You are on page 1of 74

PANDUAN PENGURUSAN

MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN
ISLAM
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


2015
Diterbitkan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Cetakan Pertama 2015

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan
ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin
daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Kata Alu-Aluan
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan


Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata
Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-
program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan
kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan
tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.

Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan
kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program
kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan
warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan
kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.

Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada
sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan
sendiri.

Selamat Maju Jaya.

DatO SERI MAHDZIr BIN KHALID

i
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan

Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan
komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada
landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti
pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga
ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga
pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan
negara.

Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti
pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama
berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti
bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DatO SRI Dr. KhAir Bin Mohamad Yusof

ii
Kata Alu-Aluan
KETUA NAZIR SEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan
untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor
Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman
untuk merealisasikan penerbitan buku ini.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan
dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah
ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha
peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah
seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025).

Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk
membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan
panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini
dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan
oleh warga pendidik.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA.


Sekian, terima kasih.

(DatO HAJI MAHMUD BIN KARIM)

iii
JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM

Penasihat
Dato Hj. Mahmud bin Karim
Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi 1
Hjh. Normah binti Ismail KMN
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)

Pengerusi 2
Encik Hashim bin Mohd Zin
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)

Timbalan Pengerusi
Dr. Harery bin Abu Saad
Ketua Sektor Penaziran Kurikulum

Setiausaha
Hj Abdul Rashid bin Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah

Ahli
Aiiri bin Abu Bakar (JNJK)
Bahrin bin Mohd Kassim (JNJK)
Nazari bin Kassim @ Sapa (JNJK)
Mohammad Noh bin Sujud (JNJK)
Ahmad Fahmi bin Nor Affandi (JNJK)
Wan Azhari bin Wan Mohammad (JNJK)
Sharipah Khazani binti Syed Mohammad (JNJK)
Nor Salmiza binti Ismail (JNJK)
Nor Azni binti Abdul Aziz (JNJK)
Shuib bin Omar (BPI)
Mohd Khamal bin Daud (BPI)
Muhamad Fauzi bin Abdul (BPK)
Zamri bin Abdul Rahim (BPK)
Nor Azza binti Ibrahim (BPK)
Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)

iv
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka


Surat
Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii
Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii
Jawatankuasa Penerbitan iv
Isi Kandungan v
Pengenalan vii
Objektif Buku Panduan Pengurusan ix

BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


1.1 Pendahuluan 1
1.2 Matlamat 3
1.3 Objektif 4
1.4 Fokus Mata Pelajaran 6
1.5 Organisasi kandungan 6
1.6 Peruntukan waktu 8

BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN


2.1 Pendahuluan 9
2.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 9
2.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 10
2.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan Islam 11
2.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 13
2.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong 13
Kanan Petang
2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 14
2.8 Peranan Ketua Panitia Pendidikan Islam 14
2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam 16
2.10 Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam 18
2.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita 19
2.12 Program Perkembangan Staf 21
2.13 Pengurusan Fail 22
2.14 Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Pendidikan Islam 22
2.15 Persatuan Kokurikulum Akademik Pendidikan Islam 22

v
BAB 3 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Standard 4 SKPM 2010 24
3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 26
3.4 Penerapan Elemen dalam Pengajaran dan Pembelajaran 30
3.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 32
3.6 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 33
3.7 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 34

BAB 4 PENTAKSIRAN
4.1 Pendahuluan 37
4.2 Peperiksaan Awam 37
4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 39
4.4 Pentaksiran Pendidikan Islam 48

BAB 5 PENYELIAAN
5.1 Pendahuluan 52
5.2 Tujuan Penyeliaan 52
5.3 Bidang Penyeliaan 54
5.4 Prinsip Penyeliaan 55
5.5 Peringkat Penyeliaan 56
5.6 Tindakan Penambahbaikan 57

RUJUKAN 59

vi
PENGENALAN

Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah Pendidikan Berkualiti Insan


Terdidik Negara Sejahtera. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi
individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang
berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah
melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
cabaran semasa dan masa depan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi


Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa

MISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara


Profesional, Berkualiti dan Beretika.

vii
OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI

i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran


dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti
penaziran;

ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya


menjadi efektif dan cekap;

iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua


pihak dalam bidang pendidikan;

iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian


maklumat yang cekap dan berkesan;

v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara


berterusan dalam bidang penaziran; dan

vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan


negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan
nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi
perhatian.

viii
OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam


adalah seperti berikut:

i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai


pemimpin kurikulum yang profesional.

ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar
menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan berkesan.

iii. Membolehkan Ketua Panitia Pendidikan Islam mengurus dan mentadbir


panitia dengan berkesan.

iv. Membolehkan guru Pendidikan Islam mengurus dan melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan
berkesan.

v. Membantu guru bukan opsyen Pendidikan Islam memahami matlamat,


objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam.

vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum


dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Pendidikan Islam)
dalam melaksanakan pengurusan persatuan.

vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia


dan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam tentang cara
meningkatkan penguasaan dan prestasi Pendidikan Islam di sekolah.

ix
BAB 1
PROFIL MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

1.1 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui proses perkembangan


yang pesat selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi memenuhi
aspirasi negara, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah juga turut
mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan
semasa.

Mulai tahun 2003, mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah


dan sekolah menengah telah melalui semakan semula kurikulum
dengan memberi penekanan dalam aspek pengetahuan, kemahiran
dan meningkatkan jati diri agar bersedia menghadapi cabaran semasa
dan akan datang. Pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan
supaya menjadi lebih berkesan bagi memenuhi kehendak negara.
Kurikulum semakan ini memberi penekanan kepada kandungan teks
kurikukum dan kaedah penyampaian yang lebih efektif.

Kurikulum pendidikan di Malaysia mengalami proses transformasi


yang diperkukuh dan ditambah baik serta dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang mula dilaksanakan pada tahun
2011. Kurikulum ini memberi penekanan daripada knowledge based
curriculum kepada standard based curriculum. Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Tahap II pula dilaksanakan secara berperingkat
mulai Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (Rajah 1). Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah juga diperkukuh dan dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Menengah yang dicadangkan pelaksanaannya secara
berperingkat.

1
Rajah 1: Perkembangan Kurikulum Pendidikan Sekolah di Malaysia

Mata pelajaran Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan


Pendidikan Islam yang bersifat holistik, bersepadu dan berkembang
serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang diperkenalkan dalam
sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam memberi penekanan
kepada konsep ilmu yang diklasifikasikan sebagai epistemologi,
ontologi dan aksiologi merupakan asas syariah yang perlu dikuasai
oleh setiap murid Islam. Kurikulum ini merangkumi bidang al-Quran,
Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi yang dilaksanakan
secara modular mengikut keperluan murid. Ilmu dari bidang-bidang
tersebut yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai perlu
disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah
dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan
abad ke-21. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, kemahiran menaakul,
kreativiti dan inovasi merupakan beberapa keperluan yang mendesak
perlu ditanamkan dalam membangunkan kurikulum abad ke-21 agar
modal insan yang dihasilkan mampu menguasai kemahiran

2
penyelesaian masalah (problem solving), berkemahiran membuat
keputusan dengan tepat (decision making) dan menguasai kemahiran
kepemimpinan yang tinggi (leadership skills).

