You are on page 1of 9

Home

Thursday, 28 March 2013

OBD2 Socket
salam sejahtera, bersua lagi kali ini dengan entri mengubahsuai socket OBD2 pada enjin
4g9x atau dengan kata lain bagaimana cara membuat wiring dan memasang socket untuk
multi unit tester (MUT) dengan menggunkan soket OBD2. kebanyakan enjin 4g9x
Mitsubishi menggunakan soket OBD1, jadi entri ini sangat penting kepada pengguna kereta
bernadikan enjin 4g9x yang mempunyai masalah untuk menggunakan MUT bagi
menjalankan diagnosis enjin masing-masing. hal ini berlaku disebabkan ada dalam
kalangan pomen yang mengacuk wiring proton dengan wiring dashboard Mitsubishi
ketikan menjalankan proses memasang enjin dan seterusnya membuat pendawaian kereta

gambar atas merupakan contoh multi unit tester (MUT) atau scantool untuk mendiagnosis
enjin injection dengan menggunakan male socket OBD2 yang dipadankan dengan female
socket OBD2 pada sesbuah kereta. kebanyakan kereta baru menggunakan soket OBD2
soket hitam di sebelah kiri merupakan soket OBD2 manakala di sebelah kanannya pula
ialah soket OBD1 bagi kebanyakan enjin Mitsubishi 4G9X. ada sesetengah kereta baru
sekarang menyediakan kedua-dua soket berkenaan tetapi kebanyakannya hanya
menggunakan satu sahaja iaitu soket OBD2

perhatikan soket OBD1 pada bahagian bawah dashboard bagi enjin 4G9x iaitu soket putih
12 pin di sebelah kiri fuse box

close-up kedudukan soket OBD1 pada wiring dashboard 4G92 Mitsubishi

kedudukan pin soket OBD2 yang mempunyai 16 pin


soket OBD2

soket 12 pin OBD1

soket OBD1

bagi pengguna enjin 4g9x dan bermasalah untuk menggunakan komputer (MUT) jangan
risau kerana anda boleh membuat sendiri wiring dengan menggunakan soket OBD2 dan
telah terbukti sebaik sahaja langkah ini diikuti atau berjaya dilakukan MUT boleh digunakan
dengan cemerlang. perhatikan gambar soket ECU di atas dan penyambungan wiring hanya
pada soket tengah ecu iaitu soket 16 pin sahaja
kedudukan soket tengah 16 pin pada ecu 4g9x

pengiraan kedudukan pin pada soket ecu bermula pada sebelah kiri dengan mengambil
kira pandangan dan kedudukan soket seperti gambar di atas

dalam mod ini yang terlibat hanya pada 2 pin pada soket tengah 16 pin sahaja

sekarang perhatikan diagram di atas. lihat pada soket tengah 16 pin dan saya telah
tandakan pada pin 12 dan 13, ini merupakan pin untuk ecu diagnosis. jadi anda perlu tarik
atau tambah 2 wire pada ecu seperti kedudukan dia atas dan di sambung pada pin soket
OBD2 seperti rajah di bawah

wire pada pin 13 tadi berwarna green/white dan disambungkan ke pin no 1 soket OBD2
manakala wire pada pin 12 yang berwarna yellow pula disambungkan pada pin no 7 soket
OBD2. pada soket OBD2 pin no 4 pula sambungkan ke body (ground) kereta dan pin 16
soket OBD2 sambung ke 12v sama ada menggunakan wire acc atau constant 12v pada
kereta. setelah siap proses ini bawalah kereta anda ke bengkel yang menyediakan
perkhidmatan diagnosis MUT untuk diuji, sekarang anda dah boleh menggunakan
peralatan komputer untuk diagnosis enjin kereta

sebenarnya di luar Negara ada menjual soket adapter iaitu dari soket OBD1 ke OBD2. entri
ini hanya khusus kepada pengguna kereta yang mempunyai masalah tidak dapat
menggunakan MUT system kerana masalah wiring sahaja
sekian, terima kasih
selamat mencuba

Jeff Tacra at Thursday, March 28, 2013

Share 1

23 comments:

hearthunterhelmsley Friday, 29 March 2013 at 23:01:00 GMT+8


salam bro jeff.. wira 4G15 bole guna OBD2 tester x?
Reply

ilsor76 Saturday, 30 March 2013 at 15:42:00 GMT+8


Bro, pin 4 chasis ground, pin 5 signal ground?saya terbaca dalam artikel.
Reply

Major Raidenovich Saturday, 30 March 2013 at 23:32:00 GMT+8


Bijak la brader.
Reply

miera dee Wednesday, 3 April 2013 at 16:03:00 GMT+8


nk cari mana soket obd2 tu bro? half cut ada jual ka? boleh pakai semua model kreta atau kena
cari model mitsu jugak?
Reply

aku awie Saturday, 6 April 2013 at 00:20:00 GMT+8


Iyer la..mana nk carik soket obd2 tu? Saya nk...
Reply

jeff_tacra Monday, 8 April 2013 at 07:05:00 GMT+8


biasanya kat halfcut ada jual soket ni, harga pun murah je
Reply

miera dee Thursday, 11 April 2013 at 19:44:00 GMT+8


dah dpt soket obd 2 ni..amik dari waja... dah try sambung...saya beli obd2 elm327 vgate scan..
nnt berjaya saya update...tq bro tacra.. u r da best!
Reply

Replies

jiwa kacau Monday, 14 April 2014 at 11:38:00 GMT+8


elm327 vgate x boleh baca bro,yg boleh baca guna vgate elm327 kete perdana je..klau
nak ken modified elm327 tu..rege dkt rm160..sy pon duk trai jugak..tapi apakn daya x
blh..

