Set Latihan Tatabahasa

You might also like

You are on page 1of 23

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN

KEMAHIRAN BAHASA SPM

1. BINA AYAT
2. SINTAKSIS
3. KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN
IMBUHAN
4. KESALAHAN KATA/ ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA
5. PERIBAHASA

1
SET 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) simpang-perenang

(ii) simpang-siur

(iii) keluh-kesah

(iv)kumat-kamit

(v) licin-licau

(vi)lekak-lekuk

(b) Baca ayat-ayat berikut dengan teliti, kemudian cerakinkan ayat-ayat tersebut mengikut subjek dan
predikat.

(i) Kerajaan telah menyarankan agar golongan muda menyertai pasukan keselamatan negara.

(ii) Pada masa ini, institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin bersedia untuk menghadapi
cabaran globalisasi.

(iii) Hendaklah kamu sertai kegiatan kokurikulum untuk mengasah bakat kepemimpinan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin semula ayat itu semula.

(i) Sampah-sarap yang dibuang dengan sesuka hati oleh penduduk disebabkan longkang
tersumbat.

(ii) Kaum wanita yang berhasrat untuk mengambil pekej rawatan kecantikan muka dinasihatkan
agar berjumpa dengan pakar kosmetik yang berkelayakan dan diluluskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

(iii) Golongan belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi mengikis gejala negatif
yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan mereka.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

LATIHAN SOALAN 3 SPM 2


tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) David Beckham telah diserahkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan bola sepak
persahabatan antara England dan Perancis.

(ii) Empat sekeluarga warga Singapura maut apabila kenderaan serba guna yang mereka naiki
terbabas di kilometer 150.6 Lebuh Raya Utara Selatan.

(iii) Encik Zainal telah membuat temu janji dengan pegawai bank untuk menyelesaikan masalah
rumahnya yang hendak dijual oleh pihak bank kerana gagal menyelesaikan bayaran balik
pinjaman bank.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan masak-masak kesannya
terlebih dahulu.

(ii) Seseorang yang semakin berilmu atau semakin berpangkat maka dia akan menjadi rendah
diri dan tidak sombong.

(iii) Orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu bidang sahaja yang mengetahui bidang tersebut.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 3


SET 2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) menjunjung

(ii) mengelek

(iii) membimbit

(iv) menatang

(v) menandu

(vi) mendukung

(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan dan maksud asalnya.

Anak, boleh pak cik tahu, mana jalan ke Kampung Tanjung Dawai? tanya Pak Cik Samad.
Er... saya pun tidak pasti, pak cik, kata Zamri.
Saya pun baru saja tinggal di sini, tambah Zamri lagi.
Kalau begitu, tak apalah, kata Pak Cik Samad.
Pak cik tunggu di sini. Biar saya tanya pemuda di kedai tu. Mungkin pemuda itu tahu,
balas Zamri.
Baiklah.
Pak cik tunggu di sini, ya.
Yalah.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin semula ayat itu semula.

(i) Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang ditinggalkan oleh perompak-perompak itu
ditepi sebuah estet kelapa sawit.

(ii) Pasaran saham tempatan mencatatkan kejatuhan besar apabila Indek Komposit Kuala
Lumpur menyusut sebanyak 123.11 mata semalam.

(iii) Walaupun jumlah pemilik kenderaan persendirian didapati semakin bertambah, namun
pengangkutan awam masih dijadikan pilihan utama kepada sebahagian besar rakyat di
negara kita samada yang tinggal di kota ataupun desa.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 4


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis Perbandaran Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menahan
kegiatan yang tidak bermoral di siber kafe.

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengunci 55 buah kenderaan dan
mengeluarkan sebanyak 930 saman bagi pelbagai kesalahan trafik di dalam operasi
bersepadu yang diadakan selamat tiga hari.

(iii) Sikap tidak bertanggungjawab penternak lembu yang sering membiarkan ternakan
mereka berlegar-legar di lebuh raya boleh mengundang bahaya pada orang ramai yang
menggunakan lebuh raya tersebut.

