You are on page 1of 3

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)

Latar Belakang KPJ


Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah
menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya
gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha
mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan
jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.
Moto KPJ
Mencegah lebih baik daripada Memerangi
Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang
bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi
agama, bangsa dan negara.
Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima
domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:
1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme
5. Jatidiri

Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa
Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh
KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah
Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah
Penaung:
Pengetua/Guru Besar
Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan Sekolah
Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah (2 orang)
AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)

-Pemeriksa Kira-kira (2 orang)


Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah berkenaan
Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah
1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya
2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid
3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney
4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah
5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri
6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah
7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah
8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri
Sumber:
Brosur Kelab Pencegahan Jenayah, Seminar Pencegahan Jenayah yang telah berlangsung
pada hari Selasa 15 Julai 2008 di Auditorium Hospital Selayang.

You might also like