bermula dengan integriti jati diri, iman,
akhlak, dan akal yang sempurna serta pengalaman-
pengalaman yang ada pada manusia. Asasnya ialah
iman dan akhlak yang mulia. Itulah yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW.

Walau bagaimanapun, Baginda mendapat


tentangan yang hebat di Makkah. Masyarakat Makkah
tidak boleh menerima ajaran Baginda walaupun
mereka tahu bahawa Baginda seorang yang baik,
berakhlak mulia dan tidak pernah berbohong. Akan
tetapi, dakwahnya ditolak kerana Baginda menyebut
berkenaan dakwah ke seluruh dunia dan penegakkan
sebuah tamadun baharu.

Perkara tersebut tidak diterima dan mustahil


bagi mereka. Disebabkan itu, orang-orang Makkah
menentang ajaran Baginda. Tambahan pula, ajaran
baharu seperti pengharaman arak, zina, dan judi
bercanggah dengan nafsu dan merupakan perkara
luar daripada kebiasaan mereka. Namun demikian,
Nabi Muhammad SAW dapat mengumpulkan
beberapa orang sahabat untuk memeluk Islam.
Kemudian, Baginda mencari daerah lain yang mahu
menerima Islam.

Makkah merupakan kota yang dibuka oleh Nabi


Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Nabi Ibrahim dimuliakan
oleh penganut Yahudi, Kristian, dan Musyrikin. Orang

112
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
Yahudi memanggilnya ‘Ibrahim’, manakala Kristian
menyebut ‘Abraham’, dan Hindu menyebut ‘Brahma’.
Brahma bermaksud Ibrahim. Ibrahim merupakan
bapa kepada semua nabi yang menganut agama.
Disebabkan itu, mereka berhimpun di Makkah untuk
menunaikan haji pada setiap musim walaupun mereka
kafir dan menyembah berhala. Tujuan mereka datang
ke Makkah bertujuan untuk mengenang akan Nabi
Ibrahim AS, sama ada mereka menganggap Ibrahim
sebagai Nabi ataupun Ibrahim (Brahma) sebagai
Tuhan.

Penganut agama Hindu mendakwa bahawa


Brahma ialah tuhan. Hindu mempunyai beratus-ratus
tuhan dan salah satunya bernama Shiva. Saya pernah
bertanya berkenaan ini kepada rakan-rakan yang
menganut agama Hindu dan mereka mengiyakan.
Saya membaca dalam buku agama Hindu, akan
tetapi Brahma tidak mempunyai patung.

Patung Brahma tidak ada kerana Brahma


bertengkar dengan Shiva. ‘Tuhan’ dengan ‘tuhan’
berkelahi. Lalu, Shiva menampar muka Brahma
sehingga cacat. Disebabkan itu, patung Brahma tidak
dikeluarkan. Penganut agama Hindu mengaku akan
cerita ini. Jadi, mereka datang ke Makkah.

Nabi Muhammad SAW mengambil peluang


mencari negeri yang sanggup menerima Islam.
Akhirnya, Aus dan Khazraj datang dari Madinah dan
menerima Islam, lalu Baginda berhijrah ke Madinah.
Allah SWT menyempurnakan al-Quran 30 juzuk.
Kemudian, baginda membentuk masyarakat Madani.
Yathrib ataupun Taibah ditukar namanya kepada
Madinah.

113
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Madinah membawa maksud tamadun atau
al-Din. Tamadun bermakna mencipta kemajuan.
Tamadun juga disebut Hadharah yang bermaksud
menghadirkan manusia, kerana manusia yang hidup
dalam masyarakat mesti mengumpulkan keperluan-
keperluannya seperti keperluan pertanian, pakaian, dan
alat-alat. Perkara yang dihasilkan mesti dikumpulkan
untuk dipasarkan di satu tempat yang dinamakan
Madinah. Itulah maksud sebenar masyarakat Madani,
iaitu dikumpulkan semuanya.

ISLAM MEMBINA TAMADUN DENGAN ILMU

Islam mengajar bahawa penerimaan Islam


mestilah tanpa paksaan. Orang Islam dan orang bukan
Islam mesti hidup bermasyarakat. Maka, diterima
kewujudan masyarakat bukan Islam ke dalam Islam.
Pada masa ini, Islam mengolah tamadun ilmu dengan
ilmu wahyu dan ilmu manusia. Islam mengambil ilmu-
ilmu yang dicipta seluruh dunia seperti China, India,
Rom, dan Parsi.

Sebelum kedatangan Islam, ahli-ahli ilmu


dihentam habis-habisan. Jika kita membaca sejarah
Barat, Socrates merupakan seorang ahli falsafah
yang bijak di Greek. Akan tetapi, dia dibunuh kerana
kebijakannya. Selain itu, kisah seorang arkitek yang
pandai mereka bentuk istana untuk seorang raja.
Setelah dibina istana tersebut, tangannya dipotong
kerana bimbang dia akan membina istana yang lain.

Sejarah Melayu juga menceritakan kisah


penglipur lara berkenaan Singapura diserang
todak. Raja yang tidak tahu berlawan itu menyuruh
tenteranya menahan todak tersebut dengan betis.
Namun begitu, seorang pemuda yang bijak telah

114
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
memberikan pendapat untuk digantikannya dengan
batang pisang. Todak-todak itu melanggar batang
pisang lalu mati. Pemuda tersebut dibunuh kerana raja
bimbang akan kebijaksanaannya.

Apabila Islam berjaya menakluk dunia, Islam


mengiktiraf ahli-ahli ilmu. Segala jenis ilmu termasuk ilmu
perubatan dan pertanian, diterjemahkan ke dalam
bahasa al-Quran (bahasa Arab) dan ditulis dalam buku
penulisan.

Nabi SAW bersabda:

.‫ال ْس َلِم إِ َذا فـَُق ُهوا‬


ِْ ‫ارُه ْم ِف‬ ِ ِ ِِ ِ
ُ َ‫ارُه ْم ِف ا ْلَاهليَّة خي‬
ُ َ‫خي‬
“Terpilihnya semasa Jahiliah; terpilihnya
semasa Islam; jika mereka faham.”

Riwayat al-Bukhari 3353 dan 3383

Orang yang bijak daripada pelbagai bangsa


memeluk Islam. Buku-buku diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab dan dimasukkan elemen Islam dalam ilmu
tersebut. Ilmu turut di-Islamkan, bukan sahaja manusia.
Islam berjaya mencipta ilmu perubatan, matematik,
algebra, dan angkasa lepas. Islam juga yang mencipta
pelbagai ilmu daripada Tamadun China dan India.
Orang Islam telah berjaya membina hospital, bank,
dan mencipta cek yang pertama.

SIRAH ISLAM DALAM MEMBANGUN TAMADUN

Jika kita membaca Sirah Nabawiyyah, sewaktu


Nabi SAW hendak berhijrah ke Madinah, Nabi
menugaskan Saidina ‘Ali KW, menantunya supaya
memulangkan barang-barang simpanan penduduk

115
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Makkah yang belum Islam. Mengikut adatnya, tidak
salah jika Nabi mencuri barang-barang tersebut.
Akan tetapi, Nabi menyuruh Saidina ‘Ali RA untuk
memulangkannya kepada pemiliknya. Perkara ini
menandakan penduduk Makkah yang bukan Islam
itu percaya kepada Nabi walaupun mereka tidak
memeluk Islam. Rumah Khadijah dijadikan bank,
iaitu tempat simpanan barang dan duit. Di rumah
Khadijah, diadakan muamalah seperti mudharabah.
Wang diambil untuk dijadikan modal berniaga bagi
keuntungan dan sebagainya. Nabi SAW telah mengajar
sistem bank.

Selain itu, sewaktu peperangan Ahzab, Sa‘d


bin Mu‘az tercedera. Nabi SAW memerintahkan agar
dipasang khemah berhampiran Masjid Nabawi supaya
beliau dirawat di situ. Tujuannya supaya mudah untuk
orang datang melawat, ziarah, dan menjaganya
beramai-ramai. Situasi ini berkonsepkan hospital.

Saif al-Dawlah al-Hamadani, seorang raja


daerah zaman ‘Abbasiyyah, membawa pasukannya
ke Baghdad dan dijamu makanan. Sewaktu hendak
membayar makanan tersebut, beliau perlu mengambil
dinar dan meletakkannya dalam guni. Sebagai ganti,
beliau mengambil kertas dan menulis jumlah bayaran
dan diminta mengambil duit tersebut di Baitulmal. Ini
adalah cek dan orang Islam adalah yang pertama
membuatnya.

Sewaktu zaman Saidina Uthman, hotel disebut


sebagai musafir khanah. Pendapatan hotel tersebut
daripada zakat Ibnu Sabil (zakat untuk membantu orang
yang bermusafir). Makanan juga akan disediakan untuk
mereka. Selain itu, pendapatan bagi hotel tersebut
adalah kedai-kedai yang menjual barang, makanan

116
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
dan barang pertanian di sekelilingnya. Suasana ini
dengan sendiri dapat menghidupkan masyarakat.
Contohnya, Bandar Mosul dan Baghdad adalah
bandar yang menyampaikan ke daerah-daerah lain.
Perkara ini membuktikan bahawa Islam telah mencipta
tamadun dan pelbagai ilmu.

Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang memberi ilmu dan memberi


manfaat, dia diberikan pahala.”

Manfaat dalam hadith tersebut adalah manfaat


agama dan dunia. Disebabkan itu, terdapat dua jenis
ilmu dalam Islam iaitu ilmu fardhu ‘ain dan fardhu
kifayah. Kita pernah belajar di kampung bahawa fardhu
‘ain ialah sembahyang lima waktu, puasa, zakat, dan
haji sahaja. Hakikatnya, fardhu ‘ain termasuk ilmu untuk
keperluan kehidupan masyarakat. Wajib ada yang
tahu dalam kalangan masyarakat.

Fardhu kifayah pula ialah ilmu untuk kepentingan


umum. Ia termasuklah ilmu perubatan dan segala-
galanya. Orang Melayu sudah terbiasa dengan
fahaman bahawa fardhu kifayah ini hanya sembahyang
jenazah sahaja. Sedangkan, ia merangkumi semua
jenis ilmu dunia.

ILMU DAN PENULISAN

Orang Islam telah banyak menulis buku-buku


dan menterjemahkannya kepada pelbagai bahasa.
Sebagai contoh, kisah kaum Tatar menyerang
Baghdad ketika zaman kelemahan ‘Abbasiyyah.
Dalam sejarah, kaum Tatar yang liar berasal dari Asia
Tengah telah melanggar kerajaan Islam di Baghdad

117
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
sehingga jatuh. Mereka memunggah buku-buku di
kutub khanah (tempat simpanan buku) di Bahgdad.
Buku-buku tersebut terlalu banyak sehingga boleh
dijadikan jambatan untuk menyeberangi Sungai Furat
dan Dajlah. Disebabkan itu, air sungai tersebut berubah
menjadi hitam oleh dakwat penulisan ulama’-ulama’
Islam.

Allah SWT tidak menghilangkan ilmu daripada


umat Islam kerana ilmu umat Islam mempunyai
keberkatan. Keberkatan merupakan sesuatu yang
istimewa. Ilmu ulama’ bukan sahaja berada dalam
tulisan, bahkan dalam kepala mereka lalu ditulis semula.
Mereka bukan sahaja menghafal al-Quran dan kitab-
kitab semata-mata. Bahkan, jika al-Quran itu dibakar,
mereka boleh menulisnya semula. Itulah kehebatan
ulama’-ulama’ Islam.

Baru-baru ini saya telah bertemu dengan satu


rombongan daripada Ilmuwan Malaysia. Kami berbual
berkenaan kaedah membina kapal. Mereka terdiri
daripada kalangan orang yang menetap di Kampung
Duyung, Terengganu. Penduduk Kampung Duyung
mempunyai kelebihan membina kapal tanpa perlu
melukis pelan. Mereka membuat rekaan bentuk kapal
tersebut melalui gambaran dalam kepala sahaja
termasuklah binaan rumah.

Inilah kehebatan umat Islam. Perkara yang


paling penting ialah kita memelihara ilmu. Salah
satu daripadanya ialah melalui penulisan. Ilmu perlu
menjadi makanan roh, jasad, akal, dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupan kita.

118
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
Sabda Nabi Muhammad SAW:

ِ َ‫من د َّل علَى َخ ٍي فـلَه ِمثْل أَج ِر ف‬


.‫اعلِ ِه‬ ْ ُ َُ ْ َ َ َْ
“Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu
kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan
kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain)
maka dia akan mendapat pahala seperti
orang yang melakukannya.”

Riwayat Muslim 1893

Hadis ini membawa mesej bahawa ilmu yang


disampaikan melalui tulisan atau apa-apa wasilah
sekalipun adalah kebajikan yang berpanjangan.
Apabila kita mati, perkara yang baik itu masih
berterusan dan memberi manfaat kepada orang lain.
Jika sebaliknya, maka kita akan mendapat dosa.

Dalam al-Quran diturunkan Surah al-Syu‘ara’.


Syu‘ara’ bermaksud para penyair. Syair merupakan
antara salah satu perkara yang menjadi kebanggaan
orang Arab. Mereka boleh mengarang syair secara
spontan. Bahkan, diceritakan bahwa jika seseorang
minum arak dan diletakkan botol arak di hadapannya,
dia boleh memuji arak dengan beribu baris syair secara
spontan.

Allah SWT menurunkan al-Quran dengan seni


bahasa yang indah. Allah menyebutkan bahawa
al-Syu‘ara’ (para penyair) ini ialah mereka yang
suka mengikut hawa nafsu, kecuali mereka yang
beriman. Jika mereka beriman, syair yang dibuat itu
akan mendapat pahala. Terdapat satu ayat di akhir

119
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Surah al-Syu‘ara’ yang menjelaskan sedemikian.
Perkara ini menandakan bahawa setiap sesuatu yang
bermanfaat disebarkan dan mendatangkan kelebihan
kepada manusia, maka Tuhan akan memberikan
keberkatan dan kebaikan kepada kita.

RAHSIA KEHEBATAN SEBUAH KEIKHLASAN

Saya mempunyai rahsia kehidupan yang ingin


dikongsi kepada semua. Saya dahulunya belajar
dengan niat untuk menyebarkan ilmu kepada orang
lain. Saya tidak mempunyai cita-cita untuk bekerja.
Bagi saya, kerja itu boleh dicari. Kepentingan utama
belajar adalah kita ingin memberikan manfaat kepada
orang lain. Jadi, apabila kita ikhlas menyebarkan ilmu
kepada orang, mereka akan mudah menerima.

Keberkatan sentiasa ada kepada mereka yang


ikhlas kerana ianya terletak di dalam hati dan tidak
boleh ditunjuk. Orang selalu berkata, “saya ini ikhlas.”
Sedangkan, ikhlas adalah perkara yang tidak boleh
diceritakan kepada orang lain. Hanya Tuhan sahaja
yang tahu berkenaan dengan keikhlasan. Apa yang
penting adalah kita benar-benar ikhlas dengan Tuhan.

Ulama’ menyebutkan bahawa sesiapa yang


ikhlas dan beramal dengan ilmu yang diketahuinya,
Tuhan akan menambahkan ilmunya. Ilmu yang dibaca
dan yang tidak dibaca akan datang secara spontan.
Kebolehannya dan ilmunya juga akan bertambah.
Kesimpulannya, jika kita beramal dengan ilmu untuk
kebaikan manusia, Tuhan akan tambahkan kebaikan
dan keberkatan untuk kita.

Sekitar tahun 80-an, ada seseorang datang


ke rumah saya untuk membeli kaset. Saya beritahu

120
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
kepadanya bahawa saya tidak menjual kaset.
Kemudian, isterinya pergi ke dapur berjumpa dengan
Che Ngah (isteri kepada Tuan Guru). Selepas sebulan,
dia datang semula menemui saya sedangkan saya
sudah tidak ingat kepadanya. Dia datang kepada
saya ketika saya sedang menjala ikan di tepi laut. Mata
saya terkena air masin lalu menjadi kemerah-merahan.
Disebabkan itu, mungkin dia merasakan bahawa saya
marah kepadanya.

Dia datang bersama seseorang yang agak


dikenali di Terengganu pada ketika itu. Tujuannya untuk
meminta maaf kepada saya. Dia mengaku bahawa
kedatangannya dahulu sebenarnya kerana dia
seorang penguat kuasa perdagangan. Rupa-rupanya,
mereka ingin mendakwa saya kerana menjual kaset
dalam keadaan tidak berdaftar. Oleh sebab itu dia
datang ke rumah saya. Isterinya masuk ke dapur untuk
memeriksa sekiranya terdapat kaset tersebut di rumah
saya. Ternyata itu hanya sebuah salah faham yang
berlaku.

MINAT AYAH CHIK DALAM MEMBACA DAN MENULIS

Selain itu, saya juga minat membaca sejak


dahulu. Zaman dahulu tidak ada pembalut plastik.
Pembalut buku-buku dan kitab ialah surat khabar.
Ayah saya pula mempunyai banyak kitab. Pembalut
kitabnya ialah surat khabar lama sekitar tahun 20-an.
Surat khabar itu sudah lama berpuluh-puluh tahun
sebelum saya lahir.

Saya membaca kitab-kitab ayah saya dan juga


surat khabar, pembalut kitab tersebut. Setiap berita
daripada pembalut tersebut saya akan baca sehingga
ayah saya marah kerana bersepah. Akan tetapi,

121
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
perkara inilah yang menjadi ilmu politik bagi saya.
Surat khabar ini ialah ilmu politik. Politik antarabangsa,
politik tempatan, semua ada di dalamnya dan waktu
itu bertulisan Jawi.

Di samping minat membaca, saya juga minat


menulis. Saya minat menulis sejak dari sekolah. Dengan
sebab itu, saya meminati sastera. Zaman sekolah
kebangsaan, sekolah Melayu zaman dahulu, saya
sangat meminati aliran sastera dan aliran bahasa.
Sehingga waktu sekolah Arab pun, saya masih meminati
bahasa ini, sebab itulah saya mendalami betul-betul.
Disebabkan minat kepada bahasa, sehinggakan
saya tidak mengambil tahu mata pelajaran lain. Akan
tetapi, mungkin kerana Allah SWT memberkati, setiap
kali malam ujian baru saya baca.

