You are on page 1of 3

AKAUNTABILITI DAN ISU DALAM PENGURUSAN

KEWANGAN SEKOLAH
AKAUNTABILITI DALAM PENGURUSAN SEKOLAH
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan sekolah adalah satu proses yang melibatkan
perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga manusia, wang tunai, barangan (aset) dan
perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah organisasi/sekolah.
Sehubungan itu adalah wajar setiap pengurus sekolah itu mematuhi:1. Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan
Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan dari Bahagian-Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk menjalankan
tanggungjawab dengan berkesan.
PIHAK YANG TERLIBAT
Terdapat tiga pihak yang bertanggungjawab dan terlibat dalam keberkesanan pengurusan kewangan
sekolah ini:1. Pemberi tanggungjawab
2. Penerima tanggungjawab
3. Bukti tanggungjawab dilaksanakan iaitu oleh pihak penilai seperti Bahagian Audit Sekolah, Audit
Dalaman, Naziran dan Jabatan Audit Negara.
KONSEP AKAUNTABILITI
1. Memikul amanah
2. Kecekapan dan keberkesanan tindakan
3. Kewajipan memberi penjelasan dan keterangan
4. Menanggung akibat
TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH
1. Penyediaan Penyata Kewangan
2. Kemukakan Penyata Kewangan
3. Perlantikan Juruaudit Dalaman
4. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
5. Pemeriksaan Mengejut
6. Perlantikan Pemverikasi Stok dan Pegawai Pemeriksa
7. Penyediaan Rekod/Dokumen Kewangan Untuk Pengauditan
8. Jawapan Kepada Laporan/ Pertanyaan Audit
KESALAHAN YANG BOLEH DIKENAKAN SURCAJ
Antara perkara-perkara yang membolehkan surcaj dikenakan kepada pengurus sekolah ialah:1. Gagal mengutip dan mengurus kutipan yang dipertanggungjawabkan
2. Telah membuat pembayaran menggunakan wang awam dengan cara tidak teratur dan tidak
dijamin kesempurnaannya
3. Telah menyebabkan berlakunya kekurangan atau kehilangan wang awam/harta benda kerajaan
4. Gagal menyelenggara akaun dan rekod kewangan dengan sempurna dan teratur

5. Gagal membuat pembayaran atau telah menangguhkan pembayaran wang awam kepada yang
berhak menerima
PENALTI
Melalui Akta Pendidiakn 1996 - Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit 2002), penalti yang
boleh dikenakan atas pelanggaran kepada peraturan kewangan adalah:1. Denda tidak lebih RM5,000.00
2. Penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya sekali
ISU-ISU PENEMUAN AUDIT
Berdasarkan kepada pengauditan terhadap Penyata dan Pengurusan Kewangan Sekolah, didapati
kelemahan-kelemahan berikut sering ditemui dan pelanggaran kepada peraturan kewangan ini boleh
menyebabkan sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran:1. Ada Laporan Khas
2. Rekod kewangan tidak diselenggarakan
3. Rekod kewangan tidak dikemaskinikan
4. Pungutan tidak diserahkan ke pejabat
5. Pungutan lewat dibankkan
6. Pungutan tidak diperakaunkan
7. Pungutan tidak dibankkan
8. Resid tidak dikeluarkan bagi pungutan
9. Pungutan tanpa kelulusan
10. Pungutan yang tidak menepati kebenaran
11. Mengeluarkan resid sementara
12. Akaun Belum Terima
13. Tuntutan tidak bersamaan jumlah murid
14. Pembayaran tanpa dokumen sokongan
15. Bil lewat dijelaskan bayaran
16. Akaun Belum Bayar tidak diisytiharkan
17. Pembayaran melalui cek terbuka
18. Perbelanjaan tanpa kebenaran atau kelulusan
19. Perolehan tanpa sebutharga
20. Peruntukan berbaki melebihi 5%
21. Kumpulan Wang Terkumpul berbaki tinggi atau defisit
22. Wang dibank mengalami defisit
KEPENTINGAN AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN
1. Perancangan sekap dan berkesan
2. Elakkan kekurangan kutipan hasil
3. Pembaziran sumber kewangan, tenaga dan masa
4. Elakkan rasuah dan penyelewengan
5. Elakkan tindakan mahkamah dan surcaj
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA KELEMAHAN
1. Kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal-hal pengurusan kewangan
2. Tiada penyeliaan dan pengawasan terhadap pegawai dan kakitangan
3. Pegawai awam kurang mahir/latihan
4. Kawalan dalaman lemah

5. Peraturan/arahan tidak disimpan atau dikemaskini


6. Sengaja melanggar arahan kerana kepentingan diri
KESAN TIADANYA AKAUNTABILITI
1. Mengurangkan hasil kerajaan
2. Tunggakanhasil terus meningkat
3. Perbelanjaan melebihi pendapatan
4. Harta awam sukar dikesan
5. Penyelewengan
6. Tidak adil untuk pembayar cukai
CADANGAN/SYOR
Ketua jabatan adalah perlu:1. Memahirkan diri dalam pengurusan kewangan
2. Melakukan pemantauan dan penyeliaan
3. Menanamkan nilai murni dan integriti kepada kakitangan
4. Tindakan segera kepada laporan dan pemerhatian audit
5. Amanah dan telus

You might also like