You are on page 1of 7

Dadih Homemade

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap
bulan(warna merah)
1 liter susu segar biasa
1 liter susu segar berperisa coklat
1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
1.2 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
1sudu teh coklat emulco

Cara-cara
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut
dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak
hingga mendidih.
Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan
susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa
coklat dan coklat emulco.
Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau
agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak
terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg
berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih
coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun
boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas
menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je).
Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa
menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu
dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan
jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )

homemade dadih...Dadih Cap Jihan!

2 jug air (about4 litres)


1 pek coffemate 440g
2 cawan gula (about 500g)
1 tin susu cair
1 pek serbuk crystal jelly yg original flavour (10g)
perisa - strawberry, vanilla, chocolate, coffee...
cara2:
didihkan air dlm periuk. api sederhana
masukkan serbuk jelly - kacau hingga sebati dan jgn kasi berketul2
masukkan coffeemate - kacau hingga sebati
masukkan susu cair n kacau
masukkan gula n kacau.boleh tambah atau kurangkan ikut sesedap rasa
biarkan mendidih seketika
padamkan api.
ambil sedikit campuran tadi...tambahkan dgn 1 perisa sesedap rasa...tuang dlm bekas plastik hingga abis
campuran tu.
then ambil sedikit lagi...campur dgn perisa lain pulak...tuang dlm bekas...
biarkan sejuk dlm bekas...then boleh masuk fridge..

DADIH (Kak Gie)


Bahan-nya .
35gm agar-agar powder
6 liter air - anggaran 4 jag ( kalau u ada pitcher tupperware gunakan yg kecil - 1.5 liter)
500 gm susu tepung ( dibancuh dgn 1 cawan air - tidak termasuk air yang 6 liter tadi)
700 gm gula castor ( ikut rasa , tapi mesti manis kalau tidak , tak sedap)
20 gm esen vanilla
Perisa emulco - strawberry, jagung & chocolate
Cara-cara nya.
1. Masak agar agar dgn air hingga larut.
2. Masukkan gula , masak hingga mendidih. Sejukkan 15 minit (suam suam kuku)
3. Masukkan susu kedalam agar agar tadi,kacau rata, masak hingga mendidih dan tapiskan.
4. Akhir sekali masukkan perisa yg anda suka ,kalau boleh biarlah lebih sedikit barulah 'kaw' , kacau rata
rata dn masukkan kedlm acuan kecil yg ada penutup. Sejukkan dlm peti sejuk.
Tips dari Kak Gie
Kalau buat dalam kuantiti yang sedikit, boleh gantikan air dan susu tepung dengan susu UHT dalam kotak
yang berperisa coklat, strawbery dan lain-lain.
Bila dah masak dadih ni dan dah masukkan dalam bekas plastik kecil, pastikan jangan dibiarkan terbuka
lama terutama di tempat yang ada kipas angin. Nanti permukaan dadih ni tak cantik......beralun gitu.....
Oh Ya....pesan chetam...nak beli emulco tu, make sure dari kedai borong...........murah.....kat Giant, sebotol
kecil macam esen vanila tu harganya melebihi RM4.00.
RESEPI DADIH (Untuk 50 bekas kecil)
Bahan-bahan :- 20 gm agar-agar (ada pack 20gm)
- 400 gm susu tepung Everyday (Refill Pack)
- 2 cawan gula

1 tin susu IDEAL


Perisa (Boleh guna Emulco kek/perisa minuman double lion)

