You are on page 1of 1

PUDING BUAH KOKTEL / FRUITS COCKTAIL PUDDING (resepi utk 2 loyang 10' x 10') Bahan-bahan 2 bungkus agar-agar strip

2.8 liter air 4 sudu besar tepung kastad 1 sudu besar tepung jagung (tepung kastad & tepung jagung ni dibancuhkan dengan sedikit susu cair) 1 sudu kecil esen vanila (jika suka) Gula secukup manis 1 tin susu cair 1 bekas nata de coco perisa asli (toskan airnya) 1 tin buah2an koktel dlm tin Cara2 membuatnya 1. Basuh agar-agar strip kemudian toskan. Masukkan dlm periuk & tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya sambil dikacau-kacau sentiasa. 2. Bila agar-agar dah larut, masukkan gula. Kacau hingga gula larut. 3. Tuangkan susu cair diikut bancuhan tepung kastad & tepung jagung tadi sambil sentiasa dikacau-kacau. 4. Biarkan seketika sambil dikacau-kacau. (rasakan jika suka lebih manis boleh tambah gula) Tutupkan api. 5. Sediakan 2 tray yang sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau-kacau sikit nata de coco tadi agar tak berkumpul satu tempat. 6. Biarkan puding sejuk dan keras sikit kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk. 7. Semasa menghidang, tuangkan buah-buahanan koktel bersekali dengan sirapnya.

You might also like