(e) Beri peribahasa yang mempunyai maksud yang sama untuk setiap peribahasa berikut.

(i) Seperti cincin dengan permata

(ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

(iii) Bumi mana tidak ditimpa hujan

LATIHAN SOALAN 3 SPM 5


SET 3

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) seluruh- seloroh

(ii) gejala - jelaga

(iii) tepuk - tepok

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Rasuah merupakan penyakit masyarakat. Rasuah dianggap penyakit yang serius. Rasuah perlu
dihapuskan. Penghapusan rasuah perlu dilakukan seberapa segera yang boleh. Dengan
terhapusnya rasuah, keharmonian masyarakat akan terjamin. Ketenteraman negara akan turut
terjamin. Imej negara dapat ditingkatkan dengan terhapusnya rasuah. Pembanterasan rasuah
perlu dilakukan dari peringkat awal lagi. Rasuah banyak mendatangkan kemudaratan kepada
masyarakat. Ekonomi negara akan lumpuh jika rasuah tidak dihapuskan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin semula ayat itu semula.

(i) Kesesakan lalulintas yang agak teruk telah berlaku pada waktu puncak di Kuala Lumpur
ekoran tertutup terowong SMART.

(ii) Yang Di-pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengingatkan semua penguat kuasa
menjalani tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

(iii) Murtabak yang terjual di pasar malam boleh didapati dengan harga yang murah.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

LATIHAN SOALAN 3 SPM 6


tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayam yang disembelih oleh Pak Ali mengeletar beberapa ketika sebelum ia mati.

(ii) Banyak pejalan kaki lebih gemar melintas jalan raya tanpa menggunakan jambatan dan
hal ini mendedahkan mereka pada risiko kemalangan.

(iii) Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga gerabak terbalik apabila kereta
api barang itu terbabas dari landasan.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata- kata
hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

(i) Oleh sebab tamak akan kekayaan, Sazali meninggalkan kerja


tetapnya, tetapi kerja baru yang dipohonnya pula tidak berjaya dimiliki.

(ii) Dengan hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, Zaki


mencuba nasibnya di ibu kota untuk memohon pekerjaan yang boleh mendatangkan
pendapatan yang lumayan. Oleh sebab kekurangan ilmu dan berpendidikan rendah, dia
menemukan kegagalan dan pulang semula ke kampung.

(iii) Zaidi dinasihati oleh gurunya agar tidak menyertai ekspedisi mendaki
Gunung Tahan jika dia takut menghadapi cabaran dan rintangan.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 7


SET 4

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) hidup-hidup

(ii) hampir-hampir

(iii) bulat-bulat

(iv) mentah-mentah

(v) comel-comel

(vi) oleh-oleh

(b) Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Majalah lama itu diberi kepada kawannya untuk disimpan di dalam stor.

(ii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

(iii) Penduduk kampung berlari ke tepi pantai untuk melihat ikan paus yang
terdampar di situ.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pesisiran pantai atau kawasan tanah tinggi yang menyajikan keindahan alam semula jadi
dan landskap yang menarik ialah lokasi paling sesuai untuk beristirehat sambil
menenangkan fikiran.

(ii) Hasrat tiga orang lelaki untuk melarikan sebuah kereta milik seorang pengurus besar
tidak tersampai apabila kenderaan yang dilengkapi dengan sistem keselamatan
berfekuensi radio itu dimatikan di tepi jalan berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Buloh.

(iii) Kerja-kerja penglebaran Jambatan Pulau Pinang dilakukan untuk mengurangkan masalah
kesesakkan lalu lintas.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 8


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Banyak negara Afrika pada masa kini mengalami ketidakamanan politik.

(ii) Kerosakan lampu besar di Stadium Darul Aman menyebabkan perlawanan bola sepak
yang sedang berlangsung di antara pasukan Pulau Pinang dengan pasukan Kedah
terpaksa ditangguhkan.