Reply

ilsor76 Friday, 12 April 2013 at 09:28:00 GMT+8


sukses!!akhirnya dapat baca ecu.terima kasih daun keladi.
Reply
miera dee Friday, 12 April 2013 at 18:25:00 GMT+8
ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu..
hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..
Reply

miera dee Friday, 12 April 2013 at 18:28:00 GMT+8


ilsor76..pakai ecu kod apa dan enjin apa? saya punya scantool masih x dapat detect juga ecu tu..
hampanya.. semua wayar dah ikut aturan..
Reply

Replies

jiwa kacau Monday, 14 April 2014 at 11:45:00 GMT+8


nak scan kena tgk dri segi protocol iso,can,pwm,vpw,kwp
stiap scan@ software bukan smua blh baca..
iso pin4,5,7,15,16
can pin4,5,6,14,16
pwm pin2,4,5,10,16
vpw pin2,4,5,16
kwp pin4,5,7,15,16
utk mitsubishi 1pink,4negatif ( - ),7yellow,16positif (+)

Reply

Rosafzaini Hafiz Wednesday, 1 May 2013 at 18:10:00 GMT+8


Salam brader jeff, 4G63 boleh buat gak ke pakai pin 12 / 13 tu untuk pakai OBD2 ?
Reply

Wee Teck Poh Saturday, 8 June 2013 at 22:46:00 GMT+8


sama dgn cara 4G63 evo123 ker bro?
Reply

Wee Teck Poh Sunday, 9 June 2013 at 19:30:00 GMT+8


Abg jeff, kreta i perdana 4g63 dulu masa convert ambik wiring n ecu evo. Tgk bawah steering
socket odb tu yg v6 punya 16pin. i try cucuk test light kat port nombor 1 tu asyik menyala je
macam wayar direct. Syak pomen dulu xtlg saya buat cam cara blog abf jeff ni. Kalau saya nak
wiring cam panduan abg jeff ni, saya ambik wayar drpd ecu dan buat cabang dan tarik ker
socket obd2 tu bleh tak? Takut wayar ecu tu akan jd kurang currect plak slps saya tap wayar
buat cabang cam tu dan tarik ke obd2 tu. bleh x?

Reply
Reply

MPB_crusader Monday, 1 July 2013 at 23:39:00 GMT+8


kalau 4g93 tahun 96 boleh pakai OBD tak..ade bace yang ecu lama boleh pakai MUT je..sebab
protokol tak same..
Reply

Rizal Tuesday, 9 July 2013 at 16:55:00 GMT+8


A'kum semua, untuk mengetahui lebih lanjut tentang obd mitsubishi ini boleh layari ke web saya
di mitsuduino.blogspot.com
Reply

ilsor76 Friday, 16 August 2013 at 08:21:00 GMT+8


saya berjaya menggunakan cara ni. Tapi bila cuba guna elm327 xleh connect ngan ecu. adakah
sbb protokol?
Reply

zhairi89 Thursday, 7 November 2013 at 00:38:00 GMT+8


Salam bro ilsor76, dapat x gune dgn elm327 bluetooth tu x? sy br nk beli... 4g15 mmc... kalau
dah nod soc obd 2 boleh pakai x? bro tacra, boleh terangkan x beza MUT dgn bluetooth ni? thnx
Reply

SeNnDoh Monday, 5 January 2015 at 15:18:00 GMT+8


nak tanya, kat mana ye kedudukan obd port utk proton gen 2 2008?
tq
Reply

Admin Chai Tuesday, 9 June 2015 at 20:37:00 GMT+8


Tuan, saya ada masalah nak cari soket OBD2 dlm kereta saya. Wira kacuk Mivec ck 4G92...
Boleh tolong tak admin.... PM ok. Betul2 perlukan pertolobgan otai2
Reply

nasri wan Thursday, 18 June 2015 at 04:03:00 GMT+8


Sy pun xjmpa soket OBD2.wira enjin 4g91.hrp tuan dpt mmg mbantu sy.tq
Reply
Charlie F Tuesday, 7 July 2015 at 23:54:00 GMT+8
mod ni boleh buat elm327 bluetooth detect ecu 4g18 dalam torque tak?
Reply

Enter your comment...

Comment as: Unknown (Google)

Sign out

Publish Preview Notify me

Links to this post


Create a Link

Home
View web version

About Me

Jeff Tacra
Follow 176

View my complete profile

Powered by Blogger.

You might also like