You are on page 1of 2

Latar Belakang KPJ

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid


terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek
pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang
dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJMencegah lebih baik daripada Memerangi

Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi
agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJPeranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid


2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri

Ikrar dan Lagu


IKRAR
Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

Lagu
Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada


Kami tetap TunaikanAmanah, Tanggungjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

Walau Di mana Kami Berada


Kami Tetap TunaikanAmanah, Tanggunjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi jenayah
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS. AMAN MERDEKA .!

You might also like