You are on page 1of 148

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

MODUL SEJARAH STPM


(MODULAR)
KERTAS 940/1 : SEJARAH DUNIA

PRAKATA

Modul pembelajaran dan pengajaran Sejarah Dunia (940/1) ini dihasilkan untuk
dijadikan panduan para Guru Sejarah Prauniversiti, khasnya di negeri Terengganu. Sukacita
dimaklumkan para panel penggubal modul ingin menjelaskan bahawa modul ini bukanlah teks
wajib yang perlu digunakan oleh para guru sekalian. Sehubungan dengan itu, pihak panel
penggubal modul sedia menerima sebarang pandangan yang boleh menambahbaikkan kualiti
modul yang dihasilkan ini. Panel penggubal modul juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
atas respons yang positif daripada kalangan guru mata pelajaran Sejarah Prauniversiti, demi
memastikan kecemerlangan subjek Sejarah dalam kalangan calon STPM negeri Terengganu.
Sekian, terima kasih.
TERENGGANU ANJUNG ILMU
Salam hormat.
PANEL PENGGUBAL MODUL SEJARAH 940/1

TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN


3.1

SISTEM EKONOMI
3.1.1 FEUDALISME DAN KAPITALISME
Definisi Feudalisme

Definisi Kapitalisme

Kapitalisme berasal dari perkataan capital yang


kaum bermaksud modal. Kapitalisme merupakan
sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah
kaum pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa
gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan.
tanah Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada
kaum sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem
ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran
bebas dalam menentukan pengeluaran, kos,
Menurut Ishak Saat, feudalisme bermaksud corak menetap harga barang dan perkhidmatan,
perhubungan pemerintah dengan yang diperintah pelaburan dan pendapatan.
Dikenali sebagai
yakni lebih berbentuk kesatuan dalam keadaan iaitu laissez
faire.
Sistem
ini
menggalakkan
setiap golongan saling memerlukan. Oleh itu, sosio- pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak
ekonomi memperlihatkan pengaruh fedualisme, milik persendirian, kebebasan pasaran dan
iaitu sistem ekonomi yang berkait rapat dengan perniagaan untuk keuntungan.
perbezaan darjat manusia yang melahirkan dua Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi
kelas manusia, iaitu kelas Raja dan Bangsawan bebas berasaskan pemilikan harta sendiri serta
dengan golongan rakyat biasa. Walaupun ini perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan
mewujudkan kelas manusia dalam ekonomi namun keuntungan, kewangan
masyarakat saling memerlukan dalam konteks
penghasilan ekonomi.
Kamus Dewan
Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh
bangsawan.
Sistem pembahagian tanah kepada
bangsawan di Eropah pada zaman dahulu
(kaum petani yang mengusahakan
diwajibkan memberikan khidmat kepada
bangsawan iaitu tuan punya tanah).

i) Menghuraikan sistem ekonomi feudal di Asia (Jepun dan China) pada abad ke-16.
Feudalisme di Jepun.
Sepanjang abad ke-16, Jepun diperintah oleh Kesyogunan Ashikaga (1490-1573), dan
pemerintah daimyo seperti pemerintahan Oda Nobunaga (1573-1582), dan pemerintahan
Toyotomi Hideyoshi (1582-1598). Pada zaman pemerintahan keshogunan Ashikaga (1339-1573)
merupakan zaman pertumpahan darah yang berpanjangan dalam sejarah Jepun. Tiada kerajaan
pusat yang kuat yang memerintah Jepun pada masa itu. Keshogunan Ashikaga hanya berkuasa di
lapan wilayah di bahagian timur sahaja. Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat menyebabkan
pembesar wilayah atau daimyo membebaskan diri mereka daripada Maharaja yang berpusat di
Kyoto dan daripada shogun yang berpusat di Muromachi. Peringkat akhir pemerintahan
keshogunan Ashikaga dinamakan sebagai zaman penggulingan golongan atas oleh golongan
bawah. Pusat kuasa berpindah dari ibu kota ke kawasan estet dan kawasan pemerintahan feudal.
Corak sistem beraja berubah daripada hubungan antara Maharaja dengan daimyo kepada
hubungan tuan tanah dengan vasal tanpa kuasa pusat yang kuat. Raja dan golongan bangsawan
menjadi semakin miskin kerana vassal atau daimyo tidak lagi mengagihkan sebahagian daripada
pendapatan estet kepada mereka. Pihak shogun sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memastikan
pendapatan daripada estet diagihkan kepada Maharaja dan golongan bangsawan. Keadaan
diburukkan lagi berikutan berlakunya perang antara daimyo yang berlanjutan antara tahun 15341615 sehingga dikenali sebagai Sengoku Jidai (Zaman Perang Saudara).
Tanah dikuasai oleh golongan daimyo membentuk estet-estet persendirian yang
dikerjakan oleh golongan petani. Daimyo berkuasa penuh di estet yang dikuasainya, mereka
mengenakan cukai-cukai ke atas petani. Daimyo pula akan menyerahkan sebahagian daripada
hasil cukai tersebut kepada shogun dan maharaja, sebagai kuasa politik tertinggi yang memiliki
tanah. Oleh kerana, tiada kerajaan pusat yang kuat maka golongan daimyo tidak berbuat
demikian.
Walaupun keadaan pada masa itu dalam keadaan huru-hara, tetapi bidang pertanian telah
meningkat maju dengan pengenalan teknik pertanian baru. Hasil pertanian telah meningkat
sebanyak dua hingga tiga kali ganda. Dua jenis tanaman utama diusahakan setiap tahun iaitu
gandum dan barli di samping tanaman padi. Lembu dan kuda mula digunakan secara meluas
dalam proses penanaman tanaman. Sistem pengairan juga telah diperkenalkan. Selain itu, teh dan
kapas turut ditanam secara besar-besaran. Gologan petani mempunyai taraf yang baik hasil
daripada pemberontakan petani yang berlaku sebelumnya. Apabila ekonomi berkembang,
pengkhususan kerja mulai wujud dengan bertambahnya bilangan golongan tukang dan pedagang.
Dalam bidang perdagangan, sistem feudal di Jepun berbeza daripada sistem feudal di
Barat. Golongan pedagang tidak ditindas sebagaimana golongan pedagang di Eropah pada Zaman
Pertengahan Awal. Para daimyo telah menggalakkan perdagangan kerana ia memberikan mereka
keuntungan yang banyak kepada mereka. Organisasi-organisasi persatuan (guilds) atau za dalam
bahasa Jepun, mula ditubuhkan untuk memonopoli pengeluaran dan pasaran barangan tertentu.
Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake (arak) berkembang pesat di bandarbandar wilayah seperti di Kawana, Sakai (Osaka), Ise, Hakata dan lain-lain. Bandar Osaka
menjadi kota bebas yang diperintah oleh golongan pedagang kerana tiadanya kerajaan pusat yang
kuat. Pihak berkuasa tempatan sedar akan kepentingan aktiviti perdagangan terutamanya dengan
dunia luar. Ekonomi wang mula berkembang melalui pengenalan tanomoshiko atau mujinko
(Persatuan Kewangan). Penggunaan mata wang telah memesatkan aktiviti perdagangan antara
pedagang tempatan dengan pedagang luar seperti pedagang China dan Portugis. Menjelang tahun
1550, ramai pedagang Portugis telah memasuki Jepun atas galakan daripada penguasa tempatan.

Para pedagang Jepun juga menguasai laut dan perdagangan terutamanya di kawasan Asia
Tenggara.
Kepesatan aktiviti perdagangan telah membawa kepada perkembangan bidang
perindustrian di Jepun pada abad ke-16. Pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat
dengan pesat dan bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barang-barang
tembikar di Jepun. Industri perlombongan juga berkembang dengan pengeluaran emas, perak dan
tembaga bertambah dengan banyaknya.
Walaupun, negara Jepun pada abad ke-16, diselubungi oleh kekacauan, tetapi era tersebut
menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi terutamanya dalam bidang
pertanian dan perdagangan. Sistem feudal terus berlangsung di Jepun hingga akhir abad ke-19.

Feudalisme di China.
Sistem feudal di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang lagi dan berlanjutan
sehingga abad ke-19. Dalam perkembangan sejarah sistem feudal di China, terdapat satu bentuk
keterikatan antara aktiviti masyarakat dengan tanah. Sebagai masyarakat yang menjadikan aktiviti
pertanian sebagai aktiviti utama, maka tanah menjadi komoditi yang sangat penting. Tuan-tuan
tanah yang dianugerahkan tanah oleh maharaja bebas mentadbir dan memperluaskan tanah
mereka. Walaupun mempunyai kerajaan pusat yang kuat, tetapi Maharaja tidak dapat
memberikan perhatian kepada semua tuan tanah kerana faktor saiz negara China yang terlalu luas.
Selain dari golongan pembesar, golongan sami Buddha turut menjadi tuan-tuan tanah yang
berpengaruh dan berkuasa.
Sepanjang abad ke-16, China berada di bawah pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644).
Berbeza dengan nerara Jepun, China pada masa itu mempunyai sebuah kerajaan pusat yang kuat
di kota Nanking dan kemudiannya di pindahkan ke kota Beijing. Pada zaman itu, kegiatan
pertanian masih menjadi aktiviti yang penting dan golongan pembesar (tuan tanah) masih
berkuasa ke atas golongan petani. Kebanyakan sistem feudal yang diamalkan sepanjang abad ke16, adalah warisan daripada pemerintahan Raja-raja Ming yang memerintah sebelum abad ke-16,
iaitu Maharaja Hong Wu (1368-1398) dan Maharaja Yung Lo (1403-1424).
Para Maharaja Ming, sangat bencikan sistem yang digunakan semasa pemerintahan
Dinasti Yuan (Mongol). Mereka telah menghapuskan semua sistem yang digunakan sewaktu
pemerintahan Mongol dan menggantikannya dengan sistem yang digunakan sewaktu
pemerintahan Dinasti Song. Pada masa pemberontakan menentang Mongol, ramai tuan-tuan
tanah telah melarikan diri ke tempat lain untuk mencari perlindungan. Oleh itu, Maharaja Hong
Wu (pengasas Dinasti Ming) telah menggubal satu daftar tanah yang baru bagi menyusun semula
pentadbiran tanah pertanian. Ia juga bertujuan supaya tidak ada orang yang dapat mengelakkan
diri daripada membayar cukai. Selain itu, Maharaja Hong Wu telah membahagi-bahagikan tanah
kepunyaan rumah-rumah berhala Buddha kepada golongan petani. Kegiatan pertanian dimajukan
dengan memperbaiki sistem pengairan supaya golongan petani mempunyai bekalan air untuk
tanaman mereka. Masalah tenaga buruh dapat diatasi dengan mengambil golongan gelandangan
untuk mengerjakan tanah pertanian. Mereka diberi tanah dengan dikenakan cukai yang rendah.
Maharaja mentadbir wilayah-wilayahnya dengan melantik golongan bangsawan sebagai
penguasa yang bertanggungjawab mentadbir kawasan luar bandar dan petani. Gabenor-gabenor
dilantik untuk melicinkan pentadbiran pada peringkat wilayah. Mereka turut diberi
tanggungjawab untuk memungut cukai.
Hasil daripada usaha-usaha pemerintah China memperbaharui semula sistem feudal, telah
menghasilkan kemajuan yang cemerlang sehingga dianggap sebagai era Revolusi Pertanian di
China. Kaedah-kaedah baru telah diperkenalkan seperti tanaman padi dua musim, dan sistem
tanaman bergilir dalam skala yang besar, penggunaan baja dan lain-lain. Pengeluaran hasil
pertanian bertambah dengan banyaknya. Tanaman-tanaman baru diperkenalkan seperti tembakau,
jagung, ubi kentang dan lain-lain. Hasil pertanian terutamanya bijirin diangkut melalui Terusan
Besar yang telah dibina semula pada era pemerintahan Maharaja Yung Lo. Terusan sepanjang
1776 km itu menghubungkan antara Beijing di utara dengan Hangzhou di selatan. Ia juga
merupakan jalan perdagangan yang penting di China.
Selain itu, golongan petani juga mengusahakan perusahaan sampingan seperti membuat
kain sutera, barangan tembikar, kertas dan lain-lain. Selain dari mengerjakan tanah pertanian

golongan petani juga dikehendaki berkhidmat untuk kerja-kerja kerahan seperti menjadi buruh
dalam sektor perlombongan, perkilangan dan membina kapal.
Pada abad ke-16, aktiviti perdagangan menjadi penting berikutan kemajuan dalam
bidang pertanian. Barangan yang dihasilkan oleh golongan petani seperti sutera dan tembikar
mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada pedagang-pedagang asing. Hubungan
perdagangan dengan Barat menjadi penting dengan kedatangan Portugis, Sepanyol, Belanda dan
Inggeris. Kepesatan aktiviti perniagaan dan perdagangan serta industri menandakan permulaan
era kapitalime di China.
Pada akhir pemerintahan Dinasti Ming, kerajaan pusat telah menjadi lemah, golongan
bangsawan telah mengambil kesempatan untuk menindas golongan petani untuk mengumpul
kekayaan peribadi. Akibat penindasan itu, golongan petani telah bangkit menentang Maharaja
Ming. Pemberontakan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tzu-Cheng itu, telah berjaya
membebaskan wilayah Honan pada tahun1636. Pada tahun 1640, wilayah Shensi dan Shansi pula
jatuh ke tangan golongan petani.

(ii) Menghurai sistem ekonomi feudal di Eropah pada abad ke-16 hingga 18.
Feudalisme di Jerman.
Feudalisme di Jerman bermula pada abad ke-9 apabila berlakunya perpecahan Empayar
Rom Suci (Holy Roman Empire) selepas kematian Raja Charlemagne. (Empayar Rom Suci terus
berkuasa hingga tahun 1806). Negara Jerman selepas Charlemagne telah dibahagi-bahagikan
antara pewaris-pewarisnya. Keadaan geografi Jerman yang luas telah menyebabkan berlakunya
pengasingan kuasa pemerintahan atau desentralisasi kuasa pemerintahan, mewujudkan ratusan
negeri-negeri kecil yang diperintah oleh raja-raja, duke,count, baron dan knight. Keadaan ini
berlarutan hingga abad ke-18 di mana negara Jerman terbahagi kepada lebih 200 buah negeri.
Ketiadaan kerajaan pusat yang kuat serta serangan puak-puak gasar (Viking dan Magyar)
telah membawa kepada kemunculan sistem feudal yang berasaskan kepada tanah. Raja masih
dianggap sebagai pemilik tanah yang tunggal. Raja akan mengurniakan tanah kepada golongan
bangsawan atau vassal (tuan tanah) dengan syarat-syarat tertentu. Fief atau tanah yang dberikan
oleh Raja kepada vassalnya bertujuan mengikat persetiaan antaranya dengan vassal seperti untuk
mendapatkan khidmat tentera dan keperluan kehidupannya yang lain. Dengan menguasai fief
seseorang tuan tanah akan turut menguasai sumber ekonomi, mempunyai kuasa memungut cukai,
mengawal institusi kewangan, tenaga buruh dan sebagainya. Sesebuah fief juga boleh diwariskan
kepada keturunannya atau diberikan kepada orang lain. Golongan bangsawan dan paderi menjadi
kaya hasil daripada hasil cukai yang dikenakan ke atas golongan serf. Mereka hidup dari hasil
tanah tanpa mengerjakannya. Sebaliknya golongan bangsawan (tuan tanah) bertanggungjawab
menjaga keselamatan golongan serf (petani) dengan kekuatan tentera yang mereka miliki.
Dalam sistem ini rakyat (serf) terikat dengan fief tempat kelahiran mereka. Mereka
bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pertanian dan kerja-kerja berat yang lain. Aktiviti
pertanian yang dijalankan adalah bersifat primitif dengan hasil pengeluaran yang sedikit. Bijirin
yang ditanam serta binatang ternakan yang diternak tidak mencukupi untuk keperluan golongan
petani. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti sampingan, iaitu memburu babi hutan bagi
menampung keperluan harian mereka. Oleh kerana, ekonomi Jerman yang berasaskan kepada fief
(tanah), maka perkembangan ekonominya adalah bersifat setempat, perdagangan dijalankan
secara barter dan penggunaan mata wang yang terhad.
Pada permulaan abad ke-16, Empayar Rom Suci bertambah lemah. Jerman telah
berpecah kepada lebih daripada 300 buah negeri yang berasingan. Misalnya, Austria diperintah
oleh duke, Brandenburg diperintah oleh putera raja, Palatinate diperintah oleh count dan bandarbandar diperintah oleh golongan baron. Negeri-negeri ini bergabung dalam satu unit politik yang
longgar di bawah ikatan kemaharajaan yang lemah. Pada masa yang sama, ekonomi Jerman
masih bergantung kepada kegiatan pertanian. Kekayaan seseorang masih diukur berdasarkan
keluasan tanah yang dimilikinya.Golongan vassal masih menganggap golongan petani sebagai
hamba. Kemiskinan dan penindasan terhadap golongan petani telah membawa kepada perasaan
tidak puas hati di kalangan mereka. Menjelang tahun 1524, golongan petani telah memberontak
menentang tuan-tuan tanah dan golongan paderi. Pemberontakan tersebut gagal dan kuasa
golongan bangsawan telah meningkat. Walaupun pemberontakan tersebut mendapat perhatian
daripada kerajaan namun kehidupan golongan petani menjadi lebih teruk berbanding dengan
kehidupan golongan petani di nagara-negara Eropah yang lain.
Menjelang abad ke-18, kegiatan pertanian masih dijalankan oleh petani-petani yang
terikat dengan sistem feudal. Golongan bangsawan berhak mentadbir undang-undang feudal ke
atas petani dan mahkamah tuan tanah. Pada tahun 1770 hingga 1830, muncul gerakan untuk

membebaskan golongan petani (serf) daripada penindasan tuan-tuan tanah feudal. Misalnya,
kerajaan Prussia telah memansuhkan sistem feudal melalui Pengisytiharan Oktober 1807 yang
membenarkan golonggan serf membeli tanah yang mereka usahakan daripada tuan tanah.
Hasilnya, ramai petani yang berjaya dibebaskan daripada kontrak atau peraturan feudal yang
menengkehendaki mereka berkhidmat kepada tuan-tuan tanah. Akhirnya, kebangkitan ekonomi
kapitalisme dan kelahiran golongan borjuis (golongan pertengahan) yang kaya telah menamatkan
sistem ekonomi feudal di Jerman.

Feudalisme di Perancis.
Pada abad ke-16, Perancis telah muncul sebagai sebuah negara monarki kebangsaan.
Raja-raja Perancis telah berjuang untuk menghapuskan sistem feudal yang dianggap sebagai
penghalang kepada raja untuk memerintah Perancis secara menyeluruh. Raja Louis XIII telah
berusaha untuk mengurangkan pengaruh golongan bangsawan feudal dengan melantik pegwaipegawai yang digelar intendant. Mereka dilantik daripada golongan borjuis dan bukannya
daripada golongan bangsawan. Tugas mereka ialah untuk mentafsir dan memungut cukai,
menubuhkan pasukan tentera, serta menlaksanakan undang-undang dan kehakiman di semua
wilayah Perancis. Dengan itu, kuasa golongan bangsawan feudal yang menjadi gabenor-gabenor
dapat dikurangkan. Jawatan gabenor hanya merupakan jawatan kehormat tanpa mempunyai
kuasa. Walau bagaimanapun, sistem feudal tetap wujud di Perancis kerana ia adalah tradisi
kehidupan di Eropah pada masa itu. Sistem ekonomi feudal masih menjadi asas utama kepada
pemerintahan beraja mutlak di Perancis. Tanah dan kuasa politik kekal berkaitan antara satu sama
lain. Dengan itu, keadaan seperti Zaman Pertengahan tetap berterusan di mana tanah tetap
dikuasai oleh segelintir rakyat daripada golongan yang berkuasa sahaja.
Pada abad ke-18, masyarakat Perancis dibahagikan kepada tiga golongan. Golongan yang
pertama terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Mereka
terdiri daripada tuan-tuan tanah. Golongan yang kedua pula ialah golongan paderi yang
mempunyai keistimewaan yang sama seperti golongan bangsawan. Mereka dikecualikan daripada
membayar cukai serta dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Gereja mempunyai tanah
yang luas dan menguasai golongan petani. Manakala golongan yang ketiga pula ialah golongan
rakyat biasa yang terdiri daripada golongan pertengahan dan petani.
Petani merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Perancis. Golongan yang
terbesar dalam kalangan petani ialah mereka yang bekerja di tanah kepunyaan bangsawan.
Mereka dikenakan cukai yang pelbagai jenis seperti cukai langsung iaitu cukai tanah, cukai harta
atau vingtieme serta cukai tidak langsung seperti cukai garam atau gabelle, taille, cukai keluarga
atau poltax. Petani-petani dikehendaki membayar cukai feudal kepada seigneur di atas
kemudahan yang disediakan seperti menggunakan kilang gandum, dapur dan alat pemerah
anggur. Mereka juga dikehendaki melaksanakan kerja paksa atau corvee. Selain itu terdapat juga
petani yang menjadi hamba, mereka boleh dijualbeli apabila berlaku jualbeli ke atas tanah yang
mereka diami.
Golongan bourjuis atau golongan pertengahan yang terdiri daripada saudagar, pedagang,
pengusaha, peguam, doktor dan profesional tinggal di bandar-bandar kerana sistem feudal tidak
sesuai bagi mereka dan mereka tidak suka membeli tanah memandangkan cukai tanah yang
tinggi.
Pada abad ke-18, sistem feudal di Perancis tamat apabila berlakunya Revolusi Perancis
1789. Regim baru yang memerintah Perancis telah menghapuskan sistem feudal bagi
mewujudkan persamaan dalam masyarakat. Tanah kepunyaan tuan-tuan tanah dan institusi gereja
telah diagihkan kepada rakyat. Ladang-ladang yang luas milik institusi gereja pula telah
dimiliknegarakan dan dijual dalam bentuk bon (assignats). Manakala pada zaman pemerintahan
Napoleon, beliau telah membahagikan tanah yang masih belum diagih kepada golongan kelas
pertengahan yang berkhidmat dengan kerajaan. Tuan-tuan tanah yang baru memajakkan tanahtanah tersebut kepada golongan petani untuk diusahakan. Golongan petani mendapat faedah
mereka telah dikecualikan daripada cukai-cukai feudal.

(iii) Menghurai sistem ekonomi kapitalis di England dan Amerika Syarikat pada abad ke-18
hingga 19.
Kapitalisme di England.
Latar Belakang.
Kapitalisme merupakan ciri ekonomi zaman moden yang paling utama. Kapitalisme telah
wujud sejak zaman purba lagi dalam kalangan orang Yunani dan Rom lagi tetapi telah merosot
dan terhapus dengan kejatuhan empayar Rom. Pada Zaman Pertengahan, masyarakat Eropah
mengamalkan sistem ekonomi feudal. Masyarakatnya, menyediakan semua keperluan hidup
secara sara diri dan tidak ada pengeluaran secara besar-besaran. Menerusi sistem manor, aktiviti
pertanian, perusahaan, dan perdagangan secara kerjasama menerusi sistem kesatuan (guild).
Aktiviti yang berorientasikan keuntungan dikecam dan mengambil faedah daripada modal yang
digunakan dilarang oleh Gereja Keristian sebagai riba. Keadaan ekonomi dibatasi oleh
pertimbangan-pertimbangan agama dan moral tidak membolehkan kelahiran semula sistem
kapitalis. Menjelang abad ke-16, sistem feudal mulai merosot, terutamanya di England yang
merupakan negara Eropah yang pertama bebas dari sistem feudal. Tuan-tuan tanah tidak lagi
mengenakan cukai kepada golongan petani, sebaliknya mereka menerima wang sewaan daripada
penyewa-penyewa bebas. England juga telah mengamalkan agama Kristian Protestant yang
membenarkan amalan mengambil faedah daripada modal yang dilabur. Kemerosotan kesatuan
(guild) terhadap kegiatan perdagangan dan perindustrian telah meningkatkan peranan orang
perseorangan dalam ekonomi. Orang perseorangan yang tidak lagi terkongkong dengan peraturan
dan nilai agama dan moral. Keadaan ini memberi laluan kepada kelahiran sistem ekonomi
kapitalis.
Sistem Ekonomi Kapitalis di England.
Amalan ekonomi kapitalis bertapak kukuh di England pada abad ke-18 iaitu semasa
berlakunya Revolusi Perindustrian. Pada permulaan era revolusi perindustrian, golongan petani
tidak lagi berperanan sebagai hamba (serf) kerana kebanyakannya telah bebas dari manor masingmasing akibat kemerosotan sistem feudal. Mereka masih bekerja dengan tuan-tuan tanah, tetapi
sebagai buruh-buruh ladang yang menerima upah. Mereka bebas bekerja tanpa terikat dengan
tradisi sistem feudal. Golongan petani mulai meninggalkan manor masing-masing untuk berhijrah
ke bandar sebagai buruh kilang.
Sistem ekonomi tidak lagi berasaskan tanah, tetapi kepada wang yang boleh dilaburkan
dalam perniagaan dan perindustrian. Perkataan modal atau capital merujuk kepada barang atau
wang yang dipunyai oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak
barang atau mendapat lebih banyak wang. Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin
adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga.
Mereka yang mempunyai modal ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar
kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang
atau tanah.
Di bandar, golongan kelas pertengahan (bojuis) yang terdiri daripada golongan pedagang
menjadi semakin penting. Mereka muncul sebagai golongan pemodal (pemilik bank, saudagar
dan pengusaha kilang) yang kaya. Mereka juga mengambil alih peranan yang dimainkan oleh
tuan-tuan tanah sebagai orang yang berkuasa dan berpengaruh dalam bidang ekonomi dan politik
di England. Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh
mengumpulkan wang bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan

punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham.
Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka yang
melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan baru (venture
capitalist). Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat
banyak wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan keuntungan
dalam perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.
Golangan kapitalis telah melabur dalam industri tekstil yang mendapat permintaan yang
tinggi pada masa itu. Industri pembuatan kain bermula dari perusahaan domestik yang
mengeluarkan kain secara kecil-kecilan. Apabila perusahaan yang berskala kecil ini tidak dapat
menampung permintaan yang tinggi daripada msyarakat tempatan dan luar negeri, perusahaan
berskala besar mulai mengambil alih perusahaan domestik. Golongan kapitalis memperkenalkan
kaedah dan teknologi baru iaitu penggunaan mesin dan membina kilang-kilang yang lebih besar.
Mereka menyediakan tempat tinggal buruh berdekatan dengan kilang untuk menjimatkan masa
perjalanan dan dengan tujuan untuk memudahkan mereka mengawal buruh-buruh tersebut.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, matlamat aktiviti ekonomi ialah memaksimumkan
keuntungan. Kekayaan yang diperolehi akan dilaburkan semula untuk memperolehi lebih banyak
keuntungan. Dalam usaha untuk memksimumkan keuntungan itu, biasanya golongan buruh diberi
upah yang sedikit berbanding dengan beban kerja yang berat. Golongan buruh (proletariat) tidak
mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara hidup. Seseorang boleh memilih untuk
bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu kerja
apa harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan. Konsep ini
berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan
tanah mereka.
Dalam kapitalisme, seseorang itu berhak menjual atau meminjamkan barang atau
perkhidmatan dan orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan
tersebut. Masyarakat dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja
atau kumpulan tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam
bukunya The Wealth of Nations.

Kapitalisme di Amerika Syarikat.


Latar Belakang.
Pada abad ke-18, ekonomi kapitalis berkembang melalui sektor perladangan seperti
tembakau, tebu dan kapas. Hasil perladangan tersebut dieksport ke England yang menjadi pasaran
penting hasil pertanian pada masa itu. Pembukaan ladang-ladang itu, telah menyebabkan aktiviti
perdagangan hamba dari Afrika menjadi penting. Hamba-hamba dibawa dengan kapal dari
Afrika merentasi Lautan Atlantik sebagai tenaga kerja di ladang-ladang kapas dan tembakau.
Dalam masa yang singkat sahaja Lautan Atlantik menjadi sibuk . Barangan keluaran kilang di
England seperti kain, senapang dan sebagainya dibawa ke Afrika untuk ditukarkan dengan hamba
dan hamba-hamba itu dibawa ke Amerika Syarikat untuk ditukarkan pula dengan hasil keluaran
ladang seperti tembakau, kapas dan gula. Aktiviti perdagangan itu terhenti berikutan Perang
antara Britain dan Perancis pada abad ke-19. Selepas berakhirnya Perang 1812, (Perang antara
Amerika dengan Britain akibat sekatan peradagangan antara Amerika dengan Perancis oleh
Britain), Amerika mula menumpukan usaha kepada perkembangan ekonominya. Sektor
perladangan dan perindustrian telah dimajukan untuk mengukuhkan ekonominya. Antara tahun
1861 hingga tahun 1901, Amerika menjadi negara utama pengeluar hasil pertanian dan
perindustrian dunia. Ekonomi kapitalis turut berkembang seiring dengan kemajuan Amerika
Syarikat itu.
Sistem Ekonomi Kapitalis di Amerika Syarikat.
Amerika merupakan antara negara pertama yang menjadi negara kapitalis. Pada pringkat
awal, golongan kapitalis melabur modal dalam sektor perladangan tembakau, tebu dan kapas.
Seterusnya, golongan kapitalis mengambil kesempatan dari perkembangan ekonomi Amerika
untuk melaburkan modal dalam perindustrian baru iaitu pembinaan jalan kereta api, pemprosesan
makanan, besi keluli dan perlombongan. Mereka dapat mengaut keuntungan yang banyak dengan
mengeksploitasi sumber-sumber yang terdapat di Amerika pada masa itu. Perkembangan pesat
ekonomi kapitalis di Amerika adalah kerana bekalan bahan mentah yang banyak, inovasi
teknologi, tenaga buruh yang murah dan teknik pemasaran yang berkesan serta sokongan
daripada kerajaan Amerika.
Bagi mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos,
golongan kapitalis telah menggunakan pendekatan intensif buruh. Golongan pemodal
menggunakan tenaga buruh yang murah dengan menggunakan khidmat hamba abdi dari Afrika
untuk menjimatkan kos upah buruh. Manakala dalam bidang perindustrian mereka menggunakan
buruh daripada golongan imigran yang berasal dari Ireland, Jerman, Scandinavia dan China.
Purata masa bekerja bagi buruh tersebut ialah selama 52 jam seminggu dengan kadar upah yang
rendah. Selain itu, golongan kapitalis juga menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak yang
kadar upahnya lebih rendah daripada upah buruh lelaki dewasa. Pada masa yang sama, imigran
yang berhijrah dari Eropah telah menambahkan bilangan penduduk Amerika. Pertambahan
penduduk secara mendadak akibat penghijrahan dari Eropah telah menyediakan pasaran bagi
barangan keluaran kilang dan hasil pertanian. Ini menyebabkan aktiviti ekonomi terutamanya
bidang perniagaan berkembang dengan pesatnya.
Pada era Revolusi Perindustrian di Amerika, golongan kapitalis telah memaksimumkan
untung dengan menggunakan pendekatan intensif modal. Mereka mengambil risiko dengan
melaburkan wang untuk membeli jentera dan mesin-mesin yang mahal harganya tetapi dalam
jangka masa panjang ia akan menjimatkan kos pengeluaran. Dengan penggunaan mesin golongan

kapitalis dtidak lagi perlu mengupah buruh yang ramai dan ini dapat meminimumkan kos
pengeluaran.
Dalam usaha menambahkan kekayaan, golongan kapitalis di Amerika turut melaksanakan
dasar monopoli dan oligopoli (pemaufakatan antara syarikat besar bagi memperolehi
keuntungan). Untuk tujuan itu, mereka mengawal pengeluaran sesuatu barangan bermula
daripada pengeluaran bahan mentah, pemprosesan, pengangkutan dan penjualan barangan siap
tersebut. Contohnya syarikat American Tobacco Company mengawal pengeluaran tembakau.
Terdapat juga syarikat yang berusaha mengawal pasaran sesuatu barangan siap seperti yang
dilakukan oleh syarikat Standard Oil Company yang mengawal pengeluaran dan harga minyak.
Penyatuan syarikat-syarikat bagi membentuk entiti perniagaan berskala besar telah dilakukan
untuk memonopoli pasaran sesuatu barangan. Secara tidak langsung, tindakan penyatuan ini
membawa kepada kestabilan pasaran. Dari tahun 1895 hingga tahun 1904 sebanyak 300 syarikat
telah disatukan setiap tahun.
Dasar oligopoli pula telah dilaksanakan dalam industri gula, besi keluli dan daging.
Dalam melaksanakan dasar ini, syarikat-syarikat bermaufakat untuk sama-sama mendapat faedah
dari keputusan bersama seperti membuat penyeragaman harga barangan pada tahap yang tertentu
bagi memaksimumkan keuntungan.
Peranan kerajaan Amerika dalam ekonomi kapitalis adalah dengan menyokong Revolusi
Perindustrian di Amerika. Kerajaan telah menyediakan kemudahan infstruktur seperti pembinaan
jalan keretapi dan telegraf telah mempercepatkan lagi kemajuan ekonomi Amerika. Kerajaan
Amerika meluluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik (1862) yang membolehkan kerajaan
menyerahkan tanah-tanah awam kepada syarikat-syarikat swasta untuk pembinaan jalan keretapi
rentas benua. Kerajaan juga memainkan peranan dengan mewujudkan kestabilan mata wang, tarif
yang bersesuaian, membentuk polisi imigrasi yang longgar, mengenakan kadar cukai yang rendah
dan sebagainya.
Kesan daripada kemajuan ekonomi, muncul bandar-bandar besar seperti bandar Chicago
yang muncul sebagai bandar yang serba maju pada tahun 1840. Penduduk Amerika juga
bertambah dengan pesatnya, antara tahun 1830 hingga tahun 1840 penduduk Amerika bertambah
dari 13 juta kepada17 juta orang.
Pada awal abad ke-20, ekonomi Amerika mengalami zaman kemewahannya. Namun
begitu keadaan yang tidak seimbang (bukan semua rakyat yang dapat menikmatinya)
menjejaskan prestasinya. Sikap tamak golongan kapitalis mengaut keuntungan telah mewujudkan
jurang pendapatan yang besar antara golongan pemodal dengan golongan buruh. Dari kajian yang
diadakan, didapati hanya 2% daripada rakyat Amerika yang mengaut sebanyak 60% kekayaan
negara Amerika hasil daripada perkembangan sektor perindustrian. Keadaan ini telah membawa
kepada kemelesetan ekonomi kerana kuasa beli daripada rakyat berkurangan dan ini
mengurangkan permintaan terhadap pasaran barangan keluaran kilang.

3.1.2

PERKEMBANGAN EKONOMI
3.1.2.1 Perdagangan dan Perniagaan

(i) Membincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang perdagangan dan
perniagaan di Portugal dan Belanda. (abad ke-16 hingga 18)

Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan perniagaan
di Portugal.
Pada abad ke-16, Portugal ialah sebuah negara bangsa yang terletak di Semenanjung
Iberia. Portugal bersempadankan Sepanyol di utara dan timur, dan Lautan Atlantik di barat dan
selatan. Orang Portugal dipanggil Portugis.
Perdagangan dan perniagaan orang Portugis bermula dengan perdagangan hamba.
Perdagangan hamba dijalankan apabila orang Portugis mula belayar ke pantai Afrika atas galakan
daripada Putera Henry sejak abad ke-15 lagi. Sehingga tahun 1500, Portugis telah membuat
penghantaran hamba seramai 81,000 orang untuk pasaran pelbagai negara. Jumlah hamba di
Medeira mencapai 10% daripada jumlah keseluruhan populasi pada abad ke-16. Portugis juga
telah mendirikan pangkalan-pangkalan dagang di pantai Afrika, terutamanya di Mozambique
pada tahun 1520 dengan tujuan sebagai tempat persinggahan dan mengisi muatan dalam
pelayaran mereka di antara Eropah dan Asia, dan juga sebagai pusat-pusat perdagangan emas,
gading, hamba abdi dari Afrika. Selain itu, Portugis juga menjadikan pantai Guinea sebagai pusat
bagi perdagangan hamba.Portugis telah mengangkut ramai hamba abdi Afrika ke Brazil dan
Hindia Timur untuk dijadikan buruh yang murah dan lasak.
Pada abad ke-16, perdagangan rempah pula berkembang setelah Vasco da Gama
menemui jalan ke Timur, mereka telah menguasai Melaka, dan kepulauan rempah seperti pulau
Maluku dan pulau Banda yang merupakan tempat pengeluaran dan pengumpulan rempah di Asia
Tenggara. Di Banda, Portugis mendapatkan buah pala, cengkeh dan lada hitam. Rempah-rempah
tersebut mereka tukar dengan bahan pakaian dari India. Sejak tahun 1534, Portugis mendapat
kebebasan penuh untuk melakukan monopoli perdagangan rempah di Maluku. Portugis juga telah
mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun. Kejayaan Portugis menguasai
perdagangan barangan Timur telah menjadikan Lisbon sebagai ibu kota perdagangan di Eropah.
Dengan itu, mereka telah berjaya memecahkan monopoli perdagangan di Eropah yang dikuasai
oleh saudagar-saudagar Venice dan Genoa serta menandakan perpindahan pusat perdagangan dari
kawasan Mediterranean ke pantai Atlantik.
Portugis juga terlibat dalam perniagaan gula tebu yang diusahakan di koloninya di
Amerika Selatan iaitu di Brazil. Brazil menguasai ekonomi yang berasaskan pengeluaran
pertanian untuk di eksport ke Eropah. Sebelum abad ke-18, gula menjadi komoditi penting
Portugis untuk eksport dan diikuti oleh galian seperti emas yang mendapat permintaan tinggi.
Kepesatan perniagaan dan perdagangan yang dijalankan tersebut telah membentuk
empayar perdagangan dari Eropah ke Afrika, Amerika Selatan dan seterusnya di Asia. Keluasan
empayar perdagangan itu telah membawa kepada kejatuhan Portugal sebagai kuasa kelautan
kerana tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk mengendalikannya. Kemerosotan
Portugal juga akibat daripada saingan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Sepanyol, Belanda dan
Inggeris.

Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan Perniagaan
di Belanda.
Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang
ekonomi. Dalam tempoh 100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan
perkembangan industri. Kemajuan ekonomi Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang
berlaku pada abad ke-15 di mana Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang menguasai
perdagangan di Eropah. Ia juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti perladangannya, berikutan
dengan penggunaan kincir angin dan tenaga buruh yang murah.
Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ekonomi
perindustrian di Belanda. Ini menandakan kehebatan kuasa ekonomi perniagaan dan perdagangan
Belanda. Perkembangan itu menyaksikan perkembangan bandar pelabuhan Antwerp sebagai
pusat kewangan yang menjadi tumpuan para saudagar dan pedagang asing seperti Jerman,
Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Ahli-ahli pembankan Belanda telah mengambil
alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang Itali sebagai ahli kewangan yang terkemuka di
Eropah. Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pasaran saham yang
pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah
diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran.
Pelabuhan-pelabuahan sibuk dengan keluar masuk kapal yang membawa masuk barang
dagangan seperti rempah, teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya.
Amsterdam (pesat pentandbiran) menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan
dan perbankan.
Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapalkapal Belanda mula belayar merentasi Atlantik. Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin
tersebar sehingga ke Afrika, Amerika dan Asia. Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah
ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur (Indonesia), kepulauan Cariebean, Bahagianbahagian tertentu di Brazil dan Guyana di Amerika Selatan, New Amsterdam (New York) di
Amerika Utara, Afrika Selatan dan lain-lain (membentuk Empayar Belanda).
Pada tahun 1682, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia
Timur Belanda telah ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain
terutamanya Sepanyol dan Portugis. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa
kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti-aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu. Di
samping itu V.O.C juga telah diberi kebenaran untu mengadakan perjanjian dengan pemerintahpemerintah tempatan, menakluki serta menubuhkan koloni. Di Asia, Belanda bersaing dengan
Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing dengan Portugis tetapi
mengekalkan kestabilan di Eropah. Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila
Belanda bersaing dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Di koloni-koloninya orang-orang Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanamantanaman komersial. Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula.
Perusahaan tembakau menjadi penting pada abad ke-17 kerana bekalan buruh dari Afrika.
Perdagangan gula dan tembakau menjadikan Belanda pusat pengedaran barangan tersebut ke
Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16,000 kapal dagang bagi
mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan.
Antara tahun 1806 hingga 1813, Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang
Napoleon. Ini menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu. Selepas Perang

Napoleon tamat Belanda telah mendapat kembali tanah-tanah jajahannya dan memulihkan semula
aktiviti ekonominya.

3.1.2.2 Pertanian
ii) Perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang Pertanian di Belanda dan
England (abad ke-17 hingga 18)
Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Pertanian di Belanda.
Pada abad ke-17, penduduk Belanda telah meningkat dengan pesat. Seramai 1.9 juta
orang penduduk telah direkod pada pertengahan abad tersebut, kebanyakkannya tinggal di
kawasan pinggir pantai. Kepesatan peningkatan penduduk di wilayah pantai ada kaitannya
dengan perkembangan ekonomi komersial dan kapitalis sejak abad ke-16 lagi. Akibatnya Belanda
telah menjadi tumpuan masyarakat Eropah dari negara-negara seperti Jerman, Sepanyol, Portugis,
Inggeris, Danish, dan Itali. Peningkatan penduduk di negeri Belanda memerlukan bekalan
makanan yang banyak. Oleh itu, sektor pertanian perlu meningkatkan hasil pengeluarannya.
Perkembangan ekonomi di bandar-bandar telah merangsang kepada peningkatan hasil
pertanian pada abad ke-17. Oleh kerana Belanda merupakan sebuah negara yang kecil, ia
mempunyai kawasan pertanian yang terhad. Banyak kawasan pertaniannya yang musnah akibat
ribut taufan dan banjir. Ini disebabkan oleh keadaan geografinya, iaitu daratannya yang lebih
rendah dari paras laut. Aktiviti tebus guna tanah telah dilakukan untuk mengatasi masalah
tersebut. Kerajaan Belanda telah berjaya mengatasi masalah ini dengan kaedah membina daik dan
kincir angin. Pada tahun 1612, mereka berjaya mengeringkan tasik Beemster untuk dijadikan
sebagai kawasan pertanian. Sejak itu, banyak kawasan berpaya telah berjaya ditebus guna bagi
menambah keluasan kawasan pertanian.
Peladang-peladang mengunakan kaedah tanaman bergilir bagi menjaga kesuburan tanah.
Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan kosong, sementara menunggu untuk ditanam
semula, tanah tersebut ditanam dengan tanaman lain seperti turnip dan kacang peas ditanam.
Dalam kaedah ini turnip ditanam secara bergilir dengan bijirin. Selain dapat menyuburkan tanah,
kaedah ini juga hasil tanaman dapat dipelbagaikan dan dipertingkatkan hasil keluarannya.
Peladang-peladang juga menjaga kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli iaitu dengan
menggunakan najis binatang ternakan, melakukan pemugaran tanah dan membuang rumput dan
tanaman perosak.
Aktiviti perladangan di Belanda dilakukan secara intensif buruh dan berasaskan
pengkhususan mengikut kesesuaian fizikal tanah. Contohnya, pengkhususan dalam industri
tenusu dijalankan oleh peladang yang tinggal di kawasan padang rumput di wilayah
Leeuwarderadeel. Pengkhususan ini telah berjaya meningkatkan hasil pengeluaran hasil tenusu.
Tanaman makanan utama iaitu, bijirin (gandum, rai, dan barli) tidak dapat memenuhi
permintaan yang tinggi daripada penduduk Belanda yang padat. Belanda terpaksa mengimport
gandum daripada kawasan Baltik. Import gandum dari kawasan Baltik telah meningkat dengan
banyaknya pada pertengahan abad ke-17, mengakibatkan kenaikan harga gandum secara
mendadak.
Berikutan dengan kenaikan harga gandum, peladang-peladang telah mengatasinya
dengan menaikkan harga bagi hasil-hasil pertanian tempatan seperti produk tenusu dan daging.
Aktiviti tenusu merupakan keluaran komersil antara yang terpenting di Belanda. Ia adalah untuk
kegunaan penduduk tempatan dan juga dieksport ke Jerman dan kawasan Flanders. Hasil tenusu
seperti susu segar, mentega dan keju dieksport dalam jumlah yang banyak. Perkembangan
ekonomi bandar di bahagian selatan Belanda telah merangsang kepada permintaan hasil tenusu

yang menyaksikan revolusi harga terutama bagi hasil keju. Hasil keju juga dieksport ke
Perancis dan selatan Eropah. Pada abad ke-17, Perancis muncul sebagai pasaran penting bagi keju
yang dikeluarkan di Belanda.
Di bahagian utara negeri Belanda, petani-petani menjalankan kegiatan menternak lembu
daging. Lembu daging diternak untuk pasaran tempatan (penduduk bandar) dan juga untuk tujuan
eksport. Pada tahun 1662, terdapat catatan yang menyatakan sebanyak 2,000 ekor lembu telah
dieksport oleh V.O.C (Syarikat Hindia Timur Belanda) ke Hindia Timur (Indonesia) setiap tahun.
Pertanian komersial turut dijalankan dengan mengusahakan tanaman bunga tulip. Bunga
tulip menjadi berharga kerana menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Eropah pada
abad ke-17. Permintaan yang tinggi terhadap bunga tulip telah menjadikannya sebagai satu
aktiviti yang menguntungkan. Selain bunga tulip, peladang juga mengusahakan tanaman
tembakau yang diperkenalkan pada awal abad ke-17. Tanaman tembakau merupakan tanaman
komersial yang penting kepada sistem ekonomi kapitalis pada masa itu. Tanaman ini ditanam di
kawasan berhampiran bandar-bandar kecil seperti Amersfoort, Nijkerk, Arnhem dan lain.
Sektor pertanian telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara Belanda.
Banyak hasil pertanian menjadi barangan eksport yang menguntungkan. Peningkatan aktiviti
perdagangan menjadikan Belanda sebagai sebuah kuasa ekonomi di Eropah. Bidang pertanian
turut menyumbang kepada Zaman Keemasan Belanda.

