You are on page 1of 1

Lemang Periuk Kera

Lemang periuk kera merupakan makanan utama kaum melayu yang sangat unik dan jarang didapati di
kebanyakan kedai di malaysia. masakan yang sedap ini sukar didapati mungkin karena bahan
utamanya iaitu kelongsong periuk kera ini tumbuh melata di kawasan yang lembab di tepi hutan.

BAHAN-BAHAN

1. 20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan


dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
2. 300g beras pulut. Basuh dan toskan.
3. 1 liter santan
4. Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
5. Gula kalau suka rasa manis pada pulut

CARA MEMBUATNYA

Cara:

1. Masukkan pulut kedalam kelongsong periuk kera hingga hampir penuh permukaan
kelongsong susunkan dalam pengukus perlu susun agak rapat sebab bentuk periuk kera
yang agak bulat lonjong tak boleh tegak so rapat2kan dalam pengukus.
2. Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan gaul rata, kalau nak mudah isikan santan dalam
jug bermuncung untuk curahkan ke dalam kelongsong yang dah ada pulut hingga penuh.
3. Kukuskan lemang periuk kera ini selama 30 minit tengok kalau belum masak lamakan sikit
sebab pulut dengan santan cepat masak.
4. Padamkan api sejukkan dan hidangkan bersama rendang atau serunding daging, ayam, ikan
atau serunding kelapa.

You might also like