You are on page 1of 2

RESEPI MEE GORENG MAMAK

6 biji bawang besar*


1 labu bawang putih*
2 genggam lada kering (lada saya ni kurang pedas) nak tau lada kering ni pedas
atau tidak tengok pada kerintingnya lada tu*
segenggam udang kering*
1/2 cawan sos cili/tomato
1/2 cawan kicap @ secukupnya tak perlu hitam sangat sambalnya
garam, isi terakhir sekali..sbb kiub ayam dah ada garam
4 sudu besar gula (taruk selepas tumis bawang n lada)
2 stok kiub ayam
1/3 cawan minyak masak

cara
*kisar bahan bertanda sehingga hancur - guna sedikit air
* panaskan minyak dlm kuali..masukkan bahan bertanda * ..tumis sehingga
kering dan pecah minyak..masukkan gula, kicap..sos cili/tomato, kiub ayam,
..tumis lagi sehingga agak pekat..dah sambal menjadi agak gelap..
* tutup kuali ngan penutup sbb sambal mudah terpercik keluar... buka api dpur
sederhana sahaja..
* sambal ni masak nya agak lama ..lagi lama lagi sedap tapi kene kacau sentiasa
ye takut hangus di bawah.. perasakan..kalau dah ok jgn isi garam tapi jika tawar
tambah sikit je garam.. sambal ni tak la masin sangat .. simpan dlm bekas
tertutup tuk kegunaan lain..

resepi mee goreng ala mamak - saya lebih suka goreng utk sorang makan..so
kalau nak masak sekali banyak agak2 la ye

resepi tuk sorang makan


segenggam mee kuning + lebih sikit
kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong
telor
isi ayam dipotong dadu dan sotong

caranya
panaskan kuali..masukkan 2 @ 3 sudu minyak masak
masukkan 1 1/2 - 2 senduk lebih kurang pes mee goreng ..masukkan sotong,
ayam..sehingga masak
masukkan sayur kobis, dan sawi dan rasa kalau tawar tambah garam
masukkan mee kacau semua dan buat lubang ditengah kuali masukkan 1 biji
telor
biarkan sebentar kacau telor tu (biar separa masak) dan kacau sekali ngan
mee...saya guna 2 sudip nak gaul mee... sekejap je lepas taruk telor kacau2 dan
masukkan tauge gaul sebati dan terus angkat
*boleh dihiaskan dengan cili potong, taburan bawang goreng dan daun bawang dan limau nipis

You might also like