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Pertanian di England.


Pada kurun ke-17, pertanian di England masih menggunakan cara lama sama seperti yang
digunakan pada zaman Pertengahan (sistem feudal). Pengeluaran hasil pertanian adalah secara
kecil-kecilan dan bersifat sara diri. Tanah-tanah pertanian dikenali sebagai manor dipunyai oleh
golongan tuan tanah mempunyai keluasan antara ratusan hingga 5,000 ekar. Tanah ladang
diusahakan oleh golongan petani sama seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu
tanpa membuat sebarang percubaan untuk melakukan pembaikan. Ladang dibahagikan kepada
tiga bahagian, pada bahagian pertama mereka menanam bijirin seperti gandum atau rye. Bahagian
kedua ditanam dengan barli, oat dan kekacang dan bahagian ketiga tidak ditanam dengan apa-apa
tanaman (bertujuan memulihkan kesuburannya). Masyarakat petani pada masa itu tidak
mempunyai pengetahuan tentang cara lain untuk menyuburkan tanah.
Pada kurun ke-18, kebanyakan negara England mengalami pertambahan penduduk yang
pesat menyebabkan permintaan terhadap hasil pertanian telah meningkat. Perubahan-perubahan
mula dilakukan untuk memajukan bidang pertanian agar turut berkembang seiring dengan
pertambahan penduduk. Pada awal abad ke-18, peladang-peladang telah mula memperbaiki cara
pertanian agar dapat memenuhi permintaan ke atas makanan.
Sistem tanaman bergilir telah diperkenalkan oleh Lord George Townshend, iaitu seorang
menteri yang berkhidmat semasa pemerintahan Raja George I. Beliau telah menanam tanaman
dengan giliran empat tahun di ladang-ladangnya. Beliau telah menggilirkan tanaman gandum,
turnip (ubi bit), barli dan rumput clover untuk ternakan lembu. Ubi bit dan rumput sangat berguna
sebagai makanan lembu pada musim dingin. Manakala najis lembu pula dijadikan baja untuk
menyuburkan tanah. Kaedah tanaman bergilir telah berjaya menyuburkan tanah dan menambah
hasil tanaman. Sebelum kaedah ini diperkenalkan, petani-petani di England menanam tanaman
dua tahun berturut-turut di sesebuah ladang, dan membiarkan ladang tersebut kosong selama
setahun untuk menyuburkannya semula. Ini bermakna tiada sebarang hasil yang dikeluarkan
sepanjang tahun yang ketiga itu. Lembu-lembu pula terpaksa disembelih pada musim dingin
kerana kekurangan makanan. Oleh itu, cara yang diperkenalkan oleh Lord George Townshend
telah menjadi ikutan petani-petani kerana ia lebih produktif. Pada akhir abad ke-18, giliran
tanaman telah menjadi perkara biasa di England.
Perubahan itu diikuti dengan kemajuan dalam bidang penternakan, iaitu penemuan
kaedah pembiakan baka biri-biri dan lembu yang baru telah diperkenalkan oleh Robert Backwell,
Robert Colling dan Charles Colling. Hasil penyelidikannya, Robert Bakewell telah berjaya
menghasilkan biri-biri baka baru yang dikenali sebagai biri-biri
Leicestershire yang
menghasilkan lebih banyak bulu. Penyelidikan yang dibuat oleh Colling bersaudara pula berjaya
menghasilkan lembu baka baru yang dikenali sebagai Durham Shorthorn yang mempunyai
berat sebanyak dua kali ganda lembu biasa. Ladang-ladang juga telah di pagar untuk
mengelakkan penyakit ternakan daripada merebak.
Akta Pemagaran Tanah telah diadakan berikutan desakan oleh golongan tuan tanah untuk
tujuan pengeluaran hasil pertanian secara besar-besaran, berikutan peningkatan harga gandum.
Antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui akta tersebut,
membentuk ladang-ladang yang diusahakan secara intensif berikutan peningkatan harga gandum
dan permintaan yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Selain itu, jentera pertanian telah mula diperkenalkan dalam bidang pertanian di England.
Jethro-Tull telah memperkenalkan jentera penyemai pada tahun 1701. Penggunaan jentera itu,
membolehkan peladang-peladang menyemai mengikut jarak barisan yang sama dan

mempermudahkan mereka menggembur dan merumput. Pada tahun 1730-an, bajak jenis baru
dikenali sebagai Rotterham telah diperkenalkan. Bajak ini dikendalikan oleh kuda dan ianya
dapat menjalankan kerja-kerja pembajakan dengan lebih berkesan.
Penggunaan kaedah baru, teknik saintifik dan jentera dalam bidang pertanian telah
berjaya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, dengan itu harga makanan menjadi murah,
kerana kos pengeluaran yang murah. Perkembangan ini dikenali sebagai Revolusi Pertanian.
Walau bagaimanapun, ia memberikan kesan yang negatif kepada petani-petani kecil. Mereka
terjejas dengan teruknya. Mereka kehilangan tanah apabila Akta Pemagaran Tanah diperkenalkan
oleh kerajaan. Mereka tidak mampu memagarkan tanah mereka dan ada pula yang tidak dapat
membuktikan bahawa tanah ladang yang diusahakan adalah kepunyaan mereka. Jentera-jentera
pertanian yang baru diperkenalkan pula sangat mahal dan mereka tidak mampu membelinya,
dengan itu mereka tidak dapat menyaingi peladang-peladang kaya dan akhirnya terpaksa menjual
ladang mereka. Mereka juga terpaksa menganggur kerana jentera-jentera yang baru
diperkenalkan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Itulah sebabnya, terjadinya penghijrahan
secara besar-besaran dari desa ke bandar-bandar perindustrian.

3.1.2.3 Perindustrian
iii) Perindustrian di Jerman dan Jepun (abad ke-19 hingga 20)
Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perindustrian di Jerman.
Pada abad ke-19, negara Jerman mengalami perkembangan pesaat dalam bidang
ekonomi. Kemajuan teknologinya membawa Jerman menjadi sebuah negara yang mempunyai
industri berat terutamanya perusahaan besi keluli. Sebelum tahun 1850, negara Jerman jauh
ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti Britain, Perancis dan Belgium.
Menjelang tahun1900, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang perindustrian di samping Britain
dan Amerika Syarikat.
Sebelum mencapai kemajuan itu, Jerman adalah sebuah negara pertanian yang
dipengaruhi oleh sistem feudal. Pada tahun-tahun 1830-an dan 1840-an, negara Jerman masih
berpecah belah kepada negari-negeri yang berasingan. Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain
merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi kentang, turnip atau ubi bit yang
menjadi bahan untuk pengeluaran gula dan lain-lain. Permulaan industri di Jerman dimulakan
dengan pembuatan tekstil secara kecil-kecilan pada tahun 1830-an.
Pada peringkat permulaan Revolusi Perindustrian di Jerman, Bank-bank telah membantu
para industrialis dalam menyediakan modal dan membentuk kartel (kumpulan syarikat yang
bersatu). Kartel pertama yang ditubuhkan ialah Neckar Salt Union iaitu kartel dalam perusahaan
garam. Sistem kartel di Jerman digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal
yang cekap dan mengawal harga barangan. Menjelang tahun 1900, terdapat sebanyak 25 buah
kartel beroperasi di Jerman.
Jerman juga telah membina jalan kereta api bagi memudahkan pengangkutan dan
perhubungan. Jerman mengimport teknologi dan peralatan dari Britain. Jerman mempelajari
kemahiran dengan cepat unuk mengendalikan perkhidmatan keretapi. Pada tahun1850, Jerman
telah bersedia untuk memenuhi permintaan membina kereta api.
Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk
menjadikan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian telah menbawa era baru dalam sektor
perindustrian. Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan sektor perindustrian di Jerman
bertambah pesat dan dikenali sebagai Revolusi Perindustrian kedua. Kerajaan Jerman bukan
sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraf dan aktiviti perdagangan. Selain
kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan tempatan juga turut menyokong usaha-usaha ke arah
memajukan lagi sektor perindustrian di Jerman. Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang
banyak dalam penyelidikan terutama dalam bidang kimia, automotif, dan elektrik. Penyelidikan
itu telah melahirkan inovasi baru seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang
kejuruteraan elektrik. Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam
industri tekstil.
Perindustrian di Jerman turut dijana dengan adanya sumber bahan mentah yang banyak.
Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan pada tahun
1871 dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900. Ini membolehkan industrialis seperti
Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang terkemuka di dunia. Syarikat Krupp telah
mengeluarkan barangan besi yang berkualiti tinggi.Industri kulit turut berkembang, antara tahun
1870 hingga tahun 1914 Jerman telah mengambil alih tempat Britain dalam industri kulit.

Pada abad ke-20, perusahaan automotif turut berkembang, berikutan daripada kereta
pertama yang diciptakan oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimier dari Jerman pada tahun 1886,
negara-negara lain turut mengikuti jejak mereka ke dunia perekaan kereta. Keadaan ini telah
memecutkan pembangunan industri automotif. Sejak tahun 1886, Jerman, pengeluar automobil
yang tertua mula bergiat dalam pengeluaran automobil secara besar-besaran. Sehingga tahun
1901, terdapat 12 kilang automobil di Jerman, sebanyak 884 buah kereta telah dihasilkan setahun.
7 tahun kemudian, kilang automobil bertambah dengan pesat menjadi 53 buah dan menghasilkan
5547 buah kereta setahun. Ianya bukan sahaja dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan,
malah kebanyakan keluaran telah dipasarkan ke luar negera. Walau bagaimanapun, Benz dan
Daimler kekal sebagai kilang automobil yang terkenal, tertua dan terbesar.
Revolusi Perindustrian mengubah wajah Berlin pada abad ke-19, apabila ekonomi dan
penduduk bandaraya ini bertumbuh secara mendadak, lalu menjadi pusat ekonomi dan hab kereta
api utama Jerman. Lambat laun munculnya kawasan subbandar baru yang meluaskan lagi
kawasan dan kependudukan Berlin. Pada tahun 1861, kawasan pinggir bandar termasuk Wedding,
Moabit, dan lain-lain lagi digabungkan dengan kota Berlin. Pada tahun 1871, Berlin menjadi ibu
kota Empayar Jerman yang baru ditubuhkan. Pada 1 April 1881, kota Berlin menjadi daerah yang
berasingan dari wilayah Brandenburg.
Pada penghujung Perang Dunia I pada tahun 1918, Republik Weimar diisytiharkan di Berlin.
Pada tahun 1920, Akta Berlin Raya menyatukan berpuluh-puluh kawasan subbandar, desa, dan
tanah-tanah di sekeliling Berlin menjadi sebuah kota raya yang memakan kebanyakan kawasan
wilayah Brandenburg. Selepas peluasan itu, Berlin mempunyai lebih kurang empat juta
penduduk.

Perubahan Orientasi Kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perindustrian di Jepun.


Penyerahan kuasa pemerintahan oleh pemerintah kesyogunan Tokugawa kepada
maharaja telah membawa kepada kemajuan ekonomi Jepun. Dengan berakhirnya pemerintahan
feudal dan kenaikan pemerintahan Maharaja Meiji bererti Jepun telah disatukan kembali di bawah
satu kerajaan pusat di Tokyo. Dengan adanya pemusatan kuasa di tangan Maharaja,
membolehkan pembaharuan dan pemodenan dapat dijalankan dengan berkesan.
Pada abad ke-19, peringkat awal perindustrian di Jepun hampir mengalami kegagalan
kerana kekurangan modal, dan perusahaan baru tidak dapat dikembangkan kerana perjanjian
dengan negara-negara Barat yang memaksa Jepun mengenakan cukai yang rendah ke atas
barangan import. Mereka juga kekurangan kepakaran dalam menghasilkan barangan yang
bermutu tinggi.
Bagi mengatasi masalah kekurangan modal, pentadbiran Meiji telah mengenakan cukai
(dengan kadar yang tetap) kepada golongan tuan-tuan tanah. Hasil daripada pungutan cukai itu
digunakan untuk memajukan bidang perindustrian. Secara beransur-ansur, Jepun telah
memajukan bidang perindustriannya. Antara tahun 1868 hingga 1897, pembawaan masuk bahanbahan mentah telah meningkat sebanyak lima kali ganda, dan pengeluaran hasil kilangnya
meningkat kepada 20 kali ganda.
Pemimpin-pemimpin Jepun telah membuat keputusan untuk membawa masuk
pengetahuan Barat. Jepun sedar untuk bersaing dengan negara-negara Barat, pengetahuan dan
teknologi Barat mestilah diperolehi terlebih dahulu. Pelajaran diwajibkan ke atas semua
penduduk Jepun pada tahun 1872. Jepun juga telah menghantar penuntut-penuntutnya ke Eropah
untuk belajar. Penuntut-penuntut yang telah tamat belajar kembali ke Jepun untuk mengajar
bangsa mereka apa yang telah mereka pelajari di Barat.
Pengetahuan Barat yang dibawa pulang telah disesuaikan dengan keadaan negara Jepun.
Keretapi, jalan raya, kapal-kapal laut, dan kilang-kilang telah dibina. Sungai-sungai yang deras
alirannya banyak terdapat di Jepun, dijadikan empangan elekrtik hidro yang dapat membekalkan
tenaga elektrik yang murah untuk keperluan kilang-kilang di Jepun. Perusahaan-perusahaan
perkilangan mula muncul di Jepun dengan pembuatan hasil-hasil tekstil seperti tenunan kapas dan
sutera, serta barang-barang perhiasan.Tenaga buruh yang ramai turut menjadi penyumbang
kepada peningkatan perindustrian di Jepun. Ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya sistem
kewangan kebangsaan dan reformasi sistem cukai yang menjadi penyumbang utama
pengumpulan modal, asas perkembangan kapitalisme. Perusahaan-perusahaan berat juga telah
dimulakan.
Setelah berjaya memajukan bidang perindustriannya, kerajaan Jepun telah menyerahkan
atau diswastakan kebanyakan perusahaan itu kepada golongan pemodal (zaibatsu) seperti
zaibatsu Mitsui dan zaibatsu Mitsubishi.
Menjelang Perang Dunia Pertama, ekonomi Jepun sudah berkembang dalam bidang
perusahaan berat seperti pembuatan alat jentera, perkapalan, besi dan keluli serta barangan
elektrik. Pada tahun 1920 pula, pengeluaran industri negara Jepun telah meningkat sebanyak 20
kali ganda. Sementara itu, bidang pertanian terus tenggelam tanpa pembelaan kerajaan.
Menjelang tahun-tahun1930-an, sumbangan industri berat dan kimia menjadi semakin penting
dan mula menyaingi industri ringan seperti pembuatan tekstil dan sebagainya. Pengeluaran tekstil
dari kilang-kilang di Jepun berjaya mendapat pasaran yang baik di Asia Tenggara kerana
harganya yang murah. Kumpulan zaibatsu Mitsui, Mitsubishi dan Sumitomo semakin menonjol

dan terus menguasai ekonomi Jepun. Selepas tahun 1935, Jepun mulai menjadi pengeluar alat-alat
kelengkapan tentera secara besar-besaran.
Perkembangan seterusnya menyaksikan kelahiran zaibatsu baru seperti Nissan, Toyota
dan Showa Denko, sementara zaibatsu lama seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda, dan Sumitomo
terus berkembang maju sehinggalah Perang Dunia Kedua.

3.2

INTELEKTUAL.
3.3.1 Perkembangan ilmu (England dan Perancis Abad ke-17 hingga 19).
a) Proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu kesan daripada Renaisans, Reformasi
Protestan, Revolusi Sains dan Gerakan Pencerahan.
RENAISANS

REFORMASI
PROTESTAN

Renaisans atau renaissance merupakan perkataan Perancis yang bermaksud rebirth


atau kelahiran semula. Ianya merujuk kepada zaman pemulihan budaya di Eropah.
Zaman Renaisans merupakan zaman pembaharuan atau kelahiran semula ilmu
pengetahuan di Eropah. Gerakan pembaharuan telah bermula di bandar-bandar Itali yang
mempunyai hubungan perdagangan dengan dunia Islam dan Timur. Bandar-bandar Itali
seperti di Genoa, Milan, Venice, dan Florence telah menjadi kaya dan mempunyai
penduduk yang paling ramai di Eropah.
Kemakmuran hidup di kota-kota tersebut telah menyebabkan penduduknya mula
tertarik kepada kesenian dan ilmu pengetahuan baru. Minat baru dalam bidang ilmu
pengetahuan bertambah apabila golongan kelas menengah atau borguis menaungi para
ilmuan. Golongan ini sanggup meluangkan masa dan wang untuk tujuan seni dan sains.
Saudagar-saudagar kaya mula menjadi perintis kepada perkembangan kesenian dan ilmu
pengetahuan. Misalnya, keluarga Medici yang berkuasa di kota Florence menaungi para
ilmuan dan seniman dan memberi bayaran yang tinggi kepada mereka.
Itali bukan sahaja terkenal dengan bandar-bandar yang makmur dan orang-orang
kaya yang gemarkan seni dan ilmu pengetahuan, tetapi juga tempat orang-orang yang
berjuang untuk mendapatkan kebebasan berfikir dan mengeluarkan idea-idea mereka. Di
sini timbulnya satu gerakan yang dinamakan fahaman Humanisme.
Gerakan Renaisans telah menukar pandangan masyarakat Eropah terhadap institusi
gereja Katholik. Mereka mula menyoal tentang ajaran-ajaran gereja. Mereka mula sedar
kekurangan dan penyelewengan pihak gereja. Sementara itu raja-raja Negara bangsa
yang baru muncul di Eropah tidak suka Pope (Paus) campur tangan dalam hal ehwal
negara mereka.Akibat daripada kepincangan dalam amalan gereja Katholik pada awal
kurun ke-16, perpaduan Katholik di Eropah Barat telah berpecah kepada dua mazhab
Katolik dan Protestant. Mazhab Protestant mengemukakan pendekatan baru terhadap
doktrin Kristian yang bertentangan dengan gereja Katholik. Pengasas mazhab Protestant
ialah seorang paderi dari Jerman bernama martin Luther. Pada tahun 1517, beliau telah
mengemukakan 95 hujah menentang amalan indulgences (amalan penjualan surat
pengampunan dosa) oleh pihak gereja. Beliau juga menentang amalan rasuah, kekolotan
dan penyelewengan-penyelewengan Gereja Katholik yang lain.
Martin Luther seterusnya mengkritik penyalahgunaan kuasa oleh Pope (pemimpin
tertinggi agama kristian). Beliau juga menentang penyembahan keramat dan menyeru
orang Kristian merujuk kepada kitab Bible sebagai ajaran yang mutlak dan menolak Pope
sebagai perantara dalam hubungan penganut Kristian dengan tuhan.
Mazhab Protestant telah tersebar secara meluas melalui beberapa pemimpin Kristian
seperti John Calvin, Ulrich Zwingli dan lain-lain. Gerakan ini telah disebarkan ke
Switzerland pada tahun 1518 oleh Ulrich Zwingli. Ia juga tersebar ke Sweden,Denmark,
Norway dan beberapa negara lain. Raja Henry VIII, dari England memutuskan hubungan
dengan Pope dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Gereja Inggeris (Gereja
Anglican). Di Perancis, seorang peguam bernama John Calvin telah melakukan reformasi
Kristian dan menamakan alirannya sebagai Calvinisme. Ajarannya memberikan
penekanan terhadap amalan hidup masyarakat Kristian yang bukan sahaja menyentuh
soal agama bahkan juga mencakupi aspek sosial dan kemasyarakatan. Pendekatannya
yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan agama Kristian dengan arus perkembangan
semasa membolehkan pengaruhnya berkembang dengan cepat. Misalnya, Calvinisme
menggalakkan perniagaan di kalanagan penganutnya dengan menghalalkan amalan riba.

REVOLUSI
SAINS

GERAKAN
PENCERAHAN

Beliau mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Huguenots.


Gerakan Reformasi Protestant berjalan selama kira-kira 40 tahun membawa kesan yang
mendalam kepada masyarakat Eropah.
Gerakan reformasi telah memecahbelahkan masyarakat Kristian di Eropah.
Penganut mazhab Katholik atau Roman Catholic masih taat kepada Pope di Rom,
manakala satu lagi mazhab iaitu kumpulan penentang atau Protestant yang menentang
Pope di Rom. Perpecahan ini telah membawa kepada peperangan di Eropah yang
berlarutan sehingga ke abad yang ke-17.
Kesan penting gerakan renaisans ialah kemunculan revolusi sains. Minat terhadap sains
membawa kepada tertubuhnya akademi sains di kota Rom pada tahun 1603, satu
kumpulan ahli sains telah menubuhkan Akademi Lynxes. Pada pada abad ke-17,
akademi-akademi yang serupa telah didirikan di kota-kota lain, terutamanya di Itali dan
Jerman. Pada tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh Raja
Charles II untuk menyelidik dan mengkaji sains. Pada tahun 1666, Akademi Sains
Perancis telah diperbaharui oleh Raja Louis XIV.
Pemerintah-pemerintah Barat
telah memberi dorongan kepada kemajuan pengetahuan sains dan menjadikan diri
mereka sebagai penaung ilmu pengetahuan.
Ilmu astronomi menjadi ilmu yang penting pada zaman revolusi sains. Pada mulanya,
masyarakat Barat berpegang kepada teori kaji bintang yang dibuat oleh Claudius Ptolemy
yang hidup dalam permulaan abad kedua Masihi. Masyarakat pada Zaman Pertengahan
menerima teori Ptolemy yang berpendapat bahawa bumi merupakan pusat alam dengan
matahari dan bintang-bintang mengelilinginya. Tiada seorang ilmuanpun yang berani
menyoalnya kerana teori tersebut turut disokong oleh institusi gereja Kristian.
Nicholaus Copernicus (1473-1543) seorang ilmuan dan paderi yang berasal dari Poland.
Beliau ialah seorang pengajar yang mengajar ilmu matematik di Rom. Beliau telah
mengkaji sistem matahari dan mendapati bumi mengelilingi matahari dan bukan
sebaliknya. Ini menyebabkan beliau diumumkan sebagai pengingkar kerana melahirkan
pendapat yang bertentangan dengan pihak gereja. Keberaniannya telah mendorong
ilmuan-ilmuan yang lain mengikut jejak langkahnya, antaranya ialah Galilei Galileo
(1564-1642), Johannes Kepler (1571-1630), dan Sir Isaac Newton (1642-1727).
Revolusi sains telah merintis jalan kepada perkembangan sains moden. Pembinaan cara
penyelidikan sains adalah berdasarkan kepada logic dan matematik. Ia menyebabkan
masyarakat Eropah hilang kepercayaan terhadap agama. Mereka menjadikan teori sains
sebagai asas pegangan hidup dan menolak kepercayaan agama.
Gerakan pencerahan atau Enlightment merupakan gerakan yang memperjuangkan hak
semulajadi manusia atau tabii manusia yang lahir pada abad ke-18. Ia juga dikenali
sebagai Zaman Penyerlahan. Pemikir-pemikir gerakan ini terdiri daripada ahli-ahli
falsafah, pakar-pakar politik, ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli ekonomi dan sosial. Ia menjadi
satu revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal dan moden. Zaman
ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka. Antara pelopor
gerakan ini ialah John Locke (1632-1704), Montesquieu (1689-1755), Voltaire (16941778), dan Rousseau (1712-1778). Mereka berusaha untuk membebaskan pemikiran
manusia daripada mitos, fantasi dan kepercayaan-kepercayaan lama yang dianggap kolot
(termasuk agama).

Perkembangan Ilmu di England pada Abad ke-17 hingga 19.


Bidang intelektual telah berkembang pesat di Eropah sejak abad ke-15 lagi, berikutan
dengan ciptaan mesin cetak dan gerakan Renaisans. Pada abad ke-16, masyarakat di England
mulai berminat dengan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan terus berkembang hingga abad ke17 apabila golongan pemerintah turut memberi semangat kepada para ilmuan dan menaunginya.
Pada tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh raja Charles II bagi tujuan
penyelidikan ilmu pengetahuan. Akademi-akademi sains dan pusat pemerhatian bintang telah
didirikan, misalnya pembinaan pusat pemerhatian bintang di Greenwich pada tahun 1675. Sebuah
muzium juga telah didirikan di Oxford pada tahun 1683.
Menjelang abad ke-17, perkembangan ilmu pengetahuan di England menyaksikan
perkembangan ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan dan kimia. antara tokoh ilmuan yang
terkenal ialah Sir Isaac Newton. Beliau telah menumpukan perhatiannya untuk meneroka natural
knowledge. Beliau telah menunjukkan kepakarannya dalam bidang matematik sehingga dilantik
sebagai mahaguru di Universiti Cambridge ketika berusia 27 tahun. Beliau telah mencapai
kejayaan dalam mathematical physics dengan mencipta sifir yang dapat menentukan kedudukan
bulan sebagai panduan dalam bidang pelayaran. Beliau juga telah mencipta hukum graviti yang
ditulis di dalam buku Principia yang dikarang pada tahun 1687.
Abad ke-17 juga menyaksikan kelahiran ilmu falsafah alam dan kesedaran. Salah seorang
tokoh dalam bidang ini ialah John Locke. Beliau ialah seorang doktor perubatan dan seorang ahli
falsafah politik yang mendukung aliran Emperikal. Pada tahun 1690, beliau telah menerbitkan
artekel yang bertajuk Essay Concerning Human Understanding, yang mengutarakan pendapatnya
yang menyatakan bahawa manusia lahir bebas dari segala pegangan, pandangan atau prasangka
yang disebut tabula rasa. Pemikiran, kepercayaan dan pandangan individu diwarnai oleh idea,
pegangan dan institusi yang wujud dalam masyarakatnya. Pandangannya banyak mempengaruhi
perkembangan masyarakat England pada masa itu.
Pada abad ke-18, Adam Smith telah membuat kajian terhadap hukum-hukum alam yang
membolehkan sesebuah negara menambahkan kekayaannya. Hasil kajian itu, beliau telah
menerbitkan sebuah buku dalam bidang ekonomi politik yang bertajuk The Wealth of Nations
(1776).
Pada abad ke-19 pula, buku The Origin of Species oleh Charles Darwin telah diterbitkan
pada tahun 1859. Ia dianggap sebagai titik perubahan dalam bidang sains moden dan falsafah.
Melalui buku tersebut Darwin telah mengemukakan pendapat bahawa persaingan merupakan
suatu prinsip kehidupan sosial dan kegiatan ekonomi. Kemajuan yang dicapai dari perjuangan
untuk terus hidup telah menjadi asas kepada teori ekonomi dalam ekonomi pasaran bebas laissez
faire. Selain itu, kemajuan teknologi telah berkembang pesat apabila Michael Faraday menemui
kaedah mendapatkan kuasa elektrik melalui gelombang eletromagnet. Kuasa elektrik juga boleh
ditukar ganti. Pada tahun 1831, beliau telah mencipta dinamo, suatu alat penting dalam
penghasilan kuasa elektrik. Dinamo perlu dipusing dengan menggunakan kuasa wap untuk
menghasilkan elektrik. Penemuan ini telah membawa kepada satu peralihan baru dalam sejarah
kehidupan manusia.

Perkembangan Ilmu di Perancis pada Abad ke-17 hingga 19.


Sejak zaman Renaisans, minat dalam ilmu pengetahuan telah timbul di Perancis. Minat
terhadap ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat Perancis terbukti dengan penubuhan
Acadmie des Sciences (Akademi Sains). Pada tahun 1666, Raja Louis XIV telah memperbaharui
semula Akademi Sains negaranya bagi tujuan penyelidikan sains.
Tempoh antara tahun 1750 hingga 1850, merupakan tahun-tahun yang dipenuhi dengan
kegiatan penyelidikan dalam semua bidang sains (matematik, mekanik, astronomi, kimia, botani,
dan anatomi,). Perancis telah memainkan peranan penting dalam kegiatan ini. Para ilmuan yang
terkemuka telah memberi sumbangan yang paling besar dalam memperluaskan bidang
pengetahuan sains. Antara kemajuan sains yang dicapai pada abad ke-18, ialah penemuan gas
oksigen dan hidrogen oleh ahli kimia dan biologi Perancis yang bernama Antione-Laurent
Lavoisier.
Pada era Revolusi Perancis (1789), Akademi Sains diberi peranan mencipta sistem
ukuran dan sukatan yang baru bagi kegunaan negara Perancis, pihak akademi tersebut telah
berjaya menghasilkan sistem kiraan metrik.
Selain dari memberi keutamaan kepada perkembangan sains, ilmu falsafah juga turut
diberikan perhatian. Rene Descartes ahli matematik dan fizik berbangsa Perancis dianggap
sebagai Bapa Falsafah Moden. Beliau telah berusaha untuk mengaplikasikan rasional kaedah
induktif matematik ke dalam bidang falsafah. Ahli-ahli falsafah lain yang terkenal ialah Voltaire,
Montesquieu dan Rousseau. Ahli-ahli falsafah Perancis menjadi terkenal dan idea-idea mereka
berpengaruh pada Zaman Pencerahan (Enlightment) di Eropah.
Dalam bidang sastera pula, kesusasteraan baroque ( penulisan yang teliti dan
menggunakan gaya bahasa yang indah) berkembang di Perancis pada abad ke-17. Ia dinaungi
sendiri oleh Grand Monarch Louis XIV. Ramai pengarang Perancis yang terkenal muncul pada
era keemasan itu, antaranya ialah Corneille, Moliere, Racine, Madame de Sevigne, La Fontaine
dan ramai lagi. Kesusasteraan Perancis menjadi contoh dalam penghasilan kesusasteraan di
negara-negara Eropah yang lain dan menjadi kegemaran masyarakat Eropah pada masa itu.
Pada abad ke-19, hasil penyelidikan seorang ahli kimia Perancis iaitu Louis Pasteur telah
menemui punca terjadinya penyakit yang dihidapi manusia. Beliau telah mengemukakan teori
bahawa penyakit adalah disebabkan oleh kuman. Dengan penemuan tersebut, ilmu perubatan
telah memasuki era baru yang lebih maju.

3.3.2

Sumbangan Tokoh.

Menilai idea dan sumbangan tokoh-tokoh dari England dan Perancis.


Perancis menjadi pusat pengetahuan golongan intelek pada zaman Enlightment. Hasil
karya tokoh-tokoh ilmuannya mendapat pujian dan menjadi ikutan di seluruh dunia.
TOKOH

CHARLES LOUIS
MONTESQUIEU
(PERANCIS)

ADAM SMITH
(ENGLAND)

SUMBANGAN
Montesquieu merupakan pemikir Enlightenment Perancis yang memperjuangkan
hak semula jadi atau tabii manusia. Beliau telah menghasilkan buku The Spirit of the
Laws yang diterbitkan pada tahun 1748. Dalam buku ini beliau telah
memperjuangkan prinsip pembahagian kuasa antara institusi-institusi kerajaan, agar
kuasa tidak dimonopoli oleh mana-mana cabang pemerintahan, sama ada badan
kehakiman, parlimen atau eksekutif.
Dalam konteks negara Perancis, beliau percaya bahawa kuasa harus dibahagikan
antara raja dan badan-badan perantaraan seperti parlimen, estet-estet provinsi,
golongan bangsawan, bandar dan gereja. Menurutnya lagi, harus ada pemisahan
antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Dengan adanya penasingan ini
rakyat akan memperolehi kebebasan. Doktrinnya mempunyai pengaruh yang luas
dan terkenal sehingga mempengaruhi penulisan Perlembagaan Amerika Syarikat.
Beliau mengekalkan institusi beraja Perancis, tetapi dalam bentuk raja yang dihadkan
kuasanya sebagaimana institusi beraja di England. Beliau berkehendakkan satu
bentuk kerajaan yang membolehkan undang-undang diperbincangkan dan dipinda
dahulu sebelum dilulus dan dilaksanakan. Mengikut beliau, dalam sistem ini, raja
tidak mungkin dapat memerintah secara despotik kerana banyak terdapat kawalan.
Walaupun Adam Smith merupakan pemikir ekonomi liberal yang terkenal, beliau
bukanlah yang pertama. Para fisiokrat di Perancis adalah kumpulan yang terawal
yang mencadangkan ekonomi politik dan pengaturan pasaran dengan sendirinya
dikaji secara teratur. Kemudiannya pada tahun 1750, Benjamin Franklin menyokong
kebebasan untuk perusahaan Amerika. Di Sweden-Finland, era kebebasan yang
kerajaan berparlimen melahirkan seorang ahli parliment Finland yang bernama
Anders Chydenius. Beliau adalah tokoh yang pertama yang mencadangkan
perdagangan dan perusahaan yang bebas di dalam bukunya yang bertajuk The
National Gain pada tahun 1765. Tulisan beliau bukan sahaja jelas mempengaruhi
perkembangan politik dan ekonomi di negara-negara Nordik, tetapi juga di kawasankawasan lain di masa terkemudian.
Di sekitar abad yang ke-18, ahli ekonomi dan falsafah dari Scotland, Adam Smith
(1723-1790) mula memperkenalkan satu teori yang mengatakan seseorang individu
boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan
daripada negara. Tambahan lagi, sesuatu negara itu akan menjadi kuat apabila
rakyatnya bebas. Smith mengetengahkan idea untuk mengakhirkan sistem feudal,
polisi-polisi merkantilisme, monopoli negara dan memperkenalkan kerajaan "laissezfaire", iaitu satu kerajaan berasaskan pasaran bebas. Di dalam The Theory of Moral
Sentiments (1759), Smith menulis tentang teori motivasi yang cuba untuk
mengamankan perasaan yang menekanan kepentingan sendiri serta ketidakaturan
sosial. Beliau memperkatakan lagi di dalam The Wealth of Nations yang ditulis pada
tahun 1776 yang pasaran di bawah sesuatu syarat akan mengaturi sistemnya dengan
sendirinya dan akan mengeluarkan lebih banyak barangan daripada satu pasaran yang

terkawal yang menjadi satu perkara yang biasa diwaktu itu. Beliau hanya
membenarkan kerajaan mememang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh
badan yang bergantung kepada keuntungan seperti menghalang seseorang daripada
menggunakan kekasaran atau penipuan untuk menghalang persaingan, perdagangan
ataupun pengeluaran. Teori pencukaian beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya
patut mengenaikan cukai dengan cara yang tidak mengugat kesejahteraan ekonomi,
dan "setiap rakyat sesuatu negara patut menyokong negara sebanyak boleh mengikut
kebolehan sendiri; dengan ini, bermaksud hanya sebahagian daripada pendapatan
mereka yang diperolehi dibawah perlindungan negara. Beliau bersetuju dengan
Hume yang modal, bukan emas adalah sumber kekayaan sesuatu negara.
Adam Smith berbangsa Scotland dan seorang pensyarah falsafah moral di Universiti
Glasgow. Beliau merupakan tokoh terkemuka dalam bidang ekonomi politik pada
abad ke-18. Pemikirannya selari dengan semangat falsafah pada masa itu berkaitan
dengan hak-hak semulajadi, agama semulajadi dan hukum-hukum alamnya. Beliau
menyelidiki hukum-hukum alam yang membolehkan sebuah negara menambahkan
kekayaanya. Hasil penyelidikkan itu telah dibukukan dalam karyanya The Wealth of
Nations yang diterbitkan pada tahun 1776. Melalui buku tersebut beliau memberikan
gambaran yang jelas mengenai kesulitan-kesulitan fenomena ekonomi. Beliau juga
telah menyarankan pembaharuan-pembaharuan dalam bidang ekonomi
Rousseau telah menulis buku yang bertajuk The Social Contract yang sangat
berpengaruh pada masanya. Beliau berpendapat bahawa manusia hendaklah hidup
sebagaimana nenek moyang mereka dahulu. Undang-undang, agama, pelajaran dan
apa yang dikatakan tamadun itu adalah tidak berguna. Pendapatnya tentang kembali
kepada alam semulajadi. Selain itu, beliau telah mengutarakan keunggulan suara
rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara seluruh rakyat ini
diistilahkannya sebagai General Will atau Hasrat Umum. Menurutnya, General Will
tidak semestinya bererti suara majoriti tetapi lebih merupakan suara sepakat
golongan yang dianggap Enlightened atau berkesedaran. Suara rakyat ini juga
dikatakan sebagai lebih tinggi daripada institusi raja dan birokrasi.

JEAN JACQUES
ROUSSEAU
(PERANCIS)

Melalui buku The Social Contract, beliau menyatakan semua kerajaan


menjalankan kuasa mereka berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia
sesamanya dengan sukarela. Beliau menegaskan sesebuah negara berada dalam
keadaan paling kejam tanpa undang-undang dan moraliti. Menurutnya lagi, sikap
buruk manusia disebabkan keburukan masyarakat. Orang-orang yang baik hanya
boleh dihasilkan oleh masyarakat yang diperbaiki.
Dalam konteks negara Perancis, Rousseau lebih berhati-hati, tatkala mencari
penyelesaian praktikal ke atas masalah Perancis. Beliau tidak mengutuk raja, paderipaderi dan kerajaan. Bagi beliau bentuk kerajaan yang terbaik untuk Perancis ialah
sistem perwakilan. Mengikut sistem ini, tidak semua rakyat akan diberi hak
mengundi, kerana mereka mudah dipengaruhi oleh golongan pengacau. Beliau lebih
gemar kuasa politik berada dalam tangan golongan terpelajar dan kelas menengah
yang bertanggungjawab.

3.2

KEMAJUAN PENDIDIKAN.

a) Proses perubahan pendidikan di Perancis dan Jerman (abad ke-18 hingga 19)
Proses Perubahan Pendidikan di Perancis.
Pada abad ke-18, kebanyakan sekolah di Perancis merupakan sekolah-sekolah swasta
yang dikendalikan oleh institusi Gereja Katholik. Pendidikan hanya terhad untuk golongan
bangsawan sahaja kerana golongan rakyat biasa tidak mampu membayar yuran persekolahan
yang tinggi.
Pada abad ke-19, Perancis telah menyusun semula sistem pendidikannya iaitu pada era
pemerintahan Napoleon Bonaparte sebagai konsul pertama (1800-1804). Napoleon telah
memperkenalkan sistem pendidikan yang menyeluruh. Beliau menyediakan pendidikan percuma
untuk rakyat Perancis. Satu dasar pendidikan yang baru juga telah dibentuk. Sekolah-sekolah
rendah telah diwujudkan dan letakan di bawah pengawasan prefects (ketua-ketua) atau subprefects (ketua-ketua kecil).
Sekolah menengah atau sekolah grammar harus memberikan satu latihan istimewa dalam
bahasa Perancis, Latin dan sains permulaan dan haruslah di bawah kawalan kerajaan.Beliau telah
mendirikan sekolah-sekolah tinggi atau Kolej Awam yang dipanggil sebagai lycees. Tujuan
penubuhan sekolah-sekolah ini ialah untuk memajukan pendidikan secara saintifik serta
melahirkan rakyat yang sepenuhnya taat setia kepada negara dan patuh kepada idea tentera.
Terdapat juga sekolah aliran agama atau teologi yang memberi penekanan kepada pengajian
agama Katholik.
Napaleon Bonaparte juga mendirikan banyak sekolah teknik dengan tujuan untuk
memajukan proses perindustrian, di samping mencari proses-proses dan kaedah-kaedah baru
dalam memajukan bidang tersebut di samping menggalakkan penghasilan ciptaan-ciptaan baru.
Antara sekolah-sekolah teknik yang ditubuhkan ialah Politeknik Paris, Sekolah Tinggi Pengajian
Perniagaan dan Konservatori kebangsaan bagi sastera dan perdagangan.
Institusi pengajian tinggi turut disediakan untuk rakyat Perancis. Pada tahun 1808,
Napoleon telah mengeluarkan undang-undang imperial yang memberikan kuasa kepada kerajaan
untuk menubuhkan sebuah universiti. Menurut undang-undang itu, bidang pendidikan di
Perancis terletek di bawah pengawasan Universiti Perancis. Universiti Perancis dan cawangancawangannya telah ditubuhkan di banyak wilayah bagi menberikan pendidikan tinggi kepada
rakyat Perancis. Universiti itu turut berperanan sebagai badan induk yang menyelia semua
institusi pendidikan di Perancis. Penubuhan Universiti Perancis merupakan sumbangan besar
Napoleon kepada perkembangan pendidikan tinggi di Perancis.
Bagi memantapkan lagi bidang pendidikan di Perancis, Napoleon juga telah menubuhkan
sebuah sekolah latihan perguruan untuk melatih pelajar-pelajar lepasan lycees dalam bidang
perguruan. Institusi yang dikenali sebagai superior normal school itu melatih bakal-bakal guru
tentang kaedah pengajaran serta menyediakan latihan praktikal. Mereka akan dilatih selama dua
tahun. Pada tahun l815, latihan perguruan telah ditambah kepada tiga tahun.

Pada tahun 1880-an, Menteri Perhubungan Awam, Jeles Ferry telah mengasaskan sekolah
moden dan diwajibkan kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia antara 6
hingga 12 tahun. Pada abad ke-18, usaha-usaha telah diambil oleh pemerintah Perancis untuk
meluaskan pendidikan di kalangan belia. Subjek-subjek baru seperti sains, vernakular dan
matematik diperkenalkan. Pada abad ke-18 juga muncul satu aliran pendidikan baru yang disebut
realisme. Realisme bermaksud pelajaran atau fahaman tentang keadaan yang sebenar-benarnya,
cara berfikir dan kesenian yang berpegang kepada kebenaran yang nyata dan kepada penyaksian
pancaindera. Pendidikan mengikut aliran ini berdasarkan tiga asas yang penting iaitu:
i.

Kesanggupan untuk memiliki berbagai-bagai ilmu pengetahuan tentang pelajaran


ilmu alam dan ilmu bumi.

ii. Bahasa ibunda juga digunakan sebagai alat untuk memperolehi pengetahuan selain
bahasa Greek dan Latin.
iii. Pengajaran berasaskan kaedah pengamatan, pengalaman dan induksi percubaan.
Pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Perancis kepada rakyat telah menwujudkan
masyarakat yang berpelajaran di mana majoriti masyarakat Perancis merupakan mereka yang
celik huruf.

Proses Perubahan Pendidikan di Jerman.


Gerakan memajukan sistem pendidikan di Jerman dimulakan oleh Martin Luther (14831546), dengan tujuan agar setiap orang akan dapat membaca, mengkaji dan memahami kitab
Bible. Bagi tujuan tersebut, beliau mencadangkan agar setiap bandar dan kampung di Jerman
mengadakan sebuah sekolah untuk mendidik pelajar-pelajar lelaki dan juga perempuan. Di dalam
bukunya yang bertajuk Discourse on the Duty of Sending Children to School, beliau telah
menggesa agar kerajaan menyediakan sekolah yang mendaftar kehadiran pelajar-pelajarnya atau
mewajibkan kehadiran mereka ke sekolah. Beliau menekankan kepentingan menghantar kanakkanak ke sekolah dan kepentingan sistem pendidikan. Beliau juga menekankan kepentingan
pendidikan formal yang disertai dengan latihan pertukangan.
Menjelang abad ke-18, Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827) telah mengasaskan
beberapa teori pedagogi moden dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan di
seluruh dunia. Teori-teori pendidikan beliau telah memberi ilham kepada Friedrich Froebel bagi
mendirikan pusat didikan kanak-kanak prasekolah yang pertama di dunia.
Pada tahun 1713, pemerintah Prusia, Frederic William I (1713-1740) mengisytiharkan
undang-undang bagi sekolah-sekolah Latin dan sekolah yang dikendalikan oleh golongan
mubaligh. Manakala pada tahun 1717 baginda telah mengeluarkan Advisory Order yang
mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Ibu bapa yang gagal menyekolahkan
anak mereka akan dikenakan bayaran denda.
Pada tahun 1717 juga kerajaan Prussia telah menubuhkan sekolah-sekolah volksschule
atau sekolah-sekolah rendah bantuan kerajaan. Empayar Habsburg-Austria juga turut
menubuhkan sekolah-sekolah volksschule pada tahun 1840. Sistem sekolah tersebut mewajibkan
kehadiran pelajar dan pelajaran diberikan secara percuma. Di sekolah-sekolah berkenaan pelajarpelajar akan dididik selama lapan tahun dan mereka dikehendaki mempelajari subjek-subjek
kemahiran menulis, membaca, arithmetik (ilmu matematik), etnik dan sebagainya.
Bagi memantapkan sistem pendidikan dan mempertingkatkan mutu pengajaran, pensijilan
dan piawaian negeri kepada para pendidik telah dilaksanakan pada tahun 1810.
Pelaksanaan peperiksaan akhir bagi mengakhiri peringkat persekolah dimulakan pada
tahun 1788, serta dilaksanakan oleh kerajaan Prussia bagi semua sekolah menengah pada tahun
1812. Menjelang tahun 1871, semua sekolah di Jerman telah melaksanakannya.
Penyatuan dan pembentukan negara bangsa Jerman pada tahun 1871 oleh Otto Von
Bismarck, telah membawa kepada berlakunya pemusatan pendidikan di negara Jerman.
Penyelarasan dan penyeragaman dalam bidang pendidikan dapat dilakukan di seluruh Jerman.
Lebih banyak sekolah-sekolah peringkat menengah telah ditubuhkan, termasuk sekolah
menengah yang dikhaskan untuk pelajar perempuan.
Kerajaan Jerman turut memberi penekanan kepada pendidikan teknologi untuk
melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Bagi tujuan tersebut,
sistem pendidikan telah diubah suai dengan memberi keutamaan kepada pelajaran teknikal. Selain
itu, sekolah-sekolah teknik dan perdagangan telah ditubuhkan.

