You are on page 1of 3

SKRIP ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM KELOLAAN

PASUKAN KADET BOMBA SMK SUNGAI LAYAR BERTARIKH 23 MAC 2016 (AHAD)
............................................
1.Pelajar berhimpun seperti perhimpunan mingguan biasa.
2.Ketua perbarisan berdiri di bawah mengadap pentas
3. Anggota Kadet Bomba LELAKI berdiri sebaris di bawah mengadap pentas dengan
pembawa bendera berdiri di tengah-tengah
4.Juruacara majlis bersedia memulakan majlis.
Juruacara majlis : Perhatian...
Diminta semua guru mengambil tempat masing-masing
Semua pelajar diminta bersedia kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi
..Mengumumkan ketibaan Tuan Pengetua, Pn Fatimah binti Shaari diiringi para pentadbir
ke pentas perhimpunan bulanan kokurikulum kelolaan Kadet Bomba dan Penyelamat
sekolah
(Ketua perbarisan bagi arahan ..DEWAN..DEWAN..SEDIA..)
(Asma Al Husna)
(Lagu Negaraku)
(Lagu Sekolah)
(Lagu Kadet Bomba)
(Ketua perbarisan melapor kepada Pengetua... ASSALAMUALAIKUM PUAN, DEWAN SIAP
SEDIA UNTUK MAJLIS PERHIMPUNAN PUAN... TERIMA KASIH PUAN )
Juruacara majlis :
Dipersilakan semua guru dan para pelajar untuk duduk...............................
( Ketua Perbarisan bagi arahan kepada Anggota Kadet LELAKI keluar melalui pintu tepi
dewan dan mengambil tempat dibelakang pelajar lelaki
SEDIA.. KEKIRI PUSING... CEPAT JALAN )
Juruacara majlis :
Bismillahirrahmanirrahim
Yang dihormati
YANG BERUSAHA,
PUAN FATIMAH BINTI SHAARI
PENGETUA SMK SUNGAI LAYAR
YANG DIHORMATI,
PUAN HAJAH HAMIDAH BINTI MOHD GHURIMI
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
YANG DIHORMATI,
ENCIK HASSIM BIN ALI
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
YANG DIHORMATI,
PUAN FAIZAH BINTI AHMAD TAJUDDIN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
YANG DIHORMATI,
PUAN SHARIFAH BINTI SHAARI
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
Yang dihormati
Guru-guru Kanan, Guru-guru seterusnya Rakan-rakan seperjuangan yang
dikasihi sekalian
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera..
Juruacara majlis :

Majlis Perhimpunan pada pagi ini dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan
pengetua yang baru, Puan Fatimah binti Shaari ke SMK Sungai Layar. Kehadiran tuan
pengetua memberikan semangat baru kepada kami para pelajar bagi meneruskan
kesinambungan dalam usaha kami mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.. Terima
Kasih Puan...
Juruacara majlis :
Seterusnya, Dipersilakan .......................................................... untuk melafazkan ikrar.
(Terima Kasih)
Dipersilakan................................................................... untuk mengetuai bacaan doa.
(Terima Kasih)
Para pelajar dibenarkan duduk....
Izinkan saya untuk menerangkan kepada tuan pengetua dan guru-guru mengenai
pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMK Sungai Layar. Pada tahun 2016, pasukan ini
dianggotai seramai 105 orang pelajar merangkumi sesi pagi dan petang. Pasukan ini
diterajui oleh 12 orang guru penasihat dan merupakan pasukan unit beruniform yang
bergerak aktif dalam bidang kokurikulum di sekolah ini. Pada bulan januari yang lalu,
pasukan ini telah mengambil initiatif untuk melaksanakan sendiri Perkhemahan dan
Kursus Kenaikan pangkat kepada anggota kadet dan sentiasa mendapat kerjasama yang
sepenuhnya daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia zon Sungai Petani. Pada
30 Mac nanti, pasukan ini akan menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan Kadet Bomba
daerah Kuala Muda/Yan dengan sasaran untuk menjadi johan dalam pertandingan
tersebut. Mohon restu Tuan Pengetua dan doakan agar kami beroleh kejayaan.
Dijemput guru yang bertugas pada minggu ini iaitu.................................................untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
( Terima kasih)
Tambahan :
Dijemput...............................................................................................................................
..............................................................................................................................................
.........................................
Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua, Puan Fatimah binti Shaari,
untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima Kasih Puan.
Semoga apa yang disampaikan tadi memberi manfaat dan ingatan kepada kita semua.
Para guru dan pelajar diminta berdiri ...
Bersedia untuk menyanyikan lagu Negeri Kedah dan lagu Pendidikan Cemerlang Kedah
Terbilang dengan iringan muzik..........(nyanyian)
(Ketua Perbarisan bagi arahan SEDIA kepada semua pelajar)
( Ketua Perbarisan melapor diri.. ASSALAMUALAIKUM PUAN, DEWAN MENGUCAPKAN
TERIMA KASIH,MOHON MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN ..TERIMA KASIH PUAN.)
(Ketua Perbarisan bagi arahan SENANG DIRI kepada semua pelajar
Juruacara majlis : Kita sudahi majlis kita pada hari ini dengan bacaan surah Al-Asr.
Sekian Terima Kasih

Tugasan semasa Perhimpunan Bulanan Kokurikulum SMK Sungai Layar bertarikh 23


Mac 2016

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Juruacara Majlis :
.............................................................................
Ketua Perbarisan :
..............................................................................
Pembaca Doa :
..............................................................................
Pembaca Ikrar :
..............................................................................
Ketua Anggota Berbaris PEREMPUAN :..................................................................
..................................................................
Pembawa Bendera :..........................................................................
Anggota Standby/ pembawa dulang :..........................................

Pembaca ikrar
Pembaca doa
Juruacara
majlis

Ketua anggota
berbaris

PENTAS
Pengetua

Ketua
Perbarisan

(lapor)

Pembawa
bendera

Ketua anggota
berbaris
PEREMPUAN

PELAJAR LELAKI

Pengetua,
PK

PELAJAR PEREMPUAN

PELAN DEWAN
SEMARAK

You might also like