You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Pelayaran Christopher Columbus dan Zheng He telah membawa kepada
pelbagai penemuan baru dalam peta dunia. Penemuan tempat-tempat
baru menjadi salah satu sumbangan tokoh pelayaran yang unggul ini
dalam sejarah pelayaran dunia. Peta yang dilakarkan juga telah
membantu pelayar-pelayar yang terkemudian untuk menuju kawasan
yang mereka kehendaki. Lantaran itu, peta hasil daripada pelayaran tokoh
pelayar dunia ini telah membawa kepada proses-proses penerokaan
tanah-tanah di seberang laut. Pendek kata, kolonisasi di kawasan baru
oleh kuasa asing mula berlaku. Misalnya, penjajah Barat seperti Inggeris
telah mula menduduki kawasan-kawasan seperti Australia, Tanah Melayu
dan banyak lagi tempat di dunia dengan tujuan eksplotasi ekonomi demi
kekayaan negara mereka.

2.0 Zheng He

2.1 Latar Belakang Zheng He


Nama lain: Ma Sanbao, Ma He dan Cheng Ho.
Anak kedua tertua daripada keluarga Ma. Keluarganya bekerja dengan
tentera Genghis Khan.
Dilahirkan sekitar tahun 1371 di wilayah Yunnan, China. Meninggal
dunia pada tahun 1433.
Anak lelaki yang dikebiri di Kunming dan tinggal di rumah/istana Zhu
Di/Yongle (putra keempat Zhu Yuanzhang-pengasas Dinasti Ming
dengan gelaran Maharaja Hongwe.)
Merupakan seorang muslim. Penasihat terdekat Zhu Di (maharaja
ketiga Dinasti Ming).
Merupakan Kasim Agung kaisar/maharaja China.
Tinggi badan lebih dua meter, berat badan lebih dari seratus kilogram.
Merupakan pelayar terunggul di kawasan Asia Timur iaitu China.
Panglima tentera laut dari China.
Memulakan pelayaran menggunakan armada kerajaan China pada
zaman Dinasti Ming.
Kemasyhuran: mengetuai beberapa armada harta (kapal harta)
kerajaan China yang telah menerokai dan berdagang melintasi Asia
dan Afrika.
Ekspedisinya berjaya meluaskan perdagangan China merangkumi Asia
Tenggara, India, Arab dan Afrika.
Pelayarannya ditaja oleh kerajaan China.

2.2 Armada Laut Zheng He


Dikenali sebagai Baochuan/kapal harta (Treasure Fleets).
Mempunyai sembilan tiang dengan 122 meter panjang pada dek.
Merupakan kapal laut yang diperbuat daripada kayu yang terbesar
pernah dibina mengalahkan kapal pelayar Portugis Vasco da Gama.
Memiliki beratus-ratus kargo yang lebih kecil, kapal perang, kapal
bekalan untuk berpuluh-puluh ribu orang.
Mengandungi sekitar 100 hingga 200 kapal laut yang berbeza saiz.
Terdapat enam jenis kapal termasuk kapal harta, kapal kuda, kapal
padi, kapal tangki air, kapal pimpinan dan kapal perang.