Banyak universiti telah ditubuhkan untuk memberikan pelajaran tinggi kepada rakyat
Jerman. Antaranya ialah seperti Universiti Berlin, Universiti Munich, Universiti Bonn dan lainlain. Kebanyakan universiti tersebut telah ditubuhkan sebelum penyatuan Jerman lagi dan
ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Pengajian yang ditawarkan di universiti-universiti di
Jerman ialah pengajian Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah. Fakulti Falsafah
menawarkan pengajian Sejarah, Matematik, Geografi, Kesusasteraan, dan lain-lain.
Secara umumnya, hampir semua institusi pendidikan dan pusat pengajian di Jerman
mempunyai mutu yang standard dan berkualiti cemerlang. Lebih daripada itu, sistem pendidikan
awam Jerman membolehkan semua kanak-kanak yang berkelayakan belajar sehingga ke
peringkat universiti tanpa mengira status dan latar belakang kewangan keluarga mereka.
Seperti negara-negara maju yang lain, pendidikan di Jerman menawarkan keunggulan
komparatif yang pelbagai. Antaranya ialah sumbangan dana pendidikan dari pihak kerajaan dan
badan swasta Jerman (Industri, Institusi, Lembaga Penelitian dan lain-lain) adalah cukup besar
sehingga membolehkan kemudahan dan prasarana pendidikan adalah cukup memadai serta
bertaraf antarabangsa. Standard kualiti pendidikan tinggi di Jerman sangat ketat sehingga kualiti
di antara sebuah universiti dengan universiti yang lain adalah relatif sama. Selain itu, sistem dan
silibus pendidikan membolehkan pelajar yang dilahirkan adalah berkualiti dari segi teori dan
praktikal, menjurus kepada industri dan sekaligus memenuhi kehendak pasaran kerja.
Pendidikan di Jerman berjaya melahirkan rakyat yang berpelajaran dan menjadikan
Jerman sebagai sebuah negara maju.

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


SKOP TAJUK
4.1 Reaksi masyarakat
tempatan terhadap
peluasan kuasa Barat
dan kesan penjajahan
Barat

Negara China dan India (abad ke19 20)

4.2.1 Perang Dunia Pertama


(1914-1918) Jerman dan Rusia
(abad ke-20)

TEMA 4:
NASIONALISME
DAN
PEMBENTUKAN
NEGARA
BANGSA

4.2 Konflik
antarabangsa
- Sebab dan kesan

4.3 Dekolonisasi dan


pengembalian
kedaulatan
- Langkah-langkah
mendapatkan
kedaulatan dan
dekolonisasi oleh orang
tempatan

4.2.2 Perang Dunia Kedua (1942


-1945) Jepun dan Amerika
Syarikat (abad ke-20)
4.2.3 Perang Dingin (1945-1955)
Rusia dan Amerika Syarikat
(abad ke-20)

Negara China dan India


(abad ke- 20)

i) Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Soviet Union dan
Amerika Syarikat (abad ke-20)
4.4 Perhubungan luar
- Kerjasama negara
dalam organisasi
antarabangsa selepas
Perang Dunia Kedua

ii) Komanwel United Kingdom


dan India (abad ke-20)

iii) North Atlantic Treaty


Organisation (NATO) United
Kingdom dan Amerika Syarikat
(abad ke-20)

4.1 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA


BARAT DAN KESAN PENJAJAHAN BARAT
1) NEGARA CHINA (abad ke -19 20)
LATAR BELAKANG
Berikutan berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan
mentah dan pemasaran barangan yang dihasilkan begitu mendesak. Dalam hal ini, negara China
turut mengalami tempias dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Russia,
Belanda di sebelah Timur. Pada awal abad ke-18, negara China di bawah pemerintahan kerajaan
Manchu mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan diri. Ini berpunca dari sikap negara China
yang keberatan menjalinkan segala bentuk hubungan dengan kuasa barat atas dasar persamaan
taraf. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya ketegangan antara China dengan
kuasa-kuasa Barat, antara yang paling ketara ialah faktor ekonomi. Sikap angkuh kerajaan China
menyebabkan pihak Barat terpaksa melakukan kekerasan bagi memaksa kerajaan China
membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan British mengisytiharkan
peperangan terhadap China pada tahun 1839 dan 1856.
Perang Candu Pertama juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama. Ini
merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China kerana ia dianggap sebagai titik
peralihan dari zaman tradisional ke era pemodenan. Dasar isolasi berakhir setelah tercetusnya
Perang Candu Pertama dan termenterainya Perjanjian Nanking pada tahun 1842.

SYARAT-SYARAT PERJANJIAN NANKING 29 OGOS 1842


i.

ii.
iii.
iv.

v.
vi.
vii.

Lima buah pelabuhan dibuka kepada perdagangan asing oleh negara China iaitu: Amoy,
Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Pedagang-pedagang asing serta keluarga mereka
dibenarkan tinggal dan berdagang secara bebas di kelima-lima buah pelabuhan tanpa
gangguan daripada pihak China.
Hong Kong diserahkan kepada Inggeris.
Cohong dihapuskan. Pedagang dibenarkan berdagang dengan sesiapa sahaja secara bebas.
Kerajaan China bersetuju membayar ganti rugi kepada Inggeris sebanyak $21 juta iaitu
$12 juta sebagai ganti rugi perang, $6 juta sebagai ganti rugi terhadap candu yang
dirampas dan $3 juta bagi menjelaskan hutang cohong kepada Inggeris.
Kadar cukai diseragamkan iaitu 3% pada harga import dan 5% pada harga eksport.
Hubungan berdasarkan persamaan taraf antara negara China dan pihak Inggeris diakui.
Pejabat Konsul Inggeris akan ditempatkan di kelima-lima pelabuhan perdagangan yang
telah dipersetujui bagi mengendalikan urusan perdagangan, melindungi kepentingan dan
keselamatan warganegara Britain serta harta benda mereka di negara China. Konsulkonsul Inggeris juga dibenarkan mengadakan hubungan langsung dengan pegawaipegawai Manchu.

Selepas perang Candu I, imej negara China sebagai sebuah kuasa yang dianggap Middle
Kingdom dan bertamadun tinggi terjejas. Perjanjian Nanking membuktikan kelemahan negara
China kerana ia amat merugikan negara tersebut sekaligus menjadi bibit-bibit kejatuhan Dinasti
Manchu. Negara China terpaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti
Perjanjian Wanghsia dengan Amerika Syarikat, Perjanjian Whampoa dengan Perancis yang turut
merugikan China. Kuasa-kuasa Barat mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui Perjanjian
Nanking sebaliknya ekonomi negara China semakin terjejas. Barang-barang dari barat
membanjiri pasaran negara China. Permintaan tinggi kerana harga murah dan lebih berkualiti dari
barang tempatan. Industri tempatan seperti kain dan logam terjejas dan terpaksa ditutup. Selain
itu, Agama Kristian disebar dengan meluas oleh mubaligh Inggeris dan Perancis. Agama Kristian
telah menjejaskan kebudayaan, adat resam dan agama yang berasaskan ajaran Confusius,
Taoisme dan agama Buddha. Pengenalan sistem perhubungan barat turut menjejaskan pendapatan
sebahagian besar penduduk yang terlibat dengan pengangkutan tradisional seperti kereta kuda dan
tongkang. Kemerosotan industri tempatan dan pengenalan sistem pengangkutan moden seperti
jalan raya dan keretapi menyebabkan ramai penduduk kehilangan pekerjaan dan meningkatkan
kadar pengangguran. Bencana alam seperti banjir dan kemarau kerap berlaku menyebabkan
masyarakat Cina menyalahkan kehadiran orang-orang Barat yang menyebabkan kemuasnahan.
Perjanjian Nanking tidak dapat menyelesaikan masalah antara kedua-dua buah negara.
Impian orang Inggeris belum tercapai sepenuhnya kerana sikap kerajaan China masih belum
berubah. Negara China tidak puas hati dengan syarat-syarat Perjanjian Nanking kerana gagal
menyekat pengaruh Barat malah memberi hak istimewa kepada negara Barat. Keadaan ini telah
mencetuskan Perang Candu Kedua pada tahun 1856 1860. Peperangan itu berakhir dengan
kekalahan China dan terpaksa menandatangani Konvensyen Peking pada 24 Oktober 1860.

SYARAT-SYARAT KONVENSYEN PEKING


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Kerajaan Manchu bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat dalam


Perjanjian Tientsin.
Candu dibenarkan masuk ke China.
Ganti rugi perang ditambah kepada 8 juta tael kepada Inggeris dan Perancis.
Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing.
Kowloon yang bertentangan dengan Hong Kong diserahkan kepada
Inggeris.
Mubaligh Kristian Perancis diberi kebenaran menyewa dan membeli tanah
serta membina rumah-rumah ibadat di negara China.
Kuasa-kuasa barat diberi kebenaran mengambil buruh-buruh Cina bagi
kerja-kerja di luar negara.

Antara kesan Peran Candu kedua ialah, peristiwa perang dan termeterainya Konvensyen
Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini diguna oleh kuasa-kuasa
Barat untuk terus memberi tekanan kepada negara China. Setelah tamat perang, kuasa-kuasa
Barat boleh meluaskan pengaruh mereka di sebelas buah pelabuhan yang dibuka kepada
perdagangan asing termasuk Canton dan Tientsin. Perluasan agama Kristian berlaku secara bebas
di negara China sehingga mencemari adat resam dan kepercayaan masyarakat tempatan.

REAKSI MASYARAKAT.
Reaksi masyarakat China timbul akibat beberapa faktor seperti faktor penyebaran agama
Kristian, pembukaan petempatan orang-orang Barat dan pencerobohan pihak asing ke atas
wilayah-wilayah China.
Selepas Perjanjian Tientsin dan Konvensyen Peking, ditandatangani gerakan Kristian,
mendapat hak yang lebih luas untuk bergerak dan mendirikan gereja-gereja di kawasan
pedalaman China. Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik penduduk China kepada agama
Kristian seperti mendirikan sekolah, hospital, membantu mangsa bencana alam dan lain-lain.
Gerakan Kristian itu menimbulkan kemarahan masyarakat China.
Selain itu, perasaan tidak puas hati masyarakat juga timbul akibat pembukaan
petempatan-petempatan asing (wilayah pajakan) di kawasan-kawasan pelabuhan China.
Masyarakat China menganggap penubuhan petempatan-petempatan itu sebagai tindakan
penjajahan secara tidak langsung (semikolonial) oleh pihak Barat. Pihak Barat telah mengadakan
pentadbiran sendiri di petempatan-petempatan itu yang tidak terikat dengan pihak berkuasa
China. Mereka mewujudkan majlis perbandaran sendiri, kemudahan awam, undang-undang,
mahkamah, polis, dan pasukan pertahanan sendiri. Terdapat dua bentuk petempatan orang asing
di China iaitu petempatan konsesi dan petempatan antarabangsa. Di Teintsin terdapat lapan
petempatan konsesi yang dimiliki oleh Britain, Perancis, Jepun, Jerman, Austria, Itali, Belgium
dan Rusia. Petempatan konsesi merupakan petempatan yang dipajak kepada sesebuah kuasa
asing, manakala petempatan antarabangsa merupakan petempatan-petempatan konsesi yang
disatukan menjadi petempatan antarabangsa sebagaimana yang terdapat di Shanghai (Britain dan
Amerika menggabungkan wilayah konsesi mereka). Perbuatan kuasa-kuasa asing menempatkan
bot bersenjata di perairan China dan di sungai-sungainya telah menyebabkan kebimbangan
penduduk China.
Masyarakat China juga bimbang terhadap penjajahan langsung oleh pihak asing terhadap
kawasan-kawasan tertentu di China seperti wilayah Hong Kong oleh Britain, Macao oleh
Portugis, pencerobohan Rusia di Ili, Sinkiang. Manakala Jepun pula telah menawan pulau
Ryukyu, dan mendakwa pulau tersebut sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Jerman pula
telah memperolehi kawasan Kiaochow, Rusia memperolehi hujung bahagian selatan
Semenanjung Liaotung, dan Perancis memperolehi tuntutan untuk membina jalan kereta api dari
Tongking ke Yunnan-fu dan Kuang-Chou.
Rasa tidak puas hati ini menyebabkan berlakunya insiden-insiden rusuhan antaranya
insiden tahun 1862 di wilayah Kiangsi dan Hunan. Dalam kejadian itu, penduduk China telah
memusnahkan harta benda pergerakan Kristian. Antara tahun 1868 hingga 1869, banyak insiden
meletus di lembah sungai Yangtze, di mana orang-orang China telah memusnahkan gereja-gereja,
dan pusat-pusat mubaligh Katholik dan Protestant. Selepas itu insiden yang sama telah merebak
ke wilayah-wilayah yang lain seperti wilayah Szechwan, Fukien, Chihli, Kweichow dan Anhwei.
Pada tahun 1870, terjadi insiden yang paling serius di Tientsin. Bandar pelabuhan itu,
dibuka kepada orang-orang asing pada tahun 1860 berikutan Konvensyen Peking. Aktiviti
mubaligh Kristian telah menimbulkan kecurigaan penduduk tempatan. Kemarahan penduduk

tempatan timbul berikutan tindakan mubaligh Kristian membuka pusat penjagaan anak-anak
yatim yang menimbulkan khabar angin bahawa golongan mubaligh Kristian melakukan
penculikan kanak-kanak untuk mendapatkan bahagian-bahagian badan mereka untuk tujuan
perubatan. Kemarahan itu mengakibatkan penduduk China mengadakan bantahan di hadapan
Gereja Notre Dame des Victoires dan Konsul Perancis. Akibatnya, ramai orang Barat, menjadi
mangsa terutamanya orang Perancis.
Rasa tidak puas hati masyarakat tempatan juga dapat dilihat daripada peristiwa
pembunuhan beberapa orang asing seperti pembunuhan pegawai British, Augustus Raymond
Margary.
Pada akhir abad ke-19, China menghadapi pula peristiwa kuasa asing mencerobah China
secara peperangan. Peristiwa Perang China-Perancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (18941895). Setelah mengalami kesan perang, perebutan konsesi dan penyebaran agama Kristian,
masyarakat tempatan telah melahirkan gerakan membela kedaulatan China. Mereka menuntut
perjuangan bersenjata bagi mengusir keluar orang-orang asing keluar dari negara China.

5) PEMBERONTAKAN BOXER 1900


A) PENGENALAN
a) Tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa-kuasa asing. Ia disifatkan
sebagai satu percubaan nekad bagi menyelamatkan negara China daripada pencerobohan asing
dengan cara menghalau keluar orang-orang asing dan membunuh orang-orang Cina Kristian.
b) Disertai oleh golongan petani yang buta huruf dianggap kebangkitan golongan petani untuk
menamatkan krisis kehidupan masyarakat.
c) Tujuan asal menggulingkan Manchu kemudiannya berjaya diselewengkan oleh Maharani
Dowager Tzu Hsi apabila pemberontak menukar slogan dari Gulingkan Kerajaan Manchu
dan hancurkan orang asing kepada Selamatkan Kerajaan Manchu dan hapuskan
orang asing.
d) Dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan Teratai Putih (White Lotus Society), Persatuan
Hung Meng, Persatuan Dunia dan Akhirat (Heaven Earth Society), Persatuan Pedang Besar (
Big Sword Society). Mereka bergabung untuk membentuk I Ho Chuan ( Society of
Harmonious).
e) Boxer ialah nama yang diberikan oleh orang Barat kepada ahli Kongsi gelap I Ho Chuan yang
mengamalkan sejenis tinju timur yang menggunakan ilmu sihir untuk menentang peluru barat.
f) Orang asing merujuk kepada orang-orang Barat, Jepun, Cina Kristian dan pengguna
barangan asing yang dianggap pembelot kerana mengkhianati negara dan bangsa sendiri.

B) SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER


1. POLITIK
a) Wujudnya Sentimen Anti Asing Di Kalangan Orang Cina
Sentimen anti asing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke -17 lagi
apabila orang asing telah mula memasuki China.
Kekalahan orang Negara China dalam Perang Candu Pertama(1839-1842) dan Perang Candu
kedua ditangan Inggeris dan kekalahan di tangan Jepun menceroboh Negara China sewenangwenangnya untuk merebut konsesi.
Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan Negara China akan dibelah
bahagikan sesame kuasa Barat.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar dari
Negara China.
b) Wujudnya Semangat Anti Asing Di Kalangan Pihak Istana
Sentimen anti asing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan
Maharani Dowager atau balu Tzu His, Putera Chunang dan Kang-I.
Maharani Dowager atau Tzu His merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898
telah meneruskan dasar anti asing. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak wilayah asing
yang diberikan kepada orang asing di Negara China. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager
menolak permintaan Itali untuk mendapatkan San May Bay di Chikiang.
Perasaan anti asing ini juga timbul dalam kalangan pegawai istana dan Maharani Dowager
juga wujud kerana pihak Inggeris telah membuat bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang ChihChao melarikan diri ke Hong Kong. Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka
dan memberi kebenaran kepada mereka meneruskan kegiatan mereka mementang kerajaan
Manchu melalui akhbar-akhbar yang diterbitkan oleh Jepun.

Maharani Dowager telah mengarahkan tentera pemimpin Tung Fuhshing membantu


Pemberontakan Boxer. Sementara pembesar-pembesar China telah memberi bantuan senjata
kepada anggota-anggota gerakan Boxer.
c) Sentimen Anti- Kristian
Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890an iaitu selepas
perjanjian Whampao (1844) dan persidangan Peking (1860) telah menambahkan lagi sentiment
orang asing di kalangan orang China. Melalui kedua-dua perjanjian ini Mubaligh Kristian diberi
perlindungan dan dibenarkan menjalankan kegiatan mereka di Negara China. Perkembangan
agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kepercayaan dan falsafah orangorang China yang berasaskan Confucianisme.
Sentimen anti Kristian dalam kalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orangorang Cina yang menganut agama Kristian. Mereka tidak lagi menghormati ajaran
Confucianisme, enggan menyembah berhala dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk
membiayai perayaan dan hiburan di peringkat kampong atas alasan amalan ini bertentangan
dengan amalan Kristian.
Orang Cina Kristian menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi.
Anggapan ini dianggap sebagai satu penghinaan bagi orang Cina.
Orang Cina menuduh mereka murtad dan mempersalahkan kuasa barat atas berlakunya
perkara begitu.
Sentiment anti Kristian ini juga wujud disebabkan tindakan mubaligh mubaligh Kristian
menggunakan cara yang sangsi untuk menarik minat orang Cina menganut agama Kristian.
Selain menuntut hak-hak istimewa bagi penganut-penganut Kristian. Mereka juga beri bantuan
kewangan dan campur tangan menyebelahi penganut Kristian dalam kes-kes mahkamah yang
membabitkan golongan Cina bukan Kristian.
Tindakan mubaligh campur tangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan
mencabar kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Negara China.
Sentimen anti Kristian juga wujud apabila tersebarnya khabar-khabar angin bahawa mubaligh
Kristian juga melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata
kanak-kanak di kawasan pendalaman.
Oleh itu, orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah
diperalatkan oleh orang-orang asing. Orang China berpendapat agama Kristianlah yang
bertanggungjawab ke atas perpecahan masyarakat China.
2. EKONOMI
a) Penguasaan Ekonomi Negara China Oleh Orang Asing
Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan Negara China
kepada kuasa-kuasa barat telah menambahkan lagi sentiment orang asing dalam kalangan orang
China. Penguasaan ekonomi China akibat kemasukan barang-barang asing secara berleluasa
selepas Perang Candu Pertama. Ianya mengancam barang-barang tempatan kerana barang asing
jauh lebih bermutu dan murah. Contohnya : kapas dari luar 1/3 lebih murah dari kapas tempatan.
Oleh itu, industri tekstil dan pertukangan tangan tempatan terjejas.
Akibat Negara China menghadapi imbangan perdagangan yang deficit sebanyak 69 juta tael
pada tahun 1899.
Syarikat asing dan pelaburan perusahaan semakin berkembang di Negara China. Akibat
pengusaha-pengusaha tempatan menjadi muflis dan pekerja-pekerja menghadapi pengangguran.

b) Kekurangan Wang Di Negara Asing


Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang
yang disebabkan kejatuhan ekonominya.
Kekurangan wang ini berlaku kerana kerajaan China terpaksa menggunakan banyak wang
untuk membayar ganti rugi perang.
Akibatnya kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar. Tindakan ini
menyebabkan modal asing mencurah-curah masuk ke Negara China. Dengan ini punca-punca
ekonomi dan pasaran tempatan dikuasai oleh orang asing.
Kemerosotan syarikat-syarikat tempatan dan kekayaan yang dieksploitasikan oleh pihak asing
menambahkan rasa benci orang cina terhadap orang asing.
3. SOSIAL
a) Perkembangan teknologi moden dalam bidang pengangkutan
Kemasukan membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di Negara China. Ia
telah menjejaskan mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada pengangkutan
tradisional.
Contohnya : penggunaan jalan kereta api dan kapal wap moden secara meluas menjejaskan
pencarian orang Cina terutamanya mereka yang mengendalikan pengangkutan kuno seperti
kereta lembu, kereta kuda serta tongkang dan sampan.
Dalam keadan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana
terpaksa menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang diperkenalkan
oleh kerajaan Manchu.
b) Bencana Alam
Penderitaan orang cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti
banjir di wilayah sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di Shangtung, Szechuan,
Kiangsi dan Ahwei pada tahun 1898.
Kemarau juga berlaku di China Utara pada tahun 1900.
Bencana alam ini menyebabkan kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda.
Dalam hal ini, timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan kumpulan perompak melakukan
jenayah.
Orang Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas bencana alam yang
terjadi.
Pendapatan mereka penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan, pembinaan jalan kereta api
oleh orang asing menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah merosakkan tempat kediaman
mereka. Malah mereka percaya pengembangan agama Kristian juga mengganggu roh pendeta.
Oleh itu berlaku bencana alam sebagai balasan.
Kerja pembangunan tersebut merupakan kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam
semesta serta merosakkan ketenangan bumi.
Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku orang asing harus diusir.

C) PROSES PEMBERONTAKAN BOXER


a) Pemberontakan mula meletus di wilayah Shangtung pada tahun 1897 apabila dua orang
mubaligh Kristian Jerman dibunuh. Jerman jadikan peristiwa ini sebagai alasan mendapatkan
Kiaochow.
b) Pada bulan September 1899, ahli-ahli Boxer yang dipelopori kumpulan I Ho Chuan mula
melakukan keganasan di Shangtung. Sasaran mereka ialah menyerang orang Cina Kristian,
membinasakan rumah dan harta benda dan memaksa meninggalkan agama Kristian.
Gabenor Shangtung iaitu Yu Hsian yang anti-barat tidak mengambil apa-apa tindakan.
c) Orang Barat memaksa kerajaan Manchu memecat Yu Hsian. Yuan Shih Kai yang anti
keganasan memecat Yu Hsian diganti dengan Yu Shian dan mengenakan tindakan tegas
kepada pemberontak.
d) Pemberontakan merebak ke wilayah Chihli. Gabenor Yu Lu memberi bantuan senjata kepada
pemberontak. Dibantu oleh askar-askar Manchu yang bersubahat membunuh orang Cina
Kristian, membakar tempat kumpulan paderi bangsa Eropah, menyerang dan membunuh
jurutera asing di landasan kereta api, memusnahkan pondok telefon, pos dll.
e) Pada bulan Jun 1900 pemberontakan merebak ke Peking dan Tienstin. Semakin ganas
apabila serang orang awam serta Pejabat Perwakilan Asing. Tentera antarabangsa bawah
pimpinan Penasihat British Seymour dihantar tetapi gagal.
f) Ahli-ahli Boxer bertambah bersemangat. Tambahan pula kerajaan Manchu memberi
sokongan padu. Mereka semakin liar dan membakar Kedutaan British di Peking 11 Jun 1900.
Membunuh Canselor Kedutaan Jepun iaitu Sugiyama dan menteri Jerman Clemens Von
Kettler.
g) Bagi menentang Pemberontakan Boxer, Setiausaha Negara Amerika iaitu John Hays
membentuk satu pasukan tentera bersekutu terdiri daripada Jepun, Jerman, Amerika,
Perancis, British dan Rusia untuk menamatkan kebangkitan Boxer.
h) Pada bulan Ogos 1900, sejumlah 20 000 orang tentera antarabangsa dihantar ke Peking dan
Tientsin. Selepas tiga minggu bandar Tientsin ditawan. Berjaya menguasai Peking selepas
bertempur kira-kira 100 hari. Anggota Boxer bersama Maharani Dowager dan Maharaja
Kuang Hsu melarikan diri ke Sian melalui Shansi.
i) Gabenor Shangtung iaitu Yuan Shih Kai dan Gabenor Canton iaitu Li Hung Chang bersetuju
mengadakan rundingan dengan kuasa Barat. Akhirnya 7 September 1901 Protokol Boxer
ditandatangani antara Li Hung Chang dan Putera Ching yang mewakili kerajaan China
bersama 11 orang duta kuasa asing.

D) SYARAT-SYARAT PROTOKOL BOXER 1901


a) Negara China bersetuju meminta maaf kepada Jerman dan Jepun di atas kejadian
pembunuhan menteri Jerman, Clemens Von Kettler dan Canselor Jepun, Sugiyama. Tugu
peringatan untuk duta Jerman dan Jepun akan didirikan di tempat pembunuhan tersebut.
b) Kerajaan Manchu dikehendaki menjatuhkan hukuman mati ke atas pegawai-pegawai Cina
yang terlibat dengan pemberontakan, menyerang dan membunuh orang asing.
c) Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negara China akan dihentikan selama 5 tahun di 45
buah bandar yang terlibat dalam Pemberontakan meliputi tempat orang asing dibunuh dan
menerima layanan buruk.
d) Negara China dikehendaki menjelaskan ganti rugi sebanyak 450 juta tael atau 67.2 juta paun
sterling kepada kuasa-kuasa asing dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah 4% setahun.
e) Kubu Taku yang menghalang perhubungan antara Peking dan laut dimusnahkan.
f) Kuasa-kuasa asing memperoleh hak untuk menduduki 13 buah tempat yang akan
ditentukan antara mereka dan China juga bersetuju untuk mengadakan perubahan dalam
perjanjian perdagangan serta satu Kementerian Hal Ehwal Luar akan ditubuhkan.
g) Sistem perundangan negara China diperketatkan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang
lagi.
h) China bersetuju mengadakan perwakilan asing di peking dan kuasa-kuasa asing dibenarkan
mengawal kedutaan masing-masing.
i) China dilarang mengimport senjata dan alat-alat yang digunakan untuk mengeluarkan
kelengkapan senjata dari luar selama 2 tahun.
j) Kerajaan China membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera mereka di tempattempat strategik dari Peking ke laut.
k) Kerajaan China menaikkan taraf hubungan dengan negara-negara asing ke taraf kedutaan.

E) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN PEMBERONTAKAN BOXER

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN PEMBERONTAKAN BOXER

1) KELEMAHAN STRATEGI KETENTERAAN DAN ALAT-ALAT


SENJATA
Golongan pemberontak tidak mempunyai kelengkapan perang.
Ilmu sihir dan seni mempertahankan diri tidak dapat menangkis peluru.
Kuasa Barat menggunakan senjata api yang lebih baik dan moden serta teknik
yang lebih sempurna.

2) MASYARAKAT CINA TIDAK BERSATU PADU


Kesilapan besar menentang orang Cina sendiri yang beragama Kristian.
Tindakan ini memecahbelahkan orang Cina dan menyukarkan untuk
mengumpul kekuatan.
Pemerintah di wilayah tengah dan selatan China tidak menyokong. Ada yang
memberi bantuan dan melindungi orang asing.
Buktinya, Jeneral Yung Lo yang diarah menyerang pertahanan asing di Peking
bersifat lewa dan tidak serius.

3) PERSEDIAAN BELUM LENGKAP


Anggota pemberontak belum bersedia melancar keganasan.
Kekuatan tentera Manchu belum pulih sepenuhnya selepas Perang China-Jepun
91894 1895).
Negara China terlibat dengan beberapa siri peperangan dan pemberontakan
seperti Perang Candu Pertama 91839-1842) dan Kedua 91856-1860) serta
Pemberontakan Taiping (1851-1864)

4) KRISIS KEWANG YANG SERIUS


Kemelesetan ekonomi perang, bencana alam, tuntutan ganti rugi perang.
Tidak dapat menyediakan kelengkapan perang yang mencukupi untuk lancar
pemberontakan.
Bekalan ubat-ubatan, senjata dan makanan tidak cukup. Ramai pemberontak
mati akibat kecederaan, kebuluran dan wabak penyakit.

5) KUASA ASING KUAT DAN BERSEMANGAT


Bantuan tentera antara bangsa yang melibatkan 11 kuasa asing menyebabkan
mereka kuat dan bersemangat melawan pemberontak

F) IMPLIKASI PEMBERONTAKAN BOXER

1) KELEMAHAN DINASTI MANCHU TERSERLAH


Tentera Bersekutu dan Jepun berjaya menawan Peking dengan mudah
menunjukkan kelemahan Dinasti Manchu.
China terpaksa menandatangani Protokol Boxer 1901 tanpa syarat.
Menjatuhkan imej negara China sebagai Middle Kingdom
Maruah tercabar apabila Inggeris mendesak pemimpin negara menjatuhkan
hukuman ke atas anggota pemberontak termasuk jeneral Tung Fu Hsing yang
pro-Manchu.

IMPLIKASI PEMBERONTAKAN BOXER

2) EKONOMI NEGARA CHINA MEROSOT


Sebelum pemberontakan telah berlaku bencana alam, peperangan dan
membayar ganti rugi perang kepada kuasa Barat.
Selepas pemberontakan makin kritikal bayar ganti rugi berjumlah 450 juta
tael.
Pengusaha Eropah mengambil kesempatan mengeksploitasi sektor perkapalan,
perusahaan tekstil, perlombongan besi dan perkhidmatan kereta api.

3) PENCEROBOHAN BARAT KE ATAS CHINA


Kuasa Barat berlumba-lumba mendapatkan wilayah dan konsesi di China.
Tahun 1902, Rusia menguasai Manchuria secara kekerasan. Desak kerajaan
Manchu mengadakan perjanjian sulit untuk menuntut hak mutlak ke atas
Manchuria.

4) TSUNGLI YAMEN DIHAPUSKAN


Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri atau Tsungli Yamen berpusat di Peking
dihapuskan dan diganti dengan Kementerian Hal Ehwal Luar negeri atau Wai
Wu Pu.
Ini menaikkan taraf Hal Ehwal Luar negara china sekali gus memberi hak
istimewa dan kemudahan kepada kuasa asing.

5) BIBIT-BIBIT BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN DINASTI MANCHU


Kelemahan kerajaan Manchu terserlah walaupun beberapa reformasi cuba
dilakukan untuk menguat dan memodenkan China.
Selepas kegagalan Pemberontakan Boxer kedudukan kuasa asing bertambah
kukuh.
Kelemahan ini membawa kepada meletusnya Revolusi China 1911 dan
menggulingkan Dinasti Manchu secara rasminya selepas 300 tahun berkuasa.

TRANSFORMASI SOSIAL,
TEMPATAN DI CHINA.

EKONOMI

DAN

KEMUNCULAN

INTELEKTUAL

LATAR BELAKANG
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh China dengan kuasa-kuasa Barat telah
mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan China, khususnya Dinasti Manchu. Oleh
sebab itu, timbul kesedaran dalam kalangan pemerintah dan rakyat China perlu melakukan
transformasi khususnya membawa teknologi Barat demi kemajuan China. Kesedaran ini juga
dikaitkan dengan perlunya mengubah sikap prejudis terhadap orang-orang Barat; maka China kini
bersedia menjalinkan hubungan dengan Barat bagi mengelak kehancuran China.

TRANSFORMASI YANG BERLAKU DI CHINA


1) GERAKAN MENGUATKAN DIRI (Self Strengthening) 1861 1895
A) PENGENALAN
Mulai pertengahan abad ke-19, negara China menghadapi banyak masalah dalaman
mahupun dengan kuasa Barat. Pemerintah China bukan sahaja menghadapi tekanan dari kuasa
Barat akibat kalah dalam Perang Candu Pertama dan Kedua, malahan juga menghadapi
pemberontakan dalam negeri yang turut menjejaskan kewibawaan pemerintahan Dinasti Manchu.
Contohnya tercetus Pemberontakan Taiping (1851 1864) dan pemberontakan Nien atau
Pemberontakan Muslim (1853 -1868). Peristiwa-peristiwa sedemikian menyebabkan timbulnya
kesedaran di kalangan beberapa orang pegawai Istana Manchu dan pemimpin-pemimpin wilayah
seperti Putera Kung, Feng kuei-fen, Tseng Kuo Fan, Li Hung Chang dan Tso Tsung Tang
mengenai keperluan menguatkan dan memodenkan negara China. Pembaharuan ini berasaskan
kebudayaan dan teknologi barat bagi memulihkan kembali imej negara China agar setanding
dengan kuasa-kuasa barat.
Gerakan ini dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu di peringkat pusat dan wilayah yang
meliputi pelbagai bidang seperti hubungan diplomatik, pendidikan, ketenteraan, ekonomi, sistem
pengangkutan, perhubungan serta pentadbiran. Di peringkat pusat ia dilaksanakan oleh pegawai
Istana Manchu seperti Putera Kung dan Putera Wensiang. Sementara di peringkat wilayah pula ia
dilaksanakan oleh pegawai-pegawai wilayah seperti Tseng Kuo Fan, Li Hung Chang dan Tso
Tsung Tang.

B) USAHA-USAHA GERAKAN MENGUATKAN DIRI


1) PERINGKAT PUSAT
i) Hubungan diplomatik
a) Kekuatan negara-negara barat berasaskan teknologi moden telah menyedarkan negara China
tentang pentingnya menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa barat. Bagi mencapai
hasrat tersebut, China mula memulihkan hubungan diplomatik negaranya dengan kuasa-kuasa
Barat yang sebelum ini diabaikan. Sehubungan itu, Gerakan Menguatkan Diri memberi
tumpuan utama terhadap hubungan diplomatiknya dengan negara-negara luar khususnya
dengan negara barat bagi menguatkan ketenteraannya.
b) Oleh itu pada 11 Mac 1861, Kerajaan Manchu telah menubuhkan Pejabat Hal Ehwal Luar
Negeri yang dikenali sebagai Tsungli Yamen di Peking. Tsungli Yamen akan menguruskan
hubungan diplomatik negara China dengan negara-negara luar khususnya dengan negaranegara barat.
c) Melalui institusi baru ini, China berharap dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan
kuasa-kuasa barat. Tsungli Yamen diketuai oleh Putera Kung dan diletakkan di bawah Majlis
Tertinggi (Grand Council). Putera Kung telah melantik Horatio Nelson seorang pegawai
Inggeris sebagai Inspector General di institusi tersebut.
d) bagi menjalankan polisi ini, Kerajaan Manchu telah membenarkan penubuhan Pejabat
Perwakilan Asing di Peking serta beberapa Pejabat Kedutaan china di Luar Negara. Mulai
tahun 1866, Kerajaan Manchu telah memulakan langkah pertama dengan menghantar satu
rombongan wakil negaranya melawat Eropah seperti Britain, Amerika Syarikat, Perancis,
Belgium, Prusia, Denmark, Sweden, Sepanyol, Belanda dan Rusia. Hasilnya beberapa pejabat
Kedutaan China telah berjaya ditubuhkan di London, Berlin, Paris, Washington, dan St.
Petersburg.
e) Kejayaan hubungan ini telah merintis jalan bagi negara China untuk mula mempelajari
teknologi barat untuk menguat dan memodenkan negara China. Ia juga telah mengesahkan
bahawa China mula mengakui hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat berdasarkan
prinsip persamaan taraf.

ii) Pendidikan
a) Bidang pendidikan memainkan peranan yang cukup penting dan berkesan untuk memajukan
serta memodenkan negara China. Sehubungan itu Kerajaan Manchu menggalakkan pegawaipegawainya agar mempelajari bahasa asing serta menimba sebanyak mungkin ilmu
pengetahuan Barat. Dengan mempelajari bahasa asing, pegawai-pegawai diplomatik negara
China dapat berurusan dengan orang orang Barat lebih cepat dan berkesan di samping dapat
mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.
b) Bagi mendalami bahasa asing, beberapa buah maktab bahasa ditubuhkan. Antaranya ialah
Tung Weng Kuan yang ditubuhkan di Peking pada tahun 1862 di bawah kelolaan W.A.P.
Martin selaku penguasa maktab tersebut.
c) Penubuhan Tung Weng Kuan menandakan bermulanya pendidikan barat di negara china. Di
maktab ini, pegawai Manchu boleh mempelajari bahasa asing dan menambahkan pengetahuan
mereka mengenai hal ehwal luar negeri. Pada awalnya belajar Bahasa Inggeris sahaja tetapi
kemudiannya diperluaskan kepada bahasa lain seperti bahasa Rusia, Perancis, Jerman dan
Jepun. Selain bahasa, ia juga menyediakan pelajaran barat seperti matematik, astronomi, sains,
ekonomi, politik dan undang-undang barat. Ia juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan

pusat penterjemahan buku-buku asing bagi mempercepatkan proses untuk menyebarkan


pengetahuan dan teknologi barat.
d) Melihat kejayaan Tung Weng Kuan, maka Kerajaan Manchu telah menubuhkan beberapa lagi
maktab bahasa lain di Shanghai (1863), Canton dan Kwangtung (1864) serta Foochow (1866)
e) Kerajaan Manchu juga menggalakkan pelajar-pelajarnya melanjutkan pelajaran ke luar negara
bagi mempelajari teknologi barat. Sehubungan itu kerajaan telah menghantar seramai 120
orang pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat antara tahun 1872 hingga 1881.
Pada tahun 1871, seramai 30 orang pelajar telah di hantar ke Britain dan Perancis.
2) PERINGKAT WILAYAH
i) Ketenteraan
a) Strategi untuk menguatkan negara China tidak boleh dipisahkan dengan bidang ketenteraan.
Pemimpin-pemimpin China berpendapat bahawa pemodenan dalam bidang ketenteraan amat
perlu untuk mengembalikan dan memulihkan kekuatan negara China agar setanding dengan
negara-negara barat. Mereka menyedari bahawa kekalahan China di tangan Inggeris dalam
peperangan sebelum ini bukan disebabkan oleh kelemahan tentera, tetapi sebenarnya berpunca
daripada ketiadaan peralatan senjata dan teknik ketenteraan yang moden.
b) Oleh itu, pemimpin-pemimpin Manchu seperti putera Kung dan Putera Wensiang berpendapat
bahawa untuk menguatkan negara China, mereka perlu memodenkan angkatan tentera
berasaskan teknologi barat seperti menggunakan senjata api, kapal perang serta tentera yang
cukup terlatih dengan teknik ketenteraan Barat.
c) Bagi memodenkan ketenteraan negara China, beberapa gudang senjata limbungan kapal telah
dibina. Sebuah kilang senjata api terbesar iaitu Kilang Senjata Kiangnan telah didirikan
oleh Tseng Kuo-fan dan Li Hung Chang di Shanghai pada tahun 1865. Kilang ini mempunyai
32 buah bangunan, 2000 pekerja dan mengeluarkan 454 kg serbuk letup setiap hari. Di
samping menghasilkan senapang, meriam dan peluru ia juga telah menghasilkan 8 buah kapal
perang.
d) Pada tahun 1868, Kilang Senjata Kiangnan telah menyediakan sebuah sekolah tentera untuk
memberi latihan ketenteraan kepada pekerja. Ia juga menyediakan pusat penterjemahan dalam
bidang ketenteraan dan kejuruteraan asing ke dalam bahasa Cina.
e) Kilang senjata api yang lain ialah di Foochow yang dibina pada tahun 1866 atas usaha Tso
Tsung Tang. Ia telah berjaya menghasilkan 10 buah kapal perang dan 15 buah bot peronda.
f) Bagi memperhebatkan pemodenan ketenteraan, beberapa maktab tentera dan sekolah teknikal
telah dibina. Li Hung Chang telah membina sebuah Maktab Tentera Laut pada tahun 1880
dan Maktab Tentera Darat pada tahun 1885 di Tientsin.
g) Li Hung Chang juga menubuhkan angkatan tentera laut yang kuat untuk mempertahankan
perairan negara China demi memastikan kepentingan ekonomi perdagangan terjamin.
Antaranya Angkatan Tentera Laut Nanyang (17 buah kapal perang), Angkatan Tentera
Laut Peiyang (15 buah kapal perang), Angkatan Tentera Laut Hokkien (11 buah kapal
perang) dan Angkatan Tentera Laut Kwangtung.
h) Kerajaan Manchu juga menghantar pegawai-pegawai China ke Eropah (Jerman)untuk
mempelajari sains ketenteraan.
ii) Ekonomi
a)

Sektor ekonomi diberi perhatian untuk memperkayakan negara China. Hasil kekayaan
membolehkan kerajaan mengatur strategi bagi menguatkan dan memodenkan negara itu. Li

Hung Chang berpendapat Kelemahan China adalah kerana kemiskinan negaranya, sebaliknya
kekuatan negara-negara barat adalah disebabkan oleh kekayaan yang mereka miliki.
b) Kehadiran imperialisme Barat telah menyebabkan ekonomi sara diri yang diamalkan merosot.
Keadaan semakin rumit apabila China terpaksa menanggung beban hutang kerana kekalahan
dalam peperangan. Perjanjian-perjanjian berat sebelah yang ditandatangani dengan Barat
secara terang merugikan negara China dan ini telah menyuntik kesedaran di kalangan
pemimpin China.
c) bagi memajukan dan memodenkan ekonomi negara China Li Hung Chang bersama dengan
beberapa pegawai lain telah menjana beberapa projek ekonomi berdasarkan prinsip
penyeliaan kerajaan dan pengelolaan saudagar-saudagar. Melalui prinsip ini, projekprojek ekonomi akan dikendalikan oleg golongan saudagar di bawah pengawasan pegawai
kerajaan. Bermakna sebahagian besar keuntungan akan dimiliki oleh pihak kerajaan. Kerajaan
Manchu menggalakkan rakyatnya memulakan industri tempatan secara kecil-kecilan kerana ia
dapat menyumbangkan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk dan negara.
d) Beberapa projek ekonomi telah dirangka dan dilaksanakan. Antaranya ialah:
Pada tahun 1872, China Merchants Steam Navigation Company ditubuhkan.
Syarikat perlombongan arang batu ditubuhkan di Kaiping dengan bantuan jurutera Barat.
Kilang tekstil yang pertama ditubuhkan di Shanghai. Kilang Kain Kapas ini
menghasilkan kain kapas yang berkualiti tinggi.
Lombong besi Ta-yeh di Hupei.
Kilang kertas di Shanghai
Membina landasan kereta api pertama menghubungkan Shanghai Tientsin dengan
kerjasama Syarikat Jardine dan Matheson.
Menubuhkan sistem telegraf
Sistem perhubungan dipercepatkan lagi dengan terlaksananya sistem pos dan penerbitan
akhbar
Bidang pertanian juga diberi perhatian. Menggalakkan petani membuka dan meneroka
tanah-tanah baru terutama di wilayah Sinkiang. Petani diberi kemudahan memiliki tanah
dengan menawarkan harga tanah yang murah, cukai hasil pertanian diturunkan dan
membaiki sistem pengairan seperti tali air, parit, terusan dan empangan bagi mengatasi
masalah bekalan air dan mengelakkan banjir.

C) FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI

1) KETIADAAN
PEMIMPIN NASIONAL
- Tiada pemimpin yang
cekap dan dinamik
- Putera Kung disingkir oleh
Maharani Dowager Tzu Hsi
- Pemodenan di wilayah
berdasar budi bicara
- Tiada garis panduan &
pengawasan
- Pegawai tidak cekap,
penyelewengan, rasuah

4) PEMODENAN YANG
TERHAD
- Tidak meliputi semua
bidang
- Tumpuan kepada aspek
ketenteraan
- Tidak melaksanakan
pembaharuan yang radikal
- Masih bertolak ansur
dengan institusi tradisional

2) TIADA KERJASAMA
DAN PENYELARASAN
- Tiada persefahaman antara
kerajaan pusat dan wilayah
- Pemimpin di wilayah
pentingkan kedudukan
- Kerajaan Manchu curiga
dengan pegawai yang terlibat
kerana perbezaan keturunan
- Bimbang pemimpin
berketurunan China
merampas kuasa

5) KEMELESETAN
EKONOMI
-Sejak awal masalah
kewangan serius
- Bencana alam: banjir,
kemarau dll
- Kritikal perbelanjaan
tentera dan ganti rugi perang
- Masalah candu masuk
secara bebas imbangan
perdagangan tidak seimbang

3) PENENTANGAN
GOLONGAN
KONSERVATIF
- Penentangan hebat selepas
Putera Kung disingkirkan
- Maharani Dowager anti asing,
anti pemodenan, guna
peruntukan wang untuk tentera
bagi memulihkan istana
- Golongan sarjana dan pegawai
kerajaan China masih berpegang
prinsip bahawa peradaban China
lebih tinggi daripada kuasa
Barat
- Masih setia dengan ajaran
Confucianisme pemodenan
jejas adat resam nenek moyang

6) KESAN IMPERIALISME
BARAT
- Negara China terpaksa
menanggung kos perang dan
ganti rugi yang tinggi
- Politik tidak stabil pemimpin
tidak memberi perhatian kepada
program pembaharuan
- Pemberian hak wilayah asingan
dan hak keistimewaan
perdagangan menjejaskan
pendapatan China
- Industri tempatan terjejas
barang import cukai rendah

KESIMPULAN:
- Gerakan Menguatkan Diri menemui kegagalan
- Buktinya apabila negara China kalah dalam Perang China-Jepun 1894 - 1985

4) GERAKAN ISLAH 1898 (REFORMASI 100 HARI)


A) PENGENALAN
Tempoh: 103 hari (11 Jun 20 September 1898)
Pengasas: Kang Yu Wei (1858 1927)
Tokoh lain: Liang Chi Chao, Huang Tsun Hsien, Tan Ssu Tung dan Wang Kang Nien
Tujuan:
Menyusun semula institusi sosial dan politik mengikut teknik-teknik Barat bagi
mewujudkan negara yang kuat dan moden
Kesenimbungan Gerakan Menguatkan Diri
Memorandum Kang Yu Wei kepada Maharaja Kuang Hsu:

CADANGAN:
i) Pemodenan pasukan tentera dan polis
ii) Penubuhan sekolah-sekolah moden dan teknikal
iii) Pemansuhan Sistem Peperiksaan Awam diganti dengan sistem
peperiksaan baru yang berfokus kepada isu-isu semasa
iv) jawatan-jawatan tidak penting dihapuskan
v) Belanjawan tahunan negara China disediakan
vi) Penubuhan biro perdagangan, pertanian dan perindustrian

B) SEBAB-SEBAB PELAKSANAAN GERAKAN ISLAH

SEBAB-SEBAB PELAKSANAAN GERAKAN ISLAH

1) PENCEROBOHAN KUASA ASING


- Maruah negara China terjejas teruk
- Banyak wilayah dikuasai orang asing
- Antaranya:
i) Jepun menguasai Korea, Farmosa dan sebahagian Selatan Manchuria
ii) Jerman menguasai Teluk Kiachow
iii) Inggeris menguasai Pelabuhan Wei Hai Wei
iv)Perancis menguasai Teluk Kwangchow
- maharaja menyokong rancangan reformasi untuk menyelamatkan negara China

2) KEGAGALAN GERAKAN MENGUATKAN DIRI


- Gerakan Menguatkan Diri yang dilaksanakan oleh kerajaan Manchu di bawah
Li Hung Chang, Tseng Kuo-fan dll gagal capai matlamat
- Kekalahan dalam peperangan menyebabkan maruah negara sebagai middle
kingdom jatuh
- Kang Yu Wei dll mengatur strategi baru yang lebih radikal untuk modenkan
China seperti yang dilakukan oleh Jepun

3) KEMUNCULAN GOLONGAN REFORMIS


- menjelang pertengahan abad ke-19 muncul pelbagai golongan yang berusaha
membaiki imej negara China
i) Wang Tung-ho konservatif berpendapat bahawa asas pemodenan harus
berpandukan ajaran moral dan kebudayaan tradisional Cina
ii) Chang Chin Tung kaji semua sistem pendidikan gabung ilmu Barat dengan
tradisional Cina
iii) Dr Sun Yat Sen terlalu radikal, anti monarki mahu tubuh kerajaan republik
iv) Kang Yu Wei gabung idea Chang Chin Tung dan Dr Sun Yat Sen tidak
beri penekanan kepada ajaran tradisional dan tidak berhasrat menggulingkan
Dinasti Manchu. Berusaha mengukuhkan pemerintahan seperti yang dilakukan
oleh Peter The Great di Rusia dan Maharaja Meiji di Jepun.

4) KESEDARAN GOLONGAN PELAJAR


- Golongan intelektual mula sedar pentingnya pembaharuan untuk ubah imej
negara agar setanding dengan kuasa Barat
- Cetus kesedaran masyarakat dan pemimpin China supaya sokong pembaharuan
melalui akhbar dan kelab-kelab bacaan

C) LANGKAH-LANGKAH GERAKAN ISLAH

LANGKAH LANGKAH GERAKAN ISLAH

1) PENTADBIRAN
Memberi peluang dan keutamaan kepada pegawai Cina berkemahiran
teknologi barat dan ilmu pengetahuan moden mengetuai pentadbiran.
Mansuh jawatan tidak menguntungkan seperti Lembaga Jamuan, Jabatan
Perayaan Negara, Lembaga Penyembahan Korban dan Lembaga Kehakiman.
Jawatan gabenor wilayah Hupeh, Kwangtung dan Yunan juga dihapuskan
jimat kos.
Masyarakat tempatan digalakkan mengemukakan cadangan yang membina
untuk baiki mutu pentadbiran.
Menggalakkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan melawat negara asing.
Meningkatkan kecekapan pentadbiran dengan cara mengatasi kelewatan
melalui pengenalan atur cara baru dan senang.
Memodenkan angkatan tentera dan pasukan polis Jabatan Perang kaji
kelemahan tentera dan memulihkannya.
Membaiki dan meringkaskan undang-undang.

2) EKONOMI
Galakkan diberi kepada penduduk supaya tidak tertumpu pada pertanian
sahaja pelbagai perusahaan, perlombongan dan perdagangan.
Tubuh biro perdagangan, perlombongan dan perdagangan meningkatkan
kemajuan dan penyelarasan.
Majukan sistem perhubungan dan infrastruktur kereta api, jalan raya, pos
dan telegraf.
Belanjawan negara disediakan.

3) PENDIDIKAN
Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam tradisional yang berasaskan
pengajian klasik Cina dihapuskan dan digantikan dengan sistem peperiksaan
moden yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi bidang politik,
ekonomi dan sosial.
Universiti Kebangsaan Peking ditubuhkan belajar pengajian klasik Cina dan
tamadun Barat.
Membina institusi pengajian tinggi dan sekolah. Maktab dan sekolah moden
ditubuhkan di bandar utama dan sekolah rendah di daerah dan kampung.
Biro Penterjemahan ditubuhkan di Shanghai.
Pusat Pengajian Khas ditubuhkan untuk mengkaji mata pelajaran barat agar
serasi dengan matlamat untuk menguat dan memodenkan negara China.

D) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN GERAKAN ISLAH


1) TENTANGAN REFORMIS KONSERVATIF
Golongan sarjana menolak pembaharuan radikal Kang Yu Wei kerana pertentangan ideologi
Pembesar istana yang diketuai oleh Maharani Dowager Tzu Hsi menentang kerana kedudukan
terjejas.
Kedudukan Maharani Dowager terancam apabila Li Hung Chang (Yamen) dipecat dan baginda
tersinggung kerana Maharaja Kuang Hsu tidak berbincang dengannya tentang idea pembaharuan
Kang Yu Wei meminta maharaja mengarahkan jeneral Tentera Yuan Shih Kai menangkap Maharani
dan penasihatnya Jung-lu, tetapi Yuan Shih Kai berpaling tadah
21 Sept 1898 Maharani dengan bantuan tentera merampas kuasa daripada Maharaja dan berakhirlah
Gerakan Pembaharuan 100 Hari
Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao melarikan diri ke Jepun. Pemimpin lain dijatuhkan hukuman mati
tanpa bicara.

SEBAB SEBAB KEGAGALAN GERAKAN ISLAH

1) TENTANGAN PEGAWAI MANCHU


Menentang kerana kebanyakan reformis terdiri dari orang Cina yang berasal dari wilayah Selatan
yang anti-Manchu. Bimbang mereka balas dendam.
Bertambah curiga apabila golongan reformis diberi jawatan tinggi. Contoh, Liang Chih Chao diberi
kuasa ke atas Biro Terjemahan.
Setiausaha diraja bernama Kang-I mendakwa pembaharuan menguntungkan orang-orang Cina sahaja.
Pemecatan pegawai yang tidak penting, rasuah dan menerima gaji tanpa bekerja yang berjumlah 50
000 di Peking telah menyebabkan mereka kecewa dan menyertai kongsi gelap menentang Gerakan
Islah.
Pemansuhan Sistem Peperiksaan Awam menyekat peluang orang Manchu berkhidmat dalam
kerajaan
3) TENTANGAN MASYARAKAT CINA
Golongan fanatik masih menganggap budaya Cina yang terbaik di dunia. Budaya Barat dianggap
asing , tidak bernilai dan barbarian- tidak boleh diterima.
Pembaharuan dianggap menambah peluang orang asing menakluk negara China.
Idea pembaharuan sukar difahami oleh masyarakat Cina tidak realistik dan sukar dipraktikkan
4) KELEMAHAN KANG YU WEI DAN MAHARAJA KUANG HSU
Kang Yu Wei bukan pemimpin politik yang praktikal pengetahuan tentang tamadun Barat terhad
Kesilapan menentang Maharani Dowager yang memegang kuasa sebenar dan menguasai tentera
menyebabkan Gerakan Islah tidak mendapat sambutan ramai.
Maharaja Kuang Hsu tidak berpengalaman dan lemah.
5) KETIADAAN SOKONGAN GOLONGAN TENTERA

Golongan tentera berpihak kepada Maharani Dowager


Panglima tentera yang diharapkan iaitu jeneral Yuan Shih Kai berpaling tadah dan menyebelahi
Maharani
6) KEMEROSOTAN EKONOMI

Rancangan pembaharuan memerlukan banyak wang sedangkan negara China menghadapi krisis
kewangan yang serius kejatuhan hasil pertanian, bencana, kekurangan tanah pertanian dan hutang

E) KESAN PERLAKSANAAN GERAKAN ISLAH

1) PENERUSAN BEBERAPA PEMBAHARUAN


Pemimpin Kerajaan Manchu seperti Maharani Dowager mula menyedari
kepentingan idea-idea Barat.
Sebahagian rancangan pembaharuan seperti penubuhan Universiti
Kebangsaan Peking dan maktab maktab diteruskan.

KESAN PERLAKSANAAN GERAKAN ISLAH

2) PEMULIHAN STATUS QUO


Kegagalan Gerakan Islah telah membawa negara China kembali kepada
status quo atau keadaan sebelumnya.
Golongan konservatif kembali berkuasa.
Orang Manchu mendapat kembali jawatan-jawatan penting.

3) TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER


Golongan konservatif mula menyedari kelemahan Dinasti Manchu.
Berusaha menyelamatkan Dinasti Manchu dan menghapus pengaruh
Barat dengan menghalau keluar orang-orang asing.

4) KEBANGKITAN GERAKAN REVOLUSIONER


Meskipun Gerakan Islah gagal, namun ia merintis jalan ke arah gerakan
revolusioner. Hubungan antara orang-orang Cina dan Manchu mulai
renggang.
Sentimen anti-Manchu memuncak apabila pemimpin-pemimpin Gerakan
Islah dijatuhkan hukuman mati tanpa bicara kecuali Maharaja Kuang
Hsu.
Masyarakat Cina sedar bahawa untuk memodenkan negara China maka
Dinasti Manchu perlu digulingkan. Akibatnya, muncul ketokohan Dr
Sun Yat Sen pad tahun 1911 untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan
digantikan dengan kerajaan republik.

6) GERAKAN PEMBAHARUAN CHING 1901 -1911


A) LATAR BELAKANG
1. Gerakan Pembaharuan Ching dilaksanakan selepas Pemberontakan gagal mencapai
matlamatnya untuk mengusir orang-orang asing dari negara China. Kegagalan itu
membuktikan kelemahan Kerajaan Manchu. Di samping itu idea-idea revolusioner juga mula
tersebar di kalangan masyarakat Cina diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen.
2. Dalam keadaan yang lemah dan tertekan ini, Kerajaan Manchu (Ching) mulai sedar bahawa
idea pembaharuan amat perlu dengan tujuan untuk:
a) Menguat dan memodenkan negara China
b) Menghapuskan ancaman revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen.
3. Di samping itu, perluasan pengaruh kuasa-kuasa asing yang berusaha membahagikan China
kepada lingkungan pengaruh masing-masing telah mempercepatkan lagi proses pemodenan
oleh Kerajaan Manchu.
4. Pada 29 Januari 1901, Maharani Dowager Tzu Hsi telah mengisytiharkan pelaksanaan
Gerakan Pembaharuan berasaskan ciri-ciri baik peradaban barat untuk mengatasi
kelemahan negara China dalam usaha menguat dan memodenkan negara China.
5. Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan golongan intelektual telah dikerah mengemukakan
cadangan-cadangan pembaharuan kepada kerajaan China. Hasilnya pada bulan Julai 1901,
Chang Chih Tung (Gabenor Jeneral Hunan-Hupei) dan Liu Kun-i(Gabenor Jeneral KingsiAnwhei-Kiangsu) telah menghantar tiga pucuk surat peringatan (memorial) kepada istana
Ching. Mereka telah mencadangkan beberapa pembaharuan seperti berikut:
a) Penubuhan sekolah-sekolah awam dan tentera yang moden berdasarkan sukatan pelajaran
yang melibatkan klasik China, sejarah, politik, sains dan teknologi barat.
b) Sistem peperiksaan Perkhidmatan Awam dan Tentera China disusun semula supaya
mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal negara China dan barat.
c) Menghantar pelajar-pelajar Cina ke luar negara untuk mempelajari ilmu dan teknologi
barat
d) Menggalakkan perindustrian dengan membina sekolah-sekolah yang berasaskan
teknologi barat.
6. Program-program Pembaharuan Ching meliputi aspek-aspek penting dalam bidang pendidikan,
ketenteraan, ekonomi, perlembagaan dan perdagangan

B) LANGKAH-LANGKAH PEMBAHARUAN CHING

1) PENDIDIKAN
Diberi perhatian serius kerana dianggap penting untuk memberi latihan kepada
pegawai supaya lebih efisien, terlatih dan berkemahiran
1904- memperkenalkan sistem pendidikan moden model Jepun
1905- Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang berdasarkan klasik Cina
dikemaskini dan diganti sistem peperiksaan moden berasas isu-isu semasa.
1906- tubuh Kementerian Pendidikan susun semula pendidikan negara China
Hantar pelajar ke luar negara Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun

LANGKAH LANGKAH PEMBAHARUAN CHING

2) KETENTERAAN
Tanggungjawab diserah kepada Yuan Shih Kai untuk menyusun semula
angkatan tentera dibantu oleh Chang Chih Tung dan Liu Kun-i
Sekolah tentera yang moden ditubuhkan. Penasihat tentera dari Jerman dan
Jepun dilantik untuk memberi latihan dan mendedahkan kemahiran berperang
menggunakan senjata moden.
1906-Kementerian Pertahanan ditubuhkan.
3) EKONOMI
1903- Kementerian Perdagangan ditubuhkan
Rakyat digalakkan menceburkan diri dalam bidang perindustrian
Menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan
Sistem perhubungan dimajukan untuk meningkatkan dan mempercepatkan
kemajuan ekonomi
4) PERLEMBAGAAN
Sebuah Jawatankuasa Pengkajian ditubuhkan untuk meninjau dan meneliti
perlembagaan negara asing 5 orang bawah pimpinan Tsai Tse
1906- utusan rasmi dihantar ke Eropah dan Amerika Syarikat untuk
mempelajari sistem kerajaan berpelembagaan.
1908-penubuhan Perhimpunan Wilayah ahli dipilih melalui undi. Hak
mengundi diberi kepada yang berharta dan mempunyai kelayakan akademik
1909-PerhimpunanWilayah bersidang untuk pertama kalinya dan menuntut
pertubuhan sebuah parlimen. Berjaya ditubuhkan pada tahun1913.
5) SOSIAL
1902- tarik balik larangan perkahwinan antara orang Manchu dan Cina
Menghapuskan amalan mengikat kaki di kalangan wanita Cina
1906- dekri mengharamkan aktiviti menghisap candu di kalangan kakitangan
kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun
Penubuhan kementerian baru Kementerian Luar Negeri, kementerian Polis,
Kementerian Angkatan Tentera Darat dan Kementerian Kewangan.

C) KESAN-KESAN PEMBAHARUAN CHING

1. Pembaharuan lebih radikal berbanding dengan gerakan sebelum ini. Ia lebih


menyeluruh melibatkan pelbagai bidang seperti pendidikan, ketenteraan,
perlembagaan dan sosial.

KESAN KESAN PEMBAHARUAN CHING

2. Menerima sokongan padu daripada golongan intelek Cina kerana mereka


tertarik dengan idea politik baru yang diperkenalkan raja berpelembagaan

3. Menyusun dan mengemas kini semula institusi-institusi tradisional dengan


menerapkan idea-idea barat

4. Proses pembaharuan tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana


sebilangan masyarakat Cina tidak menyokong pembaharuan. Mereka lebih
berminat untuk menggulingkan kerajaan Manchu.

5. Selepas kematian Maharaja Kuang Hsu, tidak ada pemerintah yang


berpengalaman dan berkemahiran dalam pentadbiran. Pengganti maharaja iaitu
Maharaja Hsuan Tung (Pu Yi) baru berusia 3 tahun. Kuasa pemerintahan sebenar
diambil alih oleh anggota keluarganya yang tidak mempunyai kebolehan

6. Idea revolusioner semakin memuncak di kalangan masyarakat Cina di bawah


pimpinan Dr Sun Yat Sen. Beliau menanamkan sentimen anti Manchu di China.

7. Penghantaran pelajar ke luar negara tidak membawa apa-apa makna kepada


masyarakat Cina. Sebaliknya mereka lebih banyak dipengaruhi oleh institusi
politik barat seperti liberalisme, republik, demokrasi dan raja berpelembagaan.
Hasrat mereka tercapai apabila Dinasti Manchu berjaya digulingkan pada tahun
1912 setelah tercetusnya Revolusi China 1911.

2) NEGARA INDIA (abad ke-19 20)


LATAR BELAKANG PERLUASAN KUASA BARAT DI INDIA.
1. Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat
berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di
seluruh dunia.
2. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan
ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan
mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka.
3. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil
keluaran kilang-kilang mereka.
4. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan,
perjanjian ataupun secara pengilhakan. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa
Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British.
5. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. Di
India, campurtangan dilakukan secara pengilhakan. Perluasan kuasa melalui kaedah
pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan, perjanjian dan sebagainya.
6. Pengilhakan merupakan suatu proses penguasaan Barat ke atas negara-negara luar demi
memenuhi keperluan politik dan ekonomi mereka.
7. Di India, British telah melaksanakan dasar pengilhakan dengan jayanya melalui tiga zaman
yang berbeza-beza. Zaman Lord William Bentick berlaku pada tahun 1824-1835, zaman Lord
Ellenborough tahun 1836-1846 dan zaman Lord Dalhousie berlaku pada tahun 1846-1856.
DASAR PENGILHAKAN LORD WILLIAM BENTICK (1824-1835)
1. Semasa Lord William Bentinck menjadi Gabenor Jeneral India, beliau telah melakukan
ugutan ke atas pemerintah tempatan dan akhirnya telah berjaya mengilhakan beberapa buah
wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore.
2. Lord William Bentick telah berjaya menguasai Cachar apabila rajanya meninggal dunia tanpa
meninggalkan waris.
3. Keadaan menjadi lebih mudah kerana adanya permintaan daripada penduduk tempatan agar
negerinya diperintah oleh British.
4. Di Coorg dan Mysore beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran tempatan untuk
menjalankan pentadbiran dengan adil dan saksama.
5. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau untuk memerintah negeri tersebut.
6. Manakala di Jaintia pula, pengilhakan berlaku apabila rajanya enggan menyerahkan kembali
penculik rakyat Inggeris kepada British.

7. Lord William Bentick juga telah bertindak memperkenalkan peraturan sosial dengan
menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti adat suttee, adat thugee, pembunuhan bayi
perempuan, amalan mengorbankan manusia dan melaksanakan pembaharuan dalam undang
undang pewarisan Hindu
DASAR PENGILHAKAN LORD ELLENBOROUGH (1836-1846)
1. Sepanjang pemerintahan beliau beberapa wilayah telah berjaya diletakkan di bawah
penguasaan British, antaranya wilayah Sind dan Gwalior.
2. Sejak tahun 1809, Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823 satu
perjanjian telah ditandatangani di antara Sind dan British.
3. Hasil perjanjian ini, pedagang dan saudagar British dibenarkan menggunakan sungai dan
jalan raya tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut.
4. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan, Lord Auckland telah mengarahkan
tenteranya berbaris melalui Sind.
5. Ellenborough berhasrat merampas wilayah Sind, lalu membuat beberapa tindakan ke atas
pemerintah tempatan. Ekoran itu, Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat.
6. Satu perjanjian baru telah dibuat dengan Amir-Amir di Sind. Mereka telah dipaksa supaya
menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka
untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British diakui sah.
7. Tindakan tersebut telah menyebabkan Amir-Amir Sind marah dan bertindak menyerang
residen British.
8. Namun Amir-Amir ini berjaya ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Akhirnya
Sind berjaya dirampas dan diletakkan di bawah jajahan British di India.
9. Ellenboroug juga telah berjaya mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar melalui Kaedah
Undang-Undang Lesap Waris apabila berlaku kematian ke atas Dhulat Kao Sindhia yang
amat digeruni.
DASAR PENGILHAKAN LORD DALHOUSIE (1846-1856)
1. Sepanjang penguasaan beliau, Lord Dalhousie telah berjaya mengilhakan beberapa buah
wilayah di India melalui tiga kaedah iaitu Hak Menakluk Kuasa Agung, Undang-Undang
Lesap Waris dan Kebaikan Untuk Diperintah.
2. Melalui Hak Menakluk Kuasa Agung, Dalhousie telah mengisytiharkan perang ke atas
kaum Sikh di Gujerat. Akhirnya wilayah Punjab berjaya diilhakkan.

3. Lord Dalhousie juga dilihat paling berjaya dalam pemerintahannya apabila banyak wilayah
India berjaya diletakkan di bawah penguasaannya melalui kaedah Undang-Undang Lesap
Waris atau dikenali dengan Doctrin of Lapes.
4. Menurut Doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya
selepas mangkat, negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan
sendirinya.
5. Dalhousie tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang
bukan keturunannya.
6. Di Jhansi misalnya, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh
Dalhousie.
7. Beberapa wilayah lain yang berjaya diilhakan melalui kaedah ini ialah Satara, Jaitpur,
Baghat, Samalpur dan lain-lain.
8. Manakala melalui kaedah Kebaikan Untuk Diperintah, ianya dilaksanakan atas alasan
penganiayaan, kezaliman, dan ketidakadilan politik tempatan. Misalnya Qudh telah
diletakkan di bawah naungan SHTI.
9.

Pentadbiran Qudh asalnya dikuasai oleh Nawab Khan yang sentiasa berada dalam keadaan
huru-hara dan penuh dengan amalan rasuah.

10. Dalhousie bertindak dengan membuat perjanjian dengan Qudh yang akhirnya meletakkan
Qudh di bawah penguasaan SHTI, manakala pemerintahnya Nawab dibenar mengekalkan
gelaran dan dibayar 15 juta rupee.
11. Apabila Nawab enggan menerima dan menandatangani perjanjian tersebut, Dalhousie telah
bertindak mengilhakan wilayah tersebut atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.
REAKSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP KUASA BARAT
1. Amnya tindakan British mengilhakkan kawasan tertentu di India telah mengundang
penentangan penduduk tempatan terhadapnya.
2. Tindakan berkenaan telah menyebabkan kebangkitan golongan putera, nawab dan pembesar
yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa masing masing.
3. Di pihak rakyat, kebangkitan golongan bawahan ini disebabkan tindakan British yang
melaksanakan penghapasan amalan sutee, amalan thugee, membunuh bayi perempuan,
pengenalan akta kahwin semula telah mengundang penentangan golongan fanatik Hindu.
4. Begitu juga dengan tindakan British memperkenalkan sistem pendidikan Barat dengan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah, kolej malah dalam bidang
pentadbiran dan kehakiman turut menyemarakkan rasa tidak puas hati.
5. Percubaan British menyebarkan agama Kristian juga tidak disenangi oleh masyarakat
tempatan.

6. Seterusnya, punca penentangan masyarakat tempatan ialah mereka berasa didiskriminasikan,


walaupun kerajaan British memperkenalkan teknologi moden. Buktinya, mereka dinafikan
hak menaiki gerabak kereta api kelas satu dan kelas kedua.
7. Faktor lain yang mendorong kebangkitan masyarakat tempatan ialah pelaksanaan peraturan
baharu yang menyusahkan seperti menaikkan kadar cukai tanah serta mengenakan bayaran
bagi bekalan air yang disalurkan ke kawasan pertanian.
8. Kemuncak kepada penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa British memuncak
apabila sepoi India diwajibkan menggunakan minyak babi dan minyak lembu apabila
menggunakan Riffle Royal Enfield. Hal ini telah menyebabkan orang Islam dan orang Hindu
bagi menyatakan protes.
9. Kebangkitan rakyat India atau golongan sepoi ini dikenali sebagai Dahagi India; mereka telah
bertindak mengisytiharkan Bahadur Shah II sebagai Maharaja Delhi dan menawan seketika
kota tersebut.
10. Kebangkitan sepoi di Meerut berlaku di bawah pimpinan Mangal Pandey dan ianya telah
merebak ke kawasan lain dan berjaya mempengaruhi kebangkitan orang Islam di Oudh dan
Allahabad di bawah pimpinan Nana Saheb dan orang Sikh yang diketuai oleh Ram Singkh
11. Bagi orang Islam di bawah pimpinan Haji Shariatulah yang diambung oleh anaknya, Dudhu
Nayan di Bengal, mereka telah melancarkan Gerakan Faraidi; menentang British dengan
berhujah India kini menjadi sebuah Darul Harb, ditangkap dan dipenjarakan
12. Walau bagaimanapun dengan bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka, menjelang tahun
1858, Dahagi India telah ditamatkan dengan kejayaan mengalahkan musuh musuh seperti
Laksmi Bai, Ram Singkh ( terbunuh / dihukum / dijatuhkan hukuman seumur hidup.

B) SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA DAHAGI INDIA 1857


1) Dasar pengilhakan Lord Dalhousie
- proses penaklukan dan Undang-undang Lesap Waris yang dijalankan telah menyinggung
perasaan orang India, khasnya pemerintahan wilayah-wilayah. Lord Dalhousie telah
mengilhakan wilayah-wilayah di India tanpa mempertimbangkan perasaan orang India.
- Juga telah mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan seperti Nawab dan Carnatic dan Raja
Tanjore. Tindakan Dalhousie menarik balik pembayaran pencen Nana Sahib, anak angkat Baji
Rao selepas kemangkatan beliau menyebabkan Nana Sahib begitu benci terhadap pihak British
sehingga beliau sendiri memberi sokongan kepada Dahagi India.
2) Pentadbiran tidak stabil
- Inggeris menggantikan sistem pentadbiran lama dengan pentadbiran yang baru yang
menyebabkan kesukaran masyarakat India menerima pentadbiran yang berlainan dengan sistem
yang telah mereka alami sejak turun temurun.
- Perubahan dalam pentadbiran tanah tidak disukai oleh penduduk India. Suruhanjaya Inam yang
dibentuk untuk mengkaji pajakan tanah tanpa sewa telah menyebabkan Inggeris merampas
20,000 estet di Deccan. Perubahan dalam pentadbiran hasil tanah telah menyebabkan kesusahan
dan kesengsaraan kepada para pemilik dan penyewa tanah.
- Di wilayah Oudh, Inggeris telah menghentikan bayaran kepada raja dan elaun serta pencen
kepada pegawai-pegawai. Tentera raja di bubar mengakibatkan mereka kehilangan punca
pencarian. Sikap angkuh pegawai-pegawai British dan sukar ditemui menyebabkan rakyat benci
British.
- Pengenalan Undang-Undang British dianggap asing dan tidak difahami oleh rakyat serta Bahasa
Inggeris dijadikan bahasa kehakiman telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk
India.
- Inggeris juga tidak member jawatan penting (tinggi) dalam perkhidmatan awan dan tentera
kepada orang India. Orang-orang India tidak beri apa-apa hak politik, menyebabkan semua
lapisan masyarakat menentang British.
3) Faktor Ekonomi
- Penindasan di dalam bidang perdagangan telah berlaku di Benggal sejak ia mula beroperasi.
Perdagangan telah lama dimajukan tetapi sektor perkilangan di India telah dimusnahkan dengan
mengenakan cukai tarif yang tinggi di England bagi barang-barang India. Ini menyebabkan
eksport kapas dan sutera India ke England terhenti tetapi pasaran India pula telah dibanjiri
dengan barangan Inggeris. Ini menyebabkan industry perkilangan India lumpuh.
- Industri- industri lain juga mengalami nasib yang sama, contohnya industri melebur besi lumpuh
kerana pengimportan besi dan besi waja. Industri desa, iaitu penggabungan pertanian dan
industri desa turut musnah. Keadaan ini menyebabkan pekerja-pekerja terlibat terpaksa menukar
pekerjaan ke sektor pertanian.
- India berunsur-unsur bertukar menjadi jajahan pertanian untuk kapitalisme Inggeris. Ini
bermakna India membekalkan bahan-bahan mentah untuk pengilangan England dan membeli
barangan siap buatan British.
4) Faktor sosial dan agama
- Lord William Bentinck telah menghapuskan beberapa adat resam orang India seperti Suttee,
Thugee, dan pembunuhan bayi perempuan. Lord Dalhousie juga meluluskan undang-undang
membenarkan balu-balu Hindu berkahwin semula.

- Penghapusan amalan sosial ini menyinggung perasaan orang India lalu membangkitkan
kebencian mereka. Orang India belum bersedia menerima pembaharuan Barat dianggap radikal
itu. Mereka masih taat dan berpegang teguh kepada tradisi dan adat resam yang telah berakar
umbi di India itu. Bagi orang India, amalan tersebut merupakan warisan turun temurun mereka.
5) Ketidakpuasan hati golongan Sepoi.
- Tentera Benggala yang terlibat dalam Dahagi berasal dari Brahmin dan Rajput yang berkasta
tinggi. Golongan ini tidak suka melakukan kerja berat dan berkhidmat di luar India.
- Perasaan tidak puas hati bertambah apabila Lord Canning meluluskan Akta Pengambilan
Tentera Am. Melalui akta ini seseorang sepoi boleh dihantar berkhidmat di mana-mana sahaja
perkhidmatan mereka diperlukan. Apabila dihantar berkhidmat di kawasan jauh sepoi-sepoi ini
tidak diberi elaun yang lebih. Sepoi-sepoi ini bimbang bahawa kedudukan dan kasta mereka
tercemar jika mereka bekerja di luar India.
- Sepoi-sepoi ini juga tidak puas hati dengan dasar diskriminasi di antara mereka dengan tentera
British. Mereka diberi layanan buruk dan gaji lebih rendah. Kenaikan pangkat dalam tentera
adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya keupayaan dan kebolehan seseorang
calon. Tambahan pula disiplin kurang memuaskan.
- Pengenalan senapang Rifle Enfield menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian sepoi-sepoi.
Hujung peluru senapang telah disapu dengan minyak lembu dan babi. Sepoi Hindu dan Muslim
menganggap tindakan ini satu muslihat British menentang kebudayaan mereka sebagai satu
langkah mengkristiankan mereka.
- Penglibatan British dalam perang Crimea member keyakinan kepada sepoi-sepoi bahawa mereka
dapat mengusir orang British dari tanah air mereka dengan mudah.

C) PROSES DAHAGI INDIA


1. Dahagi bermula apabila British memenjarakan sepoi-sepoi yang tidak mahu menggunakan
peluru senapang Rifle Enfield Dahagi meletus pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila askar-askar
menyerang masuk ke dalam penjara untuk melepaskan kawan-kawan mereka. Mereka bertindak
membunuh pegawai British dan membakar rumah-rumah mereka.
2. Pemberontakan bergerak ke Delhi dan Berjaya menawan Delhi dengan mudah kerana tidak
ada pasukan British di sana. Pemberontakan memasuki istana dan mengisytiharkan Bhahadur
Shah II, Seorang keturunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. British cuba
mendapatkan Delhi tetapi gagal.
3. Di Lahore rejimen-rejimen tempatan telah dibubarkan dan pada masa yang sama rusuhan
meletus di Nasirabad di Rajadputana, Rohilkand, Oudh dan beberapa kawasan Bihar.
4. Pada 14 September 1857 tentera Inggeris dengan bantuan John Nicholson sertaa beberapa
pegawai British Berjaya menawan Delhi. Bhahadur Shah ditangkap dan putera-putera Moghul
lain ditembak.
5. Pemberontakan di Lucknow berlaku pada 30 Mei dan Sir Hendry Lawrence terbunuh. Pada
masa yang sama pemberontakan di Outh dan Rohilkand Berjaya ditewaskan. Pada 21 Mac 1858
Sir Cohn Campbell Berjaya menawan Lucknow.
6. Pada Disember 1857 Sir Cohn Campbell Berjaya menawan Kanpur. Pada 8 Julai 1858
Dahagi India ditamatkan, walaupun kawasan-kawasan terpencil di India apabila pemberontakan
masih menyala. Mereka terlibat telah dibicarakan dan diberi hukuman yang setimpal dengan
kesalahan.

D) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN DAHAGI INDIA 1857

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN DAHAGI INDIA 1857

1) TIADA PERPADUAN DI KALANGAN PEMBERONTAK


Disertai oleh pelbagai golongan awam dan tentera tetapi berjuang atas
kepentingan sendiri. Contoh:
i) Jhansi Rani mendapat hak seorang putera
ii) nana Sahib membalas dendam akibat kehilangan tanah dan estet bapa
angkatnya Baji Rao.
iii) orang Muslim memulihkan Empayar Moghul
iv) Sepoi-sepoi India agama dan dasar diskriminasi Inggeris mengancam
kepentingan mereka.

2) TIDAK MELIBATKAN SELURUH PENDUDUK INDIA


Orang-orang Sikh tidak menyokong Dahagi India.
Tidak semua pemerintah tempatan terlibat kerana ada yang masih setia dengan
Inggeris. Contoh: Sindhia, Holkar, Nizam, pemerintah Rajput dan Sikh.
Golongan berpendidikan barat tidak sokong.
Tuan-tuan tanah dan peniaga tidak sokong kerana mengharap peluang lebih
baik di bawah pemerintahan Inggeris.

3) PEMBERONTAKAN TIDAK MENYELURUH


Tertumpu di Qudh dan Rohilkand.
Tempat-tempat lain tidak terlibat dengan pemberontakan tersebut.

4) SIKAP TOLERANSI LORD CANNING


Sikap diplomasi dalam menangani masalah membabitkan orang-orang India
telah mengurangkan perasaan dendam di kalangan sepoi.
Sentimen ini menyebabkan sepoi-sepoi India tidak bersungguh-sungguh dalam
perjuangan dan dengan mudah dapat dikalahkan.

5)

KEKURANGAN PEMIMPIN YANG IDEAL DAN BERKEBOLEHAN


Kematian Jhansi Rani melemahkan kepimpinan sepoi India
Penggunaan alat-alat senjata tidak maju dan strategi ketenteraan tidak kemas.
Inggeris mempunyai pemimpin yang cekap dan berkebolehan seperti Sir John
Lawrence, Outram, Havelock dan Neil.

E) KESAN-KESAN DAHAGI INDIA 1857

1) Peristiwa Dahagi jelas membuktikan SHTI tidak berkemampuan untuk


memerintah India dengan baik. Oleh itu SHTI telah dihapuskan dan
India ditadbir secara terus oleh Kerajaan Mahkota Inggeris di London
mulai 2 Ogos 1858.

2) Gabenor Jeneral diberi gelaran wizurai.

KESAN KESAN DAHAGI INDIA 1857

3) Ratu Victoria mengumumkan bahawa putera tempatan tidak akan


kehilangan hak dan perjanjian-perjanjian yang wujud antara mereka
akan terus dilindungi.

4) Inggeris bertolak ansur dalam aspek keagamaan dan peluang untuk


memegang jawatan awam dan tentera dibuka kepada individu yang
benar- benar berkelayakan tanpa mengira kasta, bangsa dan
kepercayaan. Bagaimanapun jawatan-jawatan penting akan diletakkan
di bawah tanggungjawab pegawai Eropah.

5) Kerajaan Inggeris memberi pengampunan beramai-ramai terhadap


semua pemberontak yang terlibat dalam Dahagi India kecuali mereka
yang terlibat dalam membunuh rakyat Inggeris.

6) Undang-undang Lesap Waris dihapuskan dan pemimpin tradisional


dibenarkan mengambil anak angkat sebagai pengganti dan waris yang
sah sebagai pemerintah.

7) Kerajaan Inggeris telah menyusun semula pasukan tentera di India.


Tentera-tentera Presidensi Bengal, Madras dan Bombay dikekalkan
tetapi diasingkan. Terdapat askar-askar Eropah yang diberhentikan
kerja dan sebahagiannya diserap ke dalam pasukan tentera Inggeris.

TRANSFORMASI SOSIAL,
TEMPATAN DI INDIA

EKONOMI

DAN

KEMUNCULAN

INTELEKTUAL

TRANSFORMASI SOSIAL
1. Pengenalan sistem pengangkutan dan sistem perhubungan
2. Pendedahan sistem pendidikan Barat; cabaran kepada institusi pendidikan tempatan
3. Merebaknya pemikiran atau idea idea Barat seperti humanisme dan liberalisme yang
membawa kepada kemuculan golongan reformis
TRANSFORMASI EKONOMI
1. British menjadikan India sebagai kawasan pembekal bahan mentah dan tempat longgokan
barangan buatan British.
2. British memperkenalkan tanaman jualan atau tanaman komersial seperti kopi, jut, nila, getah
dan candu. Malah, India turut muncul sebagai pengeluar teh utama
3. British memperkenalkan permanent settlement melalui reformasi tanah
4. British bertanggungjawab mewujudkan taman - taman botani; menggalakkan usaha usaha
penyelidikan.
KEMUNCULAN NASIONALIS TEMPATAN
1. Sayyid Ahmad Khan; mendapati Dahagi India yang berlaku member impak buruk kepada
golongan India Muslim.
2. Golongan India Muslim wajar memberikan fokus kepada pendidikan moden bertujuan
mengelak eksploitasi orang orang Hindu.
3. Beliau bertanggungjawab menubuhkan The Translation Society; bertanggungjawab
menterjemahkan karya dari bahasa Urdu.
4. Beliau juga membuka institusi pengajian tinggi bagi orang orang Islam yang dinamakan
Muslim University of Aligarh; dianggap Unniversity of Cambridge India
5. Pelajar didedahkan dengan kurikulum Barat; pengajian Barat dan pengajian Timur yang
diajar dalam bahasa Urdu.
6. Beliau juga membentuk Mohammedan Educational Conference; persidangan yang
menampilkan para intelektual khususnya aspek pendidikan.
7. Persidangan tersebut menjadi alat kebangkitan intelektual menampilkan idea idea
pembaharuan sosial, ekonomi ekonomi dan pendidikan di India.
8. Raja Ram Mohan pula merupakan individu yang dianggap sebagai Bapa Pemodenan India
atau Bapa Pemulihan Hindu.

9. Beliau mengasaskan Persatuan Brahma


individu tanpa mengira kasta.

( Brahmo Samaj ) yang terbuka kepada semua

10. Baliau bersikap terbuka dengan pengaruh luar selagi ianya tidak bertentangan dengan
kesucian agama Hindu. Malah, beliau menentang amalan amalan yang tidak
berperikemanusiaan seperti amalan sutee, amalan thugee dan pembunuhan bayi perempuan.
11. Swami Dayananda saraswati pula merupakan individu yang bertanggungjwab mengetuai
gerakan Aya Samaj.
12. Beliau berpegang teguh terhadap ajaran Veda dan berusaha mempertahankan tradisi tempatan
daripada ancaman luar.
13. Beliau berusaha menghindukan semula individu yang meninggalkan agama tersebut sehingga
menimbulkan konflik agama dengan penganut agama agama lain.
14. Sebagai fanatik Hindu, beliau enggan menerima pengaruh Barat. baginya, India sewajarnya
membangun dengan acuan yang sedia ada, bukannya bergantung kepada orang orang Barat.
15. Baliau berusaha mengembalikan sistem pendidikan berasaskan Veda yang bersumberkan
kitab kitab Veda

CONTOH-CONTOH SOALAN TEMA 4.1


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Jelaskan usaha-usaha Gerakan Menguatkan Diri yang berlaku di China pada tahun 1861
1895.
Mengapakah Gerakan Menguatkan Diri yang berlaku di China pada tahun 1861 1895
menemui kegagalan.
Mengapakah Gerakan Islah 1898 dilancarkan di China dan apakah langkah-langkah yang
telah dilaksanakan dalam gerakan ini.
Bincangkan sebab-sebab kegagalan dan kesan-kesan Gerakan Islah 1898 ke atas kerajaan
China.
Terangkan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam gerakan pembaharuan Ching
1901 1911 dan apakah kesan-kesannya?
Mengapakah berlakunya Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900 dan bagaimana
proses penentangan ini berlaku?
Bincangkan sebab-sebab kegagalan Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900 dan
apakah implikasinya terhadap negara China.
Sejauhmanakah perasaan dendam sepoi mempengaruhi penentangan masyarakat India pada
tahun 1857.
Jelaskan sebab-sebab kegagalan Dahagi India 1857 dan apakah kesannya terhadap
masyarakat India.

4.2 KONFLIK ANTARABANGSA

4.2 KONFLIK ANTARABANGSA


- Sebab dan kesan

4.2.1 Perang Dunia Pertama


(1914-1918) Jerman dan
Rusia (abad ke-20)

4.2.3 Perang Dingin (19451955) Rusia dan Amerika


Syarikat (abad ke-20)

4.2.2 Perang Dunia Kedua(1942 1945) Jepun dan Amerika


Syarikat (abad ke-20)

4.2.1 PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918) JERMAN & RUSIA


A) LATAR BELAKANG
Imperialisme Barat muncul dan menular ke seluruh dunia kesan daripada berlakunya
Revolusi Perindustrian. Imperialisme yang berlaku itu bertujuan untuk mendapatkan bahan
mentah dan pasaran barangan kilang. Persaingan sering berlaku antara kuasa-kuasa imperialis
Barat. Persaingan yang wujud ini mendorong kepada berlakunya Perang Dunia Pertama dan
Perang Dunia Kedua.
Sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, keadaan politik di Eropah terutamanya pada
pertengahan kurun ke-19 adalah berbeza dengan keadaan politik yang terdapat pada hari ini.
Negeri-negeri Jerman yang terdiri daripada 39 buah negeri (Gabungan Jerman) pada tahun 1850
telah disatukan oleh Von Bismarck melalui peperangan dengan Denmark (1864), Austria (1867)
dan Perancis (1870) dan dasar Darah dan Besi pada tahun 1871. Itali juga telah disatukan.
Penyatuan negara Jerman dan Itali telah mengubah imbangan kuasa di Eropah. Kerajaan Prusia
dan Empayar Austria-Hungary merupakan dua kuasa besar yang terdapat dalam pergabungan
tersebut. Empayar Austria-Hungry yang luas menyebabkan sebahagian daripada wilayahnya
berada di luar sempadan Pergabungan Jerman. Poland dan Semenanjung Itali pula ketika itu
dikuasai oleh Rusia. Sementara itu, empayar Turki Uthmaniyyah pada pertengahan kurun ke-19
masih lagi menguasai kawasan Eropah Tenggara khususnya negara-negara rantau Balkan.
Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun 1914 hingga 1918 adalah berpunca
daripada peperangan yang meletus antara Austria-Hungary dan Serbia. Ia merupakan satu
peperangan menyeluruh yang pertama pernah berlaku dalam sejarah dunia moden. Berlaku antara
Kuasa-kuasa Tengah (Jerman, Austria-Hungary, Bulgaria, Itali dan Turki) dengan Pakatan
Bertiga (Rusia, Perancis, Britain, dan disertai pula Amerika Syarikat dan Jepun). Peperangan itu
tamat apabila berlaku dahagi tentera darat dan laut Jerman yang menyebabkan Kaiser William II
terpaksa melarikan diri ke Belanda. Peperangan yang berlaku itu telah membawa banyak
kemusnahan kepada harta benda dan nyawa.
B) SEBAB-SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA - UMUM
1) Pembentukan Pakatan Kuasa Besar
Ketua Menteri Jerman ketika itu Otto Von Bismarck merupakan seorang yang mempunyai
cita-cita yang tinggi. Berhasrat untuk meluaskan lagi empayar Jerman.
Jerman dan Austria- Hungary (Kuasa-kuasa Tengah) serta Itali telah membentuk Perikatan
Bertiga pada tahun 1882 yang bertujuan menyekat kuasa Rusia di Semenanjung Balkan.
Kebimbangan terhadap kemungkinan Perancis akan mengambil alih jajahannya di Afrika
mendorong Itali untuk menyertai Jerman dan Austria-Hungary.
Pada tahun 1888, Jerman diperintah oleh Raja William II yang mahu memperluaskan dasar
imperialismenya ke seberang laut.
Tindakan ini menimbulkan kebimbangan Perancis dan Rusia. Kedua-dua negara menubuhkan
satu pakatan ketenteraan yang dinamakan Pakatan Berdua.
Britain yang turut merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Jerman telah
menyertai Perancis dan Rusia dengan membentuk Pakatan Bertiga pada tahun 1908.
Benua Eropah terbahagi kepada dua kumpulan kesan daripada wujudnya pakatan tersebut.
Ketegangan yang wujud antara dua kumpulan ini mendorong tercetusnya perang.

