You are on page 1of 4

Ruj.

Kami :JPA(W)/SMKL(Kur)153/06/05/07( 70 )
Tarikh :28 JUN 2016

Pengawai Kesihatan Bahagian,


Hospital Limbang,
98700 Limbang.

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK TURUT SERTA DALAM KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK SMK
LIMBANG

Dengan hormatnya saya ingin memohon perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains dan Matematik sekolah akan mengadakan Karnival
termaklum pada ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 13 JULAI 2016 (Rabu)


2.2 Masa : 8.00 pagi12.00 tengah hari
2.3 Tempat : Dewan PIBG, SMK Limbang

3. Sehubungan itu, bagi mengisi salah satu aktiviti karnival ini, Jabatan Sains dan Matematik sekolah
menjemput pihak tuan untuk mengadakan aktiviti berikut:

3.1 Kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma untuk 100 orang warga sekolah.
Pemeriksaan kesihatan percuma diseranaikan seperti berikut:
(i) BML
(ii) Tekanan Darah
(iii) Tahap Glukosa
(iv) Tahap Klorestorel
(v) Kumpulan Darah

3.2 Mengadakan pameran kesihatan mengenai kesan penyalahgunaan dadah, kesan merokok dan punca
penyakit kelamin.

4. Sesungguhnya, kerjasama dan penyertaan pihak tuan amat diharapkan. Sebarang pertanyaan mengenai
karnival ini boleh berhubung dengan penyelaras Karnival Sains dan Matematik. (Cik Teng Chin Ling) di talian
019-885 7528.

Sekian.

BERKHIMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(MATZINAN BIN HAJI WAHIT)


Pengetua,
SMK Limbang,

S>K 1. Ketua Bidang Sains dan Matematik, SMK Limbang


2. Ketua Penyelaras Karnival Sains dan Matematik, SMK Limbang.
Ruj. Kami: JPA(W)/SMKL(Kur)153/06/05/07( 71 )
Tarikh : 28 JULAI 2016

Pengurus Koperasi
SMK Limbang

Melalui Dan Salinan:-

Pengetua
SMK Limbang
98700 Sarawak.

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN HADIAH KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sains dan Matematik sekolah akan mengadakan
Karnival termaklum dari 11 Julai hingga 14 Julai 2015.

3. Sehubungan itu, Jabatan Sains dan Matematik sekolah ingin memohon peruntukan hadiah
bernilai sebanyak RM300. Di sini, diserta satu lampiran sebagai rujukan.

4. Semoga permohonan ini dapat pertimbangan daripada pihak Tuan sewajarnya.

5. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, Diluluskan/Tidak diluluskan

.. ..
(TIAMAH BINTI TASAH) (MATZINAN BIN HAJI WAHIT)
Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pengetua,
SMK Limbang. SMK Limbang.

S.K: 1. Ketua Penyelaras Koperasi


2. Fail Penitia Karnival Sains dan Matematik

Tarikh: 17 JUN 2016

Semua Guru Sains dan Matematik Menengah Rendah SMK Limbang

Tuan/Puan,

PANGGILAN MESYUARAT KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK KALI KE-2 TAHUN


2016

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tuan/ puan dijemput hadir ke mesyuarat mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 21 JUN 2016 (SELASA)


Masa : 1.30p.m.
Tempat : Makmal Fizik SMK Limbang

3. Agenda adalah seperti berikut:


(a) Ucapan pengerusi
(b) Perkembangan semasa bagi perlancaran setiap aktiviti Karnival
(c) Hal-hal lain

4. Kehadiran anda adalah wajib dan kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( )
Ketua Bidang Sains dan Matematik,
SMK Limbang.

You might also like