Di Universiti Madinah pun saya membaca


banyak kitab. Pada malam peperiksaan baru saya
akan membaca teks-teks universiti dan saya hanya
membacanya sekilas lalu sahaja. Apabila kita tumpu
kepada sesuatu perkara, Tuhan akan berikan kelebihan
kepada kita. Sebab itulah, kadang-kadang perkara
yang lama kita boleh ingat semula. Perkara ini ialah
satu keistimewaan yang diberikan oleh Tuhan.

PERBINCANGAN BERSAMA KETUA HAKIM NEGARA

Ketua Hakim Negara akan mengikuti kuliah saya


pada setiap Jumaat. Kebiasaannya setelah selesai
kuliah, dia akan naik ke rumah dan berbual-bual. Suatu
hari, dia bertanya soalan bahawa dia membaca
Tafsir Ibnu Kathir dalam bahasa Inggeris. Dalam Islam,
terdapat satu konsep pemisahan kuasa iaitu kerajaan

122
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
tidak boleh mencampuri urusan kehakiman. Tafsir itu
menyebut berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW
yang pernah mengamalkan perkara ini.

Nabi Muhammad SAW pernah membeli seekor


kuda daripada seorang Arab Badwi. Mereka sedang
tawar-menawar dan telah bersetuju. Tiba-tiba, datang
seseorang mengganggu Baginda untuk bertanya
berkenaan sesuatu perkara dan Baginda melayannya.
Apabila Baginda selesai, Arab Badwi tersebut hendak
menjual kuda itu kepada orang lain, sedangkan mereka
masih dalam majlis pembelian dan sudah bersetuju.

Rasulullah bertanya kepadanya,

“Saya sudah mahu membeli, kenapa


hendak dijual kepada orang lain?”

Jawapannya kerana orang lain ingin membeli


dengan harga yang lebih mahal. Maka berlakulah
sedikit perdebatan. Badwi tersebut mencadangkan
agar diadakan perbicaraan di mahkamah. Maka
dilantik seorang hakim. Setelah dibicarakan, Nabi SAW
menang kerana situasi tersebut berlaku dalam majlis
pembelian.

Walaupun Baginda seorang Rasul, Baginda


tidak merampas kuda tersebut. Sebaliknya, perkara
ini dibawa ke mahkamah dan dilantik seorang hakim.
Disebabkan muamalat tersebut berlaku ketika masih
dalam majlis, maka Nabi SAW menang.

123
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Saya hendak mencari teks berkenaan kisah ini
dalam bahasa Arab. Saya mengambil Tafsir Ibnu Kathir
dan terus menjumpainya pada akhir Surah al-Baqarah,
lalu saya tunjukkan kepadanya. Hal ini satu perkara
yang spontan dan sesuatu yang luar biasa. Jika Tuhan
tidak memberikan kurnia, sudah tentu tidak akan terjadi
sesuatu perkara.

Maknanya, apabila kita bekerja dengan niat


yang benar, Tuhan akan berikan kekuatan kepada
kita. Perkara terpenting ialah kita mencari keredhaan
Allah SWT walaupun manusia tidak suka. Akhirnya,
Allah dan manusia redha kepada kita. Kalau kita
mencari keredhaan manusia, akan dimurkai oleh Allah.
Walaupun hari ini manusia suka, akan tetapi akhirnya
orang tahu kita penipu. Manusia akan marah kepada
kita akhirnya.

SENTIASA DAHAGAKAN ILMU

Dengan sebab itu, kita mesti ikhlas, berani, dan


sentiasa menambahkan ilmu dari semasa ke semasa.
Kita mesti sentiasa mersakan bahawa ilmu kita terlalu
sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT.

Apabila Nabi Musa ditanya oleh Bani Israel:


“Wahai Rasulullah, siapa yang paling alim di dalam
dunia hari ini?” Musa berkata, “Akulah.” Lalu, Allah
SWT mewahyukan kepada Nabi Musa, “Wahai Musa,
kamu pergi belajar dengan seseorang. Kamu pergi
ke tempat pertemuan dua laut.” Orang tersebut
ialah Nabi Khidir sebagaimana terdapat dalam Surah
al-Kahf. Tempat tersebut mempunyai alamatnya. Lalu,
Nabi Musa AS pergi bersama Yusya‘ bin Nun dan dibuat
bekal ikan masin, lalu diletakkan di dalam bekas.

124
Ucapan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang
Dalam perjalanan, Nabi Musa AS berkata
bahawa Baginda tidak akan berhenti sehingga
berjumpa dengan orang tersebut. Apabila sampai di
satu tempat, Nabi Musa keletihan lalu tertidur. Selepas
itu, Baginda bangun untuk makan dan berjalan semula.

Sewaktu berjalan semula, masing-masing berasa


lapar lalu Baginda bertanya berkenaan bekal. Yusya‘
menyatakan dia terlupa lalu meceritakan bahawa
sewaktu berhenti di tempat sebelum ini, ikan tersebut
sudah dimakan separuh. Tiba-tiba, ikan tersebut
melompat hidup dan masuk ke dalam air lalu hilang.
Yusya‘ memaklumkan bahawa dia ingin memberitahu
kepada Musa, akan tetapi dia terlupa kerana telah
dilupakan oleh syaitan.
Musa memberitahu bahawa di situlah
tempat yang dicari oleh Baginda. Allah SWT telah
memaklumkan bahawa Baginda akan bertemu
dengan seseorang di tempat tersebut. Maka, Nabi
Musa berpatah balik untuk mencari tempat tersebut
mengikut bekas perjalanan di atas pasir sehinggalah
berjumpa dengan Nabi Khidir AS.

Secara ringkas ceritanya, Baginda menaiki kapal


seperti mana yang disebut dalam al-Quran. Sewaktu
menaiki kapal, Nabi Khidir menebuk kapal tersebut.
Sewaktu berada di atas kapal, datang seekor burung
ciak hinggap di tepi kapal. Kemudian, burung tersebut
terjun ke dalam air dan naik semula ke dalam kapal.
Nabi Khidir AS berkata:

“Wahai Musa, ilmu yang ada pada kita ini


laksana air yang diambil oleh burung ciak
di lautan yang luas ini. Ilmu yang ada pada
kita hanya sekadar itu. Jangan kita berasa

125
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
kita pandai kerana ilmu kita hanya sedikit.
Manakala, ilmu sebenar ialah lautan yang
terlalu luas ini.”

Mudah-mudahan, Allah SWT memberkati kita.


Teruskan kerja dan tugas dalam bidang dan lapangan
masing-masing. Apa yang penting ialah kita memberi
manfaat kepada manusia. Ilmu yang kita ada melalui
penulisan. Ini ialah perkara yang sangat penting.

126
Allah SWT telah mengurniai
kita nikmat Islam, nikmat yang
tidak boleh dibandingkan
dengan segala-galanya kerana
membawa kebaikan kepada
kita di dunia sehingga akhirat
yang kekal abadi.
Bahagian 4
SOAL JAWAB
AYAH CHIK
SOAL JAWAB AYAH CHIK:
SEMBANG SANTAI PPU

SOALAN:

Sewaktu mengikuti salah satu pengajian dengan


Ayah Chik dahulu, Ayah Chik ada menyebutkan
berkenaan golongan yang beroleh syurga tanpa
hisab. Antara ciri-ciri golongan tersebut ialah orang
yang bertawakal kepada Allah SWT. Bolehkah Ayah
Chik ceritakan semula berkenaan golongan yang akan
masuk ke syurga tanpa hisab tersebut?

TUAN GURU:

Nabi Muhammad SAW bersabda:

ِْ ‫ـل ا ْلَنَّـةَ ِمـ ْـن َهـ ُـؤَل ِء َسـبـْعُو َن أَلْ ًفــا بِغَـ‬
‫ـر‬ ُ ‫ـك َويَ ْد ُخـ‬َ ‫َهـ ِـذ ِه أ َُّمتُـ‬
‫ـاض الْ َقـ ْـو ُم َوقَالُــوا‬
َ ‫ـن َلـُ ْـم فَأَفَـ‬ ْ ِّ َ‫ـل َوَلْ يـُب ـ‬ ٍ ‫ِح‬
َ ‫ســاب ُثَّ َد َخـ‬ َ
‫هلل َواتـَّبـَْعنَــا َر ُســولَهُ فـَنَ ْحـ ُـن ُهـ ْـم أ َْو‬ ِ ‫َْنــن الَّ ِذيــن آمنَّــا ِب‬
َ َ ُ
ِ ‫الس َلِم فَِإ َّن ولِ ْد َن ِف ا ْل‬
ِ‫اهلِيَّة‬ ِ ِ ِ ِ َّ
َ ُ ْ ْ ‫ين ُول ُدوا ف‬ َ ‫أ َْوَل ُد َن الذ‬
‫ـال ُهـ ُـم الَّ ِذيـ َـن َل يَ ْسـتـَْرقُو َن َوَل‬ َ ‫ـي فَ َخـ َـر َج فـََقـ‬ َّ ِ‫فـَبـَلَـ َغ النَّـ‬
.‫يـَتَطَي ـَّ ُـرو َن َوَل يَ ْكت ـَ ُـوو َن َو َعلَــى َرّبِِـ ْـم يـَتـََوَّكلُــو َن‬
“Ini adalah umat engkau dan ada di kalangan
umat engkau akan masuk syurga tanpa hisab
yang mana jumlahnya hanya 70,000.”