2) Persaingan Ketenteraan
Kekuatan tentera adalah faktor penting dalam proses perluasan kuasa.
Raja William II yang memerintah Jerman mahu supaya angkatan laut Jerman
diperkembangkan supaya setanding dengan angkatan tentera daratnya.
Britain yang mempunyai angkatan laut terkuat di Barat merasa bimbang dengan
perkembangan ini.
Rusia dan Perancis pula bersaing untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera masingmasing.
Persaingan dan perkembangan yang berlaku ini menimbulkan kecurigaan antara negaranegara Eropah yang akhirnya membawa kepada peperangan.
3) Perlumbaan Imperialisme
Selaras dengan kemajuan yang dialami dalam sektor industri, dasar imperialisme turut
berkembang dengan pesat.
Keperluan terhadap bahan mentah dan pasaran barangan kilang mendorong berlakunya
kegiatan imperialisme.
Kegiatan imperialisme yang berlaku ini melibatkan penguasaan ekonomi dan pengambilan
kuasa politik di negara-negara yang dijajah.
Usaha-usaha untuk memperluaskan empayar ini turut melibatkan kuasa-kuasa Jerman dan
Itali.
Penguasaan Perancis dan Britain di Asia serta Afrika juga telah menimbulkan rasa tidak puas
hati Jerman.
Mubaligh-mubaligh Kristian dari Eropah pula berharap mereka mendapat peluang untuk
menyebarkan agama Kristian di Asia dan Afrika.
4) Perlumbaan Ekonomi
Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara pengeluar bahan mentah
dan pasaran baru kesan daripada perkembangan industrialisasi di Eropah.
Kesan daripada perkembangan ini membolehkan Jerman muncul sebagai sebuah kuasa besar
dalam perdagangan dan perindustrian yang memberi saingan kepada Perancis dan Britain.
Kemajuan Jerman membimbangkan Perancis akan kawasan-kawasan lombongnya yang
terletak di utara Perancis akan dikuasai oleh Jerman.
Jerman dan Austria-Hungary juga berusaha mengekalkan hak istimewa mereka dalam
Empayar Turki Uthmaniyyah.
Pada kurun ke-20, perlumbaan ekonomi ini bertukar menjadi persaingan politik.
5) Semangat Nasionalisme
Semangat nasionalisme biasanya dikaitkan dengan kebebasan dan kemerdekaan.
Perkembangannya menjadi lebih agresif pada akhir kurun ke-19.
Usaha pelampau-pelampau nasionalis yang cuba menguatkan negara mereka dan
melemahkan negara lain juga menjadi faktor tercetusnya perang.
Perancis misalnya cuba untuk mengembalikan maruah bangsanya dengan berusaha untuk
mendapatkan kembali jajahannya seperti Alsace dan Lorraine daripada Jerman.
Di pihak Jerman pula, mereka berpendapat bahawa mereka berhak menguasai negeri-negeri
tersebut kerana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa tuan (master race).
Pada masa yang sama, Jerman juga bimbang dengan kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh
Britain dan Perancis.
Bagi golongan yang berpegang kepada fahaman ketenteraan di Jerman, mereka menganggap
bahawa kemuncak kemajuan sosial sesebuah negara akan tercapai apabila berjaya di medan
perang.

Seorang nasionalis Jerman, Heinrich Von Treitscheke kemudiannya telah mempelopori idea
perluasan kuasa melalui ketenteraan.
Idea baru yang diperkenalkan ini telah mewujudkan Gerakan Pan-Slav dan Gerakan PanJerman.
Beberapa tindakan yang berbahaya telah dilakukan oleh gerakan-gerakan ini dan seterusnya
membawa kepada berlakunya perang.
6)

Kekacauan di Beberapa Negeri


Kuasa-kuasa besar Eropah telah terlibat dalam hal ehwal politik Afrika sejak tahun 1898.
Melalui beberapa krisis yang berlaku, kuasa-kuasa besar ini telah berselisih faham.
Antara krisis-krisis tersebut ialah;
Krisis Morocco I
Krisis Bosnian
Krisis Morocco II
Perang Balkan.
Ekoran daripada tercetusnya Perang Balkan, telah wujud permusuhan antara:
Austria-Hungary dan Serbia
Turki dan negara-negara Balkan
Jerman dan Rusia
Untuk melumpuhkan kuasa Austria dan Itali di Balkan, Rusia telah memberi sokongan
kepada pergerakan kebangsaan Balkan.
Turki pula mendapat pinjaman kewangan daripada Jerman untuk membina jalan kereta api
dari Berlin ke Baghdad pada tahun 1898.
Melalui bantuan itu, Jerman berharap ia akan dapat merapatkan lagi hubungannya dengan
Turki dan seterusnya berpeluang untuk meluaskan kuasa di Balkan.
Namun, Jerman tetap khuatir kerana terpaksa menghadapi Rusia di timur dan Perancis di
barat.
Rusia diminta menghentikan persediaan perangnya oleh Jerman tetapi permintaan tersebut
tidak mendapat layanan.
Seterusnya, Jerman telah bertindak mengisytiharkan perang ke atas Rusia dan Perancis.
Britain pula mengisytiharkan perangnya ke atas Jerman sebagai langkah untuk membantu
Perancis.
Semua ini membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama di Eropah.

7) Peristiwa Sarajevo Pembunuhan Archduke Francis Ferdinand


Peristiwa ini merupakan faktor langsung kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama. Ia
digunakan oleh Pakatan Bertiga dan Kuasa-kuasa Tengah untuk saling melancarkan serangan.
Sarajevo yang terletak di dalam wilayah Austria-Hungary merupakan ibu kota negara Bosnia.
Bosnia menentang Austria-Hungary dengan dibantu oleh Serbia. Bagi Serbia pula, ia
menganggap bahawa Bosnia adalah merupakan sebahagian daripada wilayahnya.
Dalam peristiwa itu, Archduke Francis Ferdinand dan isterinya telah dibunuh oleh nasionalis
Serbia bernama Gavrilo Princip semasa melawat bandar tersebut pada tahun 1914.
Archduke Francis Ferdinand merupakan pewaris (Putera Mahkota) kerajaan Austria.
Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab ke atas pembunuhan yang
berlaku dan menghantar sepuluh tuntutan kepada Serbia tetapi tidak diterima oleh Serbia.
Oleh itu, Austria telah mengisytiharkan perang ke atas Serbia pada 28 Julai 1914.
Rusia bertindak menyokong Serbia dalam peperangan tersebut dan Austria pula mendapat
sokongan daripada Jerman.
Jerman telah mengisytiharkan perang ke atas Rusia pada bulan Ogos 1914. Peperangan yang
tercetus ini menjadi permulaan kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.

SEBAB-SEBAB MELETUSNYA PERANG DUNIA PERTAMA 1914 - 1918

1) Pembentukan
Pakatan Kuasa Besar

4) Perlumbaan
Ekonomi

1) Persaingan
Ketenteraan

5) Kekacauan di
Beberapa Negeri

3) Perlumbaan
Imperialisme

6) Semangat
Nasionalisme

g) Peristiwa Sarajevo
Pembunuhan Archduke
Francis Ferdinand

C) SEBAB-SEBAB JERMAN TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA


1) Pembentukan Pakatan Kuasa Besar
Ketua Menteri Jerman ketika itu Otto Von Bismarck merupakan seorang yang mempunyai
cita-cita yang tinggi. Berhasrat untuk meluaskan lagi empayar Jerman.
Jerman dan Austria- Hungary (Kuasa-kuasa Tengah) serta Itali telah membentuk Perikatan
Bertiga pada tahun 1882 yang bertujuan menyekat kuasa Rusia di Semenanjung Balkan.
Kebimbangan terhadap kemungkinan Perancis akan mengambil alih jajahannya di Afrika
mendorong Itali untuk menyertai Jerman dan Austria-Hungary.
Pada tahun 1888, Jerman diperintah oleh Raja William II yang mahu memperluaskan dasar
imperialisme ke seberang laut.
Tindakan ini menimbulkan kebimbangan Perancis dan Rusia. Kedua-dua negara menubuhkan
satu pakatan ketenteraan yang dinamakan Pakatan Berdua.
Britain yang turut merasa bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Jerman telah
menyertai Perancis dan Rusia dengan membentuk Pakatan Bertiga pada tahun 1908.
Benua Eropah terbahagi kepada dua kumpulan kesan daripada wujudnya pakatan tersebut.
Ketegangan yang wujud antara dua kumpulan ini mendorong tercetusnya perang.
2) Dasar Kerajaan Jerman Dasar Kaiser
Pencerobohan Jerman menjadi salah satu sebab Jerman dipersalahkan dalam peletusan
Perang Dunia Kedua.
Kerajaan British, Rusia dan Perancis takut kepentingan mereka diancam.
Gerakan Pan Jermanisme (menyebarkan kebudayaan dan kuasa Jerman) bertentangan
dengan Pan Slavisme (gerakan menyatukan semua bangsa Slav di bawah naungan Rusia.
Langkah Jerman untuk bergerak ke Timur yang dijalankan melalui rancangan pembinaan
landasan kereta api Berlin-Baghdad menimbulkan permusuhan antara Jerman Rusia.

3) Kekuatan Ketenteraan
Kekuatan tentera adalah faktor penting dalam proses perluasan kuasa.
Raja William II yang memerintah Jerman mahu supaya angkatan laut Jerman
diperkembangkan supaya setanding dengan angkatan tentera daratnya.
Pembinaan Angkatan Laut Jerman melebihi keperluan pertahanan
Laksamana von Tirpitz telah memulakan satu kempen umum yang hebat untuk membina satu
angkatan laut Jerman yang lebih besar.
Undang-undang Tentera Laut 1898 membina kapal perang Jerman sebanyak 14 buah dan 4
kapal penjelajah.
Tahun 1900, Undang-undang Tentera Laut Jerman kekuatan bertambah dua kali ganda
4) Perlumbaan imperialisme
Pada penghujung abad ke-19 negara-negara Eropah termasuk Jerman bersaing untuk
mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika, dan kepulauan Pasifik
Penguasaan Perancis dan Britain di Asia serta Afrika juga telah menimbulkan rasa tidak puas
hati Jerman.
Pada tahun 1890-an, Jerman memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika
daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis.
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati negara Eropah yang lain yang juga mempunyai
niat menguasai tanah jajahan bermotifkan ekonomi.
5) Imperialisme ekonomi
Jerman berhasrat memperkukuhkan ekonominya untuk muncul menjadi sebuah kuasa yang
kuat walaupun negara ini dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi negara jirannya, iaitu
Britain dan Perancis.
Pada tahun 1865, Britain mengeluarkan besi melebihi Jerman. Bagaimanapun pada tahun
1900, jika digabungkan keluaran besi di Britain dan Perancis, ia masih tidak mampu
menandingi keluaran besi Jerman.
Walau bagaimanapun, Jerman tidak mempunyai kelebihan dari segi perdagangan dan
mempunyai empayar yang besar seperti Britain.
Oleh itu, persaingan antara Jerman dan Britain tidak dapat dielakkan kerana Jerman
memerlukan ruang dan peluang untuk mengembangkan ekonomi dari terus didominasi oleh
Britain.
D) SEBAB-SEBAB RUSIA TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
1) Pembentukan Pakatan Kuasa Besar
Pada tahun 1892 Rusia membuat pakatan dengan Perancis kemudian baru disertai oleh Britain
untuk membentuk Pakatan Bertiga pada tahun 1908.
Britain hanya memberi sokongan kepada sekutunya pada bulan Ogos 1914 setelah Jerman
menyerang Belgium.
Tujuan pakatan itu dibuat ialah untuk menandingi Pakatan antara Austria, Jerman dan Itali.
Pada peringkat awalnya sistem pakatan berjaya mengelak berlakunya peperangan di Eropah
sehingga tahun 1900. Walau bagaimanapun sistem ini tidak lagi sesuai selepas abad ke-20
apabila persaingan sengit wujud antara negara-negara Eropah terutama selepas keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyyah
Rusia dan Austria-Hungary berminat mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam bangsa
kalangan Slav
Austria-Hungary yang disokong oleh Jerman memulakan usahanya pada tahun 1908 dengan
menakluki Bosnia-Herzegovina dan berhasrat menakluki Serbia.

Rusia pula berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut
tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
2) Kekuatan ketenteraan
Antara faktor Rusia terlibat dengan Perang Dunia Pertama kerana ia mempunyai kekuatan dar
segi ketenteraan. Begitu juga dengan negara-negara lain yang berlumba-lumba menambah
kekuatan tentera masing-masing.
Peningkatan yang besar dari segi jumlah bilangan angkatan tentera selepas tahun 1900 bukan
sahaja meningkatkan lagi ketegangan sedia ada, tetapi menyebabkan perang tidak dapat
dielakkan.
Negara-negara Eropah telah menggandakan kelengkapan ketenteraan mereka dalam skala
yang besar antara tahun 1890 hingga 1914.
Dengan mempunyai sebanyak 1.3 juta anggota tentera, Rusia merupakan kuasa yang memiliki
paling banyak bilangan tentera, sementara Jerman dan Perancis mempunyai 900 000 tentera
masing-masing. Britain, Itali dan Austria-Hungary dianggotai antara 250 000 dan 500 000
setiap satu.
Ini menunjukkan Rusia mempunyai kelebihan dari segi kekuatan ketenteraan berbanding
dengan negara-negara Eropah yang lain.
E) PERSETIAAN VERSAILLES 29 JUN 1919
Dirangka oleh empat kuasa besar iaitu Amerika Syarikat, Britain, Itali dan Perancis untuk
menamatkan Perang Dunia Pertama.

SYARAT SYARAT PERSETIAAN VERSAILLES


i) Jerman menyerahkan jajahannya di luar Eropah kepada Britain,
Jepun dan Perancis
ii) Perancis mendapat balik wilayah Alsace-Lorraine daripada Jerman
yang diduduki Jerman akibat kekalahan dalam Perang JermanPerancis 1870
iii) Jerman dipaksa membayar $6000 juta sebagai wang ganti rugi
kepada pihak yang menang.
iv) Kawasan di bawah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah juga
diserahkan kepada British dan Perancis.
v) Angkatan tentera Jerman dikurangkan dan Jerman dilarang
menempatkan tentera di wilayah Rhineland yang bersempadan
dengan Perancis.

F) KRONOLOGI PERISTIWA PERANG DUNIA PERTAMA

KRONOLOGI PERISTIWA PERANG DUNIA PERTAMA

Pembunuhan Bakal Raja Austria


Archduke Francis Ferdinand
(Jun 1914)

Dibunuh oleh nasionalis Serb di Sarajevo (ibu kota


Bosnia yang merupakan wilayah hak milik Austria
Memberi peluang kepada Austria untuk menghapuskan
Serbia
Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria
berbangsa Serb membebaskan diri daripada kerajaan
Austria
Tindakan Austria disokong oleh Jerman

Peperangan meletus

Rusia , sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria


dan bersiap sedia untuk menghadapi peperangan
Jerman mengarahkan rusia supaya membatalkan
persiapannya. Rusia enggan berbuat demikian.
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan
sekutunya.
Jerman menyerang Perancis melalui Belgium
Britain menentang Jerman kerana menganggap Jerman
mencabul kedaulatan Belgium
Itali yang pada awalnya berkecuali akhirnya menyertai
Pakatan Bertiga.

Penyertaan Kuasa-kuasa lain

Turki Uthmaniyyah berpihak kepada Kuasa- kuasa


Tengah
Negara China dan Jepun memihak Pakatan Bertiga
Penyertaan Amerika syarikat pada tahun 1917 membawa
kejayaan kepada Pakatan Bertiga

G) KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA - UMUM


1) Kesan ke atas Jerman
Jerman terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles pada bulan Januari hingga Jun
1919. Menurut perjanjian itu, Jerman telah diisytiharkan sebagai bersalah kerana menyebabkan
peperangan dan dikehendaki membayar Bayaran Gantirugi Khas sebanyak 6,500,000,000 yang
dibayar secara beransur-ansur. Jerman juga telah kehilangan semua tanah jajahannya. Perwakilan
Perancis, Clemenceau menuntut supaya Jerman melepaskan kekuasaannya di Alsace-Lorraine,
Rhineland, Saar, Hulu Silesia, Denzig dan Prusia Timur. Ini bermakna Jerman kehilangan
sebahagian besar dari sumber-sumber arang batu dan besi. Jerman juga dilucutkan senjata
sepenuhnya, melainkan satu pasukan tentera seramai 100,000 orang.

2) Pengecilan wilayah Austria


Austria menjadi sebuah negara kecil kerana terpaksa menyerahkan wilayah-wilayahnya
kepada pihak yang menang. Wilayah Istria diserahkan kepada Itali, manakala Bosnia,
Herzegovina dan Dalmatia diserahkan kepada Yugoslavia. Ia juga terpaksa menyerahkan wilayah
Bohemia dan Moravia kepada Czehoslovakia dan wilayah Galicia kepada Poland. Penyatuannya
dengan Jerman telah dibatalkan.
3) Kejatuhan pemerintahan Tsar di Rusia
Kejatuhan pemerintahan Tsar dan penubuhan kerajaan Bolshevik di Rusia. Kekalahan
Angkatan Tentera Rusia dalam pertempuran Tannenberg telah melemahkan pemerintahan Tsar
Nicholas II. Peperangan tersebut telah membawa penderitaan kepada rakyat Rusia apabila
kawasan pengeluar gandum utama di Ukraine telah dimusnahkan oleh pihak musuh. Hasil
pertanian telah dimusnahkan dan kebuluran telah menambahkan lagi kesengsaraan akibat
peperangan. Golongan penentang yang terdiri daripada puak Bolsheviks, Mensheviks dan Sosial
Revolusiner mengambil kesempatan dengan menganjurkan tunjuk perasaan dan mogok di
Petrograd (St. Petersburg). Regimen Cossack yang dianggap oleh Tsar sebagai penyokongnya,
telah bangun memberontak apabila mereka diperintah untuk bertindak terhadap pemogok dan
penunjuk perasaan. Keadaan bertambah buruk dengan berlakunya dahagi (pemberontakan
tentera) di medan perang. Akhirnya, Tsar Nicholas II terpaksa turun takhta pada 15 Mac 1917.
4) Berakhirnya empayar Turki Uthmaniyyah
Berakhirnya empayar Turki Uthmaniyyah. Melalui Perjanjian Sevres, kawasan Asia
Minor telah dibahagi kepada lingkungan pengaruh Kuasa-Kuasa Berikat. Kawasan Thrace
terpaksa diserahkan kepada Greek. Transylvania, Bukowina dan Bessarabia kepada Rumania.
Iraq dan kebanyakan wilayah Turki di bahagian timur telah diletakkan dibawah mandat Britain
dan Perancis. Hanya sebahagian kecil kawasan dikekalkan dibawah kawalan Turki. Negara Turki
hanya menguasai Istanbul dan wilayah di bahagian utara Laut Marmora. Akhirnya, Gerakan
Turki Muda pimpinan Mustafa kamal telah merampas kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan
republik yang dikenali sebagai Turki moden.
5) Kemunculan kerjaaan-kerajaan baru di Eropah
Lahirnya kerajaan-kerajaan baru di Eropah seperti Esthonia, Latvia dan Lithuania yang
ditubuhkan dari bekas Empayar Czar. Manakala Finland mendapat kemerdekaan penuh dari
Rusia hasil rundingan dengan kerajaan Bolshevik Rusia. Serbia bertukar menjadi Yugoslavia dan
Czechoslovakia muncul sebagai sebuah negara demokrasi berbagai kaum hasil penyatuan
kawasan Bohemia, Moravia, Slovakia dan Ruthenia.
6) Kehilangan nyawa
Kehilangan berjuta-juta jiwa. Rusia negara paling teruk terjejas kehilangan lebih 2 juta
orang, Jerman hampir 2 juta orang. Austria-Hungary satu suku juta orang dan Britain hampir satu
juta. Amerika Syarikat pula kehilangan 115,000 orang, separuh daripadanya akibat wabak
penyakit yang berlaku selepas gencatan senjata.
7) Kesan ke atas Jepun
Perang Dunia Pertama telah memberi keuntungan kepada Jepun kerana Jepun telah
membekalkan barang-barang perindustrian kepada negara-negara Eropah yang berperang. Ini
menyebabkan Jepun muncul sebagai sebuah negara yang kaya dari segi ekonomi dan kuat dari
segi politik. Jepun juga telah muncul sebagai sebuah kuasa angkatan laut yang utama di Lautan
Pasifik.Kedudukan kewangan Britain mulai merosot, manakala Amerika Syarikat pula bertambah
kaya.

8) Penubuhan Liga Bangsa-bangsa


Penubuhan Liga Bangsa-Bangsa. Sebuah pertubuhan antarabangsa telah diwujudkan
dengan tujuan utamanya untuk melindungi negara-negara yang merdeka dari pencerobohan dan
mengekalkan perdamaian. Ibu pejabat Liga Bangsa-Bangsa telah didirikan di Geneva,
Switzerland. Setiausaha Agung pertama disandang oleh Sir Eric Drummond dari Britain.
Pertubuhan ini mengikat 60 buah negara yang menjadi anggota kepada prinsip-prinsip tatatertib
antarabangsa terutama dalam penerimaan kewajipan untuk mengelakkan peperangan.
KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA - UMUM

1) Kesan ke
atas Jerman
3) Kejatuhan
pemerintahan
Tsar di Rusia

2) Pengecilan
wilayah Austria

4) Berakhirnya
empayar Turki
Uthmaniyyah

KESAN-KESAN
PERANG DUNIA
PERTAMA

6) Kehilangan
nyawa

5) Kemunculan
kerjaaankerajaan baru di
Eropah

7) Kesan ke
atas Jepun
8) Penubuhan
Liga Bangsabangsa

H) KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KE ATAS JERMAN


1. Kesan Politik
a) Perubahan pentadbiran
Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan
bawahan seperti petani, pekerja, dan tentera. Penentangan terhadap penentangan terhadap
perang juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong
penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang
tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju turun takhta dan mendapat suaka politik di
Belanda.
Parti Sosialis demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan republik
yang dikenali sebagai republik Weimer. Bagaimanapun, republik ini masih menggunakan
khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara sehinggalah
Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut apa sahaja
kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
b) Perjanjian Versailles
Jerman terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles pada bulan Januari hingga Jun 1919.
Menurut perjanjian itu, Jerman telah diisytiharkan sebagai bersalah kerana menyebabkan
peperangan dan dikehendaki membayar Bayaran Gantirugi Khas sebanyak 6,500,000,000
yang dibayar secara beransur-ansur. Jerman dikehendaki membayar sebahagian jumlah ini
kepada pihak Berikat dalam bentuk kapal-kapal laut, arang batu, bahan-bahan kimia,bahan
celup, lembu dan sebagainya.
Jerman juga telah kehilangan semua tanah jajahannya. Perwakilan Perancis, Clemenceau
menuntut supaya Jerman melepaskan kekuasaannya di Alsace-Lorraine, Rhineland, Saar, Hulu
Silesia, Danzig, Posen, Schleswig dan Prusia Timur. Ini bermakna Jerman kehilangan
sebahagian besar dari sumber-sumber arang batu dan besi.
Wilayah Saar diletakkan di bawah kawalan antarabangsa selama lima belas tahun dan
selepas itu akan diadakan pungutan suara untuk menentukan tarafnya. Sementara itu
Perancis telah dapat menguasai sepenuhnya lombong-lombong arang batu di Saar.
Danzig menjadi sebuah kota bebas di bawah kawalan Liga Bangsa-bangsa.
Di Hulu Silesia, satu pungutan suara diadakan di kalangan penduduk yang terdiri dari
bangsa Jerman dan Poland. Langkah ini berjaya menyelesaikan masalah di wilayah ini di
mana 60% penduduknya telah memilih untuk disatukan dengan Jerman, sementara 40%
dengan Poland. Berikutnya Poland mendapat kira-kira satu pertiga dari wilayah tersebut
yang mengandungi sebahagian besar dari industrinya.
Wilayah Posen, yang kebanyakan penduduknya terdiri dari bangsa Poland, telah
diserahkan kepada Poland. Dengan kemasukan wilayah ini Poland sedang mempunyai
kawasan sempit yang menganjur ke laut. Bagaimanapun, kawasan sempit yang
menganjur ke laut. Bagaimanapun, kawasan sempit Poland ini telah memisahkan
Prusia Timur dari tanah besar Jerman dan kemudiannya telah menimbulkan banyak
masalah.
Wilayah Schleswig yang kebanyakan penduduknya terdiri dari bangsa Denmark telah
memilih untuk kembali ke Denmark
Jerman juga dilucutkan senjata sepenuhnya, melainkan satu pasukan tentera seramai 100,000
orang. Ketua Turus Jerman tahun-tahun 1914-1918 telah dibubarkan dan tidak akan disusun
semula. Jerman tidak dibenarkan memiliki kapal selam dan hanya enam buah kapal perang

kelas dua dan beberapa buah kapal kecil sahaja. Semua kegiatan tentera udara Jerman telah
diharamkan.
Matlamat Perjanjian Versailles adalah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar.
Rakyat Jerman begitu marah dan terhina dengan syarat-syarat tersebut.
Perdana Menteri Jerman, Philipp Scheidemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para
perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin
Jerman tidak mampu untuk ingkar dan beperang semula.
2. Kesan Ekonomi
Jerman menghadapi masalah kekurangan makanan yang mengakibatkan masalah inflasi.
Kesannya kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan penting seperti roti,
kentang, susu, dan daging sehingga menyebabkan rusuhan antikerajaan pada tahun 1917 di
Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300 000 pekerja.
Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam turun hingga kurang
daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran industri Jerman juga
terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman jauh berkurangan daripada jumlah
pengeluaran sebelum perang
3. Kesan Sosial
Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan
12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan
kemusnahan yang bernilai AS 36 760 juta
Jerman kehilangan nyawa hampir 2 juta orang.
Maruah Jerman jatuh apabila terpaksa menandatangani Perjanjian Versailles yang berat
sebelah.
I) KESAN PERANG DUNIA PERTAMA KE ATAS RUSIA
1. Kesan Politik
Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan
Tsar yang pernah memerintah selama 400 tahun. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi
Rusia khususnya dalam pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar.
Kekalahan teruk tentera Rusia di medan peperangan menyebabkan kesetiaan sebahagian
tentera berbelah-bahagi kepada Tsar.
Imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah. Kerajaan juga
kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib
mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.
Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja, dan petani telah
berpecah ekoran perbezaan kepentingan. Bagaimanapun, Vladimir Lenin berjaya mendapat
sokongan pekerja dan petani kerana menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh petani.
Dengan sokongan golongan pekerja, petani, dan tentera komunis yang berdisiplin, Lenin
berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang pertama
di dunia.
Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah menandatangani
Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui perjanjian tersebut, Rusia kehilangan
wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman dan sumber arang batu dan besi.
Kejayaan tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.

Perkembangan ekonomi telah menyebabkan kemunculan golongan pekerja yang miskin dan
persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Ini telah memberi kesan kepada aspek politik
apabila parti-parti politik ditubuhkan.
Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudiannya dikenali
sebagai Parti Komunis. Oleh sebab perselisihan pendapat, parti ini berpecah kepada dua, iaitu:
a) Menshevicks dipimpin oleh Julius Martov
b) Bolsheviks dipimpin oleh Vladimir Lenin
Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang turut disertai oleh golongan pekerja, petani,
dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis
kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks meminta tanah, roti,
dan keamanan.
a) Tanah untuk diberikan kepada petani miskin.
b) Roti untuk pekerja yang kelaparan
c) Keamanan bermaksud menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama.
Bolsheviks berhasrat menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan
petani. Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara, iaitu di Petrograd (St. Petersberg).
Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik dengan menubuhkan Duma
(Parlimen) namun Duma mempunyai kuasa yang terhad.
Tentera Tsar yang kebanyakannya terdiri daripada petani berpaling tadah dan menyertai
penunjuk perasaan. Tsar Nicholas II terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada
kerajaan sementara. Tsar dan keluarganya dibunuh.
2. Kesan Ekonomi
Timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana empat juta buruh
dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan
pengeluaran pertanian terus berkurangan.
Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan
memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan perang kerana bekalan gagal
dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengalihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan
ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan, kesan perang yang berterusan menyebabkan
jumlah kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan
bakar yang serius.
Keresahan dalam kalangan masyarakat berlaku dan mogok yang melibatkan tiga juta pekerja
terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi
terhadap pemerintahan Tsar.
3. Kesan Sosial
Rusia negara paling teruk terjejas kehilangan lebih 2 juta orang
Sistem pengangkutan tidak berfungsi.
Perbelanjaan untuk pendidikan dan perumahan terpaksa disalurkan kepada keperluan
ketenteraan.

4.2.2 PERANG DUNIA KEDUA (DI PASIFIK 1942 1945) JEPUN & AMERIKA
SYARIKAT
A) LATAR BELAKANG
Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama. Sebagaimana
Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya merebak ke
negara-negara Asia. Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman
menyerang Poland. Di rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour,
Hawaii pada 7 Disember 1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak
Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
Antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri
daripada Jerman, Itali dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri daripada Britain,
Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

KUASA BERSEKUTU
Britain (Winston Churchill)
Rusia (Joseph Stalin)
Amerika Syarikat (Franklin
Roosevelt)
China (Chiang Kai Shek)

KUASA PAKSI
Jerman (Adolf Hitler)
Itali (Benito Mussolini)
Jepun (Hideki Tojo)

B) FAKTOR-FAKTOR MELETUSNYA PERANG DUNIA KEDUA - UMUM


1) Ketidakpuasan terhadap Perjanjian Versailles
Jerman tidak puas hati kerana:
i. hilang semua tanah jajahannya.
ii. dipaksa membayar pampasan peperangan
iii. Perancis menduduki Saar yang kaya dengan arang batu sehingga Jerman menjelaskan
pampasan itu.
iv. Angkatan tentera darat dan laut Jerman dihadkan.
v. Jerman dilarang menempatkan tenteranya di Rhineland yang bersempadan dengan
Perancis.
vi. Pampasan yang tinggi menyebabkan Jerman menghadapi inflasi dan kemelesetan ekonomi.
Itali tidak puas hati. Walaupun menyebelahi pihak yang menang Itali tidak diberi sebarang
tanah jajahan seperti yang diterima oleh Britain dan Perancis.
2) Kebangkitan Itali
Parti Fasis di bawah pimpinan Benito Mussolini berjaya memulihkan keadaan sosial, politik
dan ekonomi Itali pada tahun 1922.
Antara perubahan yang dilakukan oleh Mussolini ialah:
i) Itali diletakkan di bawah sebuah parti politik sahaja iaitu Parti Fasis.
ii) keadaan ekonomi dipulihkan dengan langkah radikal
iii) memperluaskan tanah jajahan untuk menebus maruah bangsanya

1935 menguasai Habsyah di timur laut Afrika


1939 menguasai Albania
3) Kebangkitan Jerman
Inflasi, kemelesetan ekonomi dunia (1929) menyebabkan kemunculan Parti Sosialis
Kebangsaan (NAZI) di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933.
Hitler dan Parti NAZI mendapat sokongan rakyat Jerman kerana perubahan yang
dilakukannya. Antaranya ialah:
i) memerintah secara kuku besi di bawah kawalan Parti NAZI
ii) memulihkan keadaan ekonomi dan mengatasi masalah pengangguran.
iii) memulihkan semangat kebangsaan Jerman dengan menghapuskan syarat-syarat Perjanjian
Versailles. Antaranya:
Angkatan tentera laut, darat dan udara diperkuatkan
Mengambil semula daerah Saar dan Rhineland
1938 mencantumkan Austria dengan Jerman
1939 menguasai Czechoslovakia
1939 menyerang Poland
Serangan Jerman terhadap Poland pada tahun 1939 menyebabkan Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Dengan itu bermulalah Perang Dunia Kedua.
4) Kebangkitan Jepun
Pada pertengahan kurun ke-19, kerajaan feudal Jepun digulingkan dan bermulalah Zaman
Pemulihan Meiji.
Usaha-usaha memodenkan Jepun telah dijalankan oleh kerajaan Meiji. Antaranya;
i) menyediakan asas perindustrian
ii) memperkenalkan perlembagaan negara bercorak Barat
iii) menubuhkan angkatan tentera darat dan laut yang moden dan kuat
iv) mengadakan pembaharuan pendidikan mengikut sistem pendidikan Barat.
Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa asing
i) 1894-1895 Perang China Jepun Jepun menang.
ii) 1905 Perang Rusia-Jepun Jepun menang. Kejayaan ini membuktikan negara Asia
boleh mengalahkan kuasa Barat.
iii) 1931 Jepun menguasai Manchuria, sebuah wilayah China.
iv) 1937 Jepun menyerang china untuk menguasai seluruh negara tersebut.
Tindak balas kuasa-kuasa imperialisme Barat terhadap Jepun.
i) 1922, Persidangan Washington diadakan untuk menghalang perkembangan angkatan
laut jepun.
ii) Mengehadkan kemasukan barang dagangan Jepun ke tanah jajahan mereka di Asia
Timur dan Asia Tenggara.
iii)Amerika Syarikat dan Britain mengehadkan bekalan bahan mentah di Asia Tenggara
kepada Jepun. Tindakan ini menyebabkan Jepun merancang serangan ke atas Asia
Tenggara untuk mendapatkan bahan mentah.
Semasa Jepun dan Amerika Syarikat sedang berunding untuk menyelesaikan masalah
mereka di Lautan Pasifik dan Asia Timur, tentera Jepun melancarkan serangan terhadap
pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Disember 1941.
Kemudian tentera Jepun mendarat di Kota Baharu, Kelantan dan Filipina.
Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali yang dikenali sebagai Kuasa-kuasa Paksi.
5) Kegagalan Liga Bangsa
Ditubuhkan selepas tamatnya perang Dunia Pertama sebagai badan pendamai dunia.
Ia tidak disertai oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Jerman.

Britain pula mengamalkan sikap tidak mahu bekerjasama.


Hanya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan negara-negara yang kecil dan
lemah.
Bukti kegagalannya ialah apabila Liga Bangsa tidak berjaya menyekat keganasan yang
dilakukan oleh Jepun di Manchuria (1931) dan Itali di Habsyah (1935)
6) Kegagalan usaha perlucutan senjata
Untuk menghalang usaha-usaha pembesaran angkatan tentera dan penghasilan senjata,
beberapa siri persidangan telah diadakan.
Antara tahun 1921-1922, Persidangan Washington yang diadakan menemui kegagalan
kerana sekatan yang dikenakan tidak meliputi semua jenis kapal dan kelengkapan perang.
Ketiadaan wakil-wakil dari Jerman dan Rusia yang menyertainya turut menggagalkan
persidangan tersebut.
Pada tahun 1930, Persidangan London yang diadakan gagal kerana sekatan hanya dihadkan
kepada kapal-kapal sahaja.
Ketiadaan kerjasama antara negara anggota turut menggagalkan Persidangan Geneva (1932
- 1934).
Di Jerman, Hitler telah bertindak memulihkan semula angkatan tenteranya.
Tindakan Hitler ini mendorong negara-negara lain untuk turut berbuat demikian dan akhirnya
mencetuskan perang.

C) SEBAB-SEBAB JEPUN TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA


1) Hubungan Amerika-Jepun Meruncing
Apabila tentera Jepun menduduki Manchuria dan seterusnya menceroboh negara China,
negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat telah memprotes tindakan Jepun. Amerika
telah bertindak balas dan mendesak Jepun keluar dari negara China atau menghadapi sekatan
perdagangan dari Amerika dan disokong oleh beberapa negara-negara lain. Apabila Jepun
tidak menghiraukannya, Amerika telah melaksanakan amarannya. Pada awal 1941 kiriman
besi keluli, logam-logam yang diperlukan, mesin-mesin, gasolin mutu tinggi serta jentera dan
pelan membuat gasolin dari Amerika ke negeri Jepun telah terbengkalai.
Pihak Jepun tidak berganjak sebaliknya menunjukkan sikap yang lebih agresif dengan
melancarkan serangan ke atas Indochina pada Julai 1941. Sebenarnya Jepun telah mendapat
kebenaran memasuki Indochina sejak bulan Mac dari pihak berkuasa Perancis di situ. Sikap
berani Jepun menambah kemarahan Amerika menyebabkan Amerika bertindak lebih tegas.
Bermula Julai, Amerika telah menyekat semua eksport ke negara Jepun di Amerika.
Tindakan Amerika dan sekutunya itu menyebabkan hubungan Amerika-Jepun menjadi
semakin serius. Tindakan Amerika telah menjejaskan kedudukan Jepun. Navy Jeneral Staff
telah memberi amaran kepada Kerajaan Jepun bahawa dengan sekatan itu bermakna Jepun
mempunyai kemampuan bertahan selama dua tahun dan jika tiada tindakan diambil sehingga
Oktober, kedudukan Jepun akan menjadi lebih terancam. Perdana Menteri Putera Konoye
telah berusaha mengadakan perundingan dengan Amerika tetapi gagal. Akibatnya beliau
meletakkan jawatan pada bulan Oktober diganti oleh Jeneral Tojo Hideki.
Sebelumnya pemimpin-pemimpin Jepun terutama pihak tentera telah mengambil keputusan
akan berperang dengan Amerika jika perundingan terutama mengenai bekalan minyak tidak
dapat diselesaikan. Apa yang dijangka memang berlaku apabila perundingan gagal kerana
Amerika mendesak Jepun keluar dari China dan Indochina. Dengan itu peperangan tidak dapat
dielakkan.

Sungguhpun keputusan telah diambil oleh kerajaan Jepun untuk berperang, namun
perundingan dengan Amerika masih diteruskan dengan tujuan mengabui mata dunia dan
melengah-lengahkan masa agar tentera Jepun dapat berlatih dan mempersiapkan diri untuk
melancarkan serangan. Pihak Jepun telah membuat keputusan jika peperangan dilancarkan ke
atas Pearl Harbour dengan serentak tentera Jepun akan dihantar dan menawan Asia Tenggara
dan pulau-pulau di barat daya Lautan Pasifik. Bagi Jepun penaklukan Asia Tenggara amat
penting kerana dari daerah-daerah ini Jepun boleh mendapatkan bekalan minyak dan bahan
galian yang lain.
2) Peperangan di Eropah
Pada 1 Sept 1939 tentera Jerman telah menyerang Poland. Oleh sebab Britain dan Perancis
mempunyai perjanjian dengan Poland, menyebabkan kedua-duanya mengisytiharkan perang
ke atas Jerman. Pada 1940 tentera Jerman telah berjaya menawan Perancis dan ini memberi
pukulan hebat kepada Britain. Ketika ini Amerika Syarikat bersikap berkecuali dan ini
menambahkan lagi kesulitan pihak Britain untuk menghadapi Jerman.
Peperangan di Eropah dan kedudukan Britain serta Perancis yang terancam menyebabkan
kedua-duanya tidak dapat memberi perhatian ke atas tanah jajahannya di timur. Kekosongan
ini telah memberi peluang kepada Jepun yang selama ini menyimpan perasaan dendam
terhadap barat untuk mengambil alih kuasa di timur.
Pergerakan tentera Jepun tidak akan mendapat halangan dari kuasa berat kecuali angkatan laut
Amerika di Pasifik yang berpangkalan di Pearl Harbour. Oleh itu pemimpin-pemimpin tentera
berpendapat jika kekuatan Amerika itu dilumpuhkan bermakna tentera Jepun dapat bergerak
dengan bebas dan menjadi kuasa teragung di timur.
3) Jepun dan Kuasa Paksi
Hubungan rapat antara Jepun dengan Jerman telah bermula di akhir-akhir zaman pemerintahan
Maharaja Meiji. Ketika ini Jepun telah terpengaruh dengan sistem pemerintahan Nazi di
Jerman. Hubungan kedua-duanya bertambah erat apabila Jepun dan Jerman menandatangani
perjanjian anti-Komunis pada 1936 yang bertujuan menentang Rusia, musuh jepun di timur
Jauh dan musuh Jerman di Eropah.
Di dalam negeri, sambutan terhadap hubungan dengan Jerman adalah besar kerana sebahagian
pemimpin tentera, pemimpin-pemimpin awam termasuk Kerajaan Hiranoma Kiichiro sangat
cenderung kepada persahabatan dengan Jerman. Malangnya Kerajaan Jerman tidak akan
membuat sebarang perjanjian dengan kerajaan Jepun jika pihak Jepun tidak mahu melibatkan
dirinya menentang Amerika Syarikat dan Britain. Desakan ini ditolak oleh pihak angkatan
laut. Keadaan ini menyebabkan hubungan Jepun-Jerman mula tidak menyenangkan.
Hubungan Jepun-Jerman menjadi semakin buruk apabila Jerman menandatangani perjanjian
dengan Rusia pada bulan Ogos 1939 di mana kedua-dua pihak bersetuju tidak akan serang
menyerang antara satu dengan lain. Tindakan Jerman menimbulkan rasa kurang senang dan
Jerman dituduh belot. Peristiwa ini menyebabkan Jepun mula mengalihkan pandangan kepada
Amerika dan Britain. Percubaan ini telah dijalankan oleh kerajaan Admiral Yonai Mitsumasa
yang bersifat pro Amerika dan Britain.
Sikap Jepun terhadap Jerman mula berubah apabila pada akhir musim bunga 1940, tentera
Jerman telah memperoleh kemenangan-kemenangan besar di Eropah dan tanda-tanda
kejatuhan Britain mulai kelihatan. Keadaan-keadaan ini telah menyebabkan desakan-desakan
supaya diadakan persahabatan dengan Jerman timbul semula. Perhubungan Jepun-Jerman
bertambah kukuh apabila kerajaan Yonai digulingkan pada Julai 1940 dan diganti oleh
kerajaan Putera Konoye bagi kali kedua. Kabinet Konoye dianggap militan kerana di kalangan
anggota-anggota dewan terdapat golongan anti Amerika dan Britain. Di antaranya ialah

Jeneral Tojo, wakil angkatan tentera, Hoshino, Menteri Tanpa Jawatan dan Ketua Perancang
dan Matsuoka, Menteri Luar.
Hubungan rapat sampai kemuncaknya apabila kerajaan Jepun menandatangani tripartite Pact
dalam bulan September 1940 dengan Jerman dan Itali. Di antara syarat perjanjian ialah salah
satu dari mereka akan melibatkan diri dalam peperangan membantu pihak yang terlibat dalam
peperangan. Syarat ini mendorong semangat keberanian Jepun untuk berperang dengan
Amerika dan sekutunya serta polisi meluaskan empayar Jepun di seberang laut.
4) Sentimen Anti Barat
Pertambahan penduduk yang begitu pesat telah menimbulkan masalah sosial bagi negeri Jepun
kerana ia tidak mempunyai tanah yang cukup untuk menampung penduduk yang ramai. Pada
tahun 1872 Jepun mempunyai penduduk seramai 35 juta tetapi pada t1930 jumlah itu
meningkat menjadi 65 juta. Salah satu cara untuk mengatasi masalah penduduk ialah
melakukan perpindahan ke negara-negara lain.
Pada mulanya ramai orang-orang Jepun berhijrah ke Korea, Manchuria dan Farmosa tetapi
lama-kelamaan negara-negara tersebut dianggap tidak sesuai kerana taraf hidup orang
tempatan masih rendah. Oleh itu orang Jepun telah memilih negara lain iaitu Amerika Syarikat
dan Australia. Selepas tahun1900 terdapat kira-kira 24 000 orang Jepun yang berhijrah ke
Amerika Syarikat. Pada 1910 terdapat kira-kira 72 000 orang Jepun di California dan pada
1920 terdapat kira-kira 110 000 orang Jepun di kawasan Pantai Laut Pasifik.
Kemasukan orang-orang jepun yang begitu ramai telah menimbulkan kebimbangan kepada
kerajaan Amerika dan langkah-langkah telah diambil untuk menyekat kemasukan orang Jepun
ke Amerika. Pada 1907 satu perjanjian telah dibuat antara Amerika-Jepun yang diberi nama
Perjanjian Persefahaman (Gentlement Agreement) di mana kerajaan Jepun bersetuju tidak
akan mengeluarkan pasport buruh untuk orang Jepun di Amerika. Sebelumnya iaitu pada 1902
Presiden Roosevelt telah mengadakan undang-undang menyekat kemasukan orang Jepun ke
Hawaii. Undang-undang yang melarang kemasukan orang Jepun dikuatkuasakan apabila
Undang-undang Imigresen ditandatangani oleh Presiden Coolidge pada 1924. Orang-orang
Jepun telah digolongkan sama dengan orang-orang Asia yang lain.
Tindakan kerajaan Amerika itu telah menimbulkan kemarahan orang-orang Jepun kerana ia
dianggap satu penghinaan kepada orang Jepun. Tuan Hanahira, menteri jepun ke Washington
sendiri telah memberi amaran kepada Amerika bahawa tindakan itu akan menimbulkan akibat
yang buruk. Rasa marah orang Jepun semakin memuncak apabila pada 1931 kerajaan negeri
California telah mengadakan undang-undang tidak akan memberi kerakyatan kepada orang
Jepun. Tindakan ini dianggap keterlaluan.
Pemimpin politik dan tentera serta golongan nasionalis telah menggunakan isu ini untuk
memarakkan perasaan anti-Amerika dan anti-Barat. Perasaan marah dan dendam Jepun
terhadap Barat telah pun wujud sebelumnya. Jepun tidak dapat melupakan bagaimana Jepun
terpaksa mengalah atas desakan tiga kuasa Barat mengenai masalah Semenanjung Liaotung
pada 1895.
5) Pembesaran Angkatan Laut.
Sejak diadakan persidangan Washington pada 1921 22 untuk mengehadkan perlumbaan
senjata (angkatan laut) dan seterusnya Persidangan Perlucutan Senjata di London pada 1930,
kalangan pemimpin tentera dan golongan nasionalis yang ekstrem telah menentangnya kerana
ia akan mengurangkan kekuatan tentera Jepun.
Pada bulan Disember 1934, pihak Jepun telah menyatakan bantahannya terhadap Persidangan
Washington itu dan menuntut kadar kekuatan yang sama di persidangan yang akan datang.
Malangnya permintaan pihak Jepun tidak mendapat sambutan dan oleh sebab itu Jepun

menarik diri dari Persidangan Perlucutan Senjata yang akan diadakan di London pada 1935
36. Dengan menarik diri telah memberi peluang kepada Jepun untuk membesarkan angkatan
lautnya. Sejak tahun 1937 Jepun telah membina angkatan lautnya secara besar-besaran yang
dilakukan secara rahsia. Sungguhpun kemudiannya pihak Amerika Syarikat dan Britain telah
dapat mengesannya, perkara yang tidak dapat disangkal lagi sejak 1940 Jepun telah
mempunyai angkatan laut yang terkuat di Timur Jauh.
6) Faktor Dalam Negeri.
Keadaan dalam negeri juga telah mempengaruhi Jepun terlibat dalam kancah peperangan.
Pertama, bermula tahun1931 pemimpin tentera mula menguasai pucuk pimpinan. Sebahagian
besar dari mereka berpendapat bahawa perluasan wilayah menyebabkan negara Jepun tidak
dapat mengelakkan diri dari melakukan pencerobohan dan mengenepikan kedaulatan negaranegara jiran.
Kedua, Jepun telah muncul sebagai negara perusahaan yang maju setanding dengan negara
Barat. Oleh itu Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran tetapi malangnya pasaran luar
negara Jepun tersekat oleh monopoli pihak Barat. Secara kebetulannya dalam tahun-tahun
1930an Jepun mengalami kemelesetan akibat penglibatan Jepun di negara China. Kegiatan
tentera Jepun di China menyebabkan negara itu terpaksa membelanjakan ribuan juta yen.
Yang lebih malang rakyat terpaksa menanggung cukai. Oleh itu bagi pemimpin-pemimpin
Jepun dengan menguasai Korea, Manchuria, China dan seterusnya Asia Tenggara akan dapat
mengatasi masalah ekonomi dan tidak lagi bergantung pada negara negara Barat.

