You are on page 1of 14

KUMPULAN 6

NAMA NO KP
ABD SALAM BIN A. RAHMAN 650525-01-5075
ADNAN BIN HARUN 650831-07-5107
BADROL SHAH BIN ABDUL SAHA 701209-06-5203
BOLHI BIN NARANI 690505-13-5455
CHARLES KORED JUUT 660410-13-6239
MOHD FADZIL BIN ISMAIL 660204-06-5345
MOHD IDRIS BIN BIRHAM 730720-01-6049
ROGER PETER 641125-13-5225
ROSLAN BIN MOHD ZAINAL 650831-01-5639
TAFRI BIN MOHD AMIN 721102-06-5535

PERATURAN PERATURAN PENDIDIKAN


(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997
Diterbitkan sebagai PUA (A) 531/97

Perkara Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah

3 (1) Pentadbir hendaklah memastikan perlaksanaan Kurikulum dan


Kokurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan murid dari segi jasmani, rohani, mental
dan emosi.

3 (2) Pakej mata pelajaran yang diajar di sekolah hendaklah mengikut


mata pelajaran yang telah ditetapkan.

3 (2a- Mata pelajaran yang diajar di sekolah merangkumi :


2f) a) Mata pelajaran teras (Jadual 1 dan 5)
b) Mata pelajaran Wajib (Jadual 2,6 dan 7)
c) Mata Pelajaran tambahan (Jadual 3 dan 8)
d) Mata pelajaran untuk kelas peralihan (Jadual 4)
e) Mata pelajaran Tingkatan 6 (Jadual 10)

Pakej mata pelajaran yang dtawarkan mestilah merangkumi


kesemua mata pelajaran teras dan wajib. Manakala mata pelajaran
tambahan, kelas peralihan dan tingakatan enam perlu dipilih
berdasarkan mata pelajaran yang ditetapkan.

Pihak sekolah tidak boleh menawarkan mata peljaran selain


daripada mata pelejaran yang ditetapkan.

3 (3) GPK Kokurikulum hendaklah memastikan setiap pelajar dan guru


berpeluang untuk terlibat dalam ketiga-tiga pecahan aktiviti :
a) sukan dan permainan
b) Persatuan dan kelab
c) Badan beruniform
d) Dan aktiviti sebagaiamana yang ditentukan oleh Menteri

3 (4) GPK Kurikulum hendaklah memastikan jadual waktu yang


disediakan mematuhi waktu minimum seminggu untuk mata
pelajaran yang diajar sepertimana yang dinyatakan dalam jadual
11 hingga 15.

4 Pihak sekolah hendaklah menggunakan bahan-bahan yang


dibenarkan digunakan oleh Menteri seperti buku teks, dan bahan
multimedia yang dibekalkan. Hanya menteri sahaja yang boleh
menentukan kesesuaian bahan yang digunakan untuk Proses P &
P.

Bahan-bahan yang tidak dibenarkan seperti Buku kerja tidak


boleh digunakan.

5.
Sekiranya berlaku perubahan jadual waktu, sukatan pelajaran dan
jadual minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar oleh
Ketua Pendaftaran maka pihak sekolah mesti mematuhinya.
6. Pihak sekolah hendaklah menyediakan jadual, sukatan dan jadual
waktu dan dapat menunjukkan serta merta apabila diminta untuk
pemeriksaan.

Sekiranya diminta secara notis dan perlu dijawab dalam tempoh


14 hari dari tarikh notis.

7. Guru hendaklah meletakkan salinan sukatan pelajaran dan senarai


murid yang diajar di dalam buku rekod dan bersedia apabial
diminta untuk pemeriksaan.

8. Buku rekod hendaklah disimpan dengan sempurna oleh guru.


Proses P & P perlu ditukis dan dihantar pada hari akhir
persekolahan setiap minggu. Buku rekod hendaklah dapat
disediakan serta merta apabila diminta untuk pemeriksaan.

9. Jadual, sukatan pelajaran dsb hendaklah mempunyai satu salinan


dalam bahasa Kebangsaan. Jika bahan yang diletakakan di dalam
buku rekod bukan bahasa kebangsaan sekiranya diminta untuk
pemeriksaan pengetua hendaklah menyediakannya dalam tempoh
masa 30 hari.

10. Jadual waktu induk perlu dipamerkan di tempat yang mudah


dilihat seperti di Kantin, Pejabat dan Bilik guru.