2.3 Tujuan Pelayaran


A. Berniat Politik (mengumumkan kuasa China)
Maharaja Yongle merupakan perampas kuasa-naik takhta melalui
sebuah revolusi istana semasa Perang Jinan (Perang saudara antara
Zhu Di menentang Zhu Yunwen (anak buah Zhu Di)).
Bimbang dengan kedudukan sah takhta tersebut, baginda umumkan
dengan segera dalam dikri pertabalanya bahawa baginda adalah anak
lelaki sulung langsung Maharaja Hongwu sesudah merampas Nanjing
pada tahun 1402.
Baginda juga menjatuhkan perintah menghapuskan nama gelaran
Maharaja Jianwen-tahun ke-4 pemerintahan Jianwen (1402) ditukar
kepada tahun ke-35 pemerintahan Hongwu.
Tahun 1403 diisytiharkan sebagai permulaan pemerintahan baginda.
Susunan tersebut akan mengesahkan takhta Maharaja Yongle-dilihat
mewrisi btakhta semacam langsung daripada Hongwu (maharaja yang
merupakan pengasas dinasti).
Baginda sedar dan bimbang akan kredibiliti dan kedudukan baginda
dalam sejarah.
Keperluan untuk menubuhkan kedudukan sah dan imej sejarah yang
betul-membawa kepada polisi-polisi hubungan luar negara dan
perdagangan luar negara baginda.
Maka, berlakulah penjelajahan luar negara-tinggalkan nama baik untuk
keturunan yang akan datang.
Tindakan Maharaja Yong Le:
1. Pembinaan Kota Larangan di Beijing.
2. Ibu kota dipindahkan dari Nanjing ke Beijing.
3. Memperbaharui dan memperluaskan tokong-tokong Tao di atas
bukit suci Tao, Gudung Wudang. Sebagai suatu perbuatan simbolik
untuk membayangkan bahawa misi baginda berjaya naik takhta
berasal dari dewa mulia Tao, Zhenwu. Sebanyak 400,000 pekerja
pembinaan dihantar.
4. Tembok Besar China dibaikpulih-menghalang penyerbuan
golongan etnik nomad dari utara.
5. Menyusun karya abadi, Yongle Dadian.
6. Menghantar Zeng He belayar ke Lautan Barat dalam tujuh
penjelajahan.
-memperbaiki imej perampas kuasa buruk domestik.
-memperluaskan kuasa politik Ming hina di luar negara melalui
hubungan politik, ekonomi dan budaya dengan negara-negara asing.

B. Memajukan Hubungan Luar Negara


Pada akhir pemerintahan Dinasti Yuan dan awal Dinasti Ming
peperangan kerap berlaku.
Kemerosotan radikal nombor utusan-utusan penghormatan luar negara
yang melawat istana Ming.
Maharaja Hongwu dan Maharaja Yongle mula bersungguh-sungguh
mencari jalan untuk memperbaiki hubungan dengan negara-negara
asing.
Polisi awal awal Dinasti Ming semasa era Hongwu, Yongle dan Xuande-
China merupakan empayar bertamadun yang tunggal di dunia
sementara negara-negara asing di luar Dataran Tengah China adalah
kurang bertamadun.
Negara-negara asing dianggap China sebagai negara-negara vassal
dan China sebagai tuan besar.
Hubungan tuan besar-vassal dilihat sebagai perluasan konsep
hubungan pemerintah-rakyat Confucious dan ditempatkan dalam
struktur hubungan tributari.
Dinasti Ming dan negara-negara vassal akan menghantar duta untuk
melawat antara satu sama lain. Negara vassal-membayar ufti melalui
duta asing yang diarah oleh raja mereka/ raja sendiri melawat China
sambil membawa hadiah (hasil tempatan, barangan bernilai dan
haiwan eksotik-simbol kepatuhan supaya mendapat pengakuan
kedaulatan dan perlindungan oleh China. Istana Ming pula
mengurniakan utusan-utusan penghormatan hadiah imperial berharga.
Akibat penjelajahan Cheng Ho, utusan penghormatan yang dihantar
oleh negara-negara asing ke China meningkat secara mendadak.
1403-1424, China menerima 76 utusan penghormatan dari negara-
negara Asia Tenggara.
Dalam tahun ke-21 pemerintahan Yongle (1423) sahaja, 16 negara dan
1200 orang utusan membayar ufti kepada istana Ming.