Kemudian Nabi SAW masuk ke rumah Baginda


tanpa menjelaskan kepada para sahabat (tentang

129
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
sifat atau ciri orang yang akan masuk syurga tanpa
hisab). Maka mulalah orang ramai berkumpul. Mereka
berkata:

“Kami adalah kaum yang beriman dengan Allah


dan mengikut utusan-Nya. Maka kami ada golongan
yang akan masuk syurga tanpa hisab atau golongan
tersebut adalah dari kalangan anak kami yang lahir
dalam keluarga Islam walaupun kami lahir di zaman
Jahiliyyah.”

Perkara ini sampai kepada Nabi lalu Baginda


keluar dari rumahnya dan bersabda:

“Orang yang akan masuk syurga tanpa hisab


adalah mereka yang tidak meminta jampi,
tidak menilik nasib, tidak mencederakan
dirinya dan sentiasa bertawakal kepada
Tuhan.”

Riwayat al-Bukhari 6472

Dalam riwayat lain, diceritakan:

َ ‫ قَـ‬.‫اللَ أَ ْن َْي َعلَـ ِـي ِمنـْ ُهـ ْـم‬


:‫ـال‬ َّ ُ‫ ا ْدع‬:‫ـال‬ َ ‫ فـََقـ‬،ُ‫ـام عُ َّكا َش ـة‬ َ ‫فـََقـ‬
َِّ ‫ـي‬
ُ‫ ا ْدع‬،‫الل‬ َّ ِ‫ َي نَـ‬:‫ـال‬ َ ‫ فـََقـ‬،‫ـل‬ ٌ ‫ـام َر ُجـ‬ َ ‫” قَـ‬. ‫ـت ِمنـْ ُهـ ْـم‬
َ ‫ فـََقـ‬:‫ـال‬ َ ‫“أَنْـ‬
”.ُ‫ك ِبَــا عُ َّكا َشـة‬ َ ‫“سـبـََق‬
َ :‫ـال‬ َ ‫ قَـ‬.‫اللَ أَ ْن َْي َعلَـ ِـي ِمنـْ ُهـ ْـم‬
َّ
“Kemudian, ‘Ukkasyah bin Mihsan berkata,
“Rasulullah, saya termasuk!” Rasulullah
berkata, “Kamu termasuk.” Sahabat lain
berkata, “Saya termasuk!” Lalu Nabi berkata,
“‘Ukkasyah mendahuluimu.”

Riwayat Muslim 218

130
Soal Jawab
Ayah Chik
‘Ukkasyah ialah orang yang pertama yang akan
dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Terdapat
orang-orang tua zaman dahulu yang menjual kitab
‘Doa ‘Ukkasyah’. Hakikatnya, ‘Ukkasyah tidak masuk
syurga dengan doa tersebut. Dia dimasukan ke dalam
syurga disebabkan tawakalnya kepada Allah SWT.
‘Ukkasyah syahid dalam peperangan menentang
orang murtad zaman Saidina Abu Bakar RA. Beliau
masuk syurga terlebih dahulu tanpa hisab.

Hadith ini tidak bermaksud kita dibenarkan


menggunakan jampi krana Nabi SAW juga pernah
menjampi menggunakan ayat al-Quran. Sebenarnya,
kita hanya tidak dibenarkan percaya pada jampi.
Tambahan pula, jampi datangnya dari jin, syaitan dan
iblis.

Seterusnya, merujuk ahli nujum berkenaan nasib


merupakan amalan orang-orang Arab pada zaman
dahulu. Kita percaya kepada Allah SWT dan kita
bertawakal. Kita ikhtiar dan bertawakal kepada Allah.
Ikhtiar tetap diperlukan dan salah jika bertawakal
tanpa ikhtiar. Jika tidak ada ikhtiar, kita seolah-olah
menjadikan Allah sebagai hamba kita, bukan kita
sebagai hamba Allah.

Sewaktu zaman Nabi Muhammad SAW, seorang


Badwi datang dengan untanya lalu berkata: “Unta
ini saya serah kepada Allah SWT,” lalu dia masuk ke
dalam masjid. Apabila dia keluar, dia mendapati
untanya sudah hilang tidak ditambat. Dia mencari-
cari sehingga ke dalam kebun. Dia berkata, “Saya
sudah bertawakal kepada Allah SWT.” Lalu dia diajar,
“Tawakal bukan bermakna kamu melepaskan unta
kamu. Bertawakkallah dan tambat unta kamu.”

131
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Jika kita sakit, mesti berubat, baru bertawakal
kepada Allah. Kita mesti mencari rezeki, berikhtiar dan
berniaga kemudian bertawakal kepada Allah SWT.
Tugas kita adalah ikhtiar. Jika rugi, kita bersabar. Jika
untung, kita bersyukur.

Dalam Islam ada kes pengampunan kes kepada


hukuman qisas. Qisas adalah hukuman kepada
kesalahan mencederakan orang termasuk membunuh.
Dalam Islam, qisas boleh diampunkan. Orang yang
boleh mengampunkannya ialah mangsa kezaliman
atau keluarga mangsa. Situasi seperti ini adalah situasi
yang sulit dan sukar bagi seseorang. Contohnya, ayah
kita telah dibunuh, kemudian pembunuhnya dijatuhkan
hukuman bunuh. Tiba-tiba satu keluarga bersepakat
untuk memaafkan dia dan dibayar dengan diyat
sebagai ganti rugi. Selain itu, terdapat juga situasi di
mana diyat tersebut juga dimaafkan.

Justeru, antara ciri-ciri orang yang


mendapat syurga tanpa hisab adalah
orang yang memaafkan. Walaupun dia
telah dizalimi namun dia maafkan. Orang
sebegini akan masuk ke syurga tanpa
hisab dan telah disebutkan dalam hadis.
Hal ini dia ialah orang yang percaya pada
hari akhirat dengan sebenar-benarnya
lalu dia tidak berkira akan urusan dunia.

132
Soal Jawab
Ayah Chik
Undang-undang kita juga memberi keizinan
untuk mengampunkan di dalam ‘Lembaga
Pengampunan’. Pengerusinya ialah Agong atau Raja-
raja Negeri, Peguam Negara dan ahli-ahli lembaga.
Mereka boleh mengampunkan kesalahan jenayah.
Dalam Islam, semua orang berhak mengampunkan.
Perkara ini bukan sesuatu yang mudah kerana
dia memaafkan kesalahan orang terhadapnya.
Tuhan memilihnya untuk diberikan hidayah agar
mengampunkan orang lain. Itu adalah di antara orang
yang benar-benar percaya pada hari akhirat.

Disebut juga dalam hadis berkenaan orang


yang sangat jahil. Dia langsung tidak diajar dan dididik
dengan agama. Pada hari kiamat, mereka ini akan
dihisab tetapi hisabnya mudah. Suratan amal akan
dibawa lalu dia melihat sayup mata memandang
suratan amalannya yang penuh dengan amalan
yang jahat sehingga dia tersandar. Tuhan bertanya
kepadanya,

“Wahai Hambaku, adakah malaikatku silap


menulis amal-amalmu ini?”

Jawabnya,

“Tidak wahai Tuhanku. Saya memang berbuat


dosa. Tidak ada kebajikan yang saya lakukan.”

Dia mengaku pada Tuhan. Lalu Allah berkata:


“Aku simpan di sisi Aku, sila kamu ambil.” Lalu diambil
tiba-tiba terdapat kalimah ‘La ilaha illallah’. Dia
percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Apabila ditimbang kalimah tersebut, timbangannya
menjadi berat lalu dia dimasukkan ke dalam syurga.

133
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Perkara ini mungkin berlaku kepada orang yang
dilahirkan dalam keadaan sangat bebal dan jahil di
tengah masyarakat yang tidak mengambil tahu. Akan
tetapi, di dalam hatinya masih mempunyai iman dan
Islam. Kisah ini menunjukkan bahawa Iman merupakan
perkara yang penting bagi setiap individu.

SOALAN:

Apakah amalan yang boleh Tuan Guru kongsikan


kepada kami apabila ingin memulakan sesuatu
penulisan?

JAWAPAN:

Antara amalan khusus sebelum kita menulis


sudah tentulah kita perlu banyak membaca.

Kaedah membaca yang


pertama adalah membaca
dengan tujuan mencari ilmu
serta ikhlas.
Kita mesti memilih buku daripada penulis yang
benar-benar mahir, beramal dan berjuang dengan
ilmunya. Bahkan terdapat di kalangan mereka yang
mati disebabkan perjuangan ilmu.

Sebagai contoh, penulis-penulis buku yang


sangat hebat seperti Imam Bukhari, Imam Muslim,
Imam Ghazali dan imam-imam mazhab yang empat.
Mereka adalah orang-orang yang alim dan berjuang
serta dipenjarakan kerana menentang kezaliman.
Mereka bukan sahaja menulis hukum bahkan mereka

134
Soal Jawab
Ayah Chik
juga menegakkan hukum tersebut dan tidak tunduk
kepada sesiapa sahaja. Akhirnya, mereka diseksa.

Selain itu, antara orang yang beramal dan


berjuang dengan ilmunya ialah Hassan al-Banna.
Akhirnya, beliau ditembak mati. Tulisannya menjadi
peninggalannya. Syed Qutb juga seorang ulama’
yang beliau dihukum gantung disebabkan
penulisannya. Akhir sekali, al-Maududi juga merupakan
seorang berjuang dengan ilmu yang ditulisnya.

