You are on page 1of 24

2.

4 PEKELILING DAN AKTA PENDIDIKAN

 (3 JAM)
 PEKELILING DAN AKTA
 (3 APRIL 2021)
 Secara berpasangan, anda dikehendaki mencari

CONTOH SURAT PEKELILING KEMENTARIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


PEKELILING DAN AKTA

 PEKELILING
 Pekeliling mengandungi perintah-perintah am kerajaan yang perlu
dipatuhi oleh setiap pegawai perkhidmatan awam.
 Pekeliling ini tertakluk kepada perubahan semasa. Secara umumnya
perintah am ini dapat dirumuskan sebagai berikut:
CONTOH PEKELILING PERKHIDMATAN AWAM (PKPA

 PKPA Bil.2/1991 : Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa


Kerajaan
 PKPA Bil.4/1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam
Perkhidmatan Awam
 Di bawah Perkhidmatan Pendidikan, etika kerja pula terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI )
yang diedarkan dari semasa ke semasa, misalnya:
 SPI Bil.6/1984 : Peraturan Pakaian di Sekolah/Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik dan
Lain-lain
 SPI Bil.7/1985 : Latihan Mengajar bagi Guru-Guru Pelatih Maktab Perguruan, Pusat/Fakulti
Pendidikan Universiti.
 SPI Bil.3/1999 : Buku Rekod Mengajar
CONTOH

 1. PKA BIL 10 TAHUN 2019 – PENGUKUHAN PELAKSANAAN PEMBERIAN ELAUN DALAM


PERKHIDMATAN AWAM (JPA.100-1/4/2 (7)
 2. PKA BIL 1 TAHUN 2020 – PEMERKASAAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM
PERKHIDMATAN AWAM (JPA.100-1/4/2 (8).
Perintah am kerajaan

• Bab A Lantikan dan kenaikan pangkat


• Bab B Elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan .
• Bab C Cuti
• Bab D Peraturan pegawai awam- kelakuan dan tatatertib.
• Bab E Rumah dan bangunan kerajaan
• Bab F Perubatan
• Bab G Waktu bekerja dan lebih masa.
AKTA

• Akta Pendidikan 1996 adalah satu Rang Undang-


Undang baru untuk pendidikan yang memansuhkan Akta
Pelajaran 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Akta
Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975 dan Akta
Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976.
Sambungan…

• Sebagai seorang warga pendidikan di Institusi


Pendidikan awam, seorang guru perlu
mengetahui dan menghayati Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) yang membicarakan
persoalan pendidikan secara khusus.
 Mengandungi 156 Seksyen yang terkandung di dalamnya 16 Bahagian di mana ia
digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Contohnya Mukaddimah Akta Pendidikan 1996 supaya dapat difahami tujuan
akta ini digubal:
 Bahawasanya mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan
negara dan penyelamat bangsa:
 Dan…
 Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang
berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat
sains, teknologi dan maklumat:
RUMUSAN AKTA 1996
sambungan…
• Di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
menjelaskan “guru” dengan ertinya seseorang yang :
• a. mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan;
atau
• b. menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran
atau memeriksa jawapan yang dikembalikan dia,
bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,
Bab 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
menjelaskan bahawa
• Pengajaran agama Islam
• (1) Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima
orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka
murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama
Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
• (2) Pengajaran yang dikehendaki di sesuatu
institusi pendidikan di bawah subseksyen
(1) hendaklah selama tempoh sekurang-
kurangnya dua jam seminggu dalam waktu
pengajaran biasa institusi pendidikan itu
atau dalam apa-apa waktu lain yang
ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-
mana institusi pendidikan yang tertentu.
• (3) Pengelola atau orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan
sesuatu institusi pendidikan yang
dikehendaki menyediakan pengajaran
di bawah seksyen ini hendaklah
membuat apa-apa perkiraan yang
perlu bagi maksud itu.
• (4) Pengelola atau orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan dua
institusi pendidikan atau lebih boleh,
dengan kelulusan Pendaftar, membuat
perkiraan supaya pengajaran di bawah
seksyen ini diberikan secara bergabung di
institusi-institusi pendidikan itu kepada
murid yang menganut agama Islam.
51. Pengajaran pengetahuan agama
selain daripada agama Islam
• Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh
mengadakan pengajaran bagi agama selain daripada agama
Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana
daripada mereka tetapi :
• a. pengadaan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang
yang diperuntukkan oleh Parlimen; dan

• b. tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain


daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan
bertulis ibu bapanya.
52. Bantuan kewangan kepada
institusi pendidikan IsIam yang tidak
ditubuhkan atau disenggarakan oleh
Menteri atau Kerajaan Negeri
• Tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang
difikirkan oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan
secara sumbangan boleh diberikan daripada wang yang
diperuntukkan oleh Parlimen kepada sesuatu institusi
pendidikan Islam, yang tidak disenggarakan oleh Menteri di
bawah Akta ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan sama
ada yang merupakan suatu institusi pendidikan mengikut
pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan
sedemikian, hanya kerana pengajaran di institusi itu adalah
terbatas kepada pengajaran agama Islam semata-mata.
Seksyen 134, Akta Pendidikan 1996 pula
menyebut
• a. enggan mengemukakan mana-mana jadual
waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan,
dokumen atau barang, atau memberi maklumat,
dengan melanggar sub perenggan (b)(ii) atau
• b. Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya sekali
Peraturan-peraturan Kurikulum
Kebangsaan 1997 menyebut:
• Guru besar/pengetua yang boleh didenda RM500 jika gagal:
• A)mempamerkan sesalinan jadual waktu di suatu tempat yang mudah
dilihat
• B)menunjukkan jadual dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran
yang diajar di sekolah untuk pemeriksaan Ketua Pendaftar dengan serta
merta
 Seseorang guru boleh didenda RM5 ribu atau penjara
3 bulan jika tidak mengajar dengan mengikut sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan

 Guru boleh didenda RM500 jika gagal menunjukkan


sesalinan sukatan pelajaran yang diluluskan bagi mata
pelajaran yang diajarnya, buku rekod pengajaran dan
senarai nama murid di bawah tanggung jawabnya
untuk pemeriksaan ketua pendaftar dengan serta
merta
• Sesiapa yang membenarkan guru mengajar
murid dengan menggunakan sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang tidak
diluluskan boleh didenda RM5 ribu atau
penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali
TUTORIAL
Apakah kepentingan dan kelebihan Akta dan
Pekeliling Perkhidmatan Awam.
Bincangkan !

You might also like