You are on page 1of 1

Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak,

Sekolah Kebangsaan Sg Tiang Baroh


36200 Selekoh Perak.
___________________________________________________________________
Ruj. Kami: SKSTB 05/01/01(03)
Tarikh : 27 Februari 2016

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sg Tiang Baroh
36200 Selekoh Perak.

Tuan,

PERMOHONAN MENGUTIP YURAN KEAHLIAN PERGERAKAN PENGAKAP


KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN SG TIANG BAROH 36200
SELEKOH PERAK SESI 2016

Merujuk perkara di atas, saya selaku bendahari Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak


Sekolah Kebangsaan Sg Tiang Baroh 36200 Selekoh Perak dengan penuh rasa
tanggungjawab memohon kebenaran untuk mengutip yuran keahlian bagi
Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak sekolah ini sebanyak RM 3.00 (Ringgit
Malaysia :Tiga sahaja) daripada setiap ahli untuk jangka masa satu tahun. Kutipan
ini adalah penting bagi menjayakan aktiviti persatuan ini.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak


sekolah ini mohon kerjasama dan jasa baik tuan agar permohonan di atas mendapat
perhatian dan pertimbangan daripada tuan.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

( ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM )


Bendahari,
Pergerakan Pengakap Kanak-Kanak,
Sekolah Kebangsaan Sg Tiang Baroh
36200 Selekoh Perak.

You might also like