You are on page 1of 9

TINGKATAN 5

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, murid akan dapat :
- Menyenaraikan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan
-Menyatakan ciri-ciriperjanjian Malayan Union 1946
-Menjelaskan reaksi rakyat tempatan terhadap Malayan Union
-Menghuraikan factor-faktor pembentukan Malayan Union
-Menjelaskan ciri-ciri perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
-Mengenalpasti tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

ITEM STRUKTUR

TAJUK 4.1 MALAYAN UNION (MU) - MS 95

1.Pengenalan MU merupakan usaha British untuk menghapuskan negara


dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

2.British menerima bahawa adat istiadat Melayu, agama Islam, dan bahasa Melayu ialah
budaya tanah Melayu

TAJUK 4.1.1 SEBAB SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION MS 95-96


3 Nyatakan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan?
i. Persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri
ii. Melahirkan pentadbiran yang licin
iii. Menjimatkan kos pentadbiran
iv. Tanah Melayu terbahagi kepada 3 unit pentadbiran yang berbeza iaitu, Negeri2
Selat, Negeri2 Melayu Bersekutu, dan Negeri2 Melayu Tidak Bersekutu.
v. Membentuk bangsa Malayan Union
vi. British berhasrat membentuk sebuah negara bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia
kepada MU.
vii. Mengawal kuasa politik orang Melayu
viii. Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
selain mengurangkan kuasa politik orang melayu.

TAJUK 4.1.2 CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION (MU)

4.Perjanjian Malayan Union 1946 menggabungkan semua negeri di tanah Melayu dalam satu
unit pentadbiran
5 Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Malayan Union [ms 96]
i. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua
negeri Selat disatukan.
ii. Seorang gabenor British yang dilantik oleh Ratu England akan mengetuai Malayan
Union.
iii. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
iv. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
v. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip Jus Soli menjadi asa kerakyatan
Malayan Union.
vi. Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
vii. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

6.Jelaskan syarat penting berkaitan kerakyatan Malayan Union. [ms 96]

i. Jus soli merujuk pada kelayakan menjadi rakyat MU kepada sesiapa sahaja yang
lahir di Tanah Melayu dan Singapura.
ii. Mastautin Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama
10-15 tahun akan diberikan kerakyatan.
iii. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak
warganegara di atas, turut diberikan kerakyatan.
iv. Semua rakyat British daripada Tanah Jajahan takluknya boleh menjadi rakyat MU.

7. Nyatakan perlaksanaan pentadbiran Malayan Union. [ms 96-97]


i. MU berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintah
pusat yang kuat.
ii.Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura, tetapi terus kepada parlimen
Britih di London.
iii. Konsep pentadbiran baru ini telah menolak tradisi dan system politik Melayu.
iv.Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent

TAJUK 4.1.3 REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

SEBAB PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION [ms98]


8.Jelaskan sebab-sebab penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
i. Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mc Michael yang mengugut Raja-Raja
Melayu
ii. Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding
iii. Sultan menandatangani atas dasar setia kawan
v.Keadaan selepas perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan
politik
vi.Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union
vii.Kehilangan takhta dan kredibiliti Sultan sebagai ketua orang Melayu
viii.Zakat dipungut oleh gabenor British
viiii.Agama Islam tercabar
x.Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
xi.Kehilangan warisan tamadun
GOLONGAN RADIKAL MENYOKONG MALAYAN UNION
9..Apakah yang dimaksudkan dengan golongan Melayu radikal
i. Kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia
sebagai inspirasi.
ii.Mendokong penubuhan Negara Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya
iii.Kebanyakkan mereka berasal dari Indonesia
iv.Contoh PKMM, API, AWAS, BATAS, dan orang dagang

10. Nyatakan sebab-sebab golongan Melayu radikal ini menyokong Malayan Union
i.Menyokong dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik
ii.menyokong dasar sama rata
iii.British janjikan kemerdekaan
iv.Menghapuskan system feudal Melayu
vi.Penyatuan pentadbiran agama Islam
vii.British mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu

TAJUK 4.1.4 CARA PENENTANGAN MALAYAN UNION.