Jadual 1 :
Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum serta Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tahun Pelaksanaan
Kurikulum Dokumen
2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021
DSK
Thn 1 Thn 2 Thn 3
KSSR DSP
Thn Thn
DSKP Thn 4 Thn 5 Thn 6 Thn 1 Thn 2 Thn 3
1-6 1-6
Ting Ting Ting Ting Ting Ting Ting Ting Ting
KBSM SP & HSP Ting 5
1-5 1-5 1-5 1-5 1-5 1-5 2-5 3-5 4-5
Ting Ting Ting Ting
DSP Ting 1 Ting 3 Ting 3
KBSM 2 1-5 1-3 2-3
DSKP Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

DSK = Dokumen Standard Kurikulum


DSP = Dokumen Standard Prestasi
DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
SP = Sukatan Pelajaran
HSP = Huraian Sukatan Pelajaran

1.2 MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah


menengah adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah
yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun
bangsa dan negara serta berjaya dunia dan akhirat.

3
1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Sekolah Rendah


Setelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah rendah, murid dapat:

a. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan


betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam
kehidupan seharian.
b. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk
mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian.
c. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa
surah terpilih untuk dihayati pengajarannya secara berterusan.
d. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul
secara berterusan.
e. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan
mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya
dalam kehidupan seharian.
f. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan
sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta
asas dalam tindakan.
g. Merumus dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai
memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan
secara istiqamah dalam kehidupan harian.
h. Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada
sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada
baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan
harian.
i. Merumus, menghayati dan mengamalkan konsep adab dan
nilai-nilai akhlak dalam kehidupan harian serta sebagai asas
dalam tindakan.
j. Membaca, membina dan menulis ayat atau teks dalam tulisan
jawi dan khat serta mencintainya sebagai warisan budaya
bangsa.

4
1.3.2 Sekolah Menengah
Setelah mempelajari Pendidikan Islam di sekolah menengah, murid
dapat:

a. Membaca ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul,


bertajwid, lancar dan fasih.
b. Melazimi bacaan al-Quran dalam kehidupan.
c. Menghafaz ayat-ayat pilihan daripada al-Quran dengan betul,
bertajwid, lancar dan fasih.
d. Mengamalkan bacaan ayat-ayat hafazan pilihan dalam solat
dan amalan kehidupan seharian.
e. Menilai dan mengamalkan maksud ayat-ayat al-Quran pilihan.
f. Membaca dan memahami hadis-hadis pilihan dengan betul
serta mengamalkannya.
g. Mengamalkan dan menghayati pengajaran ayat-ayat al-Quran
dan hadis-hadis pilihan.
h. Menilai dan meyakini akidah Islamiah sebagai pegangan dan
tunjang dalam kehidupan beragama.
i. Menilai, mengamalkan dan menghayati ilmu feqah dalam
kehidupan seharian.
j. Menilai dan mengambil iktibar daripada sirah Nabi Muhammad
s.a.w, sejarah tokoh-tokoh dan tamadun Islam.
k. Menilai dan menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan
seharian.
l. Membaca dan menulis jawi dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam untuk melestarikan tulisan jawi sebagai
warisan budaya.
m. Memahami dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah
S.W.T.
n. Memahami dan menghubung kait antara ilmu aqli dan ilmu naqli
yang dipelajari.

5
1.4 FOKUS MATA MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah memberi


penekanan kepada kemahiran menguasai al-Quran, hadis, jawi, akidah,
feqah atau ibadah, sirah Rasulullah S.A.W dan tamadun Islam serta
akhlak. Melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, murid
mampu memahami, mengamalkan dan menghayati tuntutan fardu ain
dan fardu kifayah.

1.5 ORGANISASI KANDUNGAN

1.5.1 Sekolah Rendah


Organisasi kandungan kurikulum Pendidikan Islam rendah dibahagikan
kepada 7 bidang pembelajaran, iaitu:

a. Bidang al-Quran
b. Bidang Hadis
c. Bidang Aqidah

6
d. Bidang Ibadah
e. Bidang Adab
f. Bidang Sirah
g. Bidang Jawi

1.5.2 Sekolah Menengah


Organisasi kandungan kurikulum Pendidikan Islam menengah
dibahagikan kepada 6 bidang pembelajaran, iaitu:

a. Bidang al-Quran
i. Bacaan ayat-ayat al-Quran pilihan
ii. Hafazan ayat-ayat al-Quran pilihan
iii. Kefahaman ayat-ayat al-Quran pilihan

b. Bidang Hadis
i. Bacaan hadis-hadis pilihan
ii. Kefahaman hadis-hadis pilihan

c. Bidang Akidah
i. Ilahiyat
ii. Nubuwwat
iii. Samiyyat

d. Bidang Feqah
i. Ibadat
ii. Muamalat
iii. Munakahat
iv. Jinayat

e. Bidang Sirah dan Tamadun Islam


i. Sirah Nabawiyah
ii. Tokoh-tokoh Islam
iii. Tamadun Islam

7
f. Bidang Akhlak
i. Akhlak dengan Allah S.W.T
ii. Akhlak sesama manusia
iii. Akhlak dengan alam

1.6 PERUNTUKAN WAKTU

1.6.1 Sekolah Rendah


Peruntukan masa Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi Sekolah
Kebangsaan sebanyak 180 minit (6 waktu) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil adalah
sebanyak 120 minit (4 waktu) bagi Tahap I. Manakala bagi Tahap II,
peruntukan masa yang ditentukan adalah sebanyak 180 minit (6
waktu) bagi Sekolah Kebangsaan dan 150 minit (5 waktu) bagi Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

1.6.2 Sekolah Menengah


Peruntukan waktu Pendidikan Islam sebanyak enam waktu (3+1+2)
di peringkat menengah rendah dan empat waktu (3+1) di peringkat
menengah atas. Peruntukan tiga (3) waktu perlu diisi dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan satu (1) waktu amali
perlu diisi dengan solat berjemaah dan aktiviti taalim seperti Majlis
Ilmu, Syarahan dan Diskusi. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan,
pengisian waktu tersebut boleh dilaksanakan solat sunat yang
tertentu seperti Solat Dhuha dan Solat Hajat. Manakala, peruntukan
dua (2) waktu tambahan bagi menengah rendah perlu digunakan
untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian objektif
kurikulum Pendidikan Islam.

8
BAB 2
PENGURUSAN MATA PELAJARAN

2.1 PENDAHULUAN

Pengurusan mata pelajaran amat penting bagi memastikan


pelaksanaan kurikulum mata pelajaran lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan
prestasi akademik dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran
amat penting agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin,
bertanggungjawab, berwawasan, berinovasi dan berupaya
melaksanakan tugas dengan berkesan. Impaknya, murid yang
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara dapat dilahirkan.