Ada orang yang memilih untuk menjadi ahli


akademik sahaja tetapi tidak mahu berjuang. Ilmu
yang dimiliki hanya untuk dijual. Namun, dia tidak
berjuang dengan tulisan tersebut.

Kaedah yang kedua ialah:


Apabila membaca, sebaik-
baiknya mengingat apa yang
dibaca.
Perkara ini sukar kerana banyak perkara yang
perlu diingat ketika membaca. Semampunya, kita
cuba mengingat perkara yang dibaca dengan
menulisnya dan mencatat kerana takut selepas itu kita
sudah terlupa.

Sewaktu saya pernah baca buku ayah saya,


di belakang bukunya terdapat catatan berkenaan
sesuatu perkara di muka surat tertentu. Cara tersebut
memudahkan kita untuk merujuk semula. Zaman

135
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
tersebut tidak ada laptop seperti zaman sekarang.
Justeru, jangan membaca dengan cara bercelaru
begitu sahaja kerana ilmu tersebut akan hilang.
Ulama’ menyebutkan:

. ‫العلم سيد والكتابة قيد‬


“Ilmu laksana binatang buruan, tulisan ialah
ikatannya.”

Al-‘Ilmu 146 oleh Abu Khaitsamah

Di samping itu, ulama’-ulama’ zaman dahulu


akan berwudhuk ketika menulis. Mereka menganggap
penulisan ini adalah satu kebajikan. Disebabkan
itu, mereka berwudhuk walaupun ianya bukan satu
kewajipan. Contohnya, Imam Bukhari menulis Sahih
Bukhari. Setiap hadith yang ditulis dalam Sahih Bukhari
dalam keadaan berwudhuk setelah menunaikan
solat sunat istikharah. Perkara tersebut telah menjadi
keberkatan orang zaman dahulu.

SOALAN:

Apa peranan saya sebagai seorang isteri yang ingin


mendekatkan suami kepada perjuangan?

JAWAPAN:

Kita memang mengharapkan keluarga kita semua


dalam keadaan selamat dan baik. Allah SWT berfirman
di dalam al-Quran:

136
Soal Jawab
Ayah Chik

‫ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡﯱ‬
“Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala).”

Surah al-Tahrim: 6

Termasuk Nabi SAW sendiri, Allah SWT berfirman:

‫ﭿﮀﮁﮂ‬
“Dan berilah peringatan serta amaran kepada
kaum kerabatmu yang dekat.”

Surah al-Shu’ara’: 214

Allah SWT memerintahkan supaya Nabi


Muhammad SAW berdakwah kepada keluarganya
terlebih dahulu. Baginda memperoleh kekuatan
dengan berdakwah kepada keluarganya sendiri.
Adapun hidayah datang daripada Allah.

Rasulullah SAW pernah menyeru keluarganya


dalam kalangan Bani Hashim dan Bani Muttalib.
Baginda berdakwah kepada mereka dan
memberitahu bahawa Baginda telah dilantik menjadi
Rasul. Walaupun Baginda seorang Rasul, Baginda tidak
dapat menolong keluarganya apabila syurga atau
ke neraka selama-lamanya. Hanya Islam yang boleh
menyelamatkan mereka. Dalam kalangan keluarga
Nabi, terdapat mereka yang memeluk Islam. Terdapat
juga mereka yang tidak memeluk Islam namun

137
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
mempertahankan Baginda. Begitu juga mereka yang
tidak memeluk Islam yang menentang Baginda.

Tanggungjawab kita adalah menyelamatkan


keluarga kita sekadar kemampuan selagi mereka tidak
meninggal dunia. Rasulullah SAW berdakwah kepada
bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib sehingga dalam
keadaan nazak. Walaupun begitu, Baginda masih
mengajaknya kepada Islam. Terdapat dalam kalangan
keluarga kita yang memeluk Islam dan mengajak
keluarganya memeluk Islam. Apa yang menarik,
terdapat mereka yang memeluk Islam pada saat-saat
akhir sebelum kematian. Kematian adalah penentuan
tanggungjawab kita mengajak orang kepada Islam
sekadar kemampuan.

Jika kita katakan kita tidak berjaya, begitu juga


Nabi Ibrahim di mana ayahnya juga tidak memeluk
Islam. Isteri Nabi Nuh juga tidak memeluk Islam
manakala anaknya ditenggelami banjir. Betapa
sayangnya Nabi Nuh kepada anaknya sehingga

138
Soal Jawab
Ayah Chik
Baginda berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diizinkan. Begitu juga Nabi Lut yang hanya mampu
menyelamatkan anaknya sahaja manakala isterinya
telah diazab bersama kaumnya. Selain itu, pemaisuri
Firaun yang taat kepada Nabi Musa namun suaminya
menentang Baginda.

Jika dalam keluarga kita mempunyai masalah


isteri, anak, ayah, begitu juga yang dialami para
Nabi. Walau bagaimanapun, tanggungjawab kita
ialah mengajak kepada yang baik dan mencegah
kemungkaran. Allah SWT yang akan memberi hidayah.
Disebabkan itu, kita tidak boleh hanya mengajak
semata-mata. Dakwah itu perlu diseiringkan dengan
doa.
Terdapat sebuah keluarga Kadazan di Sabah di
mana semua ahlinya memeluk Islam. Bermula dengan
abangnya yang memeluk Islam diikuti dengan adik-
beradiknya yang lain. Mereka bertemu dengan ibu dan
ayah mereka untuk diajak memeluk Islam. Ayahnya
bersedia tetapi ibunya tidak bersedia.

Akhirnya abangnya mengatakan bahawa ajaran


Islam menyatakan jika ibu dan ayah tidak bersama-
sama memeluk Islam, kita tidak akan bersama selepas
mati. Mendengarkan kenyataan itu, ibunya menangis.
Ayahnya meminta tempoh selama seminggu dan
selama masa itu, mereka adik-beradik berpuasa.
Selepas seminggu, ibu dan ayahnya memeluk Islam
namun mereka tidak sempat berjumpa dengan
ayahnya kerana telah meninggal dunia.

Tanggungjawab kita ialah menyelamatkan


keluarga sekadar kemampuan. Sekiranya kita
menjumpai orang yang lemas di dalam air pasti
kita akan tolong bukan? Kita pasti akan terjun dan

139
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
selamatkan dia. Itu hanya lemas dalam air, ini lemas
aqidah. Lemas aqidah adalah lebih teruk daripada
lemas air.

Sayangnya kita menganggap agama


merupakan perkara yang tidak penting. Disebabkan
itulah, terasa lemas dalam agama bukan perkara yang
besar bagi kita. Lemas di dalam air, kita akan mati
syahid tetapi lemas dalam agama kita akan masuk
Neraka. Perkara ini lebih parah. Oleh sebab itu kita
perlu bersungguh-sungguh menyelamatkan keluarga
dan suami kita.

Terdapat satu kisah yang menarik berlaku di


kawasan saya. Beliau seorang pemuda Melayu dan
bekerja sebagai pemandu pelancong. Dia bertemu
dengan seorang perempuan berkulit putih. Perempuan
tersebut berkenan dengannya tetapi tidak sanggup
masuk Islam. Akhirnya, dia memeluk Islam juga. Dia
mengajak lelaki tersebut pulang ke England.

Mereka pulang ke England dan belajar agama


di sana sehingga tidak mahu pulang lagi ke kampung
halaman lelaki tersebut. Setelah mendapat anak,
mereka menghantarnya ke tadika Islam. Mereka tidak
mahu balik ke Malaysia kerana takut rosak (aqidah)
disebabkan kampung lelaki tersebut dalam keadaan
bercelaru. Isterinya yang baru sahaja memeluk Islam
telah menyelamatkan suami yang Islam.

Apa yang pasti, kita mesti menunaikan


tanggungjawab kita. Selagi jantung berdenyut dan
selagi kita mempunyai nyawa dan tenaga, kita
perlu berusaha menyelamatkan orang lain kerana
kejayaannya tidak ternilai harganya di sisi Allah SWT.

140
Soal Jawab
Ayah Chik
Apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia
yang telah bebas (merdeka) untuk membantu
mereka? Apakah peranan yang kita boleh mainkan
supaya bangsa yang paling tertindas di dunia dapat
dibantu. Bagaimanakah caranya?

JAWAPAN:

Terdapat dua perkara yang kita perlu fahami


berkenaan pelarian Rohingya?

Pertama, Kita wajib membantu dari sudut


kemanusiaan. Malaysia adalah negara yang paling
banyak menerima pelarian berbanding Indonesia
dan negeri-negeri lain. Walaupun kita tidak bersetuju
dengan kerajaan dahulu, tetapi dalam masalah
kemanusiaan, Malaysia paling banyak menerima
orang Rohingya.

Kedua, kita wajib menyelamatkan


negaranya. Rohingya mempunyai ni ada tanah air
sendiri. Justeru, kita mesti merdekakan tanah air
mereka. Kita tidak mahu mereka menjadi pelarian,
tetapi kita mahu mereka menjadi orang yang berhijrah.
Hijrah dan pelarian membawa maksud yang berbeza.
Pelarian ialah mereka yang tidak boleh kembali ke
negara asal manakala hijrah ialah mereka datang
dan berjuang untuk pulang semula ke negara asal.
Oleh itu, kita mesti mempunyai rancangan dari negara
umat Islam untuk membebaskan Rohingya daripada
penjajahan bukan Islam.

