You are on page 1of 1

Tuliskan sebuah karangan bertajuk, Guru yang saya sayangi.

Semua orang mempunyai guru. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Saya
mempunyai seorang guru yang saya sayangi. Nama guru berkenaan ialah Cikgu
Maruwandi bin Mat Jusoh. Beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia.
Cikgu Maruwandi mengajar di kelas 4 Ibnu Khaldun. Mata pelajaran yang diajar oleh
Cikgu Maruwandi adalah Bahasa Melayu.
Di sekolah, Cikgu Maruwandi bergiat aktif dalam sukan. Sukan yang digemari
oleh beliau adalah bola sepak. Beliau merupakan jurulatih negeri dalam sukan bola
sepak. Di sekolah saya, ramai pemain bola sepak yang dilahirkan oleh Cikgu
Maruwandi. Ada antaranya berjaya ke peringkat negeri.
Cikgu Maruwandi seorang guru yang rajin. Apabila mengajar, beliau tidak
suka murid-muridnya bermain-main. Beliau memberi penuh komitmen semasa
mengajar. Ramai muridnya berjaya dengan cemerlang dalam mata pelajaran yang
diajarnya. Saya dan rakan-rakan yang lain amat suka belajar bersama Cikgu
Maruwandi. Kami juga amat mudah memahami apa yang diajar oleh Cikgu
Maruwandi.
Beliau juga amat prihatin dengan kebajikan murid di sekolah ini. Saya amat
kagum dengan Cikgu Maruwandi. Oleh sebab itu, saya menyayangi Cikgu
Maruwandi.

You might also like