C)

SEBAB-SEBAB AMERIKA SYARIKAT TERLIBAT DALAM PERANG DUNIA


KEDUA

1) Berakhirnya Dasar Pemencilan Amerika Syarikat


Sejak bermulanya Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Amerika berharap negara mereka akan
terus aman dan mendesak supaya kerajaan mereka akan terus berkecuali. Semangat
pemencilan masih lagi ketara bukan sahaja dalam kalangan rakyat Amerika tetapi juga
kongres.Ini jelas apabila Kongres meluluskan tiga akta yang membayangkan sikap berkecuali
dari tahun 1935 hingga tahun 1937.
Namun dasar berkecuali Amerika mulai goyah apabila Jerman meneruskan perluasan wilayah
dan Jepun pula telah menyerang China. Akhirnya, pada 3 November 1939, Kongres Amerika
menggubal semula Akta pengecualian supaya dapat memulakan penghantaran bahan letupan
dan senjata kepada Perancis dan Britain.
Presiden Amerika pada masa tersebut, Franklin Delano Roosevelt mengumunkan tindakan ini
bertujuan mengelakkan Amerika daripada terlibat dalam peperangan.
Namun sebenarnya Roosevelt mencari satu formula yang boleh memuaskan hati kedua-dua
pihak di Amerika iaitu satu inginkan campur tangan dan yang satu lagi ingin terus berkecuali,
dan dalam masa yang sama membenarkan beliau membantu Britain dan Perancis.
Ini menunjukkan bahawa Amerika bersedia untuk menyertai pakatan bersama-sama dengan
Perancis dan Britain.
2) Reaksi Rakyat Amerika
Peringkat awalnya, rata-rata rakyat Amerika menyokong dasar pemencilan kerana mereka
kecewa dengan Perang Dunia Pertama dan kegagalan perang tersebut untuk menjamin
demokrasi di dunia. Peperangan yang bakal muncul di Eropah dan Timur Jauh menyebabkan
rakyat Amerika ingin terus memperjuangkan keamanan dan berpegang pada dasar tidak
campur tangan. Rakyat Amerika mula membaca karya-karya yang membayangkan

peperangan sesuatu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ramai yang mengkritik
tentang penglibatan Amerika dalam perang Dunia pertama sebagai satu kesilapan dan
mengkritik Wilson kerana meninggalkan dasar berkecuali Amerika serta mendakwa Amerika
sebagai boneka Britain.
Namun, beberapa siri peristiwa yang berlaku menyebabkan Amerika terlibat dalam Perang
Dunia Kedua. Apabila kemenangan Jerman semakin ketara, ramai pihak di Amerika mula
bersetuju dengan Presiden Franklin Delano Roosevelt.
Dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 1940, parti Demokrat dan parti Republikan
berjanji mereka akan mengekalkan sikap berkecuali. Namun sebenarnya, Roosevelt yang
mewakili parti Demokrat percaya Jerman akan beroleh kemenangan kecuali jika Amerika
menyertai perang. Malah, sebelum pilihan raya itu, beliau telah membuat keputusan untuk
menyertai perang.
Persepsi rakyat Amerika mula berubah terhadap pegangan berkecuali Amerika pada masa itu.
Menjelang tahun1941, majoriti rakyat Amerika menyokong pandangan Presiden.
Pungutan suara yang diadakan pada tahun 1941 menunjukkan lebih kurang rakyat Amerika
menyokong peperangan jika tidak ada jalan lain untuk mengalahkan Jerman. Sementara itu,
4/5 lagi merasakan penyertaan Amerika tidak dapat dielakkan.
3) Hubungan Jepun Amerika Meruncing
Di Timur Jauh, wujud konflik antara Amerika dengan keinginan Jepun untuk meluaskan kuasa
di China. Menjelang tahun 1905 hingga akhir Perang Dunia Kedua, kepentingan Amerika dan
Jepun di Asia Timur dan Pasifik Barat mula bertembung.
Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun telah mengambil kesempatan untuk mengukuhkan
kedudukannya di China dan ini meningkatkan kebimbangan Amerika.
Walaupun hubungan kedua-dua negara baik pada tahun 1920-an tetapi menjelang era
kemelesetan 1930-an keadaan menjadi semakin tegang.
Pada masa itu, banyak perjanjian berat sebelah yang dikenakan terhadap Jepun.
Persidangan Washington pada tahun 1921 hingga 1922 telah membawa kepada termeterainya
Perjanjian Kuasa Lima Laut. Dalam perjanjian itu, Jepun telah dipaksa menerima nisbah kapal
perang yang lebih rendah iaitu 5:3. Jepun juga pada masa yang sama menyatakan
persetujuannya tidak akan menubuhkan pangkalan baharu di Pasifik.
Perluasan kuasa Jepun ke utara China, Korea dan Manchuria membimbangkan Amerika
(berbanding Britain dan Perancis) kerana tempat itu merupakan tumpuan aktiviti Amerika di
Asia Timur.
Sejak tahun1933 hingga tahun 1941, dasar luar Amerika mula bertumpu pada usaha perluasan
kuasa Jepun. Dengan itu Jepun mula dianggap sebagai ancaman kerana sering melanggar
perjanjian antarabangsa.
Pendudukan Jepun di Manchuria menunjukkan kerajaan Jepun secara sengaja melanggar
pakatan Kellogg, Perjanjian Sembilan kuasa dan Perlembagaan liga Bangsa-Bangsa.
Menjelang tahun 1933, Liga Bangsa-Bangsa enggan mengiktiraf rejim Manchuria, dan dengan
itu Jepun mengambil keputusan keluar daripada pertubuhan itu pada bulan Februari 1933.
Pertembungan kepentingan Amerika dan Jepun berdasarkan tiga perkara utama iaitu cita-cita
kebangsaan, perdagangan, dan ras.
Apabila Jepun menjadi kuat, Jepun cuba mengawal Timur Jauh. Dengan itu cita-cita Jepun
bertembung dengan kepentingan Amerika. Sebelum itu sudah ada kemungkinan Jepun akan
menjajah Hawaii sekiranya Amerika tidak melakukannya. Malah Presiden Theodore
Roosevelt pernah menyatakan beliau sedar akan bahaya daripada Jepun.
Dari aspek perdagangan, Amerika bergantung pada Timur Jauh bagi mendapatkan bekalan
bahan mentah seperti timah dan getah. Sekiranya Timur Jauh dikawal oleh Jepun, sudah tentu
Amerika akan menghadapi masalah.

Masalah ras juga menjadi salah satu punca konflik Jepun dengan Amerika. Undang-undang
Imigresen Amerika yang ditujukan kepada bangsa Jepun dan China telah menimbulkan
kemarahan. Kebencian Jepun terhadap undang-undang imigrasi Amerika telah membakar
kontroversi ini.
Di California contohnya, undang-undang telah diluluskan bagi memisahkan orang Jepun dari
penduduk kulit putih. Buruh Jepun juga dikenakan kod-kod tertentu contohnya dalam soal
memiliki tanah.
Apabila Jepun menyertai Jerman dan Itali dalam Pakatan Tiga Kuasa pada 27 September
1940, Jepun telah meneruskan serangannya dengan lebih yakin. Jepun berjaya mengambil alih
Indochina dar Perancis dan mengancam menjajah Thai.
Amerika memberi amaran sekiranya Jepun meneruskan perluasan tenteranya di negara-negara
Asia, Amerika akan mengambil langkah yang perlu bagi mempertahankan hak dan
kepentingannya.
Amerika telah mengenakan sekatan ekonomi pada 25 Julai 1941 bagi menyekat kemaraan
Jepun.
Ini menyebabkan Jepun mengambil langkah yang lebih agresif apabila Jepun di bawah
Perdana Menteri baharu, Jeneral Tojo Hideki mengisytiharkan tiada sesiapa yang boleh
menghalang negaranya menceroboh China.
4) Pengeboman Pearl Harbour
Tindakan yang membawa Amerika ke kancah Perang Dunia Kedua berlaku di Pasifik dan
bukannya di Atlantik. Pihak yang memulakannya ialah Jepun dan bukannya Jerman.
Pada 7 Disember 1941, tanpa amaran Jepun telah menyerang dan mengebom Pearl Harbour di
Hawaii. Serangan mengejut Jepun terhadap Pearl Harbour telah membawa kecederaan kepada
1200 orang dan mengorbankan 2400 orang.
Pada hari yang sama, Jepun seterusnya mengambil kesempatan melancarkan serangan besarbesaran terhadap Kepulauan Filipina, Goa, Kepulauan Midway dan Hong Kong.
Kapal perang British Prince of Wales dan Repulse yang berada di Laut China Selatan
berhampiran pantai timur Semenanjung Tanah Melayu telah ditenggelamkan.
Kongres Amerika mengisytiharkan perang terhadap jepun keesokan harinya. Beberapa hari
kemudian, pada 11 Disember 1941, Jerman dan Itali mengisytiharkan perang terhadap
Amerika.
Dengan itu bermulalah penglibatan Amerika dalam Perang Dunia Kedua dengan rasminya di
rantau Pasifik.

D) KRONOLOGI PERISTIWA PERANG DUNIA KEDUA.


TAHUN

PERISTIWA PERANG DUNIA KEDUA

September 1939

Jerman menguasai Poland

April 1940

Jerman menakluki Norway dan Denmark

Mei 1940

Jerman menawan Belgium dan Belanda

Pertengahan 1941

Serangan Jerman yang pantas menyebabkan British berundur


dan Perancis menyerah diri
Jerman cuba menyerang Britain tetapi gagal
Jerman menguasai hampir seluruh tanah Besar Eropah kecuali
Rusia
Jerman menyerang Rusia dan menghampiri bandar Moscow
dan Leningrad
Jepun menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl
Harbour untuk melumpuhkan kekuatan Amerika Syarikat di
Pasifik
Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua
Bermulanya Perang di Lautan Pasifik
Jepun menguasai semua tanah jajahan Barat di Asia Tenggara
Kuasa-kuasa Paksi mengalami kekalahan di Asia dan Eropah

Jun 1941
Disember 1941

Pertengahan 1942
Mei 1942

Awal 1943
1943
Pertengahan 1945
Ogos 1945

Tentera laut Jepun ditewaskan oleh Amerika Syarikat di laut


karang, berhampiran dengan Kepulauan Solomon di Lautan
Pasifik
Tentera Jerman menyerah diri di Stalingrad dan berundur dari
Rusia
Tentera Bersekutu menjatuhkan kerajaan Mussolini di Itali
Perang di Eropah tamat apabila tentera Rusia menguasai Berlin
Jepun diserang oleh Amerika Syarikat
Bom atom digugurkan di Hiroshima (6 Ogos) dan Nagasaki (8
Ogos) oleh Amerika Syarikat
Jepun menyerah kalah tanpa syarat.

E) KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA - UMUM


1) PERPECAHAN JERMAN
Jerman terbahagi kepada Jerman Timur dan Jerman Barat.
Jerman Timur berideologi komunis; Jerman Barat berideologi demokrasi.
Tembok Berlin didirikan untuk mengasingkan kedua-dua buah kerajaan Jerman.

KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA

2) KEMUNCULAN AMERIKA SYARIKAT DAN RUSIA SEBAGAI KUASA


BESAR DUNIA
Amerika Syarikat berideologi demokrasi; Rusia berideologi komunis.
Berlaku Perang Dingin di antara dua buah kuasa besar itu.
3) KERUNTUHAN EMPAYAR IMPERIALIS BARAT
Para pemimpin nasionalis menentang imperialis Barat selepas perang.
Tanah jajahan imperialis Barat mencapai kemerdekaan masing-masing.
India 1947, Burma-1948, Tanah Melayu-1957, Filipina 1946, Indonesia -1949.

4) KEMEROSOTAN EKONOMI DAN SOSIAL


Kegiatan pertanian, perlombongan, perindustrian dan perdagangan tergendala.
Pengangguran meningkat.
Inflasi berleluasa
Nilai mata wang telah jatuh.
Negara terlibat menghadapi masalah kewangan akibat kos peperangan yang tinggi.
Banyak penduduk dan harta benda negara terkorban.

5) PERJUANGAN NASIONALISME
Kebanyakan negara Asia enggan menerima semula pentadbiran imperialis Barat.
Pendudukan Jepun mempercepat perjuangan kemerdekaan.
Peluang mentadbir sendiri yang diberikan oleh Jepun menyediakan mereka untuk
berkerajaan sendiri.

5) PENUBUHAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


Hasrat kuasa besar dunia menubuhkan badan antarabangsa bagi menggantikan Liga
Bangsa.
PBB ditubuhkan pada bulan Oktober 1945
Berperanan menjaga keamanan dan keselamatan dunia.

F) KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA KE ATAS JEPUN


Pada 29 September 1945, empat hari selepas pihak Jepun menandatangani surat
penyerahan secara rasmi, satu laporan berdasarkan Perisytiharan Potsdam telah dikeluarkan.
Hasilnya Jepun telah diduduki oleh Pihak Berikat yang ditadbir oleh Majlis Tertinggi Kuasa
Berikat (Supreme Commander of Allied Power - SCAP) yang diketuai oleh Jeneral Douglas
MacArthur dari Amerika Syarikat. Segala tindakan SCAP akan mengikut saluran ketenteraan
Amerika. Ini bermakna dari tempoh September 1945 hingga April 1952, Jepun berada di bawah
pendudukan Amerika Syarikat. Terdapat banyak perubahan yang di lakukan oleh SCAP yang
boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial.

1. Kesan Politik
a) Aspek Pentadbiran
Di bawah pentadbiran SCAP, kerajaan Jepun terus dikekalkan tetapi di bawah arahan
SCAP.
Perlembagaan baru telah diperkenalkan pada 3 Mei 1947 untuk menggantikan
Perlembagaan Meiji yang digunakan sejak tahun 1889.
Dalam perlembagaan baru ini, Amerika telah memperkenalkan unsur-unsur demokrasi di
Jepun.
Pada dasarnya terdapat dua perubahan yang jelas dalam perlembagaan baru tersebut,
iaitu:
i) Pengalihan kedudukan kuasa Maharaja kepada golongan rakyat,
ii) Pengenalan sistem Parlimen Inggeris yang mengandungi dua Dewan (Diet) iaitu
dewan Perwakilan dan Dewan penasihat.
Secara ringkasnya perlembagaan baru itu bermaksud Maharaja Jepun bertindak sebagai
lambang negara dan perpaduan rakyat sementara Parlimen berfungsi sebagai jentera
penuh menjalankan pentadbiran.
Kuasa kerajaan pusat diagihkan dan pilihan raya tempatan digalakkan. Perlembagaan
baru tersebut telah menjamin kebebasan dan persamaan daripada segi undang-undang.
Beberapa buah parti politik telah muncul seperti Parti Liberal, Parti Progresif serta Parti
Sosial Demokrat. Dalam pilihan raya pertama selepas perlembagaan baru diperkenalkan,
Parti Liberal telah memenangi 139 kerusi dan Yoshida Shigeru telah dilantik sebagai
Perdana Menteri Jepun yang pertama.
b) Aspek Ketenteraan
Antara tindakan segera Amerika selepas menduduki Jepun ialah membubarkan angkatan
tentera Jepun bagi memastikan Jepun tidak lagi mengancam keamanan dan keselamatan
dunia.
Menjelang bulan Disember 1945 tentera darat dan laut Jepun telah dimansuhkan.
Anggota tentera termasuk pegawai-pegawainya dijuruskan kepada kehidupan sivil.
Sementara kilang-kilang membuat senjata di Jepun telah ditutup.
Sementara itu kira-kira 1 300 persatuan nasionalis pelampau telah dibubarkan. Semua
rakyat Jepun di seberang laut telah dibawa balik ke Jepun.
Badan Pengadilan Antarabangsa telah ditubuhkan di Tokyo untuk mengadili pemimpinpemimpin Jepun yang bersalah dan menyebabkan negara Jepun terjerumus dalam
peperangan menentang Pihak Berikat serta pegawai-pegawai tentera yang telah
melakukan kezaliman ke atas orang awam ketika meletusnya peperangan. Dalam hal ini
Maharaja Jepun dikecualikan.

Golongan yang dipercayai terlibat dalam peperangan dianggap penjenayah. Dalam


perbicaraan itu kira-kira 25 pemimpin tentera dan kerajaan diadili. Tujuh pemimpin
kerajaan termasuk dua bekas Perdana Menteri iaitu Jeneral Tojo dan Hiroto telah
dijatuhkan hukuman mati dan 18 pemimpin yang lain dipenjarakan. Lebih dari 900
pegawai tentera dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan jenayah perang yang
dilakukan di wilayah-wilayah yang ditawan.
Dalam usaha menyusun semula sistem pentadbiran Jepun, kira-kira 200 000 pegawai
awam dan 2 200 pemimpin perniagaan turut disingkirkan.
Perjanjian San Francisco pada tahun 1952 seterusnya telah berjaya menahan Jepun
daripada menjadi sebuah negara tentera pada tahun-tahun berikutnya.
2) Kesan Ekonomi
Langkah awal yang diambil oleh SCAP ialah menghapuskan monopoli ekonomi golongan
Zaibatsu. Menjelang tahun 1949, sebanyak 83 buah syarikat kepunyaan Zaibatsu (antara yang
berpengaruh ialah Mitsui, Mitsubishi dan Sumitomo) telah dibubarkan dan saham-saham
mereka dijual kepada orang ramai. Harta-harta golongan Zaibatsu juga telah dibekukan.
Untuk mengelakkan berlakunya penyatuan semula dalam kalangan saudagar-saudagar dan
golongan perniagaan, undang-undang bersifat anti monopoli diluluskan.
Akta pembaharuan Tanah telah diperkenalkan pada tahun 1946. Melalui akta ini, pihak
berkuasa telah memperkenalkan satu program pembaharuan tanah untuk menambahkan
pemilikan tanah dalam petani-petani. Pihak berkuasa telah membeli tanah ini kemudian dijual
kepada petani-petani dengan harga yang rendah. Kesannya berlaku pertambahan keluasan
tanah petani-petani dan seterusnya meningkatkan hasil keluaran pertanian. Koperasi pertanian
juga telah dibangunkan.
Penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja juga digalakkan. Pada tahun 1945, Akta Kesatuan
Sekerja telah diluluskan di mana kaum pekerja diberi hak untuk mengadakan mogok atau
mengadakan perundingan secara kolektif dengan majikan mereka. Hal ini meningkatkan
bilangan kesatuan-kesatuan buruh di Jepun. Menjelang tahun 1949, terdapat lebih daripada
enam setengah juta pekerja telah menjadi ahli dalam kesatuan sekerja.
Untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Jepun dan menentang pengaruh Komunis,
bantuan telah disumbangkan terutama dari Amerika Syarikat. Sumbangan tersebut bermula
pada 1947 di mana Amerika telah memberi sumbangan lebih dari $400 juta. Sehingga
menjelang tahun 1952 jumlah bantuan yang telah diterima oleh Jepun telah meningkat kepada
2 billion.
Dengan bantuan dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat serta semangat bekerja dan
ketekunan orang-orang Jepun, ekonomi dapat dipulihkan. Ini terbukti bila menjelang tahun
1950 sebahagian besar kota-kota yang musnah akibat peperangan telah dapat dibina semula.
Dalam tahun 1950-an, Jepun telah berjaya mengeksport barang-barang pengeluarannya.
Eksport Jepun bernilai $820 juta dan jumlah ini meningkat setiap tahun. Dengan peningkatan
ini telah dapat membantu menambah pendapatan kasar negara. Pada tahun 1946 pendapatan
negara Jepun ialah $1.3 billion, pada 1951 meningkat kepada 15.1 billion. Antara tahun 1951
55 kadar peningkatan itu ialah 8.6% dan antara 1955-60 ialah 9.1%.
Ekonomi Jepun menjadi semakin maju apabila pembayaran ganti rugi perang yang dikenakan
ke atas Jepun telah dihentikan. Peningkatan ini juga dikaitkan dengan meletusnya Perang
Korea 1950 53. Ketika meletusnya peperangan, Badan Dunia telah membuat pesanan
istimewa untuk mendapatkan barang-barang perlu dari Jepun. Pada tahun 1959 barang-barang
pesanan itu bernilai $149 juta, pada 1951 bernilai $592 juta, pada 1952 bernilai $824 juta dan
pada 1953 ia bernilai $809 juta. Dalam tahun-tahun tersebut Jepun berjaya menghasilkan alatalat ketenteraan berjumlah 4 billion.

Faktor lain yang turut membantu kejayaan Jepun ialah tindakan pentadbiran SCAP menarik
balik pengharaman dan sekatan yang dikenakan ke atas jepun yang bermula pada 1948.
Tujuannya ialah supaya Jepun dapat berdikari sama ada dari segi ekonomi mahu pun dari segi
ketenteraan untuk menghadapi ancaman komunis Rusia dan China.
3. Kesan Sosial
Dalam aspek pendidikan, kurikulum pendidikan telah disusun semula dan semua kandungan
yang berunsur ketenteraan dan ultra-nasionalis dihapuskan. Sebaliknya, digantikan dengan
perkara yang menyemai sifat demokrasi, bertanggungjawab, dan individualisme.
Antara kesan yang paling jelas ialah ajaran dan kepercayaan mengenai Shinto dihapuskan.
Begitu juga ajaran-ajaran yang berunsurkan nasionalisme yang fanatik. Tindakan ini adalah
berdasarkan sejarah sebelum perang menunjukkan orang-orang Jepun menjadi satu bangsa
yang tidak boleh bertolak ansur dan tidak menghormati kedaulatan negara dan bangsa lain.
Akibatnya Jepun sentiasa menceroboh negara jiran dan tidak mengindahkan pendapat dan
keputusan Badan Dunia.
Sebagai langkah mengelakkan unsur-unsur nasionalisme yang fanatik hidup kembali, bukubuku teks telah ditapis. Pelajaran lebih ditumpukan kepada pembentukan peribadi dan tidaklah
semata-mata untuk mencapai matlamat negara seperti yang dijalankan oleh pemimpinpemimpin Jepun sebelum Perang Dunia Kedua.
Selain itu sistem pelajaran Jepun juga mengalami perubahan dan sistem pelajaran yang baru
adalah mengikut sistem pelajaran Amerika. Untuk menjayakan rancangan tersebut ramai guruguru dari Amerika berkhidmat di Jepun.
Dari segi sosial, Amerika telah membawa banyak perubahan seperti dari segi pakaian,
pengalaman dan fikiran masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun disuburkan dengan sikap-sikap
positif seperti kesamaan kedudukan dan taraf, menghormati antara satu sama lain, hak-hak
kebebasan asasi manusia dan sebagainya.
Kesimpulan
Kekalahan negara Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah meninggalkan impak yang
besar terhadap negara tersebut. Kemusnahan paling hebat berlaku akibat pengeboman dua kota
iaitu Hiroshima dan Nagasaki bukan sahaja telah memusnahkan nyawa dan harta benda, malah
meninggalkan trauma kepada beberapa generasi di negara itu. Walau bagaimanapun, Jepun telah
dapat dibangunkan semula oleh Amerika Syarikat melalui SCAP atas kepentingan tertentu.
Jelasnya, sekarang negara Jepun dapat bangkit semula dan menjadi antara negara yang maju di
dunia.

G) KESAN-KESAN PERANG DUNIA KEDUA KE ATAS AMERIKA SYARIKAT


Amerika Syarikat telah menyertai peperangan selama empat tahun daripada enam tahun
berlakunya perang. Perang Dunia Kedua merupakan perang paling besar yang disertai rakyat
Amerika.
Perang ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh dunia termasuklah Amerika
walaupun umum mengetahui Pihak Berikat menang dalam perang ini.
1) Kesan Politik
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat muncul sebagai sebuah kuasa yang
hebat dan berpengaruh di peringkat dunia. Digelar sebagai polis dunia yang
bertanggungjawab menjaga keamanan dunia.
Menjadi kuasa besar yang memainkan peranan penting dan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Mempunyai kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB. Oleh itu, Amerika dapat
mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh badan antarabangsa itu.
Terlibat dengan kancah Perang Dingin. Selepas tamatnya perang Amerika Syarikat dan Soviet
Union bangkit sebagai kuasa yang besar sebab Britain dan Perancis pada masa itu agak lemah
kerana menumpukan kepada kestabilan semua ekonomi dan empayar mereka kesan daripada
peperangan tersebut. Walaupun, semasa perang meletus, mereka dapat bekerjasama
mengalahkan Pakatan Paksi yang diketuai oleh Jerman, tetapi selepas tamatnya perang wujud
perlumbaan kuasa antara Amerika Syarikat dan Soviet Union untuk menjadi kuasa yang
paling berpengaruh di peringkat dunia. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perbezaan
ideologi dan perlumbaan senjata antara kedua-dua blok iaitu blok demokrasi diketuai oleh
Amerika Syarikat dan blok komunis diketuai oleh Soviet Union. Dalam hal ini Amerika
dilihat seolah-olah bertanggungjawab melindungi dunia daripada ideologi komunis yang
dibawa oleh Soviet Union dan China.
Di peringkat Pasifik, Amerika Syarikat juga bertanggungjawab memastikan Jepun tidak
bangkit semula selepas perang terutama dalam aspek ketenteraan. Jepun telah diduduki dan
dipulihkan oleh Amerika Syarikat dalam tempoh September 1945 hingga April 1952 melalui
Majlis Tertinggi Kuasa Berikat (Supreme Commander of Allied Power - SCAP) yang diketuai
oleh Jeneral Douglas MacArthur dari Amerika Syarikat.
2) Kesan Ekonomi
Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat telah muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi
yang unggul menggantikan kuasa Barat yang lain iaitu Britain, Perancis, dan Jerman. Ini
kerana kuasa-kuasa Eropah selepas tamat perang terpaksa menumpukan kepada pembangunan
ekonomi negara mereka yang lemah akibat perang.
Amerika Syarikat memperuntukkan sebahagian besar sumber kewangan untuk memulihkan
semula negara-negara Eropah melalui Rancangan Marshall. Setiausaha Negara Amerika,
George Marshall mencadangkan supaya Amerika Syarikat memberi sumbangan besar dalam
memulihkan ekonomi Eropah, dengan syarat negara-negara itu sendiri akan bekerjasama
dalam mentaksir dan mentadbirkan rancangan bantuan itu. Bantahan dari Rusia telah
menyebabkan rancangan Marshall diuruskan oleh Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC) yang
dianggotai oleh enam belas negara Eropah termasuk Kanada dan Amerika Syarikat. Dalam hal
ini, Amerika telah mencurahkan jumlah wang yang besar kepada negara-negara Eropah.
3) Kesan Sosial
Amerika Syarikat yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua lebih kurang 15 juta orang. Jumlah
kematian dan yang hilang ialah 319 000 orang.

Kesimpulan
Perang Dunia Kedua telah menjadikan Amerika Syarikat sebuah kuasa yang hebat di
mata dunia. Amerika menjadi kuasa besar yang dapat mempengaruhi peristiwa-peristiwa penting
di dunia melalui pertubuhan antara bangsa PBB dan mengetuai blok demokrasi dalam memerangi
pengaruh komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Persaingan antara kedua-dua blok ini telah
menyebabkan berlakunya Perang Dingin yang menjadi konflik antara bangsa yang seolah-olah
tiada kesudahannya.

4.2.3 PERANG DINGIN 1945 1955 RUSIA & AMERIKA SYARIKAT

PERANG
DINGIN

Ketegangan politik dan persaingan kuasa serta


ketenteraan di antara Amerika Syarikat dan
Soviet Union (Rusia) selepas Perang Dunia
Kedua

A) LATAR BELAKANG
1. Perang Dingin wujud di antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia.
2. Ia merupakan perasaan curiga-mencurigai antara dua kuasa tersebut
3. Kedua-dua negara berkonflik untuk menaikkan kepentingan masing-masing dari segi politik
dan ekonomi.
4. Semasa Perang Dunia Kedua mereka bekerjasama menewaskan Kuasa Paksi. Apabila perang
tamat, kerjasama tidak diperlukan lagi dan Eropah berada di bawah dua pengaruh.
5. Kedua-dua blok mempunyai senjata nuklear.
6. Amerika Syarikat dan Rusia cuba mengelakkan peperangan secara langsung. Mereka
menggunakan pelbagai cara untuk memperjuangkan kepentingan masing-masing seperti
melalui pengintipan, kegiatan subversif dan berperang secara tidak langsung melalui sekutu
mereka.
7. Perjuangan pelbagai cara ini dikenal sebagai Perang Dingin dan perang ini berlanjutan
sehingga akhir tahun 1980-an.
8. Perang dingin terjadi secara rasmi pada tahun 1947 apabila Presiden Truman dari Amerika
Syarikat mengumumkan polisi anti komunis.
9. Perang Dingin turut membawa kepada krisis antara bangsa seperti:
a) Pengepungan Berlin (1948 1949)
b) Perang Korea (1950 -1953)
c) Perang Vietnam (1965 -1975)
d) Krisis Cuba 1962
10. Krisis-krisis yang tercetus ini menunjukkan bahawa Perang Dingin turut merebak ke negaranegara lain khasnya negara yang baru merdeka
11. Namun, terdapat juga negara-negara yang enggan melibatkan diri dalam kancah
permusuhan ini.
12. Negara-negara yang berkecuali ini dikenali sebagai negara-negara Dunia Ketiga.

Eropah selepas 1945

Negara-negara di Eropah Barat


yang dibebaskan oleh Amerika
Syarikat dan sekutunya
mengamalkan sistem demokrasi
dan sistem ekonomi bebas

Blok Demokrasi (Amerika)


Menganggap negaranya
sebagai jaguh demokrasi
Mengamalkan hak-hak
manusia
Sistem ekonomi berdasarkan
kegiatan individu dan
kapitalis (ekonomi bebas)

Negara-negara di Eropah Timur


yang dibebaskan oleh Rusia dan
sekutunya mengamalkan
sosialisme dan sistem ekonomi
yang memiliknegarakan semua
harta.

Blok Komunis (Rusia)


Menganggap negaranya sebagai
jaguh sosialisme
Mengamalkan sistem ekonomi
yang memiliknegarakan semua
harta dan kekayaan untuk
kepentingan umum.

B) SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PERANG DINGIN


1. Perbezaan Ideologi
Perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Rusia membawa Perang Dingin kerana:
a) Sistem demokrasi yang diamalkan di Amerika membenarkan kebebasan bersuara.
b) Sistem komunis di Rusia tidak memberi kebebasan tersebut kepada rakyat.
Perbezaan ini tidak mewujudkan persefahaman antara Amerika Syarikat dan Rusia.
2. Faktor Ekonomi
Amerika Syarikat mahu menjalankan perdagangan bebas di seluruh dunia.
Rusia enggan melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa khasnya dengan Barat kerana
bimbang pengaruh demokrasi boleh menghapuskan sistem komunis.
3. Konflik antara Amerika Syarikat dan Rusia
Dua kuasa ini sering berkonflik kerana masing-masing mahu menjadi kuasa utama di dunia
Rusia berpeluang meluaskan pengaruh di Eropah Timur kerana negara yang bebas daripada
pengaruh Nazi itu terletak di bawah tentera Rusia.
Amerika Syarikat menyekat pengaruh komunis menerusi bantuan kewangan kepada negara
timur Eropah.
Ini membawa kecurigaan Rusia dan konflik antara mereka semakin besar.
4. Perlumbaan Penciptaan Senjata Nuklear
Kedua-dua kuasa berlumba-lumba untuk memperhebatkan kekuatan tentera masing-masing
sebagai persediaan menghadapi pihak lawan
Persaingan ini membawa kepada penciptaan senjata atom yang paling berbahaya sehingga
ada menyebut Perang Dingin sebagai Perang Atom.
C) KESAN PERANG DINGIN
1. Wujud negara yang di gelar Tabir Besi iaitu Jerman Barat yang mengamalkan sistem
demokrasi dan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunisme.
2. Wujudnya pakatan tentera untuk menyekat pengaruh antara kedua-dua kuasa iaitu:
i) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) demokrasi
ii) Pakatan Warsaw komunis
iii) Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) demokrasi
3. Wujud Negara-negara Dunia Ketiga negara yang baru merdeka dan bersikap berkecuali
dengan
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dengan Perang Dingin tetapi mereka
menjadi rebutan antara dua kuasa yang terlibat.
4. Berlaku perlumbaan senjata antara kedua-dua kuasa
5. Memberi peluang kepada negara-negara baru membina identiti sendiri
6. Memberi peluang kepada negara-negara baru menangani cabaran melalui hubungan antara
bangsa dan serantau.
D) TABIR BESI
1. Selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1990, Jerman terbahagi kepada dua:
a) Jerman barat diduduki oleh tentera kuasa-kuasa Barat mengamalkan demokrasi.
b) Jerman Timur diduduki oleh tentera Rusia mengamalkan sistem komunisme.
2. Pihak Jerman Timur membina Tembok Berlin untuk memisahkan penduduk kawasan ini.

3. Pada tahun 1949, kemasukan China telah menguatkan lagi blok Komunis.
4. Blok barat pula diketuai oleh Amerika syarikat dan disertai oleh sekutunya iaitu Britain,
Perancis, Jerman Barat dan Itali.
5. Hubungan di antara kedua-dua blok ini sangat terhad. Winston Churchill menyifatkannya
sebagai Tabir Besi.
6. Keduadua blok membuat persiapan tentera untuk menghadapi kemungkinan serangan kilat.

Pakatan Tentera
Pertubuhan Perjanjian
Atlantik Utara (NATO)- 1949

Pakatan Warsaw- 1955

Pertubuhan Perjanjian Asia


Tenggara (SEATO)

Negara Anggota
Amerika Syarikat, Britain,
Jerman Barat, Kanada,
Perancis, Itali, Norway,
Denmark, Belanda, dan
Belgium.
Rusia, Bulgaria, Jerman
Timur, Hungary, Poland,
Czechoslovakia dan Romania
Amerika Syarikat, Australia,
Britain, Filipina, New Zealand,
Pakistan, Perancis dan
Thailand.

Tujuan
Menghadapi sebarang
serangan blok Komunis

Mengimbangi pengaruh dan


kekuatan NATO
Menghalang pengaruh Rusia
dan China komunis daripada
merebak ke Asia Selatan

E) NEGARA-NEGARA DUNIA KETIGA


1. Negara-negara dunia Ketiga ialah negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali.
2. Negara-negara ini tidak mahu terlibat dalam Blok Komunis atau Kapitalis.
3. Perkembangan politik Perang Dunia Kedua membahagikan dunia kepada 3 iaitu;
a) Negara Dunia Pertama mengamalkan sistem demokrasi dan ekonomi kapitalis
b) Negara Dunia Kedua negara Blok Komunis dengan sistem ekonomi perancangan pusat
c) Negara Dunia Ketiga negara yang mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua.
4. Negara Dunia Ketiga tidak mahu terlibat dalam pakatan tentera. Mereka mahu menyuarakan
pendirian mereka secara bebas.
5. Ini kerana sebagai pengeluar bahan mentah, ekonomi mereka bergantung pada pasaran
dunia yang dikuasai oleh negara maju.
6. Masalah dan kepentingan mereka dapat disuarakan buat pertama kali dalam Persidangan
Bandung, Indonesia pada April 1955.
7. Persidangan ini dianjurkan oleh pemimpin India, Pakistan, Sri Lanka dan Indonesia. Ia
dihadiri oleh 28 buah negara termasuklah Filipina, Sudan, Ghana dan lain-lain.
8. Persidangan ini bertujuan membentuk Blok Negara-negara Berkecuali.
9. Terdapat banyak lagi persidangan yang dianjurkan untuk membincangkan masalah politik
dan ekonomi.
10. Sehingga kini, kedudukan mereka dalam masyarakat dunia semakin penting.

CONTOH CONTOH SOALAN


1. Jelaskan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang Dunia Pertama 1914 1917.
2. Bagaimanakah Jerman dan Rusia terlibat dalam Perang Dunia Pertama 1914 1917 dan
apakah implikasi yang berlaku akibat daripada penglibatan tersebut?
3. Bincangkan faktor-faktor dan kesan-kesan Perang Dunia Kedua 1939 1945.
4. Bagaimanakah Jepun dan Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Dunia Kedua 1942 1945
dan apakah implikasi yang berlaku akibat daripada penglibatan tersebut?
5. Mengapakah Rusia dan Amerika Syarikat boleh terlibat dalam Perang Dingin dan apakah
kesan-kesan Perang Dingin ke atas negara-negara lain di dunia.

4.3 DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN


LATAR BELAKANG
Dekolonisasi mula berkembang secara perlahan sejak Perang Dunia Pertama, selepas
bekas tanah jajahan imperialis Barat mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun proses dekolonisasi
berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua. Proses ini melibatkan bekas tanah jajahan di
merata tempat termasuk di Asia dan Afrika.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, kedudukan ekonomi negara-negara Eropah
merosot sehingga mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah jajahan mereka.
Oleh kerana itu, mereka telah melakukan dekolonisasi, iaitu membebaskan tanah jajahan dengan
memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut. Desakan hebat daripada penduduk
tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.
Proses dekolonisasi di China dan India menunjukkan perbezaan yang ketara. Di China,
sebahagian besar rakyat menganggap kerajaan Ching (Manchu) adalah kerajaan asing kerana
pemerintah kerajaan ini merupakan orang Manchu yang berasal dari Manchuria. Oleh sebab itu,
rakyat China mahu menyingkirkan kerajaan Manchu. Selepas penyingkiran kerajaan Manchu
berlaku pula perang saudara di china antara parti Komunis China dengan Kuomintang yang
melibatkan perbezaan ideologi yang dianuti oleh kedua-dua pihak tersebut.
Sementara itu di India, proses pengembalian kedaulatan diminta daripada pihak penjajah
British. Proses ini berakhir dengan kemerdekaan yang akhirnya memisahkan kerajaan Hindu di
India dan kerajaan Islam di Pakistan.

KONSEP/ISTILAH:
i) Dekolonisasi - Langkah membebaskan tanah jajahan menjadi sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat
ii) Nasionalisme Ikatan perasaan dalam kalangan kelompok yang mewarisi sejarah, budaya
dan bahasa yang dikongsi bersama yang menjadi asas kepada gerakan
kebangsaan.

NEGARA CHINA
PENDAHULUAN
Nasionalisme di negara China ternyata jauh berbeza berbanding dengan negara-negara
lain. Pada peringkat awalnya, kebangkitan nasionalisme masyarakat China adalah bersifat anti
Manchu. Rata-rata rakyat negara itu berpendapat bahawa orang Manchu merupakan pemerintah
asing yang telah berjaya menegakkan kekuasaan mereka sejak tahun 1644. Justeru itu, wujud
sentimen untuk mengusir keluar orang-orang Manchu dari negara China.
Sentimen anti Manchu juga semakin meluas berikutan berlakunya ketidakstabilan politik
serta penyalahgunaan kuasa di bawah pentadbiran Dinasti Manchu. Keadaan ini diburukkan lagi
apabila kerajaan Manchu telah menyebabkan maruah masyarakat Cina tercalar kerana kalah
dalam beberapa peperangan menentang kuasa Barat dan mengakibatkan mereka terpaksa
menerima beberapa siri perjanjian yang amat merugi dan memalukan rakyat Cina.
Ketidakupayaan Kerajaan Manchu menangani imperialisme Barat ini telah membangkitkan
kesedaran bangsa Han yang merupakan bangsa Cina tulen untuk mengatur gerakan menentang
orang-orang Manchu. Walaupun kerajaan Manchu cuba membuat beberapa pembaharuan dan

pemodenan untuk mengukuhkan pentadbirannya tetapi kesemuanya menemui kegagalan.


Akhirnya, kebencian terhadap pemerintahan Manchu tidak dapat dibendung lagi apabila muncul
Dr. Sun Yat Sen memimpin rakyat Cina menentang kerajaan Manchu dalam Revolusi China.
Setelah kerajaan Manchu digulingkan, sejarah negara China menyaksikan bagaimana
pemerintahan seterusnya dikuasai oleh komunis apabila muncul Parti Koumintang dan Parti
Komunis China yang menjadikan negara China sebagai sebuah negara republik.

1) REVOLUSI CHINA 1911


A) LATAR BELAKANG
a) Tujuan untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
b) Dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen.
c) Dinasti Manchu merampas kuasa dari Dinasti Ming sejak tahun 1644 dianggap pemerintah
asing.
Berasal dari Manchuria.
d) Dinasti Manchu telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan tidak layak memerintah.
Selepas
termeterai Perjanjian Nanking 1842, maruah negara China tercemar.
e) Meskipun pelbagai usaha pemulihan dilakukan, namun kerajaan Manchu masih tidak mampu
untuk
mengukuhkan kerajaan, mengadakan pembaharuan dan kemajuan seperti yang dikehendaki
rakyat.
f) Rakyat Cina percaya Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dari syurga untuk memerintah.
Sehubungan dengan itu pemimpin revolusi berpendapat pemerintahan Manchu perlu
ditamatkan
dan diganti dengan pemerintahan baru bercorak republik.

B) FAKTOR-FAKTOR MELETUSNYA REVOLUSI CHINA 1911

1. Kelemahan Pemerintahan Manchu


Revolusi ini bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Manchu di China dan berakhir
dengan penubuhan Kerajaan Republik China di bawah pemerintahan Yuan Shih Kai pada
tahun 1921.
Pegawai Manchu dikatakan mengamalkan rasuah dan menyeleweng. Mereka gagal membaiki
taraf hidup rakyat.
Mereka melantik kerabatnya sahaja dalam pentadbiran dan pegawai salah guna wang yang
sepatutnya diberikan kepada mangsa bencana alam.
Perasaan tidak puas hati rakyat China terhadap pemerintahan Manchu dizahirkan dengan
beberapa penentangan secara terbuka antaranya ialah pada tahun 1850-1864 berlaku
Pemberontakan Taiping, tahun 1885 Pemberontakan Panthay, tahun 1853-1868

Pemberontakan Nien serta gerakan sulit seperti White Lotus Society dan Heaven and Earth
Society.
Maruah China jatuh kerana kalah dalam Perang Candu I & II dan dibebani dengan hutang.
Keadaan ini menyebabkan timbul masalah kewangan.
Bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian sehingga masyarakat
China beranggapan kerajaan Manchu tidak lagi mendapat mandat daripada syurga.
Selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1908 putera Chun yang dilantik
sebagai pemangku raja seorang yang tidak cekap dan tidak berwibawa. Maharaja Hsuan Tung
pula yang menggantikan beliau baru berumur 3 tahun.
Ditambah pula dengan sentimen anti-Manchu dalam kalangan rakyat China. Mereka anggap
Manchu berasal dari Manchuria dan bukannya China asli. Orang China enggan tunduk kepada
Manchu yang dianggap orang asing dan menggunakan slogan hapuskan Manchu,
kembalikan Dinasti Ming.
2. Kesengsaraan Rakyat.
Penduduk China telah bertambah menjelang awal abad ke-20 sekitar 400 juta dan
menimbulkan masalah kekurangan makanan dan berlaku pengangguran.
Mulai tahun 1900 cukai kepala dinaikkan 3 hingga 5 kali ganda lebih tinggi dan amat
membebankan petani. Rakyat menanggung beban cukai untuk membiayai pembinaan jalan
keretapi, membeli senjata dan membayar ganti rugi perang.
Kesengsaraan rakyat bertambah apabila berlaku bencana alam seperti kemarau dan banjir.
Penderitaan rakyat akibat kawasan pertanian musnah menyebabkan rakyat kebuluran antara
tahun 1910-1911 di wilayah Anhui, Kiangsu, Shangtung, Chekiang dan Hupei.
Keadaan ini menimbulkan kemarahan rakyat dan mereka mencari pemimpin untuk membela
mereka. Sebab itulah lokasi bencana alam menjadi lokasi pemberontakan.