Kerjasama antara guru akan dapat meningkatkan prestasi pengurusan


mata pelajaran dan seterusnya mampu melahirkan insan yang
seimbang sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah jawatankuasa tertinggi


dalam bidang kurikulum peringkat sekolah yang bertanggungjawab
menetapkan hala tuju dan dasar yang jelas ke arah mewujudkan
pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah memandu
dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti panitia dan
persatuan mata pelajaran yang dilaksanakan supaya mencapai
matlamatnya.

9
Carta organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti
berikut :

Sumber Rujukan : PPK, KPM (2001)

2.3 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ialah:


a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah
dengan jelas.
b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan
Malaysia dibincang dan dilaksanakan.
c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek
dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat
kurikulum.
d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah
baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaiki lagi
keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.

10
e. Merancang perkembangan staf dengan tujuan meningkatkan
mutu pendidikan yang diberikan.
f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi
di sekolah.
g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek, dan
aktiviti kurikulum.
h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek
dan aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang
dijalankan.
i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu berkaitan dengan
pendidikan semasa.
j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan
mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan
oleh panitia.
k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.
l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan
berkesan.
m. Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan
mengemukakan maklum balas kepada Jawatankuasa Kurikulum
Daerah atau Negeri.

2.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata


Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran
secara rasmi. Bagi sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya
adalah sedikit, tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata
pelajaran. Sekolah seperti ini boleh menggabungkan beberapa mata
pelajaran sebagai satu panitia.

Berikut merupakan perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia


sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:

11
a. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran,
dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum
dan pentaksiran, dan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid (PPPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli
panitia.
b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa
selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan
takwim sekolah.
c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai
kepada pentadbir sekolah untuk keperluan pengajaran dan
pembelajaran serta kegunaan guru untuk dibekalkan di Pusat
Sumber Sekolah.
d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan
menyediakan bank soalan.
e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap
peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pasca
nilai bagi penambahbaikan.
f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-
kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan
secara ad hoc jika perlu.
g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
(secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan
masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari
penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut.
h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang
diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar.
i. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu
pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran .
j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran
dengan panitia di sekolah berhampiran.

12
k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu
usaha ke arah peningkatan kualiti dan penguasaan pengajaran
dan pembelajaran murid.
l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk
menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua
ahli panitia.
m. Menyelenggara fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod.

2.5 PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR

Pengetua atau guru besar merupakan ketua organisasi atau pemimpin


tertinggi sekolah bagi melahirkan kakitangan yang komited dengan
membimbing mereka agar patuh kepada peraturan pendidikan.
Pengetua atau guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,
pelaksana perubahan dan inovasi kurikulum. Selain itu, penentu
mata pelajaran elektif, merancang dan mengurus program pengajaran
dan pembelajaran, memastikan sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran mencukupi dan sebagai suri teladan dalam
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

Pengetua atau guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan
fizikal. Di samping itu, menubuhkan Panitia Mata Pelajaran Pendidikan
Islam, merekod segala hasil penyeliaan atau pencerapan yang dibuat
bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.

2.6 PERANAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ATAU


PENOLONG KANAN PETANG

Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang berperanan


dalam urusan menyediakan jadual waktu induk, jadual waktu kelas dan
jadual guru ganti. Selain itu, menentukan tenaga pengajar mengikut

13
kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana dan
menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru. Beliau
juga, memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama ada dalaman
atau awam dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pusat
sumber berfungsi dengan baik.

Penolong kanan pentadbiran atau penolong kanan petang juga


berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan
dan bimbingan, mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk
mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan mata
pelajaran. Di samping itu, memastikan pelaksanaan Perkara Asas
Fardu Ain, Amali Solat dan Program j-QAF mengikut garis panduan
yang ditetapkan.

2.7 PERANAN GURU KANAN MATA PELAJARAN

Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam


merancang, melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran,
mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran. Selain itu,
memastikan penggunaan bahan, mengurus jadual waktu, mengurus
bilik-bilik khas, melaksanakan penilaian, kemajuan staf, penyediaan
bahan bantu mengajar dan koleksi pusat sumber.

2.8 PERANAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Keperluan penubuhan panitia mata pelajaran dimaklumkan melalui


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua
panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,
memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata
pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh
pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata
pelajaran bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah
dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran

14
tersebut di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik
dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas
yang boleh dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut:
a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke
semasa untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan
kurikulum.
b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran terkini.
c. Merancang, menyedia dan menyelaras Rancangan Pelajaran
Tahunan dengan mengambil kira takwim persekolahan
semasa.
d. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua
guru mata pelajaran dalam penyediaan Rancangan Pelajaran
Harian.
e. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan
serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan
penambahbaikan.
f. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau
aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan
kokurikulum akademik.
g. Menyelaras tugasan, jenis buku latihan dan buku nota yang
akan digunakan.
h. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan
bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang
bersesuaian.
i. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program atau
aktiviti perkembangan staf.
j. Membantu merancang dan menyediakan anggaran
perbelanjaan tahunan bagi mata pelajaran.
k. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan
mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang
sedang berkuatkuasa.

15
l. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan
pusat sumber sekolah.
m. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan
diterima mengikut bilangan dan spesifikasi.
n. Merancang program Professional Learning Community seperti
Learning Walks, Peer Coaching atau Instructional Coaches,
Lesson Study dan Teachers Sharing Sessions.
o. Memastikan guru mata pelajaran menerapkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dan unsur didik hibur seperti nyanyian,
nasyid, kuiz, dan lakonan.
p. Memastikan surau, Bilik Agama atau Bilik j-QAF digunakan
secara optimum dan menyeluruh kepada semua murid.
q. Memastikan Bilik j-QAF dan surau sentiasa berada dalam
keadaan bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

2.9 PERANAN GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

a. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta


menghuraikan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
Dokumen Standard Kurikulum, dan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Islam
yang terkini.
b. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan
menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi
pengetahuan, kebolehan, dan kemahiran di akhir penggal bagi
setiap kelas yang diajar.
c. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian yang berasaskan Sukatan Pelajaran,
Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum,
dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan
lengkap. Persediaan ini hendaklah mempunyai peringkat
perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan
serta keperluan murid.

16
d. Menyediakan rekod pengajaran dan pembelajaran yang
dikemas kini dan diserahkan kepada guru besar atau pengetua
pada masa yang ditetapkan.
e. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut
rancangan pelajaran tahunan yang disediakan dan membuat
refleksi berkaitan kaedah penyampaian agar penambahbaikan
dapat dilakukan.
f. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan
sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran .
g. Menyedia dan menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang
menggunakan teknologi terkini bagi memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran .
h. Menjadi ahli panitia mata pelajaran Pendidikan Islam,
menghadiri mesyuarat panitia dan melaksanakan keputusan
mesyuarat panitia.
i. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel, kolokium
berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata
pelajaran atau badan profesional tertentu.
j. Memberi latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi
kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid
mengikut ketetapan yang diputuskan.
k. Melaksanakan Professional Learning Community bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.
l. Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, nasyid, lakonan
dan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
m. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
n. Mengesan kelemahan murid dan melaksanakan kelas
pemulihan dan bimbingan secara berterusan.

