You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek

pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis

negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius.

Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal

perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan

sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2. 0 MATLAMAT

2.1 Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan
kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

2.2 Untuk memastikan muridmurid mempunyai pengetahuan dan kemahiran


mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan


gaya hidup sihat;
3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat
prasekolah lagi;

1
3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4. 0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid-murid Tahun 1 Tahun 6 SK DatoSyed Nahar


4.2 Semua guru dan kakitangan SK DatoSyed Nahar.

5. 0 TARIKH DAN MASA

Hari/Minggu Anti Dadah kebangsaan ini akan diadakan pada 16 April


2017. Program akan dijalankan dari jam 08:15 09:00 pagi.
(Rujuk Senarai Aktiviti yang disediakan)

6.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG

Pertandingan Mewarna (Tahap 1 & Tahun 4)


Pertandingan (Kuiz Tahun 6)
Pertandingan Teka Silang Kata (Tahun 5)
Ceramah dan Pameran

2
JAWATANKUASA PELAKSANA HARI/MINGGU ANTI DADAH 2017
SK DATOSYED NAHAR

Anjuran
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Dengan kerjasama
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (CAWANGAN JITRA)

PENGERUSI : EN.MAHADZIR BIN HASAN


(Guru Besar SK DATOSYED NAHAR)

NAIB PENGERUSI : EN.ASRI BIN ABDULLAH


(PK HAL EHWAL MURID)

SETIAUSAHA : PN.SITI NOR ASIAH BINTI AROP

NAIB SETIAUSAHA : EN.MOHD MUNAWWAR FADZLI BIN MOHAMMAD

BENDAHARI : EN. FADZELISAH BIN MAHMUD

JURUACARA MAJLIS BUKU PROGRAM/BROSUR


PUAN ZAINAB BINTI SALEH PUAN SITI NOR ASIAH BINTI AROP
AJK HADIAH/SIJIL DOKUMENTASI/PERSEMBAHAN
PUAN NURISHAH BINTI AHMAD PUAN SITI NOR ASIAH BINTI AROP
PUAN AZIZAH BINTI MAT DAUD PUAN HAYATI BINTI HARUN

PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 PERTANDINGAN MEWARNA


(TAHUN 1 3 ) (TAHUN 4)
PUAN SHAFINI BINTI ISHAK (1B)
PUAN KU ZAINAB BINTI KU SAAD (1P)
PUAN YASMIN BINTI PAUZI (2B) ENCIK AZIZAN BIN BAKAR (4B)
PUAN KAMARULHAINI (2P) PUAN HANISHAH BINTI SALIM (4P)
PUAN SYAFIAH ADYANI BT MAZLAN (3B)
PUAN MAZLINA BT IBRAHIM (3P)
PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA PERTANDINGAN KUIZ ANTI DADAH
(TAHUN 5) (TAHUN 6)
ENCIK ABDUL RAHIM BIN MOOSA(5B) PUAN ZATINA BT ZAINUL ABIDIN
ENCIK MOHD NAZRI BIN AHMAD (5P) PUAN SOFIAH BT WAHAB
AJK PERALATAN/BAHAN PA SISTEM/SIARAYA
PUAN AZIZAH BT KARIM ENCIK ZULKIFLI BIN AHMAD