3. Kemasukan Kuasa Barat.

Kemasukan orang Barat telah member kesan kepada aspek perdagangan dan aspek
keagamaan.

Ada dalam kalangan masyarakat China merasakan untuk menjadi maju mereka harus
menerima idea-idea daripada barat dan disesuaikan dengan Negara China.

Malangnya idea ini tidak disenangi oleh pemerintah Manchu lalu melaksanakan dasar tutup
pintu.

Pada waktu yang sama, jepun telah membenarkan Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan Tung
Meng Hui semasa di Jepun dan memberikan penerangan serta mendorong orang China di
seberang laut untuk menyokong pemberontakan ini.

4. Penguasaan Ekonomi Oleh Kuasa Asing

Orang Barat telah menguasai ekonomi China melalui beberapa siri perjanjian seperti
Perjanjian Nanking 1842 yang memberi peluang kepada Barat menguasai ekonomi China.

Kesannya kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai
pelabuhan utama sekitar Peking dan Bandar utama yang lain.

Perjanjian ini juga membebankan China kerana terpaksa membayar pampasan kepada
kuasa Barat. Contohnya pada tahun 1894-1895, Perjanjian Shimonoseki yang terhasil akibat
peperangan antara Jepun dan China yang menyebabkan China terpaksa membayar ganti
rugi sebanyak 200 juta tael.

Menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap kelemahan pemerintahan
Manchu.

5. Peranan Golongan Terpelajar

Golongan cendekiawan merupakan penggerak revolusi terdiri daripada Dr. Sun Yat Sen,
Kang Yu Wei, Liang Chi-Chao dan lain-lain. Ramai daripada mereka melanjutkan pelajaran
di Jepun.

Sementara pelajar yang menuntut di Eropah dan Amerika pula terpengaruh dengan idea
demokrasi, kerajaan berpelembagaan, hak asasi manusia, kebebasan, kemajuan teknologi dan
pemerintahan tentera.

Mereka turut terpengaruh dengan peristiwa Revolusi Perancis, pemodenan Rusia,


penyatuan Jerman dan Itali serta pemodenan Jepun di bawah Meiji.

Dr. Sun Yat Sen sebagai penggerak Revolusi China 1911 berpendapat pemerintahan beraja
mesti dihapuskan dan diganti dengan republic, kerana pemerintahan berajalah punca rakyat
menderita.

Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui 1908 bertujuan menggulingkan kerajaan
Manchu dan menubuhkan kerajaan republic.

Beliau menerbitkan akhbar iaitu Min Paodi Tokyo dan memperkenalkan ideologi
berasaskan Tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi, nasionalisme dan kebajikan social.

Beliau digelar Bapa Revolusi China.

6.

Kemajuan Sistem Perhubungan

Revolusi China 1911 ini juga dipercepatkan oleh proses kemudahan sistem perhubungan
yang terdapat di China seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf yang
mempercepatkan penyampaian idea revolusioner.

Ia juga memudahkan perhubungan dalam kalangan ahli dan pemimpin.

7. Keputusan Manchu Memiliknegarakan Jalan Kereta api

Pada Mei 1911, rakyat menentang kerajaan Manchu kerana memiliknegarakan pembinaan
jalan keretapi antara Hankow-Canton dan antara Hankow-Sczechuan.

Ini kerana pengusaha tempatan takut kepentingan terjejas apabila projek tersebut diberikan
oleh Manchu kepada pengusaha asing.

Pemimpin tempatan menentang kerajaan Manchu kerana meminjam wang 16 juta pound
dari Perancis, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat.

Pemberontakan di Sczechuan merebak apabila sebutir bom meletup di Hankow pada 10


Oktober 1911. Peristiwa ini menandakan bermulanya revolusi.

C) PROSES REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK


a) Pada 9 Oktober 1911 berlaku letupan bom di kediaman seorang anggota gerakan anti Manchu
di Hankow yang terletak di bawah pengaruh Rusia. Banyak nyawa terkorban. Siasatan mendapati
bandar itu dijadikan markas gerakan revolusioner dan tempat menghasilkan alat-alat letupan.
Kerajaan bertindak tegas dengan menangkap 32 orang revolusioner, rampas senjata dan alat-alat
letupan. Mereka yang terlibat dijatuhi hukuman bunuh.
b) Tindakan Manchu telah mencetuskan kemarahan rakyat China. Pada 10 Oktober 1911, tentera
Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung telah melancarkan pemberontakan bagi membalas
tindakan kerajaan Manchu. Peristiwa ini menandakan bermulanya Revolusi China 1911.
c) Kerajaan Manchu meminta perwakilan asing membantu tetapi mereka enggan kerana
mengamalkan sikap berkecuali.
d) Pada 11 Oktober 1911, bandar Hanyang dan Hankow di tawan. Menjelang awal Disember
1911 ramai pemerintah wilayah di bahagian selatan, tengah dan barat daya mengisytiharkan
kemerdekaan daripada kerajaan Manchu. Antaranya wilayah Changsa, Yunan, Chekiang, Fukien,
Kawangtung dan Szechwan.
e) Kerajaan Manchu terpaksa memanggil semula Jeneral Yuan Shih Kai yang telah diperintah
bersara untuk memerangi golongan revolusioner. Berjaya tawan semula Hankow dan Hanyang.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 8 November 1911 oleh Perhimpunan Nasional.
f) Dr. Sun Yat Sen yang berada di Amerika Syarikat dipanggil pulang. Pada 20 Disember 1911,
beliau tiba di Shanghai dan mengisytiharkan negara China sebagai republik. Dr. Sun Yat Sen
dilantik sebagai Presiden bagi Kerajaan Sementara Republik China di Shanghai dan Kolonel Li
Yuan Hung sebagai Naib Presiden sementara Huang Hsing sebagai Menteri Perang. Pusat
pemerintahan dipindahkan ke Nanking.
g) Walaupun tentera Yuan Shih Kai berjaya menewaskan beberapa pemberontakan, mereka tidak
dapat menyekat kemaraan golongan revolusioner kerana masalah kewangan. Sementara itu

golongan revolusioner pula menghadapi masalah dengan kekuatan tentera Yuan Shih Kai. Oleh
itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan genjatan senjata dan memulakan perundingan damai.
Majlis Revolusioner menuntut agar sistem beraja ditamatkan ganti dengan republik.
h) Yuan Shih Kai berjaya memujuk Maharaja China turun takhta. Akhirnya pada 12 Februari
1912, Maharaja Hsung Tung atau Maharaja Pu Yi yang berusia 6 tahun telah mengambil
keputusan turun dari takhta kerajaan. Peristiwa ini menandakan berakhirnya pemerintahan
Dinasti Manchu di negara China.
i) Rundingan diteruskan antara Dr. Sun Yat Sen dan Yuan Shih Kai. Dr. Sun Yat Sen bersetuju
meletak jawatan sebagai Presiden Sementara apabila menyedari kekuatan tentera berada di pihak
Yuan Shih Kai. Akhirnya 15 Februari 1912, Yuan Shih Kai dilantik sebagai Presiden Kerajaan
Sementara Republik China dan Li Yuan Hung sebagai Naib Presiden.

2) GERAKAN 4 MEI 1919


A) PENGENALAN
Gerakan 4 Mei ialah peristiwa demonstrasi, pemogokan dan rusuhan yang dijalankan pada
tahun 1919 oleh kira-kira 5000 pelajar di Peking dari 13 institusi pengajian tinggi dan diketuai
oleh pelajar-pelajar serta pensyarah-pensyarah Universiti Peking (Peita). Universiti Peking
merupakan pusat revolusi intelektual kerana canselornya Tsai Yuan Pei menggalakkan
perkembangan idea-idea baru di kalangan pelajar-pelajar. Gerakan ini merangkumi jangka masa
1917-1921 yang dikenali sebagai Zaman Revolusi Intelektual kerana ianya telah meninggalkan
kesan yang mendalam dari segi politik, sosial, intelektualisme dan kebudayaan. Di antara tokohtokoh penting dalam Gerakan 4 Mei ialah Tsai Yuan Pei, Chen Tu Hsiu, Hu Shih, Monlin, Kuo
Mojo dan Lu Shun.
B) SEBAB-SEBAB GERAKAN MEI 1919
1.

Keadaan politik yang tidak mantap


Setelah berjaya menggulingkan Dinasti Manchu melalui Revolusi 1911, pemimpinpemimpin China gagal membentuk sebuah kerajaan yang efektif. Perselisihan sering berlaku
di antara pemimpin-pemimpin menyebabkan rancangan-rancangan pembaharuan tidak dapat
dilaksanakan. Sebagai contoh, perselisihan di antara Yuan Shih Kai dan Dr. Sun Yat Sen
serta Kuomintang dan kemudiannya selepas kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916
berlaku pula perselisihan di antara Presiden Li Yuan Hung dan Perdana Menteri Tuan Chi
Jui. Selepas kematian Yuan Shih Kai juga berlaku zaman Hulubalang (Warlordism) yang
menyebabkan negeri China semakin menuju kepada kehancuran. Pergolakan politik yang
tidak berkesudahan ini menyebabkan golongan bangsawan, sarjana dan intelek hilang
kepercayaan terhadap kerajaan.

2.

Peranan saudagar dan pekerja


Semasa Perang Dunia Pertama 1914-1918, muncul perusahaan penting di negeri China
seperti perusahaan besi dan keluli yang sangat diperlukan oleh Pihak Berikat. Perkembangan
perusahaan ini menyebabkan munculnya saudagar-saudagar besar dan bertambahnya tenaga
buruh terutamanya di bandar-bandar perusahaan seperti Shanghai, Canton, Tientsin dan lainlain. Golongan saudagar dan pekerja merasa kurang senang terhadap politik dalam negeri
kerana ianya mengancam kepentingan ekonomi mereka. Golongan ini menentang perbuatan
rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerana ianya akan
menjejaskan faedah-faedah yang seharusnya diterima oleh mereka. Akibatnya, golongan
saudagar dan pekerja melibatkan diri dalam Gerakan 4 Mei dengan tujuan mewujudkan
kemantapan politik bagi menjaga kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka.

3.

Perkembangan intelektualisme
Antara tahun 1903-1919, semakin ramai pelajar China dari luar negeri pulang ke negeri
China. Antaranya ialah Chen Tu Hsiu dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mojo dan Lu
Shun dari Jepun dan Hu Shih serta Mon Lin dari Amerika. Dengan menggunakan Universiti
Kebangsaan Peking (Peita), Tsai Yuan Pei yang menjadi Canselor, Chen Tu Hsiu dan Hu
Shih yang menjadi pensyarah, telah menyebarkan idea-idea Barat kepada pelajar-pelajar.
Mereka menyebarkan pelajar-pelajar bahawa negeri China jauh ketinggalan jika
dibandingkan dengan kemajuan negara-negara Barat. Mereka menekankan kepada
penggunaan politik, ekonomi dan pendidikan moden secara Barat untuk membentuk sebuah
negara China yang moden dari segi politik, ekonomi dan sosial.

4.

Faktor luar negeri


Peristiwa yang berlaku di negeri-negeri lain turut memberi inspirasi kepada golongan
nasionalis terutamanya pelajar-pelajar China. Antaranya peristiwa penting yang memberi
kesan mendalam ialah Revolusi Bolshevik yang berlaku di Rusia pada tahun 1917. Revolusi
Bolshevik merupakan kejayaan perjuangan rakyat Rusia menggulingkan Kerajaan Czar yang
korup. Mereka telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang moden dan disegani. Selain
itu, revolusi sosial yang berlaku di beberapa buah negara Eropah seperti Finland, Jerman,
Austria dan Hungary serta rusuhan beras di Jepun pada tahun 1918 juga telah
membangkitkan kesedaran rakyat China untuk menentang kerajaan. Peristiwa-peristiwa
tersebut merupakan perjuangan rakyat menentang kerajaan hasil dari rasa tidak puas hati.

5.

Masalah Shantung
Semasa berlakunya Perang Dunia Pertama 1914-1918, Jepun telah mengalahkan Jerman di
Shantung dan merampas konsesi Jerman di Shantung. Pada 18 Januari 1915, Jepun telah
mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai 21 tuntutan untuk dilaksanakan oleh
China. Penerimaan tuntutan-tuntutan tersebut akan menjadikan negeri China sebagai
protektorat Jepun. Di antara tuntutan itu ialah:
a. Negeri China hendaklah berjanji tidak akan menyerahkan atau memajakkan kepada
kuasa-kuasa lain mana-mana bahagian, pelabuhan, teluk, pulau atau pantai di sepanjang
negerinya.
b. Negeri China mesti mengambil penasihat-penasihat Jepun dalam bidang kewangan,
ketenteraan dan pasukan polis.
c. China mesti bersetuju terhadap tuntutan yang dicapai di antara Jepun dan Jerman di
Shantung.
d. China hendaklah melanjutkan tempoh pajakan Port Arthur dan khidmat keretapi
Manchuria Selatan dari 25 tahun kepada 99 tahun.
e. China hendaklah mengakui pendudukan Jepun di Shantung.
f. China dan Jepun akan menjalankan usaha sama dalam perusahaan besi. China tidak
dibenarkan menjual besi tanpa izin Jepun atau mendirikan perusahaan besi yang lain
yang akan menjejaskan usaha sama itu.
g. China mesti membeli 50% senjata dari Jepun.
Golongan pelajar menganggap tuntutan tersebut sebagai satu penghinaan yang boleh
menjatuhkan maruah China. Mereka mendesak supaya Kerajaan China menolak sama sekali
21 tuntutan tersebut. Kemarahan golongan pelajar China bertambah kerana Persidangan
Damai Versailles Januari 1919 yang dihadiri oleh pihak berikat mengiktiraf 21 tuntutan
tersebut. Persidangan Versailles Januari 1919 telah memutuskan bahawa bekas hak-hak
Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun. Keputusan Persidangan Versailles telah
mengakibatkan satu demonstrasi pelajar-pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka
menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya

tidak menandatangani Perjanjian Versailles. Golongan pelajar juga mendesak Kerajaan


China menghukum tiga ahli politik pro Jepun iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan
Tsao Ju Lin yang dipercayai bertanggungjawab bagi penerimaan tuntutan berkenaan oleh
China.

C) PROSES KEBANGKITAN
Pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 pelajar di Peking telah mengadakan tunjuk perasaan
membantah keputusan Persidangan Damai Versailles mengenai Shantung. Mereka terdiri dari
pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Kebangsaan Peking. Mereka berkumpul di
bangunan kedutaan iaitu Tien an Men dan membawa sepanduk-sepanduk seperti Negeri China
kepunyaan orang China, Kembalikan Hak China di Shantung, Jangan Terima 21 Tuntutan,
Hukum Semua Pengkhianat dan sebagainya. Tunjuk perasaan menjadi ganas apabila mereka
membakar rumah pemimpin-pemimpin China yang pro Jepun seperti Chang Tsung Hsing, Lu
Tsung Yu dan Tsao Ju Lin dan mendesak mereka meletakkan jawatan. Golongan pelajar juga
telah mendesak wakil China dalam Persidangan Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo
supaya jangan menandatangani Perjanjian Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919.
Perjuangan golongan pelajar mendapat simpati dari beberapa golongan masyarakat China yang
lain. Akhirnya, pekedai-pekedai, pekerja-pekerja kilang dan saudagar-saudagar mengambil
bahagian. Golongan pekedai dan saudagar memulaukan barang-barang buatan Jepun sementara
pekerja-pekerja pelabuhan memulaukan kapal-kapal Jepun. Sokongan juga datangnya dari tokohtokoh politik seperti Sun Yat Sen pemimpin Kuomintang yang berkuasa di Canton dan Warlord.
Kerajaan mengambil tindakan menangkap 10 pemimpin pelajar dan 1150 orang pelajar dan
dipenjarakan di Penjara Peking serta di Universiti Peking. Di antara pemimpin pelajar yang
ditangkap ialah Hsu Te Heng, Chang Kuo Tao dan Yi Ken Ni. Kerajaan juga menutup maktabmaktab dan universiti-universiti di 200 bandar di negeri China.
Tindakan pelajar, pekedai, saudagar, pekerja kilang dan pekerja pelabuhan menyebabkan
ekonomi China merosot dan ini menjejaskan Kerajaan Peking. Untuk meredakan ketegangan
politik, kerajaan membebaskan pelajar-pelajar yang ditangkap pada 7 Mei 1919. Kawat juga telah
dihantar kepada perwakilan China yang menghadiri Persidangan Versailles untuk menyampaikan
arahan Presiden Hau Shih Chang supaya menolak syarat-syarat Perjanjian Versailles. Perwakilan
China telah diugut akan menerima hukuman jika menandatangani perjanjian itu. Pelajar-pelajar
China di Perancis turut mengambil bahagian dengan mengawasi gerak-geri perwakilan China.

D) KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI 1919


1.
Pencapaian matlamat
Gerakan 4 Mei telah mencapai matlamat perjuangannya. Wakil China dalam Persidangan
Damai Versailles iaitu C.T. Wong dan Wellington Khoo tidak menandatangani Perjanjian
Versailles yang dijadualkan pada 28 Jun 1919 akibat dari desakan pelajar. Tiga orang ahli
politik China yang dianggap pro Jepun dan bertanggungjawab bagi penerimaan 21
Tuntutan Jepun oleh China iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Tsung Yu dan Tsao Ju Lin telah
meletakkan jawatan. Dalam Persidangan Washington pada 21 November 1921, negeri Jepun
telah bersetuju untuk menarik diri dari Shantung.

2.

Membangkitkan semangat kebangsaan


Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang China. Ianya
merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang digerakkan oleh
golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela kepentingan nasional

China. Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan


intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Demonstrasi oleh
pelajar-pelajar mengakibatkan demonstrasi dan pemogokan di seluruh China. Golongan
pelajar juga telah menganjurkan pemulauan barang-barang buatan Jepun. Pemulauan ini
mendapat sokongan ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti
Jepun juga bertambah di kalangan orang-orang China akibat dari Gerakan 4 Mei. Buat
pertama kalinya pekerja-pekerja China mengadakan demonstrasi-demonstrasi secara besarbesaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain.
3.

Perkembangan fahaman Komunis


Gerakan 4 Mei telah membuka jalan kepada perkembangan fahaman Komunis di negeri
China. Ideologi-ideologi Barat telah menarik minat intelek-intelek China yang merupakan
pengasas Gerakan 4 Mei. Dalam tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan Society for the
Study of Marxism di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakan
ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse
Tung yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di negeri
China. Chen Tu Hsiu seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei telah menganut fahaman
Marx-Lenin dalam tahun 1920. Beliau telah menubuhkan Socialist Youth Corps di
Shanghai pada tahun 1920. Pada tahun tersebut juga, Li Ta Chao telah menubuhkan
Socialist Youth Corps di Peking. Pada tahun 1920 juga, pertubuhan-pertubuhan Marxism
telah disatukan dan pada tahun 1921, Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti
Komunis China dengan bantuan Comintern.

4.

Memperbaiki kedudukan Kuomintang


Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai
Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan orang ramai telah
menyalahkan mereka di atas kegagalan negeri China menjaga kepentingannya dalam
Perjanjian Versailles 1919. Akibat desakan orang ramai, Kabinet China yang dipimpin oleh
Tuan Chi Jui terpaksa dibubarkan. Gerakan 4 Mei telah memperbaiki kedudukan
Kuomintang yang bertujuan untuk menyatukan negeri China. Akibat dari tindakan Sun Yat
Sen menyokong Gerakan 4 Mei menyebabkan Kuomintang mendapat sokongan ramai
terutamanya di kalangan pelajar. Sokongan ini memberi inspirasi kepada Sun Yat Sen untuk
menegakkan kuasa Kuomintang di negeri China. Sokongan ini juga membolehkan Sun Yat
Sen menyusun semula dan memperkuatkan Kuomintang sehingga Kuomintang di bawah
Chiang Kai Shek berjaya menubuhkan kerajaan baru di Nanking pada tahun 1928.

5.

Kemunculan gerakan kebudayaan baru


Gerakan 4 Mei telah mengakibatkan kemunculan Gerakan Kebudayaan Baru. Golongan
intelek sama ada dari professor, guru, pelajar atau penulis berpendapat bahawa perjuangan
mereka adalah untuk membentuk satu masyarakat baru, menilai kembali tradisi China dan
memperkenalkan idea-idea Barat. Universiti Peking memainkan peranan penting
menerbitkan majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang bertujuan menyumbangkan usahausaha membina sebuah masyarakat China yang baru. Di antara majalah dan akhbar tersebut
ialah New Youth (Pemuda Baru), New Tide (Aliran Baru) dan Weekly Critic (Pembidas
Mingguan). Para intelek seperti Chen Tu Hsiu, Lu Shun, Hu Shih dan Lin Pan Nung telah
mengkritik masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius. Mereka telah
menyokong pembentukan negeri China yang moden yang berasaskan sains dan idea-idea
Barat. Satu lagi perubahan ialah mengkaji semula ajaran Confucius yang menjadi pegangan
hidup orang-orang China. Intelek-intelek China telah terpengaruh dengan pemikiran saintifik
Bertrand Russel, John Dewey dan Thomas Huxley yang menganggap fahaman Confucius
sudah tidak sesuai lagi dan perlu dihapuskan.

Gerakan 4 Mei telah mendapat perhatian dari negara-negara asing terutama di


kalangan penulis. Untuk meninjau lebih lanjut mengenainya ramai penulis Barat dan Asia
telah melakukan lawatan ke negeri China. Di antara mereka ialah Bertrand Russel antara
Oktober 1920 hingga Julai 1921, Paul Monroe seorang penulis dari Amerika pada tahun
1921, Hans Driesh seorang ahli falsafah Jerman pada tahun 1922 dan pujangga terkenal
Rabindranath Tagore pada tahun 1923.

E) KESIMPULAN
Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi
perkembangan politik dan sosial negeri China. Negeri China telah mengalami perubahan politik
dan sosial yang mendadak selepas gerakan ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada
kemunculan Parti Komunis China sebagai sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga
akhirnya PKC berjaya menubuhkan sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

3) PARTI KUOMINTANG (KMT)


A) LATAR BELAKANG
Kuomintang diasaskan oleh Dr. Sun Yat-sen pada tahun 1912 bagi melaksanakan
demokrasi berparlimen di negara China. Gerakan Kuomintang berpusat di China Selatan. Dr. Sun
Yat-sen mengemukakan tiga prinsip rakyat sebagai landasan kepada gerakan revolusionernya,
iaitu:
Nasionalisme menekankan sentimen kebangsaan yang berlandaskan kesetiaan yang tidak
berbelah bagi kepada Negara China serta menyarankan penyatuan orang China untuk menentang
pemerintahan Manchu.
Demokrasi Kebebasan bersuara dan mewujudkan kerajaan berperwakilan dan melindungi hak
rakyat.
Sosialisme Mewujudkan persamaan dalam bidang ekonomi khususnya dalam pembahagian
tanah kepada penduduk tempatan.
Dr. Sun Yat-sen telah melakukan beberapa siri revolusi untuk menggulingkan kerajaan
Manchu dari tahun 1906 hingga tahun 1911. Akhirnya, pada 10 November 1911, Kuomintang
berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu dan pada 1 Januari 1912, sebuah kerajaan republik telah
ditubuhkan dengan Dr. Sun Yat-sen dilantik sebagai presiden sementara. Walau bagaimanapun ia
kurang mendapat sambutan daripada rakyat di bahagian China Utara yang bersifat konservatif
dan tidak terlibat secara aktif dalam Revolusi China 1911. Keadaan berubah apabila Dr. Sun Yatsen menyerahkan kuasa kepada Yuan Shih-kai dan melantiknya sebagai presiden Republik China
yang baru pada tahun 1912. Beliau merupakan seorang panglima tentera (warlord) yang
berpengaruh di China Utara.
Namun begitu, Yuan Shih-kai telah memerintah secara diktator. Keadaan ini memaksa
Dr. Sun Yat-sen sekali lagi berjuang untuk menggulingkan kerajaan Yuan Shih-kai. Pada kali ini
beliau meminta bantuan daripada Soviet Union, dan bekerjasama dengan Parti Komunis China.
Mereka bersetuju untuk menubuhkan Barisan Bersatu di China.
Pada tahun 1917, Dr. Sun Yat-sen telah menubuhkan sebuah kerajaan tentera di Canton
(China Selatan). Beliau bercita-cita untuk menyatukan negara China dan menghapuskan
keistimewaan-keistimewaan kuasa asing.
Dr. Sun Yat-sen tidak sempat menyaksikan terlaksananya penyatuan negara China.
Beliau meninggal dunia pada 12 Mac 1925. Selepas kematiannya, Chiang Kai-shek seorang
pemerintah tentera di dalam Kuomintang telah mengambil alih kuasa dalam gerakan tersebut.
Pada masa itu, Kuomintang dalam keadaan berpecah belah. Pihak yang berfahaman komunis
mahukan revolusi sosialis yang segera tetapi Chiang dan golongan nasionalis yang konservatif,
tidak bersedia.
Pada bulan April 1927, Chiang Kai-shek dan penyokong-penyokongnya telah
membentuk kerajaan di Nanking. Beliau telah menyingkirkan puak komunis di dalam
kerajaannya. Seterusnya, beliau telah mara ke Peking dan mengambil alih kuasa pada bulan
Disember 1928. Kerajaan barunya telah diiktiraf oleh kuasa-kuasa Barat dan Jepun. Setelah
berjaya menubuhkan kerajaan, Chiang telah memecat penasihat-penasihat Rusia sebagai tanda
memutuskan hubungan diplomatik dan memutuskan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin
komunis di negaranya.
Beliau terus berusaha untuk menghapuskan pengaruh komunis di seluruh China.
Menjelang tahun 1934, beliau telah menghapuskan kebanyakan daripada kegiatan-kegiatan
komunis hinggakan Tentera Merah terpaksa berundur ke Shensi dan menubuhkan sebuat
Republik Soviet di situ.
Pada Perang Dunia Kedua, kedua-dua puak terpaksa bekerjasama membentuk barisan
pertahanan China tetapi apabila perang tamat pertelingkahan antara mereka disambung semula.

Dengan bantuan daripada Rusia, Mao Tse-tung telah berjaya mengalahkan tentera Chiang yang
terpaksa berundur ke pulau Formosa (Taiwan).

B) SEBAB-SEBAB KEGAGALAN KUOMINTANG MEMPEROLEH KUASA POLITIK


SECARA MELUAS SEBELUM TAHUN 1927

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN KUOMINTANG

1) PEMIMPIN KURANG BERKALIBER


Pemimpin Revolusi seperti Dr. Sun Yat Sen dan Sung Chiao Jen kurang
berkaliber untuk mentadbir dan membangunkan negara China.
Mereka menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan, sokongan
masyarakat tempatan dan tentera.
Akibatnya organisasi Kuomintang menjadi lemah dan ini mewujudkan salah
faham di kalangan anggotanya.
Para pemimpin juga tidak berusaha menyusun satu pasukan tentera yang
berkebolehan dan berdisiplin.
2) SIKAP YUAN SHIH KAI
Jeneral tentera yang berkuasa dan berpengaruh di China Utara.
Apabila dilantik sebagai Presiden Kerajaan republik China pada tahun 1912,
beliau telah berusaha ke arah penguasaan mutlak di China.
Beliau juga menghapuskan pengaruh para pemimpin revolusi. Contohnya pada
20 Mac 1913 seorang pembunuh diupah untuk membunuh Sung Chiao Jen.
Sikap yang bercorak diktator menimbulkan banyak masalah. Tindakannya
menyebabkan pemimpin revolusi melancarkan satu pemberontakan terhadapnya
pada tahun 1913.
Walau bagaimanapun pemberontakan ini gagal dan Dr. Sun Yat Sen berundur
ke Jepun. Kuomintang diharamkan dan ahlinya disingkirkan dari parlimen.
3) PENGARUH KUOMINTANG YANG TERHAD
Aktif di China Selatan sahaja maka ia tidak memperoleh sokongan daripada
China Utara.
China Utara mengamalkan dasar konservatif dan tidak melibatkan diri dalam
usaha Kuomintang menubuhkan sebuah kerajaan republik.
Usaha Dr. Sun untuk menyatukan China gagal apabila pemerintah wilayah
Kwangtung, Chen Chiungming menamatkan hubungan dengan Kuomintang.
4) KEBANGKITAN HULUBALANG (WARLORD)
Selepas kematian Yuan Shih Kai pada tahun 1916, muncul pula hulubalang
yang bersaing di antara satu sama lain untuk menguasai kerajaan di Peking.
Persaingan antara hulubalang yang berlaku antara tahun1916 1927
menghalang usaha Kuomintang untuk memperoleh kuasa politik negara China.

KESIMPULAN:
Pemimpin Revolusi China 1911 berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu yang lemah dan tidak
cekap
Walau bagaimanapun Kuomintang gagal memperoleh kuasa politik secara meluas di negara China
sebelum tahun 1927.
Hanya pada tahun 1928, Kuomintang di bawah pimpinan Chiang Kai Shek berjaya membentuk
sebuah kerajaan nasionalis di Nanking.

4) PARTI KOMUNIS CHINA (PKC)


a) Selepas tercetusnya Revolusi China 1911, keadaan politik negara China berada dalam keadaan
kucar-kacir disebabkan oleh persaingan antara hulubalang (warlord), pencerobohan kuasa
asing, peluasan pengaruh barat dan imperialisme Jepun. Masalah anarki yang wujud memberi
kesempatan kepada perluasan pengaruh komunis di negara China.
b) Keadaan rakyat yang menderita serta kepincangan sosioekonomi yang berlaku menyebabkan
rakyat lebih mudah dipengaruhi untuk menerima pengaruh komunis. Rata-rata rakyat Cina
menaruh perasaan benci terhadap orang asing dan corak pemerintahan yang sedia ada kerana
membiarkan mereka menderita tanpa sebarang perubahan.
c) Golongan intelektual dan cerdik pandai Cina yang menuntut di luar negara mulai terpengaruh
dengan idea-idea politik barat terutamanya fahaman Marxisme yang disebarkan oleh Lenin di
Rusia. Pemimpin pelajar yang berpengaruh seperti Lee Ta Chao dan Chen Tu Hsiu menaruh
kepercayaan terhadap idea-idea komunis setelah menyaksikan kejayaan Revolusi Rusia 1917
membentuk sebuah kerajaan yang moden dan disegani. Justeru, mereka meletakkan harapan
untuk menerapkan fahaman komunis dalam negara sebagai langkah penyelesaian kepada
masalah yang berlaku di negara China.
d) Sebagai langkah permulaan, golongan pelajar ini telah mula menyebarkan idea komunis
melalui majalah-majalah seperti New Tide dan New Youth yang cuba mendedahkan kejayaan
dan kepentingan Revolusi Rusia.
e) Selepas Gerakan 4 Mei 1919, pengaruh komunis semakin berkembang pesat di negara kerana
pusat gerakannya terletak di bandar-bandar utama yang menjadi tumpuan ramai seperti Peking
dan Shanghai.
f) Dalam usaha memperluaskan lagi fahaman Marxisme, golongan cerdik pandai telah
menambahkan beberapa cawangan gerakan komunis di China. Beberapa pertubuhan
diwujudkan sebagai gerakan propaganda untuk menambahkan anggota komunis di seluruh
negara. Antaranya Li Ta Chao menubuhkan New Tide Society dan Marxist Research Society,
sementara Chen Tu Hsiu menubuhkan Marxist Study Society dan Sosialist Youth Corps pada
tahun 1920.
g) Kejayaan beberapa gerakan komunis memberi inspirasi kepada pemimpinnya untuk
menubuhkan Parti Komunis China (PKC). Atas daya usaha Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao,
akhirnya PKC ditubuhkan di Shanghai pada 12 Julai 1921. Chen Tu Hsiu telah dilantik
sebagai pengerusi PKC yang pertama.
h) Matlamat utama PKC ialah ke arah mewujudkan masyarakat tanpa kelas menerusi revolusi
golongan proletariat (pekerja) dan petani yang menentang imperialisme dan kapitalisme asing.
i) PKC cuba mengembangkan pengaruhnya dengan melakukan pakatan bersama dengan Parti
Kuomintang (KMT) yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dalam Barisan Bersatu PKCKMT pada tahun 1923. Gabungan ini sebenarnya memberi peluang kepada PKC untuk
mengawal bahagian politik di Akademi tentera Whampoa diikuti dengan mengkomuniskan
tentera KMT dan ahli-ahlinya. Gabungan PKC-KMT juga membolehkan penyusunan semula
organisasi KMT berdasarkan model Parti Komunis Rusia.
j) Kesempatan ini digunakan oleh PKC untuk mengembangkan pengaruhnya di kalangan ahli
KMT, pekerja, petani, kesatuan sekerja, buruh dan tentera di Pusat latihan Tentera Whampoa.
k) Kerjasama PKC-KMT terjejas selepas kematian Dr. Sun Yat Sen pada tahun 1925. Pada
tahun1926, kepimpinan KMT diambil alih oleh Jeneral Muda Chiang Kai Shek yang anti
komunis. Sebaik sahaja menerajui KMT, beliau telah meluluskan usul agar ahli komunis tidak
dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam KMT. Tindakan ini sekali gus telah
menamatkan kerjasama PKC-KMT pada tahun 1927 dan menandakan bermulanya perebutan
kuasa di antara PKC dan KMT.
l) Jeneral Chiang Kai Shek telah melancarkan satu kempen anti komunis untuk menghalang
PKC daripada menawan Shanghai, Hangchow, Nanking dan Canton. Dengan bantuan

golongan sederhana dan kongsi gelap, Chiang membubarkan kesatuan sekerja dan kegiatan
komunis di bandar-bandar tersebut berikutan percubaan PKC merampas kuasa dan
mengadakan pakatan menculiknya. Peristiwa ini telah membawa kepada penyingkiran PKC
daripada Barisan Bersatu pada bulan Julai 1927. Seterusnya, Jeneral Chiang telah menubuhkan
kerajaan KMT di Nanking yang dikenali sebagai Kerajaan Kebangsaan China pada tahun
1928.
m) Tekanan KMT memaksa PKC bergerak di bawah tanah dan berundur ke kawasan terpencil
terutama di wilayah Kiangsi. Di wilayah ini, PKC telah membina kembali kekuatannya di
bawah pimpinan Mao Tze Tung. Beliau menyusun strategi yang berkesan dengan memberi
tumpuan utama di kawasan luar bandar. Beliau cuba mengembangkan fahaman komunis di
kalangan petani kerana mereka lebih mudah dipengaruhi untuk melancarkan revolusi. Sebagai
langkah permulaan, sekumpulan kecil tentera Mao Tze Tung memulakan perjalanan di
kawasan terpencil di pergunungan Chiang Kang Shan yang terletak di sempadan Yunan dan
Kiangsi.
n) Usaha Mao Tze Tung membuahkan kejayaan apabila beliau berjaya menubuhkan kerajaan
kecil komunis yang dikenali sebagai Republik Soviet China pada tahun 1931 dan beliau
dilantik sebagai presidennya.
o) Kejayaan PKC merupakan satu ancaman besar kepada KMT. Chiang Kai Shek mengatur
langkah berjaga-jaga dengan membangunkan kawasan luar bandar khususnya sektor pertanian
dan mengambil tindakan tentera ke atas Mao Tze Tung dan PKC.
p) Pada tahun 1934, KMT melancarkan serangan mengejut secara besar-besaran ke atas
pangkalan tentera PKC di Kiangsi memaksa Mao Tze Tung dan tenteranya berundur ke
wilayah utara iaitu Shensi yang melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 12 800 km dan
mengambil masa selama setahun. Peristiwa ini dikenali sebagai Perjalanan Jauh (Long
March)
q) Di Shensi, Mao Tze Tung menyusun kembali organisasi PKC dan menguatkan disiplin
ketenteraan partinya. Pada tahun 1937, Jepun telah melancarkan serangan kedua ke atas negara
China. Oleh itu PKC mengambil kesempatan ini menawarkan kerjasama dengan KMT untuk
mengumpulkan kekuatan menentang Jepun. KMT bersetuju akhirnya wujudlah pakatan kali
kedua antara PKC-KMT.
r) Kerjasama ini memberi peluang kepada PKC membina semula kekuatannya. Bilangan anggota
PKC bertambah dari 80 000 orang pada tahun1937 kepada 910 000 pada tahun 1945.
s) Malangnya semasa berlaku serangan Jepun KMT hanya bersendirian menentang Jepun
sebaliknya PKC tidak menentang Jepun secara terbuka. Oleh itu pakatan PKC-KMT
dimansuhkan.
t) Selepas perang Dunia tamat dan penyerahan kuasa Jepun, telah meletus Perang saudara antara
PKC dan KMT antara tahun 1946 hingga 1949. Dalam perang tersebut, PKC telah berjaya
menggalahkan KMT. Akibatnya Jeneral Chiang Kai Shek dan tenteranya terpaksa berundur ke
Taiwan dan menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Republik Nasionalis China.
u) PKC yang telah memperoleh kemenangan telah mengisytiharkan penubuhan Kerajaan
Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 dan Mao Tze Tung telah dilantik sebagai
Presiden pertamanya.

NEGARA INDIA
PENDAHULUAN
Menjelang tahun1880an muncul golongan nasionalis baru yang mahu memulihkan
kegemilangan masa silam India, dan menentang pengaruh kebudayaan Barat. Mereka percaya
bahawa kebebasan politik mestilah didahulukan daripada pemulihan sosial, mereka lebih
nasionalistik dan tidak sabar melihat perkembangan yang lambat yang dicapai oleh pemimpinpemimpin yang bekerjasama dengan British. Kongres Kebangsaan India ditubuhkan pada tahun
1885. Pada peringkal awal, ahli-ahlinya terdiri daripada golongan liberal yang patuh kepada
Mahkota British. Pada umumnya, mereka hanya berjuang untuk mendapatkan hak-hak dalam
sistem yang sedia ada seperti mendapat peluang menyertai dalam perkhidmatan awam, tanpa
memikirkan untuk pemerintahan sendiri.
Walau bagaimanapun apabila mereka menyedari tuntutan-tuntutan mereka tidak dilayan,
mereka bersependapat untuk menukar sistem tersebut. Mereka mula menentang dasar-dasar
British yang menghalang orang-orang India dari diterima masuk ke dalam perkhidmatan awam
dan menuntut kebebasan akhbar. Persatuan-persatuan politik tempatan dari seluruh India telah
mengadakan perjumpaan yang pertama pada tahun 1883 di Calcutta. Orang-orang India sanggup
mengenepikan sempadan ras mereka dan bersatu menubuhkan Kongres Kebangsaan Seluruh
India. Mereka mula menganggap diri mereka sebagai orang India dan bukannya orang Punjab
atau Benggali. Kongres itu telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama di Bombay pada tahun
1885 dengan keizinan rasmi daripada wizurai British. Walaupun ia mendapat keizinan dan
sokongan daripada pihak pemerintah British, tetapi sebarang percubaan untuk menyelaras reaksi
orang-orang India terhadap pemerintahan British tidak dibenarkan.
Keadaan ini dirumitkan lagi dengan perbezaan ras dan agama penduduk India yang
terdapat tidak kurang dari tujuh ras berbeza yang bertutur dalam berpuluh-puluh bahasa yang
berlainan. Selain itu, agama Hindu dan agama Islam yang menjadi agama utama di India
menghalang penyatuan penduduk India dalam menghadapi pemerintah British. Walaupun
golongan berpendidikan Barat terpengaruh dengan kejayaan penyatuan Itali dan Jerman, tetapi
mereka dapati kedua-dua negara tersebut tidak serumit keadaan di India. Keadaan-keadaan yang
homogen (ras, agama dan budaya yang sama) di negara-negara itu, memudahkan proses
penyatuan. Sebaliknya di India, keadaan-keadaan yang berbeza dalam masyarakatnya membawa
kepada pelbagai masalah yang sukar diatasi.
Menjelang abad ke-20, golongan nasionalis India telah mula menuntut hak berkerajaan
sendiri. Golongan nasionalis baru, tidak puas hati dengan perkembangan yang lambat dan mereka
menuntut supaya lebih banyak pembaharuan dilakukan oleh British. Golongan nasionalis baru
yang dipimpin oleh Bal Gangadhar Tilak, mahu memutuskan perhubungan dengan British dan
mahukan kemerdekaan dan bukan hanya menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan. Para
nasionalis baru mendapat ilham dari kemenangan Jepun terhadap Rusia dalam Perang RusiaJepun 1905. Mereka bangkit menlancarkan rusuhan dan keganasan anti-kerajaan di Benggala
pada tahun-tahun 1905 hingga 1907.
Bagi mengurangkan rasa tidak puas hati rakyat India, Reformasi Morley-Minto telah
diperkenalkan dalam pentadbiran India pada tahun 1909. Reformasi ini memberi peluang kepada
orang India dalam pentadbiran kerajaan di peringkat pusat dan wilayah. British juga telah
menubuhkan dua buah dewan di peringkat pusat yang mengandungi Majlis Negara dan Dewan
Perhimpunan. Kebanyakan ahli Dewan Perhimpunan terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dan
selebihnya dilantik. Manakala pada tahun 1935, pentadbiran British di India telah memisahkan
pentadbiran India dengan Burma (Myanmar). Pentadbiran baru telah diperkenalkan dengan
memberi kuasa yang lebih banyak kepada kerajaan wilayah.

1) KONGRES KEBANGSAAN INDIA 1885


1. Ditubuhkan pada tahun 1885 di bawah pimpinan W.C. Banerjee. Perjuangannya bersifat
sederhana dan memberi tumpuan kepada:
a) penyebaran pendidikan
b) pembentukan kerajaan sendiri
c) meminta peperiksaan untuk Perkhidmatan Awam India dijalankan di India dan England
d) meminta ahli majlis perundangan harus dipilih dan mempunyai hak untuk
membincangkan belanjawan.
2. Pada tahun 1892, kerajaan British telah meluluskan Akta Majlis India untuk meningkatkan
perwakilan orang India dalam Majlis Perundangan pusat dan wilayah, namun usaha ini tidak
memuaskan hati rakyat India. Ini menyebabkan ahli kongres mula mengambil tindakan
radikal.
3. Pemimpin golongan radikal Bal Gangadhar Tilak mengecam British kerana membiarkan
rakyat India kebuluran dan diserang wabak penyakit. Beliau menyeru masyarakat India supaya
tidak menjual harta benda dan menuntut kerajaan menguatkuasakan Kanun Bantuan
Kebuluran. Manakala Gopal Krishna Gokhale telah menuntut kerajaan sendiri.
4. Sementara itu, masyarakat India semakin tertekan dengan dasar Lord Curzon yang anti India.
Lord Curzon telah memperkenalkan Akta Universiti yang mengawasi perkembangan maktabmaktab persendirian. Tindakan ini dianggap telah menghalang pergerakan nasionalisme dan
menyekat peluang orang India menjawat jawatan tinggi.
5. Pelaksanaan Akta Pembahagian Benggala pada tahun 1905 yang bertujuan untuk
mengemaskinikan pentadbiran wilayah India pula dianggap sebagai percubaan memecahbelahkan masyarakat India. Tindakan ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat India.
Kumpulan radikal dalam kongres telah memulaukan barangan buatan Inggeris dan
melancarkan Pergerakan Swabeshi dengan menggesa orang India menggunakan barangan
buatan tempatan.
6. Untuk membendung kemarahan masyarakat India, pada tahun 1909, Lord Minto dan Lord
Morley telah mewujudkan Akta Majlis India. Akta ini memberi hak kepada orang India
memilih ahli bagi Majlis perundangan Pusat dan Wilayah melalui pilihan raya. Malangnya ia
gagal memuaskan hati rakyat India.
7. Apabila kerajaan British terlibat dalam Perang dunia Pertama, kerajaan British telah mendapat
kerjasama daripada pejuang nasionalisme India dari segi tenaga manusia, wang dan senjata.
Semua ini adalah kerana mereka mempercayai bahawa India akan berkerajaan sendiri oleh
British selepas perang dan harapan ini telah dinyatakan oleh British dalam deklarasi pada
tahun 1917 yang memberi India taraf berkerajaan sendiri.
8. Kesungguhan British ini dapat dilihat apabila Montagu melawat India dan memberi laporan.
Dalam laporan itu, Perundangan pusat akan dibahagi dua dewan dan boleh mempengaruhi
badan eksekutif, namun ia tiada kawalan terhadap badan perundangan. Laporan ini juga
bersifat perkauman yang memecahkan perpaduan antara masyarakat Hindu, Islam, Sikh dan
lain-lain.
9. Seterusnya kerajaan British telah memperkenalkan Akta Rowlatt dan Akta MontagueChelmsford pada tahun 1919. Akta Rowlatt memberi kuasa kepada kerajaan British untuk
menubuhkan mahkamah khas, mengawal persuratkhabaran dan menahan serta memenjara
individu yang disyaki menderhaka kepada kerajaan British. Akta ini telah menyebabkan
pemberontakan di Punjab. Akta Montague-Chelmsford pula telah menyebabkan Tilak dan Laj
Pat Pai dijatuhkan hukuman buang negeri ke Myanmar.
10. Pada masa yang sama Mahatma Gandhi berjuang dalam Parti Kongres dan menjalankan
kempen satyagraha, iaitu penentangan secara senyap dan pasif. Kempen ini menunjukkan
bahawa mereka tidak bekerjasama dengan British dan menutup kedai serta mengadakan
mogok.