17
o. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang
kaedah dan teknik mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam
terkini bagi meningkatkan prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2.10 MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Panitia perlu menjalankan mesyuarat secara formal seperti ketetapan


berikut:
a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya
dua kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986:
Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara ad hoc
juga boleh diadakan mengikut keperluan.
b. Melaksanakan mesyuarat panitia selepas mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
c. Merancang semua perkara asas seperti aktiviti tahunan,
perkembangan staf, strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan kewangan.
d. Menganalisis keputusan peperiksaan awam dan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah.
e. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara
berikut:
i. Ucapan pengerusi.
ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
iii. Perkara berbangkit.
iv. Pembincangan isu atau masalah profesional.
v. Hal-hal lain.
f. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya perlu
diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah
dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1991: Panduan
Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kerajaan.

18
2.11 PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PERKAPITA

Bantuan Geran PerKapita merupakan bantuan kewangan yang


diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di Sekolah
Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan


mata pelajaran atau ketua panitia dalam mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah mengenai jumlah
peruntukan Bantuan Geran Perkapita yang diterima serta agihannya
supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan
dan peruntukan yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh murid
sepenuhnya.

Bantuan Geran Perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua


kumpulan iaitu :

a. Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran Teras, Wajib,


Tambahan dan Bahasa Asing dan Elektif.
b. Bantuan Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran Pusat
Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-Lain
Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan
Khas Sekolah dan Asrama.

Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan Bantuan Geran


Perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan
dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012: Garis
Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan
Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita dan Enrolmen
Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2012
bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

19
Maksud perbelanjaan yang digariskan ialah:

a. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan


pengajaran dan pembelajaran.
b. Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, cakera padat
dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
c. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal
yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
d. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti Taman Ad-Din,
Laman j-QAF dan sebagainya yang boleh memberi pengukuhan
kepada program pengajaran dan pembelajaran.
e. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
f. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah
dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata pelajaran
atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua sekolah.
Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan
semasa.
g. Bagi perolehan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
sekolah hendaklah mematuhi tatacara perolehan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi yang berkuat kuasa.
h. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan
perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pusat
Tanggungjawab.

Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun


2012, maksud perbelanjaan Bantuan Geran Per Kapita diperluaskan
seperti berikut :

a. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan


peruntukan Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran.

20
b. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan Lain-
Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain Perbelanjaan
Khas Sekolah dan Asrama.
c. Perbelanjaan menyediakan makan minum mesyuarat pentadbiran
dan pengurusan sekolah atau asrama dibenarkan menggunakan
peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-
Lain Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.
d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru atau warden
atau kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan
kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan
Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun atau Lain-Lain
Perbelanjaan Khas Sekolah dan Asrama.

2.12 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk


meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang
perlu diberi perhatian:
a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui
kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,
Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.
b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan
supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau
persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran .
c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan
kursus dalaman peringkat panitia.
d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk
memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh
idea-idea dan pendekatan baharu.
e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap
sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan.

21
2.13 PENGURUSAN FAIL

Panitia mata pelajaran hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk


menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen panitia hendaklah
diurus dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Selain itu,
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi boleh digunakan
untuk menyimpan data dan maklumat panitia.

2.14 BILIK KHAS ATAU SUDUT MATA PELAJARAN PENDIDIKAN


ISLAM

Guru mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan perlu:


a. Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran dapat
berfungsi dengan efektif.
b. Memastikan bilik khas atau sudut mata pelajaran sentiasa
bersih dan kemas untuk digunakan.
c. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik
khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti amali
solat, tasmik dan tilawah al-Quran.
d. Menyediakan panduan dan peraturan penggunaan bilik khas
serta memastikan aspek pemantauan dilaksanakan.
e. Merekod penggunaan bilik khas serta mengemas kini
penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi
perhatian sewajarnya.

2.15 PERSATUAN KOKURIKULUM AKADEMIK PENDIDIKAN ISLAM

a. Aktiviti koakademik adalah bertujuan untuk pengukuhan,


pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh
itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu
dirancang.

22
b. Persatuan kokurikulum akademik boleh memainkan peranan
dengan merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan
pencapaian objektif tersebut dan menjalankannya pada masa
tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan
kefahaman dan penguasaan murid serta menimbulkan minat
dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan.
c. Persatuan kokurikulum akademik yang ditubuhkan perlu
mempunyai peraturan dan perlembagaannya.
d. Keahlian persatuan kokurikulum akademik terbuka kepada
semua murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa
sebarang sekatan.
e. Struktur organisasi persatuan kokurikulum akademik terletak
bawah Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan aktiviti
persatuan yang dirancang menjadi pelengkap kepada aktiviti
panitia mata pelajaran.
f. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih
oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan
yang diwujudkan dalam persatuan ini ialah:
i. Pengerusi.
ii. Naib Pengerusi.
iii. Setiausaha.
iv. Bendahari.
v. Beberapa orang ahli jawatankuasa.
g. Mesyuarat agung bagi memilih AJK persatuan diadakan
setahun sekali.
h. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa
dari semasa ke semasa, bergantung kepada kehendak
perlembagaan dan keperluan serta menubuhkan jawatankuasa
kecil berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai
matlamat kegiatan yang dirancang.

23
BAB 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 PENDAHULUAN

Konsep pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada suatu


proses memperoleh ilmu melalui penyebaran maklumat dan
kemahiran yang disampaikan oleh guru. Proses yang dilaksanakan
melalui pelbagai stimulus berupaya menghasilkan perubahan
tingkah laku murid ke arah yang lebih baik. Proses pengajaran
dan pembelajaran mencakupi aspek perancangan pengajaran,
persediaan awal, penyampaian dan perkembangan pelajaran,
pentaksiran serta maklum balas. Hasil pembelajaran adalah
sesuatu yang dijangka akibat daripada perolehan pengalaman
atau latihan. Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang
berterusan, dan akan terhenti apabila kehilangan motivasi atau
motif pembelajaran. Sehubungan dengan itu, adalah penting para
guru sentiasa prihatin terhadap tahap motivasi yang tinggi bagi
memastikan tiadanya Sindrom Defisit Terkumpul (Deficit
Accumulated Syndrome) dalam kalangan murid.


3.2 STANDARD 4: SKPM 2010

Bagi memastikan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam


ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran
di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP
mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010
(SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu:

a. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.

24
b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan
pembelajaran.
c. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran.
d. Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan
pencapaian objektif pelajaran.
e. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan
mempercepatkan pemahaman dan menggalakkan
pembelajaran murid.
f. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi
mengukuhkan pembelajaran murid.
g. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran .
h. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman
murid.
i. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan
pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.
j. Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan
suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran .
k. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi
mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4


berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard
4 masih dikekalkan.