DISIPLIN/KAWALAN MURID AJK PAMERAN
EN.MUNAWWAR FADZLI BIN MOHAMMAD PUAN HALIZA BT MOHD NASRI
ENCIK AZMI BIN HAMID

3
7.0 SKOP BIDANG TUGAS

BIL TUGAS SKOP KERJA


1. Juruacara Majlis Mengacara majlis sepanjang majlis
berlangsung.
2. PA Sistem/Siaraya Mengendalikan PA Sistem dan memastikan
dewan tersusun dengan rapi pada hari
sambutan
3. Buku Program/Brosur Menyediakan atur cara program bagi Majlis
Pelancaran Anti Dadah 2017.
4. Dokumentasi Mengambil gambar untuk dimuatkan di
dalam dokumentasi dan laporan.
4. Disiplin/Kawalan Murid Memastikan disiplin murid terkawal semasa
majlis berlangsung.
5. Hadiah Menyediakan hadiah dan memastikan hadiah
mencukupi.
6. Pameran Menyediakan tempat pameran.
7. Peralatan / Bahan Menyediakan peralatan/bahan untuk melukis
dan mewarna poster.
8. Pertandingan
Mewarna Tahap 1
& Tahun 4 Mengawasi murid sepanjang aktiviti
Pertandingan Teka Mengadili pertandingan dan mencari
Silang Kata pemenang tempat pertama,kedua,dan
Pertandingan Kuiz ketiga.
Anti Dadah Menyerahkan senarai pemenang kepada
pengacara Majlis/AJK Dokumentasi.

8.0 TENTATIF PROGRAM


HARI PELANCARAN :AHAD ( 16/04/2017 )

TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN

4
Pelancaran Hari/Minggu Anti Dadah Semua Warga
07:45 Gimik Anti Dadah Sekolah
- Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh Ketua Murid
08:30 semua murid
Persembahan Murid Deklamasi Sajak
AHAD & Koir Dadah
16/04/2017 Durjana oleh
Ucapan Guru Besar
murid tahun 6 B

BIL AKTIVTI TAHAP TARIKH MASA &TEMPAT

Pertandingan Tahap 1 &


1 16 20 April 2017 Waktu DSV (Kelas)
Mewarna Tahun 4

2 Kuiz Tahun 6 16 20 April 2017 Waktu PK(Kelas)

3 Teka Silang Kata Tahun 5 16 20 April 2017 Waktu PK (Kelas)

11:15 - Ceramah AADK


12:15 - Persembahan
Ceramah dan
Tahap 1 & Boria Anti Dadah oleh
5 Pameran Anti 20 - April 2017
Tahap 2 murid 5 Bestari.
Dadah
12:45 - Penyampaian
Hadiah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

- Kertas Lukisan 2 Rim RM 20.00


- Cetakan Bahan Mewarna & Melukis Tahap 1&2
- Cetakan Bahan Kuiz & Silang kata RM 30.00
JUMLAH RM 50.00

5
9.1 Percetakan

9.2 Hadiah

Pertandingan Mewarna Tahap 1 RM 45.00


9 Orang Pemenang
Tempat Pertama= Rm 6.00 X3
Tempat Kedua= Rm 5.00 X 3
Tempat Ketiga= Rm 4.00 X 3
Pertandingan Mewarna Tahun 4 RM 15.00
3 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 6.00 X 1
Tempat Kedua: RM 5.00 X 1
Tempat Ketiga: Rm 4.00 X 1
Pertandingan Teka Silang Kata Tahun 5 RM 15.00
3 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 6.00 X 1
Tempat Kedua: RM 5.00 X 1
Tempat Ketiga: Rm 4.00 X 1
Pertandingan Kuiz Anti Dadah Tahun 6 RM 15.00
3 Orang Pemenang
Tempat Pertama: Rm 6.00 X 1
Tempat Kedua: RM 5.00 X 1
Tempat Ketiga: Rm 4.00 X 1
Banner Pelancaran RM 40.00
Gimik Pelancaran RM 20.00
JUMLAH RM 200.00
9.4 Jumlah Perbelanjaan

Bil. PERBELANJAAN JUMLAH

1. Percetakan RM 50.00

2. Hadiah RM 150.00
JUMLAH BESAR RM 200.00

10.0 PENUTUP

6
Diharapkan aktiviti Hari/Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat
seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik daripada
semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga
usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat
sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Disediakan oleh,
Tarikh:
..........
(PN.SITI NOR ASIAH BT AROP)
Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah,
SK Dato Syed Nahar.

Disemak oleh, Tarikh:

........
(EN ASRI BIN ABDULLAH)
Guru Penolong Kanan HEM SKDSN

Disahkan oleh, Tarikh:

...
(EN.MAHADZIR BIN HASAN)
Guru Besar SK DatoSyed Nahar,Kodiang,Kedah.z

You might also like