11.Bagaimanakah cara orang Melayu menentang Malayan Union
i.Akhbar-akhbar .
iiDemonstrasi secara aman
iii.Persatuan Melayu dihidupkan semula
iv.Dato Onn menyeru orang Melayu berkongres
v.Kongres Melayu Pertama dan Kedua
vi Penubuhan UMNO
vii.Rapat umum
viii. Raja2 Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar

TAJUK 4.2 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM 1948)

1.Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948 melalui perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union

Tajuk 4.2.1 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

2. Nyatakan factor-faktor pembentukan PTM 1948


i.ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union
ii.Perpaduan orang Melayu daripada semua golongan
iii.UMNO tidak menuntut kemerdekaan
IV.Gesaan Piagam Atlantik 1945
v.Sokongan bekas pegawai-pegawai British
vi.Sokongan pegawai-pegawai tinggi British
vii.Sikap politik orang Melayu yang sederhana

TAJUK 4.2.2 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH


MELAYU
3.Siapakah yang menggangotai jawatankuasa Eksekutif
i.Pegawai kanan British
ii.Pemimpin UMNO
iii.Wakil Raja-Raja Melayu

4.Nyatakan tuntutan tuntutan orang Melayu dalam Jawatankuasa Eksekutifn tersebut


i.Raja2 Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
ii.Mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
iii.Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
iv.Mereka meminta dasar perlindungan terhadap negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu
dipulihkan.
v.Mereka mununtut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri-Negeri Melayu diakui
semula.

5. Apakah reaksi orang dagang dan golongan radikal Melayu terhadap usaha pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu? [ms 105-106]
i. Perundingan British dengan UMNO dan Raja2 Melayu ditentang oleh orang dagang dan
golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy
ii. Mereka berpendapat Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak kerana tidak
disertai oleh seorangpun perwakilan orang dagang.
iii. Mereka menuntut sebuah republik dan kemerdekaan penuh
iv. Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Cuoncil Joint Action [AMCJA}
dan Pusat Tenaga Rakyat [PUTERA] telah ditubuhkan awal tahun 1947 untuk menentang
British dan Malayan Union.
v. Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok
vi. British bersetuju menubuhkan Jawatankuasa perunding bagi mendapatkan pandangan
mereka di dalam menyediakan perjanjian PTM 1948serta turut mencadangkan sebuah
perlembagaan rakyat.

6.Apakah isi kandungan Perlembagaan Rakyat 1947


i.Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
ii. Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
iii.Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar
iv.Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
v.Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
vi.Kerakyatan yang sama rata
vii.Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
viii.Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan rasmi
viii.Pertahanan dan hal ehwal orang negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
x.Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

TAJUK 4.2.3 PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


7.Bila dan dimana perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani
i.21 Januari 1948
ii.Kings House Kuala Lumpur
8.Nyatakan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
i. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.
ii. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
iii. Konsep Raja berpelembagan diwujudkan.
iv. Senarai Persekutuan dan senarai negeri dibentuk
v. Pesuruhjaya tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
vi. Syarat Kerakyatan berdasarkan rakyat Raja dan rakyat British

9.Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat Raja dan rakyat British

i. Rakyat raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu [orang Melayu yang lahir disebuah negeri
Melayu itu ialah rakyat negeri tersebut secara automatik]
ii.Rakyat British bagi negeri-negeri Selat [Melaka dan Pulau Pinang][Mereka yang tingal dan
lahir di Pulau pinang dan Melaka].

TAJUK 4.2.4 TOKOH-TOKOH

10. Senaraikan tokoh Sultan yang menjadi penggerak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
i. Sultan Badlishah[Kedah],
ii.Sultan Abdul Aziz[Perak]
iii.Sultan Ibrahim[Johor].