C. Mengembangkan Perdagangan Asing


Zaman awal Dinasti Ming, banyak tentera anti-Ming, tiran tempatan,
dan pedagang swasta mencari perlindungan di luar negara.
Pada masa yang sama, lanun-lanun Jepun berleluasa di kawasan-
kawasan persisiran pantai. Lanun Jepun ini berkerjasama dengan tiran
tempatan dan pedagang yang tidak bermoral dalam rampasan harta
dan menjadi ancaman besar kepada istana Ming.
Maka, Maharaja Hongwu melaksanakan satu polisi melarang
perjalanan laut. Rakyat China dilarang keluar laut secara bersendirian
serta menceburi perdagangan luar negara dengan negara-negara
asing.
Pejabat-pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Asing di Quanzhou dan
Mingzhou (Ningpo) dihapuskan.
Tapi Maharaja Hongwu mengizinkan perdagangan asing yang
dianjurkan negara dalam bentuk tributari dan mengurniakan hadiah-
hadiah imperial.
Namun begitu, pada zaman Maharaja Yongle, baginda menghidupkan
semula pejabat-pejabat Pesuruhjaya Perdagangan Asing di Quanzhou,
Quangzhou dan Mingzhou (Ningpo).
Namun begitu, polisi tentang larangan perjalanan laut dan melarang
perdagangan asing secara bersendirian oleh Maharaja Hongwu masih
diteruskan.
Oleh itu, Zheng He dijadikan duta besar kerajaan China yang
menguruskan hal-ehwal perdagangan di luar negara.
D. Menawan Hati dan Menenangkan Negara-negara Asing
Penyebaran dan kemajuan pertukaran budaya Cina antara China
dengan negara-negara Asia-Afrika.
Membekalkan buku-buku, pakaian, adat, memperkenalkan kalendar
dan cara kehidupan Cina.
Zheng He menyumbang kepada tahap pengembangan budaya
tempatan.
Teknologi lanjut Cina turut diperturunkan kepada orang tempatan
seperti pembuatan seramik, menenun, pembinaan kapal, pembinaan,
pertanian, perikanan dan perubatan.
Beliau pula membawa balik barangan asing dan amalan budaya yang
memperkayakan budaya Cina.
Banyak herba asing dibawa balik ke China mempunyai pengaruh
langsung ke atas Li Shizhen, seorang pakar perubatan Cina dalam
kompilasi beliau Bencao gangmu.
Haiwan eksotik seperti singa, zirafah, harimau, burung unta, gajah dan
tanaman seperti pokok wugu, epal-cheri dan lain-lain juga dibawa
untuk memperkayakan jenis haiwan dan tanaman Cina.

E. Penjelajahan Maritim
Zheng He membuka satu laluan laut langsung dari China ke Afrika.
Angkatan lautnya distruktur dalam empat bahagian: Pimpinan,
pertahanan, navigasi dan hal-ehwal luar negara dan perdagangan.
Dilengkapi kompas, batu penimbang plumbum dan alat pemerhatian
bintang untuk menyukat dengan tepat lokasi dan arah kapal.
Peta navigasi Zheng He yang luas diakui sebagai mengandungi
pengetahuan navigasi yang menyeluruh adalah bukti teknologi
navigasi angkatan yang terbaik.

F. Mencari Maharaja Jianwen yang Hilang


Maharaja Yongle mahu menghapuskan mitos pengembalian Jianwen
kerana anggapan bahawa bekas maharaja itu masih hidup.
Nasib Jianwen masih merupakan isu dalam sejarah Dinasti Ming.
Semasa Zhu Di menyerang istana, istana terbakar dan selepas api
dipadamkan telah ditemui dalam debu istana dua mayat yang
dipercayai Maharaja Jianwen dan isterinya.
Maka, setiap dokumen rasmi termasuk Rekod Tepat dinasti Ming (Ming
Shi Lu) melaporkan bahawa Jianwen menamatkan riwayat dengan
membakar diri sampai mati
Tetapi, terdapat khabar tidak rasmi yang melaporkan bahawa Jianwen
telah melarikan diri ke luar negara.
Yongle sendiri tidak pasti akan keadaan yang sebenarnya. Yongle
mensyaki bahawa Jianwen telah melarikan diri ke seberang laut. Oleh
itu, baginda menghantar menteri-menteri ke seberang laut untuk
menyiasat lokasi Jianwen.
Lantaran itu, tugas terawal pelayaran Zheng He sememangnya adalah
bertujuan mencari Jianwen di negara asing sebelum beralih kepada
tugas-tugas lain.
2.4 Siri Pelayaran, 1405-1433