25
3.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi ialah susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai


sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula,
seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa
pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk
mencapai objektif pengajaran.

Dalam pengajaran Pendidikan Islam, guru perlu bijak menggunakan


strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bidang atau tajuk
yang dipilih untuk menarik minat murid. Guru perlu membuat
perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran
tidak membosankan dan objektif pengajaran tercapai. Selain itu, faktor
murid juga perlu diberi perhatian dalam memilih strategi (pendekatan,
kaedah dan teknik) yang bersesuaian.

3.3.1 Pendekatan
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau
hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam
pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai
to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk
melakukan sesuatu. Terdapat beberapa pendekatan yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam. Antaranya ialah:

a. Pendekatan Bersepadu
Pendekatan ini menggabungjalinkan ilmu, bahan yang
interaktif dan penerapan nilai dalam satu set pengajaran
dan pembelajaran.

26
b. Pendekatan Induktif
Satu pengajaran yang dimulakan dengan contoh-contoh,
memerhati, mengkaji, menganalisis dan diakhiri dengan
membuat generalisasi.

c. Pendekatan Deduktif
Satu set pengajaran yang dimulakan dengan memberi
teori, hukum, fakta, konsep sesuatu topik pembelajaran
dan kemudiannya diikuti dengan contoh-contoh yang
bersesuaian.

d. Pendekatan Tematik
Pengajaran berdasarkan sesuatu tema. Bagi tujuan
ini perancangan dan penentuan tema pengajaran
meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan
isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil
daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu
semasa.

3.3.2 Kaedah Pengajaran


a. Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah
atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

b. Keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Islam banyak


bergantung kepada sikap guru yang positif, komited dan
kreatif dalam memilih kaedah pengajaran yang menarik
serta sesuai bagi memupuk minat murid.

c. Beberapa kaedah pengajaran yang digariskan oleh


Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM iaitu:
i. Teori Kecerdasan Pelbagai.
ii. Belajar Cara Belajar.
iii. Pembelajaran Akses Kendiri.

27
iv. Pembelajaran Kontekstual.
v. Pembelajaran Konstruktivisme.
vi. Kajian Masa Depan.
vii. Pembelajaran Masteri.
viii. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis.
ix. Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

d. Kaedah pengajaran yang dipilih hendaklah berpusatkan


murid supaya mereka dapat menyertai proses pengajaran
dan pembelajaran dengan aktif. Guru haruslah
memberi peluang kepada murid untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan membuat penerokaan untuk
meningkatkan daya pemikiran serta kreativiti.

e. Berikut adalah beberapa kaedah pengajaran yang


sesuai untuk mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Kaedah Inkuiri Penemuan


Model inkuiri penemuan merangkumi proses
soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan. Aktiviti ini memerlukan murid mengenal
pasti soalan beraras tinggi, membuat hipotesis,
merancang aktiviti kajian, dan membuat rumusan.
Pembelajaran sedemikian dapat meningkatkan
daya pemikiran, daya kreativiti, dan pemahaman
murid.

ii. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi


Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk
cara merupakan kaedah yang perlu dilakukan oleh
guru Pendidikan Islam untuk menjelaskan konsep
dan proses sesuatu amalan. Contohnya, tunjuk
cara ibadah Haji.

28
iii. Kaedah Projek Individu atau Kumpulan
Kaedah projek individu atau kumpulan sesuai
untuk aktiviti mengambil masa yang lama. Kaedah
tersebut sesuai untuk penghasilan folio Pendidikan
Islam. Sebagai contoh, penyediaan folio tokoh-
tokoh tertentu dalam tamadun Islam seperti Imam
Abu Hanifah, Imam al-Syafie, Ibnu Sina dan
sebagainya.

3.3.3 Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus


yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Terdapat pelbagai teknik
yang boleh diamalkan oleh seseorang guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran . Antaranya ialah:

a. Teknik Simulasi (Main Peranan atau Lakonan)


Simulasi adalah satu situasi pembelajaran dalam
keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan seperti
situasi sebenar bagi tujuan penyelesaian masalah. Murid
melakonkan situasi secara spontan tanpa melibatkan
skrip.

b. Teknik Latih Tubi


Kaedah pengulangan menjawab soalan-soalan lalu
atau gerak kerja secara ansur maju berkaitan sesuatu
kemahiran sehingga murid menguasai sepenuhnya.

c. Teknik Bercerita
Isi pengajaran disampaikan dalam bentuk penceritaan.
Guru bercerita dalam keadaan yang santai dan memberi
ruang untuk murid menghayati dan berfkir untuk
memahami kandungan pembelajaran.

29
d. Teknik Sumbang Saran
Teknik percambahan fikiran bagi menggalakkan setiap
ahli menyumbang pendapat dan idea terhadap sesuatu
topik perbincangan secara logik dan analitis.

e. Teknik Soal Jawab


Teknik soal jawab merupakan teknik yang kerap
digunakan oleh guru Pendidikan Islam. Teknik tersebut
mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. Guru
mengemukakan soalan pelbagai aras bagi mencungkil
dan mengukuhkan penguasaan pembelajaran murid.

f. Teknik Perbincangan
Murid bertukar-tukar fikiran atau berkongsi maklumat
berkaitan tajuk pembelajaran. Guru pula, membuat
penyeliaan dan kawalan untuk memastikan isi perbualan
atau perbincangan menjurus kepada topik perbincangan.
Sesi perbincangan ini boleh dilaksanakan secara
keseluruhan kelas atau kumpulan kecil.

3.4 PENERAPAN ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN DAN


PENGAJARAN

3.4.1 Elemen Merentas Kurikulum


Pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada
pembangunan modal insan secara holistik perlu menerapkan
Elemen Merentas Kurikulum bagi melengkapkan penguasaan
ilmu yang bukan berbentuk akademik. Guru perlu bijak mencari
jalan bagi menerapkan Elemen Merentas Kurikulum ketika
menyampaikan isi pelajaran. Penerapan Elemen Merentas
Kurikulum berupaya membuka minda murid dalam memahami
kandungan pelajaran di luar kotak. Pengajaran guru akan

30
menjadi lebih menarik dan bervariasi. Murid dapat memahami
sesuatu topik dalam konteks yang pelbagai dan pembelajaran
yang menyeronokkan (Fun Learning) dapat diwujudkan.
Seterusnya menolak teknik pengajaran yang bersifat
monotonous atau membosankan.

Elemen ini diperkenalkan melalui Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
serta dibuat penambahan elemen dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah. Berikut adalah senarai Elemen Merentas
Kurikulum yang perlu diterapkan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran .

a. Bahasa
b. Pendidikan Alam Sekitar
c. Nilai Murni
d. Sains dan Teknologi
e. Patriotisme
f. Kemahiran Berfikir
g. Kepimpinan
h. Kemahiran Belajar Cara Belajar
i. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
j. Pencegahan Rasuah
k. Kajian Masa Depan
l. Pendidikan Pengguna
m. Keselamatan Jalan Raya
n. Kreativiti dan Inovasi
o. Keusahawanan
p. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3.4.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
menyampaikan isi pelajaran amat relevan dengan mata

31
pelajaran Pendidikan Islam kerana murid boleh dijana dengan
pelbagai stimulus bagi mengukuhkan kefahaman. Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pengajaran
secara interaktif dan bahan beranimasi berupaya merangsang
pelbagai deria bagi memudahkan murid memahami sesuatu
kandungan pembelajaran. Peralatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi seperti chromebook, LCD, alat visualiser, dan
smartboard sangat efektif bagi menarik minat murid seterusnya
meningkatkan pemahaman mereka.