Usaha yang telah dilakukan sebenarnya bukan


sekadar menerima pelarian sahaja. Kami pergi ke
Thailand untuk berjumpa dengan Almarhum Surin,

141
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Menteri Luar Thailand yang beragama Islam. Nama
Siamnya Surin, nama Islamnya Abdullah Halim dan
beliau ialah seorang yang sangat berjasa. Oleh kerana
Thailand adalah negeri yang agama rasminya Buddha
maka Rohingya juga Buddha. Kita pergi pujuk Buddha
Thailand supaya jangan terikut dengan Buddha
Rohingya yang menindas orang Islam. Agama Buddha
sebenarnya tidak ada politik dan penindasan. Akan
tetapi Rohingya di Burma adalah Buddha yang ganas.
Orang Buddha di Thailand tidak menyokong Buddha
di Rohingya dan itu merupakan satu kejayaan kepada
kita.

Perjuangan untuk membebaskan


Rohingya mesti dilakukan dan
perlu ada pejuang-pejuang yang
berjuang untuk membebaskannya.
Bahkan salah seorang panglima tentera kita
telah pergi ke Rohingya. Ada seorang panglima
tentera Jeneral yang sudah bersara bercerita kepada
saya. Dia telah berjumpa dengan panglima tentera
Rohingya dan memberitahu mereka supaya tidak
menindas dan menyeksa orang Islam. Panglima ini
benar-benar berani dan bukan sebarang panglima.
Panglima Rohingya menyatakan bahawa jika mereka
tidak menghalang umat Islam, Burma akan jadi seperti
Malaysia dan Indonesia. Rupanya mereka takut Islam
berkembang.

Sebagai maklumat tambahan, Rakhine adalah


wilayah Islam sejak beratus tahun dahulu. Apabila
British menjajah Burma, Islam diabaikan dan tidak diberi
hak. Kerajaan Rohingya tidak memberi kerakyatan
kepada orang Islam. Kini, lslam tidak hanya ditindas

142
Soal Jawab
Ayah Chik
di Rohingya tetapi juga di India. Terdapat kerajaan
Hindu yang fanatik dengan agamanya tidak mahu
memberikan kerakyatan kepada orang Islam. Maka,
wajib bagi orang Islam berjuang untuk membantu
saudara mereka. Perjuangan ini bukan wajib di atas
nama kemanusiaan tetapi di atas nama pembebasan
tanah air daripada penaklukan orang bukan Islam.

SOALAN:

Bagaimana saya dapat yakinkan diri saya


bahawa pegangan saya adalah tawakkal kepada
Allah dan bukan over-confident dan kesombongan?

JAWAPAN:

Over-confident adalah perkara yang boleh


merosakkan diri sendiri. Sebagai contoh, peristiwa
Perang Hunain selepas Fathu Makkah. Sewaktu
Perjanjian Hudaibiyah, jumlah umat Islam hanya seribu
orang sahaja. Apabila Quraisy melanggar perjanjian,
ramai orang yang telah memeluk Islam. Sewaktu
berlaku peristiwa Fathu Makkah, jumlah orang Islam
telah mencecah sepuluh ribu.

Sewaktu peperangan Badar, Uhud, dan


perjanjian Hudaibiyyah, jumlah umat Islam hanya 1,000
orang. Para sahabat yakin bahawa mereka tidak
boleh dikalahkan kerana jumlah mereka kini telah
mencecah 10,000. Namun, Allah SWT telah mengajar
mereka dalam peristiwa Hunain. Mereka pergi ke
Hunain dengan jumlah 10,000 bala tentera, jumlah
yang sangat besar. Over-confident.

143
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Apa yang menarik pada masa itu, Nabi
meminta bantuan orang bukan Islam yang telah
tunduk kepada Islam di Makkah. Hakim bin Hizab ialah
seorang penduduk Makkah yang belum Islam. Nabi
menunjukkan mukjizatnya dan Nabi bersabda, “Wahai
Hakim! Aku tahu kamu ada simpan senjata di tempat
ini (bukit ini).” Sedangkan, tidak ada siapa yang tahu.
Pada waktu itu, Abu Sufyan telah memeluk Islam
sedangkan Hakim belum memeluk Islam. Lalu, Hakim
membawa senjata dan menunjukkannya kepada Nabi.
Nabi ditanya oleh Hakim, “Pinjam atau rampas?” Nabi
kata, “Pinjam sahaja.” Lalu, mereka pergi ke Hunain
dengan over-confident. “Kita tak mungkin dikalahkan
lagi.”

Akhirnya, mereka diajar oleh Allah SWT dan


dikepung oleh musuh di sekeliling Bukit Hunain. Hunain
ialah satu lembah yang mengelilingi bukit. 10,000 bala
tentera lari bertempiaran meninggalkan 100 orang
sahaja. Jadi, mereka yang over-confident tadi lari dan
hanya tinggal 100 orang.

Hakim bin Hizab mempunyai semangat taasub


kepada kaum Quraisy Makkah. Rasulullah seorang
Quraisy begitu juga dengannya. Abu Sufyan ialah
seorang mualaf. Apabila melihat orang Islam dalam
keadaan kelam-kabut, Abu Sufyan membuka nujum.

“Muhammad menang, atau Muhammad kalah.”

Lalu, Hakim bin Hizab menengking dan berkata,


“Hish! Mengapa kamu ini masih ragu-ragu? Aku lebih
rela Quraisy menang daripada Hawazin menang.”
Disebabkan semangat kaum, akhirnya Hakim bin Hizab
memeluk Islam. Kesimpulannya, over-confident ini
menyebabkan Allah mengajar mereka.

144
Soal Jawab
Ayah Chik
Jemaah haji yang pergi ke Makkah selalu terjadi.
Mereka pergi ke Makkah untuk melakukan tawaf, “Kali
ini, aku nak tawaf, aku kuat, aku gagah, boleh pergi
ke tempat Hajar al-Aswad.” Biasanya, orang begini
akan kena lenyek semasa tawaf. Kalau dia merasakan
bahawa dia kuat dan gagah, maka dia perlu berjaga-
jaga.

Begitu juga kalau kita Sebaliknya jika


merasa ‘syok sendiri’ dalam
ada keberkatan, bukan
menulis. Kita terkadang
seronok, namun rupa- sahaja orang akan
rupanya orang tak sambut minat, bahkan dapat
pun buku kita. Percayalah, mengubah pemikiran
sebenarnya buku kita orang. Over-confident
tidak akan laku kerana akan menyebabkan
orang tidak akan berminat
apa yang kita sumbang
walau terbaik bagaimana
itu menjadi habuk dan
sekalipun.
tidak ada keberkatan.

SOALAN:

Apa nasihat ustaz kepada kami sebagai isteri,


perkara yang kami perlu lakukan dan bagaimana
kami dapat mengatasi situasi apabila tersepit di antara
suami dan penulisan?

JAWAPAN:

Kita sebagai isteri yang menulis perlu menunaikan


tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.
Sebenarnya, Tuhan memberi kita masa yang cukup
iaitu selama 24 jam. Kita tidak boleh menambah 30
jam. Tuhan sudah cukupkan masa kita tidur, bekerja
dan sembahyang. Kita sembahyang tidak sampai satu

145
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
jam. Walau bagaimanapun, masih ada mereka yang
beralasan tidak ada masa untuk menunaikan solat.
Bahagikan masa untuk melayan suami, rehat dan
sebagainya kerana Tuhan telah mencukupkan masa
untuk kita.

Perjuangan terhadap agama ini ada masanya


menjadi fardhu kifayah dan ada masanya menjadi
fardhu ‘ain. Hukumnya menjadi fardhu kifayah apabila
Islam dalam keadaan elok, baik, dalam keadaan
memerintah dan berdaulat. Sudah ada pihak tertentu
yang menjalankan tanggungjawabnya, maka tugas ini
menjadi fardhu kifayah.

Kadang-kadang hukum perjuangan menjadi


fardhu ‘ain apabila Islam dan umatnya dalam
keadaan bahaya. Ulama’ feqah menyebutkan
hukumnya berubah menjadi fardhu ‘ain apabila
musuh sudah menyerang negeri Islam dan sempadan
sudah dicerobohi. Pada masa itu, jihad menjadi fardhu
‘ain untuk tiap-tiap lelaki dan perempuan serta kanak-
kanak yang mampu.

Zaman sekarang bukan peperangan senjata,


tetapi serangan pemikiran yang masuk ke dalam
rumah. Serangan media dan pemikiran telah masuk.
Maka, jihad mempertahankan Islam menjadi fardhu
‘ain kepada setiap orang.

Kita kena sedar bahawa kewajipan kita adalah


memberi kefahaman Islam. Tanggungjawab ini perlu
ditunaikan mengatasi tanggungjawab kita kepada
suami dan orang lain. Peruntukkan masa dengan suami
dan masa untuk kita menyelamatkan, termasuklah
anak-anak kita sendiri yang diserang pemikirannya.