11. Guru hendaklah mengikut sukatan dan jadual waktu yang


diluluskan. Jika tidak akur, boleh didenda tidak melebihi RM
5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.
PU(A) 95/98
(PERATURAN PENDIDIKAN (MAJALAH SEKOLAH DAN BAHAN
MUTIMEDIA)

PERKARA IMPLIKASI KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH


5. PENUBUHAN Proses penerbitan dapat dlakukan dengan lancar.
JAWATANKUASA
8. KELULUSAN -. Penerbitan majalah/bahan multimediadapat
dilakukan dengan pengetahuan pengetua.
-. Kepentingan guru dan murid dapat dipelihara
daripada tindakan undang-undang.
10. Pihak pendaftar (jpn) mengetahui tentang penerbitan
MEMBERITAHU majalah dan bahan multomedia sekolah.
PENDAFTAR
11. KUASA Penerbitan majalah dan bahan multimedia dapat
PENDAFTAR diterbitkan tanpa melanggar undang-undang negara.
13. PENALTI (i) Jika melanggar peraturan dan sabit kesalahan
PENGURUSAN pengurusan didenda rm 1000.00
DIPENALTI
(ii) PENGURUSAN Jika sabit kesalahan akan didenda tidak lebih rm
DAN INDIVIDU 1000.00 atau penjara tidaklebih 6 bulan atau kedua-
LEBIH 21 TAHUN duanya.
P.U(A) 232/2002
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (AKAUN DAN AUDIT)
2002*

PERKARA IMPLIKASI KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH


2 Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi institusi
pendidikan Islam dan institusi pendidikan kerajaan atau
bantuan kerajaan yang menerima bantuan kewangan di bawah
seksyen 52 dan 64 Akta masing-masing.
Pengetua hendaklah menggunakan Peraturan-peraturan
Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002 dalam segala
urusan akaun dan audit termasuk laporan penyata
kewangan tahunan.
3 Tafsiran dalam peraturan-peraturan ini hendaklah digunapakai
kecuali ada pindaan atau perubahan oleh Menteri Pendidikan.
Pengetua hendaklah mematuhi tafsiran yang disediakan
dalam perkara (3) ini tanpa membuat sebarang tafsiran
atau pindaan baru.
4 Pengauditan penyata kewangan tahunan sesuatu institusi
pendidikan Islam atau pendidikan kerajaan atau bantuan
kerajaan yang menerima bantuan kewangan di bawah akta
hendaklah dibuat oleh seseorang juruaudit di sesuatu Bahagian
Audit.
Pengetua hendaklah hanya membenarkan juruadit di
Bahgian Audit Kementerian Pendidikan sahaja
mengaudit penyata kewangan tahunan sekolahnya.
5 Kuasa juruaudit dalam menjalankan pengauditan penyata
kewangan sekolah.
Pengetua hendaklah membenarkan juruaudit memeriksa
semua rekod kewangan, meminta penjelasan atau
maklumat, meminta sesuatu carian dan menjalankan
apa-apa penyiasatan atau pemerikaan lain bilamana
perlu tanpa sebarang halangan.
6 Tanggungjawab Pengetua ialah;
Menyediakan suatu penyata kewangan tahunan bagi
tahun berakhir 31 Disember tiap-tiap tahun mengikut
perinsip perakuanan yang diterima umum.
Mengemukakan penyata kewangan ini kepada JPN dan
seterusnya memastikan JPN mengemukakan penyata
kewangan ini ke Bahagian Audit tidak lewat 31 Mac
tahun yang berikutnya.
7(b) JPN bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewangan
tahunan yang dihantar kepadanya lengkap dan diterima oleh
Bahagian Audit.
Pengetua hendaklah bertanggungjawab melayan/
menyediakan sebarang masalah hasil daripada laporan
kewangan tahunan yang dihantar ke Bahagian Audit.
8 Laporan audit kepada Menteri; tidak berkaitan dengan
pegurusan sekolah.
9 Kewajipan Pengetua memberi jawapan atas apa-apa laporan
atau pertanyaan audit.
Pengetua hendaklah memastikan jawapan diserah
kepada juruaudit dalam tempoh tiga bulan.
10 Penyiasatan juruaudit di sekolah.
Pengetua hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya
dalam penyiasatan ini.
11 Kerahsiaan juruaudit; tidak berkaitan dengan pengurusan
sekolah.
12 Tatacara-tatacara yang hendaklah dipatuhi oleh Pengetua
sekolah dalam menguruskan akaun dan auditnya iaitu;
Akta Tatacara Kewangan 1957
Arahan perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
Peraturan-peraturan akaun dan audit dari
perbendaharaan.
Tatacara pengurusan kewangan dan perakunan oleh
Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan.
Pernyataan semasa Menteri yang berkaitan.
** Pengetua hendaklah mendapatan perkara-perkara di atas
dan menggunapakai dalam membuat penyata kewangan
tahunan.
13 Penalti seseorang yang melanggar peraturan-peraturan ini
ialah boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-
duanya.
Pengetua boleh dikenakan penalti seperti di atas jika
tidak mematuhi tatacara yang dinyatakan.
14 Peraturan-peraturan pendidikan (Akaun dan Audit) 1962 2
dibatalkan.
Pengetua hendaklah tidak boleh menggunapakai
peraturan di atas untuk urusan audit dan akaun.
JADUAL Pengetua sekolah hendaklah menyediakan rekod-rekod
(Peraturan kewangan seperti dalam JADUAL (Peraturan 3) yang
3) dibuat pada 7 Mei 2002 untuk tujuan auditan dan
simpanan sekolah dengan lengkap dan teratur.
PU(A) 275/98 & DIPINDA OLEH PU(A)445/07.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENERIMAAN MASUK
MURID KE SEKOLAH, PENYIMPANAN DAFTAR & SYARAT-SYARAT
BAGI PENGEKALAN MURID BELAJAR DI SEKOLAH).

