You are on page 1of 2

PROGRAM MAJLIS RESTU ILMU UPSR

1.0 Pendahuluan
Majlis Restu Ilmu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon UPSR
untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Program ini diadakan untuk
menyediakan calon UPSR dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki
peperiksaan sebenar.
2.0 Rasional
Rasionalnya Majlis Restu Ilmu kerana restu guru serta bimbingan &motivasi
mampu menjadi kekuatan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan di
samping sokongan berterusan daripada pihak sekolah.
3.0
3.1
3.2
3.3
4.0
4.1
4.2
4.3

Matlamat
Untuk melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan,
berdaya saing dan cemerlang.
Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai guru.
Menanam sikap hormat menghormati.
Objektif
Memohon restu guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai
bekalan paling berharga menghadapi peperiksaan UPSR.
Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih
kepada guru dan pihak sekolah.
Membina hubungan erat antara sesama pelajar dan guru supaya
berlapang dada menjelang peperiksaan UPSR.

5.0
5.1

Pelaksanaan:
Tarikh : 04 September 2014

5.2

Hari : Khamis

5.3

Masa : 10.30 a.m. 11.30a.m.

5.4

Tempat : Dewan sekolah

6.0

Kumpulan Sasaran

6.1

Calon UPSR 2014 seramai 96 orang.

7.0

Aturcara Majlis
10.30 pagi : Murid berkumpul
10.40 pagi : Kehadiran guru besar,GPK 1 dan guru-guru
10.45 pagi : Taklimat setiausaha peperiksaan
Ucapan guru besar
Pemberian cenderahati kepada murid-murid
Upacara bersalaman antara murid-murid dengan
guru-guru
11.30 pagi : Jamuan ringan

8.0 Jumlah Perbelanjaan


(RM)
01
Cenderahati pelajar
RM2.00 X 96 orang = RM192.00
02
Jamuan Ringan
RM2.00 X 110 orang = RM220.00
Jumlah keseluruhan RM412.00

You might also like