You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

Isi Kandungan
Pengenalan

1
2

1.0 Pencemaran Udara


1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara
1.2 Kesan-kesan Pencemaran Udara
1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia
1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan
1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan
1.2.4 Kesan Terhadap Bahan
1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon
1.2.6 Kejadian Hujan Asid
1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera
2.0 Pencemaran Air
2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air
2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air
2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air
2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut
2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
2.2.5 Banjir
2.2.6 Kemusnahan Hidupan Akuatik
3.0 Pencemaran Tanah
3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah
3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah
3.2.1 Tanah Beracun
3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit
3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya
3.2.4 Tanah Gersang
3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah
3.2.6 Hakisan Tanah

3
3
3
4
4
4
5
5
5
5
7
8
8
8
9
9
9
10

11
11
11
12
12
12
13
13

4.0 Pencemaran Bunyi


4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi
4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi
4.2.1 Menggangu Persekitaran
4.2.2 Masalah Kepada Pendengaran Manusia

Penutup
Rujukan
Lampiran

14
14
14
15

16
17
18-20

PENGENALAN
Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi
sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu kita. Begitulah
sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang
digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di seluruh dunia tentang
pentingnya

menjaga

alam

sekitar

yang

menjadi

tanggungjawab

setiap

manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.


Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang
hangat dan tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya,
terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya
bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang mengganggu ekosistem
manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan
secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi
atau

radioaktif

mana-mana

melepaskan,mengeluarkan

atau

bahagian
meletakkan

alam

sekeliling

bahan-bahan

buangan

dengan
hingga

menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu


keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam
atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.
Masalah

pencemaran

seperti

pencemaran

air,tanah,udara

sentiasa

menghantui pemikiran manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah


mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di bumi ini seharusnya mengambil berat
terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban hidup masyarakat
yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan
kepada empat jenis yang utama iaitu:1. Pencemaran Udara
2. Pencemaran Air
3. Pencemaran Tanah
4. Pencemaran Bunyi

1.0 PENCEMARAN UDARA


1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai

terdapatnya gas, cecair

atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan 1 yang
menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan
oleh

pelepasan

asap

melalui

ekzos

kenderaan,

kawasan

industri

yang

melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu
yang tidak terkawal2.
Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan
sekunder.

Pencemaran

udara

primer

bermula

apabila

penghasilan

sulfur

monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak


lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara
dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan
pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan
industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur
arang atau kayu yang tidak terkawal 3. Pencemaran udara sekunder pula adalah
hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air
di udara.
1.2 KesanKesan Pencemaran Udara
1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di
dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan
cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut
manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah
antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2)
boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon
(O3) boleh menimbulkan kerengsaan 4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan1

Environmental Management in Sabah : Issues and Challenge (Hal 3)


Environmental Science : A Global Concern (Page464)
3
Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 40)
4
Environmental Science : A Global Concern (Page477)
2

bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia.

1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan


Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap
tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan
tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan
perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara
tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami
kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk
dibumi juga terganggu.
1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan
terbunuh. Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari,
ayam, itik, lembu, khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada
sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada
tahun 19506.

Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan

haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang


terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh
plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku
di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer
dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan
akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.
1.2.4 Kesan Terhadap Bahan
Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan
terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain 8. Pengotoran
berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kirakira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan
5

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 41)


Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42)
7
Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal 42)
8
Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal42)
6

dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan


logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di
dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak.
Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida dimana stoking wanita mudah
terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di bandar-bandar
tersebut.
1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari 9. Pembebasan
gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan
lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub
bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada
masa kini10.
1.2.6 Kejadian Hujan Asid
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan
asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan11. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan
oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan
wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid
nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempattempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh
tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam
tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak
subur12.
1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
9

Monitoring The Environment (Page 28)


Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176)
11
Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page70)
12
Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)
10

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh
warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan
oleh kesan rumah hijau13. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon
menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh
penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas
karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu
banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga
adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini 14. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku
secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal 15. Kebakaran
hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi
ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan 16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran
besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan
beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat
teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida
dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan
perbincangan hebat di kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati
bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun
1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia
menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini
dikenali sebagai kesan rumah hijau.

13

Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page176)


Global Environmental Issues : A Climatological Approach (Page121)
15
Global Forest : Issues For Six Billion People (Page266)
16
Alam sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 45)
14

2.0PENCEMARAN AIR
2.1

Pengenalan Kepada Pencemaran Air


Pencemaran

air

ini

berlaku

apabila

terdapat

perubahan

dari

segi

kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan
apabila digunakan17.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik 18.
Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai
dan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan
pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan
dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh
dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu
oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH,
dan suhu.
Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap
jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika ini
ditentukan

oleh

perubahan

warna,

suhu

dan

kekeruhan

sumber

air

tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti


pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di
atas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik
termasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang
mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga
berpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan
herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan
17
18

Environmental Science : A Global Concern (Hal. 439)


Environmental Management in Sabah : Issues and Challenges (Hal. 3)

rasa yang tidak menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini
disebabkan oleh persenyawaan amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi
pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut seperti bakteria
patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin 19.

