You are on page 1of 21

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

MODUL 5.1 : 5.1.3


Standard
kandungan:
Standard
pembelajaran:

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi


5.1.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk baharu sistem
fertigasi.

Masa:

120 minit

NOTA RUJUKAN
Reka Bentuk Sistem Sistem Fertigasi

Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Pengurusan Sistem Pengairan


Sistem pengairan adalah nadi utama dalam sistem fertigasi. Fungsi
utama sistem pengairan adalah untuk mengagihkan nutrien kepada
tanaman. Bagi pengeluaran tanaman secara fertigasi, pengairan yang
digunakan ialah secara titisan.
1

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan


dengan bantuan alat pengatur masa. Kekerapan dan tempoh masa
setiap titisan bergantung kepada jenis tanaman dan peringkat umur
tanaman. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja
yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk
menyerap dan menyimpannya.
Sistem Pengairan perlu diuji seminggu sebelum menanam :
1. Pastikan sistem boleh beroperasi dengan baik dan lancar
2. Saluran ke ladang tidak bocor
3. Aliran sekata setiap saluran paip dan ke polibeg
4. Sistem timer mengikut waktu yang ditetapkan
5. Pam berfungsi dengan baik
Sistem pengairan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

Sistem
Pengairan
Pam
Pengurusan
Sistem
Pengairan

Sistem
Pengairan
Ladang

Sistem
Pengatur
Masa
(Timer)

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Pam Elektrik Automatik

Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Ladang

Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Set Pemasa (Timer)


1. Menetapkan fungsi AUTO

AUTO

X
MANUAL ON

AUTO

MANUAL OFF

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

2. Pemasangan set pemasa(timer) pam air

Langkah-langkah Pemasangan Sistem Fertigasi


1.

2.

Sediakan komponen-komponen utama seperti gambar di bawah.

Pastikan kawasan atau tapak untuk meletakkan reka bentuk sistem


berada dalam keadaan bersih, rata dan berdekatan dengan sumber
air dan elektrik.

3.

Rujuk lakaran reka bentuk yang dibuat.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja, Pam dan Set Pemasa (Timer)
4.

Sediakan tangki @ tong nutrien dan tebuk bahagian atas seperti


gambar di bawah.

1
5.

Pasang soket bekalan elektrik untuk memasang set pemasa (timer).


Set Pemasa (Timer) perlu diprogram mengikut jadual siraman yang
diperlukan. Bekalan elektrik perlu disambung dari set pemasa (timer)
ke tangki @ tong larutan untuk menghidupkan pam.

6.

Pasangan paip 16mm ke pam dan masukkan ke dalam tangki @ tong


nutrien tadi dan keluarkan paip16mm melalui lubang yang dibuat
pada bahagian atas penutup tangki. Pastikan pam ditenggelamkan
kedalam tangki dan sambungkan pada paip poli 16mm atau fitting
yang dibekalkan (jika berkenaan) keluar dari tangki.

1
7.

Tangki @ tongnutrien perlu mempunyai sumber air masuk iaitu dari pili
paip yang memerlukan kemasan (fitting) tertentu termasuk injap
pelampung seperti " toilet lushing". Ianya juga perlu ditebuk sebanyak
2 lubang, dimana 1 lubang untuk dipasangkan injap pelampung dan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

1 lubang lagi untuk sambungan bekalan elektrik pam serta saluran


keluar paip poli 16mm.
8.

Paip disambung kepada paip poli 16mm lain untuk menyalurkan air
ke tanaman samada secara lurus atau terus iaitu memanjang
sebagai contoh 10meter, atau boleh menggunakan kemasan (fitting)
"Tee" dan "Elbow" untuk membentuk sambungan paip 4 segi atau
bentuk L bagi mengikut tapak atau tanah tempat tanaman tersebut.

9.

Pam yang telah siap dipasang dengan paip poli 16mm serta
mikrotiub dan set penitis (dripper) perlu diuji untuk untuk memastikan
air keluar pada semua penitis (dripper) dan tidak ada kebocoran
pada mana-mana sambungan.

Pemasangan Sistem Perpaipan


10. Ukur paip tambahan (subline) (paip yang menyalurkan air baja dari
mainline ke mikrotiub penitis (dripper)dan seterusnya ke polibeg)
sepanjang 11 kaki sebanyak 4 unit.
* Paip Utama (Mainline) dan paip tambahan (subline) adalah paip
poli 16mm.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

11. Seterusnya paip tambahan (subline) yang dipotong tadi ditebuk


menggunakan paku payung dengan jarak setiap tebukan sepanjang
1 kaki. Tujuannya adalah untuk memasangpenitis (dripper) dengan
menggunakan mikrotiub tadi. Mikrotiub hendaklah dipotong terlebih
dahulu sepanjang 1.5 kaki dan dipotong secara serong.