Cara-cara :1. Rebus agar-agar dengan 10 cawan air sampai semua agar-agar larut
2. Tambah lagi 10 cawan air dengan 2 cawan gula
3. Sementara tunggu mendidih, blend/mix susu tepung, susu IDEAL dan satu cawan air.
4. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend/mix ke dalam periuk agar-agar tadi.
5. Sentiasa kacau untuk elak meruap. Bila dah didih, tutup api.
6. Bahagikan kepada beberapa bekas besar mengikut bilangan perisa
7. Masukkan satu persatu sudu perisa sehingga ada warna, bau dan rasa.
8. Kacau selama 15 minit untuk suamkan.
9. Masukkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk.
DADIH STRAWBERRY
Bahan
1 liter susu kotak strawberry dutch lady
1 cawan air
4 s/b gula
1 s/b serbuk agar-agar
150 ml [1 cawan kecil] yogurt asli dutch lady
Caranya
1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendideh tutup api.
3. Masukkan susu kotak strawberry dan yogurt asli. Kacau rata.
4. Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
5. Sejukkan dalam petisejuk.
6. Hidangkan sejuk
20g agar-agar
3.2 liter air
4 senduk gula kasar
1 tin susu cair
4 senduk susu tepung
(dibancuh dengan 500ml air suam panas)
1 sudu kecil vanilla
perisa dan pewarna yang digemari
caranya..
masak aga-agar bersama air dan gula hingga mendidih dan hancur,kecilkan api,masukkan susu cair dan
bancuhan susu tepung tadi lebih kurang 5 minit ,masukkan vanilla dah tu angkat. masukkan pewarna dan
perasa yang di sukai...adunan ini menghasilkan lebih kurang 50 bekas dadih kecil...

20 cawan air biasa


15g agar-agar

3 cawan air masak


650 g susu tepung everyday
2 tutup esen vanilla
secubit garam
2 cawan gula
1 keping asam keping(sebagai pengilat)

perisa bergantung kpd kesukaan


Cara:
masakkan agar-agar dengan 20 cawan air sehingga betul2 larut.satukan kesemua bhan lain didalam satu
bekas sprti jug kacau sehingga sebati.setelah agar2 larut masukkan kesemua bahan yang telah disatukan
tadi,kacau sehingga 2 minit kemudian tutup api..tapis kedalam bekas dan sejukkan,sedia dihidang.
Cadangan Hidangan:
hidangan ini dpt memperoleh 25-30 cawan.segera tutupkan api setelah 2 minit untuk mengelakkan susu
mendap ke bawah dan tekstur dadih kasar.
Tambahan:
selepas keluarkan dadih dari pete sejuk,cbe gegarkan dadih,jika dadih anda bergegar di permukaannya
SYABAS ANDA TELAH BERJAYA!!!selamat mencuba

DADIH MUDAH

Bahan-Bahan:
Air 20 cawan
Agar-agar 1 pek (15Gram)
Susu tepung (5 cawan)
Tepung kastard / tepung jagung ( cawan)
Perisa Mengikut selera
Gula Secukup rasa
Cara:
1.Didihkan air dan kemudian bahagikan kepada 3 bahagian.
2.1/3 bahagian didihkan susu tepung dan tepung kastard.
3.1/3 bahagian larutkan gula.
4.1/3 bahagian lagi larutkan agar-agar.
5.Satukan ketiga-tiga bahagian dan biarkan sehingga mendidih.
6.Setelah mendidih letakkan ke dalam cawan dan sejukkan.
Cadangan Hidangan:
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
perisa jagung,keladi dan straberi (sedap)
Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )
1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara masak air dgn gula sampai gula hancur.


masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.
tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa
bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.
dadih jagung dan bandung ...

BAHAN-BAHAN :
1- Susu Kotak Dutch Lady UHT 1 liter (Coklat/Strawberry)
2- Air 1.7 Liter
3- Agar-Agar 1/3
4- Gula Pasir
CARA-CARA :
Masak agar-agar bersama air sebanyak 1.7 liter, bila dah sebati agar-agar tersebut, masukkan susu
kemudian tambah gula pasir secukup rasa....
Masukkan dadih ke dalam acuan, kemudian sejukkan..... DAH SIAP
MODAL :
1- Susu UHT : RM3.90
2- Agar-agar : RM0.70
3- Gula : RM0.50
4- Air : RM0.20
5- Gas : RM0.30
JUMLAH : RM5.60
beli agar-agar seringgit, guna 50 sen je..
susu cair 1 tin
susu tepung 4 sudu
gula lebih kurang 1/2 tin susu cair tu (ikut citarasa tp jgn manis sangat tak sedap)
1/2 sudu kecil garam
air 3 tin susu cair
caranya
agar-agar tu rendam sekejap pas tu masak ngan air
biar sampai hancur betul kalau tak confident elok ditapis
dadih ni kena halus baru sedap.