(iii) Misteri kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasar masih menjadi perbualan panas dalam
kalangan penduduk hingga ke hari ini.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata- kata
hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Masyarakat Malaysia merangkumi orang awam, pihak sekolah, kakitangan awam dan swasta
haruslah bersatu padu dan bekerjasama secara bersungguh-sungguh tatkala mencuba menyelesaikan
masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Para ibu bapa tidak
boleh memandang enteng dalam hal ini. Mereka sewajarnya mendidik anak-anak mereka bergaul
dengan semua kaum tanpa memilih warna kulit dan darjat. Masyarakat pula tidak harus
mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan persekitaran mereka. Sekiranya
tiada pihak yang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, maka usaha memupuk semangat
muhibah dan perpaduan, sudah tentu akan menjadi realiti.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 9


SET 5

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) urus setia

(ii) urus niaga

(iii) surat layang

(iv) surat khabar

(v) rumah tangga

(vi) rumah api

(b) Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat perintah,
ayat seruan atau ayat tanya.

(i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak
tsunami.

(ii) Kasut saya telah dicuri semalam.

(iii) Tolong jahitkan baju saya, kata Ismail kepada isterinya.

(iv) Aduh, sakitnya kakiku!

(v) Bilakah dia akan datang ke tempat kita?

(vi) Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 10


(i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar tulisan jawi itu
diberi nafas baru.

(ii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi perlancongan


yang terkenal di negara ini.

(iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba basikal bukit dapat
tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja di negara ini.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA dapat dibanggakan
oleh kita.

(ii) Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-lain perkara dalam
mesyuarat pada hari ini.

(iii) Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap tidak melupakanmu
dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku memperoleh berbagai pengalaman, terutama
dari segi pergaulan. Aku terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini
yang lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga
melakukan aktiviti yang lain.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 11


SET 6

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk

(ii) laku

(iii) tentang

(b) Tukarkan ayat-ayat cakap ajuk berikut supaya menjadi susunan ayat cakap pindah yang betul
tanpa mengubah maksud asal ayat berkenaan.

(i) Lalitha, awak boleh berjaya jika awak rajin berusaha, terang Devi dengan nada tegas.
(ii) Jangan bermain di tepi lombong yang terbiar itu,kata ayah kepada Mat dan adiknya
berulang kali.
(iii) Jangan ganggu adik kamu. Dia baru saja tidur, pesan emak kepada Lili.
(iv) Cikgu Raju bertanya kepada Mei Ling, Mengapakah awak tidak hadir semalam?
(v) Pergilah berjumpa pengetua untuk memohon cuti sambilan, kata Cikgu Razak kepada
rakannya.
(vi) Apa rancangan kau selepas SPM nanti, Sani? tanya Robert.

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

(i) Penduduk kampung itu menanggap bahawa projek itu akan membawa banyak manafaat
kepada mereka.

(ii) Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan kandongan lemak dalam saluran darah
bertambah dan mempersempitkan saluran darah.

(iii) Semua pehak mestilah memainkan peranan penting untuk mengelak penularan
penyakit berjangkit yang merbahaya.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 12


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Banyak pelancung asing tertarik dengan keindahan semula jadi di Pulau Redang
Terengganu.

(ii) Berita penurunan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah


diumumkan tengahari tadi.

(iii) Kita perlu perpaduan supaya mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Anita dan Daniel merupakan dua orang adik beradik yatim piatu. Ibu mereka meninggal
dunia tiga tahun yang lalu akibat menghidap penyakit buah pinggang. Pada bulan lalu pula ayah
mereka pula mengikut jejak ibu mereka apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah
mereka telah meninggalkan harta yang banyak. Malangnya, kebanyakan harta tersebut hanya
dibolot oleh Daniel seorang sahaja. Alasannya ialah dialah satu-satu anak lelaki dalam keluarga
mereka. Anita hanya mendapat sebuah kedai runcit yang kecil untuk diusahakan. Setelah
memperoleh kemewahan, Daniel telah meninggalkan Anita. Akibat tidak pandai menguruskan
harta, di samping sikapnya yang boros Daniel telah jatuh muflis. Anita pula telah berusaha untuk
memajukan perniagaannya daripada sebuah kedai runcit yang kecil kini telah menjadi sebuah
pasar raya. Setelah muflis, barulah Daniel kembali menemui Anita dan meminta bantuan Anita.
Disebabkan mereka ialah adik-beradik, Anita telah memaafkan Daniel dan mereka kembali
hidup bersama-sama.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 13


SET 7

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lebat

(ii) anggota

(iii) pincang

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat yang gramatis dengan mengekalkan
maksud ayat yang asal.