11. Apakah tuntutan Sultan-Sultan dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu


i. menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.
ii.Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan.
iii.Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta
perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.

12.Siapakah tokoh rakyat yang terlibat dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

i. Dato Onn Jaafar[Menterei Besar Johor]


ii. Dato Nik Ahmed kamil [Menteri Besar Kelantan].

TAJUK 4.3 PERGERAKAN POLITIK DI SABAH DAN SARAWAK

13. a. Huraikan perkembangan politik di Sarawak dalam peristiwa penyerahan Sarawak kepada
British. [ms 110-111]
i.Sarawak telah dipaksa unuk menerima penjajahan British secara mutlak
ii.Keturunan James Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di London
sebagai tanah jajahan mahkota.
iii.Vyner Brooke iaitu Raja terakhir Sarawak telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan
British disebabkan beberapa alasan.
iv.Vyner Brooke telah tua dan uzur, penggantinya pula Anthony Brooke didapati tidak layak
untuk mentadbir dengan berkesan.
v.Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar
Sarawak.
vi. Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada
Februari 1946.

14.Apakah reaksi pemimpin tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British


i.Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak,Persatuan
Melayu Sarawak[PMS] dan Persatuan Dayak Sarawak[PDS].
ii.Mereka menentang tindakan Vyner Brooke itu kerana perkara tersebut bercanggah dengan
Perlembagaan 1941.
v.Walaupun Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi sokongan
anggota bukan bumiputera dan pegawai2 British menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai
Tanah Jajahan mahkota British pada 1 Julai 1946.

15.Apakah isi kandungan Perlembagaan 1941 [sudut maklumat];


i.Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak
ii.Vyner Brooke Berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak dan kuasa
mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri.
iii.Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak.
iv.Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-
ketua mereka.

16. Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh orang Melayu dalam menentang penyerahan
Sarawak kepada British
i. Kaum Ibu dalam persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
ii.Berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan
iii.Kakitangan awam meletakkan jawatan
iv.Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak
v.Penubuhan Kumpulan Rukun Tiga Belas

17.Nyatakan pergerakan politik di Sabah

i.Kegiatan membangkitkan kesedaran politik di sabah amat perlahan, berpecah belah dan
tidak berkesan.
ii.Persatuan kebangsaan Melayu Labuan[PKML], Persatuan Melayu Jesselton[PMJ] serta
Barisan Pemuda[BARIP] Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat
sederhana.
iii. Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946, tidak terdapat tentangan yang
jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan,.
iii. Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur sahaja.
ITEM ESEI
1.Malayan Union telah diperkenalkan oleh British pada tahun 1946.
a. Nyatakan syarat-syarat Perjanjian Malayan Union [ms 96] 5markah

TEMA HURAIAN
Satukan Semua NNMB dan NNMTB serta dua negeri Selat disatukan
Gabenor Seorang gabenor British yang dilantik oleh Ratu England akan mengetuai
Malayan Union
Majlis Majlis Eksekuti dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
Singapura Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

Jus Soli Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip Jus Soli menjadi asas
kerakyatan Malayan Union
Raja-Raja Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya
membincangkan soala agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Pesuruhjaya Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua
pentadbir.

b.Huraikan cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union sehingga Malayan Union
gagal ditubuhkan [10markah]
Akhbar Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan warta Negara
telah menyuarakan bantahan yang berterusan.
Demonstrasi Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir
Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Ini
berlaku di Kota Bharu, Kelantan, dan Alor Star, Kedah.
Persatuan Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang MU.
Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan
di London
Dato Onn Pada 23 Januari 1946, Dato Onn Jaafar menyeru orang melayu berkongres
dan menubuhkan United Malays Organization [U.M.O] sebagai benteng
menentang MU
Kongres Kongres Malayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dahadiri oleh 41
buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
UMNO Kongres ini bersetuju menubuhkan Uniteds Malays National Organzation
[UMNO] atau Pertubuhan Kebangsaan Bersatu untuk menentang MU.
Bantah Kongres Melayu kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946 untuk membantah
pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.