A. Pelayaran Pertama, 1405-1407


317 buah kapal.
Seramai 27,870 orang.
Dalam bulan Julai, armada laut meninggalkan Nanjing dengan
membawa muatan sutera, porselin dan rempah perdagangan.
Bandar terapung bersenjata ini telah menewaskan lanun di
perairan Selat Melaka dan menuju Sumatera, Ceylon dan India.
Kapal Harta Zheng He telah belayar menuju Kalikat untuk membeli
rempah seperti buah pelaga (cardamom), kayu manis (cinnamon),
halia (ginger), kunyit (turmeric), dan lada (pepper).
Kapal ini belayar ke melintasi Champa (Selatan Vietnam), Siam,
Melaka dan Jawa, menyeberangi Lautan Hndi menuju ke Kalikat.
Singgah di Ceylon (Sri Lanka) ketika dalam perjalanan balik semula
ke China.

B. Pelayaran Kedua, 1407-1409


Pelayaran kali ini menuju ke Kalikat, Kochi dan Siam.
Armada laut ini menghantar pulang duta asing dari Sumatera,
India dan di tempat lain yang telah mengembara ke China dalam
pelayaran pertama.
Ekspedisi ini mengukuhkan hubungan perdagangan Dinasti Ming
dengan negara-negara kawasan Lautan Hindi.

C. Pelayaran Ketiga, 1409-1411


Zheng He dan angkatannya belayar dari China menuju Hormuz di Teluk
Parsi, melintasi Champa dan Sumatera.
Di Champa,mereka berdagang dengan penduduk asli untuk mendapatkan
kayu hitam (ebony), lakawood dan aloewood dengan menukarkan
porselin Cina dan sutera.

D. Pelayaran Keempat, 1413-1415


Maharaja China memerintahkan ekspedisi terbesar Kapal Harta
dilakukan. Ia termasuklah 63 kapal dan 28 560 orang lelaki.
Kapal ini telah belayar ke India, Sumatera kemudian ke Hormuz di
mana mereka mendapatkan nilam (sapphires), delima (rubies),
topaz, coral beads, amber, wul (woolens) dan permaidani indah.
Pelayarannya juga telah merentasi Laut Arab.
Kepulangan Zheng He dari pelayaran kali ini membawa utusan dari
19 buah negara sebagai persembahan kepada maharaja.

E. Pelayaran Kelima, 1417-1419


Maharaja telah mengarahkan Zheng He untuk menghantar balik
utusan asing ke negara asal mereka. Ketika pelayaran ini, kapal
telah berlabuh/singgah di Champa, Jawa, Sumatera, Melaka, Pulau
Maldive, Ceylon, Cochin dan Kalikat.
Kemudiannya, kapal belayar semula menerusi Hormuz ke Aden di
pantai selatan Arab berdekatan dengan pintu masuk Laut Merah.
Kapal Harta Zheng He telah melawat Semenanjung Arab buat
pertama kalinya
Di Aden, Zheng He menukar barang (barter) emas, perak, porselin,
cendana (sandalwood), dan lada untuk mendapatkan permata,
mutiara, coral amber dan zirafah.
Zirafah ini sebagai persembahan kepada maharaja.
Kapal ini turut belayar ke pantai timur Afrika untuk menghantar
utusan ke Mogadishu, Brawa dan Malindi.