Kabinet telah bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol. Kadar tol ini akan diputuskan
kemudian. Penangguhan ini dibuat atas pertimbangan kerajaan. Kerajaan terpaksa menanggung
kos tambahan pemberian subsidi tol. Penangguhan ini meringankan beban rakyat. Sesetengah
penduduk diberhentikan kerja. Pihak kerajaan menyeru rakyat berbelanja secara berhemah.
Rakyat membeli barangan yang perlu sahaja. Negara sedang menghadapi krisis.

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula

Skuad bola sepak bimbingan Rajagobal memperoleh peluang terbaik pada minit ke 16 melalui
sepakan percuma Badrul, namun dapat menepis oleh penjaga gol, Hamsani. Rentak permainan
semakin terjadi apabila rimbatan cubaan Zakuan dalam petak penalti mengenai tiang gol lawan.
Rajagopal melakukan petukaran dengan memasukkan Aidil dan akhirnya Aidil menandok bola
hantaran lintang Shukor ke gawang lawan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Masyarakat yang prihatin perlu melaporkan kes kebanjiran pendatang tanpa izin pada
pihak berkuasa tentang lokasi pendaratan mereka.

(ii) Makanan yang disediakan oleh chef itu semuanya pedas-pedas yang menyebabkan para
pelawat hotel itu mencari makanan di gerai yang berdekatan.

(iii) Syarikat Azami Maju akan mengimport sebanyak 50,000 ekor kambing dari Mynmar
untuk menjana keperluan daging kambing di negara ini.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 14


(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.

(i) Indah khabar dari rupa

(ii) Tiada rotan akar pun berguna

(iii) Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

SET 8

LATIHAN SOALAN 3 SPM 15


(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata akronim di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tabika

(ii) purata

(iii) cikgu

(iv) hakis

(v) jaluran

(vi) kugiran

(b) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Perlukah saya menyalin nota ini, cikgu? kata Saiful kepada Cikgu Rosmawati. Saiful, nota ini
penting untuk kamu mengulang kaji nanti. kata Cikgu Rosmawati. Cikgu, boleh saya gunakan
buku tatabahasa? Saya terlupa membawa buku nota. Kata Saiful. Mengapa tidak, asalkan kamu
buat catatan. Kata cikgunya. Oh, panjangnya nota ini cikgu! Kata Saiful. Sudahlah tu, Saiful,
salin sahaja cepat sebelum loceng berbunyi untuk rehat. Kata Cikgu Rosmawati.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksudnya.

(i) Setiap murid mesti membaca sekurang-kurangnya senaskah surat khabar untuk menimba
maklumat dan meluasi ilmu.

(ii) Kerajaan mahu mesin pengimbas di semua Komplek Kastam dibaiki segera bagi
memastikan tahap keselamatan negara ini sentiasa dijamin daripada aktiviti
penyeludupan.

(iii) Perdana Menteri mengajak rakyat menitik beratkan kerjasama dan perpaduan kaum
dalam pembentukkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
LATIHAN SOALAN 3 SPM 16
Pemakanan yang sihat dengan terkawal amat penting untuk memupuk kesihatan tubuh badan.
Pengetahuan kandungan nutrisi makanan mempengaruhi tumbesaran kesihatan manusia. Banyak
perkara yang terjadi melibatkan kanak-kanak yang mengalami obesiti atau kekurangan zat
makanan kerana tidak mendapat didikan tentang pemakanan yang perlu diberi perhatian oleh
kita.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Yaakob berasal daripada keluarga yang sederhana. Adik-beradiknya ramai dan