12. Quick Action Valve (QAV) dipasang di kedua-dua bahagian hujung


paip titisan (dripline) untuk tujuan mengawal air baja keluar masuk.

13. Kemudian, Elbow 16mm dipasang pada paip titisan (dripline) bagi
menyambung membentuk sistem empat segi, manakala Tee 16mm
untuk membuat sambungan di tengah-tengah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

14. Potong paip poli 16mm sepanjang 3 kaki untuk membuat paip utama
(mainline) bagi menyambung setiap paip titisan (dripline) yang telah
dibuat.

15. Akhir sekali, buat pemasangan di bahagian tengah di mana


bahagian ini adalah kawasan bermulanya air masuk ke dalam sistem.
Tujuannya ialah untuk memastikan air yang masuk adalah sekata.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Lakaran Reka Bentuk Sistem Fertigasi Sedia Ada Digunakan di Malaysia


5.1.3 Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
Setelah murid mempelajari reka bentuk sistem fertigasi yang sedia ada
terdapat di Malaysia, murid dikehendaki membuat lakaran reka bentuk
baharu mengikut kreativiti dan inovasi masing-masing berdasarkan
komponen utama yang digunakan dalam sistem tersebut.
Lakaran tersebut perlulah dihasilkan dalam bentuk lakaran 2D atau 3D.
Lakaran juga perlu menggambarkan bentuk dan saiz sebenar reka
bentuk yang akan dibina.
9

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah mempelajari lakaran reka bentuk dalam tajuk lakaran
piktorial.

KEPERLUAN BAHAN
1.
2.
3.
4.
5.

Contoh sistem fertigasi


Pensel
Pembaris keluli
Kertas A4 / Kertas lukisan
Pemadam

KEPERLUAN PERALATAN
1.
2.
3.
4.

LCD / Projector / Viewer


Komputer / Chrome Book
Alat Tulis
Peralatan lukisan

AKTIVITI
LakaranRekaBentukBaharu SistemFertigasi

Set Induksi Guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk ke
hadapan kelas.
Murid diberi sebuah kotak yang berisi beberapa kad petak
bewarna dan dikehendaki membuat cabutan satu kad dari
kotak tersebut.
Kad petak bewarna
sistem yang berbeza.

mengandungi lakaran reka bentuk

10

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Murid yang terpilih akan menerangkan kelebihan sistem


tersebut berdasarkan kriteria-kriteria di bawah :
a) Nyatakan komponen-komponen yang digunakan
dalam sistem tersebut.
b) Apa kelebihan dan kelemahan menggunakan sistem
tersebut.
c) Apa yang akan terjadi sekiranya salah satu komponen
yang dinyatakan tidak digunakan.
Murid memberi jawapan secara lisan.
RujukPenilaian 1
Langkah 1

1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan diberi tajuk yang berbeza iaitu:
a. Reka Bentuk Sistem
b. Pengurusan Sistem Pengairan Dalam Reka Bentuk
Sistem Fertigasi
c. Susun Atur Sistem Pengairan :
i. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Pam
Elektrik Automatik
ii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Ladang
iii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Set
Pemasa (Timer)
d. Langkah-langkah Pemasangan Sistem Fertigasi
i. Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja,
Pam dan Set pemasa (Timer)
ii. Pemasangan Sistem Perpaipan
11

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

3. Murid diberi masa 15 minit untuk berbincang dan


mendapatkan maklumat.
4. Murid membuat pembentangan hasil kerja dan masa
yang diperuntukkan selama 5 minit untuk membuat
pembentangan.
5. Guru membuat ulasan.
RujukPenilaian 2
Langkah 2

1. Guru memberikan beberapa contoh lakaran reka bentuk


sistem fertigasi yang sedia ada digunakan di Malaysia
sebagai panduan.
2. Berdasarkan kepada reka bentuk sistem fertigasi yang
ditunjukkan oleh guru, murid dikehendaki melakar satu
lakaran reka bentuk baharu sistem fertigasi mengikut
kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
3. Murid diberi kertas A4 atau kertas lukisan secara individu
untuk digunakan membuat lakaran.
4. Lakaran perlu menggunakan elemen-elemen reka
bentuk yang telah murid pelajari dan dihasilkan dalam
bentuk dua dimensi atau tiga dimensi.
5. Lakaran yang telah siap perlu ada :
a. Label komponen-komponen utama yang
digunakan.
b. Nyatakan sama ada menggunakan bahan-bahan
terbuang atau tidak.

12

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

6. Guru memilih secara rawak hasil lakaran yang dibuat


oleh murid untuk pembentangan.
7. Guru membuat rumusan secara keseluruhan.
RujukPenilaian 3
Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.
Murid melengkapkan Jadual KWL.