C Apakah nilai yang anda perolehi daripada penentangan orang Melayu terhadap penubuhan
Malayan Union

Kerjasama Rakyat tempatan saling bekerjasama bagi mencapai matlamat


Berani Berani mempertahankan kedaulatan tanah air
Bersifat Terbuka
Bersatu padu Orang Melayu bersatu menentang British
Berilmu Pemimpin mempunyai ilmu dalam mentadbir negara
pengetahuan
Tegas Tegas pendirian menegakkan keadilan

2.
2.Nyatakan sebab British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 [8markah]

TEMA HURAIAN
Tegas Ketegasan orang Melayu membantah MU di bawah pimpinan Dato Onn
Jaafar
Perpaduan Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja,
rakyat boleh dapat mengatasi pihak lain yang menyokong MU.
Keupayaan Keupayaan orang Melayu memujuk dan mendesak British untuk
menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka
menolak MU.
Sokongan Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm McDonald,
Sir Edward Gent, dan L.D. Gammans telah membantu orang tempatan
menggantikan MU dengan PTM.

Piagam Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh PBB tidak menggalakkan
penjajahan baru, sebaliknya negara colonial memberikan latihan
berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Langkah Pembentukan PTM merupakan satu langkah yang sesuai kea rah mencapai
hasrat PBB tersebut
Sokongan Sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah
Melayu sebelum Perang Dunia II mendorong British membentuk PTM.
Tokoh Antara mereka termasuklah S.F. Swettenham, Sir R.O.Winstedt, Sir
George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
Tolak Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
Pilih British memilih UMNO dan raja2 Melayu kerana kedua2nya menuntut
rundingan untuk menolak MU.
Tuntut Mereka tidak menuntut kemerdekaan dengan politik.
Bimbang British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik
Indinesia yang dikuasai golongan radikal seperti PKMM,API, AWAS,
BATAS.
Sikap Sikap politik orang Melayu yang sederhana telah mendorong British
menerima kehendak mereka
Menulis Orang Melayu hanya menulis di dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres
dan memujuk raja2 Melayu untuk menyokong penentangan terhadap
British.
Senjata Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya.
b.Apakah reaksi orang dagang dan golongan radikal Melayu terhadap usaha pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu? [ms 105-106] [6markah]

Tentang Perundingan British enggan UMNO dan Raja2 Melayu ditentang oleh orang dagang
dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Wakil Mereka berpendapat Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak kerana tidak
disertai oleh seorangpun perwakilan orang dagang.
Republic Mereka menuntut sebuah republic dan kemerdekaan penuh
AMCJA Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Cuoncil Joint Action
[AMCJA} dan Pusat Tenaga Rakyat [PUTERA] telah ditubuhkan awal tahun 1947
untuk menentang British dan Malayan Union.
Tindakan Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan
mogok.
Cadang Mereta turut mencadangkan sebuah perlembagaan rakyat.[sm]
Setuju British bersetuju menubuhkan Jawatankuasa perunding bagi mendapatkan pandangan
mereka di dalam menyediakan perjanjian PTM 1948.

c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda ,apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948
dalam pembentukan Negara dan bangsa Malaysia [6markah]

TEMA HURAIAN
Kuasa Kuasa sultan dikembalikan
Hak Hak istimewa orang Melayu diperolehi
Raja Konsep Raja Berpelembagaan
Bahasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Agama Agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan Sebuah Negara Persekutuan dibentuk
Senarai Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan
Kerjasama Melahirkan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat
Perpaduan Semangat perpaduan dapat dibentuk
Mana-mana jawapan munasabah

You might also like