You are on page 1of 16

AKTA PENDIDIKAN 1996

Peruntukan bahagian IV
( sistem pendidikan kebangsaan),
Bab 8 - pendidikan khas diperturunkan
seperti berikut:
.
a) Menteri hendaklah mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas yang
ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)
(b) atau dimana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh
menteri suaimanfaat.
b) (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3).
Menteri boleh melalui peraturan-peraturan
yang menetapkan :-

a.Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang


sesuai dengan keperluan murid yang menerima
pendidikan khas;

b.Kurikulum yang digunakan hendaklah berhubung


dengan pendidikan khas;
b) (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3).
Menteri boleh melalui peraturan-peraturan
yang menetapkan :-

c. Kategori murid yang memerlukan pendidikan


khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan
murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

d. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh


menteri suaimanfaat perlu bagi maksud bab ini.
(2) Tempoh yang ditetapkan oleh menteri di
bawah perenggan (1) (a) tidak boleh
kurang daripada tempoh minimum
pendidikan rendah atau menengah
mengikut mana-mana yang berkenaan
yang diperuntukkan di bawah akta ini.
(3) kurikulum yang ditetapkan di bawah
perenggan (1) (b) hendaklah
mematuhi kehendak kurikulum
kebangsaan setakat yang munasabah
dan praktik.
PERATURAN PENDIDIKAN.

Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian


Pendidikan telah mengadakan Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
seperti berikut:
BAHAGIAN 1

1.Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan


Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan
Khas ) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa
pada 1 Januari 1998.
2. Dalam peraturan peraturan ini, melainkan jika
konteksnya mengkehendaki makna yang lain:-

murid-murid dengan keperluan khas ertinya


murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan atau kecacatan pendengaran atau
mempunyai masalah pembelajaran;
program pendidikan khas ertinya:-

a.Suatu program yang disediakan di sekolah


khas bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran;
b. Suatu program percantuman di sekolah biasa
bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran ; atau
c. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-
murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid biasa.
PENDIDIKAN KHAS

(1) A) Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan,


murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
dididik adalah layak untuk menghadiri program
pendidikan khas kecuali murid-murid berikut:
a. Murid yang cacat anggota tetapi
mempunyai kebolehan mental untuk
belajar seperti murid biasa, dan

b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau


yang sangat cacat anggotanya atau yang
terencat akal yang berat
1B) Seseorang murid dengan keperluan khas adalah
boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri
sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang
lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri
daripada pengamal perubatan, pegawai
daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya mengikut program pendidikan
kebangsaan.
2.Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas ,
guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau
teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi
aktiviti, dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan
bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat pendidikan khas.

You might also like