PERKARA IMPLIKASI KEPADA SEKOLAH


4 Kemasukan murid warganegara dengan borang dan dokumen
yang lengkap hendaklah diterima.Menjadi satu kesalahan jika
tidak menerima murid untuk menerima pendidikan.
5 Menjadi kesalahan menerima murid bukan warganegara jika
murid itu tidak mempuyai pas yang dikeluarkan oleh Jabatan
Immigresen dan/atau tidak menjelaskan fi sebagaimana
ditetapkan KPM dan/atau tidak melengkapisi Borang
Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah
Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan.
6 Menjadi kesalahan jika tidak menyimpan daftar penerimaan
masuk murid yang kemaskini atau membatalkan dari daftar
nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah pada
suatu hujung bulan yang berkenaan
7 (1) Pihak sekolah boleh menolak murid warganegara yang
berpindah sekolah yang telah diluluskan oleh Pengarah
Pendidikan Negeri.
7 (2) & (3) Menjadi kesalahan menerima murid bukan warganegara yang
berpindah jika tidak menerusi permohonan baru dan fi tidak
dijelaskan serta tiada pas.
7 (4) Menjadi kesalahan jika tidak menempatkan murid yang
diluluskan perpindahannya mengikut umur murid berkenaan.
Kesalahan Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini
& Penalti adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi tiga bulan.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN ( PIBG 1998 )

PERKARA IMPLIKASI KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH

4 Penubuhan Persatuan Ibu Bapa-Guru


(1) Di tubuhkan di sekolah sebagai PIBG
- Keahlian- Guru, Ibubapa dan Pengetua

5 Tujuan dan batasan Persatuan


(1)
(a) Jaga kebajikan dan kemajuan murid untuk meningkatkan
imej sekolah.
(c) Bertukar fikiran dan maklumat pendidikan
(e) Bantu menambah dana untuk tingkatkan kemudahan fizikal
da P&P.

(3) Mohon kepakaran luar untuk meningkatkan akademik,


sahsiah dan kokurikulum

(4) Tidak boleh melangkaui pentadbiran sekolah

6 Organisasi dan Pengurusan


(1) Di tubuhkan oleh Pengetua
(3) Keanggotaan antara 5 hingga 15 orang dan pemilihan
dalam mesyuarat agung tahunan.
(4) Boleh lantik 2 orang luar dengan kebenaran PPD

7 Pendaftaran Persatuan
(1) Didaftarkan oleh pengetua kepada pendaftar beserta salinan
draf perlembagaan persatuan.

Kuasa Memilikki harta


9 Boleh memilikki, mengguna dan melupuskan harta
10 Kumpulan Wang dan Audit
(1) Sumber/sumbangan kewangan dimasukkan dalam akaun
dan beraudi
(2) Penyata kira-kira disediakan dan dibentang dalam
mesyuarat agung

13 Tidak bergabung dengan badan luar


P.U (A) 197/98
Peraturan Peraturan Pendidikan
( Penggal, Hari Dan Cuti Sekolah )

Perkara Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah


4 Pelaksanaan atau kaedah penggal-penggal persekolahan bagi
satu tahun sesi persekolahan hendaklah mendapat kelulusan
Menteri.
- Takwim persekolahan bagi satu tahun persekolahan akan
dikeluarkan oleh kementerian sebelum tahun persekolahan
bermula.

