You are on page 1of 9

Tingkatan 4 - Bab 4:

Kemunculan Tamadun Islam dan Perkembangannya di Makkah



- tamadun lembah sungai , tamadun Islam dianggap unik
lahir berkembang di tempat yang terpencil ,di kws padang pasir yg
panas dan kering kontang()

-3 Asas Perkembagan Islam:


a) Pemikiran
b) Ajaran agama
c) Anugerah Tuhan

Zaman Jahiliah

1) Apakah maksud Jahiliah ( ) ?

- Jahiliah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil (),
tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan .

- Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya
empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

- Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul () sebelumnya seperti Nabi
Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.

- Zaman ini dianggap Zaman Kegelapan kerana masyarakat tersebut tidak menyembah Allah
Taala , mereka menyembah berhala / dan mempercayai animisme .

- Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci .

- Akhlak mereka rendah kejam , angkuh , degil . Kehidupan mereka kucar-kacir


.

2) Ciri- ciri Masyarakat Arab Jahiliah

- Terbahagi kpd dua golongan iaitu masyarakat Badwi (tinggal di gurun dan pedalaman)
dan masyarakat Hadari (tinggal di pesisiran pantai).
- Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi , berzina ,
minum arak.

- Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna .

- Kedudukan wanita adalah rendah . Wanita dipandang rendah tidak mewarisi


harta ibu bapa,

- Bayi perempuan ditanam hidup-hidup sebaik sahaja dilahirkan -dianggap


menjatuhkan maruah keluarga.

- Tiada peraturan khusus dalam soal perkahwinan .Lelaki boleh berkahwin dengan
beberapa wanita sekali gus dan sesiapa sahaja yang disukai .

- Perniagaan berasaskan riba dan penindasan . Pedagang mementingkan


keuntungan dan kekayaan .

-merompak /merampas satu kewajipan . Merompak dan merampas barangan


daripada kafilah lain di kawasan padang pasir dianggap satu
sumber pendapatan.

-Golongan kaya sentiasa menindas golongan miskin. Eksploitasi / golongan kaya


terhadap golongan miskin.

- Terdapat 4 bentuk agama dan kepercayaan agama Wathani (menyembah


berhala), Animisme, agama Samawi (Kristian dan Yahudi ), kepercayaan seperti
sihir dan tilik nasib .

- Mengamalkan sistem Kabilah berpuak-puak dalam suku tertentu , sangat


taksub/fanatik dengan suku sendiri, diketuai oleh syeikh (seseorang yang
disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).Peperangan sering berlaku antara kabilah(
)

-Mewujudkan semangat assabiah semangat kesukuan yang terlalu melampau , terikat dengan
peraturan kabilah, sanggup menuntun bela demi mempertahankan diri dan kabilah mereka

- Keadaan geografi panas kering kontang- membawa sikap suka berperang. Sifat kesukuan yang
menebal menyebabkan masyarakat Arab Jahiliah berada dalam keadaan kucar-kacir .
Contohnya peperangan al-Basus berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

1) Kehidupan Nabi Muhammad SAW Sebelum Menjadi Rasul

- Nabi keturunan pemimpin Makkah yang terkenal serta bijak dalam urusan pentadbiran Makkah
dan selok-belok perniagaan. Berketurunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).
- Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah , telaga zamzam .

- Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibu baginda ialah Aminah binti Wahab.

- Nabi dilahirkan pada tahun 20 April, tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi
nama Muhammad yang bermaksud terpuji.

- Bapa nabi meninggal dunia ketika Nabi Muhammad s.a.w masih dalam kandungan ibunya.

- Nabi diserah kepada Halimatus Sadiyah untuk dipelihara dan disusui .

- Ketika berusia 6 tahun, ibu nabi meninggal dunia (menjadi yatim piatu) dan nabi dipelihara oleh
datuknya , Abdul Muttalib. Kemudian, datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh
bapa saudaranya Abu Talib
- Pengalaman hidup Pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudaranya.

- Mengikut rombongan perniagaan bapa saudara ke Syam ketika


berumur 12 tahun.

- Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama


Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah .

- Semasa berumur 20 tahun, baginda lebih giat berdagang , sama ada


secara bersendirian atau berkongsi dengan kawan.

- Kemudiannya, baginda menguruskan perniagaan Khadijah bt Khuwalid (seorang hartawan


kota Makkah) bersama-sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Khadijah memberikan modal
kerana sifat amanah Nabi Muhammad s.a.w. Sifat terpuji baginda menyebabkan
keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya, nabi berkahwin dengan Khadijah yang berumur 40
tahun ketika berumur 25 tahun.