146
Soal Jawab
Ayah Chik
SOALAN:

Bilakah saat paling bawah (lemah semangat)


atau paling jatuh (down) bagi Tuan Guru dalam
seumur hidup, sama ada dalam politik atau keluarga
yang mungkin boleh dikongsikan kepada kami sebagai
pedoman hidup?

JAWAPAN:

Saat paling down yang saya pernah alami


bukan sahaja peristiwa kampung, bahkan peristiwa
antarabangsa. Saya terlibat dalam usaha damai di
Afghanistan berperang bersama mujahidin. Saya
mengikut rombongan Ustaz Fadzil pimpinan gerakan
Islam yang lain untuk mendamaikan di kalangan
mujahidin. Kami pergi berjumpa dengan mereka dan
berpesan supaya jangan berperang. Saya juga pernah
berusaha untuk mendamaikan Acheh dan Jakarta.

Dalam PAS, saya pernah mengalami peristiwa


di Kelantan. Kelantan jatuh pada tahun 1979. Saya
baru balik, dan seorang pemimpin muda pada masa
itu. Saya ditugaskan menjadi pemimpin pusat dalam
usia 30 tahun. Di atas saya Tuan Guru Nik Aziz yang
berusia 60 tahun dan lain-lain. Saya bersama dengan
mereka menghadapi krisis yang getir sehingga jatuh
di Kelantan dua kerusi, Terengganu kosong, manakala
Kedah empat kerusi. Di peringkat parlimen hanya
tinggal satu kerusi sahaja. PAS menghadapi fitnah kafir-
mengkafir. Inilah saat yang sangat getir selain rakan-
rakan ditahan di ISA dalam peristiwa Memali.

147
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Akan tetapi, saya tidak pernah merasa saat
paling susah selain daripada peristiwa baru-baru ini.
Waktu itu negara kita dikuasai oleh dominasi bukan
Islam pasca-Pilihan Raya Umum ke-14.

Inilah saat yang getir dalam


usaha ingin menyelamatkan
negara. Saya terpaksa berjumpa
dengan pimpinan-pimpinan
politik untuk mengubah
keadaan.
Demokrasi di negara kita orang Islam hampir 70%,
tetapi negara telah dikuasai oleh orang bukan Islam.
Saya berjumpa dengan Tun Mahathir, Presiden UMNO,
dan semua. Seterusnya, kita berfikir mengumpulkan
ahli-ahli Parlimen daripada orang Islam dan orang
bukan Islam yang tidak ekstrem dengan jumlah yang
cukup sehingga menjatuhkan PH dan membentuk satu
kerajaan baharu.

Sewaktu pergolakan ini berlaku, ada yang


datang dan ada yang mengundurkan diri. Dalam
keadaan begini terkadang membuatkan saya rasa
nak pitam. Tapi, Allah SWT izinkan saya bertahan.
Saya baru menjalani pembedahan jantung. Doktor
nasihatkan agar dimasukkan ke dalam wad tetapi
tidak jadi. Sudah beberapa kali saya hampir pulang
ke Terengganu, tetapi apabila setiausaha politik saya
menelefon, saya terpaksa berpatah balik walaupun
telah membeli tiket.

148
Soal Jawab
Ayah Chik
Pada waktu itu, jasad dan fikiran saya dalam
keadaan letih. Itulah saat yang paling getir yang saya
rasakan dalam hidup saya. Akan tetapi, Allah SWT
mendatangkan hasil yang sangat bermakna selepas
itu. Sehingga kita berjaya menubuhkan kerajaan
yang ada pada hari ini. Walaupun majoritinya
dianggap kecil tetapi ianya mengembalikan
kuasa Islam. Hanya tinggal usaha untuk
menyatukan balik umat Islam dan mengajak
bukan Islam. Inilah masa yang mencabar bagi
saya.

SOALAN:

Pertama, mohon Tuan Guru jelaskan kepada


kami supaya kami tidak berasa ‘syok’ sendiri apabila
menulis supaya kita sentiasa boleh meletakkan rasa
rendah diri.

Kedua, sebagai penulis, apa yang boleh kami


bantu government (kerajaan) atau gerakan Islam di
Malaysia ini?

Ketiga, adakah kami (penulis) boleh dibantu juga


(oleh kerajaan dan gerakan Islam) untuk kami percaya
kepada kerajaan supaya kita sama-sama dapat saling
membantu untuk kebaikan Islam di Malaysia.

JAWAPAN:

Pertama, kita jangan syok sendiri kerana ianya


adalah sikap iblis. Iblis dilaknat oleh Allah SWT kerana
dia menganggap dirinya lebih baik dari Adam. Dia
dijadikan daripada api sedangkan Adam diadikan
daripada tanah. Inilah contoh perasaan ‘syok sendiri’

149
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
yang menjadikannya takabbur sedangkan dia telah
melihat syurga, neraka dan mengetahui keadaan hari
kiamat. Kita tidak berdialog dengan Tuhan tetapi iblis
berdialog dengan Tuhan. Disebabkan perasan ‘syok
sendiri’ itulah menjadikannya berani untuk melawan
Tuhan sehingga membinasakan dirinya sendiri.

Saya juga terkadang akan datang perasaan


‘syok sendiri’. Oleh itu, kita perlu memohon isti‘azah,
minta perlindungan Tuhan daripada syaitan. Semua
ini adalah perangai iblis yang kita perlu buang
terutamanya apabila ada orang memuji kita. Dalam
satu hadis disebutkan satu doa yang digalakkan kita
membacanya ketika dipuji yang bermaksud:

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku lebih


baik daripada pujian ni dan ampunilah
aku dengan sebab pujian ini.”
Kedua, sumbangan kita kepada gerakan Islam.
Kita berperang secara demokrasi dan demokrasi ini
adalah kesedaran rakyat. Kita menghadapi keadaan
orang Islam yang tidak sedar. Contohnya saya sebagai
orang politik, kerja politik ini bukan kerja yang senang
dan paling susah sebenarnya.

Dalam negara demokrasi, satu undi akan


mendapat satu kuasa. Betapa pentingnya satu undi.
Orang bukan Islam yang tinggal di Australia sanggup
balik untuk mengundi demi memenangkan Pulau
Pinang dan Ipoh. Ada yang bekerja hutan balak di
Sarawak balik mengundi di Ipoh. Kita (orang Islam) tak
daftar mengundi. Baginya tidak penting seolah-olah
sama sahaja jika sesiapa pun yang memerintah.

150
Soal Jawab
Ayah Chik
Sedangkan, dia tidak tahu bahawa undi tersebut
ialah penentu kuasa pemerintahan negara. Siapa
yang mendapat undi yang lebih, dia yang memerintah
negara. Kita tidak mengundi kerana tidak faham dan
menganggapnya tidak penting. Namun, kita tidak
sedar ianya mempengaruhi harga minyak, yang akan
mempengaruhi masalah pasaran. Selain itu, runtuhnya
akhlak kerana undang-undang yang tidak berdaulat.

Imam Ghazali menyebutkan bahawa agama


itu adalah asas manakala politik itu penaungnya.
Jika tidak ada agama, akan runtuh manakala jika
tidak ada penaung, segala-galanya adalah sia-
sia. Jadi, kesedaran orang kita terhadap pentingnya
mempertahankan kuasa ni perlu dititik beratkan.
Tambahan pula, apabila kita telah berjaya masuk ke
dalam parlimen supaya umur 18 tahun dapat mengundi
secara automatik.

Sebenarnya kemenangan ini mencapai satu


peringkat kejayaan. Majoriti orang Islam adalah
berusia 18 tahun. Apabila mereka boleh mengundi,
secara automatik jumlah orang Islam menjadi ramai.
Hal ini kerana kelahiran orang Islam lebih ramai dari
orang bukan Islam. Akan tetapi jika tiada kesedaran
untuk keluar mengundi, tidak ada tanggungjawab,
kemenangan ini tidak bermakna.

Kuasa dapat diambil oleh orang lain seperti kaum


Nabi Nuh. Mereka tersedar apabila banjir besar dan
taufan sudah berlaku. Pada waktu itu, semuanya sudah
tidak ada erti lagi. Keadaan ini termasuklah kepada
mereka yang ingin mencapai cita-cita dengan segera
sehingga tidak mempedulikan matlamat kuasa Islam.

151
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
Ketiga, penulisan merupakan perkara yang
sangat penting. Sumbanglah apa sahaja kebolehan
yang dapat menyedarkan masyarakat sama ada
melalui cerita atau kisah. Bahkan dalam sejarah
manusia pernah berlaku, iaitu dalam buku ‘Kalilah wa
Dimnah’. Buku ini adalah cerita berkenaan binatang-
binatang yang berdialog sesama mereka. Asalnya
buku ini ditulis dalam bahasa Sanskrit berkenaan
seorang raja di India yang sangat zalim dan tidak ada
sesiapa yang sanggup menasihatinya.

Makanya, seorang penulis menceritakan


berkenaan binatang seperti arnab, lembu dan kura-
kura. Dia menulis buku tersebut lalu dihadiahkan
kepada raja. Pada peringkat awalnya raja tersebut
merasakan dirinya disindir dan marah. Lama kelamaan
dia berasa seronok membacanya lalu timbullah
kesedaran padanya. Buku tersebut dikeluarkan dalam
bentuk nasihat. Cerita buku tersebut hanya berbentuk
dialog perbualan sesama binatang.