3.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan lebih daripada 70


peratus soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka. Guru
berkecenderungan menekankan soalan fakta berkaitan ujian dan
peperiksaan. Soalan-soalan yang dirujuk dalam buku teks juga adalah
jenis ingatan atau fakta. Sekiranya guru mengharapkan murid untuk
melibatkan diri dalam proses pemikiran yang lebih kreatif, guru perlu
bertanyakan soalan beraras tinggi. Berdasarkan Taksonomi Bloom,
soalan-soalan pada aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
diklasifikasikan sebagai soalan aras tinggi.

Program i-Think merupakan satu program yang membudayakan


kemahiran berfikir. Hal ini bagi melahirkan modal insan masa hadapan
yang mempunyai pemikiran kritis, kreatif dan inovatif untuk melahirkan
idea yang bernas bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Program i-Think juga bertujuan memupuk kemahiran berfikir aras
tinggi dalam kalangan murid serta mampu berdaya saing. Program ini
memperkenalkan lapan peta pemikiran dan setiap satunya mempunyai
proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit
pelajaran seperti gambar rajah di bawah:

32
3.6 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan


Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Guru perlu
menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian selaras dengan ketetapan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran bertarikh 4 Januari 1999. RPT perlu disediakan
sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula berdasarkan:

33
a. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran/Dokumen
Standard Kurikulum/Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran.
b. Tahap kebolehan murid.
c. Merangkumi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan
takwim semasa.
d. Sumber pendidikan yang berkesan.
e. Disahkan oleh pengetua atau guru besar.

3.7 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan


Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif
(aktiviti) dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Rancangan
Pelajaran Harian perlu ditulis menggunakan tulisan jawi berdasarkan
Surat Siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jilid 21 (4) bertarikh 3 Januari 2003:
Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan Al-Quran Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM

3.7.1 Persediaan Guru


Selain menyediakan perancangan tahunan dan harian, guru
hendaklah:

a. Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap


topik atau tajuk pelajaran dan kaedah pengajaran
yang sesuai.
b. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
kognitif murid.
c. Menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang
sesuai dengan tajuk yang dipelajari.

34
d. Sentiasa peka dan memahami tentang keperluan
dan masalah murid seterusnya memilih tempat yang
sesuai untuk pengajaran.

e. Merancang dan merekod hasil pentaksiran formatif


atau sumatif untuk mengukur prestasi pencapaian
murid dari semasa ke semasa.

3.7.2 Persediaan Murid


Dalam proses pembelajaran, murid seharusnya bersedia
dengan bahan yang akan digunakan dalam proses
pembelajaran seperti buku teks, buku dan alat tulis serta
membuat pembacaan dan rujukan sebelum sesi pelajaran.

3.7.3 Latihan dan Hasil Kerja Murid


Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap guru
Pendidikan Islam perlu memberi perhatian terhadap
keupayaan murid menghasilkan tugasan atau latihan. Hasil
kerja murid juga perlu kemas serta mematuhi format dan
prosedur.

Guru perlu memastikan murid menyiapkan semua tugasan


atau latihan dalam jangka masa yang ditetapkan dan
menepati piawaian sebenar berdasarkan tahap kognitif
murid.

Guru perlu memastikan amalan membuat pembetulan hasil


kerja dibudayakan. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui
bimbingan secara individu atau berkumpulan dalam bilik
darjah.

35
Jumlah dan kekerapan latihan perlu diberi perhatian untuk
memastikan tugasan yang diberi merangkumi keseluruhan
topik dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
seperti ketetapan yang dibuat oleh panitia.

Guru Pendidikan Islam juga perlu memberi perhatian kepada


hasil kerja murid yang berkualiti dan boleh dijadikan contoh.
Sehubungan dengan itu, penyediaan sudut mata pelajaran
atau sudut pameran dalam kelas perlu disediakan. Hal ini
bertujuan memberi pengiktirafan dan motivasi terhadap
hasil kerja murid serta boleh digunakan sebagai rujukan

36
BAB 4
PENTAKSIRAN

4.1 PENDAHULUAN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul


maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada
maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan
membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap
murid untuk memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran,
pembelajaran, dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan
bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran
untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di
samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak
mulia yang bersifat holistik semasa proses tersebut berjalan. Proses
pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan
pelbagai cara sama ada secara formal atau tidak formal dengan
menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,
kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan
dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang
kebolehan seseorang murid dalam pembelajaran.

4.2 PEPERIKSAAN AWAM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah
(sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran
Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan
Awam atau Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan sepenuhnya. Peperiksaan ini bermula
daripada pendaftaran calon, penyediaan item dan pembinaan
instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat
peperiksaan yang ditetapkan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan
penskoran, pengeluaran keputusan serta pensijilan.

37
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987
dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang
diduduki oleh murid Tahun 6. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon
dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis, dan mengira. Di
samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri
agar menjadi insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal tetapi
merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan
rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk


pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang
dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat
pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan
Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi
peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil
Pelajaran Malaysia untuk mendapat sijil Cambridge International
Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga
Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development
International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada
calon yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia
mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan


oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar
Al-Syarif, Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf
dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA). Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia
diambil daripada Maahad Buuth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan
bahasa pengantar yang digunakan sepenuhnya ialah bahasa Arab.

38
4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah
rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 berkaitan pembelajaran murid,
pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan
pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan
murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global.
Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination
orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala
tuju pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment
for learning, dan assessment as learning serta bertunjangkan
kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang


mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor
(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara
menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi
individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan
tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir
kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah,
motivasi diri, dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek
kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan
Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan
yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,
dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang
sering berubah-ubah.

39
Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,
penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran
merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk
memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut
prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk
memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin
kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid.
Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan
ketepatan instrumen yang digunakan dalam pentaksiran.

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang


akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

4.3.1 Pentaksiran Sekolah


Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah.
Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar
dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran
atau pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran
Sekolah berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang
sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam

40
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran
Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru
dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni
dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang
berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala
tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah
juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk
menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran
sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah


sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk
melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta
pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan
Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat
tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap
-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen
kurikulum. Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard
dibangunkan di sekolah untuk melihat perkembangan
pembelajaran murid dalam pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan
pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta
memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah
dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor
prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran

41
merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil
dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran, dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu
mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk
data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan
dan kebolehan masing-masing.

Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:

a. Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian
prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan
pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan
maklum balas tentang kemajuan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu topik atau aspek.

b. Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran,
penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian
murid tentang pembelajaran (assessment of learning).

c. Instrumen Pentaksiran Sekolah


Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan
konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran
digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan
ialah:

42
i. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan
dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara
secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang
dihasratkan.

ii. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis


Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif

iii. Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibal melibatkan tugasan
menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks.
Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu
mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid
menggabungkan teori dan amali.

iv. Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam
aktiviti pembelajaran yang dijalanakan dalam satu tempoh
masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan
maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh
dijalankan secara individu atau secara kumpulan.
Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid
mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran
interpersonal dalam melaksanakan tugasan.

v. Produk
Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau
membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan
tugasan yang diberikan.

43
vi. Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau
melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.

vii. Tugasan bertulis/Karya Penulisan


Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan,
dokumen atau karya kreativiti dalam bentuk penulisan
mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan
berpandukan kepada tugasan yang diberi.

viii. Lembaran kerja


ix. Soal jawab
x. Kuiz
xi. Senarai semak
xii. Latihan/Tugasan rumah

4.3.2 Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen


akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid
ditaksir bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka
di akhir satu program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan
menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan
skor/ markah dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah.
Pentaksiran Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran
Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran
ditaksir secara sumatif.

44
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang


dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah
rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen
pentaksiran PT3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran
tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat,
objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen
yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut
diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen
pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian
bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrumen

pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan


Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti
tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field
study) atau kajian kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum


(PAJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah


sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan
serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian
murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan
ekstra kurikulum. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti
bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
mengikut keupayaan murid.

45
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum.

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran


Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti
fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur
kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur
ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard
yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti
iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa"
dan "Jangkauan Melunjur". Body Mass Index tertumpu kepada
mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid
menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur


aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi
aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon,
daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan
dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan
Koakademik di peringkat sekolah, zon, daerah atau bahagian,
negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha


untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan
memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama
ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat
kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah.
Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh

46
membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang
baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan
masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir,


direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan


(innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap, dan personaliti murid dapat membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang
digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud
Khusus dan Ujian Personaliti.

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus


tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan
murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal
potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi,
kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan.

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk


mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid
melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat
kerjaya.

47
4.4 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM

4.4.1 Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)

Perkara Asas Fardu Ain ialah beberapa perkara penting


daripada Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam. Perkara ini perlu dikuasai agar murid benar-
benar mengetahui, memahami dan mengamalkannya seperti
yang dikehendaki oleh syarak. Dalam aspek penilaian, murid
dapat memahami dan mengamalkannya pada tahap yang
paling asas atau minimum.

Tujuan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain

a. Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman


dan amalan PAFA.
b. Memberi bimbingan sehingga mereka dapat
mengamalkan dengan betul dan sempurna.
c. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam
PAFA (menentukan kejayaan seratus peratus).
d. Menyuburkan keinsafan dan kerelaan untuk
menghayatinya dalam amalan kehidupan harian.
e. Memotivasi guru untuk memastikan murid menguasai
dan menghayati PAFA secara berterusan.

4.4.2 Peraturan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain seperti


berikut:

a. Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid beragama


Islam.
b. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
c. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh pihak
sekolah.

48
d. Penilaian berbentuk formatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dijalankan oleh guru Pendidikan Islam
mengikut masa dan tempat yang sesuai.
e. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-
kod yang telah ditetapkan. Murid yang telah menguasai
boleh dinilai dengan kod-kod tahun atau tingkatan
seterusnya. Walau bagaimanapun murid ini boleh dinilai
semula untuk pengukuhan.
f. Apabila ujian dibuat secara formal, murid hendaklah
diberitahu terlebih dahulu kerana soalan dan jawapan
tidak rahsia.
g. Sepanjang tempoh penilaian, murid diberi masa, peluang
serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang
serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha
ini diteruskan sehingga mereka faham dan dapat
mengamalkan sesuatu kemahiran dengan sempurna.
h. Pencapaian murid perlu dikemas kini dari semasa ke
semasa dalam borang pencapaian individu dan borang
berkelompok.
i. Pemantauan proses pelaksanaan PAFA di peringkat
sekolah akan dijalankan oleh pengetua atau guru besar
dari semasa ke semasa.
j. Murid diperaku lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA
apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan
semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.
k. Borang pencapaian individu (dalam simpanan guru)
hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan
murid ke sekolah lain.
l. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian
di peringkat sekolah dengan menggunakan format Penyata
Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan
kepada Bahagian atau Unit Peperiksaan, Jabatan
Pendidikan Negeri mengikut prosedur yang ditetapkan.

49
AGIHAN KOD PAFA (UPSR)

TAHUN KOD NILAI TAJUK


01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
1
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
06 Cara Berwuduk
10 Solat Fardu:
a) Lafaz niat Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan
2 Isyak.
b) Takbiratul Ihram
c) Semua Rukun Fili
d) Surah al-Fatihah
10 Solat Fardu:
3 Semua Rukun Fili dan Semua Rukun Qauli
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis
08 Cara Mandi Wajib
4 10 Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Abad dan Haiat
16 Kewajipan Menutup Aurat
07 Cara Bertayamum
09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan
Iqamat
5 10 Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Abad dan Haiat
c) Dua Surah (Pilihan Murid)
10 Solat Fardu:
a) Rukun-rukun Solat
b) Sunat Abad dan Haiat
6 c) Dua Surah (Pilihan Murid)
12 Puasa
15 Ihsan

50
AGIHAN KOD PAFA (PMR DAN SPM)

TINGKATAN KOD NILAI TAJUK


01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
1 03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
2
09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan
Iqamat
10 Solat Fardu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
3
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam
01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
02 Rukun Islam
03 Rukun Iman
04 Beristinjak
05 Membersihkan Diri, Pakaian Dan Tempat Dari Najis
4
06 Cara Berwuduk
07 Cara Bertayamum
08 Cara Mandi Wajib
09 Azan, Iqamat, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan
Iqamat
10 Solat Fardu
11 Solat Jenazah
12 Puasa
13 Adab Terhadap Ibu Bapa
5
14 Perkahwinan
15 Ihsan
16 Kewajipan Menutup Aurat
17 Batas Pergaulan Dalam Islam

51
BAB 5
PENYELIAAN

5.1 PENDAHULUAN

Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang


diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.
Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The
Reluctant Profession, menghuraikan ...penyeliaan satu usaha untuk
mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam
pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi
dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum
dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah
memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak
pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi
aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran
serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab
pentadbir sekolah.

5.2 TUJUAN PENYELIAAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-


Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar sekolah
menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan
seperti rajah di bawah:

52
Antara tujuan penyeliaan adalah seperti berikut :

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua atau guru


besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan
falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan
sumber maklumat kepada pengetua atau guru besar untuk
memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan
oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk menilai
seseorang guru bagi tujuan tertentu.
c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan
profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau
guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru
dengan murid.
d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih
berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih
positif.