11. Pada bulan Ogos 1920, Gandhi menjalankan gerakan tidak bekerjasama dengan British dengan
memulaukan majlis perundangan, mahkamah, sekolah dan kolej. Gerakan ini telah
menimbulkan rusuhan pada tahun 1922 di Chauri Chaura. Akibatnya Gandhi telah
dipenjarakan tetapi dibebaskan semula pada tahun 1924.
12. Kongres telah meluluskan resolusi di Lahore pada Disember 1929 yang mengisytiharkan
Purna Swaraj (kemerdekaan) serta tidak menyertai Persidangan Meja Bulat. Seterusnya,
usaha satyagraha diteruskan dengan membantah cukai garam pada tahun 1930 dan
mengadakan pemulauan ke atas badan perkhidmatan kerajaan diteruskan. Gandhi sekali lagi
dipenjarakan bersama 60 000 orang India yang lain.
13. Pada tahun 1930, Persidangan Meja Bulat yang dihadiri oleh raja-raja India, orang Islam,
Hindu, Kristian dan Sikh gagal mencapai kata sepakat. Oleh itu British telah bekerjasama
dengan Kongres dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Menurut
pakatan ini Gandhi telah bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam. Sebagai
balasan pihak Inggeris akan menarik balik segala langkah dan tindakan kekerasan serta
memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan. Walau bagaimanapun
Parti Konservatif enggan bertolak ansur menyebabkan Gandhi menjalankan semula gerakan
menentang British dan sekali lagi beliau ditahan.
14. Sementara itu, hubungan menjadi semakin tegang dengan pengisytiharan anugerah
perkauman pada 17 Ogos 1932. Menurut peraturan ini, masyarakat India dari kelas bawahan
diberi pilihan raya secara berasingan. Gandhi terus membantah dan menjalankan mogok lapar
dalam penjara. Walau bagaimanapun beliau menghentikan mogok tersebut apabila bersetuju
dengan Pakatan Poona 1932. Dalam pakatan ini British bersetuju memberikan 148 kerusi
kepada kelas bawahan atas dasar persamaan dan bukan perkauman.
15. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan untuk menyelesaikan masalah perlembagaan.
Kerajaan British telah mengutarakan usul-usul yang kemudiannya dikenali sebagai Akta
Kerajaan India pada tahun 1935. Antara usul yang dikemukakan ialah:
a) Persekutuan India yang dibentuk akan meliputi wilayah-wilayah di bawah ketua-ketua
pesuruhjaya dan wilayah-wilayah India yang bersekutu.
b) Wilayah-wilayah tersebut akan diberi kuasa autonomi.
c) gabenor jeneral yang dilantik akan bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar negeri,
pertahanan dan keagamaan
d) dua wilayah baru akan dibentuk iaitu Sind dan Orissa.
16. Walau bagaimanapun, perubahan ini masih tidak dapat memuaskan hati pemimpin politik
di India kerana kuasa mutlak masih berada di tangan gabenor jeneral dan gabenor wilayah.
17. Dalam pilihan raya tahun 1937, Parti Kongres telah mendapat kemenangan di lapan buah
wilayah, manakala Liga Islam pula memenangi tiga wilayah lain.

Mahatma Gandhi.
Mohandas Karamchand atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi dilahirkan di
Porbandar, Kathiawar pada tahun 1869. Beliau berasal dari keluarga yang mengamalkan
kepercayaan Jain yang berpegang kepada falsafah tanpa kekerasan. Oleh yang demikian beliau
dididik dalam suasana yang berdasarkan kepada falsafah tanpa kekerasan atau ahimsa oleh ibu
bapanya. Apabila dewasa, beliau telah belajar undang-undang di London dan kemudian
berkhidmat sebagai seorang peguam di Afrika Selatan. Di sana beliau banyak membela
penghijrah-penghijrah India menentang kerajaan Afrika Selatan. Sekembalinya ke India pada
tahun 1915, beliau telah dilantik sebagai pemimpin Parti Kongres yang memperjuangkan
kemerdekaan India.

Sebelum penglibatan Gandhi, aktiviti politik adalah terbatas kepada penglibatan rakyat
kelas atasan dalam perdebatan di peringkat pusat dan wilayah. Mereka tidak mewakili suara
rakyat kebanyakan India yang sebenarnya kerana tidak mempunyai hubungan langsung dengan
mereka. Gandhi telah mengubah keadaan ini di mana rakyat bawahan mula menjadi pengikutnya.
Mereka telah terlibat di dalam aktiviti-aktiviti bantahan yang dianjurkan oleh Gandhi.
Gandhi percaya cara kekerasan akan menimbulkan banyak masalah daripada
menyelesaikanya dan selalunya akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk yang penuh dengan
kebencian yang akan membuat perdamaian menjadi sulit. Oleh itu, ia bukanlah cara yang baik
untuk menuntut kemerdekaan. Gandhi menggunakan cara yang dikenali sebagai satyagraha atau
keingkaran awam iaitu membantah polisi-polisi British dengan cara tidak memberikan kerjasama
kepada kerajaan penjajah itu. Gandhi pernah menggunakan cara tersebut dengan jayanya di
Afrika Selatan. Beliau memutuskan bahawa cara-cara telah yang digunakan di Afrika Selatan
patut digunakan juga di India. Tujuannya ialah untuk menyedarkan British tanpa melalui
birokrasi India British.
Pada tahun 1920, Gandhi memulakan kempen keingkaran awam iaitu dengan cara tidak
bekerjasama dengan British. Kempen tersebut dimulakan dengan meninggalkan gelaran-gelaran
British, memulau sekolah-sekolah dan mahkamah British. Orang awam melanggar undangundang dengan sengaja, tetapi tanpa kekerasan supaya mereka dipenjara. Penjara-penjara
menjadi penuh sesak dan pentadbiran menjadi kucar-kacir.
Gandhi juga berjaya bekerjasama dengan Liga Muslim yang dipimpin oleh Muhammad
Ali Jinnah, sepanjang kempen tersebut dijalankan. Walau bagaimanapun, Gandhi terpaksa
membatalkan kempen tersebut apabila terdapat pengikut-pengikutnya tidak dapat menahan diri
daripada melakukan keganasan. Pada tahun 1922, Gandhi dan beberapa orang ketua Kongres
telah ditangkap.

2) LIGA ISLAM 1906


1. Liga Islam ditubuhkan pada tahun 1906 di Dacca oleh Nawab Salimullah Khan. Pertubuhan
ini menjalankan dasar pro Inggeris. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk melindungi hakhak orang Islam dan menghapuskan kepercayaan kolot yang membelenggu umat Islam.
2. Liga Islam disokong oleh kerajaan British kerana ia dianggap memberi saingan kepada Parti
kongres. Sokongan ini dapat dilihat dalam Akta Morley-Minto yang memperlihatkan British
menerima tuntutan Liga Islam dengan memperuntukkan beberapa buah kerusi bagi mewakili
kaum dan menunjukkan orang Islam diberi perwakilan yang berasingan dalam politik negara
India.
3. Namun hubungan baik antara orang Islam dengan kerajaan British tergugat apabila negara
Turki menyertai Perang Dunia Pertama dan mengalami kekalahan. Umat Islam di India
menyalahkan British menyebabkan kekalahan Turki. Lantaran itu, pemimpin Islam India
telah meminta bantuan Inggeris untuk melindungi tempat ibadat masyarakat Islam. Namun
begitu, permintaan ini tidak dipedulikan oleh British.
4. Muhammad Ali Jinnah dan Maulana Abdul Kalam Azad (pemimpin baru Liga Islam)
telah mengumumkan hasrat untuk mendapatkan kerajaan sendiri bagi orang Islam di India
dan menawarkan kerjasama dengan Parti Kongres.
5. Pada tahun 1916, satu mesyuarat diadakan antara Hindu-Muslim di Lucknow, dan mereka
bersetuju untuk bersatu dan membentuk Pakatan Lucknow. Melalui pakatan ini, Parti
Kongres bersetuju membenarkan orang Islam mengundi secara berasingan dalam pilihan raya
dan Liga Islam pula menerima hasrat kongres iaitu swaraj (kemerdekaan).

6. Hubungan ini tidak kekal lama, perpecahan berlaku selepas pilihan raya 1937. Muhammad
Ali Jinnah tidak mahu bergabung dengan kongres kerana beranggapan akan menyebabkan
kepentingan minoriti orang Islam akan terjejas.
7. Mesyuarat Liga Islam diadakan di Lahore dan Muhammad Ali Jinnah telah mengisytiharkan
bahawa orang Islam mesti mempunyai tanah air sendiri yang berasingan daripada masyarakat
India yang lain dan mencadangkan Pakistan diberi kepada orang Islam.
8. Pandangan dan Teori Dua Negara Jinnah telah menghancurkan pakatan Hindu-Muslim.
Pandangan Jinnah menjadi aspirasi kepada masyarakat Islam India untuk memperjuangkan
negara mereka dan memperoleh kemerdekaan.
CONTOH SOALAN TEMA 4. 3
1. Sentimen anti Manchu merupakan penyebab utama rakyat Cina bangkit menentang
pemerintahan kerajaan tersebut dalam Revolusi 1911. Bersetujukah anda dengan pernyataan
ini?
2. Analisiskan penyebab utama yang menjadi punca kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
di negara China sejak abad ke-19.
3. Jelaskan mengapakah Gerakan 4 Mei 1916 dilancarkan di China dan mengapakah gerakan ini
menemui kegagalan?
4. Jelaskan perkembangan Parti Komunis China sehingga berjaya menjadikan negara China
sebuah negara republik.
5. Nyatakan sumbangan Mahatma Gandhi terhadap perkembangan nasionalisme India sehingga
tahun 1941

4.4 PERHUBUNGAN LUAR


1) PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Amerika Syarikat dan Rusia
A) LATAR BELAKANG
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa
yang dibentuk di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II.
Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya,
sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan
pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan
undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah
dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San
Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

B) PIAGAM PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan,
yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan
kepada manusia, dan
untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan
nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara
besar dan kecil, dan
untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang
tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat
dipeliharakan, dan
untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan
yang lebih luas,
DAN UNTUK TUJUAN INI
akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama
lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan
antarabangsa, dan
akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah,
bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan
sosial untuk semua manusia,
MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT
MENCAPAI MATLAMAT INI

C) ASAL-USUL DAN SEJARAH


Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin
D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang
terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1
Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini
bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta
untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa
Paksi. Selepas pengisytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah
diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidanganpersidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada
tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik
China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan
rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan
perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuantujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan
keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa.
Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyatrakyat sejagat.
Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa"
bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,
termasuk Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50
negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu
tempat telah diperuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945,
selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu
Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan
daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom
pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah
menyertai pertubuhan ini.

D) IBU PEJABAT

Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York
City pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia
dibina di atas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5
juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le
Corbusier (Perancis) yang termasyhur, Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada
banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison &
Abramovitz (NYC).

Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. Sedangkan ibu
pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang
terletak di Geneva, Hague, Vienna, Montreal, Bonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu
pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.
Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai
serta memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang
direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42
(41st dan 42nd Street) di New York.

E) STRUKTUR ORGANISASI
Piagam PBB menguntukkan enam organisasi/badan yang utama, iaitu:

Perhimpunan Agung
Majlis Keselamatan
Majlis Ekonomi dan Sosial
Majlis Amanah
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Sekretariat

i) Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan
bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai badan PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak
sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta
membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

ii) Majlis Keselamatan


Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia
bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara.
Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis
Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan
ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan
PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.
iv) Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk
mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC

mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun
setiap ahli PBB layak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara
"Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang
merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk
sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap
April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama
dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain,
termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan.
Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi
kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; di mana
dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

v) Majlis Amanah
Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa
wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan pendudukpenduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini
kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada
negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II telah memperoleh kerajaan sendiri
ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan
negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB
pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1
November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusan yang rasmi
memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi
Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuklah penghapusan Majlis Peramanahan.

vi) Mahkamah Keadilan Antarabangsa


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah
Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace
Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah
Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah
Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa
Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang
diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undangundang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa.
Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan
yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di

kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri


daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah
mengikut budi bicaranya.

vii) Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan
kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih
daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja
bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh
badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh
Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB
yang lain.
Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian
antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa,
mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta
berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

BADAN UTAMA PBB


Badan Utama PBB

Peranan

Perhimpunan Agung
Dianggotai oleh semua wakil negara anggota
PBB
Setiap negara anggota diberi satu undi
Berhimpun setahun sekali

Memilih Setiausaha Agung PBB


Memilih ahli untuk mewakili badan-badan
utama yang lain di PBB
Menimbang serta membuat syor tentang
dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha
memelihara keamanan dan keselamatan
dunia
Mengambil langkah mengkaji dan membuat
syor bagi mengalakkan kerjasama
antarabangsa
Mengawas dan membuat syor berhubung
dengan kawasan amanah
Membuat syor untuk menyelesaikan
masalah secara damai dan seterusnya
mengekalkan hubungan berbaik-baik antara
negara
Menimbang dan meluluskan rang
perbelanjaan PBB, menentukan kadar
sumbangan wang dari negara anggota dan
memeriksa perbelanjaan pertubuhan khas
PBB.

Majlis Keselamatan
Mempunyai 15 anggota
5 anggota tetap iaitu Amerika Syarikat,
Britain, Perancis, Rusia dan China
10 anggota lain dipilih oleh Perhimpunan
Agung setiap 2 tahun
Anggota tetap mempunyai kuasa veto
Kuasa Majlis Keselamatan terhalang oleh kuasa
veto kerana keputusan majlis boleh
dimansuhkan dengan serta-merta oleh anggota
tetap
Ini menyebabkan Majlis Keselamatan tidak
dapat berfungsi secara berkesan kerana anggotaanggota tetap terdiri daripada dua blok kuasa
dunia
Majlis Ekonomi dan Sosial
Mempunyai 18 anggota yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung
Majlis Amanah
Dianggotai oleh negara yang mentadbir wilayah
amanah, anggota-anggota tetap Majlis
Keselamatan yang mentadbir wilayah amanah
dan anggota-anggota yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung
Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
Mempunyai 15 orang hakim yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan
Sekretariat
Setiausaha Agung sebagai pentadbir utama
Mendapat bantuan pegawai lain

Menyelesaikan persengketaan
antarabangsa dan pencerobohan
Mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia

Berperanan dalam bidang ekonomi,


sosial, kebudayaan, pendidikan dan
kesihatan
Menentukan semua tanah amanah yang
dikendalikan oleh negara tertentu di
bawah naungan PBB ditadbir dengan
betul
Menyelesaikan persengketaan undangundang antara negara.
Melaksanakan segala tugas pentadbiran
PBB

F) BAHASA RASMI
PBB mempunyai enam bahasa rasmi iaitu bahasa Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Rusia,
dan Sepanyol. Manakala bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung
ialah Inggeris, Perancis dan Sepanyol (dalam Majlis Keselamatan PBB ia terhad kepada dua
bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Perancis sahaja).

G) KEGIATAN PBB
Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa
Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
Kawalan dan pelucutan senjata

Penjagaan keamanan
Hak asasi manusia
Bantuan kemanusiaan dan perkembangan antarabangsa
Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
i) Persidangan antarabangsa
Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat
keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang
diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak,
Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian
sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini
termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober


1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi
matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;
"Persidangan
Dunia
mengenai
Pembangunan
Sosial"
yang
diadakan
di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab
negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan
pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.
"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada
September 1995;
"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan
di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

ii) Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan


PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat
menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB,
logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk
menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor
mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.
iii) Kawalan senjata dan pelucutan senjata
PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan
pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama
Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam
agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian
nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan
senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk
mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

iv) Penjagaan keamanan


Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata
baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta
untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor
Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli
negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan
keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada
tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel
"kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan
tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat
Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang
Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap
sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.
v) Hak asasi manusia
Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta
PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan
serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada
masa akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat
sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama
dan berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di
bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia,
khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah
sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan
teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman,
bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta
pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat
menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan
sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.
vi) Bantuan kemanusiaan dan pembangunan antarabangsa
Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB
membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusiaan yang
lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang,
atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang
membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80
negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek
penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan

ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan


PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia.
Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk
Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam
pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung
Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah
membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai
banyak sejarah demokrasi, termasuk pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur.
Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuk Tribunal Jenayah Antarabangsa
untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone,
dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak
Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.
vi) Persetiaan dan undang-undang antarabangsa
PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang
Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan
lautan dihakimi oleh mahkamah khas.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama
bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama
yang dihakiminya termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana


menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang
telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang;
Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana
mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

H) PEMBIAYAAN

Sistem PBB dibiayai dengan dua cara, iaitu sumbangan taksiran dan sumbangan suka rela
daripada ahli-ahli negara. Perhimpunan Agung meluluskan peruntukan yang biasa dan
menentukan taksiran untuk setiap ahli. Secara umumnya, taksiran ini berdasarkan keupayaan
relatif setiap negara, sebagaimana yang diukur oleh statistik pendapatan negara, bersama-sama
dengan faktor-faktor yang lain. Peruntukan setiap dua tahun untuk PBB dan agensi-agensi
khasnya dibiayai oleh sumbangan taksiran.

Perhimpunan Agung telah mewujudkan prinsip bahawa PBB harus tidak terlalu
bergantung kepada mana-mana satu ahli dalam pembiayaan operasinya. Oleh itu, PBB
mengenakan had maksimum untuk sumbangan taksiran bagi peruntukan biasa. Pada Disember
2000, Perhimpunan menyemak semula skala taksirannya untuk membayangkan keadaan dunia
yang terkini. Antara perubahan daripada penyemakan itu, had maksimum diturunkan daripada
25% ke 22%. Amerika Syarikat merupakan ahli yang tunggal yang mencapai had maksimum ini,
tetapi ia masih menunggak bayaran sebanyak beratus-ratus juta dolar. Di bawah skala taksiran
yang diamalkan pada tahun 2000, penyumbang-penyumbang utama (selain Amerika Syarikat)
untuk
peruntukan
PBB
yang
biasa
bagi
tahun
2001
adalah
seperti
berikut: Jepun (19.63%), Jerman (9.82%),Perancis (6.50%), United
Kingdom (5.57%), Itali (5.09%), Kanada (2.57%), Sepanyol (2.53%), dan Brazil (2.39%).
Rancangan-rancangan
untuk
agensi-agensi
PBB
yang
khas
(seperti UNICEF, UNDP, UNHCR, dan WFP) tidak termasuk dalam peruntukan biasa, dan
dibiayai secara suka rela oleh kerajaan ahli-ahli. Sehingga tahun 2001, sumbangan ini daripada
Amerika Syarikat sahaja dianggarkan berhampiran AS$1.5 bilion pada jumlahnya. Sebahagian
daripada ini adalah dalam bentuk barangan pertanian yang diderma kepada penduduk-penduduk
yang menderita, tetapi sebahagian besarnya masih merupakan sumbangan dalam bentuk wang.

I) KRITIKAN DAN PERBALAHAN


a) Membuat reformasi pada PBB
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, terdapatnya banyak seruan untuk membuat reformasi
pada PBB. Tuduhan pada tahun 2004 dan 2005 mengenai salah pengurusan dan rasuah
mengenai Program Minyak untuk Makanan untuk Iraq di bawah Saddam Hussein telah
menyebabkan seruan yang baru untuk reformasi.
Sebuah rancangan reformasi yang rasmi telah dimulakan oleh Setiausaha Agung
PBB, Kofi Annan tidak lama selepas beliau memegang jawatan itu pada 1 Januari 1997.
Reformasi yang telah dikemukakan termasuk:
penukaran keahlian tetap untuk Majlis Keselamatan (yang kini membayangkan

hubungan kuasa 1945);


menjadikan birokrasi lebih nyata, bertanggungjawab dan cekap;
menjadikan PBB bersikap lebih demokratik; dan
mengenakan tarif antarabangsa terhadap semua pengilang senjata di seluruh

dunia.

b) Kegagalan dalam isu-isu keselamatan


Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang
keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk
mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Pada 2003,
Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat
antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang
memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalankegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB dalam banyak hal, ia merupakan
persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan
bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat
oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk
melaksanakannya.
c) Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman
Telah dilaporkan bahawa pengaman-pengaman daripada beberapa negara telah
menganiayai dan bergilir-gilir merogol kanak-kanak perempuan semuda umur 12 di Republik
Demokratik Congo. Penganiayaan ini dilaporkan telah berlaku secara meluas dan masih berlaku
walaupun terdapatnya banyak pendedahan dan penyiasatan oleh "Pejabat Perkhidmatan Kealpaan
Dalaman PBB
Penyiasatan dalaman PBB pada tahun 2005 mendapati bahawa penganiayaan seks yang
serupa juga telah dilaporkan di lima negara yang lain di mana pengaman-pengaman PBB telah
diatur kedudukan, termasuklah Burundi, Cte d'Ivoire dan Liberia.
d) Keahlian jawatankuasa
Pemasukan Sudan dan Libya yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang tidak
terhingga ke dalam Suruhanjaya PBB untuk Hak Asasi Manusia, dan pelantikan Libya sebagai
pengerusi Suruhanjaya ini telah menjadi satu perbalahan. Bagaimanapun, negara-negara itu
memperdebatkan bahawa negara-negara Barat, dengan sejarah keganasan dan kekejaman
penjajahan, tidak ada hak untuk berdebat tentang keahlian Suruhanjaya ini.
e) Skandal Minyak untuk Makanan
Program "Minyak untuk Makanan" diwujudkan oleh PBB pada tahun 1996 untuk
membenarkan Iraq menjual minyaknya kepada pasaran dunia sebagai tukaran untuk keperluan
kemanusiaan untuk rakyat Iraq, tanpa membenarkan kerajaan Iraq membina semula tenteranya
selepas Perang Teluk pertama.
Bagaimanapun, rancangan itu telah ditamatkan pada akhir tahun 2003 di tengah-tengah
tuduhan penyalahgunaan dan rasuah. Bekas Pengarah Benon Sevan dari Cyprus meletakkan
jawatan sewaktu Interim Report.pdf laporan kemajuan interim daripada penyiasatan PBB
menyimpulkan bahawa Sevan telah menerima rasuah daripada rejim Iraq. Juga terlibat dalam
skandal itu ialah Kojo Annan, anak lelaki kepada Kofi Annan, yang telah dikatakan mendapat
kontrak "Minyak untuk Makanan" PBB untuk Coctecna, sebuah syarikat Switzerland. Menteri
Luar Negeri India juga telah dipecat kerana peranannya dalam skandal ini.

J) SENARAI BADAN PBB YANG LAIN


Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan
dalam piagamnya ialah :
1. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
2. Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk
Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan
Antarabangsa)
3. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
4. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
5. Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
6. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
7. Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
8. Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
9. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
10. Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
11. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
12. Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
13. Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
K) AGENSI-AGENSI SEMENTARA
Agensi-agensi sementara termasuk:
1. Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
2. Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian
diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian
(UNHCR)
3. Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur
Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

LATAR BELAKANG
Ditubuhkan pada 24 Okt 1945
Ibu pejabat di New York,
Amerika Syarikat
Keahlian terbuka kepada
semua negara yang merdeka
Anggota awal 50, sehingga
1991 sebanyak 166 dan
sekarang 193 buah negara
Ketua PBB ialah Setiausaha
Agung

BADAN UTAMA PBB


Perhimpunan Agung
Majlis Keselamatan
Majlis Ekonomi &
Sosial
Majlis Amanah
Mahkamah Pengadilan
Antarabangsa
Sekretariat

AGENSI PBB
FAO Pertubuhan Makanan dan Pertanian
ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa
UNCTAD Persidangan PBB tentang
Perdagangan dan Pembangunan
UNESCO Pertubuhan Pendidikan, Sains
dan Kebudayaan PBB
UNICEF Tabung Kanak-Kanak PBB
WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia
IMF Tabung Kewangan Antarabangsa
IBRD - Bank Dunia

PIAGAM PBB
Setiap penduduk dunia berhak
mendapat hak asasi seperti
kebebasan beragama, menyara
pendapat, berhubung dan
berpindah serta perlindungan
dar penindasan
Membebaskan manusia
daripada kesengsaraan hidup

PBB

KUASA VETO
Kuasa pembatal
keputusan Majlis
Keselamatan
Milik kuasa besar
anggota tetap Majlis
Keselamatan
Keputusan yang dibuat
boleh dimansuhkan sertamerta oleh kuasa besar

TUJUAN PBB
Mengekalkan keamanan dan
keselamatan dunia
Menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam bidang
ekonomi, sosial dan
kebudayaan
Melindungi hak-hak asasi
manusia tanpa mengira kaum,
jantina atau agama.

L) KERJASAMA AMERIKA DENGAN SOVIET UNION MELALUI PBB


1. Kedua-dua kuasa besar ini bertanggungjawab membentuk PBB dan terlibat secara langsung
dalam beberapa siri persidangan seperti Persidangan Dumbartons Oaks dan persidangan di
San Francisco yang akhirnya membawa kepada penubuhan PBB secara rasmi pada tahun
1945.
2. Dari segi sumbangan kewangan kepada PBB, Amerika Syarikat dan Soviet Union mendahului
dari segi jumlah yang disumbangkan setiap tahun. Amerika Syarikat menyumbangkan 25
peratus daripada jumlah perbelanjaan PBB dan diikuti oleh Soviet Union sebanyak 10.54
peratus. Britain menjadi penyumbang ketiga terbanyak, iaitu 4.67 peratus.
3. Berdasarkan sumbangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa Amerika Syarikat dan Soviet
Union begitu komited kepada pertubuhan yang dianggotai hampir semua negara di dunia ini.
4. Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Pada tahun 1944,
Amerika Syarikat menjadi tuan rumah Bretton Woods Conference. Melalui persiddangan ini,
dua institusi kewangan dibentuk, iaitu International Monetary Fund (IMF) dan International
Bank for Reconstruction and Development (IBRD). IBRD yang dikenali juga sebagai Bank
Dunia banyak membantu negara-negara anggota membangunkan prasarana di negara masingmasing.
5. Amerika Syarikat juga membiayai 40 peratus program yang menjadi beban kepada PBB
seperti program yang dilaksanakan di bawah Special United Fun For Economic Development
(SUNFED) dan UN Conference on Trade and Development (UNCTAD).
6. Soviet Union melihat organisasi antarabangsa seperti PBB sebagai alat yang digunakan oleh
pihak Barat khususnya Amerika Syarikat untuk melemahkan pengaruh Soviet Union dan
mengukuhkan kapitalisme Barat. Soviet Union sedar bahawa Amerika Syarikat mempunyai
pengaruh yang besar ke atas PBB.
7. Selain mempunyai sekutu rapat, iaitu Britain dan Perancis dalam Majlis Keselamatan,
Amerika Syarikat juga mempynyai negara-negara anggota PBB yang lebih menyebelahinya
daripada menyokong Soviet Union.
8. Secara umumnya, Soviet Union menganggap sistem antarabangsa dikaitkan dengan teori
imperialisme. Golongan kapitalis dalam usaha mengaut keuntungan berlipat kali ganda
mencari bahan mentah, mencari pasaran dan membuat pelaburan yang kesemuanya akan
membolehkan mereka menguasai negara-negara miskin dan kecil.
9. Persaingan sengit kedua-dua kuasa besar ini khususnya dalam aspek perlumbaan senjata
walaupun ketara khususnya dalam era Perang Dingin, namun perlumbaan senjata tersebut
membawa kepada keseimbangan kuasa yang menyebabkan peperangan antara dua pihak tidak
meletus.

2) KOMANWEL UNITED KINGDOM DAN INDIA

LATAR BELAKANG
Komanwel ialah pertubuhan negara-negara
merdeka yang pernah dijajah oleh British
Idea dikemukakan oleh Menteri Luar Britain
Lord Rosebury
Lord Balfour mengisytiharkan penubuhan
Komanwel pada tahun 1931 berdasarkan
Statue Westminster
Jumlah anggota pada peringkat awal
penubuhan ialah 49 dan sekarang berjumlah
54 buah negara .
Ibu pejabat di London.

MATLAMAT UTAMA
Mengeratkan kerjasama
politik, ekonomi dan
sosial di kalangan
negara anggota.

PRINSIP - PRINSIP
Percaya terhadap kebebasan individu
Percaya bahawa kerjasama antarabangsa
sangat diperlukan
Percaya bahawa keamanan dan kestabilan
antarabangsa penting untuk kesejahteraan
manusia
Jurang perbezaan kekayaan yang besar wujud
antara manusia dan tidak boleh dibiarkan
Menentang penindasan dan prasangka
perkauman

KOMANWEL

INSTITUSI DALAM
KOMANWEL
EAD Bahagian Hal
Ehwal Ekonomi
GTA Bahagian Bantuan
Teknikal Am
TAG Kumpulan
Bantuan Teknikal
Tabung Ekuiti Komanwel

CIRI - CIRI
Sekumpulan negara bebas yang pernah menjadi tanah jajahan British
Raja Britain menjadi Ketua Komanwel dan lambang perpaduan
Mempunyai latar belakang sejarah yang serupa iaitu melalui pengalaman penjajahan (British)
Menikmati kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, perhubungan dan bantuan ekonomi.
Mengamalkan prinsip persamaan dan toleransi
Menggunakan undang-undang Inggeris sebagai asas sistem perundangan.
Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas
Sistem pelajaran juga berasaskan sistem yang terdapat di Britain

A) SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMANWEL

1. Idea untuk memberi hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British terkandung dalam
Laporan Lord Durham pada tahun 1839. Sistem ini diperkenalkan di Kanada pada tahun 1847.
Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf
berkerajaan sendiri.
2. Kemudian diikuti oleh Australia (1901), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910).
Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki wilayah-wilayah
ini masih terhad. Parlimen Britiain mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
berhubung dengan hal-ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya.
3. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Caribbean dan
Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel. Mereka dibenarkan
memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki atau menerima monarki British.
4. Pada masa kini, bilangan negara yang menjadi anggota Komanwel adalah 54 buah negara.
5. Terdapat beberapa buah negara yang mengisytiharkan keluar dari Komenwel, iaitu:
i.
Amerika Syarikat (1961)
ii.
Myanmar (1948)
iii.
Ireland (1948)
iv.
Afrika Selatan (1961)
v.
Zimbabwe (2003)
vi.
Pakistan (1973), menyertai semula pada tahun 1989.
B) UNITED KINGDOM DAN KOMANWEL
1. United Kingdom dianggap sebagai pengasas dan ketua Komanwel. Jika United Kingdom
tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya, sudah tentu
hubungan United Kingdom dan tanah jajahannya akan lenyap begitu sahaja.
2. Bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya adalah
bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa. Burma meninggalkan Komanwel pada tahun
1948 dan republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949.
3. Keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik, ertinya bekas-bekas tanah jajahan
British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan.
Sesebuah negara perlu memohon untuk menjadi ahli. Selain dari itu, mereka perlu menerima
Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
4. Negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik
mesti memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain.
5. Negara-negara anggota harus bekerjasama dengan ahli-ahli demi kepentingan bersama.
6. Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya menjadi
ketua negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka. Lebih kurang 16 buah
negara anggota memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara. Di
setiap negara tersebut, diwakili oleh Gabenor Jeneral. Di sesetengah negara, Gabenor Jeneral
terdiri daripada anak tempatan.
7. Antara negara-negara yang mengakui Queen sebagai ketua ialah Australia, New Zealand,
Kanada, Bahamas, Barbados, Jamaica, Grenada dan Mauritius. Antara peranan Queen sebagai
ketua negara ialah:
a) Baginda mempunyai bahagian dalam perlembagaan negara-negara tersebut
b) Baginda akan melakukan upacara formal seperti merasmikan penggal parlimen dan
sebagainya yang biasanya diwakili oleh Gabenor Jeneral.
c) Baginda tidak mempunyai kuasa politik.

8. Britain bertanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya (termasuk wilayah-wilayah


yang diamanahkan kepadanya) yang ketinggalan dari segi ekonomi.
9. Kerjasama secara multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan atau pertubauhan) dalam
ekonomi alam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara
berkenaan.
10.Pada tahun 1950-an, Britain menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri
khususnya dalam bidang ekonomi. Negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada
teh, bijih timah, jut, getah, minyak sawit dan koko dunia.
11.Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain
mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral (hubungan terus dengan negaranegara tertentu) dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain.
12.Negara-negara anggota sedar hubungan sedia ada dengan Britain dan negara-negara
Komanwel yang lain serta penglibatan perdagangan dalam Sterling Area akan memberi
faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran, perkhidmatan perkapalan dan
sebagainya.
13.United Kingdom dengan pengaruh yang ada memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun
mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan yang berslogankan
merancang Untuk Kemakmuran Bersama dilancarkan bagi membantu meningkatkan
perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan Pasifik.
14.Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka dan Tanah Melayu
menikmati faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan infrastruktur
seperti jalan raya, kereta api dan sistem pengairan.
15.Britain mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel pada tahun 1950 bagi
membantu negara-negara anggota (sedang membangun) menyediakan sistem pelajaran yang
lebih sempurna.
16.Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang
pelajaran yang dianggotai oleh bebrapa orang pakar dalam bidang pelajaran. Universiti di
negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti
Komanwel yang dianggotai oleh lebih 200 buah universiti.
17.Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu universiti terutama yang
baharu ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dan lain-lain
keperluan yang berkaitan dengan penyelidiakan.
18.Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan
sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undangundang, birokrasi, ekonomi dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran negara-negara
Komenwel lebih kemas dan berkesan.
19.Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan negara Komanwel ialah Dasar
Aparthied yang diamalkan di Afrika Selatan. Kerajaan kulit putih melaksanakan dasar ini
antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan dasar ini
dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.
20.Isu ini hanya tinggal sejarah setelah dasar ini dihapuskan pada tahun 1991 dan kerajaan di
bawah pimpinan Nelson mandela dibentuk untuk memerintah Afrika Selatan pada thuan 1994.
21.Komanwel bukanlah sebuah pakatan bercorak ketenteraan. Oleh itu, peranannya untuk
menyelesaikan isu-isu politik dan keselamatan yang ditimbulkan oleh negara-negara
anggotanya adalah terbatas.

C) PERANAN UNITED KINGDOM (UK) DALAM KOMANWEL

PERANAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL

1) POLITIK
Pengasas dan ketua Komanwel membimbing bekas tanah jajahan ke arah
berkerajaan sendiri
Queen (Raja Inggeris) ketua dan simbol perpaduan
UK dapat mengekalkan legasi monarkinya sebagai ketua Negara di 16 buah
Negara Australia, New Zealand, Kanada, Bhamas, Barbados, Jamaica,
Grenada, dan Mauritius.

2) EKONOMI
UK bertanggungjawab membangunkan tanah jajahannya yang ketinggalan dari
segi ekonomi
Kerjasama ekonomi secara multilateral mahupun bilateral dapat mengukuhkan
ekonomi negara anggota.
UK Berjaya menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri, contohnya:
i) pada tahun1950-an Negara Komanwel mengeksport lebih 50% daripada teh,
bijih timah, jut, getah, minyak sawit, dan koko dunia,
ii) menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia,
iii) menetapkan harga barang utama
Walau bagaimanapun Negara anggota mendapat faedah seperti pemindahan
teknologi dan kepakaran, perkhidmatan, perkapalan dll.
Pada tahun 1950, UK Berjaya memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun
mewujudkan Rancangan Colombo untuk meningkatkan perkembangan ekonomi
Asia dan Paisfik.
Negara anggota seperti India, Fiji, Sri Langka dan Tanah Melayu mendapat
faedah daripada program ini dalam bidang pendidikan dan pembinaan
infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api dan sistem pengairan.

3) SOSIAL
Pada tahun 1950, UK mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan pelajaran
Komanwel bagi membantu negara anggota (sedang membangun) menyediakan
sistem pelajaran yang lebih sempurna.
Menjadi badan penasihat dan perunding dalam bidang pelajaran yang
dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang pelajaran.
Universiti di negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui
Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai lebih 200 buah universiti.
Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu universiti yang baharu
ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan dll keperluan
yang berkaitan dengan pendidikan.

D) INDIA DAN KOMANWEL


1.
2.

3.

4.

5.
6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.
13.

14.

India merupakan anggota bukan berkulit putih yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh
pihak British.
Pada tahun 1919, Undang-undang Kerajaan India telah digubal. Sistem dyarchy telah
diperkenalkan di India. Melalui sistem ini, pentadbiran wilayah-wilayah di India dibahagikan
kepada dua bahagian, iaitu perkara-perkara tertentu yang ditadbir oleh:
a) Gabenor Wilayah
b) Gabenor India
Bagaimanapun, semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau
Parlimen British. Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf
berkerajaan sendiri di India yang dipengerusikan oleh Sir John Simon.
Suruhanjaya Simon mengemukakan cadangan supaya sistem dyarchy dimansuhkan.
Persidangan Meja Bulat diadakan di London bagi membincangkan soal perlembagaan
India. Setelah tiga kali bersidang, Undang-undang Kerajaan India 1935 digubal.
Melalui undang-undang ini, India dipisahkan dengan Burma. Kerajaan India
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wilayah-wilayah British di India.
Pada tahun 1942, Sir john Cripps diutuskan ke India oleh Perdana Menteri Britain bagi
membincangkan taraf kemerdekaan penuh India. Akhirnya India diberi kemerdekaan pada
tahun 1947. Pada masa itu, hanya India, Pakistan, dan Sri Lanka sahaja dari Benua Asia
yang menyertai Komanwel.
Pada bulan Oktober 1948, Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel telah
diadakan di London. Persidangan ini turut dihadiri oleh negara-negara yang baharu
menyertai Komanwel.
Bagaimanapun, bentuk keanggotaan serta corak pemerintahan negara tidak dibincangkan
dalam persidangan itu. Perbincangan tentang perlembagaan yang berkaitan dengan anggota
baru dari Asia diketepikan. Sebaliknya, persidangan itu banyak membahaskan soal
pertahanan dan kemajuan ekonomi.
Perdana Menteri India yang baru pertama kali menghadiri Persidangan Perdana-Perdana
Menteri Komanwel kecewa dengan layanan buruk yang diberikan kepada pemimpinpemimpin dari Asia.
Parti kongres india (INC) yang bersidang di Jaipur pada tahu 1949 membantah keras
pemimpin- pemimpin Komanwel kulit putih yang memberi layanan tidak adil itu. Bermula
dari sinilah timbul cita-cita India hendak menjadikannya sebagai sebuah negara republik.
Pada tahun 1949, sekali lagi Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel yang
bersidang di London cuba menyelesaikan bantahan daripada India itu. Keputusannya, India
kekal dalam Komanwel tetapi India hendaklah memaklumkan kepada negara-negara anggota
lain bahawa negaranya akan menjadi republik serta mengiktiraf Queen sebagai lambang
kebesaran dan Ketua Komanwel.
Hubungan anggota baru Komanwel, iaitu Pakistan dengan United Kingdom merosot
disebabkan hubungan antara United Kingdom dan India semakin erat.
Selepas mencapai kemerdekaan dan menjadi anggota Komanwel, pihak British dan Amerika
Syarikat berharap India akan menjadi sekutu Barat dan menentang komunis. Sebaliknya,
nehru bersama-sama Presiden Nasser (Mesir) dan Presiden Tito (Yugoslavia) menggerakkan
pertubuhan antarabangsa yang dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM).
Setelah beberapa tanah jajahan British mencapai kemerdekaan terutamanya tanah jajahan
dari Benua Afrika dan Asia menyertai Komanwel, Nehru tetap mahukan India bersama
Komanwel untuk mengekalkan tradisi dan pengalaman bersama Britain dan jajahannya.

15. Dengan mengekalkan dirinya dalam Komanwel, India mendapat banyak manfaat seperti
dalam bidang pendidikan, kemajuan belia, perkembangan infrastruktur, bantuan kepakaran,
teknikal dan sebagainya.

3) PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA /


NORTH ATLANTIC TREATY ORGANISATION (NATO)
A) LATAR BELAKANG
1. NATO ditubuhkan pada 4 April 1949. Pada asalnya, hanya 12 buah negara sahaja
menganggotai pertubuhan ini. Ibu pejabat NATO ialah di Paris. NATO telah menonjolkan
Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan
keselamatan di Eropah Barat.
2. Faktor penubuhan NATO:
a) Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
b) Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan
dan politik Eropah.
c) Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
d) Mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB sama ada dari sudut
ketenteraan mahupun dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau
mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara
berkesan.
3. Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem petahanan bersama yang melibatkan semua
negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
4. Tujuan utama NATO ialah untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet
Union. Ini adalah disebabkan negara-negara Eropah Timur yang prokomunis sudah
menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah Barat.
5. NATO mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di
Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat
disekat dengan berkesan. Keadaan bertambah kritikal apabila Soviet Union telah meletupkan
bom atomnya yang pertama pada tahun 1949.
6. Britain dan Perancis menyertai NATO kerana bimbang kebangkitan Jerman selepas Perang
Dunia Kedua.Mereka menegaskan bahawa dua perang dunia yang berlaku dan bermula di
Eropah berpunca daripada cita-cita Jerman mahu menguasai Benua Eropah.
7. Setiap anggota sangat komitmen dengan pertubuhan ini sehinggakan dalam Artikel 5
pertubuhan ini menyebut an armed attack upon one shall be considered an attack upon
them all. Ini bermaksud setiap negara anggota NATO akan menyerang musuh yang
menakluk mana-mana negara anggotanya.
8. NATO yang ditubuhkan pada era awal Perang Dingin tidak dibubarkan meskipun Perang
Dingin sudah berakhir. Sebaliknya, era pasca-Perang Dingin menyaksikan NATO terus wujud
dan kuasa-kuasa besar dunia yang berada dalam pertubuhan ini terus menyusun strategi
bersaing sesama
sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam NATO.

B) AMERIKA SYARIKAT, UNITED KINGDOM, DAN NATO


1. Britain memainkan peranan yang utama dalam proses pembentukan NATO. Pihak British
dikatakan menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam
proses penubuhan NATO. Ini bermakna, pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan
peranan mereka walaupun pihak British merupakan key player dalam proses pembentukan
NATO.
2. Britain yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi
memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika
Syarikat. Berdasarkan pengalaman Britain, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak
disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
3. Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat
menjadi lebih akrab. Hubungan di antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh
dilihat dalam tiga bentuk;
a) Perundingan diplomatik. Walaupun hubungan kedua-dua negara nampak kompleks
namun membuka banyak ruang perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi.
b) Kerjasama ketenteraan. Kerjasama bilateral semakin rancak khususnya tentera udara
dan tentera laut.
c) Perisikan. Kerjasama perisikan menguntungkan kedua-dua pihak khususnya antara
Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence Agency (CIA) di pihak
Amerika Syarikat dan M16 Secret Intelligence Service (SIS) dan M15 security Service di
pihak Britain.
4. Bagaimanapun hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas sedikit kesan
pengenalan Atomic Energy Act of 1946 (McMahon Act) yang melarang Amerika Syarikat
mengadakan kerjasama nuklear dengan negara-negara lain kerana dibimbangi berlakunya
percambahan aktiviti pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain.
5. Pengenalan akta tersebut mengecewakan Britain kerana Britain bercita-cita membangunkan
senjata nuklear dan ingin mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat. Britain akhirnya
membuat keputusan sendiri untuk membangunkan senjata nuklear.
6. Beberapa siri rundingan telah diadakan dengan Amerika Syarikat yang bertujuan mendapatkan
maklumat dan kepakaran berkaitan proses membina senjata nuklear. Akhirnya pada tahun
1952, Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear di belakang Amerika Syarikat (128)
dan Soviet Union (16).
7. Berkaitan dengan kelemahan PBB pula, persoalan yang timbul ialah pihak atau negara mana
yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang akan membiayai segala
perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.
8. Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan
PBB yang memiliki kuasa veto selalu gagal mendapat kata sepakat dalam menangani manamana konflik antarabangsa.
9. Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati
hak asasi manusia, dan tidak menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan
di Eropah.
10. Soviet Union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik
yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. Sikap Soviet Union dilihat sebagai
penghalang utama bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepakatan dalam PBB bagi
menangani isu-isu antarabangsa.
11. Perkembangan politik antarabangsa seperti ini sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949
menyebabkan Britain dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
12. Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika
Syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding
negara-negara lain.

13. Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan,
keutuhan, dan kestabilan NATO sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.

Ibu pejabat: Paris


Ditubuhkan pada 4
April 1949

Anggota 28 negara
Antaranya:
Amerika Syarikat
Britain
Jerman
Kanada
Perancis
Itali
Norway
Denmark
Belanda
Belgium

Bahasa Rasmi
Inggeris dan
Perancis

NATO

Negara-negara ahlinya bersetuju


bekerjasama dari segi ketenteraan
kalau salah satu daripada ahlinya di
serang.

Tujuan:
Menyekat
pengaruh komunis
Menjaga dan
mengekalkan
keselamatan negara
anggota

CONTOH CONTOH SOALAN


1. Jelaskan penglibatan Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu.
2. Bincangkan penglibatan United kingdom dan India dalam pertubuhan Komanwel.
3. Huraikan penglibatan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO.

CATATAN:
*Sila beri tumpuan kepada negara-negara yang berkenaan sahaja (Rujuk sukatan
pelajaran). Tajuk-tajuk umum diberikan dengan tujuan menambah kefahaman guru untuk
mengajar dengan lebih berkesan.
Hasil kerja: Chua Kim Phai
SMK Kuala Besut.

PANEL PENGGGUBAL MODUL SEJARAH 940/1


TEMA 1: EN. MOHD MARZUKI BIN MAT JUSOH (SMK SULTAN OMAR)
EN. CHE HASNAN BIN CHE HAMID (SMK CHENEH BARU)
TEMA 2: HAJI ZULKIFLI BIN HAJI ABDULLAH (SMK TENGKU MAHMUD)
TEMA 3: PN. HANITA SURIA BT. ABD GHANI (SMK SERI BERANG)
TEMA 4: PN. CHUA KIM PHAI (SMK KUALA BESUT)

You might also like