pas tu masukkan susu cair & susu tepung.


susu tepung tu klau bleh bancuh dulu, ambil air panas agar-agar tu pun boleh kalau tak nanti berketul
pastu masukkan gula garam dan pewarna ikut selera.
Jangan lupa kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
Tutup api dan bolehlah dituang kedalam bekas kecil.
ingat buih buih kecil kena buang tau kalau tak tak cantik..
cuba lah .
ps: kalau dah jadi tu lembut/lembik sangat perlu dikurangkan air kalau keras tambah air..
100g yoghourt asli (bukan dari pasar raya, saya dapatkan dari kedai mamak! selalu di bungkus dalam
plastik & di simpan di peti ais, tiada pengawet,rasa tiruan & rasanya amat masam sekali--betul-betul asli!)
1 kotak besar susu segar atau susu berperasa (strawberi sedap!)
gula mengikut rasa
Potongan buah-buahan strawberi/kiwi etc
Caranya
Kacau gula dengan susu kotak hingga larut kemudian masak susu tadi hingga keluar wap. (Jangan berhenti
gaul perlahan-lahan). Lepas tu biarkan sebentar agak-agak suam sikit campurkan yoghourt asli dan buahbuahan tadi kacau sampai sebati. Masukan dalam bekas seperti tapperware biarkan sampai sejuk bila sejuk
ia akan agak pejal (macam taufo fa)
simpan di dalam peti ais.
agar-agar rm 1.00
3 cawan susu tepung (everyday ...)
2 cawan gula
2 jug air
sedikit pewarna
Cara-caranya:
Masak agar-agar dengan 2 jug air hingga ia betul-betul hancur. Kemudian masukkan 2 cawan gula. Kacau
hingga gula tersebut larut. Bancuh 3 cawan susu tepung dengan 2 cawan air panas yang baru mendidih.
Tuangkan susu yang telah dibancuh dan kacau hingga ia betul-betul larut(tidak berketul). Masukkan
pewarna seperti pati ros ke...utk nampak cantik. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Biasanya boleh dapat
sampai 25 bekas dadih ikut saiz yg macam dijual kat pasar malam tu....
Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara
1.
2.
3.

masak air dgn gula sampai gula hancur.


masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga
sebati.
tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada
beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi
pepejal.

2 cawan susu tepung (susu tepung jenis apa-apa pun OK)


1 Cawan coffee mate

* Kedua-dua bahan diatas hendaklah dibancuh dengan 3 cawan air suam sehingga sebati

1.
2.
3.
4.
5.
6.

9 gram agar-agar (rendam agar-agar tu dalam air selama beberapa ketika)


5 cawan air
170 gram gula pasir(kira-kira 1 cawan gula)

Apabila sudah disediakan semua bahan-bahan, maka mari kita mulakan memprosesnya.
Masukkan agar-agar dalam periuk kecil dan masukkan 5 cawan air kedalamnya.
Masak agar-agar dengan 5 cawan air itu tadi hingga sebati.
Masukkan secawan gula pasir kedalam sebatian agar-agar tadi.
Masak campuran agar-agar dan gula sehingga sebati.
Masukkan bancuhan susu tepung dan coffee mate tadi ke dalam sebatian agar-agar bergula yang
dimasak tadi.
7. Masak semua campuran bahan tadi sehingga mendidih.
8. Masukkan perisa kegemaran anda ke dalam campuran bahan yang dimasak tersebut.Contoh perisa
yang biasa digunakan ialah coklat, sirap, jagung, keladi dan banyak lagi.
9. Setelah dimasukkan perisa kegemaran anda, tuangkan campuran bahan tersebut ke dalam bekas
yang sesuai.
10. Akhir sekali, letakkan dadih tersebut di dalam peti sejuk selama beberapa ketika.

You might also like