Perkara tersebut kita nampak seperti simple akan


tetapi dapat menimbulkan kesedaran. Sebab itulah
dalam al-Quran ada ayat yang bersifat akademik dan
ada juga dalam bentuk sastera. Semua jenis bentuk
penyampaian telah terdapat di dalam al-Quran.
Justeru, kita perlu memanfaatkannya.

152
Soal Jawab
Ayah Chik
SOALAN:

Saya seorang niqabis yang sudah berkecimpung


dalam dunia penulisan. Terkadang timbulnya perasaan
tidak senang dalam diri saya kerana risau sikap dan
akhlak saya boleh mencemarkan imej pakaian saya.
Bagaimana saya dapat sentiasa istiqamah dengan
penulisan saya dan dalam masa yang sama juga
istiqamah dengan pakaian saya?

JAWAPAN:

Berkenaan dengan niqab, terdapat pelbagai


khilaf di kalangan ulama’. Ada ulama’ yang
mewajibkan niqab dan ada juga yang tidak
mewajibkan niqab. Ada ulama’ menyebutkan
bahawa sekiranya berlaku fitnah dan menyebabkan
bencana kepada orang yang melihat rupa paras kita,
maka wajib kita memakai niqab. Ini masalah penilaian
yang menjadi khilaf di antara ulama’. Kita tidak boleh
melarang sesiapa untuk memakainya.

Kita perlu sedar bahawa ulama’ menyatakan


aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan
kedua tapak tangan. Niqab pula menjadi perbezaan
pandangan di kalangan ulama’ sama ada perlu
memakainya atau tidak. Permasalahan kepada orang
kita yang asyik menghentam pemakai niqab tetapi
mengabaikan mereka yang tidak menutup aurat. Itu
satu kesilapan. Sepatutnya yang diambil berat itu ialah
orang yang tidak menutup aurat.

153
Permata Ummah:
Ayah Chik Yang Kami Kenali
SOALAN:

Saya mempunyai seorang anak yang sedang


menghafaz al-Quran. Bolehkah Ayah Chik berikan
sedikit pedoman untuk dilema saya sama ada
saya perlu bertegas dengan anak saya supaya dia
menghafaz al-Quran atau dilonggarkan sedikit agar
minatnya terhadap al-Quran itu tidak akan hilang?

JAWAPAN:

Tentang anak yang menghafaz al-Quran, Allah


SWT berfirman:

‫ﮧ ﮨ ﮩ ﮪﯙ‬
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah
sedaya upaya kamu.”

Surah al-Tahgabun: 16

Allah SWT berpesan supaya kita bertaqwa


mengikut kemampuan yang ada. Kita tengok
kemampuan anak kita. Jika dia mampu menghafaz al-
Quran, maka baiklah untuk dia. Menghafaz al-Quran
ini bukanlah satu perkara yang mudah. Disebabkan
itulah, kita perlu bersabar dan suruh anak supaya
bersabar.

Ada orang yang dapat menghafaz dalam masa


yang sekejap, namun ada juga yang mengambil masa
yang lama. Ada orang yang susah untuk menghafaz,
akan tetapi berkat kerajinannya dia mampu
menghafaz. Ada juga yang memang tidak boleh
menghafaz, maka jangan dipaksa.

154
Soal Jawab
Ayah Chik

Perkara yang penting adalah


kefahamannya terhadap
al-Quran. Hal ini kerana ada
mereka yang menghafaz
al-Quran, tapi tidak faham.
Akhirnya, dia tiada kefahaman
dalam Islam.
Baru-baru ini, ada seorang ulama di Saudi yang
berani mengenengahkan dalam masalah hukum
agama. Beliau dipenjarakan atas nasihat kerajaan
dan mati di dalam penjara. Beliau merupakan seorang
penyair dan dia menulis syair:

“Hafaz al-Quran sehafal-hafalnya akan


tetapi menjadi bencana bagi orang yang
mentafsirkannya. Mempelajari tajwid
namun menjadi bencana bagi orang
yang menzahirkan hukumnya.”

Oleh kerana beliau berani menzahirkan hukum,


perkara tersebut telah menjadi bencana baginya dan
beliau mati dalam penjara. Kita tidak mahu menjadi
hafiz al-Quran yang tidak menegakkan syariat. Fokusnya
hanya pada tajwid akan tetapi tidak melaksanakan
hukum lain yang wajib ke atasnya.

Justeru, bagi anaknya itu, sebaiknya dia


menghafaz al-Quran. Kebiasaannya orang yang
menghafaz al-Quran ini, ilmu lain akan menjadi lebih
mudah kerana semua ilmu itu berasal daripada
al-Quran.

155
biodata
KOLEKSI BUKU
TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
https://bukutghh.onpay.my

TERBARU
EBOOK PERMATA UMMAH:
AYAH CHIK YANG KAMI KENALI
Perkongsian kisah daripada Bonda
Nor dan Tim Penulis Akademi
Bonda Nor.

Transkrip Ucapan Ayah Chik dan


Soal Jawab Ayah Chik Sembang
Santai PPU dan Akademi Bonda
Nor.

PERCUMA

TERBARU TERBARU

NORMALISASI ISRAEL:
SIAPA UNTUNG?

NORMALISATION WITH
ISRAEL: WHO SEEKS TO
GAIN?

Kini boleh didapati di dalam


Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. RM 15 RM 15
ISLAM SATU-SATUNYA BUDAYA POLITIK
PENYELESAIAN MATANG DAN
SEJAHTERA
136 mukasurat
Cetakan 2020 448 mukasurat
RM 20 CELUPAN JARUM Cetakan 2020
ISLAM DAN KECIL DI LAUTAN RM 50
KEBANGSAAN ILMU AL-QURAN
100 mukasurat 240 mukasurat
Cetakan 2020 Cetakan 2020
RM 25 RM 30

MENELADANI
MUKHTASAR MAZHAB
KEPIMPINAN
AQIDAH DAN FIRQAH
ANBIYA’ BICARA
UMAT ISLAM
INI DEMI
89 mukasurat PERPADUAN
Cetakan 2020 ISLAM 243 mukasurat
MEMIMPIN Cetakan 2020
RM 15 185 mukasurat
RM 20
Cetakan 2020
300 mukasurat
Cetakan 2020 RM 27
RM 25
‫اﳋﺮﻳﻄﺔ اﻟﺴﻴﺎﺳﻴﺔ‬
‫واﻟﺼﺮاع ﺑﲔ ﻣﺮاﻛﺰ اﻟﻘﻮى ﰲ ﻣﺎﻟﻴﺰﺎﻳ‬ ‫اﻹﺳﻼم وﻋﻼﻗﺘﻪ ﺎﺑﻹرﻫﺎب‬

PETA POLITIK DAN ISLAM DAN HUBUNGANNYA


PERSAINGAN ANTARA DENGAN KEGANASAN
PARTI POLITIK DI MALAYSIA
77 mukasurat
68 mukasurat Cetakan 2020
Cetakan 2020 RM 15
RM 15

‫اﻟﺪوﻟﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ ﰲ اﺠﻤﻟﺘﻤﻊ اﻟﺘﻌﺪدي‬


‫ﳐﺘﺼﺮ ﺎﺗرﻳﺦ اﳊﺮﻛﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ ﰲ ﻣﺎﻟﻴﺰﺎﻳ‬
NEGARA ISLAM DALAM
RINGKASAN SEJARAH MASYARAKAT MAJMUK
GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA
46 mukasurat
79 mukasurat Cetakan 2020
Cetakan 2020 RM 10
RM 15
EBOOK IBRAH
EBOOK AIDILADHA PERISTIWA AGUNG
PERPADUAN DAN EBOOK NAKBAH DI BULAN RAMADHAN
PENGORBANAN PALESTIN
EPISOD DUKA 56 mukasurat
Cetakan 2020
86 mukasurat UMAT ISLAM
Cetakan 2020 RM 5
RM 15 63 mukasurat
Cetakan 2020
RM 5

EBOOK INSPIRASI
NUZUL AL-QURAN ISRA’ MI’RAJ
PANDUAN KEHIDUPAN
36 mukasurat
SEPANJANG ZAMAN Cetakan 2020
RM 5
57 mukasurat
COVID-19
Cetakan 2020 EBOOK RAMADHAN
PERSPEKTIF
RM 5 AL-MUBARAK
MAQASID AL-SYARIAH
KEDATANGAN
YANG DINANTIKAN 55 mukasurat
Cetakan 2020
54 mukasurat
RM 5
Cetakan 2020
RM 5
Assalamualaikum w.b.t.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA TELAH SELESAI


MEMBACA BUKU INI!

Pustaka Permata Ummah sangat mengalu-alukan


sebarang komen dan teguran sekiranya tuan/puan ada
menjumpai mana-mana kesalahan di dalam buku ini.

Selain itu, kami sangat menggalakkan tuan/puan untuk


membuat resensi dan pandangan mengenai buku ini di
sosial media tuan/puan/Pustaka Permata Ummah.

Segala maklumat boleh dihantar kepada:

Pustaka Permata Ummah


9108, Jalan Kerdas 1,
53100 Gombak,
Kuala Lumpur
011-2090 7008
pustakapermataummah@gmail.com
Facebook: Pustaka Permata Ummah
Laman Web: pustakapermtaummah.com
Catatan

You might also like