2) Keperibadian Nabi Muhammad SAW

- Nabi memiliki 4 sifat terpuji Siddiq (berkata benar ), Amanah (dipercayai ) ,


Tabliq (menyampaikan ), Fatanah (bijaksana ).

- Nabi digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa
dipercayai dan tidak pernah berbohong .

- Sifat amanah menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar kepada nabi

- Kewibawaan sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti ketika


menyelesaikan masalah perletakkan semula batu Hajar Aswad ke tempat asalnya.

- Mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa merendah diri . Baginda
merendah diri bergaul dengan orang kaya, miskin, tua, kanak-kanak.
-Nabi merupakan ketua keluarga contoh yang pengasih dan bertimbang rasa membantu
isteri memasak, menampal kain koyak, melayan anak.

- Anak-anak diberi pendidikan agama secukupnya dan nabi menjadi teladan kepada anak-anak.

- Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.

- Sifat pemaaf contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota
Makkah

- Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah


yang berat sebelah dengan orang Arab Quraisy Makkah dan akhirnya menyebarkan agama Islam.

- Baginda sering bertahannuth (beribadat kepada Allah) dengan cara mengasingkan


dirinya daripada masyarakatnya di Gua Hirak.

- Baginda sabar dan tabah mendaki Gua Hirak, di Bukit Nur.

- Pada tahun 610 M , menerima wahyu pertama.

3) Kerasulan Nabi Muhammad SAW

- Pada 6 Ogos tahun 610 M, Allah SWT telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad SAW, iaitu Surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5.

- Wahyu ini memerintahkan umat Islam supaya membaca.

- Wahyu ini menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam
keseluruhannya.

- Islam menggalakkan umat Islam mementingkan aktiviti membaca dan membuat kajian
terhadap sesuatu perkara.

- , seseorang akan mendapat dan menambahkan ilmu.

- Melalui amalan membaca dan membuat kajian, sesuatu bangsa akan berilmu,
mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya meningkat
tamadun bangsanya.

-Dalam Islam, ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang dapat membina masyarakat dan bukan sebaliknya.

- Wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah Surah al-Muddasir, ayat 1
hingg 7.
- Wahyu ini mengisytiharkan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah (pesuruh
Allah) .

- Sebagai Pesuruh Allah, baginda wajib menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.

- Selepas itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya.

- Perkara utama yang ditekankan ketika ini ialah akidah .

- wahyu kedua, perkara yang harus dilakukan oleh Nabi

i. Membetulkan akidah masyarakat Arab

ii. Menanamkan keimanan kepada Allah

iii. Menggesa masyarakat meninggalkan amalan keji

iv. Melarang penindasan sesama manusia.

v. Melarang pembunuhan .

vi. Melarang kegiatan mencuri .

Penyebaran Islam di Makkah

1) Secara Rahsia

- Pada mula , penyebaran Islam secara rahsia berlaku selama 3 tahun di Makkah
-ditujukkan kepada ahli keluarga nabi, para sahabat yg rapat dan kaum kerabat baginda.

-Mereka yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid (isteri ), Ali bin Abu Talib
(10 tahun, sepupu ), Zaid bin Harithah (anak angkat ) dan Abu Bakar al-Siddiq
(sahabat karib ) yang kemudiannya mengislamkan Uthman bin Affan.

- Al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di
Makkah.

2) Secara Terbuka kepada Keluarga Abdul Muttalib


- Dilakukan secara terbuka berlaku selama 10 tahun di Makkah setelah Nabi Muhammad s.a.w
menerima perintah daripada Allah.

- Dilakukan setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada
keluarga Abdul Muttalib (kaum kerabat baginda).

- Nabi Muhammad s.a.w telah bermusyawarah dgn para sahabat .

- Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi mendapat tentangan kuat daripada
Abu Lahab (bapa saudara nabi).

3) Secara Terbuka kepada Orang Ramai

- Dilakukan di Bukit Safa, Makkah setelah Allah SWT menurunkan perintah


menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94.

- Dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah termasuklah Bani Muttalib,
Bani Zuhrah, Bani Tamim, Bani Makhzum dan Bani Asad.

- Perbahasan hebat berlaku antara Nabi dengan Abu Lahab (bapa saudara
Nabi). Abu Lahab menghina Nabi.

-Menganggu dakwah Islamiah yang ingin disampaikan.

Reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam

1) Penerimaan terhadap Islam

- Kemurniaan ajarannya.

- Kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara berhikmah dan lemah-lembut


.

- Tidak memaksa orang ramai untuk memeluk Islam.

- Membandingkan ... antara akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang
disarankan oleh Islam.

- Membacakan ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, memberikan penerangan, dan
menujukkan teladan yang baik .
- Nabi menanamkan iman yang kuat, harta bukan ukuran tetapi kesabaran dan
pengorbanan yang diutamakan.

- Nabi menunjukkan teladan positif berakhlak mulia , kuat mental , fizikal , rohani
dalam mencari kejayaan.

- Layanan yang sama rata kepada semua manusia telah menarik golongan hamba memeluk Islam.

- Mulanya, Nabi Muhammad mendakwah secara rahsia kerana Islam masih baru
dikenali, bilangan penganut masih sedikit, mengelakkan penentangan .
- Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).
- Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal terdiri daripada golongan bawahan,
hamba seperti Bilal bin Rabah, keluarga Yassir. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama
oleh Islam. Mereka diseksa Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur
di padang pasir hingga mati syahid .

2) Faktor Penentangan terhadap Islam

- Perbezaan kepercayaan dan amalan orang Arab Quraisy (menyembah patung )


dengan Islam (menyembah Allah).

- Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa.

- Orang Arab mempercayai tradisi turun temurun.

- Islam menyarankan prisip persamaan taraf sesama manusia bertentangan dengan sistem sosial
Quraisy.

- Perbezaan darjat antara golongan atasan dengan golongan bawahan.

- Konsep persaudaraan Islam bertentangan dengan konsep assabiah.

- Amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dilarang oleh Islam.

- Quraisy menganggap menerima Islam bermakna terpaksa tunduk kepada kepimpinan nabi maka
kuasa politik akan terganggu.

- mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi.

- Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga
mereka kerana Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota
Makkah.

- Dari segi ekonomi, penerimaan Islam akan menggugat ekonomi mereka kerana
menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala .
3) Cara Penentangan terhadap Islam

- Orang Arab Quraisy Makkah melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Nabi Muhammad
SAW.
- Mereka menggangu baginda ketika bersolat seperti meletakkan benda-benda kotor di
atas tengkuk nabi.

- Mereka mengancam untuk membunuh nabi.

- Mereka mengejek dakwah Islamiah melalui puisi yang ditulis.

- Mereka menggunakan pelbagai bentuk kekerasan terhadap Nabi Muhammad


SAW agar meninggalkan dakwah Islamiah.

- Mereka melontar najis kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang
berjalan.

- Golongan hamba yang memeluk agama Islam menerima pelbagai bentuk seksaan
daripada tuan mereka.

- Mereka memujuk Nabi agar meninggalkan dakwah Islamiah.

- Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta
yang banyak tetapi ditolak baginda.

- Melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Tidak menjalankan
aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi. Tidak memberikan sebarang pertolongan
kepada Nabi. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi .

- Menulis pernyataan tentang pemulauan itu dan menggantungkannya di


Kaabah. Pemulauan berlaku selama tiga tahun sahaja kerana terdapat orang Quraisy
yang tidak mematuhi peraturan pemulauan tersebut.

- Nabi sekeluarga dilindungi oleh Abu Talib. (Nabi juga dibantu oleh wanita seperti Khadijah,
Aisyah, Ummu Salamah dalam menghadapi cabaran sama ada di Makkah mahupun di Madinah).

4) Cara Penyelesaian terhadap Penentangan

- Golongan Islam yang berkemampuan membantu golongan Islam kurang


berada ketika pemulauan terhadap orang Islam dilakukan.

- Khadijah telah menyerahkan semua hartanya demi perjuangan Islam.

- Penentangan kian hebat selepas Abu Talib dan Khadijah meninggal dunia .
- Nabi menggalakkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan
pelindungan .
- Nabi dan Zaid bin Harithah merancang menyebarkan Islam ke Taif untuk
tetapi kurang berkesan.

- Nabi Muhammad SAW meneruskan dakwah Islamiah dengan sabar ,cekalan dan sifat tidak
mudah mengalah . Tidak pernah putus asa terhadap dugaan dan
sentiasa mencari jalan .

- Penghijrahan ke Madinah setelah menerima perintah Allah dan telah dijemput oleh suku Aus
dan Khazraj. Baginda memilih Madinah untuk meneruskan penyebaran dakwah Islamiah.

You might also like