You are on page 1of 3

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)

Peringkat
: Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan
: Guru Penyelaras Bestari (GPB)
Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu
bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi
persekolahan.
1. Pengajaran dan Pembelajaran
1.1 Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu
seminggu.
1.2 Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan ICT di sekolah.
2. Pengurusan ICT Sekolah
2.1 Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian
teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di
sekolah.
2.2 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia
mata pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di
sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia
mata pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi
pendidikan di sekolah berdasarkan
keperluan bagi tujuan
pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Mengurus dan menyelaras dan menyediakan akaun pengguna emel bagi
warga sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan pentadbiran sekolah.
2.5 Merancang,
menyelaras
dan
mengurus
dan
menjadualkan
penyelenggaraan (corrective dan preventive) kemudahan ICT dan
perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik Komputer serta
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul dari semasa ke
semasa.
2.6 Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi
penyaluran maklumat berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial
dan keselamatan data yang berkaitan dengan teknologi di sekolah.
3. Khidmat Bantu Kepakaran ICT Sekolah
3.1 Pentadbir, Guru dan Staf
3.1.1 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna
bagi guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam
mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.2 Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna
bagi staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam
aktiviti pengurusan dan pentadbiran.
3.1.3 Merancang dan menyediakan khidmat bantu di sekolah sebagai
pakar rujuk berkaitan teknologi pendidikan.untuk tujuan
pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran.
3.1.4 Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan
bimbingan untuk guru meningkatkan kemahiran abad ke-21

dalam pembelajaran murid dengan mengintegrasikan ICT melalui


pengajaran dan pembelajaran.
3.1.5 Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta
bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan
dalam pelbagai platform, seperti laman web, pangkalan data,
aplikasi interaktif, blog, wiki, laman perkongsian video dan lainlain untuk membantu guru mengintegrasi ICT dalam P&P
3.1.6 Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan
ICT dan memberi khidmat kepakaran dalam mengaplikasi
penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk proses P&P bagi
mata pelajaran tertentu.
3.1.7 Mengurus dan melestarikan kolaborasi di antara murid dan guru
di dalam program pengantarabangsaan sekolah melibatkan P&P.
3.2 Murid
3.2.1 Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi
mengalakkan murid untuk membaca, melihat, mendengar dan
bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan melalui ICT.
3.2.2 Merancang, memantau dan melaksana program bagi mendidik
dan membimbing murid mengenai integriti, etika penggunaan, isuisu sosial dan keselamatan data dalam penggunaan ICT di
sekolah.
3.2.3 Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih
kemahiran ICT tambahan kepada murid Briged Bestari secara
berterusan.
3.2.4 Merancang, memantau dan melaksana program bagi memupuk
kemahiran pembelajaran abad ke-21 supaya murid dapat
membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke arah
penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang hayat agar
mampu bersaing di peringkat antara bangsa.
3.2.5 Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk
pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah
kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
3.2.6 Merancang, memantau dan melaksana program bagi
membimbing murid mengakses maklumat melalui pembelajaran
ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa) bagi
tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan menghasilkan
laporan terhadap maklumat tersebut.
3.2.7 Merancang, memantau dan melaksana program bagi
Membimbing murid berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah
ataupun di luar negara menggunakan teknologi komunikasi dan
media.
3.2.8 Merancang, memantau dan melaksana program Membimbing
murid menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah
untuk tujuan merancang strategi penyelesaian masalah dalam
pembelajaran mereka.
4. Pengurusan Penarafan Sekolah Melalui Smart School Qualification
Standards (SSQS)
4.1 Mengurus, menyelaras dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.
2

4.2 Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada


pihak yang berkenaan.
4.3 Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program peningkatan
budaya ICT di sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS
semasa.
5. Am
5.1 Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti Pembestarian
Sekolah kepada pihak yang berkenaan.
5.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah
dari semasa ke semasa.

You might also like