53
5.3 BIDANG PENYELIAAN

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan


kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran
dan pembelajaran.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi dalam kelas yang perlu diberi perhatian


adalah:

a. Organisasi kelas
b. Kawalan murid
c. Komunikasi
d. Motivasi
e. Sikap murid
f. Kebersihan dan keceriaan
g. Penyeliaan gerak kerja
h. Penilaian prestasi
i. Profil murid
j. Pengurusan panitia mata pelajaran

5.3.2 Bidang Pengajaran Dan Pembelajaran

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Rancangan Pelajaran Tahunan


b. Rancangan Pelajaran Harian
Objektif pengajaran dan pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Refleksi pengajaran dan pembelajaran
c. Persediaan sumber pendidikan
d. Penyampaian isi pelajaran
e. Teknik penyoalan
f. Interaksi guru dan murid
g. Penggunaan masa

54
Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan
aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek
perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan
penambahbaikan.

5.4 PRINSIP PENYELIAAN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti


berikut:

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan


oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.
b. Rekod Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dicatat dengan ringkas dan tepat.
c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang
dengan seimbang dari segi masa, mata pelajaran, tingkatan atau
tahun dan guru.
d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong
kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,
tanggungjawab sepenuhnya terletak pada pengetua atau guru
besar. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan
profesionalisme dengan guru. Pengetua atau guru besar
membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran .
e. Pengetua atau guru besar boleh merujuk Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia berkaitan Standard 4: Pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dalam kalangan guru.

55
5.5 PERINGKAT PENYELIAAN

Peringkat penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga


peringkat seperti rajah di bawah.

Peringkat Penyeliaan

Prapenyeliaan

Penyeliaan

Pascapenyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan

Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua atau guru


besar dengan guru adalah untuk:

a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru


dengan pengetua atau guru besar.
b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang
hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang akan dilaksanakan.
c. memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang
perlu diberi perhatian khusus.
d. penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh


dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui
atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya


56
pihak pengetua atau guru besar tidak dapat melaksanakan
penyeliaan. Guru penolong kanan boleh mengambil alih
tugas penyeliaan tersebut dengan arahan pengetua atau
guru besar.
b. Pengetua atau guru besar hendaklah memberi fokus
kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah
dibincangkan ketika prapenyeliaan.
c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan
mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan
oleh pengetua atau guru besar sebagai persediaan
pascapenyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas


proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan
dua hala meliputi kekuatan dan kelemahan pengajaran dan
pembelajaran. Status pengajaran dan pembelajaran perlu
dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh pengetua/
puru besar. Maklum balas adalah bertujuan untuk tindakan
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran guru
berkenaan.

5.6 TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

Pengetua atau guru besar perlu memastikan guru yang diselia


melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selepas
penyeliaan.

57
Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya
dijadikan budaya sekolah bagi memastikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dapat dikekalkan.

Pengajaran mikro sesama rakan sejawat dan Komuniti Pembelajaran


Profesional boleh dijadikan salah satu medium tindakan
penambahbaikan selepas penyeliaan.

58
RUJUKAN

1. Biggs, J.B and Telfer, R., The Process of Learning, Prentice Hall, Sydney,
1987

2. Brady, L., Model and Methods of Technology, Prentice Hall, Sydney,


1985

3. Butler, K.A., Learning and Teaching Style, The Learner Dimension, Merrill
Publishing, Columbus, 1998

4. Doyle, W., Classroom Organization and Management, Mac Millan, New


York, 1986

5. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S, Classroom Management


for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New Jersey, 1994

6. English, T. and English, J., Creative Management in School, Ashgate


Publishing United, Hants, England, 1997

7. Gardner, H., Intelligence Reframed : Multiple Intelligences for the 21st


Century, Basic Books, New York, 2000

8. Marrison, K. And Ridley, K. Curriculum Planning and the Primary School,


Paul Chapman, London 1988

9. Marsh, C., Handbook For Beginning Teacher, Longman, Melbourne,


Australia, 1996.

10. Mohd Dom, Alimuddin, Kepimpinan Instructional : Peranan Pengetua dan


Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan pembelajaran
di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia, 2006

11. Mok Soon Sang, Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran, Multimedia-ES


Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia, 2006

12. JNJK, KPM, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK, Putrajaya,
Malaysia, 2012

13. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah,


JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

14. JNSP, KPM, Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Menengah,


JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia, 1991

15. JPN Kedah, Panduan Pengurusan Panitia Sekolah, One ED Enterprise,


Alor Setar, Malaysia, 2014

16. LP, KPM, Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah,


Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2014

59
17. LP, KPM, Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Lembaga
Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia, 2013

18. PPK, KPM, Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, Pusat


Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Malaysia, 2001

19. Shamsudin Mohammad dan Kamarul Azmi Jasni, Penyeliaan Guru Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, UTM Press, 2012

SURAT PEKELILING IKHTISAS

Bil. Rujukan Tajuk

1. SPI BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

2. SPI BIL. 3/1987 Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam


Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah

3. SPI BIL. 6/1991 Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk


Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi
Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah
Menengah Atas

4. SPI BIL. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

5. SPI BIL. 12/1999 Penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan dan
Aktiviti Yang Diperakukan Oleh Kementerian
Pendidikan

6. SPI BIL. 2/2000 Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak


Semula bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM)

7. SPI BIL. 5/2003 Dasar Penggunaan Media dan Teknologi Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran

8. SPI BIL. 12/2004 Garis Panduan Umum Pemberian Kerja Rumah


Kepada Murid Sekolah

60
SURAT SIARAN DAN SURAT MAKLUMAN

Bil. Rujukan Tajuk

1. KPPM/5; 22 JUN 1998 Tanggungjawab Mengajar Bagi Pengetua


dan Guru Besar Di Sekolah

2. Surat Pekeliling Kewangan Garis Panduan Pengurusan Kewangan


Bil. 8/2012: Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke
Sekolah Berdasarkan Perkapita dan
Enrolmen Murid dan Pindaan Surat
Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh
17 Jun 2013

3. Surat Siaran (JAPIM) Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan


5206/4/4.1 Jilid 21 (4) Al-Quran Dalam Pengajaran dan
bertarikh 3 Januari 2003: Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/
KBSM

LAIN-LAIN RUJUKAN

Bil. Rujukan Tajuk

1. Arahan Perkhidmatan Bab 3 Surat Menyurat

2. Arahan Perkhidmatan Bab 4 Fail-Memfail

61
K e me n t e r i a n P en d i d i k a n Malay s i a
J e m a a h N a z i r D a n J a m i n a n Kual iti
Ar a s 3 -6 , B l o k E1 5 , Ko m p l e ks Kerajaan Parc el E,
P u s a t P e n t a d b i r a n K e r a j a a n Persekutuan
62604 Putrajaya.
T e l : 0 3 8 8 8 4 4 1 6 1 / 8 8 8 4 4 2 0 1 / 8 8 8 4 41 1 1
F a k s i m i l i : 0 3 8 8 8 4 6 8 6 7 / 88 8 8 6 8 6 9

You might also like