menyukarkan ibu bapanya menanggung keluarga mereka. Perkara ini menyebabkan Yaakob
bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, dia
tetap berusaha dengan bersungguhsungguh. Dia memulakan perniagaan secara kecilkecilan
untuk mengumpulkan modal. Akhirnya Yaakob berjaya membina jaringan perniagaan perubatan
tradisional yang diimpikannya. Setelah kehidupannya mewah, Yaakob telah lupa diri. Dia
melupakan ahli keluarganya yang telah banyak memberikan sokongan kepadanya. Ketika
berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan Yaakob telah muflis. Yaakob menyesal kerana
mengabaikan keluarganya, tetapi semuanya sudah terlambat.

SET 9

LATIHAN SOALAN 3 SPM 17


(a) Tulis satu ayat daripada setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jika begitu

(ii) kalaupun

(iii) dengan itu

(iv) oleh sebab

(v) di samping itu

(vi) sungguhpun demikian

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian sambungkan menjadi tiga ayat tanpa
mengubah maksud asalnya.

Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai. Negara sedang
mengharungi kegawatan ekonomi. Industri ini dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.
Risiko jualan langsung pula sangat minimum. Perniagaan tersebut memiliki kelebihan tersendiri.
Jualan langsung boleh dijalankan secara sambilan. Keadaan ini secara tidak langsung membuka
peluang pekerjaan. Industri ini dapat meningkatkan pendapatan individu. Kadar pengangguran
dapat dikurangkan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksudnya.

(i) Pak Hassan menyandar tubuhnya pada perdu pokok manga itu kerana kepenatan
membajak di sawah.

(ii) Ibu bapa wajib bersabar dan tenang dengan keranah anak-anak
terutama semasa beli-belah di pasar raya.

(iii) Pasukan penyokong bola itu melompat-lompat gembira apabila


pasukan kesayangan mereka menjaringkan goal pada saat-saat akhir masa
tambahan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa
mengubah struktur dan maksudnya.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 18


(i) Ketika pemandu motosikal itu hendak membelok ke kiri brek
motosikalnya tidak berfungsi dan dia melanggar tembok jalan besar itu.

(ii) Pada pagi itu ibu menyediakan goreng nasi untuk sarapan anak-
anaknya yang akan bersekolah bidang pagi.

(iii) Kerajaan Negeri Perak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaik taraf
iktisad golongan bumiputera selain menunjukkan amalan pertanian moden di luar bandar.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Setelah tamat pengajian dalam jurusan perniagaan, Jalil dan Halim membuka sebuah
kedai runcit. Mereka tidak mengabaikan apa-apa juga masalah yang timbul dalam perniagaan.
Mereka sering bermuafakat cara terbaik untuk membesarkan kedai runcit tersebut. Mereka yakin
jika berusaha bersungguh-sungguh nescaya impian mereka akan tercapai. Masalah mereka ialah
penduduk di situ suka berhutang. Malah ada penghutang yang langsung menghilangkan diri.
Mulalah timbul perbalahan antara mereka. Perkara yang kecil dibesar-besarkan. Akhirnya
mereka bersetuju untuk menutup kedai kerana mereka percaya bahawa daripada menanggung
kerugian yang banyak, lebih baik rugi sedikit.

SET 10

LATIHAN SOALAN 3 SPM 19


(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mencerap - mencurah

(ii) menyabung - menyarung

(iii) menghentak - menghempap

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tukar ke ayat songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

Salman sangat rajin berusaha dalam perniagaan. Baru-baru ini Salman membuka pasar
mini di kampungnya. Semua keperluan dapur ada di pasar mininya. Salman telah mengupah dua
orang pekerja tempatan. Pada setiap akhir tahun Salman akan menyumbang ke rumah anak-anak
yatim. Salman telah bercadang untuk membuka sebuah lagi pasar mini di Kampung Temiang
pada tahun depan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksudnya.

(i) Setiap pelajar perlu membeli senaskah surat khabar sebagai bahan tambahan
untuk memperlengkapi diri dengan isu-isu semasa.