13

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 1
Menyatakan Pengetahuan Sedia Ada
Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit
1. Guru memilih secara rawak beberapa orang murid untuk ke hadapan
kelas.
2. Murid diberi sebuah kotak yang berisi beberapa kad petak bewarna
dan dikehendaki membuat cabutan satu kad dari kotak tersebut.
3. Kad petak bewarna mengandungi lakaran reka bentuk sistem yang
berbeza.
4. Murid yang terpilih akan menerangkan kelebihan sistem tersebut
berdasarkan kriteria-kriteria di bawah :
a) Nyatakan komponen-komponen yang digunakan dalam sistem
tersebut.
b) Apa kelebihan dan kelemahan menggunakan sistem tersebut.
c) Apa yang akan terjadi sekiranya salah satu komponen yang
dinyatakan tidak digunakan.
5. Murid memberi jawapan secara lisan.

14

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 2
Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Arahan : Murid diberi masa selama 35 minit
Kerja Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi
tajuk yang berbeza iaitu:
Kumpulan 1
Kumpulan 2

Kumpulan 3

Susun Atur Sistem Pengairan :


i. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Pam
Elektrik Automatik
ii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi
Ladang
iii. Susun Atur Sistem Pengairan Fertigasi Timer

Kumpulan 4

Langkah-langkah Pemasangan Sistem Fertigasi


i. Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja,
Pam dan Timer
ii. Pemasangan Sistem Perpaipan

Reka Bentuk Sistem


Pengurusan Sistem Pengairan Dalam Reka Bentuk
Sistem Fertigasi

2. Murid diberi masa 15 minit untuk berbincang dan mendapatkan


maklumat.
3. Murid membuat pembentangan hasil kerja selama 5 minit bagi setiap
kumpulan.
4. Guru membuat ulasan secara keseluruhan.

15

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 3
Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Baharu Sistem Fertigasi
Arahan : Murid diberi masa selama 60 minit

Kerja Individu
1. Guru menunjukkan contoh lakaran reka bentuk sistem fertigasi yang
sedia ada digunakan di Malaysia.
2. Murid dikehendaki melakar satu lakaran reka bentuk baharu sistem
fertigasi mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
3. Murid diberi kertas A4 atau kertas lukisan secara individu untuk
membuat lakaran.
4. Lakaran yang dilukis perlu menggunakan elemen-lemen reka bentuk
yang telah murid pelajari dan dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
atau tiga dimensi.
5. Lakaran 2D atau 3D perlu ada :
a. Label komponen-komponen utama yang digunakan.
b. Nyatakan sama ada menggunakan bahan-bahan terbuang
atau tidak.
6. Guru memilih secara rawak hasil lakaran yang dibuat oleh murid untuk
pembentangan.
7. Guru membuat rumusan secara keseluruhan.

16

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 1
MencaridanMengumpul

MAKLUMAT
Rajah menunjukkan satu reka bentuk sistem fertigasi yang telah
digunakan di Malaysia.

a) Nyatakan komponen-komponen yang digunakan dalam sistem


tersebut.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
17

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

b) Apa kelebihan dan kelemahan menggunakan sistem tersebut.


Kelebihan

Kelemahan

c) Apa yang akan terjadi sekiranya salah satu komponen tidak


digunakan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

18

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 2
KonsepdanAplikasi

TEKNOLOGI

MencaridanMengumpul

MAKLUMAT

1. Rajah menunjukkan beberapa komponen utama yang diperlukan


dalam sistem fertigasi.

Nyatakan nama dan fungsi bagi setiap komponen utama tersebut.


Nama komponen

Fungsi

A
B
C
2. Susun langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi mengikut susunan
yang betul dengan menulis I, II dan III pada petak yang disediakan.
Pemasangan Bahagian Tangki Larutan Baja, Pam
dan Timer.

II

Sediakan semua komponen utama yang


diperlukan.
Buat pemasangan perpaipan.

19

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Uji sistem pengairan sama ada berfungsi atau


tidak.

LAMPIRAN 1
LampiranJadual KWL

NamaMurid :
Tingkatan

Tajuk

:
JADUAL KWL

Pengetahuan (K)

Apa yang perludipelajari (W)

*Bahagianpembelajaran
membuatrumusan

(L)

Pembelajaran (L)

diisiselepassesiPdPberakhirselepas

guru

20

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Rujukan:
Laman Web :
1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindunghujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my
4. https://fazaraicreative.wordpress.com/1-3-elemen-elemen-rekabentuk/

Bahan Rujukan :
1. Diver, S. 2006. Aquaponics Integration of Hydroponics with
Aquaculture. National Sustainable Agriculture Information Service,
Australia.
2. ECOLIFE Foundation. 2011. Introduction to Village Aquaponics.
ECOLIFE, 324 State Place, Escondido, CA 92029.25 hlm.

21

You might also like