5 Cuti sekolah hendaklah diselaraskan mengikut semua Hari


Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri
seperti yang telah diwartakan bagi negeri di mana terletaknya
sekolah tersebut.
- Takwim sekolah hendaklah diselaraskan dan siap sebaik
sahaja menerima kalendar Hari Kelepasan Am
Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri.

6 Bilangan hari sekolah tidak kurang daripada 190 hari dalam satu
tahun.
- Jika hari persekolahan kurang daripada 190 hari, ia
hendaklah diganti mengikut jumlah kekurangan hari
tersebut.

7 Cuti Peristiwa boleh diambil daripada mana-mana hari dengan


kebenaran pendaftar.
- Ia tidak boleh melebihi 4 hari dalam satu tahun
persekolahan.
- Ia tidak boleh diambil untuk memanjangkan tempoh cuti
penggal persekolahan.
-
8 (1) Kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari persekolahan
hendaklah direkod ke dalam Buku Daftar Kedatangan murid.
(2) Murid yang bertukar atau berhenti sekolah.
- batalkan nama murid tersebut dalam Buku Daftar
Kedatangan pada hujung bulan berkenaan.

(3) Murid yang ponteng atau tidak hadir ke sekolah selama 3 hari
berturut-turut tanpa alasan yang munasabah atau kebenaran.
- Guru Besar atau Pengetua hendaklah menulis surat amaran
iaitu pemberitahuan ketidakhadiran murid kepada ibu bapa
murid berkenaan. Salinan surat tersebut hendaklah kepada
Guru Kelas dan disimpan dalam Fail Sekolah.

9 Mana-mana cuti persekolahan hendaklah diberitahu kepada ibu


bapa murid secara bertulis melalui ;
- lisan
- notis di tempat awam
- surat siaran
- atau seumpamanya.

10 ( 1 ) Guru Besar atau Pengetua ada kuasa menutup sekolah bagi


tempoh tertentu jika ;
a) suasana darurat
b) berlaku bencana alam
c) wabak menular serius
d) atau seumpamanya perkara-perkara yang serius atas sebab
keselamatan murid.

(2) Penutupan sekolah oleh Guru Besar atau Pengetua hendaklah


diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan
segera.
- Jumlah hari sekolah yang ditutup hendaklah diganti dengan
hari yang lain.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998

PU (A) 196/98

PERKARA IMPLIKASI KEPADA PENGURUSAN SEKOLAH

4 Guru besar atau pengetua hendaklah menubuhkan persatuan


sekolah setelah menerima permohonan bertulis;
- Contoh- Permohonan daripada pelajar, guru
penasihat, ibu bapa atau komuniti.
- Diputuskan dalam mesyuarat kokurikulum

Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar


(e) - Contoh Persatuan Silat Cekat, Persatuan Silambam

6 (1) Jawatankuasa setiap persatuan hendaklah mengemukakan


secara bertulis apa-apa perubahan dalam persatuan
- Contohnya pertambahan atau pengurangan ahli
akibat perpindahan sekolah dan sebagainya.

8 Seorang atau beberapa orang guru hendaklah dilantik


sebagai penasihat persatuan;
- Contoh, guru penasihat dilantik secara rasmi (surat)
- Dimaklumkan dalam mesyuarat kokurikulum
-

12 (2) Arahan pembubaran persatuan hendaklah disiarkan dengan


menampal satu salinan di tempat-tempat yang mudah
dilihat
- Untuk memaklumkan tindakan yang telah diambil.
- Mengelakkan pengetua atau pihak sekolah daripada
dikenakan tindakan
- Contoh, di papan kenyataan sekolah, kantin, bilik
guru dan lainnya

P.U(A)460/02
AKTA PENDIDIKAN 1991 (AKTA 550)
SEKSYEN 29A(2)

Perkara Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah


29A Pendidikan Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara
rendah wajib
Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah
memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur
enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam
tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan
sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh
pendidikan wajib.

Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) adalah


melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.

You might also like