(ii) Pihak sekolah telah menghadiahkan Jasmin sebuah basikal lumba kerana menjadi peserta
terbaik dalam Kejohanan Olah Raga Daerah Kinta Utara.

(iii) Semasa perhimpunan pagi tadi Penolong Kanan Hal-Ehwal Pelajar telah
menyampaikan memaklumkan tentang pentingnya semangat patriotik dalam kalangan
pelajar.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Anjing liar bersepah di sekitar kawasan perumahan itu meningkatkan semula
kebimbangan penduduk sekitar.

(ii) Kami sangat berbesar hati benar-benar kepada pihak kerajaan yang telah memberi
bantuan subsidi benih padi dan baja pada zaman penanaman padi tahun ini.

(iii) Orang kaya itu telah mengagihkan sebahagian hartanya untuk orang-orang tua yang
tinggal di Rumah Kebajikan di seluruh negara sebagai himpunan peribadinya pada tahun
lepas.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 20


(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong.

(i) Jasmin telah berfikir secara mendalam untuk tidak meneruskan berfoya-foya pada
waktu malam dengan kawan-kawannya sebaliknya dia hendak menumpukan pelajaran
sampai tamat demi masa depannya.Sikap Jasmin dikatakan ............................................

(ii) Amrin cuma mendengar segala nasihat dan teguran ibu bapanya tetapi
tidak mengamalkannya sungguhpun dia masih dibangku sekolah dan akan mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir tahun ini. Sikapnya itu
dikatakan ..........................................

(iii) Anak-anak Mak Limah sangat rajin bekerja di ladang kelapa sawit tinggalan arwah bapa
mereka kerana mereka tahu perbelanjaan untuk sara hidup dan pelajaran pada masa ini
sangat mahal. Kerajinan mereka itu dikatakan
............................................................................

SET 11

LATIHAN SOALAN 3 SPM 21


(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) teguh

(ii) lapuk

(iii) gentar

(iv) empuk

(v) kuncup

(vi) condong

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap
pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
.
Faris, marilah kita bermain hoki di padang Taman Kesumat pada petang ini.. .Maaflah
Mimi, saya terpaksa menghabiskan kerja sekolah yang diberi oleh cikgu Sejarah tadi.. kata Faris.
.Oh, ya, saya pun terlupa tentang latihan itu! Kalau begitu saya batalkan latihan hoki dan kita
buat latihan Sejarah bersama-sama. Boleh Faris?. Eh, tentu boleh dan itu lebih baik!. kata Faris.
Kata Faris, .Tolong bawa buku nota Rahim petang ini kerana nota tentang Sejarah Islamnya
lengkap? . .Boleh, saya jumpa di rumah kamu petang ini?. Kata Mimi.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal
pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah
struktur dan maksudnya.

(i) Setiap gambar yang dipancarkan melalui setelit kurang jelas terutama
sewaktu Amerika mengebom Iraq berapa tahun dahulu.

(ii) Hashim terpaksa berkerja keras membuat parit supaya air dapat mengalir ke sawahnya
yang kering kontang sejak empat bulan lalu.

(iii) Hassan cuba menyakinkan anak muridnya agar beriktiar untuk mencari pekerjaan di
bandar daripada membuang masa melepak di kedai kopi.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula
tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

LATIHAN SOALAN 3 SPM 22


(i) Buah durian yang mulai jatuh di Kampung Kepayang memberikan semula
pendapatan kepada penduduk yang hidup sederhana itu.

(ii) Peniaga runcit itu melakukan kesalahan daripada segi undang-undang dan peraturan
perniagaan yang ditulis oleh pihak Majlis Tempatan.

(iii) Beberapa pelajar dari Sekolah Menengah Tok Megah telah terpilih untuk mewakili
daerah dalam pertandingan bola baling di zon kebangsaan yang akan diadakan minggu
depan.

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya dan
penggunaannya..

(i) patah kandar

(ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

(iii) kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga

**SELAMAT MENJAWAB**

LATIHAN SOALAN 3 SPM 23

You might also like