F. Pelayaran Keenam, 1421-1422


Zheng He dan armada lautnya kembali belayar untuk menghantar
semula utusan yang tinggal ke negara asal mereka.
Pelayaran kali ini adalah pelayarannya yang paling singkat. Dalam
tahun 1424, Maharaja Yongle telah meninggal dunia dan
penggantinya telah menghentikan segala aktiviti atau ekspedisi
laut.

G. Pelayaran Ketujuh, 1431-1433


Misi pelayaran terakhir Zheng He ialah menerokai tanah jauh di
luar lautan, dan di luar alam maharaja.
Kapalnya telah belayar ke Champa, Jawa, Sumatera, Melaka di
Semenanjung Tanah Melayu dan akhirnya tiba di Kalikat.
Apabila armada laut berpecah kepada dua kumpulan, Zheng He
tinggal di Kalikat kerana masalah kesihatan. Beliau meninggal
dunia pada 1433.
Ahli sejarah berbeza pendapat mengenai kematian beliau sama
ada beliau meninggal di Kalikat atau dalam pelayaran kembali ke
China yakni mayatnya dikebumikan di laut.

2.5 Sumbangan Zheng He dalam Sejarah Pelayaran Dunia

A. Penjaga Keamanan
Menjaga laluan-laluan perdagangan maritim. Contohnya, Zheng He
telah mengalahkan ketua lanun Chen Zuyi di Palembang untuk
menjaga keselamatan laluan-laluan perdagangan maritim di kawasan
Asia Tenggara.
Memutuskan perselisihan antara Siam dan Melaka serta perselisihan
antara Melaka dan Kukang (Palembang) supaya memelihara keamanan
dan peraturan di Asia Tenggara.
B. Menubuhkan Tapak-Tapak Perdagangan
Zheng He menubuhkan tapak-tapak perdagangan di Melaka,
Sumatera, Kalikut dan Hormuz.
Beliau memperdagangakan sutera, seramik dan kraftangan China
dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia.
Melaka dan Sumatera ditempatkan secara strategik sepanjang laluan
perdagangan Timur-Barat utama iaitu di pintu masuk utara dan selatan
Selat Melaka.
Menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat-pusat perdagangan di
Asia Tenggara semasa kurun ke-15.
Dari tapak-tapak perdagangan tersebut, angkatan kecil belayar ke
destinasi lain seperti di Jawa, Palembang, Pahang, Kelantan untuk
membeli rempah dan hasil tempatan lain.
Kalikut dan Kochin di pesisiran pantai barat India berfungsi sebagai
pusat perdagangan dengan Hormuz yang ditempatkan di pintu masuk
Teluk Parsi sebagai satu pusat perdagangan antarabangsa yang
terkenal semenjak kurun ke-2 BC.
Sejak penjelajahan keempat Zheng He, Hormuz digunakan sebagai
tapak penting untuk berdagang dengan pedagang-pedagang dari Asia,
Eropah, dan Afrika. Angkatan kapalnya membeli batu permaata, abtu
ambar dan kraftangan.
Gudang-gudang (guanchang) ditubuhkan di tapak-tapak perdagangan.

C. Membuka Laluan laut Langsung Antara Barat dan Timur


Zheng He telah membuka laluan perdagangan laut kepada
pedagang-pedagang dari Barat mahupun Timur melalui peta yang
dilakarnya sepanjang pelayarannya.
Peta ini banyak membantu para pedagang asing dalam menuju
lokasi yang ditujui.

RUJUKAN
Gavin Menzies. 2002. 1421, Saat China Menemukan Dunia. Jakarta:
Pustaka Alvabet.

H.M Hembing Wijayakusuma. 2015. Cheng Ho Muslim Tionghoa: Misteri


Perjalanan Muhibbah di Nusantara. Yayasan Pustaka Obor: Jakarta.

Tan Ta Sen. 2010. Cheng Ho: Penyebar Islam dari China ke Nusantara.
Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

You might also like