2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air


2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah
terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan
oksigen dalam air20, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber
air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius
jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air 21. Manusia juga boleh
mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau
menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang
dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan
menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia
sendiri

2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air


Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin
dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air22. Air yang panas selepas
digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan
semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi
panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi
19

Alam Sekitar Angerah Tuhan (Hal 21)


Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.22)
21
Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal.23)
22
Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 60)
20

kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru
mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.
Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran
makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan
tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang
bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi
kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti
kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan
keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut


Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan
makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus
dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut 23. Oleh itu, nutrien ini
menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam
sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik
terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar


Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan
sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini
akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran
terutamanya parit dan sungai 24. Masalah kedua pula

ialah sekiranya sisa ini

mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air
bawah tanah tercemar25. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan
mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam


23

Economic Losses From Marine Pollution (Hal. 91)


Environmental Indicator Report (Hal 15)
25
Environmental Science : A Global Concern (Hal. 450)
24

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada


masa

kini

terjejas.

Pantai-pantai

yang

dipenuh

dengan

sampah

sarap

menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di
laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang
berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemar
yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak
selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini 26.
2.2.6 Banjir
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku
di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.
Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku
dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan
langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,
dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos
meningkat27.

2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik


Di

Malaysia,

aktiviti

perindustrian,

urbanisasi,

serta

perladangan

menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran


organik serta peningkatan keledak dalam air28. Ia merupakan pencemaran utama
yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke
lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,
Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,
Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak
bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan
lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau
kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik
dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwanhaiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

26

Teori Ekonomi Alam Sekitar (Hal. 4)


Economic Losses from Marine Pollution (Hal. 101)
28
Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 45)
27

10

3.0PENCEMARAN TANAH
3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu
kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya
disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan
pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan
pencemaran

tanah

bergantung

kepada

kesuburan

tanah.

Pencemaran

menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan
bertukar warna menjadi kehitaman serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut
menjadi layu.
Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti
manusia itu sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang
mengorbankan kawasan terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan
aliran tanah dari darat masuk ke dalam laut, pembuangan sampah sarap dan
kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan sisa nuklear, dan
tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.

3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah

11

3.1.1

Tanah Beracun

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti
pencemaran-pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk
terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa
toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami. Contoh
yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia 29. Kesannya
dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat
daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya
dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan
kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit


Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan
perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman
penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau
dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang
penyakit yang serius.

3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya


Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri
dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak
dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuhtumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan
tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan yang
berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis
dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan
mengurangkan

kualiti

tanah.

Kemajuan

dari

segi

pengangkutan

juga

menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan


jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
29
30

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 60)


Environmental Science : A Global Concern (Hal. 455)

12

3.2.4 Tanah Gersang


Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun
disebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha
pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang kurang berkualiti (tidak subur),
yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang hujan, padang ragut
yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya
overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan
penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah
antara punca-punca kejadian tanah gersang 31.

3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah


Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun
apa-apa sahaja hidupan bawah tanah 32. Racun serangga yang disembur masuk
dan berkumpul ke dalam tanah dan bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan
nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah tersebut.

3.2.6 Hakisan Tanah


Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah
adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya
bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga
gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan
tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh
menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan
hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan
tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama
31
32

Alam Sekitar Anugerah Tuhan (Hal. 63)


Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 23)

13

dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas
dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman 33.

4.0 PENCEMARAN BUNYI


4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai
kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran 34. Secara saintifik, ia
didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan
kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.
Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia
juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi
berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan, persekitaran dan
sebagainya35.
Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi
bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di
Pasar, dan trafik36. Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi
tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan
pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti
letupan, tembakan, senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang

33

Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 24)


Masalah Semasa Alam Sekitar di Malaysia (Hal. 70)
35
Global Environmental Issues : A Climatoligical Approach (Hal. 184)
36
Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 33)
34

14

berulangan seperti memaku, memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu
seperti pengangkutan udara dan lalulintas.

4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi


4.2.1 Menggangu Persekitaran
Kesan-kesan

pencemaran

bunyi

terhadap

dunia

pada

masa

kini

termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan


melampau37. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat
bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan
juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih
senyap38. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah
kepada manusia juga.

4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia


Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara
serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat
iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta
kerosakan

tulang

kecil

pada

telinga

dan

ini

menyebabkan

kehilangan

pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85


dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak
secara perlahan-lahan
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu
meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan
pergerakan gastrik dan pembesaran pupil39. Seterusnya kesan psikomatik seperti
sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal,
gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku 40.

37

Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34)


Global Forest : Issues For Six Billion People (Hal. 264)
39
Pencemaran Udara dan Bunyi (Hal. 34)
40
Pencemaran Alam Sekitar (Hal. 25)
38

15

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk
terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,
penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius
dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga
hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan
bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber
makanan untuk manusia.
Sekiranya penduduk dunia atau manusia

bersikap sambil lewa dengan

keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi
semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus
secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahanlahan.
Manusia

seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara

alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan


keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami
oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

16

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan


pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada
masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa
keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil
tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh
diselamatkan lagi.
Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan
berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan
pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup
masa hadapan.

RUJUKAN
Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM
Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America :
Oxford University Press
David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological
Approach.London : Routledge
Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine
Pollution. United States Of America:Island Press
ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota
Kinabalu : ECD Sabah
EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.

17

Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States


Of America : McGraw-Hill, Inc
Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM
Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992.Global Forest: Issues For Six Billion
People.New Yor: McGraw-Hill,Inc.
Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan Bunyi.Kuala
Lumpur : Penerbit Mikamas
Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex Sdn. Bhd.
Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka
William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science: A
Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

LAMPIRAN
Pencemaran Udara : Pelepasan Asap dari kilang

18

Pencemaran Air

19

Pencemaran Tanah

20

A homework by Valsonz & friends.


Feel free to use.
Http://mrvalsonz.blogspot.com

21

You might also like